Salam semua.
Ada orang yang mempertikaikan kenapa kita asyik bicara soal lelaki/suami curang di website ni. Dah tentulah website ini diwujudkan utk membantu sesama saudara kita yg bermasalah terutamanya berkenaan rumahtangga. Kalau rasa dah bosan, mungkin orang tersebut tersalah masuk website. Ada jugak yg teringin nak carik jodoh kat sini. Alamak bro, ini macam kes nak beli barang dapur tapi termasuk balai polis. Ada jugak orang yg mencadangkan supaya anak dara yg tgh bercinta dgn suami org dan suami itu sendiri menulis dlm website ni untuk memberi pandangan kedua/ketiga. Ini satu cadangan yg memang tak masuk dek akal. Orang tgh hangit bercinta mana ada masa nak tgk website yg macam ni. Diorang berdua tu sibuk dok berSMS, berdating, berMMS, berchat, beremail, berskype, bervchat, bercall dan yg sewaktu dgnnya. Nampak sgt cadangan tu dtg dari org yg tak pernah alami dan tak ingin cuba utk memahami. Lu pikirlah sendiri. Ringkas cerita, kalau rasa tak sesuai, tak yah ler dtg website ni lagi.
OK, sambung cerita saya pulak. Sebenarnya saya byk belajar dari thread Puan Mien bertajuk “Suamiku Minta Izin Nak Berpoligami”. Saya baca kisah tu sejak saya dlm pantang, almaklum mana boleh keluar rumah, so tibai visit this website dan belajar cara bagaimana nak atasi tekanan perasaan. Kalau tak jaga dah sah2 ler boleh meroyan sia2. Ada banyak sgt panduan dan nasihat berguna utk para isteri yg mengalami tekanan perasaan akibat suami curang, yg ada hati nak kahwin lagi padahal isteri masih membantu menanggung keluarga. Pada saya, kalau si suami mahu isteri bekerja utk membantu keluarga, maknanya dia sebenarnya masih belum mampu nak bukak branch lain.
Sebab suami saya jenis bijak memain emosi, dia kata apalah erti kasih sayang tanpa pengorbanan. Wak lu..kalau dikira betapa byk pengorbanan yg saya telah lakukan sejak dia belum khatam mengaji, belum kerja sampailah dah berkahwin. Kang kalau diungkit, kata tak ikhlas lah pulak. From this day on, saya tak boleh dengar perkataan PENGORBANAN atau SACRIFICE. Tapi kalau nak buat ibadah korban tu, oklah. Infact saya plan tahun ni nak buat utk kami semua sebab saya mengharapkan mendapat sakinah dari ujian Allah ini.
Puan Mien dah lama senyap. Kisah beliau yg terakhir masih menggambarkan yg dia tak boleh terima, dan akan minta perpisahan, tapi suaminya tak mahu. Maknanya Puan Mien dan diri saya, wajib belajar menerima perubahan dalam hidup kami. Rasa geram yg amat sebab seperti kita ini powerless, tiada pilihan lagi. Itulah sebenarnya yg amat perit utk seorang isteri terima. Nikmat freedom of choices dalam satu negara demokrasi, tetiba ditarik balik. Memang satu ujian Yang Maha Esa yg amat hebat.
Saya masih belajar utk redha, sambil berdoa agar ditetapkan hati dan pendirian utk menerima dan bersedia utk menghadapi apa jua kesudahan kisah saya. Amat byk perubahan telah berlaku dlm rumahtangga kami sejak hb ada GF ni. Ada yg bagus, dan ada jugak yg tak bagus. Yg bagus seperti suami boleh tahu betapa kasihnya seorang isteri jika dia membenarkan suaminya berkahwin lain, ilmu agama dan rumahtangga saya pun bertambah juga. Yg tak bagusnya, penerimaan seorang isteri bila suaminya membuat perkara yg menjurus kepada maksiat. Apa boleh buat, bagi nasihat sajalah. Selebihnya, saya ingat pesanan seseorang di sini, kita hanya boleh mengawal diri kita, kita tak mampu mengawal diri org lain.
Saya harap Puan Mien dapat bersuara semula.
Popularity: 9% [?]

Processing your request, Please wait....
terima kasih akupasrah for sharing..
“kita hanya boleh mengawal diri kita, kita tak mampu mengawal diri org lain”
dan smalam saya dpt satu lg pengetahuan ttg control atau kawal:
we are powerful if we can control people.
but the most power is those who can control themselves.
Like or Dislike:
0
0
Mengapa mudah bg sesetengah lelaki melupakan isteri mereka? Ada juga wanita yg ingin laki yg dah bkahwin..ye, jodoh di tgn Allah ..tapi semestinya ada cara baik utk suami pastikan isteri asal dan yg bakal leh terima pkongsian..Wpun perit, bg saya ada baiknya suami yg bgtau kat isteri niat nak bpoligami ..dr yg sanggup menduakan isteri di belakang..
ntahla.. sakitnya takkan hilang .. no matter wat kan? Hny Allah je mampu beri kekuatan..
~Nisha~
Like or Dislike:
0
0
betulll sgt2..hanya yg terkena akan merasa…walau sy baru bg komen tp ari2 sy ikuti ruang ni coz diri sy pun spt puan2…cinta yg satu tlh dipecah2..ntah knaper..apa yg dicarik..setelah idup bersama 13 thn + bercinta 5 thn…lelaki..apa yg kau carik dlm idupmu????
Like or Dislike:
0
0
pompuan lain yg bergetah, bergedik, yg bole saja di usung kesan kemari..
Like or Dislike:
0
0
Lara…’lelaki..apa yg kau cari dalam hidupmu???’
Entahlah…saya pun tak mengerti apa yang mereka cari. Kenapa mudah sangat gugur daun-daun cinta seorang lelaki bergelar suami. Mungkin lelaki itu terlupa mengimbas kenangan indah masa mula berkenalan, bercinta, bertunang dan saat di jinjang pelamin dimalam pengantin…saat penyerahan seorang perempuan bergelar isteri. Kalau mereka rajin mengimbas, cinta itu tidak akan layu, malah akan terus bercambah bertunjang dan akan terus mekar walau dilanda ribut dan badai.
Hakikatnya, seorang lelaki berpoligami bukan kerana keperkasaannya sebagai lelaki hingga isteri tidak dapat memenuhi tuntutan batinnya. Setelah berpoligami, ramai lelaki yang menyesal dalam diam kerana kebanyakan mereka sebenarnya tidak mampu dari segi lahir dan batin. Malahan mereka juga tidak mampu berlaku adil.
Saya mengenali empat orang lelaki yang berpoligami. Setiap kali terjumpa dimajlis-majlis keraian atau keagamaan, tidak pernah saya bertemu dengan isteri kedua mereka. Kenapa? Malu untuk mendedahkan status diri atau queen control isteri pertama!!!
Dimana letaknya keadilan?
Dunia poligami ibarat kota kristal…indah pada penglihatan tapi derita pada perasaan.
Like or Dislike:
0
0
mmg le yg dicarik tu mgkn lbh bergetah, gedik tp itu ke yg kau nak jadik “madu” pada is3 mu yg berkorban utk kau selama ni..itu le lelaki
Klu is3 tak setuju katanya menghalang tp is3 ni menasihati krn tau siapa suaminya..klu blh akan berkorban perasaan sekali pun sanggup jika suami n bakal “madu” mmg layak utk disatukan..Allah saja yg maha mengetahui…
Like or Dislike:
0
0
saya sendiri pun tak boleh nk jawab apa yg lelaki or specifically dlm knanyakn kes kt DCCK ni.. suami nk cari dalam hidup.
but beginning dgn kperluan asas -makan, minum. tdo, pakai etc sampai lah mcm2 keperluan lain dan selagi kita bernafas dan berpeluang mmg takkn ada noktah apa yg kita perlu lg dlm hidup.
mayb i should ask myself apa lagi yg saya perlukan lg dlm hidup.
bottomline:
mayb dh sampai masa with all these problem of poligami kita as women mula btanya pd diri kita in order to survive this world of men who wanted to have more than 1 women:
“it is not only a question of apa lg yg suami kita nk cari dlm hidup.. apa lg yg isteri mahukn dr suami..”
this indeed is a big question yg kita boleh interpret mcm2.. it can bring very negative impact to those yg mmg in suffering but at the same time it helps to understd why we are so angry n full of emotion bila hsbd kita hendak bkawin lagi..
Like or Dislike:
0
0
itu la aku menentang sangat2 poligami walaupun aku kawen laki org, sebb aku rasa memang mengarut jadi isteri yg datang kemudian ni..
camer nk ckp eik..masa nk kawen ngan aku.. laki aku tu bukan main fikir mcm2, hati isteri dia, hati parents dia, mulut org, pandangan org..dan aku plak buta kayu ingat nk kawen pasai allah, pasai ikhlas so aku terjun masuk dan sanggup jadi isteri tunggul/tinggal..ingat nk jaga family sebelah sana baik2 jgn pasai aku depa jadi berantakan..tp bila kita diam tak mintak hak atas dasar nk jaga somi lama2 somi akan rasa kita tak perlukan hak tu semua, silap-silap derang rasa kita takder hak lansung.. maka terjadilah adengan yg tak sepatut aku lihat..
so bila laki aku kawen m3, dia tak berfikir panjang, dia dah banyak lemak ngan aku, dia survive ngan pertolongan aku, dia rasa m3 tu mcm m2, sebb bagi dia aku tak wujud, dia tak penah luangkan masa ngan aku & anak2, duitpun berkira sangat, aku tak penah mintak hak aku, kalu mintak pun dia suh aku sabau2 kene paham mak pak dia, isteri dia, anak2 dia..
itula dia leh layan m1 & m3 seadilnya sedangkan aku ngan anak2 mcm melukut jer, datang sekadar melepas batuk ditangga..so bila pk pk baru aku sedau aku yg budus dari awai .. sepatutnya aku mcm BE kena clear semua stand2 dlm perkahwinan..aku buduss mcm tokeh ckp bila kita terlalu memikirkan org lain dari diri kita maka secara tak lansung kita menganiaya diri kita sendiri..hidup kena sellfish bukan melingkupkan org lain tp bab hak hak diri sendiri..
tp aku memang tak setuju kalu ada org mintak pandangan aku pasai kawen laki org ni.. aku dah rasa peritnya..mcm thorn ckp “Dunia poligami ibarat kota kristal…indah pada penglihatan tapi derita pada perasaan.”
Like or Dislike:
0
0
tapi yg membuatkan aku hairan.naper gadis2 skrg suka jg kat laki org..mgkn sebenarnya mrk blm jumpa yg solo yg caring..atau sbb laki org ni konon caring..(sorry ler ‘aku pasrah’, sy amik tempat di blog u sbb sy tgh binggung bangat) ..sy sebenarnya dah pernah bersetuju dgn hubby utk benarkan dia ngan gf bercintan cintun….hingga kami ber3 klua lunch bersama tiap2 ari (walau tekak aku Allah je yg taw mcm tersekat2) gi piknik ngan anak2..tahap gaban aku bila si gf ckp ngan aku dia akan tinggal hubby aku satu masa tp aku tgk cara dia layan hubby aku dah makin membuatkan hubby aku lg syok…tersgt bahagia kononnyer..(nnt ler bila aku senang..aku buat blog aku sendiri)..aku pun tak faham…sebenar nyer klu hak kita seorg kan lg best..so carik ler yg single..ni bapak org anak 3 + bini 1..itu pun kau sanggup nak kongsi..uhhhh
Like or Dislike:
0
0
just sharing:
masa isteri cousin hsbd bg tahu saya hsbd saya ada gf. at time zero saya dengar sahaja apa yg dberitahu by isteri cousin hsbd. at time zero juga saya terus called hsbd n said what i had to say n i was gone. tp gone yg bhemah – bg tau dia saya takkn balik umah until saya ready to face him.
all i had was myself n myself n myself. i was gone to pacify myself. no communication dgn sesiapa pun except myself n Allah. saya tak pergi kerja. saya tak jumpa org. saya tak bgerak except within the 4 walls yg saya confined myself. saya tak makan. saya minum for the sake of my health.
my fizikal need is not important at all. my mental, emotional n spiritual needs are the most top priorities.
bila hsbd dpt cari saya.. mmg saya lashed out with all my might.
walau pun the fact remained that it was not true at all yg dia ada gf n that was only fitnah by isteri cousin dia (was verified by isteri cousin dia)but the “taste” of another woman in our life? my experience – no words can explain.
but from that experience.. saya made 1 thing very clear kt hsbd.. should.. SHOULD dia dtemukan jodoh oleh Allah lg dgn perempuan lain.. saya minta dia jaga lah hati saya elok2.. because after all that i had gone through i need to survive as a human again..
Like or Dislike:
0
0
lara.. if i were u.. n being the legal righful wife.. n of course after communicating dgn hsbd.. i would “communicate” dgn that woman juga..
phew!
Like or Dislike:
0
0
by allowing the 3rd illegal person yg kita dh identify as the “intruder” into our private inner circle – hsbd n anak2.. kita juga contribute in accelerating whatever that might be moving at a slower pace.. kecuali mmg dh sahih nk jd isteri.. tu byk la pulak rules n regulation nk kena abide sbb belum jd isteri yg sah..
Like or Dislike:
0
0
sy ade rasa nak bawak diri..g dr idup dia n tinggal anak2 tp..bila bab tinggal anak2, sy kalah. Bukan salah anak2 utk sy tinggalkan mrk. Sy pun sama rasa nak menyendiri..bermunajat dgn Nya memohon petunjuk tapi blm ader kekuatan utk pergi meninggal anak2 tersyg…lemahnya diri ni jika terus tertekan begini…Dugaan Allah pada hambaNya yg lemah….
Like or Dislike:
0
0
Lelaki hanya manis2 berkata..
Bile dah dapat ape yang dia nak dia lupe segala2nye ape jua kenangan yg lepas..
Wahai kaum adam,
jgn la engkau suka mempermainkan perasaan kaum hawa yg begitu lemah nalurinya.
Ingatlah wahai si suami yg cube nak bermain kayu tiga, jikalau balasan allah bukan utk engkau. Balasan itu pulak akan diberi oleh keluarga engkau yakni anak2 engkau. kalau anda ada seorg anak perempuan & anak perempuan anda pulak yg akan alaminye sepertimana anda mempermainkan hati seorg wanita..
Fikir2kan lah!!!
Like or Dislike:
0
0
saya amat memahami kenapa akupasrah nak luahkan perasaan rasa tak puashati kpd pengomen2 tak bertauliah kat blog nih..mmg saya pun da cuak dan maleh nak join kaki tulih tah ape yg tak menolong langsung dan kadang terkureng ajar pong bunyi nye…tu sbb slow down activity kat c ni.. rasa tak puashati kalau nak main2 dan tak serius tulis tempat lain.bukan tak sporting tapi biar yg berfaedah.usik mengusik yg tak menyakitkan hati..mama selalu hentam paradise..papachop..kucing api kaw..kaw..tapi tetap rindu dan sayang bila tak bergurau dan jika hilang dari blog ni agak lama…sori jika ada yg tak berkenan sbb kami pun tak berkenan kalau tak ada fokus…buat akupasrah jangan jemu meluahkan perasaan di sini kami mahu mendengar dan memberi bantuan semana boleh, malah akan menjadi panduan.ini bukan zaman dah terantuk baru tengadah…sume mesti advance dan futureristic…
Like or Dislike:
0
0
elo mamagrill cer ko cek balik akupasrah ckp haper? ko yg tak pueh ati ngan kitorang bukan aku pasrah..
Like or Dislike:
0
0
memang… tengok ler cara kau kurenggg betui…adios
Like or Dislike:
0
0
salam
mmg byk risiko kalau kita ‘exposed’ kan diri kita dgn dunia cyber, walau ada nick tapi latarbelakang seseorg tu sbnrnya based on firasat kita sahaja,sedangkan rakan sekerja/ adikberadik pun salah tafsir, inikan pula cyberworld.. so beware…mmg itu risiko yg pengguna sekelian kena faham
apapun, siapa2 pun tiada tauliah di sini, kat sini semua pon ada pandangan dan experience tersendiri..pandai2 kita nak handle mcmana…tauliah kalu, pergi psychiatrist/ kaunselor/professional etc, nothing is free in this world
to mamagrill, not only u, saya pun ada perasaan cenggitu, that’s why, sbg pembaca, kita pun berisiko insulted or offended, so make it clear, be it kita yg bermasalah, pembaca, or pemberi komen, semuapun bergantung kpd penerimaan masing2 terhadap cyber world, terima dgn hati terbuka kay. cheers
Like or Dislike:
0
0
ala mama, jgn la majuk, kite mintak maap zahir batin tawww.. kite jd mcmni pasai tak cukup zat besi..kalu mama tak suke takper aaa..mama skip la yg kite tulih..tulung la mama, tulung la pahang..kite tension tawww..kat sini jer kite leh gelak2 hepi2 kat luar kite salu nangis sebb kite keje hiris bawang murtabak..
Like or Dislike:
0
0
aku ulang dari thread nisha. Kalau tak suka komen mengarut, tuan blog boleh delete. kalau tak suka komen, boleh letak comment off. kalau taksuka kameleon, boleh cerita kat thread saja.
kalau nak kongsi cerita 2 org saja, boleh guna PM.
Di sini tak boleh control sebab ini public blog.
Like or Dislike:
0
0
haikk..susah2 PM…login,etc , email terus aa.. hahahah
Like or Dislike:
0
0
betul tu sha, sy skrg selalu ingatkan hb..klu nnt Allah balas kat anak2 kiter mcmana..sy ckp klu sesuatu jd kat anak pompuan sy, sy tak akan maafkan dia selamanya…
Like or Dislike:
0
0
btoi tu..hanya yang mengalamunya saja yg tau betapa peritnya hati bila dipermainkan..
sampai skrang na masih xcukup kuat untuk terima diri dimadukan tambah2 lagi na masih muda..
rasa macam nak dok jauh2 jer dari hb..
Like or Dislike:
0
0
kalau pun ada yang tak suka lawak2 ala senario…. jangan lah pulak sampai gunakan bahasa standard gila babas. guna lah ayat yang simple… memudahkan oang nak paham. nih dengan vocab yang canggih….shotpom ala sms…. high standard english….. itu yang ada pihak tak puas ati tuh….trus tebuat lawak.
busan lah beb. komen ala2 kadar tapi kerap tak per la jugak…ini dah le kerap…. panjang pun dah macam buku sekerap. dapat ujung pangkal lesap…bak kata oang tua2.
jangan mare naa…. secara jujur…aku suka gak baca komen dalam blog…. tapi rugi gak terpaksa skip pendapat dan cadangan yang penulisan nyer ala2 jurnal ilmiah gituh. seriously…. muak aaa…..macam baca majalah.
mahap skali lagik yer….
Like or Dislike:
0
0
pdpt saya:
kt sini saya boleh belajar sabar n toleransi.
yg saya nk fokus saya baca dgn tekun.
yg selingan saya terima as meringankn akal fikiran dr bkerja terus-terusn.
yg pasti beri peluang kt kita utk terima seadanya.
dlm kita terima seadanya secara kita tak sedari kita dah bagi peluang utk org itu terima pula diri dia seadanya..
dlm kita dh beri peluang utk org itu terima diri dia seadanya.. kita ambil peluang utk dia terima pula diri kita seadanya..
isy.. terbelit-belit la pulak..
mula2 elok kita terima dulu the person as he/she is..
then baru kita work out to improve the person accordingly..
mana mungkin saya suka makan bihun.. disuruh.. dipaksa makan mi.. tp kot saya dpujuk2.. dkempen2 mi tu sedap dh tentu saya pun ingin mcuba..
silap2 haribulan tak moh dah saya makan bihun..
he he he..
Like or Dislike:
0
0
yg part nulis tu tak dpt den tolong wankembang..
den tulis ikut selesa den.. kot den nk tulis “bahasa standard gila babas” – den tulis jo.
kot den nk “guna ayat yang simple” – den guna.
kot den nk “guna vocab yang canggih.. shotpom ala sms.. high standard english..” eden totap tulis.
kot den nk komen “ala2 kadar”.. “panjang macam buku sekerap”.. “ala2 jurnal ilmiah” ikut mood dan suko den.. komen tetap den komen..
kot tidak.. den baco jo.. tak kuasa den baco.. den diam jo..
Like or Dislike:
0
0
back to the topic yer..
meh sini aku nk citer pengalaman aku tegok lelaki curang… mamat tu bawak bini & family p memana pun, si tukang sponsor amik 2 bilik utk mamat tu, so mamat tu tinggal la anak bini kat bilik dgn alasan nk menyembang ngan kengkawan pastu p bilik lagi satu dimana ikan dah sedia menunggu..
tengok!! aku da ckp org laki ni banyak idea tau.. kalu specis memusing memang letak tang mana pun kaki pusing..hohoho
Like or Dislike:
0
0
agree..
kalaw da sampai seru, buatla cam ne pon…
ermphhh..
sape ada power stering jerk bleh pusing spesis derang neh…
Like or Dislike:
0
0
mahap yer sedara…abang kakak adek manisss…. saya salah…mohon ampun ya….
saya jadik smart reader pas nih… luv ya ! mmmmuashhhhh
Like or Dislike:
0
0
alaaa tak apa tok jaga kandang…laki aku pun spesis bebulu sana sinih gak…
aku belus sebab aku puaser…. mawas tak poser…. asik tengok oang gaduh jer.
Like or Dislike:
0
0
Wah, akhirnya dapat aku mendelete lawak bodoh ala2 senario…lega rasanya..meh lah mamagrill, wankembang, kita bicara cara yg betul…lawak pun lawak jugak, tapi jgn sampai lawak bodoh le..itu aku tak boleh tahan..
Like or Dislike:
0
0
rupanya ada org prihatin dgn masalh mien.. mien juga ucap byk2 timak aih pada semua yg bagi semangat n nasihat.. dan hanya Allah yg tahu apa yg ada dlam diri mien..
bak kata akupasrah..mmg mien masih belum dapat terima apa yg terjadi.. tpi sejak ramadhn ni mien dh sedikit tenang.. ini juga gara2 perang besar dulu n sikap tidak bersuara mien membuatkan kami tidak berbicara lagi.. dari segi pergaulan dan hubungan mmg mien rugi..byk rugi… tapi mmg betul kata org inilah masa utk kita kembali dan sujud pada Allah.. haya DIA yg mampu memberi ketenangan.. solat istiqarah..mien masih belum ketemu jawapan.. solat hajat.. mcmm hajat mien.. sampai minta Allah pisahkan kami jika jodoh kami tidak baik.. bila fikiran tak tenang ..mcm2 yg mien akan ckp.. tpi alhamdulillah..bila mien diam..mien seumpama berfikir berpuluh2 kali sebelum berbicara dgn hb.., nk tanya juadah apa nk beli harini pun mien pk dulu sblum jawab..n biasanya mien suka jwb awak belilah pada sja yg awak mkn..saya x kisah.
entah bila lah lelaki spt ini akan sedar ?? jika betul dia mahu kawin lagi..dimana keadilannya pd mien skrg..
Like or Dislike:
0
0
mien.. saya respons bila toxic emotion saya habis ye..
Like or Dislike:
0
0
aiyo!
Like or Dislike:
0
0
Puan mien, petang tadi tergerak hati nak baca forum puan Mein, kisah kite hampir sama, bezanya, saya langsung x diberi pilihan tapi terus diberi hukuman. hanya infom dia dah kawen, bagai batu menghempap atas kepala, sebelum saya diinfom tentang perkara tu, layanannya pada tetap sama, cuma kerap keluar malam, kekadang x balik, saya langsung x dapat detect sebab berbagai alasan diberikan.
At last hb infom dia dah kawen, saya menangis, siap histeria lagi . Dia pujuk saya, akhirnya saya terkulai dengan pujukannya. Saya terus mempertahankan rumahtangga saya, saya telan segala kepahitan, kesedihan, marah, sakit hati.
Akhirnya saya katakan pada diri saya, kebahagian terdapat di dalam diri kita, kita yang membentuk kebahagian kita sendiri.
after 3 years, apa yang saya tahu, mereka ada problem sendiri, sekarang hb bersama saya n anak2, everyday kami sekeluarga, lebih memberi perhatian pada kami anak beranak. Alhamdulillah, ku pohon pada Allah agar peristiwa dulu tidak berulang lagi.
Like or Dislike:
0
0
akupasrah , pada awal konflik ni memang kita rasa amat tertekan, kita akan sentiasa kenapa dia buat begitu, lupakah dia pada kita n anak2. Adakah kita sudah bernilai pada dia sehingga dia sanggup menjalin hubungan baru. kita rasa dia tak sepatutnya berbuat demikian, ITU KITA KATA N RASA… tapi
pada lelaki yang sewaktu dengannya, merasakan , AKU PERLU PERTAHANKAN CINTA BARU KU INI, KALAU TIDAK MELEPAS, sebabnya ada kawan dicelah-celah yang bagi api, tutup pemikirannya terhadap tanggungjawab yang tersedia. Insyaallah sesuatu yang dilakukan atas dasar mengikut nafsu, tidak akan ke mana-mana, akhirnya dia juga akan merana.
Aku pasrah n mien, tabahkan hati, anda tidak berseorangan, ramai lagi yang punya yang sama cuma jalan ceritanya yang berbeza. Kita pelakon di pentas dunia, Pengarahnya ALLAH
Like or Dislike:
0
0
Ya Allah lindungilah saudara2 ku yg diundang dugaanmu..sesungguhnya airmata ini sentiasa mengalir bila membaca keluh kesah adik2 yg tiada pembelaan yg sewajarnye….maaf jua ku pinta jika terlalu berterus terang meluahkan rasa marah sehingga menyinggung adik2…pokoknye blog ini adalah jalan termudah dan murah bagi mereka meluahkan tanpa ada sempadan dan lebih selamat kerana tiada yg kenal…sesungguhnye adik2 mmg masih jauh perjalanan adik2 dlm alam r.tangga berbanding kami yg da veteran yg tentu mudah mengatakan kacang je tu..I’ve done that,felt that,gone thru that,enjoying that sbbnye kami dah melakukan kesilapan dan telah berjaya melepasinya…jadi berbekal pengalaman yg tak seberapa kami bantu apa yg patut…sori kalau da muak..mohon maaf..dengan segala hormatnye jari disusun mohon mengundurkan diri..panjang umur jumpa lagi..:(
Like or Dislike:
0
0
ups! sorry byk typing error,
correction…
akupasrah , pada awal konflik ni memang kita rasa amat tertekan, kita akan sentiasa tertanya2 kenapa dia buat begitu, lupakah dia pada kita n anak2. Adakah kita sudah tidak bernilai pada dia sehingga dia sanggup menjalin hubungan baru. kita rasa dia tak sepatutnya berbuat demikian, ITU KITA KATA N RASA… tapi
Aku pasrah n mien, tabahkan hati, anda tidak berseorangan, ramai lagi yang punya problem yang sama cuma jalan ceritanya yang berbeza. Kita pelakon di pentas dunia, Pengarahnya ALLAH
Like or Dislike:
0
0
Salam semua,
saya juga kalaua tak kerana anak2 dah lama saya angkat kaki, tapi bila tengok muka anak2 niat tu terbatal..
walaupun kadang2 ada lah juga rasa bahagia.
Like or Dislike:
0
0
Kawan2 saya nak tanya apa maksud nama ummu?
Saya ingin nak tahu.
Like or Dislike:
0
0
kepala aku pun dah kene hempap ngan batu sahur tadik. mujur lah ada dcck …..
Like or Dislike:
0
0
Aik cikwankembang preogol bersiri dah kena hamput ngan batu ke??
Like or Dislike:
0
0
hehe… perogol besiri pung maknusia nyahh…. sesekali mangsa rogol memberontak gak… arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh padan muka aku.
tudia…cik wan dah azan.
Like or Dislike:
0
0
Cik Wan batu besor ke kecik????????
Like or Dislike:
0
0
Cik Wan,
Ko kena hempap ngan batu ? Naper ? Story mory la…aku nih dah 3 ari cold war ngan laki aku…menyampeh…nanti la, aku nak bukak blog jugak, tapi aku lom sampai level meroyan la, so tak syok sgt nak ber go-blog nih…hikhikhik…tunggguuuuuuuuu
Like or Dislike:
0
0
batu belah batu betangkop empap pala atas aku. adoi lahai…. silap2 esok aku pun dok betenggek kat sinih mengadu nasib…huwaaaaa.
hehehe…. susah mau ciakap lorrr….benda belom clear…. nanti kalu clear aku bukak blog sebelah blog si diamond heart ekkkk. senang sket nak sembang2…tak yah g jejauh.
Like or Dislike:
0
0
la.. den pun baru nk buka blog.. udah siap pun naip kt word document tu.. tunggu nk copy paste je..
haiya! great mind always think alike ma..
Like or Dislike:
0
0
mamagrill.. tq.. bdoa utk kesejahteraan kita2 semua.. may Allah Almighty granted our doa..
mamagrill.. undur diri.. as taking a break kan? harap kita dapat jumpa lg mamagrill.. do come back ok..
Like or Dislike:
0
0
huish bahaya ni.. rasanya mcm hb wankembang mau tambah lagi ni.. firasat la.. biasanya benda lain kaum perempuan tak kisah sgt, jgn asalkan tambah bini jer terus melompat…
Like or Dislike:
0
0
hahahhaha fire cat! cam haweq je firasat. aku terjumpa gambau pompuan kat lam bilik persalinan laki aku la. alaaa gambau pompuan yang kat bra mek2 siam jual tuh. apa kejadah simpan gambau pompuan gituh. itu yang aku tak puas ati tuh. nanti dia balik keje kang aku siang dia idup2.
Like or Dislike:
0
0