Salam untuk sahabat ku Ani yang aku kenali sejak di tingkatan 4 lagi. Sekarang kita dah sama2 tua, anak pun dah besar panjang. Tapi ada perkara yg masih berada dalam hati aku tentang kau Ani. Sukar utk aku lupakan. Walau rasanya aku dah maafkan kau sejak dulu.
Bagaimana seorang sahabat karib ku boleh menikam aku dari belakang. Seorang yg aku sangat percaya tapi kemudiannya memfitnah aku. Aku mulanya tak percaya akan cakap orang lain tentang kau Ani tapi kemudiannya aku lihat kau sendiri yg melarikan diri seolah rasa bersalah dgn apa yg berlaku. Kita berpisah setelah tamat SPM. Perpisahan yg tanpa kata2 maaf yg keluar dari mulutmu. Disebabkan kita sekampung maka sekali sekala kita bertembung. Aku tak larikan diri, hanya kurang minat nak bertemu kau semula.Tapi bila raya kau datang cari aku, buka cerita baru seolah tak ada apa yg berlaku antara kita. Aku dengar, aku cakap tapi aku tak percaya sangat dgn apa yg kau cerita. Maafkan aku.
Hari perkahwinan aku, kau tak datang. Tiada hadiah atau krim salam walau aku undang. Tak aperlah mungkin kau pun nak jimat duit. Hari perkahwinan kau, aku tak datang sebab kau tak undang.. aku ada alasan logik utk tak pergi.
masa brlalu begitu pantas..aku ada anak, kau pun ada anak. Hampir sebaya anak2 kita. setelah hampir berbelas tahun tak dengar khabar berita(kecuali raya kau datang sekali sekala) aku dapat panggilan dari kau yg ingin bertandang ke rumah ku. “Apahal pulak ni?”..rasa pelik dan hairan. oooo baru aku tahu anak sulung kau akan masuk ke sekolah asrama berhampiran dgn rumah ku..patut lah pun kau baru ingat kat aku.
Aku goncang2kan kepala aku supaya jatuh semua memori pahit aku tentang kau. Akhirnya aku terima kau sebagai tetamu. Maka bermalam lah kau selama 2 hari di rumahku. Rasanya layanan ku sudah cukup baik. Makanan pun sampai berlimpah aku sediakan. Bawak kau ronda2 di sekitar kawasan bandar. Harapan aku yg sudah tu biarlah sudah, bina semula yg baru. Mungkin usia yg meningkat ni kau telah berubah, itulah anggapan aku..
Malangnya tidak menjadi percaturan aku. setelah anak mu bertukar sekolah, kau pun terus senyap tanpa ucapan terima kasih atau bertanya khabar lagi. Hanya bila aku balik kampung, adikmu datang beraya (kau langsung tak datang lagi sejak itu ) dan kemudian berkata sesuatu yg buat aku tersinggung..mana kan tidak, aku bercerita sesuatu pada kau , mcmana pulak cerita ni sampai pada adik kau kalau kau tak cerita, betul tak? OK lah aku malas nak panjang kan cerita ..letih pulak jari aku menaip pasal kau.
Hanya baru minggu lepas semasa aku di kampung..tip tup tap, kau balik dari KL utk ke rumah kakak mu yg jugak berhampiran dgn rumah ibu ku. Tutup pintu saja kau berlari datang cari aku (mesti sbb kau nampak kereta aku lah kan?)..kau salam dan peluk aku sambil kata ‘lamanya tak jumpa kauuuu’. aku terkedu sekejap..ni mcm episod yg pernah aku lalu dulu..apa lagi si Ani ni mahu.
Ayat kedua dari kau ‘ sekarang kau tinggal kat mana, Jenny?’ ..aku jawap di Y..’ kau punya reaksi waktu itu mcm orang kena loteri sambil tepuk tangan kau sambung lagi ayat power kau tu [‘..haaaa anak aku yg no 3 tu dapat asrama kat tempat kau tu lah’…Aduhai rasa mcm perut aku kena tusuk lembing..punya banyak sekolah asrama kat Malaysia ni, apasal anak kau dapat dekat dgn rumah aku jer..
Aku angguk ..’baguslah’..aku cakap tapi aku dah bau bau ke arah mana percakapan kau lepas ni . ‘ Ani dah booking hotel tapi tak dapat’..pelik pulak, kat tempat aku ni mana ada perayaan apa2 mcmana hotel semua penuh..Aku jawap..’hotel bertimbun timbun kat situ, kau cari sajalah, mesti ada’
Ani tersentak. (mungkin dia harap aku lebih berbudi bahasa mcm mula2 dulu..mcm 5 tahun dulu lah bila aku sambut dia mcm YB datang ke rumah aku)
Muka Ani nampak upset sikit..kemudian aku tinggalkan dia bersembang dengan ibu ku. Aku masuk dapur. Lepas tu Ani pulak datang dan kata nak balik dah ke rumah kakaknya . Agaknya nak confirm kan rumah aku boleh jadi hotel untuk dia , dia cakap direct jer ‘..Nanti Ani datang rumah kau yer Jenny?’..spontan pulak idea aku jawab ‘ minggu kau datang tu aku tak ada kat sana, aku mungkin ke KL’..
Sudahlah Ani, cukuplah pengalaman aku dengan kau dulu..bila aku nampak kau Ani mcm aku nampak Anaconda jer..ular yg sedia nak belit aku bila2 masa..so farwell sahabatku..aku tak dapat nak tolong kau lagi kali ni..yang sudah tu sudah lah..aku tak mau yg baru lagi..
Popularity: 3% [?]

Processing your request, Please wait....
mak ai bestnyer cara penceritaan.. nanti cerita la lagi ek.. ngeee…
Like or Dislike:
0
0
eh, Aku kawan Ani jugak.
kawan Aku Ani pun mcm ni jugak.
tp AkA tak kisah.
katakan TIDAK dgn suci murni.
Like or Dislike:
0
0
DFK kata klu org bg kita tahi kita bls bg bunga…
Like or Dislike:
0
0
bunga tahi ayam pun cantik kan?
Like or Dislike:
0
0
aku pon suka ngan penceritaan seraiwangi.. ko ada blog tak.. mesti besh blog ko eik..
Like or Dislike:
0
0
lee… haku hengat aku je ada masaklah ngan budak nama Ani nih…
err adakah kita berkenalan ngan dak Ani yang sama?… oh tidak…tidak… sebab anak-anak si dak Ani ni dah besau… anak-anak aku nya Ani masih kecik sebab aku mudos lagik…
dan akupun dah putuihkan ikatan tali menali (apo punyo perkataan daa..) ngan dak Ani aku….
Like or Dislike:
0
0
aku pulak.. masih setia berkawan dgn Ani sbb Aku kawan Ani.
Like or Dislike:
0
0
ceh nk cite citer la sampai abeh!!! saje jer nk wat episode drama…dah la gaya penceritaan tak mantap, pitching lari, tajuk takder, cite tergantung…sila wat karangan semula yer batik!!!
Like or Dislike:
0
0
aku tak ada blog, dulu2 pernah cuba nak buat, tapi masuk 2-3 posting aku sendiri rasa nak muntah bila baca cerita yg aku taip..apa yang aku cerita tentang Ani Anaconda ni baru 10% saja. Yang lagi 90% aku simpan..dah selalu dia baling tahi kat aku, tapi aku baling bunga jugak, sampai botak bunga kat rumah aku. Sekarang tinggal pasu bunga saja, maka aku baling lah pasu bunga pulak..salahkah aku?
Like or Dislike:
0
0
salah tu tidaklah seraiwangi. tapi rugi lah baling pasu bunga tu.
rugi sebab bila baling pasu bunga tu dan orang tu pulak mengelak, pasu bunga tu jatuh, pecah lah pasu bunga tu.
tanam lah bunga lagi dlm pasu tu.
Like or Dislike:
0
0
tapi kalau pasu bunga tu pasu plastik, tak pecah. tp rugi juga, kan?
Like or Dislike:
0
0
oo limauss… mentang-mentang keglemeran aku dah ditindih dek seraiwangi.. mentang-mentang serai mai bau wangik… busuk semedanglah ketiak aku nih!!!….
dasar kawan dengan yg wangik ajekk… menchik…
nanti arr aku citer.. kang seraiwangi baling pasu kat aku kaco blog dia…
lagipung dak ani tu yg kenaikan aku ngan kak mona.. aku kena tukau nama dia.. jadik anu ke.. ano ke…
Like or Dislike:
0
0
haa ko tuko jd anonomos jer..senang..pehtu diakhir cite ko letak la takder kena mengena ngan idup dan mampoos sapa2 haaa baru la nampak professional sket..
err AkA pesal ko mcm tak setuju jer seraiwangi baling pasu? cer explain sket..err maksud aku explain bagi banyak ko explain sket2 aku tak pahang..bagi aku kalu dia dok kawan lagi tp menyakitkan ati.. diri sendiri gak yg syusah.. baik baling jer pasu tu…bila ilang depan mata jauh dihati..
Like or Dislike:
0
0
kat dunia ni mmg ramai spesis ani anaconda ni.
paling penting kita kena pandai mgelak. bukan bergaduh tapi jawab kena smart.
Like or Dislike:
0
0
sy setakat ni, blum lg ada kwn yg jenis anaconda ni…syukur alhamdulillah…
Like or Dislike:
0
0
yer yer..aku bukan bermasam muka dengan ani anaconda..tapi seboleh mungkin aku mengelak diri dari dia..itu aku belum cerita lagi bagaimana waktu dia tumpang tidur di rumah aku tu, dia tergedik gedik kat suami aku..wah waktu tu aku tengah masak kat dapur, mcmana panas kuali yg aku tengah tenggek kat dapur ..panas lagi hati aku..sampai anak2 aku yg sekolah rendah pun tanya ‘kenapa kawan mak mcam gatal ajer’..mentang mentang si Ani tahu pinggang dia lagi ramping dari pinggang aku, dia buat2 suara merengek mcm penyanyi Ella pulak kat hb aku. korang bayangkan umur 40 tapi cakap mcm si Ella tu, menggeliat2 badan..pergggghhh
Apalagi, aku pun buat2 basuh pinggan sampai hentak2lah sikit pinggan mangkuk ..hb aku faham lah, dia pun terus masuk bilik. ..eh korang mesti nak tahu lagi cerita ani kan..nantilah aku buat drama bersiri
Like or Dislike:
0
0
Yerlah serai tak sabar nak tau kisah selanjutnya cepatlah cter..
cepatlah cepatlah cepatlahhhhhhhhh….(dalam gaya ala2 manja abby abadi ahakz2)
Like or Dislike:
0
0
hik hik hik..
cemburu lah tu!
ala.. no hal lah tu seraiwangi.
Like or Dislike:
0
0
hik hik hik..
cemburu lah tu!
ala.. no hal lah tu seraiwangi. goda menggoda ni permainan iblis & syaitan. engkau paham-paham je le iblis & syaitan ni. err tak paham? perempuan tu mmg lah alat iblis & syaitan terutama nk pecah belah kan & cerai berai kan laki bini.
Like or Dislike:
0
0
ella pon umo patploh gak haper..tu yg ani rasa takder hal tiru ngeliat ngeliat ella hehehehhe…
Like or Dislike:
0
0
errr… nape aku nampak tulisan nurdina ni macam dah lama tak dapat redeem bunuslink jek ek? ke aku yg terlebih menuntut ilmu ni? konpius konpius..
Like or Dislike:
0
0
eh.. hebat tul engkau wahai anak murid kamakainbatik! org dh lama tak redeem bunuslink pun engkau leh tahu ek?
tp kan.. yg dh lama tak redeem bunuslink je lah yg lebih tahu.. kan?
hik hik hik
Like or Dislike:
0
0
well.. apa nak buat.. dah cikgu terel, anak murid mesti dabel trebel terel..
hik hik hik..
Like or Dislike:
0
0
nama i rani tau. bukan ani. so i xde kaitan hidup dengan mati dengan ani the anaconda tu tau. i pun nak citer pasal kawan i gak. tapi nama dia i xmo namakan ani the anaconda mahupun ani the animal. i nak namakan dia sebagai blu the bloodsucker yer.
i jumpa blu ni kat parti kawan2. biarlah i namakan bisnes dia sebagai bisnes “keropok lekor”. blu kata kalau i tlg dia jual keropok lekor dia bagi la komisen. di samping jual keropok lekor dia turut menjual “air kelapa” dan “goreng pisang”.
i punya la sungguh2 tolong blu ni. setiap kali pergi jumpa dia mesti i beli apa2 dari dia. satu hari tu i beli goreng pisang dia. mahei betui rm70. i mintak kurang dia kata dah habeh kurang la tu. i pun ok je. i ingatkan memandangkan i dah rapat dengan dia mesti dia dah bagi best price kat i. keropok lekor dia pun banyak dah i beli bagi hadiah kat mak i, adik beradik i. bukan murah2 pulak tu tau. semua pun ratus2.
sementara tu i ada la juga suruh dia beli la “choki2″ yang i jual sebab itu yg bestseller. macam2 alasan dia bagi. selain choki2, i pun ada jual “tora” gak. i tak suruh pun dia beli. tapi dia komen macam2 pasal i punya tora tu. macam cina la tak menepati citarasa dia la. nyampah i tau. tak nak beli tu sudahlah nak kutuk tora i apahal?
tapi selama tu i tak perasaan pulak kebloodsuckeran dia tu. i ni kan perempuan melayu terakhir sentiasa berbaik sangka bak kata cik norwati kita. satu demi satu perangai blu ni terbongkar bila i meniaga sama2 dengan dia. dia dapat jual keropok lekor dia yg berharga rm180. memang dah lepas la sewa untuk hari tu. i pulak sales pun tak lepas untuk bayar sewa. lepas tu dia boleh cakap kalau ikutkan tak berbaloi meniaga kat sini. ish ish ish. geleng pala i.
kali kedua pula dia bawak goreng pisang sekali untuk dijual. masa orang belek2 goreng pisang tu dia cakap harga cuma rm49! terkedu i dengar. bila orang tu dah pergi i tanya dia kenapa masa i beli dia tak ada bagi kurang pun. blu bagi alasan sebab stok goreng pisang dah nak habis jadi bila tinggal sikit2 tu bagi harga murah pun tak apa asalkan dapat dijual.
lepas tu bila dah habis meniaga tu dia komplen tak berbaloi lagi sedangkan dia ada la juga sales sedangkan i takde sales langsung. memandangkan lepas tu i ada appointment, i dah kemas2 meja tu i mintak diri la dulu. terkulat2 la dia kemas barang2 jualan dia.
yg best tu petang tu blu kol i ajak pergi tengok tapak meniaga yg lain pulak. tiba2 blu boleh buka cite pasal kawan dia yg suka ajak ke mana2 lepas tu cepat jek ajak balik. i pun ish.. blu ni perli aku ke ni?
itulah kali terakhir aku berkomunikasi dengan blu. malas aku nak layan orang macam ni. tlg belikan aku nasi lemak kerang pun dia kata total rm2.50 lepas tu jeling2 beg duit dia tengok betul ke tak i masukkan rm2.50 dlm beg dia. lepas tu dia kol2 i pun i tak angkat, dia msj2 pun i x balas. tak ada kawan mcm blu ni pun tak apa lah. aman hidup i.
Like or Dislike:
0
0
Hi seriwangi…. teruja betul nak tau sambungan citer… cepat2 la tulis x sabar lah rasanya nak tau kesudahan ani anaconda. akak rasakan ani ni mesti hebat ngalahkan anaconda kan tu pasal lah seraiwangi susah payah nak tulis citer ni…
kalo boleh jauh, jauh2 kan la dengan sapa pon yang perangai cam ani ni, tension la……
Like or Dislike:
0
0
weih anak murid aku!!…baguih.. baguih… ulangkaji.. ulangkaji ek…
Like or Dislike:
0
0