30 JunBagaimana nak cari jodoh ?


Ok… petua lagi… hehehe… macam la pandai sangat.

Saya nak beri petua pada ANDARTU yang rasanya berlambak kat mesia sekarang ni lom kawin.  Saya tak tahu dimana mereka dapat statistik di dunia ni lelaki ‘hampir pupus’.  Mungkin ayat Quran cakap akhir zaman lelaki hampir pupus, tapi kita pun tak tahu bila akhir zaman yang sebenar tu.  Buat masa sekarang, rasanya statistik keseluruhan, mungkin sama atau kurang sedikit sahaja.  Kalau lihat statistik di Univ, mungkin kita leh kata, lelaki kat Univ ni berkurang sebab ramai yang BODO jer…(lelaki jangan marah yerr… )

Mungkin pakar statistik bley beri angka yang sebenar.  Tapi, akan datang, mungkin la pupus… sebab mereka bodo, pi hisap dadah, merempit dan sebagainya yang buat cepat mati.

Sebenarnya saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sahaja.  Mungkin sesuai mungkin tidak dipraktikkan, tak la pulak saya tahu.  Tapi, kalau ada yang sudi menjadikan petua ini nak dapatkan jodoh bujang, silalah gunakan.  Kalau tak dapat juga, maksudnya mungkin Tuhan nak beri bidadara yang lebih hensem kat syurga nanti.

Oh ya.. citer skit biodata saya (supaya orang lebih ‘respek’… hahaha).  Saya orang yang berkerjaya waktu bujang, ada la rupa skit skit, bukan huduh, tak gemok, tak hitam, tapi tak ada la cantik sangat.  Saya banyak kali bercinta masa study lagi, tapi tak kekal.  Dah kerja pun bercinta jugak… tapi ….

Ok la… biarlah citer lama ditelan zaman… Now, saya masih berkerjaya, bersomi dan beranak pinak.

Petua utama orang dulu dulu nak cari jodoh kena pastikan SEKUFU.  Faham kot apa sekufu tu ? Sepadan…

Tapi, dek kerana tekanan sekarang ni, yang buat perempuan lebih ok dari lelaki, jadi tak salah untuk kita wujudkan satu cara lain.

1. Antara yang kaya dan miskin, tak kira lelaki dan perempuan, kawin jangan bagi kaya kaya, miskin miskin… nanti lagi jadi papa kedana… biar kawin KAYA MISKIN… baru la semuaaaaaa jadi kaya atau sederhana…

2. Lelaki kalau dapat isteri yang berada, dah syukur, hiduplah dengan harmoni.  Isteri biasanya tidak berkira sangat dengan suami, asalkan bahagia dan setia.  Jangan plak, ada duit skit, nak pasang bini baru sedangkan harta yang dok ada pun, isteri yang banyak setlekan.

3. Kita kena sedar, dengan tahap ekonomi sekarang, nak tak nak, suami isteri mesti bersama sama membantu agar hidup dapat selesa.  Kalau harap suami saja, bolehhhhhhhh la… tapi… tak ada la selesa… (lelaki yang sedang sedang la… yang kaya raya tak termasuk !!)

4. Somi yang kaya ? Suka hati la… kalau dah MAMPU sangat (bukan seks dan wang saja), boleh la suka hati nak tambah… asalkan bahagia semuaaaa isteri isteri dan diri sendiri dan anak anak (jadi macam abang arif dalam mestika tu !).

5. Begitu juga PANDAI + TAK PANDAI SANGAT… jangan kawin pandai + pandai, tak pandai + tak pandai, tapi kawin biar PANDAI + TAK PANDAI SANGAT.   Pasangan yang pandai + pandai, peratus menghasilkan anak yang cerdik adalah tinggi.  Tapi, kalau pasangan yang pandai + tak pandai sangat tu, mungkin peratusnya rendah skit atau mungkin sama saja berbanding dengan anak yang lahir dari pasangan pandai + pandai.  Memang la ada anak orang tak pandai + tak pandai tu cerdik, tapi peratus kurang skit.

(Faham dak ni ? Tak faham sudah !)

Petua untuk perempuan lewat usia plak (lewat tu jangan lewat sangat… dalam 27 hingga 35 sahaja la kira tak lewat…. kalau dah 36 ke atas tu, tak tau la buleh praktik atau tidak petua ni)

1. Pasang tekad dalam hati tidak mahu cari yang ada isteri.

2. Jika ada somi orang mengorat, sila layan skit skit jer.  Jangan curahkan perasaan, citer masalah pada mereka.  Cari tempat lain untuk luahkan masalah, adik beradik, mak ayah, kawan perempuan dan sebagainya.

3. Luangkan masa dengan berkawan dengan orang bujang, bukan dengan orang orang yang bekeluarga.

4. Jika ada lelaki yang kita berkenan dihati, tetapi dia tak sekufu dengan kita (dia mungkin tak pandai atau tak kaya), jangan malu malu, tawarkan diri.  Sedangkan Siti Khadijah pun buat macam tu, siapa la kita ni kan ?

5. Kekadang disebabkan ‘kedudukan’ kita menyebabkan lelaki yang bujang rasa ‘malu’ untuk meluahkan perasaan.  Lelaki yang dah berkahwin kurang sedikit malu kerana mereka tahu, kalau mereka meluahkan perasaan, tiada kesan… dapat ok, tak dapat pun aku tak kesah… aku dah ada bini… tak dapat yang ini aku cari yang lain.  Lelaki bujang ni lain skit…

6. Yang penting sekali, sila letak target bakal suami kita ni jangan la tinggi sangat.  Jangan high taste sangat.  Jika kita letak target yang tinggi sangat… jadi, lelaki bujang susah nak capai.  Lelaki kawin memang dah capai kerana dah matang serba serbi, dah tahu bagaimana nak takle hati perempuan, macam mana nak uruskan perempuan itu dan ini… dan dah stabil.

7. Kawin dengan yang bujang, bentuk diri dia jadi sebaik yang kita nak.  Memang ambil masa.  Tapi, ada kepuasan disitu.  Kita yang jadi pendorong kejayaan keluarga, kebahagiaan milik kita, bukan kita yang menumpang kejayaan yang orang lain susah payah lalui…  Cuma memang menyakitkan hati bila ada orang nak menumpang bila kita dah senang skit, tapi hmmmm… nasib la…. takdir masing masing.

Itu saja… semoga yang baik dijadikan panduan, yang buruk tu, sila abaikan…

Yang lain, sapa nak sambung, silakan…

Popularity: 25% [?]

Processing your request, Please wait....

166 Responses to “Bagaimana nak cari jodoh ?”

  1. geng bunian says:

    kau bebas menaip dan bercakap Arian sayang…
    go & tell the world….aku sokong poligami….aku suka rampas somi orang….we love sharing….enough…aku dah letih…

    tak nak jadi macam perumpamaan “bak anjing menyalak bukit”

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. bunian says:

    arian; sebenarnya kalau jadi m1 hanya org di tempat tu saja ya tau betapa peritnya… bukan saja m1 saja yang terasa, anak2 m1 pun terasa bahangnya…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. Arian says:

    Pn Bunian, jgn selalu ckp seolah kita seorg shj paling perit hdpi ujian di dunia ni. Puan xnak keluar dr penjara kesedihan ke? Anak2 akan terlentur mengikut ajaran dan sikap ibunya. Apa2 pun kadaan wanita kena bijak hdpi. Yg manis akn dtg kmudian stlh kita usahakan kemanisan. Takkan dpt ketenangan dan kemanisan jika blawan dgn apa yg tersuratkan. Percayalah, bahkan akn tetap sakit, penat n gain nothing.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. Arian says:

    Puan dh cuba selama yg puan tahu somi berpoli utk menentang dan melawan hakikat, dan puan tahu apa yg puan rasa. Puan tdk berseorangan dlm perasaan itu. Jgn fikirkan puan masih ada dlm pkahwinan ini utk puaskan hati sesiapa hatta suami. Buat sesuatu krn puan tahu itulah yg patut puan lakukan. Sehingga puan dpt jmp perasaan begitu, barulah lepas beban perasaan. Org lain xdpt buat apa2 dgn perasaan kita.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. Arian says:

    Sy mmg blom ada ank tp tiap wanita ada perasaan keibuan. Kwn sy, jg M2 ada ank2 tiri yg memanggilnya mummy. M1 mama. Kdg2 dorg keluar shopping sama2, rengek2 manja minta belikan itu ini. Peranan pengurusan keluarga yg penting. Bersama2lah dgn suami mulakan hari yg baru. Kalu dia tergelincir, puanlah yg menariknya bjln betul semula. Klu dh tak ada rahsia, lbh senang komunikasi.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. Arian says:

    Ank tiri kwn sy dh menginjak remaja, tak ada masalah terima mummynya, manja mcm adik ngn kakak. Klu yg kecil bleh jerit2 hooray ada 2 mak yg bleh layan n manjakan dorg. Semua bgantung pd ibu bapa yg mbentuk. Klu suami terlepas pandang, kitalah yg ambil inisiatif.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. kucing api says:

    fuh dasat hehehe..

    ahli poligami vs ahli monogami..

    semoga selepas ini semuanya mendapat ketenangan..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. angol says:

    geng2 poli.. arian tu belum ada anak la.. confirm dia rampas laki orang kaya.. tak lama lagi mesti ko kena cerai arian sebab tak boleh bagi zuriat… hahahahahahahahahaha… tak pun tahun depan laki dia tambah satu lagi…. huahuahuahua

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. Arian says:

    2 perkara yang patut diingat, keburukan diri sendiri, kebaikan orang lain.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. Arian says:

    2 perkara yang patut dilupakan,
    keburukan orang lain, kebaikan diri sendiri.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. Arian says:

    To Angol…Alhamdulillah. Semoga anda mendapat ketenangan jiwa. Amin.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. angol says:

    aminnn…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. bunian says:

    last week sy bertanya pd hb saya “klu ank perempuan abang ditakdirkan nasib dia mcm i, apa abang rasa? abang seronok ke? merah padam muka dia! “nak buat mcm mana bila dah jodoh, harap2 dia bertemu jodoh dgn org baik2″. Lepas tu sy berkata “tapi klu anak2 abang x mau kawen abg jgn salahkan depa ya!” terus dia diam!!! Lepas tu dari pukul 10:30 mlm sampai 1:30 pagi tak henti2 dia minta maaf pd saya, menangis2 merayu mohon maaf sbb menyusahkan semua org…. sedih kan bila anak2 terheret dlm dilema ini… saya sentiasa berdoa satu hari nanti akan tiba sinar kebahagiaan dlm hidup saya+anak2… saya x pernah rumah yg besar, kereta mewah. Apa yg saya sedang cari adalah ketenangan dan kebahagiaan yg telah hilang selama 4 bulan ni… saya mmg rindukan ketenangan dan kebahagiaan… hilai ketawa saya telah terkubur, entah bila akan kembali….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. syifa says:

    akan kembali tu insyaallah, tiada penderitaan yg tak berpenghujung asal kita terus berusaha mencari bahagia dan memohon limpah rahmatNya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. angol says:

    bini2 no 2 kat sini berhujah,bersyarah macam baik giler la… kalau baik takkan la korang termakan pujuk rayu godaan laki orang beb…. wiiiiiiii……. amik cermin, cermin diri dulu k….. (kalau korang janda anak 6 hidup susah amik laki orang aku maafkan.. hahahahaha)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. seriau ngan norwati says:

    ish ish ish….angol….mu terlebih makan cili api ka??? pedas gitu….
    mu jgn terlebih2 komen, kang depa keluar kitab, cerita zaman para nabi & sahabat…aduiiiii….

    bawak sabo ye…mu salah tu…..somi2 orang tu goda sikit2 je…depa yang tergedik2 terlebih2….

    yang tak sodapnya….dahla merampas (mengamuk depa dgn panggilan ni), patut tau le diri…ni tak….dia nak jadi ustazah lak…lebih ustazah dari ustazah Bahyah tu….jadi le muntahzah.

    ish ish ish…..seriau den….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. Ms World says:

    kak angol mana der saya goda somi akak kak. Kenapa akak marah sangat nih? Kak kalo laki akak mati esok ker, lusa ker …tetiba da lak laki orang pinang akak lepas edah camana ka? last-last akak lak jadi bini kedua. Tak yah lah nak kutuk sangat bini kedua kak….idup cam roda kak. tak henti berpusing.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. norwati says:

    aku tak pernah sesekali terniat atau terlintas nak berkata seperti apa yg ditulis oleh norwati ***sanggupkah kau kata madu2 aisyah juga perampas? mereka jg hadir didlm kehidupan baginda setelah hidup mereka stabil? ***
    kenapa kau suka putarbelitkan fakta?

    cik kak ooi…kita hidup ni berlandaskan hakikat, bukan khayalan…berpijak di bumi nyata.

    habis hadis dan alquran tu nak buat apo? simpan jadi hiasan?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. norwati says:

    geng bunia… terima kasih, alhamdulillah..i bersyukur, sekurang2nya ada orang yg meningatkan sy, bahwa sy ni tak sempurna,

    dan sy wajib bersyukur dan memperbaiki diri saya.
    terima kaih kpd yg menghina dan mengutuk sy.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. norwati says:

    segala teguran dan kritikan, insyaAllah akan sy terima, yg baik sy jadikan panduan, yg tak elok sy jadikan panduan.

    harap hati2 yg sakit jgn di simpan.. luahkan saja di sini.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. norwati says:

    oopss tersilap lagi.. “yg tak elok tu sy jadikan sempadan”

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. norwati says:

    “seriau ngan norwati” (SNN), ko ni nape? sy bukan ustazahhhhh.. tapi, Islam juga yg suruh jadikan alquran dan hadis sebagai panduan, ustaz2 & ustazah jugak dah selalu cakap macam tu, tak caya korang tanya ustazah2 kat tempat korang blaja ngaji tiap2 hari sabtu tu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. anti poligami says:

    habis hadis dan alquran tu nak buat apo? simpan jadi hiasan?

    jangan simpan…baca sampai katam…berkali2, jangan sekali. pahamkan semua 30 juz’ tu, bukan cuma bab nikah kawen je…
    hari2 tengok cermin tak sedar lagi ke??? tergedik2 berposing, macam tu nak bagi ceramah agama…..pleaseeeee
    cakap tak serupa bikin.
    luncai…norwati nak terjun dgn labu2nya…biarkan…
    kalau kau tak over, ada org kisah???
    jangan paksa kami terima poligami cuma sebab kau tu bermadu. sedapkan madu…manis….tp aku suka kopi…kaw…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. mak eton says:

    salam to all forumers.. sudah2 lah t bergaduh, serang menyerang.. apa yg dapat? hati sakit bertambah sakit.. hati tak sakit pun boleh jadi sakit. sampai kiamat pun tak akan selesai mende ni.

    jeen, pls do something about your blog. hide it or delete it if you wish. dcck should be a happy place for us all untuk mencari ketenangan dan kekuatan bukan tempat untuk mencaci dan memaki. perlu diingat dcck is an open forum untuk semua M’s dan suami. attacking personal is not a good forum etiquette. as much as i meluat juga kadang2 baca dengan komen norwati, but its a whole difference altogether bila buka blog just to attack norwati and the following M’s.

    patutnya di sini kita belajar untuk hidup harmoni.. fahami situasi masing2. kita sesama perempuan.. patut lebih faham hati budi perempuan juga. kalau masih peringkat gf, yes u have all the right as a wife. klu dah kawen, as much as it hurts, the other wife pun holds the same right as yours. apa pun.. salahkan suami anda.. klu bukan dia yg jabat tangan tok kadi, anda tak akan dapat madu. walau segedik mana pun sang perempuan, tapi kalau suami anda tak sama merenyam, poligami tak akan berlaku. and there are cases di mana memang tak ada courtship pun yg berlaku terus kawen.

    apa pun yg berlaku sedarlah bahawa sesuatu itu takkan terjadi tanpa izin Allah. ada hikmah yg Allah sediakan untuk anda. carilah hikmah tersebut.

    now please. no more arguing, no more attacking. im sadden to see my beloved dcck becoming like this.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. norwati says:

    entahlah.. aku asyik kena hentam jer.. so aku jawablah..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. mak eton says:

    haha tu la kesian juga tengok u ni norwati… but apa pun as a regular commenter and blogger kat sini, from what i perceive semua ni bermula bila u keep preaching kat sini.. like “forcing” us mcm tu and condemning as for not accepting poligami. padahal hakikatnya kami tidak menolak poligami, hanya poligami yg tidak mengikut sunnah. itu sahaja.

    and situation become worse pabila jeen mula buka blog2 yg condem u, andartu dan para pengamal poligami. thats when the debate started to heat up.

    apa pun lets put all our differences aside and posts in harmony k. we help each other go thru their life difficulties bukan mencemuh dan menghina life masing2, tak kisah la siapa anda sekali pun.

    btw norwati, i like ur recent comment to hatilara. keep up that kind of spirit. tak perlu paksa sapa2.. after all we are all responsible for our own action’s only. not others. kita pun klu org len advise bukan boleh readily accept. makanya, dont expect people to readily accept what we say.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. anti poligami says:

    bukan sengaja nak hentam, kau tu suka melalut, tu yang buat orang meluat.
    ok ok ok …. aku stop ar….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. norwati says:

    hmmm.. observe and noted your comment.

    but to delete it, it’s not a good idea, it’s become a lesson to all of us, jgn gaduh2 lah… but i believe semua hati puas terkeluar segala isi yg pedih kat sini…(releaseee).

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. M3 says:

    tak ada sesiapa nak kutuk aku ker?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. lelaki bujang yg naif says:

    Bujang, 23 tahun, grad overc, bekerjaya, mempunyai hanya seorang ‘kawan perempuan’ yg special, belum ada 1st car, 1st house, sedia berusaha kearah financial freedom
    Kenapa saya tidak berfikiran naif dalam bab poligami?
    Saya merasakan bahawa hidup saya tidak akan lebih 70 tahun, waktu sya matang adalah selama 40 tahun [20-60]. Lagi 10 tahun adalah masa utk beribadah jika difikirkan secara logik. Moto hidup saya adalah mencari keseimbangan dunia akhirat. Kini masa bujang sya dihabiskan dngan aktiviti belajar, mencari ilmu dunia dan akhirat, melancong, mengukuhkan contact2 sya, dan menyimpan samaada utk membantu keluarga atau persediaan perkahwinan/ menyambung pelajaran di peringkat yg lebih tinggi. Apabila berkahwin, hidup saya akan terbahagi kepada 2,iaitu keluarga dan kerjaya. JIka diperhalusi lagi, untuk [isteri&anak2] dan kerjaya saya. 50 50. Yg saya pentingkan kualiti dan bukannya kuantiti.
    Jika ditakdirkan saya berkahwin laen [no komen], maksudnya hidup saya akan dibahagikan kepada 3 bahagian, kerjaya, kluarga 1st&2nd. Maksudnya saya mempunyai masa secara anggarannya 0.33 x 24 = 7.9 jam. Itu belum termasuk tidur, menguap, maen game, dll (kira ambil mudahlah disini, x perlu ambik kira sistem penggiliran).
    Semua org ingin berjaya dalam kehidupan esp kerjaya. Jika dulu, saya mempunyai masa 12 jam utk kerjaya sya, kini saya telah kurang sebanyak 4 jam apabila berpoligami dan sya merasakan sya tidak boleh berkompromi mengenai perkara tersebut. Sya memerlukan tempoh masa yg secukupnya demi kerjaya dan cita2 saya disamping memberikan yg terbaik utk keluarga saya kelak.
    In other words, i’m looking for efficiency in life. Mungkin saya salah disini. Tapi perkara2 diatas adalah merupakan sebab no1 saya utk tidak bersetuju mengenai poligami [hanya kepada diri sya] dan sya tidak mengatakan poligami salah.. ia adalah dibenarkan didalam islam. Cuma ini hanya pendapat saya sebagai orang muda yg belum berpengalaman.
    Ia, jika ada mereka2 yg berfikiran sama dgn saya.. maka teruskan.. u a not alone. Salam

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. norwati says:

    normal typical malay boy. single. biasa lah…

    but it is a very good calculation and hope.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. norwati says:

    still young. ok lah tu… energetic lagiiii,
    akak propose kat engkau jer lah… ok ke? confirm x share ngan sesape sampai tuaaaa.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. norwati says:

    i plak ada keta kenet and rumah kenet… cukuplah utk 2 org… ok lah tuuu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. M3 says:

    memang terkejar-kejarkan masa hidup berpoligami ni. Macam suami saya la…masanya banyak terbuang atas jalan berulang ke tempat kerja dan ke tiga buah rumah.
    Saya diambil jadi no 3 ni pun sebab saya dah setuju untuk terima nafkah zahir batin ala kadar, apa2 yang berbaki saja dan dah ikrar tak akan tuntut hak sama rata dgn madu2 saya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  35. angol says:

    apsal lak msworld ni panggil aku kakak… ko tingin nak jadi madu aku ke? huhuhuhu…. tapi sory ek.. kuota laki aku dah penuh la.. jadi pompuan simpanan nak? hahahaha.. tapi aku rasa bini no 2-4 mmg spesis pompuan simpanan pun… huahuahuahua..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  36. dinimia says:

    Aku rasa benda yg didebatkn ni mudah jer..
    Antara wajib dan sunat mana yg patut di utamakn?
    Sedangkan yg wajib dan mudah spt tutup aurat pn x bole buat..tp bermati-matian nk utamakn yg bkn wajib..tp sibuk nk ikut sunah+hadis yg tentulah utamakn benda yg wajib…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  37. mencari jeen says:

    mana pegi puan rumah ni? Dah taubat nasuha ker selepas kena debik sedas?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  38. Ms World says:

    Oooo…kuota laki kak angol dah penuh rupanya, patut lar marah sangat dengan bini 2-4. Kak tak bek samakan bini-bini abang tu dengan gundik kak. Tapi kalau abang layan macam layan gundik, best kak. Jumpa sesekali ikut jadual tetap. tapi kena lah redho kak, baru rasa nikmat idup kak.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  39. Malas Bercakap Dengan JEEN says:

    Masih tak habis berdebat lagi? Baguslah m1 disini melompat macam kera, sungguh memalukan berkelakuan sebegini, menghina dan bercakap sesuka hati. Lama sy perhatikan tidak ada m2,m3,m4 cuba menghamun kembali ataupun bercakap sesuka hati sedangkan hinaan yg diterima sangat meloyakan.

    Patutlah suami mereka berkahwin lain rupanya begini kelakuan isteri. Jangan berbicara tentang pengorban atau anak jika suami anda sendiri tidak menghargainya, tidakah anda berasa malu dan hina bila suami sendiri mencari kebahagiaan bersama wanita lain? anda menghina dan menghukum wanita lain sedangkan suami yg anda kasihi meniduri wanita tersebut? mengasihi wanita tersebut sehingga sanggup menolak anda ketepi???? sila baca betul betul SUAMI ANDA YG MENOLAK ANDA KETEPI

    Wanita tersebut perampas atau anda sendiri tidak tahu menjaga suami sehingga dirampas?? enakah ayat tersebut ditelinga anda? berdesing bukan??? bagus! cermin diri sendiri sebelum mengeluarkan ayat sesuka hati.

    Sepatutnya anda muhasabah diri, mecari apa silap sendiri dan cuba memperbetulkanya bukan menunding jari sana sini menyalahkan manusia lain punca keretakan rumahtangga anda. kehadiran m2,m3,m4 ujian dari allah. take it or leave it.

    Buat para m2,m3,m4 tak payah berdegar2 menjelaskan, menulis, menceritakan tentang pengorbanan para nabi & sahabat. Itu tanggungjawab suami anda yg menikahi anda bukan anda. Tindakan anda menceritakan tentang nabi & sahabat dan tindakan m1 yg menghina tulisan anda seolah-olah menghina nabi kita. Dalam soal emosi manusia hilang kerasionalan, jangan sampai terbabas dari islam.

    Suami m1 menikahi anda? bagus! dia sanggup bertanggungjawap maka galaslah tanggungjawab tersebut sebagai isteri bukan mengalas tanggungjawab suami untuk mendidik isteri isterinya. Anda tidak layak mendidik isteri yg lain kerana anda hanyalah seorang isteri dan taraf anda sama sahaja dengan isterinya. Biarlah suami sendiri menjadi nakhoda bukan anda.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  40. nurul says:

    Malas bcakap dgn JEEN?tp mnulis di blog JEEN.:P
    sebenarnye, sy heran jg, knp m1 slalu nk salahkn m2.patut salahkan si husband.
    cara tbaik utk mngelak bende ni start dr mase nk pilih calon suami lg..
    pilihla lelaki yg cintakan kite spenuhnye.tp tataula kalau perasaan ni boleh berubah bile dh kawen.
    pape pon tak adil kalau si Malas bcakap dgn JEEN ckp m1 tatau nk jg laki sampai dirampas.hubungan cinta laki bini kenela saling sama mjaga.penatla kalau sorang je yang asyik jaga.lg pon bile dh kawen, ppuan slalu spend ms tumpukn phatian kpd anak2.sb tu laki bosan n cari ppuan lain.spatutnye laki tu sama2 mbantu isteri mberi tumpuan pada anak2.brla masa terisi..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  41. Andar2 says:

    Nurul, fhmn sy, mls bckp dgn Jeen bkn wat stetmen M1 tak pandai jaga laki tp dia nk dorg rasa or tau apa perasaan ble ada org len lak hina dorg cenggi2 seenak rasa. Dorg wat generalization menghina andar2, janda, m2-4, sape2 yg tak sokong dorg. Tp takde sape jwb blk ngn cara dorg, ada M2 membidas tp bkn cara mengutuk mengata.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  42. Andar2 says:

    Org hanya dengar apa yg dia nk dengar. Pndpt yg bernas, tak laku sbb dia pilih apa yg dia nk dengar saje.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  43. kucing api says:

    auwwww spicy..

    tak kuat fizikal tapi kuat bab lain.. erkkk..

    take it or leasve it.. can’t live with them, but can’t live without them.. heh..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  44. Andarmuda says:

    Siapa yg takde budi bahasa, bckp kurang ajar, menghina manusia lain, menuduh spt memfitnah, mencarut smpi sebut alat anggota lelaki kat sini, mendoakan yg tidak baik kpd saudara seislam, memperlekeh al Quran krn bhujah dgn bpijak di alam nyata, bkn khayalan? Seolah Q hadith tak relevan lg. Anehnya mereka inilah yg mendakwa pihak satu lg menyalak bukit. Sudah terang bersuluh siapa yg memutar belit, menyalak hga membawa mcm2 kisah mereka disokong. Bermasalah rohani mcm SIS.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  45. angol says:

    Morning ‘MALAS BERCAKAP DENGAN JEEN’… en.somi kita tak pernah tolak kita ke tepi, selalu tarik kita ke tengah jer…. hahahaha… selera masih kuat beb…. tepi ke tengah ke depan ke belakang ker.. aku tetap no.1… jgn jeles…. .uuuuuuuu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  46. Ms World says:

    defensive nampak nya angol.Tahniah kerana masih dapat perhatian somi. Len kali tak payah nak hina madu-madu mu itu dengan skala yang tinggi. Semuga hidup mu damai.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  47. angol says:

    andarmuda.. apsal ko marah2… sukati je ckp org ada masalah rohani… laki ko lupa giliran balik umah ko ker? atau pun dia tengah menikmati kenikmatan madu ko… ilek ah.. tarik nafas k….. hhhhaaaaaa…hhhhhuuuu…. pandaiiiiii…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  48. nurul says:

    sbg ppuan, sy sgt bsimpati dgn para m1. sy mmg tak paham kpd para suami yg ingin kawen lain hingga lukakan m1 (ni kes yang nk kawen lain tp tak dapat restu m1). tp sy lg tak paham knp ade ppuan yg sanggup lukakan hati sesama ppuan.

    sy tak nk ckp m2 perampas.mungkin istilah sesuai ialah pengongsi.ape pon, khadiran m2 utk bkongsi tetap lukakan hati m1…

    sy penah tanye bf sy psl keinginan lelaki nk kawen 2.die ckp, hanye sesetenagh lelaki shj yng nk kawen 2. byknye masih bharap agar rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat.ni cume pendapat die pada masa skrang.

    dalam islam, tempat tinggal, makan pakai adalah tanggungjawab suami.kalau umah pon beli ngan tpakse bhutang sampai 20-30 thn, pk2la sendiri kmampuan utk bkawen 2.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  49. Andarmuda says:

    Nama pun Andarmuda, msih solo solid n sweety lg la. Akak tak malu ke dah jadi mak org, beranak pinak tp pangai still childish. Tak respek lgsung pmpuan camni. Tak malu kt org muda cam sy ke? Dah tua fikiran tak matang2. Tp klu bab tuutt tsgtlah over, memalukan diri sdiri, mjatuhkan maruah M1.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  50. Andarmuda says:

    Tau pun marah org kata sakit rohani. Kak Norwati jauh lg bek dr akak wp dikata sakit rohani, tp takde mencarut benda geli tu. Ntah2…eee geli la nk ckp. Taknaklah mencemarkan tgn tulis menda2 gitew.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.