Dah 14 tahun aku menjalankan kehidupan berumahtangga. Dikurniakan 3 cahaya mata, lelaki 13 tahun, perempuan 11 tahun dan lelaki 5 tahun. Keperluan mereka tak pernah aku abaikan. Segala pengorbanan yang telah aku lakukan dari segi wang ringgit dan harta benda tidak cukup untuk isteriku barangkali.
Sudah setahun aku dipinggirkan dan berpisah katil. Sebagai seorang suami yang tidak ada arak, judi, gro, karaoke dan berbagai maksiat dibumi ini dalam kamus hidup aku….. menjadi bingung.
Tanggal 25 Dec, 2008…hari natal dia suarakan hasrat untuk ke pejabat agama minta cerai. Aku berang …. tapi tak pernah aku letakkan tangan ku secara kasar disetiap inci tubuhnya … amanat yang aku pegang sampai saat ini dari aruah bapa mertuaku…. Bila keadaan menjadi tenang aku tanya kenapa jadi sampai begini. Jawapan yang aku dapat sungguh mengecewakan … dia tidak tahan dengan sikapku yang panas baran …. Aku terdiam … mungkin sepanjang tahun 2006 dan 2007 dimana aku bersetuju untuk “refinance rumah untuk dia berniaga saloon kecantikan …. (perniagaan tak menjadi) …. membiayai sejumlah wang yang besar untuk perniagaan franchise makanan .. (juga tak menjadi) … bengkel kereta yang aku usahakan sendiri hangus dijilat api… kembalinya kerahmatullah bapa mertuaku (orang yang menghormati aku) dan juga bapaku sendiri yang hanya berselang tiga bulan.Aku melutut dan menangis…aku letakkan maruahku sebagai seorang lelaki jauh kebawah memujuknya demi anak-anak. Hasratnya untuk kepejabat agama tidak diteruskan… tetapi masih berpisah katil…. aku terus bersabar.
Pada mulanya dia enggan dan aku minta penjelasan kenapa sampai boleh jadi begini. Alasan yang diberi amat tidak manasabah… alasannya dia (isteri) hanya membawa sial kepada saya kerana apa saja yang saya lakukan tidak menjadi dan sepanjang tahun 2006 dan 2007 saya menjadi panas baran dan selalu memarahi dia. Kalau hidup asyik dimarahi lebih baik hidup sendiri tanpa suami.
Aku hairan…. bukankah dia tahu apa yang aku lalui. Aku terus merayu dan dia terus diam. Saya buntu. Persoalannya besar sangatkah salah aku….aku tak pernah melakukan maksiat, GRO atau karaoke tiada dalam kamus hidup aku begitu juga arak dan judi. Hasratnya untuk kepejabat agama tidak diteruskan… tetapi masih berpisah katil…. aku terus bersabar.
Perniagaan aku tak menjadi, perniagaan dia pun tak menjadi …. siapa yang tak punya sikap panas baran bila ditimpa musibah seperti aku. Aku bukan nak mengungkit tapi cuma ingin berkongsi pengalaman. Dulu aku seorang pegawai di salah sebuah syarikat TV swasta…. berhenti secara sukarela untuk berniaga setelah berbincang dengan kedua pihak keluarga…. Aku nasihatkan kepada isteriku (pegawai bank waktu itu) agar tidak berhenti kerana salah seorang perlu mempunyai fixed income. Dia setuju tetapi atas desakan kawan sepejabat dia berhenti juga tanpa memperdulikan nasihat dari aku serta orang tuanya. Ceburi diri dalam dua perniagaan dan kedua-duanya musnah dengan modal pusingan yang aku beri… aku masih bersabar walaupun kadangkalanya aku baran…. tetapi anak-anak tak pernah aku pukul… apatah lagi isteri….
Sudah hampir setahun berpisah katil dan bersabar …. aku suarakan hasrat untuk ke pejabat agama… aku minta surat nikah serta sijil kelahiran anak-anak yang sudah sekian lama dibawanya kepejabat…. oh ya sudah setahun setengah dia bekerja disebuah firma melalui pertolongan sahabat karibku. Setiap kali aku minta dokumen tersebut dia memberi alasan… dan setiap kali ajak berbincang tiada penyelesaian. Sebenarnya aku masih mencuba untuk memujuk demi anak-anak hinggalah aku rasa kesabaranku sudah tiada. Hati aku hancur punah setiap kali dia menutup pintu bilik dibelakangnya lalu menolak kunci tombol pintu. Setiap dentuman pintu itu membuat hatiku berkecai dan kini sudah punah… kebahagiaan anak-anak menjadi perkara kedua, aku juga punya maruah.
Aku tidak nampak jalan penyelesaian. Namun aku masih mencuba… aku kosongkan simpanan bank yang terakhir untuk membantu dia menyelesaikan masalah pembantu rumah kami yang permitnya tidak dihidupkan setahun. Segala denda dan permit baru serta renew passport atas bantuan aku… namun dia masih tak berubah… aku dah bosan…. kalau daun keladi dicurah air setiap hari pun pasti akan melekat air… tetapi tidak isteri aku….
Jalan terakhir, aku hantar dia kekampung menemui ibunya… bertujuan supaya ibunya menasihati… harapan aku hancur berkecai bila ibunya tak mahu campur dalam urusan rumah tangga aku… begitu juga adik-beradik iparku…. Allah sahaja yang tahu… Aku sedar sekarang…. aku tak diperlukan lagi bila aku dah tinggal sehelai sepinggang…. alhamdulillah… Lebih menyedihkan lagi apabila dia mengungkit segala keburukan aku selama 14 tahun perkahwinan… dari perkara sekecil-kecil hama… tiada langsung kebaikan aku pada dia…. Pembelaan yang aku harapkan hanya sia-sia….
Aku pun terus memohon maaf kepada mertuaku dan mohon dihalalkan makan dan minum… lalu menjelaskan bahawa aku tak pernah memaksa dia berhenti kerja dahulu walaupun anggapan adik beradiknya aku yang memaksa dia berhenti dan jika tiada perubahan bila dia balik kerumah nanti… anggaplah aku telah menyerahkan anaknya kembali secara baik….Saat itu maruahku betul-betul tercabar dan maruah yang tinggal sedikit ini akan kupertahankan walaupun aku sekarang tinggal sehelai sepinggang.
Setelah seminggu dia kembali kerumah….. masih tiada perubahan….. Aku redha……… aku pohon kepada Allah supaya memberikan ku kesabaran serta ketabahan. Biarlah baki sisa hidup ini aku berbakti untuk ibuku yang sudah uzur yang aku selalu belakangi hanya untuk menjaga hati seorang isteri… walaupun pengorbananku hanya sia-sia…. Aku berdoa agar disuatu masa nanti ada seorang insan yang akan merobek dan menghancurkan hatinya sepertimana hati aku dihancurkan. Aku mohon agar Allah memelihara anak-anakku agar menjadi insan kamil, kerana aku hanya mampu memantau dari jauh….
Mungkin ini sudah menjadi suratan hidup aku yang telah ditulis semenjak azali lagi….
Popularity: 10% [?]

Processing your request, Please wait....

tapi keluar dari rumah pun rasanya tak bagus.. lama2 nanti hubungan makin hambar..
mcm mana nak “goda” bini kalau tak selalu rapat2 hehehe.. tp kalau ada gf lain, hmm itu susah la..
***silap.. isteri ada bf lain***
lagi satu bro, perempuan ni kekadang berkata ikut emosi tapi sebenarnya mereka tak maksudkannya.. kata2 semua bercerai tapi sebenarnya tak mau..
cuba try selalu peluk dia dan tngk reaksi mcm mana? saya rasa lama2 lembut la hati dia tu.. menjauhkan diri masa ini bukan taktik yg bagus.. tapi kalau dah try rapat2 beberapa kali pun dia tolak2, makin marah saya rasa itu memang kebencian yg asli la.. accept the defeat jer lah….
Thanks kucing api…..
It is not easy to do “Unconditional love” and that is what I am doing right now…mencintai walaupun diri tak dicintai…. Tak apalah, actually bila kita mencintai seseorang itu kita perlulah bersedia untuk terus bersama dia dalam apa jua keadaan dan juga kehilangan dia dalam apa jua keadaan….itulah dinamakan pengorbanan….mungkin isteri practice the same method but I don’t think she is practising the “Unconditional Love” towards me.
Tak apalah …macam saya kata dulu saya redha… dah bermacam cara saya gunakan tapi masih sama dan “Unconditional Love” is much more effective bila duduk berjauhan….itu pendapat saya…. as times goes by life has to go on…what goes around come around…kehidupan menjadikan kita lebih matang…. isteri dan ibu adalah dari kaum hawa dan saya rasa semua maklum yang mana lebih perlu diutamakan…don’t make a mistake that I have done….iaitu melebihkan sedikit sahaja isteri dari ibu…inilah padahnya…allahualam…
dulu ada satu kisah sahabat nabi yg soleh, nak mati punya payah.. sahabat2 semua hairan kenapa.. last2 Nabi trace sbb mak dia marah kat anak dia ni.. lupa mcm mana kejadian tu .. tapi bab mak dia rasa anak ni lebihkan isteri dia dari mak sendiri..
Nabi jemput, minta tolong mak dia maafkan anak dia tapi mak dia enggan.. lepas tu Nabi buat keputusan bakar jer anak dia yg tgh nazak ni hidup2..
bila mak dia dengar jer terus berlari dan maafkan.. kasih ibu, ibu mana yg sanggup biarkan anak dia dibakar hidup2 kan? terus jer mudah lepas tu mati..
iktibar juga utk diri sendiri.. nauzubillah..
itu sbb Islam ni adil.. anak lelaki taat kepada ibu3x ,bapa.. isteri taat pada suami.. kita pusing2 pun adil kan utk gender memasing.. oh tak boleh lupa.. ketaatan kepada makhluk terhad selagi yg bertentangan dgn ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya yg mutlak (payah ni nak buat, erkk).. semoga Allah permudahkan apa2 yg susah insha Allah.. amin..
good luck.. semoga Allah mempermudahkan apa2 yg payah insha ALlah.. insha Allah selepas kepayahan, pasti ada kelapangan..
selepas derita, pasti ada bahagia.. baik sangka dgn Tuhan kita takkan sia2 insha Allah..
Mmg perjalan hidup kite sukar utk d ramal..kdg2 kite mnghrpkan agar ianye mnjd seperti yg kite hrpkan tp qada’ & qadar Allah menetukan sebaliknye..mngkin ni ujian dr Allah terhdp saudare..hrp2 saudara sabar mnghadapinye & mgkin juga semua yg terjd ni biasan dr sikap saudara yg mengabaikan kebajikan kpd ibu saudara..sentiasalah bermuhasabahkan diri & memohon kpdNya…
Thanks RN.
Mungkin saya tidak akan memberi apa-apa komen lagi kerana hari ini saya telah ke mahkamah syariah hari ini utk. mengambil saman fail (penceraian) yang telah isteri saya failkan. Kalau ini kesudahannya saya redha… dan saya tak akan tuntut pembelaan… kerana tak perlu lagi… saya dah berusaha dan bersabar…namun jodoh saya tak lama dan keadaan diri yang tak sempurna dari segi ekonomi juga membuatkan saya tak ada ruang untuk menuntut pembelaan…. bila difikirkan balik apakah dengan membuat pembelaan,…kami akan jadi seperti sedia kala… saya rasa tidak kerana hati masing-masing dah terguris…tak apalah… saya dah belajar untuk melalui dan menerima semua ini.
Kepada sesiapa yang pernah memberi komen diruangan ini saya ucapkan terima kasih…percayalah jujur saya katakan bahawa DCKK sedikit sebanyak membantu saya untuk melalui semua ini…Hanya keredhaan dan keampunan dari ALLAH yang saya pohon agar diri saya, anak2 dan juga isteri sentiasa dibawah lindungan serta rahmatnya…mohon ALLAH limpah ruahkan rezeki kepada saya untuk saya mencurahkan bakti terhadap ibu saya
yang telahpun dimamah usia….Insyaallah
Sebelum mengundurkan diri Terima Kasih sekali lagi….Assalamualaikum
luqhakimi
I read your post and it is really helpfull to me.teruskan bersabar dan berusahalah utk memperbaiki ekonomi. Tiada yg kekal selamanya termasuk kesusahan. Jaga hubungan dgn Allah dan muhasabah mana2 yg tersilap. Jgn kecilkan hati ibu, sebab memamg takkan bahagia hidup.I want’s to know more about others
Buat lughakimi, saya erasa simpati bila membaca cerita u..dan merasa sedih bila dapat tahu kesudahannya adalah seperti ini.Saya merupakan seorang isteri tapi saya dapat merasakan apa yang lughakimi hadapi kerana saya juga pernah mengahadapi apa yg u hadapi..cuma bezanya saya msih bersama dgn suami lagi….apa pun saya harap selepas ini lughakimi tabah untuk mengahadapi segala rintangan dan cuba balik bina hidup sebaik yang mungkin..dan yang paling utama jgan sesekali melupakan anak2 kerana yang terputus adlah antara u dan isteri tapi perhubungan antara anak dan bapa hingga ke akhir hayat….semoga lughakimi tabah ya….
xpe la abg luhakimi hidup ne xselalaunye indah…yg xindah 2 la kehidupan..mulakn hidup baru dan lembaran baru dalam kamus hidup..ingt kite hidup ne blandaskan hukum karma..yg jahat dbalas jahat yg baik dbals baik….k jgn lupa ingt tuhan dan yg penting bbakti la pada ibu bapa kite jgn abaikan dorg k….