11 JunKalau begini suratannya …. aku redha …..


Dah 14 tahun aku menjalankan kehidupan berumahtangga. Dikurniakan 3 cahaya mata, lelaki 13 tahun, perempuan 11 tahun dan lelaki 5 tahun. Keperluan mereka tak pernah aku abaikan. Segala pengorbanan yang telah aku lakukan dari segi wang ringgit dan harta benda tidak cukup untuk isteriku barangkali.

Sudah setahun aku dipinggirkan dan berpisah katil. Sebagai seorang suami yang tidak ada arak, judi, gro, karaoke dan berbagai maksiat dibumi ini dalam kamus hidup aku….. menjadi bingung.

Tanggal 25 Dec, 2008…hari natal dia suarakan hasrat untuk ke pejabat agama minta cerai. Aku berang …. tapi tak pernah aku letakkan tangan ku secara kasar disetiap inci tubuhnya … amanat yang aku pegang sampai saat ini dari aruah bapa mertuaku…. Bila keadaan menjadi tenang aku tanya kenapa jadi sampai begini. Jawapan yang aku dapat sungguh mengecewakan … dia tidak tahan dengan sikapku yang panas baran …. Aku terdiam … mungkin sepanjang tahun 2006 dan 2007 dimana aku bersetuju untuk “refinance rumah untuk dia berniaga saloon kecantikan …. (perniagaan tak menjadi) …. membiayai sejumlah wang yang besar untuk perniagaan franchise makanan .. (juga tak menjadi) … bengkel kereta yang aku usahakan sendiri hangus dijilat api… kembalinya kerahmatullah bapa mertuaku (orang yang menghormati aku) dan juga bapaku sendiri yang hanya berselang tiga bulan.Aku melutut dan menangis…aku letakkan maruahku sebagai seorang lelaki jauh kebawah memujuknya demi anak-anak. Hasratnya untuk kepejabat agama tidak diteruskan… tetapi masih berpisah katil…. aku terus bersabar.

Pada mulanya dia enggan dan aku minta penjelasan kenapa sampai boleh jadi begini. Alasan yang diberi amat tidak manasabah… alasannya dia (isteri) hanya membawa sial kepada saya kerana apa saja yang saya lakukan tidak menjadi dan sepanjang tahun 2006 dan 2007 saya menjadi panas baran dan selalu memarahi dia. Kalau hidup asyik dimarahi lebih baik hidup sendiri tanpa suami.

Aku hairan…. bukankah dia tahu apa yang aku lalui. Aku terus merayu dan dia terus diam. Saya buntu. Persoalannya besar sangatkah salah aku….aku tak pernah melakukan maksiat, GRO atau karaoke tiada dalam kamus hidup aku begitu juga arak dan judi. Hasratnya untuk kepejabat agama tidak diteruskan… tetapi masih berpisah katil…. aku terus bersabar.

Perniagaan aku tak menjadi, perniagaan dia pun tak menjadi …. siapa yang tak punya sikap panas baran bila ditimpa musibah seperti aku. Aku bukan nak mengungkit tapi cuma ingin berkongsi pengalaman. Dulu aku seorang pegawai di salah sebuah syarikat TV swasta…. berhenti secara sukarela untuk berniaga setelah berbincang dengan kedua pihak keluarga…. Aku nasihatkan kepada isteriku (pegawai bank waktu itu) agar tidak berhenti kerana salah seorang perlu mempunyai fixed income. Dia setuju tetapi atas desakan kawan sepejabat dia berhenti juga tanpa memperdulikan nasihat dari aku serta orang tuanya. Ceburi diri dalam dua perniagaan dan kedua-duanya musnah dengan modal pusingan yang aku beri… aku masih bersabar walaupun kadangkalanya aku baran…. tetapi anak-anak tak pernah aku pukul… apatah lagi isteri….

Sudah hampir setahun berpisah katil dan bersabar …. aku suarakan hasrat untuk ke pejabat agama… aku minta surat nikah serta sijil kelahiran anak-anak yang sudah sekian lama dibawanya kepejabat…. oh ya sudah setahun setengah dia bekerja disebuah firma melalui pertolongan sahabat karibku. Setiap kali aku minta dokumen tersebut dia memberi alasan… dan setiap kali ajak berbincang tiada penyelesaian. Sebenarnya aku masih mencuba untuk memujuk demi anak-anak hinggalah aku rasa kesabaranku sudah tiada. Hati aku hancur punah setiap kali dia menutup pintu bilik dibelakangnya lalu menolak kunci tombol pintu. Setiap dentuman pintu itu membuat hatiku berkecai dan kini sudah punah… kebahagiaan anak-anak menjadi perkara kedua, aku juga punya maruah.

Aku tidak nampak jalan penyelesaian. Namun aku masih mencuba… aku kosongkan simpanan bank yang terakhir untuk membantu dia menyelesaikan masalah pembantu rumah kami yang permitnya tidak dihidupkan setahun. Segala denda dan permit baru serta renew passport atas bantuan aku… namun dia masih tak berubah… aku dah bosan…. kalau daun keladi dicurah air setiap hari pun pasti akan melekat air… tetapi tidak isteri aku….

Jalan terakhir, aku hantar dia kekampung menemui ibunya… bertujuan supaya ibunya menasihati… harapan aku hancur berkecai bila ibunya tak mahu campur dalam urusan rumah tangga aku… begitu juga adik-beradik iparku…. Allah sahaja yang tahu… Aku sedar sekarang…. aku tak diperlukan lagi bila aku dah tinggal sehelai sepinggang…. alhamdulillah… Lebih menyedihkan lagi apabila dia mengungkit segala keburukan aku selama 14 tahun perkahwinan… dari perkara sekecil-kecil hama… tiada langsung kebaikan aku pada dia…. Pembelaan yang aku harapkan hanya sia-sia….

Aku pun terus memohon maaf kepada mertuaku dan mohon dihalalkan makan dan minum… lalu  menjelaskan bahawa aku tak pernah memaksa dia berhenti kerja dahulu walaupun anggapan adik beradiknya aku yang memaksa dia berhenti dan jika tiada perubahan bila dia balik kerumah nanti… anggaplah aku telah menyerahkan anaknya kembali secara baik….Saat itu maruahku betul-betul tercabar dan maruah yang tinggal sedikit ini akan kupertahankan walaupun aku sekarang tinggal sehelai sepinggang.

Setelah seminggu dia kembali kerumah….. masih tiada perubahan….. Aku redha……… aku pohon kepada Allah supaya memberikan ku kesabaran serta ketabahan. Biarlah baki sisa hidup ini aku berbakti untuk ibuku yang sudah uzur yang aku selalu belakangi hanya untuk menjaga hati seorang isteri… walaupun pengorbananku hanya sia-sia…. Aku berdoa agar disuatu masa nanti ada seorang insan yang akan merobek dan menghancurkan hatinya sepertimana hati aku dihancurkan. Aku mohon agar Allah memelihara anak-anakku agar menjadi insan kamil, kerana aku hanya mampu memantau dari jauh….

Mungkin ini sudah menjadi suratan hidup aku yang telah ditulis semenjak azali lagi….

Popularity: 9% [?]

Processing your request, Please wait....

61 Responses to “Kalau begini suratannya …. aku redha …..”

  1. macik bling2 says:

    Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun…cari ruang bertenang dulu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. macik bling2 says:

    oh… bisnes oriented awk ni ya

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. stoberimerah says:

    tumpang baca jer..x reti nak komen.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. stoberisiam says:

    zaman gawat. macam-macam yang jatuh berkecai. yang jatuh akan bangun, yang patah akan tumbuh. hilang akan di ganti. sabar lah yer.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. macik bling2 says:

    stobersiam tu jantina apa ek..kat siam tu ramai yg half-half…he he

    zaman2 gawat ni…kena bis dgn modal yg kecik2 je dulu..cam sy..

    alamak…am sori!!…sy pntg ada peluang le mesti nak promote bis…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. meera says:

    sabar je la..banyakkan sembahyg supaya blh tenangkan fikiran…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. matahari says:

    jika berkesempatan atau berminat.. boleh juga baca:

    http://www.dcckmona.com/friends/care_plugins/forum/forum_viewtopic.php?86006.0

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. matahari says:

    “Aku berdoa agar disuatu masa nanti ada seorang insan yang akan merobek dan menghancurkan hatinya sepertimana hati aku dihancurkan”.. kata luqhakimi.

    doakan yg baik-baik utk kita sesama manusia.

    serahkan urusan keadilan kepada Dia.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. bintang timur says:

    salam simpati,

    teruskan bersabar dan berusahalah utk memperbaiki ekonomi. Tiada yg kekal selamanya termasuk kesusahan. Jaga hubungan dgn Allah dan muhasabah mana2 yg tersilap. Jgn kecilkan hati ibu, sebab memamg takkan bahagia hidup.

    Juga tak usah ikut perasaan sakit hati bila berdoa. Paling cerdik, kalau dh tawar hati kat bini tu, doalah dpt pengganti yg 1000X lebih baik.

    Rugi weh minta yg buruk2.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. matahari says:

    tinggal sehelai sepinggang pun ok. asal jiwa tenang.

    berpisah anak2 secara fizikal pun ok. asal dlm anak2 hati kekal abadi.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. matahari says:

    berpisah anak2 secara fizikal pun ok. asal dlm hati anak2 kekal abadi.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. megrhelip lwn bling2 says:

    ini pestime dgr somi tinggal sehelai sepinggang salunya is3 yg ditinggal somi sehelai sepinggang…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. gemer8 says:

    adeeee…ghamai gak suami malang yg tinggal sehelai sepinggan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. jula juli bintang tujuh says:

    alo bang..ko hengat baran ko tu kecit punya problem ker? hari hari kena maki mana leh tahan .. asal bini ko ckp apa apa dok kena maki hamun h1n1 la swine flue la..ko hengat tak makan dalam ker dok kena hamun???? ko hengat bini ko ctrl + alt + del jer ker setiap kata2 ko????… huh..dia simpan dlm ati tau setiap hamunan ko..mak bapak dia pon tak penah maki hamun dia.. ko sesuka pankeras jer maki maki dia…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. jula juli bintang tujuh says:

    ko ckp bini ko bukak bisnes rugi.. apa bisnes ko untung sangat ker??? kalu untung takdernya ko nk merayu lagi sure ko tawen lagi satu jer.. eleh…sekilas ikan di ayer da tahu nk masak apa.

    ko kena pahang.. mana leh bukak bisnes teruih jd jutawan..gitew kalu da lama takder kes bersamamu kat tv3 suku tu..asal org bisnes jer teruih berjaya asal bisnes jer teruih jd jutawan…dok ungkit2 tolong bini plak..sekarang ko keje apa? ntah2 bini ko yg dok sponsor perbelanjaan umah.. takat rekemen keje pon nk ungkit..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. mem suping jasko says:

    DFK ckp somi pantang di kritik/sindir
    is3 pantang di tinggi suara/bentak/maki/hamun

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. luqhakimi says:

    Terimakasih atas komen anda semua… tenang sedikit rasa hati. Oh ya saya terpaksa hormat dengan Jula Juli Bintang Tujuh. Dalam saya tinggal sehelai sepinggang ni mampu saya adakan keperluan seperti kasut, baju sekolah anak setelah setengah tahun bersekolah, mampu berkereta dulu mewah sekarang kereta kurang mewah, mampu memenuhkan ruang peti ais hampir setiap minggu.

    Tentang maki hamun… hanya pada tahun 2007 kerana tekanan keadaan masa itu…

    Oh ya masih mampu membayar denda kerana lambat hidup permit kerja pembantu rumah sebanyak 3K pada bulan April yang lepas…

    Untuk rekod, pengambilan pembantu rumah adalah tanggungjawab isteri saya setelah berbincang. Tetapi selama 4 tahun pembantu rumah dengan keluarga kami hampir keseluruhan gaji, pembaharuan permit, fomema dan passport saya yang langsaikan….

    Saya pun ada maruah dan tahu menjaga maruah orang apatah isteri. Tak pernah saya maki…. tetapi menegur dengan suara yang tinggi kerana mengulangi kesalahan yang sama dan ianya berlaku tidak pernah didepan anak2 atau sesiapa pun…

    Apapun saya hormat akan pandangan jula juli….segala yang berlaku dibawah bumbung saya… tiada siapa yang tahu….

    Mungkin saya ada buat silap… saya manusia biasa… Hanya satu nasihat saya buat semua… jika berlaku tak puas hati akan sesuatu perkara suarakanlah pada masa itu…. jangan tunggu sampai 14 tahun untuk suarakan…. kerana terlampau lama disimpan susah nak terima alasan….

    banyak pihak yang terkena tempias…seperti anak2, suami atau isteri itu sendiri, keluarga kedua belah pihak renggang dan putusnya silaturahim…..

    Terima Kasih lagi sekali untuk semua kerana sudi membaca dan memberi pendapat. Saya hargai semua…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. ahkak batik says:

    err… akk ni tatau nak kata apa… nak kutuk ko.. ko tengah sedih…. nak kutuk bini ko… tak dengar citer dari dia… ntah-ntah dia citer versi lain le pulak…

    apapun berbalik le kepada Islam cara hidup.. dekatkan diri ko pada Dia.. bukan takat sembahyang yg wajib, lebihkan ke sunat pulak… bila sembahyang ajaklah anak-anak berjemaah… buatlah apa-apa untuk kembalikan rasa hormat bini pada diri ko…
    dekatkan diri dengan surau, tunjuk contoh bapak terbaik depan anak-anak.. buat dengan ikhlas… insyaAllah rasa hormat akan menyusul kemudian…

    tak payah fikir sakit hati atau balas dendam… nanti Tuhan bayarkan… jaga amalan ko dan sembahyang hajat minta dilembutkan hati bini… pada siapa lagi ko patut mintak selain Dia?..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. macik bling2 says:

    wah mocik batek sejuk je dgr motivasi ko mocik…betul la tu mocik..dkt kan diri dgn Allah…

    luqhakimi…bincang masalah dgn is3 tu baik2 jgn libatkan org lain dulu..emak ke mertua ke, ipar duai ke…bincang dulu smpi selesai…

    masalah selesaikan dgn is3 jgn citer dgn org luar..buruk baik is3 awk yg tahu, buruk awk is3 yg tahu…jgn babaitkan org luar..nnt masalah tidak akan selesai…cari kematangan dlm diri…gud luck

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. rozsa says:

    luqhakimi,hidup berumah tangga bagitulah,ada psg surutnya.sabarlah…sambiltu berdoa.moga2 isteri tuan dibukakan pintu hatinya,bykkan solat hajat.insyaallah.Allah akan tolong kita.sambil2 tu ubahlah cara anda berckp dgn isteri,berlembut sikit.jgn marah2.sayapun selalu menghadapi keadaan mcmtu,suami selalu tinggikan suara,tapi saya buat tak dengar je…walaupun dlm hati geram dan mrh.dah reda,kita marah dia balik.ha..ha…tidur asing2…itu biasalah.lebih2 lagi rumah saya dua tingkt,suami malas tidur bilik atas,dia tidur bilik bawah.tak kisahnya…yg penting kita jgn terlalu memikirkan perkara2 yg boleh mengeruhkn keadaan.setakatni dah 18 tahun kahwin.okje….so…saya nasihatkan tuan…buatjelah mcm biasa,bersembang,bergurau dgn isteri,tak payah cerita perkara2 yg boleh mengeruhkan keadaan.insyaallah,moga isteri tuan berubah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. macik bling2 says:

    sy pun arr klu somi ckp bentak2 atau tinggi sore mmg kecik ati sgt2..pilu tak terkata…

    pastu somi jgn suka2 ckp2…sbb nnt apa yg somi suka2 ckp2 tu jd sumpahan pd diri sndri, bila jatuh sumpahan pd diri sndri is3 dulu yg terima susah pastu jangkit kat anak susah tu..klu nak anak bahagia & happy, bahagia kan emaknya…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. JEEN says:

    Salam,

    1. Nak cerita perasaan isteri kena maki skit. Ada yang jenis pendam dalam bertahun tahun dgn masalah somi dia, lepas tu bila meletop, terus la macam gunung berapi… Lebih bahaya lagi isteri yang diam kena maki daripada isteri yang melawan… kot dapat isteri baru nanti, fikir fikirkan yer…

    2. Saya rasa, anda berdua dah tersangat bosan menghadapi masalah hidup yang tak abis abis (asik la masalah). Jadi, isteri anda dah maleh nak fikir masalah, nak lari dari masalah. Selalunya yang nak lari dari masalah adalah lelaki, tapi dalam kes anda, isteri anda. Sebab tu baik dia mengaku jer dia yang pembawa masalah. Abis cerita dia…

    3. Pasal anak, rasanya samada anda bersama atau berpisah, dua dua memberi kesan saikologi pada anak. Jadi, fikirkan kesan mana yang lebih kecik. Ambil kesan yang lebih kecik tu.

    4. Saya tak faham, anda kata dah tinggal selai sepinggang, tapi camna mampu pakai keter lagi ? Cam tak betul jer. Kalau selai sepinggang tu, macam tak mampu sangat dah. Tapi tak apa la, saya rasa, sebab dulu mungkin anda kaya raya, now dah miskin skit ala ala macam saya dah (sebab saya tak kaya raya), jadi anda rasa anda dah tinggal selai sepinggang. Tapi, saya rasa anda masih kaya lagi.

    5. Mesti lepas ni ada lagi pompuan yang boleh jadi ibu pada anak anda jika dia tak mau jaga anak anda. So, jangan risau. Ramai sangat anak anak dara kat luar sini yg nak kalau orang tak nak. Jangan berebut yang orang masih sayang sudah.

    6. Kalau dah give up dengan isteri, tak ada maknanya nak teruskan. Itu pun kalau betul apa yang anda cakapkan disini. (Pasal tak mau tido sekatil tu, sebab isteri tersangatlah bosan dengan masalah, tak ada mood nak bermesra !)

    7. Tapi, kalau anda dapat stabilkan diri dulu, kalau tak kaya raya pun, tapi cukup makan pakai semua dan tak ada masalah lagi, senyum selalu, jangan garang garang, gurau, semayang dan sebagainya, insya-Allah, hidup tenang, isteri pun gumbira kembali semula.

    8. Kesimpulan, stabilkan kedudukan anda semula, baru stabil rumah tangga. Kalau dah stabil, isteri tak mau berubah jugak, masa tu, anda tidak silap untuk kawin lagi. Hehehe…

    9. Cuba la ugut ugut tengok, kalau anda ada awek lagi, isteri cemburu dak? Kot lepas dia tahu anda ada orang lain, dia berubah sikap jadi kucing manja… sapa tau ? Tapi, anda pun jangan la wat bersungguh sungguh. Acah acah sudah la.

    p/s: Saya tak menggalakkan poligami, tapi kalau saya jadi anda pun, saya teringin nak cari yang lain.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. jula juli bintang tujuh says:

    heheheh sib baik ko jawab baik2 takder point aku nk kutuks ko balik..heheheh..

    weh bro… ko ni pun tatau bersyukur la.. tuhan baru tarik sket jer kesenangan ko tu da nk rasa hina, rendah diri sebab wit kurang bukan takder wit lansung pon..normal la time bisness ko down bila bini wat pangai ko lagi rasa hina la sebab ko rasa mcm dia wat perangai sejak ko semekin nih..

    kekadang bukan isteri takmo suarakan ketidak puasan ati sepanjang perkahwinan.. tp ada ker yg nk mendengar? cuba ko pk bebaik selama ko kawen nih adakah ko MENDENGAR???

    bini ckp lebey sket ko ckp dia berleter..bila bini kritik somi sket ko maki dia..org laki ni apa saja bini ckp semua salah walopon betui atas dasar ego..tambah2 wit banyak..kawan banyak..bini nih pandai mcmana pon dianggap budus..cer ko pk bebaik ada betui ker tak betui kata2 aku nih??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. mawar suci says:

    think positive je la. is3 brsikap giti tentu ada sebab munasababnya. kalau dulu ok….kenapa skg gitu..
    pompuan ni suka pendam… kalau dah meletup x de apa bo merubahnya. dah nekad la tu.

    as somi.. mmg you kena byk brsabar. anggap ini dugaan. fikir ke depan..perbaiki diri dan apa2 yg patut la… good luck !!1

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. luqhakimi says:

    Terimakasih JEEN.
    Actually to me “tinggal sehelai sepinggang” means all of my saving gone just to make her happy by helping her out from her problems such as house maid and etc.

    I sanggup menjual my property untuk settle a lot of household problems. This is what people do when stuck with economic crisis and unfortunately now with global economic crisis.

    Yes I did downgrade my car and fully paid off, yet all the liabilities such as maintenance and etc…? Anyway terimakasih atas pandangan JEEN.

    Terimakasih juga JULA JULI, mungkin I tak mendengar semua masalah is3, mungkin I tak tunjuk dengan rasa kasih sayang. Saya akui saya tak pandai tetapi kasih sayang saya tunjukkan dengan cara lain. Adakalanya kasih sayang cinta tak perlu diucap selalu…
    but mostly every year for the past 10 years sebelum perkara ini berlaku… I will spent time with her the whole day on our anniversary. Doing what most couple do from breakfast to dinner tanpa gangguan anak-anak.

    Kalau saya tak mendengar takkan saya sanggup berkorban harta benda dan wang ringgit… mungkin bukan pengorbanan itu yang dia mahu.. mungkin perhatian yang dia mahu… dan saya rasa lebih dari perhatian saya beri cuma tidak selalu dengan pujian…tapi takkanlah hanya sekadar panas baran sekitar tahun 2006 dan 2007 saya dihukum sebegini. saya pun punya hati dan perasaan.. dan apakah anak-anak terpaksa menerima kesusahan kerana ini..sedangkan ibu dia sendiri(ibu mertua saya) kerap menasihati fikirkan anak-anak tapi dia tak endah… and I swear to Mighty Allah, saya akan cuba mempertahankan the only harta yang saya masih ada iaitu anak-anak walaupun terpaksa memantau dari jauh kemudian hari kelak.

    Tapi tak apalah sekurang-kurangnya I dapat banyak pengajaran disini. Mungkin I tak sedar dahulu tapi moral of the story to anyone out there yang bersedia untuk berumah tangga….
    Jangan turuti segala kemahuan isteri atau suami… always hold back on something… Kalau ada masalah… berbincanglah secara baik… jangan mengungkit segalanya setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga… and further more always give and take….

    Up until today I masih mencuba untuk memperbaiki keadaan… walaupun dipihak saya sahaja yang berusaha… harap Allah akan membantu… tapi kalau suratannya berpisah juga… saya redha…. dan saya tak rasa ralat sebab saya dah berusaha…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. mocik bling2 says:

    luqhakimi…

    jgn putus asa dari rahmat Allah…

    atitude is3 reflect dari sikap suami taw!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. luqhakimi says:

    Insyaallah mocik bling2….

    Saya tahu saya tak sempurna and “nobody perfect”….

    Hanya Allah yang mengetahui…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. qaisara says:

    the thing is right, you choose a not so suitable platform to tell your stories.. we have been fed with so many stories of abusing husbands, be it mentally, physically or emotionally.. and most of us have tasted the bitterness of it… thus, your story will not be easily acceptable as the whole truth in this community..

    but it can be a good medium if you want to find out what women want, our way of thinking and why women take certain2 action. but the sole truth lies only in your wife’s heart.

    cubalah kenang2 waktu bercinta tu dulu.. try to tackle her back.. let her live separately.. give her grace period.. but always keep in touch.. ym selalu ke.. pretend you were total strangers and just getting to know each other… and courting each other.. nasihatkan dia igt Allah selalu and you yourself carilah Allah semula.. ada hikmahNya dia atas setiap ujian yg dtg dariNya.. find out what it is.. did you neglect Him? did you take for granted nikmat anak isteri tu sendiri? muhasabah la diri anda..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. Ms Me Myself says:

    dear luqhakimi,

    what is that u really want from your wife now? a sexual pleasure in bed?

    i ask u this question is to know whether if that missing addent in your manly life that resulted u writing to this blog.

    please, to all readers, this writing thereoff – from this point, that is, is highly meant in educative manner.

    i had been frigid before with my husband and after much discussion and angers flying too.. every now and then.. we concluded that it is due to inbalance of performance satisfaction between the two of us. and that both husband and me needed to moderate each other.

    we can have all the materials belonging in the world but if what is very personal to us is not in that natural cycle.. anything in resentment might occur.

    that anything personal.. can b anything. different people want and need or desire different personal satisfaction.

    2 b continued.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. ajinomoto says:

    En..luqhakimi
    Saya nak bgtau..bdasarkan apa yg kau crita kau sama model dgn my husband..baik ,jaga nafkah tapi bab bila naik hangin…hui…menyampah i nak dengar..dulu i diam tapi skang i dah stat jwb…macamla dia sorang yg betoi…bila i dah jwb dia ngumam sensorang x tau apa biji buah cakapnya..lagi la i hangin…
    Agaknya kau dulu lagu tu dak..ni kalu nak bincang x penah ada ruang..naik nyampah ..so skang ni i x kisah..i pi keja balik keja..apa dia nak buat suka dia…
    nasihat i kalu kau nak kawin len lepas ni
    1.Kena “faham” dan kenal btul2 bini kau
    2.Ingat pesan nabi..lelaki yg paling baik ialah yg paling baik pd isteri dia(pastikan isteri yg kau cari ikut suruhan nabi)jgn kau p cari kat disko or kau dok nilai hartabenda pangkat kedudukan dia..punah kau nanti…

    Cari la info banyak2 ttg pompuan yg baik utk d jdkan isteri

    Jadikan pengalaman hari ni sbg pengajaran..
    Dekatkan diri pd Allah Yg Maha Pengasih…bacalah salawat Nariyah 4444x tiap mlm..minta la hajat yg baik2, jgn dok doakan yg x baik kat ex kau tu…apa yg kita doakan akan balik kat kita..ingat tu…
    DESTINASI KITA SAMADA BAHAGIA OR DERITA BERMULA DARI FIKIRAN KITA-APA YG KITA FIKIR>>OR.. IMAGINE…so hati2

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. norwati says:

    en luqhakimi, anda bertuah, sedar dan insaf sebelum terlambat.

    ia mengingatkan saya tentang kisah nabi ibrahim meminta anaknya nabi ismail menukarkan alang pintu hadapan rumahnya.

    kisah cinta balqis kpd allah sehingga membuatkan nabi sulaiman cemburu.

    u juga mengingatkan saya dengan kata-kata rasulullah, siapakah yg patut di dahulukan. dan saya juga akan mengambil iktibar dari kisah saudara.

    benarlah kata-kata ulamak cinta yang utama adalah cinta kepada allah, cinta yg penuh kasih sayang untuk muhammad rasulullah, cinta yg terutama bagi seorang lelaki adalah untuk ibunya dan seterusnya barulah jatuh kepada isterinya.

    moral of the story, sebagai lelaki jgnlah abaikan ibubapa yg melahirkan kita, dan kepada ister2 hendaklah taat kepada suami selama tidak menyekutukan Allah.

    terima kasih.. saya akan ambil iktibar..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. norwati says:

    tetapi en luqhakimi, saya tak berapa setuju anda mendoakan yg tak elok untuk dia, sebagai insan, tak baik mendoakan yg tak elok (walaupun org tu buat jahat ngan kita), sebagai org islam kita hendaklah mendoakan semoga org tersebut mendapat hidayah dan petunjuk yg sewajarnya dari Allah. lagipun Allah lah sebaik pemberi balasan bukan kita, lagipun balasan Allah itu maha adil.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. luqhakimi says:

    Alhamdulillah.. terima kasih banyak dari semua yang sudi komen. Saya bukan nak menegakkan benang basah hanya nak menjelaskan… hope apa yang saya jelaskan disini tak menyinggung sesiapa…mcm saya kata… ianya berlaku dibawah bumbung saya… hanya Allah yang mengetahui…

    Qaisara – Thanks for the advice… kalau saya tak fikir sayang anak isteri takkan saya sanggup hamparkan kisah ini disini….walaupun hanya diblog sebenarnya saya malu. Kenapalah kena jadi sampai mcm ni
    I don’t have anybody to refer to because I’m the eldest… and my father is no more around to share things with me….so DCCK is another way for me to seek advice …

    Ms Me Myself – I don’t have any problem to pleasure her in bed… I am not that selfish… and always ask her if she satisfied or not … and up until a year ago… everything is ok…. and I never did force her when she is not in the mood…. Alhamdulillah I’m not a womaniser and due to that actually sex is not no.1 priority for me but don’t forget itulah fitrah untuk lelaki…

    Ajinomoto – Thanks for the advice. Mungkin u pernah lalui and I hope u still with your hubby. I bukanlah panas baran sangat…cuma bila I tegur akan jangan buat sesuatu yang I tak suka berkali dia suka melawan dengan tetap mengulanginya. Disinilah baru I tinggi suara…again dlm kereta atau bilik… tak pernah depan anak-anak atau sesiapapun. Disini sebenarnya I beri ruang untuk dia jelaskan tetapi dia diam membisu dan menyimpan sampai 14 tahun untuk luahkan…. by the way dia sebenarnya anak orang alim yang dihormati bertaraf lebai…. But still I akui mungkin cara saya salah atau mungkin memang ada salah saya… apakah tak boleh dimaafkan langsung…???

    Norwati – Thanks Norwati. Actually I sedang marah,bingung,sedih dan mcm-mcm lagi perasaan yang berkecamuk dlm dada sewaktu mengirim cerita ini ke DCCK. Sampi kehari ini dengan segala nasihat dan teguran yang saya dapat dari rakan-rakan blog… hati saya semakin tenang… dia juga menyembah tuhan yang sama dengan saya iaitu Allah… sebenarnya saya sudah bersedia dengan segala ketentuan yang akan saya hadapi… saya redha…sebagai manusia akan ada rasa terguris dihati dan sebagai manusia yang juga berbekalkan iman dan akal serta amal…Insyallah saya akan berterimakasih kepada dia kerana mengandungkan tiga zuriat saya yang telah diamanahkan oleh Allah dan saya juga akur bahawa dia sebagai isteri juga adalah amanah dari Allah. Kalau sampai sini jodoh saya… saya redha. Ini semua urusan Tuhan …mungkin ada hikmah untuk dia dan saya…Allahualam….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. freewilly says:

    bila ditimpa musibah bertimpa2..
    encik pun da rasa down..
    lepaskan kt wife..
    wife pun ada prob sendiri..
    tmbh lg ngan maki hamun suami..

    lama2.. mmg makan dalam..

    sy mmg seorg yg diam bila hb moody..
    klu sy x salah pun sy diam jer..
    sy sendiri admit.. itu x bagus utk sy..
    sb sy memendam..

    sb sy amalkan.. klu sorg tgh marah, yg sorg lg kena cool dulu..
    klu dua2 marah..
    perang besar nnti..

    so, i believe ur wife did the same thing b4..
    pendam n pendam…

    sabar manusia ada limitnya..
    so nmpknya sabar is3 da off limit la tuh..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  35. freewilly says:

    klu wife ckp apa yg dia x puas hati time encik tgh marah dulu2 tu..

    i gerenti the conversation wont work..

    sama cam jula juli nyer komen.. i agree..
    tgh marah mmg lumrah kita takkan dgr nasihat or opinion sesiapa dgn waras..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  36. freewilly says:

    perbetulkan diri dulu..
    baru perbetulkan org lain..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  37. akak joy says:

    Salam Luqhakimi…

    Nampaknya kesah kita sama…tapi terbalik. Tapi lagi teruk kot siap tangan2 naik kemana2.

    Anyway akak harap luqhakimi carilah jalan penyelesaian dengan bijak dan x mendera mental lebih2 lagi anak2..

    Akak dah rasa semuanya… sungguh menyakitkan…

    Satu lagi… walaupon rasa macam teraniaya jangan lah sesekali mendoakan yang x baik takut nanti apa yang di doakan menjadi….

    Biarkan lah Allah yang menentukan segala2nya baik yang buruk atau yang baik…siaoa lah kita yang nak menghukum. Akak joy walaupon dah jelas teraniaya tapi sentiasa doakan yang terbaik serta murah rezki pada ex cz nanti kalau dah down siapa lah yang nak bagi nafkah kat anak2…

    Begitu juga la Luqhakimi… kalau is3 dapat bala siapa lah nak jaga anak2… fikir2kan lah secara flaksible…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  38. luqhakimi says:

    Thanks akak joy…. actually sejak terpaparnya cerita saya ini sehinggalah kehari ini…saya dah dapat menerima…. hidup saya bertambah tenang…..

    Isteri itu amanah dari tuhan begitu juga anak-anak….kalau saya boleh bertahan hampir dua tahun…. saya rasa saya saya cukup sabar…. apatah lagi usia dah meningkat dan lebih matang.

    Kalau ditakdirkan amanah untuk saya itu hanya setakat ini saya redha…. mungkin ada hikmah untuk saya ataupun dia…. hanya untuk menerima dia sebagai ibu kepada anak-anak saya boleh tetapi sebagai sahabat setelah 14 tahun mendirikan rumah tangga rasanya tidak semudah itu…. saya hormat pendapat orang lain tetapi perasaan saya hanya Allah yang tahu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  39. freewilly says:

    klu gitu.. semb istikharah.. then let Allah lead ur way..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  40. apiwat piriyilpolpong says:

    rasanya mungkin setakat ini jodoh anda.. sekrg ni fasa nak “redha” tu lah.. memang payah nak telan.. bukan mudah..

    bro, kalau org dah tak sudi, tak usah la dikejar lagi.. let go semoga dia dan anda juga boleh berbahagia..

    kalau ada di kemudian hari adalah balik..

    setuju dgn luq, bahawa jgn sekali2 gadai apa sahaja utk org tersayang.. always leave “back up” for yourself..

    muhasabah.. mungkin juga anda bersalah dgn ibu anda, dia terabai sbb anda sibuk memujuk isteri tersayang.. bro, isteri ni pinjaman jer.. anytime boleh pisah, tak berdosa pun nak ceraikan diorg.. cuma perkara yg tak disukai Allah jer..

    tapi “ceraikan” atau abaikan ibu bapa utk lelaki ni problem besar bro.. redha manusia yg dicari tidak kekal, dia boleh khianati kita bila kita susah.. tapi redha Allah dgn jaga ibu bapa kita berkekalan insha Allah.. ingatan utk diri sendiri juga..

    ada satu kisah pasal Nabi Ibrahim yg suruh anak dia Nabi Ismail ceraikan tak silap 2-3 bini dia terdahulu sampai baginda berkahwin dgn perempuan yg tidak mengeluh dgn kepayahan hidup bersama.. ujian masing2 la bro.. anda diuji supaya bersabar, isteri anda pun diuji supaya bersabar.. semoga anda berdua dirahmati Allah belaka amin.. diampuni dosa dan bertaubat.. insha Allah..

    mengatakan takde kebaikan sedikit pun dari suami itu menghanguskan segala amal2 isteri, dan memaki hamun isteri juga melanggar perintah Rasul-Nya.. insha Allah semoga kita bersama2 la muhasabah yer… jdkan iktibar.. insha Allah..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  41. apiwat piriyilpolpong says:

    kalau diukur, sanggupkah anda gadai segalanya utk kesihatan ibu anda sebagaimana anda gadai segalanya utk isteri anda?

    saya rasa inilah punca utama keberkatan hidup anda hilang..

    fuh, saya pun tersentak juga bila fikir2.. eish2.. nau’zubillah usah diuji dgn perkara yg berat2 yg tidak sanggup ditanggung.. amin..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  42. norwati says:

    saudara,
    memang di saat kita berhadapan dgn masalah peribadi macam gini, its our pride and privacy.

    i’ve gone through the same things before, when there is no other people in our life could help us, it is only one can hear u (ALLAH), dialah yg akan mendengar, dialah yg akan melihat u, so kembalilah kepadanya.
    dia akan tunjukkan siapa Dia kepada u untuk u cintai. he wants u to learn haow to know Allah, and to love ALLAH.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  43. luqhakimi says:

    Thanks a lot apiwat, freewily and norwati. Saya bertambah tenang sekarang. Regarding my relationship dengan isteri, I serahkan kat dia untuk tindakan selanjutnya. I dah redha dengan segala kemungkinan. Insyaallah ada hikmah diseblik segala yang terjadi ini. Yang buruk dari kita yang terbaik hanya dari Allah. Saya masih bertahan demi anak-anak….tetapi kadang-kadang perkara begini tak boleh dibiarkan berlarutan… ada pendapat mengatakan jangan lama-lama… selesaikan secepat mungkin agar tidak timbul rasa amarah dan benci dikemudian hari. Allahualam….buat masa ini kami masih didepan mata anak-anak walaupun dah tak berkomunikasi mcm biasa. By the way I dah breif kat anak-anak akan segala kemungkinan yang akan berlaku… dan dalam proses untuk mereka menyesuaikan keadaan bila saya tak ada kelak…kadang-kadang I keluar rumah dua tiga hari baru balik menjenguk mereka. Saya rasa hak penjagaan salah seorang mereka akan dapat dekat saya tetapi saya akan biarkan mereka adik beradik duduk sebumbung. Biarlah saya kehilangan kasih sayang tetapi saya tak mahu hilang kasih sayang adik beradik. Samada custody untuk ketiga-tiga saya ambil atau sebaliknya saya redha….. Insyaallah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  44. norwati says:

    saudara,
    walaupun begitu sy berharap agar u banyak2 bersabar, walaupun “kuasa” ada pd pihak lelaki, tetapi nabi juga tidak memudahkannya. sy berharap saudara akan buat solat istikharah banyak kali, mohon ditunjukkan jalan / cara menyelesaikan masalah u. Jgn terburu2.

    namun u jugak harus menyelidiki knp wife u jd begitu? mungkin ada yg anda tidak sedari tlh menyakiti hatinya tanpa pengetahuan u, i believe dia seorg yg baik & sgt cemburu. berbincanglah, berterus teranglah dari hati ke hati. membina masjid bukannya mudah wlaupun meruntuhkannya nampak senang tetapi “makan dalam”.

    atau mungkin dia dh ada bf lain? ini hanya sangkaanku yg jahat & lemah, but no harm to check bukan?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  45. norwati says:

    saudara,
    jangan buat keputusan ikut perasaan, buat penyelidikan, kajian.. ikut rasional akal dan fikiran.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  46. norwati says:

    mungkin sikap panas baran u itu yg dia tak tahan, sbb sy juga meletakan itu antara criteria lelaki yg tidak sy sukai. sbb kena pukul kena dera ni… frankly speaking, sy paling tak tahan. sy bukan bahan utk melepaskan geram/kemarahan, sy manusia yg ada hati dan perasaan, kalau apa2 yg tak disenangi/tak faham sila berbincang dgn baik dan berhemah bukan tengking2 atau pukul2.

    no way man. kalau macam gitu punya lelaki, i’m the first one ke pejabat agama.

    so.. fikir2 kan lah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  47. somiku pun baran says:

    somi sy juga dlm kategori baran, klu ada masalah dlm rumah tgga, sy la yg dipersalahkan wpun salah itu dari dia, susah somi sy ni nak mengaku kalah atau meminta maaf klu hari raya pun kita bersungguh memohon maaf, dia sekadar mengangguk kepala je nak dgr dia kata abg pun mintak maaf mmg tidak la setakat dah 10 thn kawin ni

    dia betul atau salah mmg tetap dia betul, sy sbgi is3 mmg akan rasa hilang pegangan hilang arah tujuan bila somi berperangai baran & serba tidak kena..is3 hilang kepercayaan kpd somi utk bernaung kasih sayang, kemanjaan klu somi bersikap baran..
    sudahnya emosi is3 tidak terbela, sedangkan somi tu lah yg di harapkan oleh is3 utk memimpin tgnnya hingga ke syurga..sy percaya ramai is3 yg bersomi baran ni ikuti jalannya hati, ramai juga is3 yg akan berubah sikap jadi murung, stress & trauma akibat sikap baran somi..

    so luqhakimi..kenali watak seorg ppuan yg menjadi is3 anda, ibu kpd anak2 anda, harapan & amanah dari mertua yg menyerahkan anak ppuannya kpd anda..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  48. luqhakimi says:

    Thanks Norwati kerana masih sudi comment.

    Dikala dia minta cerai… saya nasihatkan supaya fikirkan anak-anak yang sedang membesar (there are much worst things will happen, more bigger things then our relationship) perkara2 yang tak disenanginya yang dipendam selama 14 tahun bersama dengan saya diluahkanya….saya akui(untuk tidak mengeruhkan lagi suasana) dan memohon maaf berilah saya ruang untuk berubah jika ada yang perlu saya ubah dan saya sendiri tak tahu apa yang perlu saya ubah.

    Selepas dari itu masih tiada perubahan… mungkin dia perlu masa…. dan saya beri begitu banyak masa. Kesabaran dan keikhlasan saya tercabar….Sewaktu diajak berbincang semula hanya diam…. bukan sekali….berkali2 ajak berbincang tetapi tak ada jawapan yang pasti akan permasaalahan dan kenapa mendadak perubahannya… Ya walaupun dah amat lama tak bersama saya akui masih boleh berbicara tetapi saya ada limit jugak sebagai lelaki dan suami…dan jalan terakhir adalah menerima pandangan dan nasihat dari ibunya sebagai org yang paling hampir dan dihormati oleh isteri.

    Saya betul-betul terkejut kerana bila berbincang dengan ibunya perkara yang sama diungkitnya kembali walhal saya telah mengakui, memohon maaf, melutut dan menangis dan cuba untuk berubah demi menjaga hati.. bukan itu sahaja perkara2 remeh yang saya rasa boleh diselesaikan juga diungkit. (Inilah bahayanya memendam…tanpa mahu berbincang pada peringkat awal) Saya rasa sungguh terkilan dan bertambah2 terkilan apabila terkeluar kata-kata “…awak tak payahlah lagi sibuk2 nak bayar fitrah saya….carilah perempuan lain” kata2 dihamburkan dihadapan ibunya yang hanya diam…. saya telan semuanya, terima semuanya dengan tenang hinggalah kehari ini… Alhamdullilah…

    Tetapi yang paling menyedihkan sewaktu bertemu dengan ibu mertua….setelah saya memulakan mukadimah akan masalah…. terpacul keluar dari mulut ibu mertua saya…”sebenarnya mak tak mahu campur masalah rumahtangga korang…”Begitu juga dari mulut kakak yang paling tua “Kak Long tak nak campur….Kak Long tak duduk sebumbung dengan korang”…..hmmm….entahlah…rasanya cukuplah sampai disini….

    Ada kala ingin jugak menyelidik samada ada orang ketiga (BF)… tetapi keadaan kewangan tak mengizinkan… dan bila difikir kembali jika kebenarannya memang ada (BF)…kebenaran itu menjadi pahit untuk ditelan…dan apakah keadaan akan menjadi seperti sediakala semakin intim…lebih sayang…saya rasa tidak…jadi lebih baiklah kebenaran itu tak payah diketahui… biarlah Allah mengatur segalanya untuk saya dan dia.

    Last week… saya tanya dia sekali lagi samada masih ada ruang untuk berbaik semula macam dulu (sebenarnya saya masih mencuba)… jawapan singkat “hati saya dah tertutup untuk awak…”…saya terima dengan tenang…dan nasihatkan dia kepejabat agama untuk mempercepatkan proses…(bagi saya perkara ini tak boleh dibiarkan berlarutan..nanti timbul perasaan benci yang teramat sangat…jalan terbaik adalah berpisah) macam kata orang kedah “jgn lama-lama…mengarut…”…saya setuju sebab life has to go on… isteri sebagai amanah dan anak2 adalah amanah dan juga anugerah….jadi jika amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya hanya sampai disini…saya redha dan anugerah yang diamanahkan kepada saya akan saya jaga sebaik mungkin walupun terpaksa memantau dari jauh….

    Kalau saya ni betullah panas baran….kenapa saya yang perlu menasihatkan dia agar kepejabat agama…sehingga hari ini dia tak ke pejabat agama lagi…dan jalan yang akan saya ambil adalah keluar dari rumah….bertujuan untuk

    1.Dia tidak melihat muka saya selalu (agar benci tak bertambah)

    2.Juga untuk membiasakan anak-anak tanpa saya disisi mereka… walaupun sewaktu mereka kecil dulu saya kerap “out station” kerana tugas baik didalam mahupun keluar negara…mereka tak faham…tetapi sekarang mereka sudah remaja dan sudah memahami…. dan

    3.Bertujuan untuk mencari muhasabah diri…

    somiku pun baran…thanks untuk nasihat dan pandangan…

    Hampir setiap kali idul fitri…dahinya saya kucup dan meminta maaf juga darinya akan segala kelemahan dari segi batin dan lahir… selalu berterimakasih kerana melahirkan zuriat saya… tak tahulah saya jika itu tak mencukupi…walau apapun saya ikhlas…dan sentiasa halalkan dunia akhirat akan apa saja pemberian dan saya pohon yang sama juga darinya.

    Selama 13 tahun saya jaga amanah dan anugerah ini dengan sempurna walaupun tak semewah mana…hanya 1 tahun kebelakangan ini kerana keadaan ekonomi yang tak menentu taklah semeriah idul fitri yang lepas-lepas namun saya dapat memenuhi keperluan keluarga… walaupun saya dipinggir dan dinafikan hak sebagai suami selama hampi 2 tahun….saya mampu tersenyum dan bersabar…Alhamdulillah jika ini dugaan dari Allah saya terima dengan redha dan saya tahu ada hikmah disebalik semua ini….

    Apa yang saya dapat simpulkan semua ini berpunca dari saya…kelemahan saya…iaitu terlampau menuruti kemahuannya dari segi pergaulan…saya tak sekat…wang ringgit…dan berbagai-bagai lagi demi menjaga hati seorang isteri dan tidak menyedari ibu saya yang tersayang makan hati…

    Saya taklah jahil sangat…tapi tidakkah seorang perempuan yang terpelajar seperti isteri saya tahu akan hukum meminggirkan dan membelakangkan suami….membuka keburukan suami….

    Entahlah…saya harap tuhan mengampuni saya dan dia…
    Allahualam….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  49. kucing api says:

    ada satu hadith bahawa perempuan ni ibarat tulang rusuk yg bengkok, biarkan dia sesuka hati berbuat mcm2 dari awal perkahwinan akan menyebabkan dia manja dan keras hati tidak boleh ditegur.. lebih2 lagi kalau yg rasa diri lawa, petik jari 10 yg datang.. kebykan ego tinggi tak boleh ditegur.. tak semua tapi memang ada.. approach nak tegur tu yg susah nak cakap mcm mana.. errr kena fikir sendiri mana yg sesuai dgn individu..

    kat dcck ada dah 2-3 kes suami yg terlalu sayang isteri, manjakan mereka sgt sehingga mereka jd “spoilted brat”.. mcm anak2 juga.. ingat kisah anakku sazali? sayang P. Ramlee tak buat kisah sama tapi dari pihak isteri plak.. tajuk sesuai mungkin isteriku sazarina ehhehe..

    luruskan secara kekerasan patah pula.. fuh complexs kan?

    tapi insha Allah kalau kita dapat imbangkan hak ibu bapa, hak isteri, jaga supaya isteri tak terlebih2, dan ibu bapa juga tak terlebih2, insha Allah selamat..

    saya pun sedang proses buat apa yg dikata.. tapi itulah, experimenting lagi on what method is the best.. err baru jer nak menapak kihkihkih..

    tapi mudah2an objektif kita jelas dan benar, dan kita pertahankan kebenaran yg datang walau dari mana sekalipun dan berjaya merealisasikannya dlm keluarga kita insha Allah.. amin..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  50. kucing api says:

    oh yer lupa.. hak suami yg Allah dah beri.. kena imbang juga jgn sampai isteri pula jd “suami”.. hehehe..

    semoga keluarga kita dapat berlaku adil dan bermuafakat dalam hal2 yg benar dan meninggalkan perkara2 yg tidak benar insha Allah..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.