23 MarHanya lelaki pilihan boleh berpoligami?


DCCK Mingguan Malaysia, 23 Mac 2008

‘‘SAYA amat tersentuh dengan isu poligami yang dibentangkan beberapa minggu lalu, terutama oleh Farra Emelia, kerana saya terlibat kahwin suami orang. Saya rasa pandangan yang saya luahkan ini mungkin satu dalam seratus, tetapi mungkin boleh mengubah persepsi masyarakat kita terhadap wanita yang bergelar isteri kedua,’’ demikian kata Nurhazira ketika penulis menemuinya di sebuah restoran di KL Sentral baru-baru ini. Sebelum itu beliau menghantar e-mel dan penulis berbesar hati kerana Nurhazira sudi berkongsi pengalamannya, setelah mendapat keizinan suami.

‘‘Sebenarnya saya tak takut kalau puan siarkan nama betul saya, sebab saya berada di tempat yang benar. Banyak sebab mengapa saya tertarik untuk jadi isteri kedua, selain lelaki bujang yang rata-rata tak minat berkahwin dan tidak bertanggungjawab.

‘‘Secara jujur saya rasa tidak ada seorang gadis pun di dunia ini mengimpikan berkahwin dengan suami orang apalagi berkongsi kasih. Saya juga tidak impikan begitu. Tapi, kalau memang begitu takdir kita apa daya saya menolak ketentuan-Nya.

‘‘Seperti gadis lain saya juga teringin berkahwin berpinang, beradat, bersanding dan diraikan oleh sanak saudara dan rakan taulan, tetapi apakan daya. Kalau kahwin suami orang kita tidak akan berasa semua itu, kecualilah seorang dua yang bertuah dipinang bakal madu. Saya tidak begitu.

‘‘Perkenalan kami secara tidak langsung di rumah kawan. Kebetulan Suhaimi peramah, suka berjenaka dan mudah bergaul telah tertarik dengan perwatakan saya, begitu juga saya cepat mesra dengannya.

‘‘Perkenalan kami berakhir dengan beberapa kali perjumpaan dan seterusnya Suhaimi melahirkan hasrat untuk menjadikan saya isterinya. Dia beritahu sudah berkahwin dan punyai tiga orang anak. Dia tidak memburukkan isterinya, malah berkata dia ingin berkahwin kerana antara kami ada keserasian, dan saya senang dengan tindak tanduk serta kejujurannya.

‘‘Namun memang pada mulanya saya menolak, kerana saya belum bersedia berkahwin terutama dengan suami orang, tetapi setelah saya mendapat petunjuk dan saya rasakan dialah jodoh yang terbaik, saya terima dengan kesyukuran.

‘‘Memang benar sebelum ini bukan saya tak ada teman lelaki yang masih bujang tapi, tak ada yang boleh dijadikan suami. Mereka layak digelar kawan sahaja.

‘‘Bukan maksud saya menidakkan bahawa di luar sana tidak ada lelaki bujang yang baik tapi mungkin saya tidak bernasib baik kerana tidak bertemu mereka. Kenapa saya memilih suami saya sekarang walaupun saya tahu dia suami orang, adalah kerana kejujuran, sifatnya yang bertanggungjawab, berbudi bahasa dan yang penting pegangan agama yang kuat.

‘‘Saya masih ingat kali pertama bertemu, dia dengan jujur mengaku sudah ada anak dan isteri. Saya tidak kisah kerana ketika itu kami sekadar berkawan dan dia merupakan salah seorang dari kawan saya. Jadi waktu itu dia tak masuk dalam buku saya pun.

‘‘Tetapi beberapa bulan sebelum itu saya putus cinta. Dan kali pertama saya keluar makan bersamanya saya sudah dapat rasakan keserasian antara kami. Kami berbual dan berjenaka seolah-olah kami sudah terlalu lama kenal.

‘‘Selang dua tiga hari, dia menyatakan dia menyukai saya. Mulanya saya agak ragu-ragu juga kerana dia suami orang, tapi dia tidak memaksa saya menerimanya, sebaliknya memberi saya ruang untuk mengenali dan menilai dirinya.

‘‘Sepanjang berkawan, tak pernah sekalipun dia memburukkan isterinya. Dia ceritakan pada saya semuanya yang baik-baik. Malah selalu memuji isteri dan anak-anaknya. Setiap hari sekurang-kurangnya dua kali dia akan call isterinya, kerana isterinya di utara tanah air sedangkan dia bekerja di KL. Hujung minggu baru balik.

‘‘Dia cukup menyayangi anak dan isterinya. Tidak pernah sekalipun saya lihat dia bercakap kasar dengan mereka. Cakapnya cukup lemah lembut dan penuh kasih sayang. Saya kagum dengan caranya, walaupun ketika itu kami sedang bercinta, tetapi hati dan cintanya tetap pada anak isterinya malah saya lihat semakin hari semakin dalam kasihnya pada keluarga.

‘‘Tidak seperti kebanyakan lelaki, kalau dah dapat kekasih baru, anak isteri diabaikan. Kerana sifat seperti inilah saya berani menerima lamarannya, walaupun saya sedar masyarakat tidak dapat menerima isteri kedua.

‘‘Suhaimi datang ke kampung bertemu ibu untuk melamar. Alhamdulillah ibu tidak membantah kerana ibu lihat kejujurannya, tetapi sayangnya kami tidak boleh berkahwin di kampung kerana undang-undang yang sedia ada. Dan atas permintaan Suhaimi yang mahu merahsiakan perkahwinan kami. Dia mahu beritahu isterinya satu hari nanti apabila isterinya boleh terima hasratnya berkahwin lagi.

‘‘Dua tahun lepas kami berkahwin di Yala, secara yang sah, di pejabat yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bukan melalui sindikit. Walaupun kami cuba rahsiakan, tetapi kawan suami saya membocorkannya, setelah setahun kami berkahwin.

‘‘Satu hari tanpa kami sedari madu saya Kak Sara bersama ibu dan kakaknya mengekori kami sampai ke rumah ketika pulang dari pejabat. Bila kami hendak masuk ke rumah, Kak Sara terus menerkam Suhaimi dan menamparnya. Ibu dan kakak Kak Sara memaki hamun sambil menuduh saya bomohkan Suhaimi supaya gilakan saya.

‘‘Mereka tuduh saya anak Orang Asli kerana saya orang Pahang. Kata mereka, ilmu Orang Asli yang buatkan Suhaimi gila dan kahwin dengan saya. Walaupun saya cuba nafikan tapi mereka terus menuduh dan menyerang, sambil memaki hamun.

‘‘Walaupun saya tak bertudung tapi saya tak pandai pasal bomoh. Suhaimi tahu sebab saya sentiasa bersamanya masa bila pula saya jumpa bomoh. Saya juga tidak pernah ganggu hidupnya, sebab itu lebih setahun kahwin Kak Sara tak tahu. Suami saya juga pulang ke kampung isterinya setiap minggu, hantar wang, kadang tu bila isterinya telefon minta duit lebih suami saya minta pergi masukkan duit ke bank. Pernah juga bila dia tak sempat ke bank, saya beri duit saya. Saya pastikan Suhaimi bertanggungjawab kepada keluarganya, saya tak mahu mereka bercerai-berai.

‘‘Sebab saya juga adalah anak mangsa ayah tidak bertanggungjawab dan sering berganti isteri, tetapi kebajikan anak-anak tidak dipedulikan. Malah dua adik-beradik saya dilarikan, seorang dihantar kepada nenek di kampung sementara yang kecil ayah beri kepada isterinya yang tak ada anak. Hingga hari ini kami tak berjumpa, malah mereka tidak mengaku kami adik-beradik sebab ibu bukan orang kaya.

‘‘Sejak berkahwin saya sentiasa beralah dengan madu. Suhaimi memang lebihkan Kak Sara. Tapi saya sedar kerana saya nombor dua. Tetapi sejak diserang hidup saya yang aman bertukar huru-hara. Saya dituduh mengguna bomoh. Pantang dia demam, atau anak-anak sakit gatal-gatal mahupun kakinya sengal dia tuduh saya buat ilmu. Mulalah maki saya kerana bela hantu, bela jin boragas, dan pelesit. Apalah saya tahu benda-benda itu. Bela arnab okeylah.

‘‘Dia juga tuduh saya bagi suami makan benda-benda kotor, sebab itu dia jadi bodoh ikut cakap saya. Sebenarnya Suhaimi rajin ke dapur, kami masak bersama, jadi masa bila nak bubuh benda-benda kotor tu. Kerana dia tuduh saya ilmukan Suhaimi jugalah Kak Sara mula asingkan dirinya dan menyuruh Suhaimi tidur di luar. Dia tak mahu layan langsung selagi saya tidak diceraikan, itu syaratnya kalau mahu berbaik semula.

‘‘Tak cukup itu dia sebarkan fitnah yang sama kepada saudara mara suami saya, dan kawan-kawan kami. Ada kalangan mereka yang percaya dan termakan hasutan turut menggesa suami saya ceraikan saya.

‘‘Tetapi taktik menghasut dan membenci saya kepada keluarga suami, ibu bapa dan adik-beradik serta saudara-mara suami saya semuanya tidak menjadi, sebaliknya lepas beberapa bulan mereka mula menyukai saya, setelah mengenali siapa saya yang amat berbeza dengan Kak Sara yang tak suka bergaul dengan keluarga suami saya. Pendek kata, semua hasutan dan tuduhannya berpatah balik memburukkannya.

‘‘Namun Kak Sara tetap tidak berpuas hati, akhirnya dia mendesak Suhaimi menceraikannya. Tetapi saya nasihatkan Suhaimi jangan ceraikan Kak Sara demi anak-anaknya, saya tak mahu anak-anak jadi mangsa seperti nasib saya semasa kecil dahulu.

‘‘Setahu saya keluarga Kak Sara memang kaki bomoh, sikit-sikit tilik bomoh, mereka memang taksub dengan bomoh. Hinggakan belalang padang masuk rumah pun dia tuduh saya hantar pelesit. Benda tahyul itu dia simpan tunjuk kepada suami saya bila balik nanti. Kalau dah selalu sangat didesak akhirnya termasuk juga pada akalnya.

‘‘Satu hari balik dari rumah Kak Sara, Suhaimi tanya saya betul ke saya ada bomohkan Kak Sara? Terkejut saya. Hati kecil saya benar-benar terguris, berjaya juga Kak Sara menghasut. Untuk puaskan hatinya, dia ajak saya jumpa seorang ustaz. Saya setuju. Bila sah saya memang bersih tak ada bela hantu, setan, jin boragas, hantu raya dan sebagainya, barulah dia puas hati.

‘‘Sebenarnya Kak Sara sakit hati sebab keluarga suami saya boleh terima saya dengan baik. Dia memang tak tahu bawa diri bila berada di kampung suaminya. Bapa mentua juga suka bila saya balik kampung. Kadang-kadang mereka menceritakan mereka tak sukakan kelakuan Kak Sara.

‘‘Berbalik pada soal duit belanja, walaupun Kak Sara dapat lebih tetapi selalu mengadu tak cukup. Sebenarnya duitnya banyak dibelanjakan untuk jumpa bomoh.

‘‘Dia juga suka kompelin konon perhiasan rumahnya tak cukup, tak selesa nak tinggal, tetapi ipar saya yang pernah ke rumahnya beritahu, rumah Kak Sara banglo besar peralatan dalam rumahnya macam hotel, lengkap segalanya. Malangnya dia tak bersyukur. Sedangkan saya cuma duduk menyewa rumah flat. Tapi saya bersyukur inilah rumah saya dan saya amat bahagia kini.

‘‘Kalau dulu Kak Sara sering mendesak saya diceraikan, tetapi hidup saya semakin bahagia, sebaliknya hubungannya dengan Suhaimi semakin renggang, bukan kerana bomoh dan ilmu hitam, tetapi atas desakan dan perbuatannya sendiri yang sering minta cerai dan halau suami tidur di ruang tamu setiap kali suami balik ke rumah, kerana alasannya dia rasa jijik dan geli tidur dengan suaminya, selagi tidak ceraikan saya.

‘‘Saya ingin tanya salah siapa kalau satu hari suami bencikan Kak Sara? Semua ini berlaku kerana perbuatannya yang sering menjerkah, mengutuk dan menghalau suami. Kadang tu suami saya terpaksa telefon Kak Sara dahulu sama ada dia boleh balik minggu itu atau tidak, kerana pernah berlaku suami tidur di hotel kerana Kak Sara tak mahu buka gate. Alasannya dia tidak dengar bunyi kereta dan panggilan suami.

‘‘Tujuan saya memaparkan kisah hidup ini supaya masyarakat tahu bukan semua isteri kedua itu jahat dan menganiaya isteri pertama. Sebaliknya mereka yang menyusahkan diri, menyeksa suami dan menganiaya isteri kedua. Maaf kalau saya katakan ada kalanya isteri kedua itu lebih baik, penyabar dan baik hati melebihi isteri pertama, tetapi mereka dilabel perampas suami orang.

‘‘Bukan semua lelaki Allah kurniakan dia boleh beristeri lebih daripada satu. Mungkin Allah ingin menguji lelaki itu sama ada boleh adil atau Dia ingin menduga sejauh mana kesabaran isteri melayan kerenah suami. Mungkin juga ujian bagi isteri kedua macam saya sama ada boleh bertolak ansur dan belajar berkongsi. Dan supaya Kak Sara tahu menghargai serta melayan suami sebaiknya, bukan menggelarkannya macam monyet,’’ demikian cerita Nurhazira.

Kini terpulanglah kepada anda membuat keputusan apakah benar, bukan semua lelaki berpeluang menjadi pilihan Allah beristeri lebih daripada satu dan apakah sebabnya. Bolehkah dia berlaku adil, atau menerima balasan di akhirat kelak?

- MAIMUNAH

www.dcckmona.com
dcckmonaum@hotmail.com

Popularity: 23% [?]

Processing your request, Please wait....

70 Responses to “Hanya lelaki pilihan boleh berpoligami?”

  1. paradise says:

    ingin bolot dan tak mahu berkongsi itu(dihalalkan),, tamak namanya.simole

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. eala_00 says:

    entahlah……..
    yang I tahu hanya orang yang kuat semangat aje yang boleh jadi isteri ke2 atau bermadu..yang tak kuat semangat tu janganlah cuba cuba.
    I would prefer to have a single man daripada suami orang..tidak kiralah bujang terlajak atau duda.
    Dan I rela membujang terusssssss sampai saat ini dari mengalami mimpi Ngeriiiiiiiiiii bermadu.
    Wallahualam

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. paradise says:

    Hendak atau tidak, itu belum pasti. Sumer akan diuji cuma caranya ujian itu shj yang berbeza. Ramai yang dah dan ada yang akan diuji itu sudah pasti, ada yang lepas tapi ramai yang kandas…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. sunflower says:

    Nurhazira, tahniah & syabas kerana anda tlh berjaya mharungi hidup sbg seorg isteri yg baik & patuh kpd suami. Sy yakin hidup suami anda lebih bermakna & beliau pasti merasa sgt2 dhargai & dhormati oleh anda. Apatah lg keluarganya juga menyenangi sikap anda.

    Teruskan segala kebaikan anda dan jgn hirau segala tohmahan org sekiling. Kerana apa yg penting, Allah swt tahu akan kemurniaan hati anda.

    Wassalam..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. nurcahaya says:

    Nurhazira,

    Sy memahami situasi yg Nur alami skrg… sbb sy juga berada ditempat dan status yg sama spt Nur.

    Pembaca, ingatla, bukan semua isteri kedua jahat, tamak, sanggup menghancurkan hati wanita lain.. betul.. tanyala pd mana2 wanita, kalau diberi pilihan oleh Allah untuk mengatur dan menulis takdirnya sendiri, sudah pasti lakarannya seorang lelaki bujang yang mencintai hanya dia seorang. sudah pasti takdir yang ingin dtulis indah2 belaka. tiada siapa yg ingin berkongsi suami, tiada siapa yg ingin menghancurkan hati wanita lain… sbb dia juga ada ibu, ada kakak, ada kwn2 perempuan yg dia faham hati dan naluri mereka.

    tapi itulah takdir dan kuasa Allah, tiada siapa yg dpt melawan,, baik isteri pertama, suami, dri sendiri atau org2 sekeliling..
    bila suami kahwin lain, isteri pertama akan dituduh xpandai jaga suami, dan yang kedua, dituduh pula perempuan gatal, xde laki lain ke dlm dunia ni boleh dikahwini.. suami pula dituduh xcukup sorang walau isteri baik dan cantik mcm bidadari.

    jd dlm perkahwinan poligami,siapa yg harus dipersalahkan.. isteri pertama? isteri kedua? atau suami? atau kita ingin menyalahkan TAKDIR?

    sebenarnya takdirlah yang menjadikan sy jd isteri bernombor pada suami saya..dan sy xsedikit pun menyalahkan takdir…sbb inilah perjalanan hidup yang sy kena tempuh yg direncanakan oleh Allah yg maha kuasa..

    tp alhamdullillah, hubungan saya dan madu saya dipeliharaNya walau diawal perkahwinan, badai dan gelora sntiasa menguji kekuata cinta ketiga2 kami (isteri pertama, saya dan suami).

    saya terlalu bersyukur pada Allah krn Dia yang mentakdirkan kami menjd begini, berkongsi lelaki yang 1 dan Dia juga yang memudahkan perjalanan hidup kami.

    apa yang penting keikhlasan kita dlm menerima madu kita, spt kata orang, keikhlasan kan terpancar jua dr hati yg bersih..

    peranan suami terlalu penting. org kata tiada rahsia antara suami isteri. segala rahsia adalah bukan rahsia bg sepasang suami isteri yang saling mencintai dan meghargai… tp utk suami yg memadukan isteri, rahsia isteri2 haruslah dijaga sebaik mungkin. wlau dia berdamping 2 wanita yg berbeza bergelar isteri, dan kedua2nya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2, pandaila2 disimpan agar maruah isteri terjaga walau didpn madu sendiri. rahsia suami isteri mestilah disimpan rapi walaupun pada isteri 1 lagi..

    sesungguhnya kita ingin mencari keberkatan hidup dan cinta suami yg kita kejar biarlah jatuh no. 2. kerana cinta Allah adalah semanis cinta..

    utk pengetahuan, kami bertiga (suami, isteri pertama dan kedua) msg2 berkongsi umur yg sama. kami baru berusia 29 tahun.

    takdir kami dipilih utk melalui hidup bermadu yg serba mencabar ini dlam usia terlalu muda. apa yg kami pinta, smg Allah mberkati hidup kami ini dgn jalan yg telah kami pilih ini kerana Dialah yang merencana semuanya..

    sesungguhnya bukanlah benar isteri pertama xpandai jaga suami bila suami berkahwin lain. bukanlah wanita itu jahat bila dia ditakdirkan hadir jadi isteri kedua dalam hidup suami yg sdh beristeri. dan bukan semua lelaki itu gatal atau miang bila dia beristeri lbh..

    semuanya adalah takdir yg Allah tetapkan. jd sesiapa shj yg terpilih melayarai alam perkahwinan sbgini, redhadan belajarlah menghormati dan dihormati. belajarlah utk redha dgn takdir Allah. sesungguh Allah itu maha kaya. sesungguhnya Dia maha perancang yang maha teliti..

    buat di luar sana, cubalah utk tidak menuding jari pada sesiapa dan mencari siapa salah jika ini berlaku pada org2 yg dkt dgn kita. sbb inilah takdir mereka.

    dan buat nurhazira, jadikan Allah sandaran dalam melayari hidup ni.. sbb kita xkan dihenti, dihina, dicaci krn status ini..

    tp ingatlah, disebalik mereka2 yg menghina, kita harus berdiri kuat diblkg suami dan jadilah tulang belakang suami utk membantu dia memulihkan hubungan dgn isteri pertamanya. ingatlah, rumahtangga mereka berentaka, sedikit sbyk kerana kehadiran kita dlm hidup mereka, dan biarlah kita dpt mrmbantu suami mengembalikan kasih syg itu. dalam masa yg sama smg kita terus menjadi isteri yg menjd penyejuk mata dan hati suami. kunci kebahagiaan adalah keikhlasan. ikhlaslah pada suami, ikhlaslah pada madu kita yg tua dan ikhlaslah pada Allah. insyaAllah, Allah kan bersma2 kita..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. betul kata eala_00 tu, hanya wanita yg kuat je boleh jadi yg no 2, fikirlah semasak2 nya seblm membuat keputsan, dan sanggup hadapi sebarang risiko yg mendatang..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. madu tak serik says:

    dari pengalaman aku, tak ada la teruk mana pun hidup bermadu ni. Best juga sebenarnya. Yg penting korang pilih suami tu betul2 la. Kalau tak, hidup tak bermadu pun boleh jadi sengsara.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. paradise says:

    Kuat atau tidak semangat, hidup perlu diteruskan. Yg penting sangka baik. Kpd suomi dan juga madu kita.. Klu ini tak dapat dilakukan nescaya porak peranda. Soal suomi tu adil atau tak adil, itu dugaan dia. Soal madu tu niatnya baik atau tidak, itu pun dugaan pompuan tersebut. Jgn kita pulak terheret dgn dugaan diorang.. Bila kita dah joint the poligmy club, darjat meningkat, iman kna tingkatkan. Dimana ada kesengsaraan disitu pahala menunggu atau mungkin juga penghapusan dosa atau mungkin ketaatan kita tidak spt dulu(goyah) atau ketaatan kita mantap walau badai melanda.. semuanya dikira. Ingat hanya kita dan Tuhan sahaja dihari pembalasan. Ingat yang tabah akn berjaya yang goyah akan tersungkur…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. Pujangga says:

    “Dan I rela membujang terusssssss sampai saat ini dari mengalami mimpi Ngeriiiiiiiiiii bermadu.”

    Menjadi ANDARTU pun Mimpi Ngeri dik!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. melaka says:

    Bermadu iu baik dari segi agama dan boleh mengelak kita dari buat maksiat.
    Yang menjadi kesalahannya ialah jika kita tidak berkemampuan zahir/batin/harta.
    Tahnian Nur,kerana tidak semua gadis atau ibu tunggal yang sanggup berbuat begini,sekurang -kurangnya awak telah menyahut syiar islam.Wanita islam patut bernikah sepanjang hayatnya kerana terdapat banyak kelebihannya umat yang begelar isteri….m_melaka@yahoo.com

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. lyn says:

    menarik kisah idup y dpaparkn.saya pun sekarng dlm dlema sma.tpi kisah saya lgi mcabar.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. Ms Dilema says:

    Hmmm… tak tahu apa nak komen. Semua ni ketentuan tuhan, masing2 ada dugaannya… kadang2 hidup tak bermadupun kalau dah ditentukan tuhan lebih sengsara pun ada. Betul lah kata kawan kita jadi isteri ke 2 kemungkinan di persiakan tapi kekadang satu suami je pun dipersiakan. Tapi anggaplah segala dugaan yang kita terima kerana tuhan sayang kan kita dan ingin menguji diri untuk menaikan martabat kita disisinya. Redhalah dan ikhlas menerima dugaan allah. Mudah mudahan pada puan semoga tenang mengharungi dugaan dan pasti ada kebahagiaan menanti satu hari nanti kalau tidak di dunia pasti ada di akhirat. Sabarlah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. intan says:

    walau apa pun awk cite tentang kebaikkan isteri kedua saya tetap tak terima sebab awk tetap dah rosakkan keluarga bahagia.kalau awk tak hadir dalam hidup mereka kak sara tu takkan layan suami dia teruk begini.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. pk betul2 says:

    saya setuju dengan intan saya pun tak terima isteri kedua sbb awk yang merosakkan rumah tangga kak sara,kalau awak tak hadir dalam rumah tangga mereka kak sara takkan begitu,cuba tengok dr cerita awak yang sebelum ni kak sara tak de layan suamu die dengan kasar,kak sara berlaku kasar dengan suami die setelah awk hadir dalam rumah tangga mereka,kawin senyap2 itu ke yg di katakan baik????
    bukan kire sah ke tak sah,patutnye awk minta izin isteri pertama dahulu,perasaan isteri pertama perlu di dahulukan.
    awk ingat wanita yang menjadi isteri pertama ni teruk ke? rumah tangga kak sara bahagia sblum ni,mereka ada anak..awak yang rosakkan segalannya.dari cerita awak,saya tak boleh terima,awak tetap burukkan kak sara.biasalah suami mana tak berasa kesunyiaan bila berjauhan dengan family,awak patut nasihat suhaimi,bukan awak terima lamaran die,konon nak bahagia,memang lelaki yang terpilih je boleh berpoligami,tapi cara awak salah.poligama secara senyap2 tanpa pengetahuan isteri pertama,itu yang dikatakan baik????????? pk baik2,….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. terserah says:

    terima atau tidak terpulang la kpd masing2. Masing2 ada dalil dan hujah2 tersendiri. Yg penting ialah kesudahan kita bila diadili di akhirat oleh Yg Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Tak perlu tuding menuding. Yg benar tetap benar, yg salah tetap salah di sisi Allah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. sha says:

    Kite hanya merancang, segala2nya Allah Taala yg tentukan. Bg diri sha mintak dijauhkan berkahwin dgn suami org. Aminnnn…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. minah senget says:

    tak semua lelaki memilih untuk beristeri 2 tu jahat… dan tak semua wanita yang menjadi isteri kedua tu jahat… kita sebagai wanita perlu nilai diri kita dahulu sebelum meletakkan kesalahan ke bahu orang lain…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. jun_PD says:

    ape2 pun komen yang diberi, bagi saya yang dah berumur hampir 40an ni dapat suami orang pun syukur sangatlah…daripada terus tak kahwin…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. mansor says:

    saya sorang lelaki berumor lewat 50 han bila baca cerita dan komin susah hendak komin . kalau saya nak kawin lagi pasti saya minta izin kepada istri pertama dulu kalautak saya tak kawin lagi.pada anak dara tua tu pening juga kalau tak kawin kalau nak bermadu terusterang kat isteri pertama kalau telah ditentukan ALLAH tentu tak kemana ni pi nikah senyap2 mana aci.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. mamaqimi says:

    awak ckp awak baik…klu awak betul2 baik awak akan suruh lelaki yg jd suami awk minta izin dgn isteri dia terlebih dahulu…bukan kawin senyap2.
    AWAK PEROSAK RUMAHTANGGA ORANG.
    benda begini pernah terjadi dalam keluarga saya..mak ayah saya aman dan gembira sebelum kehadiran org ke2 dlm hidup mereka!!!!
    skrg awak buka cerita tentang awak lepas tu awk yg burukkan isteri pertama MMG MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. mamaqimi says:

    awk xkan paham perasaan isteri seperti kak sara..bagaimana rasanya suami di rampas kerana awk bukan isteri yg di rampas suami TAPI AWAK ADALAH WANITA YG MENJADI ISTERI DENGAN MERAMPAS SUAMI DARI ISTERI YG LAIN!!!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. mamaqimi says:

    kak sara jd jahat sebab awak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. stoberimerah says:

    eleh..puji diri sendiri nampak.selama ni family kak sara tu baik2 je awak dtg dah porak peranda.laki awak pun sama,baik sgtlah konon.kalau baik,cakap terus terang nak berbini lagi..bukan nikah senyap2.wah..skrg dah pandai burukkan isteri pertama.
    macam bagus sgt.kalau baik x mengata orglah cik kak oi

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. norwati says:

    saya sangat suka komen pasal story2 macam ini, kalau poligami ini salah mengapa Allah dan rasul halalkan dan galakkan kecuali takut tak berlaku adil, tetapi dalam hal di atas kita lihat kak sara tidak beri peluang langsung kepada suaminya untuk berlaku adil.

    tambahan pulak, di zaman sekarang ini, cuba u all fikir, adakah wanita kalau suami dia bagi tahu nak kahwin satu lagi, dia akan kata kahwinlah abang, saya akan bantu abang berlaku adil, saya akan bekerjasama menjaga kebajikan abang dengan baik dan rela berkongsi kasih? ada ke?

    tak pernah ada, kalau ada pun satu dalam sejuta atau satu dalam seratus ribu (macam kat terengganu (keluar first page lagi).

    kalau laki u bagi tahu kebenaran niatnya yang ikhlas untuk membantu wanita lain, walaupun janda anak 5, pasti u all akan melenting, kecoh satu negara. lelaki yang alim lagi budiman pun akan fikir seratus kali kalau nak bagitau u. untuk kebaikan semua, lebih baik tak bagi tahu. kerana silap hari bulan kena parang, kena bomoh (zaman moden cam gini pun org masih suka berdukun – bongok sungguh).

    kerana wanita-wanita yang beginilah yang menghancurkan ekonomi suaminya, merosakkan hati suaminya sendiri, dan terus menuding kesalahan kepada orang ke2.

    kasihan… sungguh saya amat kasihan dengan semua wanita pertama , kedua, ketiga atau keempat, anak2 dan suami, masyarakat semua.

    1. masyarakat terbabit kerana pandangan serong merekalah, keluarga yang ingin berpoligami ini kucar kacir. kerana mereka ingin mengikut cara dan mengelak pandangan masyarakatlah mereka terpaksa mencari alasan untuk menolak poligami.

    2. si isteri pertama terpaksa menjeruk hati untuk menjaga keperibadian – takut masyarakat mengutuk/mengata dia tak pandai jaga suami, walaupun dia sebenarnya tidak begitu. jadi dia terpaksa jadi queen control lah pulak.
    3. si suami, lagilah… kesian, sedar tanggungjawabnya, nak tolong wanita lain yang lemah, kesian… dah jatuh hati lagi, terpaksa memendam rasa. balik kerumah tak kena layan dengan baik, isteri dah tak hormat lagi. air muka dah dijatuhkan oleh isteri, nak marah sayang, tak marah, dayus.

    silap2 hari bulan ikut kan hati, kawin saja (sakit dan menyakitkan hati semua orang).

    4. wanita ke 2, sudahlah susah (janda, ada anak2 ) ada yang bersimpati, ada yang sayang, bernafsu tetapi… masyarakat juga tidak suka melihat yang baik, selalu nampak yang buruk dan dihebah2kan… nak kahwin secara baik, kena sumpah seranah, di pandang hina, dikatakan gatal miang, sundal, jalang, perosak rumah tangga dsbgnya.

    kadang2 jalan singkat diambil dengan melampiaskan nafsu masing2 dengan jalan yang haram.terjadilah masalah sosial yang tak pernah habis.

    kerana apa? kerana pandangan masyarakat yang tidak dapat menerima poligami yang dihalalkan oleh Allah dan Rasulnya.

    kita sebagai sebahagian dari masyarakat, harus dan wajib mengubah persepsi yang salah ini demi maruah bangsa Islam khasnya.

    Sebab sistem berpoligami yang diamalkan dalam Islam adalah yang terbaik. Janganlah anda ragu-ragu untuk menerimanya, kerana sekiranya anda raguinya, seolah anda juga meragui kekuasaan Allah, meragui sistem yang Allah halalkan kepada semua umat manusia dari dahulu sehingga sekarang.

    Bangsa lain juga merelakan berpolgami tetapi sama sekali tidak bertamadun seperti agama Nasrani( satu isteri tetapi boleh ada ramai mistress-tak halal, di sini tiada tanggung jawab, perempuan keduan dan seterusnya boleh ditinggalkan tanpa apa2 kaitan, ini sama sekali tidak membela wanita mereka).

    jadi saya amat berharap kita akan dapat memikirkan lebih jauh dan lebih dalam tentang kebaikan seseorang itu sebelum kita membuat pro & con punya komen.

    sekian terima kasih.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. RN says:

    bknnya mudah seorang nakhoda nak mengemudi dua bahtera kalau tiada ilmu yg mencukupi…sdgkan sebuah bahtera pun kdg kalanya akan karam jika x berhati-hati..nikan pula nak kawal kedua-duanya sekali..terpulanglah kpd empunya diri…adakah anda sdh bersedia d lambung ombak atau tsunami yg bakal melanda???tepuk dada tanyalah akal….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. nur alleshya says:

    Walau apa pun cabaran dan dugaannya, yang pasti hidup ini perlu diteruskan. Saya memahami perasaan saudari, kerana saya pernah mengalami pengalaman yang sama. Hidup bermadu memerlukan kita belajar untuk sentiasa bertolak ansur, kesabaran dan keimanan yang tinggi kerana ini ketentuan Tuhan. Semoga kita dirahmati.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. Saya tidak rasa simpati pada anda,saya pernah alami kes seperti ini tapi suami tidak sampai berkahwin.Saya telah berkorban dan sentiasa membuat yang terbaik,memang dia jujur mengaku ada isteri dan anak,tetapi dengan kekasihnya,tetapi dengan isteri dia memutar belitkan kenyataan.kalau benar beriman dan jujur mengapa tidak mohon kebenaran isteri pertama.Konon tidak sampai hati hendak memberitahu.Saya yakin Allah maha adil,dengan gerak hati saya tahu dia ada kekasih.Saya buat solat hajat dan tahjud mohon petunjuk akhirnya tembelang mereka pecah.Mungkin suami cerita lain kepada keluarganya,seperti saya suami akan cerita dia terpaksa tanggung semua kehendak saya,sedangkan semuanya dibeli menggunakan gaji sendiri.Malah kekadang itu dia boleh berhutang dengan saya kerana memenuhi hasrat kekasihnya dan keluarganya di kampung.Ini semua dia tidak ceritakan secara jujur kepada kekasihnya.memang dia bersopan santun tapi itu cuma untuk mengaburi sebelah pihak.Saya tidak kisah dia mahu berkahwin, tapi dalam undang-undang Islam ada syarat yang begitu terperinci sebenarnya.Jadi jawablah di akhirat nanti apa yang tidak dilaksanakan.Setakat sembahyang lima waktu tidak tinggal itu belum masuk kategori suami yang beriman atau berilmu,takut cuma tahu asas fardhu ain sahaja.Setakat ini suami memang menunjukkan sepenuh kasih sayang,tapi pada saya biasa sahaja,setelah peristiwa itu berlaku.Moralnya di sini saya perlu bertindak menyelamat dan membahagiakan diri sendiri dahulu dengan anak-anak.Saya amat bersyukur kerana saya datang dari keluarga bahagia dan semua saudara mara sebelah ibu dan ayah menyatakan mereka akan memberi pertolongan,semangat,motivasi atau apa sahaja jika suami buat hal.Bukan saya tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik sebagai isteri tapi jenis suami insan yang tiada jati diri dan mudah goyah dengan sedikit bisikan syaitan.Saya belajar banyak perkara bila hati dihancurkan oleh suami sendiri.Kini saya dengan cara saya,membuat tabungan untuk diri sendiri dan anak-anak,menduduki rumah ,malah kalau dia berkira untuk memberi nafkah saya tidak kisah kerana rezeki Allah ada buat saya dan anak-anak.Malah makin teraniaya,makin melimpah rezeki saya dan anak-anak.Saya memang baik dengan mertua dan adik-beradiknya,tiada masalah,jadi bila dia sibuk bercinta saya menyebarkan berita gembira ini kepada mertua dan adik-beradiknya.kata mereka walau dia mahu berkahwin,itu bukan bermakna saya akan terpinggir dari keluarga mertua tetapi sudah adat pertalian darah ibu,adik-beradik memang tidak dapat dipisahkan.Walau macam manapun mereka perlu terima abang mereka biarpun berbuih nasihat ditaburkan.Bagi saya tanpa suami pun saya bahagia,malah lebih bahagia kerana kasih keluarga dan saudara mara adalah kasih sejati hingga ke mati.Tidak kasih suami,kalau saya mati paling lama mungkin sebulan sibuk menghadiahi doa buat saya,selepas itu biasalah masa dihabiskan dengan mengintai pengganti.Wang faraid harta siisteri dengan senangnya digunakan untuk membeli cincin dan hantaran. Itulah adat dunia.Jadi ketika hidup perlulah banyak melakukan yang terbaik untuk bekalan diakhirat.Jika dengan bersama suami banyak dosa jiwa dilakukan hanya kerana merebut kasih,lebih baik saya undur diri demi mendapat bahagia diakhirat.Kepada wanita yang menderita jiwanya kerana perlakuan suami yang pandai berpura,nasihat saya yakinlah dengan kasih sayang Allah,lambat laun pasti akan terbalas jua.Cukuplah air mata yang tertumpah untuk seorang suami.Kini suami saya melayan saya lebih dari sewaktu menjadi kekasihnya dulu tapi apalah ertinya setelah hati tiada lagi buatnya,yang ada adalah rutin sebagai isteri dan memenuhi tanggungjawab dan amanah yang Allah beri.Kasih kini tertumpah kepada anak-anak,kerjaya dan ibu bapa serta sanak-saudara yang ramai dan membahagiakan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. nurul says:

    sungguh ksian berada ditempat isteri pertama.rumah tangga isteri pertama rosak n huru hara disebabkan perempuan yang sanggup merosakan rumah tangga orang lain.semue untuk kepentingan awak sendiri nak berlaki.awak tak boleh cakap yang isteri pertama tak penyabar.dan tak perlulah mengangkat bakul sendiri dan merasakan diri lebih bagus dari isteri pertama sebab memang sah2 awak yang merampas kebahagiaan isteri pertama dan menyebabkan isteri pertama hilang sabar.
    saya bukanlah menyalahkan isteri kedua tapi saya masih rasa yang perempuan yang sanggup berkahwin tanpa pengetahuan dan kebenaran isteri pertama adalah zalim dan kejam.seperti merampas hak orang lain tanpa kebenaran.sama macam merompak.malah masih boleh bergembira dan bersuka ria memadu asmara dengan suami tanpa rasa bersalah.seperti orang yang cuma pentingkan diri sendiri.
    Mungkin orang akan cakap saya menyalahkan isteri kedua sebab benda macam tu tak terjadi pada sy.tp sy jg pernah jatuh cinta dgn suami orang.itu pon slps lelaki tersebut meluahkan cintanya berkali2.terusik jg hati tambah2 mase tu sy br berumur 19 thn dan belum ade pengalaman bercinta.tambah2 sy dulu sekolah di sekolah semue perempuan.jadi amat jarang berkawan dengan lelaki.perasaan mencintai n dicintai mmg snagt indah.malah setiap saat terinagtkannya.malah sy snagt mencintainya sepenuh hati n jiwa.tp kami bukanlah bercinta sehingga keluar bersama.cuma sms yang menemani.sy penah tolak lamaran 2 lelaki kerana sy tak mampu mcintai orang lain slain dia.tp alhamdulilalh, berkat doa kepada Allah, sy mampu kuatkan semangat untuk bawa diri.Harapkan dia nk tinggalkan sy mmg tak mungkin.jadi sy jg terpaksa kuatkan diri.selain sedih kerana berpisah, sy jg mulanya rasa bersalah sb sanggup tinggalkan dia yang akan merana.tapi perpisahan ini adalah demi kebahagiaan seorang wanita lain yang lebih berhak.sy tak mahu n tak sanggup membina kebahagiaan denagn melihat wanita lain derita.mual2 berpisah sy mmg pk sy tak mahu bercinta lg sebab sy rase sy cuma boleh cintakan die seorang shj.mula2 mmg susah.hidup rase tak lengkap.jg sangat susah sb ssy kadang2 tak dapat menumpuakn perhatian pada pelajaran dgn baik.sekarang dah 5 tahun kisah itu berlalu n sy sudah mampu menerima kehadiran seorang lelaki lain dalam hidup sy.wpun sy tidakla cintakan lelaki yang br sedalam yang pertama dulu (mungkin sb cinta pertama mmg lebih bermakna bagi semue orang) tp sekurang2 sy tak dibelenggu perasaan bersalah merosakkan rumah tangga orang.doakan sy berbahagia.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. suesakura says:

    hai macam2 hal

    Saya pun pernah bercinta dgn suami orang, tp jantan tue penipu. Dia berlagak bujang la konon.sbb isterinya kat penang dia pula berkerja di KL. nasib lah saya nie tk serius sgt ngan dia. Tembelang nya pecah apabila isteri nya membaca sms saya yg saya hantar pada jantan tue. Dan saya telah dihubungi oleh mak kepada jantan tersebut pada waktu subuh dan memaklumkan hal yg ank dia suami orang . Tp isteri dan mak nya tk pulak marah kan saya , cuma dia bertanya akan status hubungan saya dgn ank nya.Dan tk bagi lah saya nie menjalain kan apa2 hubungan ngan ak dia lagi. Jadi saya bercerita yg benar lah pada ibu nya dan juga isterinya. Cuma saya kesian gila lah kat isteri dia kerana pada waktu itu isteri nya sedang sarat mengandung ank yg pertama dgn hasil perkahwinan pada tahun sebelum nya. Jantan tu mmg tk patut tipu saya dan juga isterinya. Benggang giler saya ngan jantan tue. Tp masalah nya jantan tue mmg pandai ambil hati saya , saya mmg sayang dia pun, walau bagaimana pun dia suami orang , apa bole buat blah jer lah. banyak lagi jantan dlm dunia nie. Cuma nk cr lelaki yg baik jer susah. kalau dapat lelaki yg baik ha! cepat2 lah nikah , kalo tk melepas. dan pada isteri pertama keduua dan seterusnya , saya tk menyebelah kan mana2 pihak. bg saya ciptaan tuhan ituadalah sebaik2 ciptaan. Megapa lelaki boleh berkahwin empat….nk tanya sapa..itu sudah hukum Allah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. bunian says:

    Salam semua terutama kepada nurhazira. Apa yang dikatakan oleh pk betul2, intan dan mamaqimi tu benar belaka. Kenapa saya berkata begitu? Untuk pengetahuan pn nur, saya adalah isteri pertama yang tidak tahu suami saya telah berkahwin lain selama 11 tahun. Betapa hebatnya suami saya dan perempuan itu merahsiakan perkahwinan mereka. Untuk pengetahuan puan nor, sepanjang hayat saya (kini 41 tahun), saya dididik oleh kedua orang tua saya cukup dengan didikan agama, tidak pernah bermusuh dengan orang, tidak pernah berdengki dengan orang, seorang yang amat ceria dalam kehidupan harian. Bersyukur kerana dikurniakan 4 orang anak (2 lelaki & 2 perempuan). Kami berkahwin atas dasar cinta, suami seorang yang baik, penyayang, caring, bertanggungjawab dan lengkap sebagai seorang suami. Cuma dia sering outstation atas tugas. Walau kadang2 dia tidak sempat balik hampir 2 @ tiga minggu sebulan tetapi wang tetap dikirim. Saya sudah terbiasa dengan keadaan menjaga anak sepanjang ketiadaan dia. Sayalah bapa dan ibu kepada anak2 sewaktu dia tiada. Tidak pernah saya syak wasangka walau sedikit pun tentang kecurangan suami di atas kebaikan dia. Akhirnya dengan berkat doa saya, saya dapat tahu dia telah berkahwin lain 11 tahun yg lalu dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, kini perempuan itu sedang mengandungkan anak ke2 mereka. Nor, kamu tahu tak, saya dari seorang yang baik, saya tidak pernah berdengki dengan sesiapa, saya seorang yang ceria, suka ketawa sehinggakan kalau saya bercuti, rakan2 sepejabat akan merungut berkata sunyi!. Kini saya telah berubah menjadi sebaliknya… tahu tak kenapa? kerana manusia jenis kamulah yang mengubah diri saya jadi begitu…. saya jadi seorang yang pendendam, tiada lagi keceriaan dalam rumahtangga saya, tiada lagi gelak ketawa saya dalam syurga kami, saya jadi tidak bermaya, sering bersendiri, keadaan dan kehancuran telah merubah diri saya menjadi orang lain. Nor, kamu tidak pernah tahu betapa luluh hati isteri pertama apabila suami yang kamu cintai telah mengkhianati cinta dan perkahwinan itu. Sebenarnya, dari seorang yang baik kita boleh menjadi seorang yang jahat disebabkan manusia seperti kamu…. seandainya kamu memang orang yang baik2, kenapa tidak minta izini dahulu utk berkongsi kasih, kenapa perlu ada pembohongan kepada isteri pertama. Isteri yang telah dikhianati akan bertindak untuk membalas dendam setiap dari perbuatan oleh orang2 seperti kamu. 18 tahun perkahwinan kami, tidak pernah sekalipun saya memohon cerai dari suami sekiranya berlaku pertengkaran atau ketidakpuasan hati, kerana saya begitu cintakan suami saya dan keluarga. Kini, ayat2 “abang ceraikan i, telah menjadi permainan di bibir saya. Benar, keadaan yang mengubah kita…. Begitu juga dengan saya, saya bersumpah tidak akan memafkan perempuan parasit itu yang merosakan kebahagiaan yang telah kami bina selama 18 tahun, saya dan anak2 saya dalam trauma (kamu pun pernah alami trauma begitu kan? masa kamu kecil2 dulu, sepatutnya kisah mak & ayah kamu dijadikan teladan supaya tidak berlaku kepada org lain, tapi kamu tidak…. seolah2 kamu ingin membalas dendam kepada org yg x bersalah…. hasilnya madu dan anak2 tiri kamu yg menderita….). Walaupun saya telalu kecewa dengan nasib malang yang menimpa saya, namun saya tetap melayan suami saya dengan baik, malah lebih baik dari sebelum ini. Saya ingin menjadi isteri yang solehah, tapi terlau banyak kesabaran dan ujian yang perlu saya tempuh. Setiap hari sehingga kini, air mata menjadi teman setia saya, puaslah hati manusia seperti kamu kerana telah merosakkan seorang yang baik menjadi yang disebaliknya…. Kerana ingin berkongsi kasih kononnya, akhirnya hasil yang org spt kamu dapat, betapa ramai jiwa tersiksa… jiwa saya, 4 orang anak2 saya, suami saya dan sudah tentu perempuan itu juga tersiksa. Kamu nor, bila sudah sedar mengambil hak orang, sudah tentu kamu akan melayan suami kamu dengan sebaik mungkin tambahan kalau madu kamu tidak tahu, kerana lama kelamaan suami akan melihat kebaikan kamu lebih banyak dari isteri pertama. Isteri pertama yang tidak tahu menahu, kadang2 melayan suami ala2 kadar akan menjadi perbandingan dengan isteri kedua, sudah tentu isteri kedua nampak baik di mata suami. Saya percaya, layanan yang diberikan oleh isteri kedua bukan ikhlas 100%, tapi disebabkan untuk memperlihatkan kekurangan isteri kedua. Bohong kalau saya katakan, kalau tiada perbandingan di antara kedua2 isteri…. Sudah jelas, isteri kedua memang berniat jahat, berhajat merosakan rumahtangga isteri pertama secara perlahan2 supaya suami tidak perasan, akhirnya jika jelas kelakuan isteri pertama telah berbah, maka senanglah untuk diceraikan. Alasannya isteri pertama tidak melayan suami dengan baik, nusyuz dan sebagainya…. itulah hasil dari perbuatan manusia parasit seperti kamu… Maafkan saya, kalau tulisan saya ini menyakitkan hati kamu, tapi inilah hakikat yang perlu kamu terima sebab saya sendiri yang mengalami apa yang dialami oleh Kak sara (madu kamu). Kepada kak sara, sekiranya kamu membaca ruangan ini, banyak2 lah bersabar dengan ujianNya. Jangan abaikan tanggungjawab kamu sebagai isteri walau kita merasa jijik untuk menyentuh suami, walau kita menangis setiap kali kita bersama dengan dia, sebab itu adalah tanggungjawab kita. Kita mencipta dosa setiap hari disebabkan oleh mereka perempuan parasit. Kalau ingin disebut ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup kita, memang telah berkubur bersama hati kita yang dulu teramat baik. Untuk nor, kalau saya menjadi kamu, saya sanggup berpisah dengan suami demi mengembalikan kebahagiaan Kak Sara…. Bagi saya, saya sanggup mengundur diri, mengorbankan perkahwinan saya yang 18 tahun sekiranya tiada lagi cinta suami pada saya, tapi suami saya bersumpah tidak akan menceraikan saya sehinggalah dia mati… saya pasrah dengan nasib saya sekarang, tapi hakikatnya saya bukan lagi saya yang dulu….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. bunian says:

    a’kum.. sebenarnya memang kita percaya kepada Qada dan Qadar, percaya bahawa jodoh, ajal, maut itu di tangan Tuhan. Tapi Allah berikan kita akal, fikiran, ikhtiar dan sebagainya untuk memilih jodoh kita sendiri. Kalau dah tahu, lelaki itu suami orang, kenapa perlu diusik, kenapa perlu dilayan…. kita tahu lelaki sentiasa mencari alasan untuk berkahwin dari satu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. serindit says:

    A’kum, memang betul kata2 pkbetul2, intan, mamaqimi, stoberimerah dan nurul. Pasal perempuan macam kamu yang merosakkan hidup kak sara dan bunian. Dari apa yg digambarkan oleh kamu tetang kak sara (madu kamu) yang dulunya isteri yang baik, dan juga bunian seorang isteri yang baik berubah menjadi jahat pasal perempuan parasit macam kamu…. saya bersimpati dengan kak sara dan bunian, hidup mereka teraniaya gara2 manusia macam kamu. Kebahagiaan, ketenangan yang kak sara dan bunian bina dalam rumah tangga mereka hancur gara2 perempuan murahan macam kamu. Perempuan parasit seperti kamu adalah manusia hipokrit, mencuri suami orang, tunjuk baik kepada suami untuk menutup segala kebaikan isteri pertama. Kamu pencuri, mana ada pencuri yang mengaku dia yang mencuri, mana ada org yang kentut busuk mengaku dia kentut di khalayak ramai… Bagi wanita2 di luar sana yang belum berkahwin, ingatlah lebih baik membujang seumur hidup dari berkahwin dengan suami orang. Saya amat menghormati wanita2 yang sanggup membujang hingga ke tua dari berkahwin dengan suami orang…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. awan says:

    u actually xbleh la nak mmburuk2 kak sara sbb secara jujur mmg i brsimpati for u but just think .. u already took her husband , for her he’s the most important things alive. mmg kalau u ckp dia brubah , sbb u jgk kan .. u dah ambik laki dia. so xslh kan kalau dia nak bwt mcm tuh. mmg u xrasa ape sbb u’re the 2nd wife . u xtau apa yg org yg senasib ngan kak sara tuh akan rasa.. dia rasa dia xmncukupi for her own husband. u pon dh tau kan dia dah kawin .. then , leave him alone..xpyh lah nak lyn org mcm tuh kalau u dah tau yang si dia tuh dah beristeri..

    dont u think that writing something kat sini is a bad idea. u dh la kutuk kak sara n puji dri u sndri .. walhal, u are the troublemaker.. u should know that u dah ruin hidup seorang manusia yg sya rasa pada mulanya bkn salah dia..

    mmg patut dia(kak sara) bwt mcm tuh kat suami dia cuz he lied to her..xkn dia xpenah bohong kot.. u jngn la nak bwt baik..if u’re really a humble person u sepatutnya minta izin ka sara sblm u rmpas suami dia , walaupon u kena lalui saat2 yg memalukan..

    dan , kalau lah awak nor, perempuan yg ada maruah yang ada harga diri dan seorang manusia yg berperasaan .. awk tidak akn menghancurkan rumah tangga org lain..

    as a reader here , i suggest u not to write any bad things about kak sara because i think most of the ppl who had read it symphaty her more then they do to u.. i bet u are still young maybe around late 20 or 30 so , i hope u can make the right choice of being known as ‘the bitch’ or ‘the humble’

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. awan says:

    and another one thing..i lebih rela menjadi seorang bujang atau org yg digelar anak dara tua rather that i kahwin dengan laki org n jadi isteri bernombor..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  35. hemohemo says:

    aku x rasa sume isteri kedua tu jahat sebab aku penah alaminya. bukan aku bermadu tapi ibu aku yg dimadukan. aku paham nape bapak kawen lain…sbb ibu aku tu mmg hangin sikit..aku n adik beradik paham sangat perangai ibu yg suka marah2 dan pukul mengamuk kat kami…kdg2 sbb bende kecik pun mcm kami x susun kasut lps masuk, slah letak ubat gigi, pinggan lupa nak basuh ibu balun kami adik beradik dengan getah paip mcm kami buat salah besar…bapak aku pun xkurang kena jugak. hari tu bapak salah letak kunci rumah dia maki bapak sampai jiran dengar..dari muka bapak aku tau bapak malu…jadi klo bapak kawen lain kami x kisah…mungkin bapak tahu apa yg dia inginkan. kami adik beradik tak marah..malah kami baik dengan mak uda. bila ibu aku mengamuk x pasal2 x mau masak kami pegi la rumah mak uda tumpang makan..kdg2 mak uda la yg bagi kami duit belanja..mak uda la tlg streka baju kami..nak harap ibu hampeh..bukan aku tak sayang ibu…kami syg sgt ibu..tapi perangi ibu buat kami cuak..jadi bukan semua isteri kedua tu jahat. aku dan adik beradik aku syg kat mak ude aku mcm ibu aku..pikirlah mungkin ada sbb lelaki tu kawen lain kalau dia bukan buaya

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  36. zara says:

    sesiapa pun yg ambil hak org bukan la org yg baik..
    walaupun ambil dgn izin atau tanpa izin saya x kan menganggap awak org yg baik..saya x kan maafkan sesiapa yg ambil hak saya (walaupn saya belum kahwin)…kehidupan saya byk cabaran yg bukn senang ditempuh oleh org lain…yg penting awak pn nor perampas suami org dan bukan la org yg baik kerana memburukkan org lain so lu pikir la sendiri

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  37. isteri ke2 says:

    Mmg ada lelaki yg tak boleh berasa sunyi. Mmg ada tuntutan kerjaya lelaki yg menyebabkannya terpaksa berjauhan dari keluarga sehingga selesai sesuatu projek. Kdg2 berbulan2. Kdg2 dpt habiskan masa beberapa hari je sebulan. Sebagai lelaki normal, yg mempunyai fitrah semulajadinya begitu, kemana hendak dihalakan syahwat selama berbulan2 itu tanpa isteri di sisi.

    Boleh bersabar, bertahan kuatkan iman tak perlu mencari pelacur atau perempuan murah. Berkahwin secara sah dan halal, lantas sanggup memikul tanggungjawab sbg suami. Kenapa isteri ke-2 juga yg mesti disalahkan jika suami itu yg tak mahu berterus terang dgn isteri 1. Mungkin dia dah tahu reaksi dan penerimaan isteri sedia ada. Mula2 rahsia utk jaga hati dan pelan2 nk beritahu. Tapi jiwa tak kuat dan tak terberitahu. Isteri ke-2 nk buat mcmn jk suami tak bertindak, segalanya di pundak lelaki. Kenapa perempuan sama perempuan nak menyalahkan tetapi tdk cuba memahami satu sama lain.

    Kalau tuntutan kerja si suami memaksanya berada lama di satu tmpt, tak boleh tinggal site, mmg di rumah isterilah tmpt tinggalnya. Bukan isteri yg memaksa dan memujuk. Kalau bgtau suami, suami tak dengar, isteri pun kesian nak halau suami yg berada jrk jauh utk berulang ke rmh isteri 1. Apa lg yg dia boleh buat?

    Sama juga bila suami balik ke tmpt isteri 1, lama juga dia akan tinggalkan isteri ke2. Isteri 2 pun kalau boleh semua clear, suami berterus terang dgn isteri satu, tp suami yg tak mampu buat demikian? Kenapa perempuan lain juga yg disalahkan? perempuan yg jaga kebajikan suami selama dia tiada di sisi isteri 1.

    Salahkan isteri ke2 krn terima suami org? Lebih besar kesalahan berkahwin daripada suami melanggan pelacur? Kalau lelaki tak mula, perempuan pun tak terima. Kalau lelaki tak bersungguh, takkan jadi juga wp elak mcmn.

    Tp perempuan tetap perempuan, lebih suka menyakiti kaum sendiri. Yang benar hanya perasaan dia. Perasaan org lain salah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  38. mamaaina says:

    peliknya kenapa ramai member kat sini benci sangat dengan isteri kedua..saya bukan nak menyebelahi mana-mana pihak tapi ingatlah kakak- kakak, adik-adik…semua ni takdir Allah..jodoh suami anda dengan isteri kedua tu kuat, maka jadilah mereka suami isteri…dan x semua isteri kedua tu jahat dan perampas..kalau perampas, suami anda x akan balik lagi kepada anda…ni ada yang sampai 11 tahun pun x tau suami anda ada isteri kedua, maknanya suami anda balik dan melayan anda dengan elok..dan madu anda seorang yang sangat mengalah…bersyukurlah selagi suami kita melayan kita dan anak-anak dengan baik walau dia ada isteri lain selain daripada kita…reda lah ini ketentuan Allah buat kita..berbaik sangka dan jauhi cemburu yang keterlaluan..
    Isteri adalah hak suami tapi suami bukan hak kita..dunia ini semuanya pinjam-pinjaman..
    Saya adalah wanita yang pernah menjadi isteri pertama yang dimadukan..bercerai bukan kerana bermadu tetapi dipaksa suami melayan seks lelaki lain.. Sekarang berkahwin, menjadi isteri kedua kepada kekasih pertama dahulu, berbaik dengan madu(isteri pertama)walau x lah rapat macam adik beradik tapi kami x pernah bergaduh..dan bersyukur madu seorang yang amat bertolak ansur…terima kasih kak G..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  39. yakuzi says:

    Dear bunian, nasib kita serupa dan saya sedang melalui apa yg bunian telah lalui..dari seorang yg penuh dedikasi & kommited kerja menjadi seorang yg setakat tangkap muat aje.Dari seorng yg periang..jadi murung..sampai semua rakan sekerja tertanya-tanya akan perubahan diri ini.Ini semua gara-gara hubby yg berkahwin tanpa pengetahuan. Tapi Allah maha berkuasa..3 hari selepas perkahwiana tu saya mengetahuinya.Madu ke 2 memang parasit yang sepanjang hidupnya menghisap kebahagian orang lain kerana inilah kali kedua jugak dia bergelar isteri kedua. Seperti Bunian & Kak Sara, saya dididik dgn penuh value keislaman..namun si parasit itu telah mengubah pendirian saya dari seorang yg sabar kepada seorang yg akan melakukan apa saja yg boleh mengembalikan kebahagian saya. Cuma sedikit iman dan kewarasan yang menghalang saya bertindak demikian. Dear Bunian & Kak Sara dan isteri2 pertama yg senasib, sekiranya anda di KL saya ingin berkenalan & bertemu. Semoga dengan perkenalan ini, dapat membantu kita meneruskan sisa-sisa hidup kita dengan penuh bermakna…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  40. jauhimaksiat says:

    Tak perlu menggembar gemburkan kebaikan mu wahai Nurhazira.kalau benda dah jadi pada kamu, baru kami tahu langit tinggi rendah. tak semua orang boleh terima poligami, macam makanan yang halal, tak semua orang suka sesuatu makanan tu walaupun nyata ianya halal. samalah dengan kes ini.kamu patut nasihatkan suami kamu supaya tmpukan perhatian pada rumahtangga dan bukannya untuk mencari isteri baru.

    ternyata sumani mu tu hanya nak kawin lagi kerana mnegikutkan kehendak nafsu, dan kamu juga busuk hati, tak pikirkan kebajikan wanita lain terutama anak2nya yang akan kehilangan kasih sayang dan perhatian bapanya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  41. zul rahman says:

    Aslm’kum

    ala orang perempuan yang selalunya tak boleh nak terima dan berkompromi.
    baik yang kenamadu atau yang dimadu. semua nak lebih dan tak nak beralah.semua menegakkan benang yang basah. lelaki pun sama juga. bila nak kahwin ikut sunah tapi bila dah kahwin tak tahu macam mana nak jalankan kewajipan ikut sunah. cubalah fikirkan bagaimana ingin impikan keluarga yang bahagia. Perkahwinan yang dasarnya atasa nama cinta pun boleh gagal dan tak disebabkan oleh orang ketiga. suami kata isterilah dan isteri kata suamilah. dan tak tahu mana yang betul..Hukumnya tak haram kalau lelaki berkahwin lebih dari satu kalau dia mampu menunaikan kewajipan. dan para2 isteri kenalah berfikiran positif dan waras untuk menjadikan ianya satu ikatan kekeluargaan yang kukuh. BUAT MALU ORANG MELAYU JE. KATA AJA TAHU ADAT TETAPI HAKIKATNYA HAMPAS…………

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  42. garam sink says:

    marah ke?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  43. noni says:

    Taktik jantan hampeeh… Bila nak sesuatu jadi pijak semut x mati… tetapi bila dah dapat yg diingini, tiba-tiba je wajahn bertukar jadi nage… blum lagi virus2/penyakit2 yg dibawa skali bersama… silap2 haribulan, dpt aids/hiv positif… merana seumur hidup ,eee takut..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  44. zul rahman says:

    untuk renungan semua

    Perkahwinan adala satu rukun yang diharuskan dan nabi muhammad telah ” menyatakan bukan menjadi menjadi pengikut ku pada umat yang tidak berkahwin” dan tujuanya adalah untuk menambahkan zuriat yang boleh mengukuhkankan dan meramaikan umat Islam dimuka bumi ini.
    dan tidak kah kita sedar semua ini.
    Dan jangan lah dijadikan perkahwinan ini sebagai satu benda yang terlalu mudah untuk dipermain – mainkan.
    Bila nak kahwin buat hukum sendiri dan bila tak suka buat hukum sendiri…..
    maka fikirkan lah Tang HARAM tetap HARAM dan yang HALAL tetap HALAL. dan jangan di campur adukkan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  45. noni says:

    Abang2 sume… bkan shj umat2 Muhammad yg bekahwin nak menambahkn zuriat & membahagiakan satu sme lain… hakikat prkahwinan bila diijabkabulkan, brmakna suami/isteri dah bersetju itulah jodohku suami/isteriku… Part yg paling tenting ialah dlm melayari kehidupan br/tangga – tugas/tanggjawb masing2… bertolak ansur dan membahagiakn keluarga… kenape bila ada kkurangan or ape yg x dprsetujui … smacm nk balas demdam, suami bukak cawangan baru dan para isteri trpksa berbuat sesuatu yg sama bilamana perbincgan x dpt diadakn lagi… jdi mangsa keadaan ialah zuriat yg x berdosa… kmane nk brgantng harp kerana tmpt brgantug dah buat haluan masing2… jabatan agama cuma melaksanakan undang2, jatuhkan hukuman, yg menanggung ialah indivitu terbabit…. x heranlah jika budk sek men pun dh pndai mengandung, mayat anak dlm beg, lelaki sanggp bunuh ibu/bapa jika x dpt duit bli dadah, lari dari rumah & mcm2 lagi… yg heboh dilaungkan cuma mudhkan poligami utk elakan zina, maksiat… perhatiannya bila mudah poligami, mudah plak bercerai. Suami bekerja, sedgkan para isteri yg kena tinggal jadi ibu tunggal/tunggul kayu… nak byar nafkah sendiri & ank2 yg ditanggung pun x memadai, trpaksa cari nafkah sndiri… bila tang kawin, cepat je… bila part bagi nafkah / keperluan asas, mcm2 alasan cth ada keluarga sndiri nk tanggung & mcm2.. ada x sebut psal zuriat2 ni yg x diberi perhatian, melepak merata tmpat… ciannye umat Melayu…. Allahualam …

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  46. zul rahman says:

    cik kak semua

    sebab tu kita ni kebanyakan cetek tentang alam perkahwinan dan terutamanya bila berpoligami. maksudnya bila kita dalam alam perkahwinan perkara yang wajib dibuat mestilah ditunaikan:
    nafkah pada isteri/isteri2 /suami
    hak suami/isteri & isteri2
    nafkah anak2/zuriat
    kebajikan anak/zuriat
    kebajikan isteri/isteri2
    pelajaran dan pendidikan anak2
    tempat tinggaldan lain2 lagi
    semua ini adalah asas yang perlu disediakan oleh suami / isteri& isteri2 semua.
    Tetapi kebanyakan sekarang ramai yang dah alpa atau tersasar dari landasan yang sebenarnya
    yang mana ada orang gaji semua nya serah bulat2 kat org gaji
    semuanya sebok dan buat2 dengan urusan dunia masing2
    bila berlaku sesuatu perkara mulalah beri macam2 alasan:
    x de kebahagian la
    x dapat perhatian la
    x serasi lah
    salah tu, salah ni la dan beribu macam salah…
    dan macam2 lagi alasan

    kadang2 ada isteri sorang pun tak terlayan karenahnya….
    banyak2 kan la beristifar….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  47. acquagirlz84 says:

    emhh…poligami ni byk pro n kontranya.memang di dlam islam poligami ini di halalkan tapi hanya untuk insan yang benar2 layak dan terpilih sahaj pada pendapat saya.

    suami kalau hendak berkahwin lain memang takut nak mintak izin isteri pertama takut dianayai.sebagai contoh ibu saya sendiri.suami sebelum layak berpoligami harus melengkapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat.pandai menguruskan masa, emosi dan fahaman antara isteri2 yang ada.jgn samapi isteri dan anak2 rasa kecewa dan dilukai.wang sahaja tidak cukup untuk memenuhi kehidupan,emosi dan rohani harus diberikan juga.

    mesti didik anak dan isteri hal2 agama.isteri kena sentiasa bersabar dan redha.isteri kedua dan yang seterusnya juga perlu berkorban besar, sebesar pengorbanan isteri pertama.belanja hidup dan isteri anak2 pertama mesti didahulukan(senadainya isteri kedua dn yg lainya tiada anak atau kurang),dari segi emosi juga harus beralah, jgn benarkan suami mengeluarkan kata2 buruk isteri pertma di dpn anda.klu itu terjadi anda haruslah menasihati suami bahawa anda segai isteri kedua juga mempunyai kekurangan.

    pendek kata isteri2 yang bermadu perlu banyak bersabar,komunkasi harus telus.klu anda merasakan suami tidak adil beritahu dia ketidak puasan anda.ingatkan suami anda tanggungjawab dan peranan dia sebagai ketua keluarga.harus ingat kita bkn hendak hidup bahagia di dunia sahaja tapii yg lebih penting di akhhirat selamanya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  48. noni says:

    …..pepun adalah x spatutnya berlaku bilaman nurhazira dh kawin ngan suami kak sara, senang je ckp itu ini, seolah2 nk menegakkan benang basah… punca segala masalah ialah bila saat awak sggup jadi isteri kedua dah dikira perampas suami kak sara dan menganggu kebahagiaan r/tangga orang! masa awk kawin ada kak sara tahu??… sya rasa tidak… itu zalim namanya… bila x balik berhari-hari… tiba-tiba je nak balik kerumah setelah menahan hati & perasaan… itu penganiayaan namanya… apa jadi ngan nasib anak-anak yang tentunya dah besar2 dan bersekolah… sedikit sebanyak tentu menganggu juga fikiran dan akal nurani anak2 kecil ini…akan ada kemuskilan kenapa berlaku kepada bapa yang mereka dambakan kasih-sayang tiba-tiba tiada lagi bersama … itu perampas namanya…saya percaya hidup ini seperti roda , hari ini bilamana dalam kesusahan , esok lusa awak akan mengalami perkara yang sama juga. hari ini kita mencuri hak orang, esok lusa org lain akan mencuri hak awak juga… terimala kenyataan…manusia diberi akal fikiran, klau sanggup melakukan perkara yang buruk, memang Allah makbulkan, terpulang pada diri sendiri untuk memikirkannya… Saya harap insan yg bernama”kak sara” agar bersabar dan bykkn solat istikharah, tahajud dan dalami ilmu agama dgn sebaiknya… Tuduhan yg x berasas hanya Allah yang Mengetahui…

    Saya lebih salute pada andartu/ yg smpi kini x kawin2 lagi lebih mulia hati & jiwa mereka dari merampas hak orang tanpa kerelaan…

    Untuk yg arif hukum2 agama _ jgn setakat berbual je… lakukan sesuatu supaya agama Islam x dipandang serong semata-mata diblehkan brpoligami… dan isteri/anak2 tiada hak untuk menyatakan isi hati masing-masing semasa dlm dilemma…. sekian!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  49. kucing api says:

    hmmm dah baca balik.. dlm hal ini, yg salah tetap salah.. tak kiralah M1 ke, M2 ke atau hb tu..

    kalau M1 buat perangai mcm tu, jgn salahkan sesiapa dgn akibatnya melainkan diri sendiri bila emosi tak terkawal.. setiap org ada batasan kesabaran.. kalau syok sgt mencabar kesabaran hb, bila dapat apa yg dicita2kan, yg diminta2 selalu, bergembiralah jgn pula menyesal di kemudian hari..

    tapi pendapat saya elok la kalau M2/hb tu sebelum nikah, buat la secara terang-terang toksah senyap2.. sbb itu lagi menyakitkan hati M1.. biar ribut awal2 jgnla ribut lepas tu.. payah!

    satu lagi, toksahla percaya kat ahli sihir (bomoh,pawang etc).. bila dlm syirik mcm tu, mcm mana nak tenang hati? nak kawal emosi? nak mendekatkan diri kepada-Nya? nak redha dgn qada’ qadar-Nya? fikiran asyik syak wasangka jer..

    ye la ini dari komen dari kisah yg diceritakan.. wallahualam kisah sebenar oleh org yg mengalami..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  50. polipoli says:

    ” kalau M1 buat perangai mcm tu, jgn salahkan sesiapa dgn akibatnya melainkan diri sendiri bila emosi tak terkawal.. setiap org ada batasan kesabaran.. kalau syok sgt mencabar kesabaran hb, bila dapat apa yg dicita2kan, yg diminta2 selalu, bergembiralah jgn pula menyesal di kemudian hari..”

    Tepat sedas.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.