04 MayMenantu dibenci anak ‘dicuri’


DCCK Mingguan Malaysia – 04 Mei 2008

‘‘SEJAK kecil, saya takut kalau dapat ibu atau berayah tiri. Mungkin kerana cerita-cerita negatif saya dengar dan yang diceritakan kawan-kawan ataupun saudara mara terdekat. Terutama setelah ibu bercerai.

‘‘Namun kami lima beradik tidak menghadapi masalah tersebut, kerana ibu tak kahwin sehinggalah kami bersekolah. Dan masalah mempunyai ayah tiri tidak menghantui hidup kami kerana tiga orang daripada kami berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama. Ibu pula setelah berkahwin sentiasa menyibukkan diri dalam perniagaannya dan suami barunya sentiasa ada di sisinya membantu. Kerana ibu memang pandai buat best” target=”_blank” title=”More about bisnes »”>bisnes.

‘‘Namun setelah usia meningkat remaja, fikiran sentiasa terganggu kerana bimbang dan takut bakal mendapat ibu mertua tak sehaluan. Inilah antara cerita yang sering berlegar di kalangan pelajar perempuan yang dah masuk tingkatan empat dan lima ketika masing-masing sibuk mencari pasangan,’’ demikian cerita Natasha ketika kami berbual di telefon setelah saya membaca e-mel yang dikirimkannya.

Saya beberapa kali cuba menghubungi Natasha, tetapi gagal kerana kesibukannya. Cuma minggu lalu barulah beliau menghubungi penulis. Tambahan pula sebelum ini fikirannya sering terganggu setelah berlaku perang besar dengan suaminya. Katanya, hingga kini luka di tangannya belum sembuh akibat pukulan suaminya.

‘‘Saya selalu mengikuti ruangan DCCK ini dan tertarik untuk menceritakan pengalaman pahit saya, bukan untuk membuka pekung di dada, tetapi untuk meringankan sedikit masalah di dada dan yang sentiasa membelenggu kehidupan sejak mula kahwin lima tahun lalu.

‘‘Sepanjang perkahwinan saya, hubungan dengan suami terutama keluarga dan ibu mertua saya tak pernah baik, sentiasa bersengketa, mereka tidak pernah sukakan saya apalagi menerima saya sebagai menantu. Selain itu mereka sentiasa memberikan pelbagai syarat kalau saya mahu diterima masuk dalam keluarga mereka.

‘‘Semua syarat saya cuba ikut dan patuh kepada arahan dan syaratnya, tetapi semakin saya menunduk semakin sakit kepala saya mereka cuba pijak-pijak khususnya ibu mertua saya. Saya sedar saya bukanlah menantu pilihan kerana suami saya telah bertunang sebelum kami berkahwin. Itulah yang menjadi punca kemarahan mertua saya ketika kami nikah dahulu.

‘‘Sebenarnya tunang suami saya pun tak mahu berkahwin dengan suami saya. Dia pun tidak suka ditunangkan, tetapi terpaksa mengikut kehendak keluarga. Ketika saya tanya pendiriannya, dia mengucapkan terima kasih kerana mahu berkahwin dengan tunangnya sebab dia juga ada pilihan lain.

‘‘Namun keputusan kami untuk bernikah tetap mendapat tentangan mertua saya, kerana dia masih mahu bermenantukan gadis pilihannya. Dalam pada itu suami saya tak berani membantah, sebab dia terlalu menghormati, kalau putih kata ibunya, dia akan kata putih, walaupun hitam. Tetapi entah macam mana suami saya berani juga untuk bernikah dengan saya.

‘‘Ketika nikah, suami saya Neezam datang dengan ibunya tanpa membawa satu sen pun. Mujurlah kawan-kawan serta keluarga memberi sokongan, akhirnya kami nikah juga. Nak jadikan cerita sebelum tarikh pernikahan kami, pelbagai peristiwa aneh berlaku dalam keluarga saya, sebagai contoh, emak saya sering pengsan tanpa sebab. Perniagaannya merosot dan rosak serta merta dan rumah kami sering diganggu dengan perkara yang tidak baik. Tetapi kami tidak faham apakah puncanya.

‘‘Setelah mendapat anak pertama, saya kira tentulah perkahwinan saya bahagia tetapi mendung terus melanda. Setelah anak saya berusia 5 bulan Neezam mencadangkan membawa saya balik ke kampung, katanya mungkin ibunya telah berubah. Malangnya ibunya tetap tidak menerima kedatangan saya sebaliknya meminta saya menghulurkan anak saya untuk dilihat di depan pintu rumah.

‘‘Saya hulurkan anak saya kepadanya dan saya duduk di luar rumah menunggu. Setelah setengah jam Neezam mengajak saya balik dan meminta saya tinggalkan anak saya kepada ibunya. Kata Neezam selepas dia menjaga anak kami tentu dia boleh terima saya. Saya membantah, tetapi Neezam berkeras mengajak saya pulang.

‘‘Setelah puas memujuk barulah saya setuju melepaskan dengan hati yang berat. Namun beberapa bulan kemudian hubungan saya dengan mertua tetap tidak baik. Kerana sayangkan anak, saya pindah bekerja dekat rumahnya, dengan harapan dapat melihat anak saya, tetapi beliau tidak mengizinkan. Hati siapa yang tidak sakit. Kita dibenci tetapi anak kita diambil. Berkali-kali saya memujuk suami mengambil anak kami tetapi Neezam tidak berani menolak permintaan ibunya.

‘‘Anak kedua saya pun sama, kali ini dia benarkan saya tinggal di rumahnya hingga bersalin, tetapi dia ada tujuan lain, selepas melahirkan, saya disuruh pulang dan anak disuruh tinggalkan dengan ibunya.

‘‘Keluarga saya selalu menegur saya setiap kali saya mengadu tentang keluarga mertua. Mereka mendakwa apa yang berlaku kerana kesilapan saya. Hanya Allah yang tahu hati dan perasaan saya. Kerana tidak mahu bergaduh dengan suami dan mertua saya mengalah lagi, lagi pun mertua saya memberi syarat tinggalkan anak jika mahu berbaik dengannya. Tetapi hasilnya tetap sama, dia tetap bencikan saya.

‘‘Ramai kawan mengatakan saya bodoh kerana sanggup berpisah dengan anak demi menjaga hati orang lain. Orang luar tidak tahu masalah saya. Ada juga yang mendakwa saya menjual anak kepada mertua.

‘‘Sebenarnya saya terpaksa bersabar kerana suami panas baran. Saya mesti ikut setiap kata-katanya. Menurutnya apa yang dilakukan demi menjaga hati ibunya. Dia tak mahu jadi anak derhaka. Tetapi macam mana dengan hati saya? Kerana anak juga, saya sering bertengkar dengan suami. Sudahlah saya tidak disukai, datang ke rumahnya juga ditegah tanpa kebenarannya. Bila anak saya yang tua berusia 3 tahun saya cuba menghubunginya dengan telefon tetapi tidak diizinkan oleh mertua saya.

‘‘Walaupun saya bekerja, tetapi bila balik ke rumah, saya kesunyian, suami jarang balik ke rumah, kerjanya tak kira siang malam. Jadi siapa boleh sabar duduk di rumah sendirian. Untuk mengelakkan sunyi, saya sering kerja lebih masa. Tapi sampai bila. Akhirnya saya minta izin Neezam pindah rumah duduk dengan kawan-kawan. Neezam pula tak izinkan ibu mertua saya masuk campur memburuk-burukkan saya.

‘‘Dari mula berbincang hinggalah ke sepak terajang saya terima setiap kali saya beritahu ingin bertemu anak saya. Akhirnya saya hilang kewarasan apabila mertua campur tangan. Itulah pertama kali saya bersikap kurang ajar dengan orang tua.

‘‘Pergaduhan ini berakhir dengan saya mengambil keputusan berpindah. Saya rela bercerai jika itu keputusan Neezam. Dan ketika orang meraikan Hari Kekasih, kami berada di kamar Mahkamah Syariah untuk bercerai. Neezam terpaksa membuat keputusan tersebut kerana itu adalah kehendak ibunya. Begitulah kuatnya hubungan pertalian darah antara mereka. Saya umpama daki di kulit. Air mata saya menitik ketika talak dijatuhkan.

‘‘Hati siapa tak sedih, saya banyak berkorban untuk ibunya, tetapi diceraikan. Saya juga bukan setakat kehilangan anak, tetapi turut dibebani hutang untuk ibu Neezam membeli tanah. Simpanan saya juga habis untuk membeli rumah baru ibunya.

‘‘Neezam tak ada simpanan, gaji pun tak seberapa. Setiap kali ibunya ingin beli tanah, Neezam akan pinjam duit saya. Janjinya lepas ini tentu ibunya suka saya tetapi mana ibunya percaya, kerana Neezam tidak pernah bercerita duit itu dipinjam.

‘‘Neezam cuma lulusan tingkatan lima sedangkan saya ada diploma. Ibunya memang gila kumpul harta. Oleh kerana Neezam tak ada duit sayalah mangsa. Sebab itu saya sedih bila diceraikan kerana saya kena pikul hutang emaknya.

‘‘Setelah tiga minggu bercerai, Neezam rujuk saya semula. Saya sedar Neezam masih sayangkan saya, tetapi dia tidak berani membantah kehendak ibunya. Neezam berjanji dia akan sehidup semati dengan saya, tetapi tak pernah betul.

‘‘Neezam memang penyayang namun sikapnya buruk tidak pernah jujur, penipu dan pembohong sering menghantui hidup saya. Sikap ini juga ditambah dengan panas barannya dan suka memukul.

‘‘Kata Neezam syarat kami rujuk, saya tidak boleh memberitahu ibunya, biar ibunya tahu yang kami sudah bercerai. Neezam juga sering berlakon meminjam anak-anak kami untuk saya. Alasan Neezam konon membawa anaknya keluar makan angin atau berjalan-jalan. Bila Neezam minta nak bawa anaknya keluar semuanya tak jadi masalah, sebab pada sangkaan ibunya kami sudah bercerai. Inilah cara saya berpeluang melihat anak saya. Begitulah kedudukan saya sebagai ibu yang terpaksa berbohong untuk melihat anak sendiri.

‘‘Paling menyakitkan hati, mertua saya sering memburuk-burukkan saya kepada Neezam melalui telefon, dia tak tahu saya mendengar setiap perbualannya, kerana Neezam membuka speaker. Kadang-kadang saya menangis.

‘‘Kadang-kadang tu bila rasa rindu pada anak-anak, saya bercadang tidak mahu memulangkan anak-anak kepada mertua, tetapi Neezam tidak benarkan. Keadan inilah membuatkan kami sering bertengkar.

‘‘Bila bertengkar, Neezam tidak akan balik ke rumah beberapa hari, dan saya menjadi lebih sunyi. Bila saya telefon dia mendakwa pergi kerja. Bila saya fikirkan kalau bercerai lagi saya tidak akan berpeluang bertemu dengan anak saya.

‘‘Walaupun Neezam mendakwa kerana tugas, tetapi saya sering mencurigainya. Kerana saya pernah terjumpa bukti dia buat hubungan dengan beberapa orang wanita lain. Sekali lagi jiwa saya tertekan. Jika diikutkan hati memang saya ingin perpisahan kali kedua tapi banyak sebab mengapa saya tidak mahu bercerai.

‘‘Pertama saya kehilangan anak-anak, kedua saya terpaksa membayar hutang untuk mertua sedangkan saya tidak memiliki satu apa pun daripada pinjaman saya itu, semuanya untuk mertua termasuk beberapa keping tanah dan rumah baru.

‘‘Seperkara lagi yang merunsingkan fikiran ialah cara mereka mendidik anak-anak dengan kasar, akibatnya anak-anak saya menjadi kasar, bengis dan melawan, setiap kehendaknya mesti dituruti, jika tidak mereka akan memberontak, menghempas badan, berguling di lantai, walaupun mereka baru berusia 4 tahun dan setahun.

‘‘Saya ingin bertindak kasar merampas anak-anak saya tetapi bila memikirkan peristiwa-peristiwa aneh yang pernah berlaku kepada keluarga kami ketika saya ingin berkahwin dengan Neezam, saya jadi takut Namun rasa rindu saya kepada mereka semakin menjadi-jadi.

‘‘Bila memikirkan masalah ini saya jadi tertekan. Saya tak tahu sampai bila harus bersabar, dan apakah ini suratan takdir.

‘‘Saya pernah terfikir untuk mencari pekerjaan dan berhijrah ke luar negara, mungkin itu boleh menghapuskan rasa rindu saya pada anak-anak. Tetapi malangnya sampai sekarang saya masih belum mendapat kerja tersebut,’’ demikian cerita Natasha.

Hidup dalam dunia ini banyak ragamnya, ada yang sayangkan menantu dan anak-

anak setiap bulan buat kenduri untuk menghimpunkan mereka, ada juga yang suka minta duit anak menantu untuk peribadi. Dan macam-macam lagi cerita aneh yang tidak pernah kita fikirkan sebenarnya wujud dalam hidup ini. Namun tak perlulah kita buat pinjaman bank untuk gembirakan orang lain. Kerana ada orang semakin dimanja semakin mengada-ngada.

Popularity: 29% [?]

Processing your request, Please wait....

60 Responses to “Menantu dibenci anak ‘dicuri’”

  1. nisabalqis says:

    Kesian…apa nak jadi.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. azizah says:

    sangat simpati. Tp saya rse azhan tlalu sabar smpi x kna tmpt. mereka jadikan amda kilang proses ank n jgn tkejut jika dah bsar ank salahkan anda sebab x jaga mreka. Mertua mungkin boleh buat mcm2 crite burukkan anda. Pada saya, anda kna kuat n biar suami ceraikn kali 2 lps tu buat tuntutan d mahkamah. Biar tembelang terbuka. Ttg ilmu hitam tu, kita amalkan yasin setiap hari agar dilindungi Allah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. azhan says:

    azizah. ni bukan kisah saya. ni Pn Maimunah tulis dlm DCCK. saya post kat sini je :)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. mama_aem says:

    Kenapa x diusahakan dapatkan anak2 puan tu secara legal? Melalui mahkamah syariah? Bukan kah puan sangat2 berhak keatas mereka kecualilah lucut hak puan atas penjagaan kanak2 tersebut diatas alasan2 tertentu.

    Come on!.. Nak seribu daya puan. Walaupun proses mahkamah adakala nya memakan masa yang lama, InsyaAllah keputusannya berpihak pada puan.

    Kalau berkemampuan, lantik peguam. Kalau tidak, usahakan cara lain atau mungkin puan boleh mewakili diri sendiri. Tapi melalui pengalaman saya sendiri, seelok2nya lantik peguam kerana banyak dokumentasi serta terma2 dan prosedur yang kita kurang arif. Takut lebih melambatkan proses.

    Udah2 le menjadi lembu dicucuk idung. Usah fikirkan kebajikan dan kemahuan “org lain”. Xde maknanya.. Cuba la bertegas sket.

    Part2 mistik tu pulak, nape mesti takut yg itu? Pelik sungguh. Tiap satu ujianNya, pasti ada jalan kuar. Usahakan cari jalan kuar bukan takat duduk dan berharap suma benda setel.

    Maafkan saya kalau puan terguris hati dgn kata2 saya. Pada saya, tiada kompromi bila melibatkan anak2. Maafkan saya sekali lagi.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. junnadia mohd johan says:

    tak bolehkah anda berfikir secara rasional, sanggupkah anda kehilangan anak demi menjaga hati org yg telah melukakan hati anda. Adalah lebih baik anda mendptkn khidmat nasihat dari pihak mahkamah sekiranya tiada jln penyelesaian, sy rasa terlalu sedih dgn masalah yg menimpa anda tapi masih ada jln penyelesaian. Tolong jgn tunggu lagi kerana anak2 perlukan kasih syg seorang ibu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. ariana says:

    puan,sdh terang lagi b’suluh perangai suami & mak mertua puan.suami curang,bengis.mak mertua lak mcm citer ‘ibu mertuaku’.cubalah kuat demi ank2 puan.puan lak lebih mampu dr suami.cuba dptkn nasihat peguam.mesti ada jln kuar dr mslh ini.klu perlu tuntut hak p’jagaan ank d mahkamah.buatlah.jgn sampai nnti puan menyesal bila ank sdh besar & jd x t’kawal akibat dr didikan yg d’terima oleh mak mertua puan.jgn biar org ambl kesempatan ats kebaikan dan kesabaran kita.jgn fkr sgt apa kesan dr tindakan puan tu.setiap tindakan mesti ada kesan.yg penting puan harus cuba.cuba bangkit utk tuntut hak puan.ttg ilmu hitam tu cubalah berubat cara tradisional dan amalkn bacaan Al-Quran dan dekatkn diri dengan Tuhan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. razmisa says:

    sabar biar bertempat… kita ada undang-undang… pergi cari mereka yang mahir dan rujuk serta buat keputusan… jangan takut pada kesunyian krn di sana nanti kita tetap keseorangan. anak tu anugerah.. bekal kita ke sana…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. wankembang says:

    doa cepat mati je metua cam gitu…hehehehhe.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. Maria says:

    Kesian bace kisah nie. Nasib org tak sama. Ni semua dugaan yg harus ditempuhi, ada hikmah disebalik semua ini.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. angah says:

    Saya x sangka cerita ini pernah menjadi topik perbincangan .Sayalah org sebenar yg berada dlm situasi itu.Hingga sekarg mertua masih belum tahu kes rujuk kami.
    - tentu ramai yg marah krn sy msh bersama suami hingga kini..Minggu lepas teruk saya di belasah suami atas sikapnya yg masih x serik2 menipu saya.
    - ibu saya dtg menjenguk saya di rumah sewa.Air matanya mengalir deras melihat segala kesan2 lebam di tubuh badan saya.
    -Ibu tahu saya x sanggup tinggalkan suami saya.
    - Ibu bercerita ttg kwnnya yg di tinggalkan suaminya hampir 6 thn krn beristeri muda.SElama itulah, sgl kehidupan anak2 ditanggung sendiri tanpa mharapkan suaminya.Dia tetap meneruskan kehidupannya krn baginya suami bukanlah hak mutlak dirinya.Biarlah jika itu kehendak suaminya asalkan di tidak dipukul oleh suaminya.
    - Dan tuhan itu maha kaya, suaminya sudah pulang kembali bersamanya dia mengakui bahawa sentiasa rindukan kasih sayang dari isteri lamanya & segala sikap kesabarannya.
    - Kini kebahagiaan kembali memancar hidup kawannya itu.
    - setelah mendengar cerita tersebut, hati saya sayu..
    -Saya nekad utk tidak masuk campur segala urusan suami saya.Cukuplah setiap malam dia tidur di rumah.
    - Walaupun kesabaran saya x kuat, alhamdulillah sejak 2 minggu ini saya mengambil sikap lembut & berdiam, suami saya agak baik & sentiasa mahu makan dirumah.
    - dulu kami sentiasa makan di luar.Skrg di bulan ramadhan, suami saya hanya mahu makan masakan saya walaupun hanya sambal ikan bilis & ayam goreng.
    - Saya bersyukur kpd tuhan & sentiasa memohon agar Tuhan memberikan kesabaran yg lebih utk saya terus berbakti kpd suami.
    - Suami pula sedikit demi sedikit mendapat hukuman atas segala yg dia pernah lakukan kpd saya.
    - Tubuh badanya sentiasa sakit & dia x pnh tidur lena.Tidurnya sentiasa terganggu jika saya tiada di sisinya.
    - Mungkin Tuhan mahu memberikan pengajaran padanya.
    - walaupn ttg anak2 & mertua belum selesai, saya tetap berusaha utk merapkan kembali apa yg keruh.
    - Doakan untuk kebahagiaan saya..
    -Amin……

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. nadia says:

    Kesian.. U patut bertegas. jgn biarkan diri jadi mangsa mentua dan suami. Suami u nampaknya tak pernah nak stand untuk u, kenapa u nak sacrifice diri u utk dia? i takut nnt bila anak2 u dah besar diorg akan ingat u yang xnak bela diorg.

    I harap u byk besabar. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ramai yang doakan kebahagian u.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. ab man says:

    Puan,
    Saya tidak fikir agama kita tiada perundangan yang boleh melindungi puan dari teraniya. Jumpalah dengan Jabatan Agama dan jelaskan kesemuanya dengan jujur. mengenai hutan tanah dan rumah puan, puan boleh jumpa semula dengan bank tempat puan buat pinjaman, kalau rumah dan tanah tu bukan atas nama puan tentu tidak wajar puan yang bayar, tetapi kalau atas nama puan mahamah boleh ambil tindakan menyuruh mertua puan keluar dari rumah tersebut. Itupun kalau puan ingin bersikap tegas dan tidak mahu lagi menjaga hubungan dengan mertua puan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. Dusk Silhoutte says:

    angah.. dibuang mati emak.. ditelan mati ayah..

    begitu yg saya nampak situasi angah.. every which way u turn.. u lose.. u face the reality of extreme fear of losing all u care.. terutama anak2..

    angah..
    suami..
    anak2..
    ibu mertua..

    siapa yg patut diutamakn..
    angah?
    suami?
    anak2?
    ibu mertua?

    bukan satu proses mbuat kputusn yg mudah..

    kenapa?

    fitrah kita sbagai manusia terutama wanita yg bgelar isteri dan ibu utk berada dlm satu institusi kekeluargaan yg lengkap..

    ada suami..
    ada isteri..
    ada anak2..

    kemudian ada pula emak/bapa mertua.. ipar lamai etc etc etc..

    tp angah tak dapat itu semua..

    hidup umpama being blackmailed all the time.. u pay u get.. u don’t pay u get the consequences..

    angah hidup ibarat falsafah mafia – a mafia’s omerta – break the code, pay the price.

    omerta = a sicilian mafia code of slinece..

    another sicilian mafia juga – he who is deaf, blind and silent will live a 100 years..

    in summary.. angah pilih utk b deaf.. b blind.. b silent.. asalkn dapat peluang utk bjumpa anak2 angah..

    the rest in my view point to angah has become not of high importance to her..

    again angah like most women succumb to the world of partriachal of men..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. Dusk Silhoutte says:

    spatutnya:
    omerta = a sicilian mafia code of silence..

    another sicilian mafia proverb juga – he who is deaf, blind and silent will live a 100 years..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. Dusk Silhoutte says:

    angah.. stelah kita berusaha tbaik dlm kapasiti kita yg mungkin tidak baik langsung dlm pandangn org “d luar” kita.. mmg kita tiada daya dan upaya mlainkn dgn ptolongn Allah jua..

    smoga Allah mberi ptunjuk dan hidayah kpd semua agar angah dpt kembali dan mnikmati hidup rukun dan damai dlm satu institusi kekluargaan yg diidam2kn..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. angah says:

    angah dlm dilema sekarang nie.
    - Pd awalnya kami ber2 merancang utk mengambil anak2 tinggal bersama sepanjang ramadhan & pulangkan mrk kembali menjelang syawal.
    -Namun semuanya x menjadi krn kesibukan masing2 dgn kerja yg x pnh henti.Hati angah menangis tiap kali melihat telatah anak kecil yg menghiburkan di bazar2 ramadhan.Alangkah indahnya jika anak2 ku berada disisi skrg ini.
    - Mulut angah ringan meminta suami pulang ke kmpgnya semasa ramadhan ini.
    -Mmg dia sgt gembira tapi hati angah pula merintih.Dia hanya akan pulang seorang diri.Kami masih blum boleh blk bersama krn mertua belum ketahui kami telah rujuk kembali.
    - Hari semakin hari & suami semakin menagih janji utk dibenarkan pulang kekampung.Hati angah pula semakin keliru.
    -Hati mendesak utk mengikutnya walaupn tpaksa tido di hotel2 murah.Biarlah suami tidur bersama anak2 & keluarganya.
    - Namun hati berat krn masih byk bil2 tertunggak yg belum di bayar.
    - Jika dia pulang ke kmpg seorang diri, pasti dia akan berbelanja sakan krn sikap ahli keluarganya yg boros.nanti angah jg menanggung masalah dgn hutang2 belum berbayar,
    - Bunyi seperti angah busuk hati tapi angah kenal sikap kga mertua angah.
    - Angah bukan tamak tapi tlalu byk penderitaan yg mereka ciptakan utk angah selama ini.
    -Skrg suami asyik call & htr sms bertanyakan ttg pulang ke kampungnya.
    - Angah berat utk lepaskannya pergi kecuali angah ikut serta.
    - Apa yg harus angah lakukan…tolonglah..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. noi baharin says:

    jgn la takut sgt apa jua benda pn.. kita bini bukan utk di pukul. kita pn ada mak bapak yang ya nya cinta u pada suami buta tuli,…. kita ni ada tuhan…makmertua mcm tu muka tembok. jgn respect kalu cmtu…sebab ibu mertua should always be the supportive one bila ank nya dah lah had form 5je.apa hal nak byk harta…kikih org lain… no lah u should mirror urself. stand up..mcm mana nak bela anak? kalu laki dah lanyak kita..mak mertua pn.. lama anak kita jual kita….. solat bnyak2 n wake up.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. cinta says:

    Iya betul kte noi. saya juga mengalami masalah rumahtgga. Suami yg ego x thtu psal. sakit ati x usah nk ckp lg. Sampai 1 ketika saya transferkan deduit dia n bgtau saya nk cerai coz dah x tahan makan ati dgn prangai dia yg sombong bodoh n slalu tuduh saya amik duit dia. padahal rumah saya yg saya byr dia duduk, keta yg saya byr dia ungkit n marah2 klau saya pakai. Bila saya kata dah fedup n amik balik keta ni buat refinance. Saya nk bli keta kecik utk diri sndiri, bru gelabah. Tp sygnya hati saya pulak dah “tawar”. Dah x nk rasanya trima dia lg. Skrg saya punya muka mcm sardin je klau dgn dia. Apa prasaan pn dah x de. Dah mati. Bersama pn atas dasar t/jwb. Kekdg rasa mcm nk cri kebahagiaan seblm ajal menjemput. Tp saya x pernah lupa pd ank2.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. kucing api says:

    erkkk… kes berat ni…

    sepupu mak saya pernah kena mcm ni.. dia kena cerai dgn suami dia anak seorg bekas adun yg loaded..

    bila cerai terus mak mertua dia ambil 2-2 anak dia.. eiii jahat tul.. masa tu salah sorang masih menyusu lagi.. cis..

    sampai la budak tu dah besar remaja, dek didikan dari org tak betul mcm tu, budak tu jd liar.. dah liar pandai pula serah balik kat mak dia.. huhhhh!!!

    tapi sepupu mak saya Kamaliah memang tabah.. happy go lucky jer.. tak pernah tengok dia sedih… hmmm.. sekrg ni bekas laki dia dah mati, dia kawin baru ada anak lain.. anak2 dia dulu entah ye kerja mana apa buat etc… dah jd terkawal ke tak wallahualam..

    kalau mak dia datang beraya tak pernah nampak.. sbb kena “culik” kan, mana nak selesa dgn keluarga sebelah sini..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. angah says:

    Last week,my husband masuk hsptl Klang 3h2m krn jantungnya besar sebelah,jangkitan kuman pd paru2 & asma.Selama itulah saya tgu dia di wad.Mmg byk karenah tp saya tahan jg.Bila kuar wad, mertua dtg secara mengejut sdgkan kami dah plan nak balik umah kga angah utk berehat.Dek kern kesuntukan masa, angah terpaksa humban semua brg2 angah dlm bilik stor.Kami takut rahsia kami dah rujuk terbongkar.Sedih bukan kepalang.Hati angah sedih sgt.Sampai bilalah nak berlakon begini.
    Kami jenuh gak berperang tapi angah mengalah & check in di hotel berdekatan dgn syarat anak2 tido dgn angah di hotel.Kami masih sempat bertengkar di depan pintu hotel & angah dapat tendangan percuma di peha depan anak2.TUhan sahaja yg tahu betapa seronoknya melihat anak2 yg amat dirindui kini berada depan mata.Jenuh melayan karenah merka berdua hingga pukul 4.30pg.Walaupun yg sulung baru berusia 4 thn & bongsu berusia 2 thn namun gelagat mereka amat menghiburkan.Dlm kegembiraan hati saya sedih & sayu krn anak ke 2 ,sering tersalah memangggil anagh dgn panggilan kakak bkn mama yg sepatutnya.
    Pagi tu angah bwk anak2 pergi Giant beli Susu & Pampers serta beberapa pasang pakaian utk mereka.Angah sangkakan mertua akan pulang selepas lunch tapi mereka ubah plan utk pulang lewat ptg.
    Angah terpaksa check in hotel sekali lagi krn anak2 keletihan bermain.Sekali lagi hati tertawa melihat keletah mereka.

    JAm 5.30ptg, angah terpaksa pulangkan ,mereka kpd mertua.Anak sulung menangis tersedu2..Apakan daya…demi menjaga hati suami & seluruh keluarga mertua angah terpaksa merelakan perpisahan ini.
    Sungguh kejam rasanya tapi angah hanya mampu berserah pd Yg Esa.
    Hati tertanya…sampai bilakah angah harus ,meneruskan lakonan ini.KEhidupan kami berdua jg ada pasang surutnya..adakalanya bergelojak jua.
    Angah penat utk menyiksa hati & perasaan utk berfikir mengenainya tapi apa kan daya…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. Anaqi says:

    angah,
    the choice is in your hand
    awak nak ke tanak anak tu?
    kalau jawapan nya YA, maka angah terpaksa usaha, usaha dan usaha utk dapatkan mereka..
    sesetengah suami berasa ‘selamat’ bila isteri bekerja, itu adalah salah satu penyebab mereka boros..
    cadangan saya, bawak perkara ni ke Jabatan Agama Islam, tuntut hak anak2 tu.
    suami angah memang terpaksa ikut kata mak nya, wajib bg dia
    dan angah pula wajib dengar cakap suami, sekiranya, suami takleh mempertimbangkan dan menyelesaikan dengan adil dan waras, bawak le ke pihak ketiga, yang bertauliah..

    Allah kata sabar itu sebahagian dari iman. tapi sabar bukan bermaksud tahan perasaan dalam hati dan tak buat apa2. Sabar adalah bermaksud, tahan dalam menghadapi rintangan dan tidak berputus asa dalam mendapatkan sesuatu..

    anyway, good luck! keep it up girl..
    kalau kita harap anak2 menjadi org yang hebat dan kuat, kita ibu yg mangandung dan melahirkan mesti cuba utk jadi superwoman. :)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. melati says:

    i tak paham kenapalah u sanggup berkorban utk org mcm tu sekali …kita ni bukan di zaman 60 an , perempuan boleh ditindas…anak u adalah hak u..i beg u , pls jgnlah terlalu lembik..berani kerana benar…fikirlah anak2..sanggup ke u tengok diaorg membesar bukan depan mata u..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. melati says:

    i thot di zaman mak bapak kita jer ada kes mcm ni , rupa2nya zaman cyber mcm ni pun ader jugak perempuan yg kena tindas dan sanggup berkorban apa saja utk husband..sorrylah , it may sounds harsh tp character u yg lembik mcm ni tak boleh survive di zaman mencabar mcm nie…go to court, rampas anak u semula..u re the mother!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. natasha says:

    Exactly!!!
    Come on ler, you the mom!!! You yg bertarung separuh nyawa lahirkan anak2 u, takkan nak kasi camtu jer.
    Husband and anak2 are diff, husband wont be yours forever but anak2 are your future.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. natasha says:

    Neezam memang penyayang namun sikapnya buruk tidak pernah jujur, penipu dan pembohong sering menghantui hidup saya. Sikap ini juga ditambah dengan panas barannya dan suka memukul.

    Peyayang ape ni, open your eyes and make a smart choice.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. say says:

    apa sahaja masalah yang melanda mintalah petunjuk, pertolongan daripada NYA DOA YASSIN , SOLAT HAJAT, TAHJUD SETIAP MALAM, YASSIN MUBIN SETIAP MASA TERLUANG TUNGGU DAN LIHAT KEBESARANNYA ….SESUNGGUHNYA MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN ITU ADALAH MUDAH UNTUK NYA

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. Shafriza says:

    Angah, siapalah kita untuk menghukum mereka didunia ini.Balasan tuhan akan datang juga nanti. Percayalah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. Shahrin says:

    Saya selalu jugak baca ruang DCCK ni. Saya ni lelaki, saya sangat x paham kenapa ada pompuan yang sanggup bersabar sampai memakan diri. Alasan utama ” sebab anak anak ” . Kalau dah laki tu perangai mcm syaitan, anak anak pun boleh nampak. Anak anak pun tahu mana nak pilih, sapa yang baik sapa yang jahat. Cukup² lah mendera diri, start thinking about yourself, put your welfare as priority.

    Pasal citer yang azhan share ni pulak. Mmmmmm sama lah ( same script tapi different case ) . Azhan, take those comments above as a wake up call.Fight for your right till the ground. At the end of the day u need ur children to take care of u during your golden days. Pernah x sekali u pk peranan seorang ” suami “. Suami kena jadi pelindung kpd isteri dan anak². Dr cerita yg disampaikan saya x nampak si suami buat benda² tu semua. Baik x berlaki dr dapat laki yang hanya sakitkan hati.

    Kita ada mahkamah azhan, pergilah berjuang utrk dpt kan hak. Biar lama asalkan hak awak terbela. Allah pun x suka org yang x mempertahankan hak dia, org yang sengaja membiarkan diri dera sementelah dia mampu utk melawan. Kita ni nak masuk 2010 tinggal 10 thn je lagi nak masuk wawasan 2020, kita patutnya dah lebih cerdik utk pk apa yang patut kita buat , action plan yang berkesan utk diambil.

    Mungkin org kata senanglah bercakap sebab saya tak hadap benda² ni semua. Memang betul, tapi saya bercakap dr pengalaman memerhati keadaan sekeliling. Contoh terdekat ibu saudara saya. Saya kagum ngan ibu saudara saya sorang ni, azhan untung sebab ada diploma, secara logic nya memang cerdik dan berakal, lebih memudahkan utk berhadapan ngan keadaan mcm ni. Mcm ibu sedara saya sekolah pun x habis, tp bila sampai bab² kena pijak kepala ni, peguam ngan hakim kat mahkamah pun terkedu bila dia berhujah. Yang penting nya Azhan nak ngan x nak je.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. kamben gurun says:

    erkkk incik syahrin.. incik Azhan adalah seorang lelaki dan tidak ada kaitan samada hidup atau pun mati dengan cerita tersebut.. beliau hanyalah menjalankan tanggungjawab sebagai admin memposting cerita di atas untuk tatapan komuniti virtual dcck.

    ermmmm rasanya incik Azhan kena wat press konferen la.. ramai nau yg salah sangka.. hehehehe..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. Shahrin says:

    Oooo ye ke, tapi xpe, harap² wanita yang ada sangkut paut ngan kes seperti di atas boleh pk² kan isi kandungan yang suma forumer share kat atas.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. Mziyad says:

    Puan, sesbagai seorg lelaki sy sedih dan malu membaca luahan dan susah payah kehidupan puan. Sy kagum gan kesabaran puan tp malangnya kesabaran itu bukan pd tempatnya. Kalau puan rasa suami puan harus mentaati ibunya, begitulah anak2 puan harus mentaati puan, jgn kesilapan hari ini,menyebabkan puan menderita seumur hidup puan. Buatlah keputusan berlandaskan agama, insyaAllah puan akan menemui jalannya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. mia says:

    sabarla angah..nasihat teman2 diatas 2 beguna utk you. i doakan you menemuijalan penyelesaiannya.Tbahkan hati, kuatkan semangat dan tekad ye.paling utama, jagalah hubungan dengan Allah Yang Esa. Insyaallah,

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. terlrbih dukacita says:

    salam, saya pun pernah mengalami perkara yang sama n kamu. Banyak pengorbanan yang telah saya buat untuk menambat hati mentua yang tak suka saya kerana bukan menantu pilihan. Tapi segala hasil usaha saya ibarat menggosok daki di kulit, malah sering di hina bila berkumpul.

    Bukan saya tak bekerja malah saya lebih tinggi pelajaran dari anak dia tapi itu semua pada saya tak menjadi masaalah kerana saya memang sayang kan anaknye.

    Pendekkata apa yang saya buat memang x di sukai mentua walaupun perkara yang sama menantu lain buat. Anak2 pulak dia sayang bukan main, tak ingat zuriat tu saya yang melahirkan iaitu menantu yang dibenci ni…

    Akhirnya setelah mengharungi hidup penuh ranjau selama 18 tahun tak di sukai mentua saya mengambil keputusan untuk berpisah kerana banyak sebab yang saya fikirkan lebih baik bercerai dari teruskan hidup ibarat api dalam sekam.

    Saya tak mahu terus menderita selamanya kerana nak tunggu dia tak ada pun sampai bila. Semakin tua semakin menjadi2 so saya tak nk banyak menambah kan dosa kerana sentiasa tak puas hati dng sikap mentua macam tu.

    Ini bukan bermakna saya nak kamu pun ikut macam saya tapi fikirkan lah sendiri…

    Kita sebagai seorang wanita mesti kuat dan tabah. Semasa cerai pun saya tak ada simpanan keran abis menolong suami tapi itu semua saya redha semata2 nakkan keluarga bahgia dan nakkan mentua sayang pada saya. Rupanya perbuatan saya tu membodohkan diri saya sendiri yang mana saya tak ada simpanan pun untuk hari tua saya.

    Setelah bercerai saya rasa segala penderitaan selama ini lapang dan saya selesa dgn kehidupan sekarang berbanding dulu sentiasa berperang hati dan perasaan dng mentua. Walaupun sekarang saya bangun semula mulakan hidup baru bersama dgn anak2 tapi bahgia sangat kerana hati tak lagi terbelenggu.

    Jadikan lah pedoman dari kesah hidup saya ini. InsyALLAh rezki tu ada di mana2, malah ALLAH pun tak kejam pada hambanya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. rozinahadnan says:

    Kehidupan berumahtanggani byk ragamnya.saya dulu juga menghadapi masalah yg sama.hubungan dgn mak mertua tak baik.ada saja masalah timbul.tapi setiap kali masalah timbul,saya hanya berserah pd Allah.sampai satu ketika saya dhalau dari rumah mak mertua.sedih hanya Allah yg tahu.saya balik kg,suami jaga mak dia.selama 5 tahun saya berjauhan dgn suami.tapi saya redha demi anak2.saya selalu solat hajat.mohon Allah mudahkan perjalanan hidup saya.mungkin Allah perkenankan doa saya.mak mertua saya meninggal dunia.setelah mak mertua meninggal dunia,saya tinggal bersama suami saya.Saya nasihatkan Angah berserah pada Allah.solat hajat.Allah tahu segalanya.Berdoalah.jgn putus asa.Amalkan doa Nabi Yunus.Semasa sujud rakaat kedua baca doa tu 40 kali.Insyaallah.Allah akan mudahkan urusan kita.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  35. Cik Lin says:

    Angah… Berdasarkan komen-komen yg telah dibuat, saya rasa lambat-laun anda akan ambil tindakan yg betul. So, instead of waiting for the right time, don’t let them continously torture you… Make the move now for your own good!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  36. kak_mar says:

    angah….akak rasa angah kna tabah n kuatkan semangat dismping terus brusaha utk mndptkn ank2 u tu…byk2kn berdoa pd Allah…kuatkn iman..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  37. mata putih says:

    aku rase angah ni bodoh…xyah mengadu lagilah wat sakit hati org lain je..mcm xde akal plk..awk 2 boleh berdikari..so knp nak fikir laki n mertua cam2..pegi mamposlah dorang..ko boleh hidup tanpe dorang kan??wat pe nak siksa diri..time dapat anak 2 bawak jelah lari..pastu wat report polis abis cite..biar padan mertua 2 masuk jail..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  38. mata putih says:

    common lah anak hak anda..dorang dah kire kes culik..jgn biarkan ank anda di culik dgn keparat 2..report polis..ini adelah kes culik kanak2..anak darah daging kite hak kite..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  39. angol says:

    aku setuju dengan mata putih. kalau aku, aku bawak lari anak aku tu. go to hell la dengan laki dgn mak mertua yang sakit mental. amik anak2 lari ke mana2, jaga sendiri, habis cerita. sampai bila sanggup diri di sepak terajang… eii… geram betul aku. kuatkan diri/semangat anda la. come on.. jangan biarkan maruah perempuan di pijak2 sampai macam tu sekali…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  40. ayujelitabeyonce says:

    celaka..mak mertua macam tu..tak takut ke kubur memanggil..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  41. peminat dcck says:

    betul ke cerita ni? macam tak logik je?? Takkanlah sampai tak boleh ambil anak dari mak mertua, mak mertua dia tu larat sangat ke nak jaga cucu-cucu yang agresif tu?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  42. peminat dcck says:

    ini nasihat saya pada gadis-gadis yang bakal berkahwin, siasat dulu bakal mertua, adakah mereka sukakan anda atau tidak, kalau dah tau bakal mertua tak suka, tak payah le nak kawin, mak mertua anda akan membuat apa saja untuk menyakitkan hati anda dari mula kawin sehingga ke anak cucu , itu pun jika sempat bercucu, biasanya anda akan bercerai juga. Jadi, jangan musnahkan masa depan anda dengan menjadi menantu yang dibenci. Anda berkahwin untuk bahagia bukan untuk sengsara!, kalau dah tau susah nak bahagia, jangan kawin cari aje orang lain

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  43. meera says:

    sya setuju pendapat peminat dcck..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  44. nonida says:

    saya juga menghadapi masalah yang hampir serupa, bezanya saya terpaksa tinggal bersama mertua dan kakak ipar kerana ayah mertua dah meninggal dan kakak ipar merupakan ibu tunggal. dia ada adik beradik lain yang emak lain tapi tetap nak menumpang suami. saya dah duduk situ 15 tahun semenjak kahwin. suami saya anak lelaki tunggal boleh dikatakan baik tetapi macam biasa suka dengar kata ibunya. dia tiada adik beradik lain kecuali kakaknya itu yang berlainan ayah. sekarang saya dalam dilema kerana ibunya menuduh macam-macam tentang saya, terutama tentang menghasut anak saya membenci dia. sedangkan saya tidak pernah berbuat begitu. saya jadi keliru. saya tertekan, lebih-lebih lagi dia mengugut suami saya anak derhaka jika tidak mengikut kehendaknya. akibatnya saya dan suami sering bergaduh. suami saya memaksa saya mengikut kehendaknya, sedangkan saya tidak mampu. saya isteri yang bekerja dengan 6 orang anak, mana mungkin saya dapat menjaga rumahtangga sebaik mungkin tanpa pembantu sedangkan suami tidak pernah membantu. saya sedih sering dipersalahkan sehingga pernah berfikir mengambil keputusan berpisah. tetapi suami masih inginkan saya. saya tidak rela suami saya menjadi anak derhaka. tapi saya kesal dengan sikap ibunya menggunakan kuasanya sesuka hati melabelkan suami saya anak derhaka yang tidak dapat mencium syurga kerana saya tidak dapat memenuhi kehendaknya. sedangkan anaknya telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadi anak yang taat sehingga sering mangabaikan saya dan anak-anak. sudah berapa kali saya tidak dapat beraya bersama suami kerana suami beraya bersamanya di pondok tempat dia belajar agama. tetapi saya redha walaupun pedih kerana saya sedar dia sedang menjalankan tanggungjawabnya kepada ibu yang tua. saya tidak tahu apa keinginannya. tetapi dia sering menyatakan sering kecil hati dengan perbuatan saya kepada suami. suami ingin saya berbaik, tapi hati ini terlalu pedih, tidak mungkin saya ikhlas lagipun saya tidak pandai berlakon. saya bukan hipokrit. jika saya berbaik pun, terlalu sukar saya bercakap dengannya lagi atas kata-katanya yang sering menghina saya. saya sudah muak dengan janji suami yang ingin berubah, sehingga satu tahap dia ingin meninggalkan saya bersama anak-anak dalam kereta dan berjalan pulang ke rumahnya sejauh 50km pada pikul 1 pagi semata-mata saya tidak ingin berbaik dengannya. saya pernah suruh dia berkahwin lain tetapi dia masih mengharapkan saya. sedangkan saya tidak boleh lagi tinggal bersama ibunya. dia pula tidak boleh meninggalkan ibunya . saya tahu dia tertekan untuk membuat pilihan. kesudahannya saya terpaksa berkorban tinggal bersama dia, ibunya dan kakaknya. tetapi sampai bila?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  45. black rose says:

    saya pun setuju……

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  46. iceage says:

    saya ada seorang abg dn seorg kakak.semua km dah berkahwin.mak sy sebagai mertua tak pernah kacau mana2 menantunya.abg sy plk perangai mcm hantu pemabuk.

    yg buat km adik beradik lain marah sgt2 ialah krn abg saya dan kawin kali kedua yg pertama dah cerai ada 2 org anak mak sy jaga tanpa bantuan sesen pun dr abg sy.nasib baik mak ada pencen arwah bapa byk la jugak.duit gaji abg saya separuh dr itu diserahkan utk isteri baru n anak2 baru.bakinya minum arak.untk mak dn anak2 dulu jgn harapla sesen pun nak bagi.

    isteri baru tinggal negeri lain dan tak mahu anak2 tiri jgn kata jaga duit apa pun tak pernah bagi.selalu kita dengar suami susah akan susahkan isterinya mtk duit dn pelbg lg cara dibuat unt dptkan duit bini. tapi abg sy lain dia akan menyusahkan emak sy yg dah tua dan tdk bekerja dgn menyuruhnya memimjam jika takda wang.dan sy la yg akan jadi mangsa tempat mak sy pinjam untk makan minum mak dn anak2 abg.sb duit pencen arwah bapa separuh dr itu untk keperluan abg untuk araknya dan bini dia.

    abg tak mahu tinggal dgn bini dia sb tak blh minum arak.bini dia tggl dn mak dan bapa dia.jd tiap kali dia ke rumah isteri dia 3X sebln dia akan bertukar jd alim dan baik dan pemurah.tapi bila blk rumah dia akan tunjuk samseng dan kata mcm2 pada emak sy kalau emak tak bg duit.bila saya persoalkan perkara ini sy dan kakak akan dimarah dgn teruk oleh emak malah emak sy seolah2 entahlah sumpah atau tak katanya kami ada anak2 lelaki bila besar akan jadi macam abg saya.terkejut sy sdgkan selama ini saya tak pernah kedekut duit dgn emak sy wlp tahu duit tu utk siapa.dn sy bersyukur wlp gaji tak byk tp sy tak pernah susah.sb sy berjimat.

    suami sy jgn ckpla bykkkkkk hutang tp sy biar dia sendiri tanggung sb sy pun menangung makan minum suami dn anak2 kini tambah dgn anak2 abg.kakak saya lepas tangan ikut cakap suami isteri dah kawin syurga pada suami dan tak perlu berkhidmat utk emak lagi biar emak susah dia tanggung sendiri sb emak yg nak sgt tlg abg.jd sy sebg anak bongsu tak sampai hati biar emak seorg g2 wl kena marah sesekali dgn emak sb abg sy buat tak ksh.rezeki sy skg bagus wlp tak byk krn tak kedekut dgn emak dan bantu emak dan anak2 abg.

    wlp sy perempuan syurga pd suami tp bg saya hub dn tgjwb kta pd emak tk putus. selagi kita tak kedekut dan baik dgn emak selg itula rezeki sy dtg tak putus wlp tak byk tp sy tak merempat at meminta hutang sana sini.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  47. mimi says:

    sy pun tensen ngn prob sy..tp nk cite ngan sape..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  48. Risa says:

    iceage..sedih baca citer u, klu ikut hati panas, nk jer ku humban abg kau yg pemabuk tu. inilah masalahnya bila ibu sendiri tak dpt menolong, tak dpt tgk yg mana baik yg mana buruk.

    aku rasa kau teruskanlah tolong mak kau tu tpi ikut yg termampulh..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  49. azizahcreative@yahoo.com.my says:

    biar cepat mati je org tue mcm 2. Suami boleh ditukar ganti tetapi anak2 xde tukar gantinya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  50. aczan says:

    Satu nak tanya pada Angah. U tak ada adik beradik or abang? Ataupun bapa saudara? Kalau ada, tak boleh ke minta tolong mereka bantu anda menyelesaikan masalah yang amat menyedihkan ini? Cerita semuanya pada mereka, minta mereka bersemuka dengan mentua yang ‘apa ke jadahnya’ ini. Tapi jika mereka juga tak mahu bantu, jalan terakhir, mengadu pada Tuhan ajelah. Seperti mana kata pujangga, jika ada masalah yang besar, jangan fikir masalah itu besar, tapi ingatlah masih ada yang lebih besar..Allah..bila kita ingat Allah yang lebih besar, maka segala masalah itu akan jadi kecil. Apa=apapun saya doakan agar penderitaan anda akan berakhir dengan baik dalam masa terdekat ini. Insya Allah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.