kisah ni berlaku beberapa bulan yg lalu.. tp inilah yg terjadi di celah2 kehidupan…
Suami kuat nafsu dijel 10 tahun
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
KUANTAN: “Apa salah seorang isteri dalam kehidupan suaminya apabila dia diheret, ditampar dan dicekik ketika melakukan persetubuhan hanya untuk melayan nafsu beberapa minit.
“Bukankah perhubungan itu sepatutnya dilayari dengan baik dan mendatangkan kepuasan kepada suami isteri,” kata Hakim Hassan Abdul Ghani di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Hassan berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap seorang mekanik, Khairulhisam Abdul Khalid, 34, yang didapati bersalah terhadap tuduhan merogol dan meliwat isterinya yang berusia 32 tahun pada 19 April lalu.
Hakim juga berkata, isteri wajar dibelai dengan kasih sayang, bukan untuk dicederakan, justeru pasangan hidup lelaki itu berhak dilindungi daripada kekerasan suaminya.
“Keadaan saksi (mangsa) yang sebak ketika memberi keterangan dalam perbicaraan sudah cukup menggambarkan keperitan hidup dilaluinya bertahun-tahun sejak bersuamikan tertuduh.
“Namun, saksi terpaksa mendiamkan diri untuk mempertahankan rumah tangga dibina serta zuriat perempuan yang kini berusia lapan tahun,” katanya.
Hassan berkata, mahkamah memuji sikap isteri tertuduh yang sanggup mendedahkan keaibannya selepas tidak lagi mampu bertahan dengan perlakuan ganas suami sendiri.
“Walaupun pendedahan saksi ibarat membuka pekung di dada, perbuatannya akan jadi sumber inspirasi kepada wanita lain yang menghadapi masalah sama.
“Mahkamah tidak nampak mengapa tertuduh sewenang-wenangnya berbuat begitu terhadap isteri sendiri dan mengapa dia mengulangi perbuatannya walaupun sudah berjanji tidak berbuat demikian.
“Jika tertuduh berani melakukan perbuatan itu berulang-ulang, maka dia juga mesti berani menerima hukuman dikenakan,” tegasnya.
Khairulhisam menghadapi dua pertuduhan iaitu melakukan serangan seksual terhadap isterinya yang bekerja sebagai setiausaha sehingga menyebabkan kecederaan pada jam 3.15 petang, 19 April lalu.
Tertuduh juga didakwa dengan sengaja melakukan hubungan seks dan aktiviti seksual tidak diingini pasangannya apabila meliwat isteri lima minit selepas melakukan kesalahan pertama.
Bagi pertuduhan pertama, Khairulhisam dihukum penjara maksimum lima tahun mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan, manakala bagi pertuduhan kedua, dia dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan mengikut Seksyen 377C kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Hassan menetapkan hukuman bagi setiap pertuduhan kes itu yang pertama dibicarakan di negara ini membabitkan seksyen berkenaan sejak Kanun Keseksaan dipinda dua tahun lalu, berjalan serentak mulai semalam.
Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, manakala tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Syed Abu Bakar.
Mengikut fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa mengeluarkan baju dari mesin basuh di rumah mereka apabila tiba-tiba ditarik keluar suaminya yang kemudian mengheretnya ke bilik tidur untuk melakukan hubungan seks.
Mangsa enggan melakukan persetubuhan dan meminta suami melepaskannya tetapi permintaan itu tidak diendahkan, sebaliknya dia dicekik dan ditampar serta diugut supaya menurut perintah.
Tertuduh kemudian menyetubuhi isterinya secara paksa walaupun mangsa merayu supaya dilepaskan.
Sambil tangan kirinya mencekik leher mangsa, tertuduh kemudian secara paksa melakukan seks luar tabiie terhadap isterinya tanpa mempedulikan jeritan dan tangisan wanita itu.
Popularity: 5% [?]

Processing your request, Please wait....

akal letak kat lutut
Hmmmm…begitula jadinye bila diri d kuasai nafsu serakah…
earlier…
25-4-2009 11:00
KUANTAN: Seorang mekanik yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan melakukan seks ganas ke atas isterinya, terpaksa meringkuk dalam penjara apabila tidak dibenarkan ikat jamin kerana dikhuatiri akan mengulang perbuatannya itu.
Hakim Hassan Ghani membuat keputusan itu berikutan tertuduh, Khairulhisam Abdul Khalid, 34, tinggal serumah dengan mangsa selain pasangan terbabit mempunyai seorang anak perempuan berusia lapan tahun.
[color=Red]Tertuduh yang memakai jeans biru dan baju-T putih didakwa melakukan seks ganas iaitu memukul, menampar dan menyepak seluruh anggota badan serta meliwat isterinya ketika melakukan persetubuhan.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang membasuh pakaian dalam bilik air apabila tiba-tiba dia ditarik keluar suaminya yang mengheret dia ke bilik tidur untuk melakukan hubungan seks.
Mangsa yang tidak tahan selepas cedera teruk akibat dipukul, ditampar dan disepak suami yang menyebabkan seluruh badannya bengkak, lebam dan calar kemudian mengadu kepada keluarganya.
Keluarganya menasihatkan mangsa membuat laporan polis kerana kejadian itu dikatakan bukan kali pertama berlaku dalam tempoh sembilan tahun perkahwinan mereka.
Mengikut pertuduhan pertama, Khairulhisam didakwa melakukan serangan seksual terhadap isterinya berusia 33 tahun hingga menyebabkan kecederaan di rumah mereka di Taman Kampung Padang Jaya di sini, jam 3.15 petang, 19 April lalu.
Dia yang kelihatan gelisah berdiri dalam kandang tertuduh didakwa mengikut 375 A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan hubungan seks dan aktiviti seksual tidak diingini pasangan apabila meliwat isterinya lima minit selepas melakukan kesalahan pertama.
Tuduhan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.
Disebabkan tertuduh sengaja mendatangkan kecederaan ketika melakukan persetubuhan dengan isterinya, selain melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kehendak wanita itu, Timbalan Pendakwaraya, Law Chin How membantah ikat jamin kerana bimbang keselamatan mangsa.
Khairulhisam cuba membuat rayuan membenarkan diikat jamin dengan memberi alasan dia tidak dapat menahan gelora nafsu ketika kesalahan dilakukan selain mendakwa wanita itu isterinya sendiri.
Bagaimanapun, Hassan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin hingga kes dibicarakan pada 3 Ogos ini kerana dikhuatiri dia akan mengulang perbuatan itu terhadap isterinya itu.
itula org pompuan masih sygkan suami walu apa pun suami lakukan, tetapi suami mmg melampau dan hukuman itu sewajarnya dan layak diterima oleh suaminya, x guna ader suami untk disakiti
Salam,
Cuba berubat cara perubatan Islam. Takut2 dia belajar ilmu salah atau ada benda lain yg membuatkan nafsunya luar dari biasa.
Sekadar pandangan
ada betulnya pendapat azhar..sbb ilmu salah memang boleh mempengaruhi perwatakan dan tingkahlaku seseorang..tapi kalau nak berubat mesti la dengan kemahuan yang empunya diri..kalau saya di tempat si isteri, tak ingin saya nak ambik risiko lagi..cukup cukup la tu….