04 MayMenantu dibenci anak ‘dicuri’


DCCK Mingguan Malaysia – 04 Mei 2008

‘‘SEJAK kecil, saya takut kalau dapat ibu atau berayah tiri. Mungkin kerana cerita-cerita negatif saya dengar dan yang diceritakan kawan-kawan ataupun saudara mara terdekat. Terutama setelah ibu bercerai.

‘‘Namun kami lima beradik tidak menghadapi masalah tersebut, kerana ibu tak kahwin sehinggalah kami bersekolah. Dan masalah mempunyai ayah tiri tidak menghantui hidup kami kerana tiga orang daripada kami berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama. Ibu pula setelah berkahwin sentiasa menyibukkan diri dalam perniagaannya dan suami barunya sentiasa ada di sisinya membantu. Kerana ibu memang pandai buat best” target=”_blank” title=”More about bisnes »”>bisnes.

‘‘Namun setelah usia meningkat remaja, fikiran sentiasa terganggu kerana bimbang dan takut bakal mendapat ibu mertua tak sehaluan. Inilah antara cerita yang sering berlegar di kalangan pelajar perempuan yang dah masuk tingkatan empat dan lima ketika masing-masing sibuk mencari pasangan,’’ demikian cerita Natasha ketika kami berbual di telefon setelah saya membaca e-mel yang dikirimkannya.

Saya beberapa kali cuba menghubungi Natasha, tetapi gagal kerana kesibukannya. Cuma minggu lalu barulah beliau menghubungi penulis. Tambahan pula sebelum ini fikirannya sering terganggu setelah berlaku perang besar dengan suaminya. Katanya, hingga kini luka di tangannya belum sembuh akibat pukulan suaminya.

‘‘Saya selalu mengikuti ruangan DCCK ini dan tertarik untuk menceritakan pengalaman pahit saya, bukan untuk membuka pekung di dada, tetapi untuk meringankan sedikit masalah di dada dan yang sentiasa membelenggu kehidupan sejak mula kahwin lima tahun lalu.

‘‘Sepanjang perkahwinan saya, hubungan dengan suami terutama keluarga dan ibu mertua saya tak pernah baik, sentiasa bersengketa, mereka tidak pernah sukakan saya apalagi menerima saya sebagai menantu. Selain itu mereka sentiasa memberikan pelbagai syarat kalau saya mahu diterima masuk dalam keluarga mereka.

‘‘Semua syarat saya cuba ikut dan patuh kepada arahan dan syaratnya, tetapi semakin saya menunduk semakin sakit kepala saya mereka cuba pijak-pijak khususnya ibu mertua saya. Saya sedar saya bukanlah menantu pilihan kerana suami saya telah bertunang sebelum kami berkahwin. Itulah yang menjadi punca kemarahan mertua saya ketika kami nikah dahulu.

‘‘Sebenarnya tunang suami saya pun tak mahu berkahwin dengan suami saya. Dia pun tidak suka ditunangkan, tetapi terpaksa mengikut kehendak keluarga. Ketika saya tanya pendiriannya, dia mengucapkan terima kasih kerana mahu berkahwin dengan tunangnya sebab dia juga ada pilihan lain.

‘‘Namun keputusan kami untuk bernikah tetap mendapat tentangan mertua saya, kerana dia masih mahu bermenantukan gadis pilihannya. Dalam pada itu suami saya tak berani membantah, sebab dia terlalu menghormati, kalau putih kata ibunya, dia akan kata putih, walaupun hitam. Tetapi entah macam mana suami saya berani juga untuk bernikah dengan saya.

‘‘Ketika nikah, suami saya Neezam datang dengan ibunya tanpa membawa satu sen pun. Mujurlah kawan-kawan serta keluarga memberi sokongan, akhirnya kami nikah juga. Nak jadikan cerita sebelum tarikh pernikahan kami, pelbagai peristiwa aneh berlaku dalam keluarga saya, sebagai contoh, emak saya sering pengsan tanpa sebab. Perniagaannya merosot dan rosak serta merta dan rumah kami sering diganggu dengan perkara yang tidak baik. Tetapi kami tidak faham apakah puncanya.

‘‘Setelah mendapat anak pertama, saya kira tentulah perkahwinan saya bahagia tetapi mendung terus melanda. Setelah anak saya berusia 5 bulan Neezam mencadangkan membawa saya balik ke kampung, katanya mungkin ibunya telah berubah. Malangnya ibunya tetap tidak menerima kedatangan saya sebaliknya meminta saya menghulurkan anak saya untuk dilihat di depan pintu rumah.

‘‘Saya hulurkan anak saya kepadanya dan saya duduk di luar rumah menunggu. Setelah setengah jam Neezam mengajak saya balik dan meminta saya tinggalkan anak saya kepada ibunya. Kata Neezam selepas dia menjaga anak kami tentu dia boleh terima saya. Saya membantah, tetapi Neezam berkeras mengajak saya pulang.

‘‘Setelah puas memujuk barulah saya setuju melepaskan dengan hati yang berat. Namun beberapa bulan kemudian hubungan saya dengan mertua tetap tidak baik. Kerana sayangkan anak, saya pindah bekerja dekat rumahnya, dengan harapan dapat melihat anak saya, tetapi beliau tidak mengizinkan. Hati siapa yang tidak sakit. Kita dibenci tetapi anak kita diambil. Berkali-kali saya memujuk suami mengambil anak kami tetapi Neezam tidak berani menolak permintaan ibunya.

‘‘Anak kedua saya pun sama, kali ini dia benarkan saya tinggal di rumahnya hingga bersalin, tetapi dia ada tujuan lain, selepas melahirkan, saya disuruh pulang dan anak disuruh tinggalkan dengan ibunya.

‘‘Keluarga saya selalu menegur saya setiap kali saya mengadu tentang keluarga mertua. Mereka mendakwa apa yang berlaku kerana kesilapan saya. Hanya Allah yang tahu hati dan perasaan saya. Kerana tidak mahu bergaduh dengan suami dan mertua saya mengalah lagi, lagi pun mertua saya memberi syarat tinggalkan anak jika mahu berbaik dengannya. Tetapi hasilnya tetap sama, dia tetap bencikan saya.

‘‘Ramai kawan mengatakan saya bodoh kerana sanggup berpisah dengan anak demi menjaga hati orang lain. Orang luar tidak tahu masalah saya. Ada juga yang mendakwa saya menjual anak kepada mertua.

‘‘Sebenarnya saya terpaksa bersabar kerana suami panas baran. Saya mesti ikut setiap kata-katanya. Menurutnya apa yang dilakukan demi menjaga hati ibunya. Dia tak mahu jadi anak derhaka. Tetapi macam mana dengan hati saya? Kerana anak juga, saya sering bertengkar dengan suami. Sudahlah saya tidak disukai, datang ke rumahnya juga ditegah tanpa kebenarannya. Bila anak saya yang tua berusia 3 tahun saya cuba menghubunginya dengan telefon tetapi tidak diizinkan oleh mertua saya.

‘‘Walaupun saya bekerja, tetapi bila balik ke rumah, saya kesunyian, suami jarang balik ke rumah, kerjanya tak kira siang malam. Jadi siapa boleh sabar duduk di rumah sendirian. Untuk mengelakkan sunyi, saya sering kerja lebih masa. Tapi sampai bila. Akhirnya saya minta izin Neezam pindah rumah duduk dengan kawan-kawan. Neezam pula tak izinkan ibu mertua saya masuk campur memburuk-burukkan saya.

‘‘Dari mula berbincang hinggalah ke sepak terajang saya terima setiap kali saya beritahu ingin bertemu anak saya. Akhirnya saya hilang kewarasan apabila mertua campur tangan. Itulah pertama kali saya bersikap kurang ajar dengan orang tua.

‘‘Pergaduhan ini berakhir dengan saya mengambil keputusan berpindah. Saya rela bercerai jika itu keputusan Neezam. Dan ketika orang meraikan Hari Kekasih, kami berada di kamar Mahkamah Syariah untuk bercerai. Neezam terpaksa membuat keputusan tersebut kerana itu adalah kehendak ibunya. Begitulah kuatnya hubungan pertalian darah antara mereka. Saya umpama daki di kulit. Air mata saya menitik ketika talak dijatuhkan.

‘‘Hati siapa tak sedih, saya banyak berkorban untuk ibunya, tetapi diceraikan. Saya juga bukan setakat kehilangan anak, tetapi turut dibebani hutang untuk ibu Neezam membeli tanah. Simpanan saya juga habis untuk membeli rumah baru ibunya.

‘‘Neezam tak ada simpanan, gaji pun tak seberapa. Setiap kali ibunya ingin beli tanah, Neezam akan pinjam duit saya. Janjinya lepas ini tentu ibunya suka saya tetapi mana ibunya percaya, kerana Neezam tidak pernah bercerita duit itu dipinjam.

‘‘Neezam cuma lulusan tingkatan lima sedangkan saya ada diploma. Ibunya memang gila kumpul harta. Oleh kerana Neezam tak ada duit sayalah mangsa. Sebab itu saya sedih bila diceraikan kerana saya kena pikul hutang emaknya.

‘‘Setelah tiga minggu bercerai, Neezam rujuk saya semula. Saya sedar Neezam masih sayangkan saya, tetapi dia tidak berani membantah kehendak ibunya. Neezam berjanji dia akan sehidup semati dengan saya, tetapi tak pernah betul.

‘‘Neezam memang penyayang namun sikapnya buruk tidak pernah jujur, penipu dan pembohong sering menghantui hidup saya. Sikap ini juga ditambah dengan panas barannya dan suka memukul.

‘‘Kata Neezam syarat kami rujuk, saya tidak boleh memberitahu ibunya, biar ibunya tahu yang kami sudah bercerai. Neezam juga sering berlakon meminjam anak-anak kami untuk saya. Alasan Neezam konon membawa anaknya keluar makan angin atau berjalan-jalan. Bila Neezam minta nak bawa anaknya keluar semuanya tak jadi masalah, sebab pada sangkaan ibunya kami sudah bercerai. Inilah cara saya berpeluang melihat anak saya. Begitulah kedudukan saya sebagai ibu yang terpaksa berbohong untuk melihat anak sendiri.

‘‘Paling menyakitkan hati, mertua saya sering memburuk-burukkan saya kepada Neezam melalui telefon, dia tak tahu saya mendengar setiap perbualannya, kerana Neezam membuka speaker. Kadang-kadang saya menangis.

‘‘Kadang-kadang tu bila rasa rindu pada anak-anak, saya bercadang tidak mahu memulangkan anak-anak kepada mertua, tetapi Neezam tidak benarkan. Keadan inilah membuatkan kami sering bertengkar.

‘‘Bila bertengkar, Neezam tidak akan balik ke rumah beberapa hari, dan saya menjadi lebih sunyi. Bila saya telefon dia mendakwa pergi kerja. Bila saya fikirkan kalau bercerai lagi saya tidak akan berpeluang bertemu dengan anak saya.

‘‘Walaupun Neezam mendakwa kerana tugas, tetapi saya sering mencurigainya. Kerana saya pernah terjumpa bukti dia buat hubungan dengan beberapa orang wanita lain. Sekali lagi jiwa saya tertekan. Jika diikutkan hati memang saya ingin perpisahan kali kedua tapi banyak sebab mengapa saya tidak mahu bercerai.

‘‘Pertama saya kehilangan anak-anak, kedua saya terpaksa membayar hutang untuk mertua sedangkan saya tidak memiliki satu apa pun daripada pinjaman saya itu, semuanya untuk mertua termasuk beberapa keping tanah dan rumah baru.

‘‘Seperkara lagi yang merunsingkan fikiran ialah cara mereka mendidik anak-anak dengan kasar, akibatnya anak-anak saya menjadi kasar, bengis dan melawan, setiap kehendaknya mesti dituruti, jika tidak mereka akan memberontak, menghempas badan, berguling di lantai, walaupun mereka baru berusia 4 tahun dan setahun.

‘‘Saya ingin bertindak kasar merampas anak-anak saya tetapi bila memikirkan peristiwa-peristiwa aneh yang pernah berlaku kepada keluarga kami ketika saya ingin berkahwin dengan Neezam, saya jadi takut Namun rasa rindu saya kepada mereka semakin menjadi-jadi.

‘‘Bila memikirkan masalah ini saya jadi tertekan. Saya tak tahu sampai bila harus bersabar, dan apakah ini suratan takdir.

‘‘Saya pernah terfikir untuk mencari pekerjaan dan berhijrah ke luar negara, mungkin itu boleh menghapuskan rasa rindu saya pada anak-anak. Tetapi malangnya sampai sekarang saya masih belum mendapat kerja tersebut,’’ demikian cerita Natasha.

Hidup dalam dunia ini banyak ragamnya, ada yang sayangkan menantu dan anak-

anak setiap bulan buat kenduri untuk menghimpunkan mereka, ada juga yang suka minta duit anak menantu untuk peribadi. Dan macam-macam lagi cerita aneh yang tidak pernah kita fikirkan sebenarnya wujud dalam hidup ini. Namun tak perlulah kita buat pinjaman bank untuk gembirakan orang lain. Kerana ada orang semakin dimanja semakin mengada-ngada.

Popularity: 38% [?]

Post to Twitter

Processing your request, Please wait....

60 Responses to “Menantu dibenci anak ‘dicuri’”

  1. shila exora says:

    saya juga menghadapi masalah yang sama,saya dipukul dicaci oleh mertua dihadapan orang ramai. betapa malu dan sakitnya saya ketika itu,dengan anak yang sedang nazak dan saya dalam pantang. Saya dipukul dihadapan anak -anak sendiri. saya dilayan seperti binatang ketika itu. Suami saya pun takut untuk membantu kerana sebelum ini ibunya memperlakukan dia seperti terjadi pada saya.

  2. IntanPutri says:

    Shila.. nape jadi camni? kenapa mesti nak takut untuk melawan jika u benar? U tak boleh biarkan orang seperti ini melarat2 ngan perangai buas mereka. Jika suami u tak boleh nak protect u.. u have to do something for yourself and anak2!!
    EE.. geram nye… mumgkin saya cakap senang tapi u mesti nak berani melawan! Your mom in low tu berpenyakit.. Hati, jiwa dan minda dier tu dah rosak. Jgn pulak your mom in law rosak, u pun ikut kan jer rentak dier!
    Please girl, u have every rite to protect yourself. Biarkan apa orang nak cakap pasal u as long as u sihat, happy.. kalau ada suami pun tak tahu nak protect u.. then forget it! yang penting u n anak2.. ok dear.. :)

  3. cgnan says:

    nampak nya komen komen di atas memberi 2 pilihan kepada angah (1) nak wait and see (2) undurkan diri (berpisah)

  4. faezah says:

    puan Natasha,jgn beralah..fikirkan msa depan ank2 bila mreka mmbesar dgn cra yg x btul..bertndak sekarang.ambil anak anda..jgn smpai anda kehilangan anak dan suami bru anda sedar dri mimpi ni..

  5. mojam says:

    untuk angah..awak perlu muhasabah diri sendiri kenapa boleh jadi begini.periksa dulu hubungan diri dengan allah.kemudian setelah banyak berusaha bedoa dan bertawakal buat solat istikhorah minta bantuan tuhan untuk buat keputusan samaada perlu teruskan lakonan itu atau stop setakat itu.sebelum bertindak awak perlu mencari ‘cover’ kat belakang anda jangan bertindak sendirian.lebih utama abang atau kawan lelaki.cara paling baik awak tukar tempat kerja jauh2 sampai sabah sarawak tak pun kat arab ke kat eropah ke dah ada kerja tetap baru awak plan bawa lari anak-anak jauh tinggalkan dunia lakonan awak tu.

  6. ruhaizan says:

    saya rasa saudari tidak tahu hak sebagai seorang isteri, banyak yang boleh dirujuk. Sikap saudari sendiri yang perlu diperbetulkan. Pertama hubungan dengan Allah. Sekiranya hubungan denganNYA YANG MAHA ESA dijaga insya allah masaalah ini boleh selesai. Jangan biarkan diri diperlekeh hingga hilang harga diri. Islam sesuatu yang indah yang menjaga hak seorang isteri. Fikir-fikir dan renung-renunglah. Munajat pada NYA Yang Maha Pengasih.

  7. Makcikmanis says:

    Paling tak faham dengan perangai suami yang tidak boleh melindungi isteri.Apa ke dayus..mual baca benda-benda macam ni zaman sekarang ni.

  8. awi216 says:

    Sangat sedih dan simpati bila baca kisah saudari. Puan, dalam perkara ni puan perlu bangkit, dan letakkan titik noktah dalam hidup DERITA puan ini. Melarikan diri bukanlah pilihan terbaik, masalah camni akan terus hantui puan hingga akhir hayat. Sbb benda ni melibatkan zuriat puan. Ank puan yg mana bila dia besar nanti, kemungkinan besar dia jugak akan menyalahkan puan dan menjadi anak derhaka.

    Jangan salahkan takdir, sebab kita bukan nampak takdir sebenar kita. Sedangkan puan boleh berusaha untuk sesuatu yg lebih baik. Tentang pinjaman yg bertimbun-timbun tu, perkara pertama yg bleh puan buat ialah dengan mendapatkan nasihat undang2. Sama untuk menuntuk kembali hak atau samada dengan menghentikan segala bayaran. Mungkin puan takut mungkin di”blacklist” jd mendapatkan pandangan guaman dari biro guaman(awam/swasta) adalah jalan terbaik. Puan bleh call no. ni ntuk biro bantuan guaman (03-8885 1000)

    Bagi saya, jangan dirisaukan sangat dengan ancaman ilmu hitam dari pihak mertua. Percayalah Allah itu maha kuasa, dan ikhtiar untuk memerangi juga sudah banyak skrang. Puan bleh minta pandangan para ustaz, bagaimana untuk melawan, mencegah ancaman2 sebegini. Cthnya dari pusat rawatan darussyifa ni http://www.darussyifa.org/cawangan.php . Puan bleh rujuk link yg diberikan untuk cawangan berhampiran. Kalu tiada pihak lelaki dari pihak puan yg sanggup tolong untuk berunding dengan pihak mertua. Bawalah wakil dari darussyifa ni ntuk menolong. InsyaAllah ustaz2 ni sudi ntuk menolong. Moga dengan membawa ustaz2 ini, akan timbul rasa takut dalam hati mereka ntuk buat benda2 terkutuk terhadap diri puan, dan ahli keluarga puan.

    Dalam situasi puan suami isteri, bg sy bercerailah jalan terbaik. Sy dh tak nampak langsung, apa motif perkahwinan puan? Apa motif hubungan suami isteri itu? Puan mcam dh letakkan diri puan balik dalam lembah derita. Puan kena sedar sekarang, sebelum keadaan betul2 terlambat. Sebelum puan betul2 dah tersekat, dan tak terdaya nak keluar lagi. Bangkit lah puan, bangkit. Saya tahu memang berat, tapi sampai bila puan? Sampai bila?

    Skrang puan cuma perlu buat benda ni, buang segala sifat malu/takut, biarlah orang nak kata gila ke apa sekalipun. Tuntut anak2 puan dari mertua, tuntut cerai untuk hak diri puan sendiri, berhijrah seboleh2nya jauh dari keluarga mertua, bekas suami, walaupun tak tukar kerja. Jangan bayar walau satu sen pun hutang mertua.(bantuan guaman). Mulakan hidup baru. Memang tak dinafikan banyak cabaran yg puan akan hadapi. Tp sekurang-kurangnya, manis tetap ada selepas setiap pahit tu. Dan sumber kekuatan paling utama, tentunya dari Allah Tuhan Sekelian Alam.

    Sy harap puan akan bertindak. Bertindak selagi boleh.

  9. libra girls says:

    mcm2 la mslh kat dunia ni…klu pk pasal kawen ni takut la plak….sbb sy blum kawen lg…kesian kat kaum hawa…slsalu je kene tindas….nauzubillah….

  10. adik says:

    ya allah beratnya dugaan puan..sy sendiri yg belum berkahwin n sudah dihalang keluarga sebelah lelaki pun suda terasa begitu sakitnya dibenci apatah lagi kalau berada di tempat puan..

    semoga puan terus kuat dan tabah.

RSS feed for comments on this post.