30 JunBagaimana nak cari jodoh ?


Ok… petua lagi… hehehe… macam la pandai sangat.

Saya nak beri petua pada ANDARTU yang rasanya berlambak kat mesia sekarang ni lom kawin.  Saya tak tahu dimana mereka dapat statistik di dunia ni lelaki ‘hampir pupus’.  Mungkin ayat Quran cakap akhir zaman lelaki hampir pupus, tapi kita pun tak tahu bila akhir zaman yang sebenar tu.  Buat masa sekarang, rasanya statistik keseluruhan, mungkin sama atau kurang sedikit sahaja.  Kalau lihat statistik di Univ, mungkin kita leh kata, lelaki kat Univ ni berkurang sebab ramai yang BODO jer…(lelaki jangan marah yerr… )

Mungkin pakar statistik bley beri angka yang sebenar.  Tapi, akan datang, mungkin la pupus… sebab mereka bodo, pi hisap dadah, merempit dan sebagainya yang buat cepat mati.

Sebenarnya saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sahaja.  Mungkin sesuai mungkin tidak dipraktikkan, tak la pulak saya tahu.  Tapi, kalau ada yang sudi menjadikan petua ini nak dapatkan jodoh bujang, silalah gunakan.  Kalau tak dapat juga, maksudnya mungkin Tuhan nak beri bidadara yang lebih hensem kat syurga nanti.

Oh ya.. citer skit biodata saya (supaya orang lebih ‘respek’… hahaha).  Saya orang yang berkerjaya waktu bujang, ada la rupa skit skit, bukan huduh, tak gemok, tak hitam, tapi tak ada la cantik sangat.  Saya banyak kali bercinta masa study lagi, tapi tak kekal.  Dah kerja pun bercinta jugak… tapi ….

Ok la… biarlah citer lama ditelan zaman… Now, saya masih berkerjaya, bersomi dan beranak pinak.

Petua utama orang dulu dulu nak cari jodoh kena pastikan SEKUFU.  Faham kot apa sekufu tu ? Sepadan…

Tapi, dek kerana tekanan sekarang ni, yang buat perempuan lebih ok dari lelaki, jadi tak salah untuk kita wujudkan satu cara lain.

1. Antara yang kaya dan miskin, tak kira lelaki dan perempuan, kawin jangan bagi kaya kaya, miskin miskin… nanti lagi jadi papa kedana… biar kawin KAYA MISKIN… baru la semuaaaaaa jadi kaya atau sederhana…

2. Lelaki kalau dapat isteri yang berada, dah syukur, hiduplah dengan harmoni.  Isteri biasanya tidak berkira sangat dengan suami, asalkan bahagia dan setia.  Jangan plak, ada duit skit, nak pasang bini baru sedangkan harta yang dok ada pun, isteri yang banyak setlekan.

3. Kita kena sedar, dengan tahap ekonomi sekarang, nak tak nak, suami isteri mesti bersama sama membantu agar hidup dapat selesa.  Kalau harap suami saja, bolehhhhhhhh la… tapi… tak ada la selesa… (lelaki yang sedang sedang la… yang kaya raya tak termasuk !!)

4. Somi yang kaya ? Suka hati la… kalau dah MAMPU sangat (bukan seks dan wang saja), boleh la suka hati nak tambah… asalkan bahagia semuaaaa isteri isteri dan diri sendiri dan anak anak (jadi macam abang arif dalam mestika tu !).

5. Begitu juga PANDAI + TAK PANDAI SANGAT… jangan kawin pandai + pandai, tak pandai + tak pandai, tapi kawin biar PANDAI + TAK PANDAI SANGAT.   Pasangan yang pandai + pandai, peratus menghasilkan anak yang cerdik adalah tinggi.  Tapi, kalau pasangan yang pandai + tak pandai sangat tu, mungkin peratusnya rendah skit atau mungkin sama saja berbanding dengan anak yang lahir dari pasangan pandai + pandai.  Memang la ada anak orang tak pandai + tak pandai tu cerdik, tapi peratus kurang skit.

(Faham dak ni ? Tak faham sudah !)

Petua untuk perempuan lewat usia plak (lewat tu jangan lewat sangat… dalam 27 hingga 35 sahaja la kira tak lewat…. kalau dah 36 ke atas tu, tak tau la buleh praktik atau tidak petua ni)

1. Pasang tekad dalam hati tidak mahu cari yang ada isteri.

2. Jika ada somi orang mengorat, sila layan skit skit jer.  Jangan curahkan perasaan, citer masalah pada mereka.  Cari tempat lain untuk luahkan masalah, adik beradik, mak ayah, kawan perempuan dan sebagainya.

3. Luangkan masa dengan berkawan dengan orang bujang, bukan dengan orang orang yang bekeluarga.

4. Jika ada lelaki yang kita berkenan dihati, tetapi dia tak sekufu dengan kita (dia mungkin tak pandai atau tak kaya), jangan malu malu, tawarkan diri.  Sedangkan Siti Khadijah pun buat macam tu, siapa la kita ni kan ?

5. Kekadang disebabkan ‘kedudukan’ kita menyebabkan lelaki yang bujang rasa ‘malu’ untuk meluahkan perasaan.  Lelaki yang dah berkahwin kurang sedikit malu kerana mereka tahu, kalau mereka meluahkan perasaan, tiada kesan… dapat ok, tak dapat pun aku tak kesah… aku dah ada bini… tak dapat yang ini aku cari yang lain.  Lelaki bujang ni lain skit…

6. Yang penting sekali, sila letak target bakal suami kita ni jangan la tinggi sangat.  Jangan high taste sangat.  Jika kita letak target yang tinggi sangat… jadi, lelaki bujang susah nak capai.  Lelaki kawin memang dah capai kerana dah matang serba serbi, dah tahu bagaimana nak takle hati perempuan, macam mana nak uruskan perempuan itu dan ini… dan dah stabil.

7. Kawin dengan yang bujang, bentuk diri dia jadi sebaik yang kita nak.  Memang ambil masa.  Tapi, ada kepuasan disitu.  Kita yang jadi pendorong kejayaan keluarga, kebahagiaan milik kita, bukan kita yang menumpang kejayaan yang orang lain susah payah lalui…  Cuma memang menyakitkan hati bila ada orang nak menumpang bila kita dah senang skit, tapi hmmmm… nasib la…. takdir masing masing.

Itu saja… semoga yang baik dijadikan panduan, yang buruk tu, sila abaikan…

Yang lain, sapa nak sambung, silakan…

Popularity: 25% [?]

Processing your request, Please wait....

166 Responses to “Bagaimana nak cari jodoh ?”

  1. senyum puas pagi jemahat says:

    kutukan2 tak meluakkan walo se hencik pun bahagianku dan kenikmatannya. Tetap menten 7 hencik….kwang kwang kwang…nikmat halal lg toyibban

    waduhhhhh…nyaman sekali sih pagi ini. Jgn mare ya kakak2 madu…

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0

  2. dinimia says:

    tumpang simpati pd bunian…sabar yerrr..tau cmner perasann dikhianati oleh org yg kita syg dan kita impikn nk hidup brsama die hingga ke akhir hayat..mkn nasi rasa pasir jek..klu ketawa pn mc berlakon..hanya hati yg menanggung.hinggalah smpai tahap air mata pn dh xder..kita hnyalah manusia biasa yg x mampu nk menahan rasa kecewa.Semoga bunian tabah.Ank2 adalah penguat semangat.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

  3. angol says:

    hahaha… andarmuda sakit hati… jangan marah… jap lagi laki ko sampai k.. dia terlupa sebenarnya semalam giliran ko.. sian dia, dah nyanyuk sebab tu dia tak ingat lagipun sebab semalam dia bunuh yahudi lapan orang la dengan ‘kakak’ no 1 ko… tarik nafas k… dalammmmmmmmmm dalammmmmmmmmm….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1

  4. kaunselor says:

    simpati pada angol

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. Bini Muda says:

    Layan jer. Angol perlu perhatian sebenarnya.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

  6. Andarmuda says:

    Ha’ah, kesiannya kt dia. I tak kawen lg, hati2 kang hubby makcik Angol dirampas sy lak. Dah puas tarik napas? Lega?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. Agarabesque says:

    Tak abis2 lg ke forum? Sudah2lah. Siapa yg baik jln hidupnya di dunia tak kira apa statusnya, baiklah akhiratnya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. Andarmuda says:

    Takde la, makcik Ango ni sikit2 ckp pusing bab ‘itu’ je. Nape ek? Mengata kt andar2 memcm, m2 lak kawin sbb nafsu, tp nmpk2 mentaliti dia yg kuning, takde pk lain. Nape ek?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. Bini Muda says:

    Ntah. Dah lama tak dapat kot.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. norwati says:

    pn dinimia,
    berhujah menggunakan perasaan dan emosi serta mengutuk dan menghina org and personal macam ni, saya mintaakkkkk maaf ye.. i tak kuasa nak layan. bye bye…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. norwati says:

    kpd anti poli.. kita sekarang debate pasal poligami bukan pasal tanah atau kambing atau kain… please fokus on the issue..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. isteri ke2 says:

    Mmg ada lelaki yg tak boleh berasa sunyi. Mmg ada tuntutan kerjaya lelaki yg menyebabkannya terpaksa berjauhan dari keluarga sehingga selesai sesuatu projek. Kdg2 berbulan2. Kdg2 dpt habiskan masa beberapa hari je sebulan. Sebagai lelaki normal, yg mempunyai fitrah semulajadinya begitu, kemana hendak dihalakan syahwat selama berbulan2 itu tanpa isteri di sisi.

    Boleh bersabar, bertahan kuatkan iman tak perlu mencari pelacur atau perempuan murah. Berkahwin secara sah dan halal, lantas sanggup memikul tanggungjawab sbg suami. Kenapa isteri ke-2 juga yg mesti disalahkan jika suami itu yg tak mahu berterus terang dgn isteri 1. Mungkin dia dah tahu reaksi dan penerimaan isteri sedia ada. Mula2 rahsia utk jaga hati dan pelan2 nk beritahu. Tapi jiwa tak kuat dan tak terberitahu. Isteri ke-2 nk buat mcmn jk suami tak bertindak, segalanya di pundak lelaki. Kenapa perempuan sama perempuan nak menyalahkan tetapi tdk cuba memahami satu sama lain.

    Kalau tuntutan kerja si suami memaksanya berada lama di satu tmpt, tak boleh tinggal site, mmg di rumah isterilah tmpt tinggalnya. Bukan isteri yg memaksa dan memujuk. Kalau bgtau suami, suami tak dengar, isteri pun kesian nak halau suami yg berada jrk jauh utk berulang ke rmh isteri 1. Apa lg yg dia boleh buat?

    Sama juga bila suami balik ke tmpt isteri 1, lama juga dia akan tinggalkan isteri ke2. Isteri 2 pun kalau boleh semua clear, suami berterus terang dgn isteri satu, tp suami yg tak mampu buat demikian? Kenapa perempuan lain juga yg disalahkan? perempuan yg jaga kebajikan suami selama dia tiada di sisi isteri 1.

    Salahkan isteri ke2 krn terima suami org? Lebih besar kesalahan berkahwin daripada suami melanggan pelacur? Kalau lelaki tak mula, perempuan pun tak terima. Kalau lelaki tak bersungguh, takkan jadi juga wp elak mcmn.

    Tp perempuan tetap perempuan, lebih suka menyakiti kaum sendiri. Yang benar hanya perasaan dia. Perasaan org lain salah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. copy paste je says:

    Wawa Says:

    Mac 12, 2009 at 6:51 am
    Saya juga isteri ke2, rumah tangga masih baru belum pun sampai setahun. Saya pernah berkahwin dan dikurniakan 2 orang puteri. 10 tahun menderita bersuamikan lelaki kaki pukul dan tidak bertanggungjawab. Jadi bila ditemukan dengan suami sekarang, seperti anugerah yang tak ternilai walau perkahwinan ini harus berkongsi.

    Ingin saya kongsikan pengalaman, bagi saya satu suami satu isteri pun belum tentu menjamin kebahagiaan. Ia terpulang pada individu (suami atau isteri) itu melayari rumahtangga. Bagi saya pula sekarang amat bersyukur walau ada kekurangan pada perkahwinan berkongsi tapi tetap ada kelebihannya. Dengan suami tak bercinta dulu pun, jumpa saya sekali terus ajak kahwin. Walau terkejut, tapi apa yang saya lakukan terus tetap dilandasan agama (istikharah) dan persetujuan orang tua.

    Isteri pertama memang tak bersetuju tapi suami bertegas juga. Memang mula2 rasa tertekan sebab tak pernah termimpi untuk dikatakan perampas suami orang. Rasa rendah diri tapi kuatkan hati kerana suami sentiasa memberi semangat dan melihatkan kesabaran suami menangani dugaan yang datang menjadikan kuat untuk bersamanya mempertahankan ke2 rumahtangga.

    Bagi saya perceraian dengan isteri 1 bukanlah jalan yang terbaik kerana saya tahu kebahagiaan dia ada juga di sana. Kalaupun saya dapat dia seorang tak mungkin dia akan bahagia kerana jiwanya kosong, untuk kebahagiaan saya pula ialah melihat suami bahagia dan anak2 gembira. Pada saya kebahagian diri adalah menjadikan orang disekeliling kita bahagia…

    Anak2 saya bertuah kerana dapat berbapa tiri yang sangat periang, walau dia tak selalu dapat bersama tapi bila masa dia bersama kami kegembiraan yang diberi amat dalam. Pada saya pula bila ketiadaan suami saya penuhi untuk masa sendiri, melayan kerenah anak2, dan mengemas rumah. Bila suami ada saya pastikan yang lain diketepikan dan cuba melayani suami sebaik mungkin. Anak2 pula bila ada bapa tirinya pulang saya akan biarkan mereka bersama. Paling anak yang sulung suka buat homework dengan bapanya… yang kecil plak masa tulah jugak nak mengada atau mintak perhatian.

    Pada saya apa yang saya nampak ialah tanggungjawab untuk isteri sangat mudah. Banyak mengajar erti kesabaran, kekuatan dan berdikari. Saya dan madu tidak berhubung, untuk masa sekarang. Pernah bersua berbicara dengan situasi yang dihadapi. Rasanya mungkin masa akan memperbaiki segalanya…iaitu kesabaran. Pada suami saya nampaknya memang letih bila mempunyai dua keluarga. Keseronokan yang orang gembar-gemburkan tu memang hanya khayalan. Tapi beban tanggungjawab dunia dan akhirat tu yang berganda jadinya.

    Tapi apa yang saya pegang ialah bersyukur dengan apa yang ada. Kebahagiaan 100% bukanlah ada atas dunia setiap manusia pasti ada dugaan diberi olehnya. Lebih besar dugaan lebih tinggilah darjatnya di sisi allah. Yang penting ketenangan untuk menjalani kehidupan untuk bekalan di akhirat nanti.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. copy paste je says:

    Wan Says:

    Mac 6, 2009 at 2:54 pm
    Yang pasti wanita akan tetap dimadukan di dalam syurga nanti. Fikirkanlah.

    Saya terpanggil untuk berkongsi situasi semasa di tempat kerja saya di sebuah institusi pendidikan. Terdapat beberapa orang wanita yang tergolong dalam kategori janda (kematian suami) atau anak dara antik (yang umur dalam lingkungan 30an dan awal 40an. Lazimnya kaum lelaki kahwin awal. Belum sampai 30 dah kahwin. Jadi di pasaran spesis lelaki tak berapa nak ada bawah 40an yang belum kahwin. Yang ada pun tak berapa nak boleh diharapkan. Jadi jarang ada nak ambil anak dara antik yang dah terlewat ni kecuali lelaki yang sudah bergelar suami. Kalau dilihat bukan tak de rupa tapi nak kata apa tak de jodoh. Kalau yang nak berani rapat pun pasti yang sudah beristeri. Saya kasihan lihat golongan ini. Mereka pun ada perasaan ingin dikasihi, dilindungi, dibelai sebagai seorang manusia normal. Ye lah, tak kan mereka nak terima sebarangan lelaki. Mereka masih perlu memilih yang dirasakan sesuai atau sekufu. Kerana ramai dikalangan mereka ada ijazah pertama dan kedua. Tak kan nak cari yang tak tentu ke hala. Jadi spesis lelaki yang ada ialah suami orang yang dah ada anak berderet. Ada yang kahwin mungkin kerana nafsu. Pilih yang cantik sahaja. Tapi ada juga yang ikhlas. Kalau nak kata kerana nafsu, apa nak lagi isteri sedia ada kan dah ada untuk melayaninya.

    Fahami lah wahai kaum isteri, di luar sana ramai anak dara antik yang menunggu untuk disunting oleh suami anda. Izinkanlah. Cemburu tetap ada kerana itu adalah perasaan manusia normal. Kalau yang tak de perasaan cemburu tu mungkin tempatnya di Hospital Bahgia. Isteri Nabi S.A.W pun ada perasaan cemburu juga. Jadi itu adalah perasaan manusia normal.

    Saya sekadar berkongsi situasi semasa di tempat saya walaupun saya belum berkesempatan untuk berpoligami lagi. Mungkin saya bukan tersenarai dalam golongan lelaki yang berpoligami. Tapi sapa tahu masa ke hadapan nanti. Pada saya kalau nak poligami seseorang lelaki itu perlu tingkatkan iman dan amalnya. Amalan wajib konform tak boleh tinggal. Kena tambah lagi yang sunat-sunat seperti solat isyrak, dhuha, tahajud, tasbih, witir, rawatib. Kena rajin zikir, selawat, munajat, selalu muhasabah diri. Baca Quran dan hadis. Ini semua bagi memantapkan ketahanan mental dan fizikal terutamanya untuk menghindari dari serangan iblis dan syaitan yang berusaha untuk mempengaruhi nafsu manusia. Fikir-fikirkan lah. Wassalam

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. bunga kekwa says:

    mana sume org?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. intan says:

    ramai lelaki yg kuat imannya, kerana kasihkan seorang wanita pun hingga sanggup poligami,.. bila dah dapat 2, kemungkinan besar dia akan cari samapi 4, sunnah nabi.. ramai gak ustaz , imam yg tegoh ..maybe ada reason bt mcm tu

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.