07 MayKadang-kadang susah bekata benar…


Memang melayu ni dah terdidik supaya menjaga adab dan sopan..jaga maruah dan peribadi..tapi adilkah jika yang dipraktik tu bukan dalam hal-hal yang mendatang faedah dan tidak akan mengusik hati nurani orang-orang yang terdahulu kita sayang…

Kita tak mudah memberi pendapat bahawa kak tun tak sesuai pakai baju fesyen ni..faktor usia..faktor body tayar michellin..tapi kita mudah lak bagi pujian kalau ditanya kak tun..cantik tak baju kak nih…

Ramai juga yang tak akan komen pelamin tu terang benderang merah dia..pengantin pun pakai kaler merah…takut balik sat gi tak dapat door gift kut… 

Adil ke sikap-sikap ini jika terlalu ramai anak-anak membesar dengan segala permasalahan akibat keruntuhan sebuah rumahtangga dek kerana sang isteri terlalu menjaga maruah si suami tak mahu menyuarakan hak dan kebenaran malah sanggup membuat cerita khayalan pada si kecil agar tidak tercalar maruah si suami durjana…

Memang sume suka bercerita yang indah2 je walau pengisiannya kosong, asal tak melanggar apa yang telah terdidik…namun impaknya terlalu besar jika tersalah bercerita mulalah terbongkar segala muslihat..

Memang kita diberi kewarasan akal fikiran untuk berfikir dan membuat keputusan dengan benar namun… mungkin tak kita selalu benar tak bekata benar untuk  melindungi perkara-perkara yang tak benar dimeja tugas,dimeja makan,dimeja mesyuarat, dimeja perkahwinan,dimeja persahabatan hatta dimeja ibadah…

Popularity: 1% [?]

Processing your request, Please wait....

Comments are closed.