Saya sangat tertarik membaca ruangan DCCK sejak kebelakangan ini terutama beberapa isu berkaitan kualiti lelaki melayu dan saranan wanita mencari lelaki yang 100 peratus sempurna. Saya juga amat tertarik dengan bicara-bicara pembaca yang setia seperti Ahmad, Om, Azmibaharin berkenaaan tulisan Azuwahanim, juliazlin dan kawan-kawannya dalam utuasan malaysia baru-baru ini. Saya hanya ingin membawa semua pembaca agar melihat scenario yang berlaku sekarang ini dan janganlah masih mengagungkan perkara-parkara yang telah lalu dan cuba membandingkan zaman ibu bapa kita dahulu, yang mana dalam masyarakat melayu pada masa dahulu suamilah tunggak keluarga dan kebanyakan ibu duduk dirumah cuba membantu seberapa terdaya dan hamper semua pengurusan rumah sehingga pendidika anak-anak kesemuanya dilakukan oleh isteri. Suami akan keluar pagi dan mencari rezeki bagi menyambung kelangsungan hidup.
Zaman sudahpun berubah, kita harus melihat bagaimana tugas mencari rezeki bagi keperluan keluarga dikongsi bersama suami dan isteri, maka wajarkan dengan perubahan persekitaran sosial seperti ini peranan menguruskan keluarga harus juga dikongsi bersama mengikut peranan kedua ibu bapa. Saya ingin membuka mata semua masyarakat malayu terutama lelaki atau suami Melayu Islam, masyarakat lain dilihat mampu berubah, lelaki dilihat masih mengekalkan kedudukan mereka walaupun kaum wanita mereka jauh lebih berjaya. Malahan kita melihat mereka anak-anak yang mereka lahirkan lebih resistan kepada anasir-anasir negative di sekolah dan kebanyakan lebih berjaya daripada kita. Saya melihat ramai suami bangsa bukan melayu lebih bersikap kebapaan, bertanggungjawab dan ringan tangan dengan membantu masa mengurus anak-anak daripada orang Melayu sendiri. Mengapa mereka lebih berjaya? Haruslah kita cuba fakir-fikirkan.
Dalam masa kita membincangkan isu lelaki berkualiti, bolehlah dilihat kesannya kepada apa yang berlaku disekeliling kita sekarang ini. Janganlah kita bertentangan pihak mana yang perlu dipersalahkan, tapi haruslah kita sedar bahawa penyataan ini memang benar-benar telah berlaku dalam masyarakat kita yang mana golongan yang sepatutnya menjadi pemimpin menjadi sangat lemah dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawap ke tahap yang boleh dibanggakan. Penyataan saudara Om yang mana 80 peratus lelaki melayu menjadi kaum yang lemah dan kurang berkualiti haruslah diberi perhatian. Mungkin ianya benar dan akan menjadi nyata melihatkan kadar penceraian yang meninggi saban tahun dan peratusan punca kegagalan 75 peratus adalah datang daripada lelaki seperti kenyataan Om. Harus diingat suami adalah pemimpin dalam sebuah rumahtangga, kejayaan lelaki bertindak sebagai suami yang hebat- seperti kata Dr Fadhilah Kamsah menentukan kejayaan institusi rumahtangga itu sendiri.
Saya menyangkal penyataan azmibaharin terhadap tulisan Azuahanim, yang jelas berbaur negative dengan tulisan beliau dengan membandingkan profil azuahanim dengan situasi beliau yang dikatakan andartu dan menidakkan poligami. Keseronokan adalah sesuatu yang subjektif, pilihan untuk memilih lelaki yang mahu dijadikan suami adalah hak peribadi. Lebih baik memilih daripada berkahwin dengan lelaki yang tidak berkualiti yang tidak mampu, dan akhirnya membebankan isteri dan melahirkan zuriat yang yang juga tidak berkualiti. Nabi pernah berkata perkhawinan adalah untuk mencari kebahagiaan, sekiranya perkahwinan lebih memudaratkan dan menzalimi diri sendiri adalah lebih baik tidak berkahwin. Tuhan menganugerahkan wanita dengan 99 nafsu yang akan membuka dirinya dengan pelbagai kesenokan, saya menyokong ramai wanita tidak berkahwin berbahagia dengan kehidupan mereka. Hanya persepsi yang nagetif sahaja menyatakan wanita yang tidak berkahwin tidak seronok. Wanita mampu membuka hatinya dengan pelbagai perkara, mereka tidak akan kesepian kerana mereka mampu mengisi kehidupan mereka dengan pelbagai perkara.
Mereka isteri yang dikasihi oleh suami, anak yang dimanja oleh ayah, kakak yang penyayang dan kawan-kawan yang setia. Sesiapa yang mengenali wanita mustahil kamu tidak cinta kepada mereka. Oleh itu hanya lelaki berkualiti mampu menghargai wanita dan wajarkan kaum wanita memilih lelaki yang mahu dikahwini dan menjadi bapa kepada anak-anak mereka. Mungkin benar lelaki yang berkualiti agak jarang ditemui sekarang ini. Kepada mana-mana wanita yang tuhan kurniakan lelaki jenis ini ianya adalah angerah yang sangat berharga daripada tuhan, layanlah suami anda dengan penuh keikhlasan.
Saya rasa wanita yang berumur dan belum berkahwin bukan menolok jodoh. Mereka juga berkeiginan untuk mempunyai keluarga sendiri namun wanita kini lebih matang dalam memilih bakal suami mereka. Saya yakin bukanlah suami sempurna 100 peratus yang mereka cari tetapi, lebih kepada suami yang berkualiti dan mampu dihormati. Lelaki melayu harus berubah dan sedar yang wanita kini menetapkan syarat kualiti yang tinggi untuk dijadikan suami sesuai dengan perubahan peranan wanita dalam persekitaran sosial itu sendiri. Saya melihat lelaki melayu tidak bersedia ataupun tidak cuba berubah menyayingi perubahan ini. Mereka dilihat agak ketinggalan kerana masih mengagungkan masa lalu ini dilihat berbeza dengan lelaki bangsa lain. Disebabkan itu ramai lelaki Melayu tidak best” target=”_blank” title=”More about popular »”>popular dan dianggap terlalu ego dan inilah mungkin salah satu faktor banyak institusi keluarga gagal kerana kegagalan golongan lelaki berubah sesuai dengan perubahan diri mereka daripada lelaki, suami dan bapa dalam keluarga mereka dan pada masa yang sama wanita mampu menjalani kehidupan ini dengan anak-anak tanpa suami. Dan ini jelas lebih ramai cerita-cerita kejayaan ibu-ibu tunggal diceritakan kepada kita.
Saya juga ingin menyarankan masyarakat melayu kita memberi penekanan terhadap cara memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Membezakan cara pendidikan antara anak lelaki dengan anak perempuan hanya akan melahirkan golongan lelaki yang kurang berkualiti. Penekanan dalam tanggungjawap terhadap adik-beradik, kedua ibu bapa harus diberikan kepada anak-anak lelaki. Mereka harus diajar berdikari, menghormati wanita, menjadi ketua dalam segala aktiviti keluarga. Mereka seharusnya mampu melakukan apa yang anak-anak perempuan mampu lakukan. Kealpaan atau melengahkan tindakan ini hanya akan menyebabkan anak-anak lalaki merasa bebas, tidak memahami wanita dan yang paling teruk dari kecilsudah menjadi tuan kepada ibu bapa.
Saya tidak bersetuju dengan penyataan azhanbahari yang menyatakan anak-anak yang bergaul diluar kurang bergantung dengan ibu bapa dan sanggup memikul cabaran hidup kerana saya percaya segalanya harus bermula dirumah. Kebijaksanaan ibu bapa dalam memupuk semangat kepimpinan dan tanggungjawab dalam keluargalah yang akan menentukan arah pemilihan anak-anak dalam konteks pergaulan dan sosial mereka. Salah satu perkara yang penting di sini adalah sekiranya lelaki ingin menjadi suami yang hebat dan dihormati anak-anak, libatkanlah diri anda dengan mereka.
Ini termasuk memberi contoh yang baik kepada anak-anak dirumah, janganlah menjadi tuan di rumah, bantulah isteri anda dan libatkan anak-anak and dalam apa-apa aktviti yang anda lakukan. Jadilah suami yang bercakap lembut kepada isteri jika anda mahu anak-anak anda bicara yang lembut kepada anda. Cubalah tukarkan lampin mereka sekiranya ianya basah sekiranya anda mahu anak anda membersihkan punggung anda bila anda tua nanti, dan tunjukankan keikhlasan anda dalam membantu tugas-tugas isteri anda kepada anak-anak anda yang lain agar mereka mengkagumi anda sebagai suami yang bertanggungjawap kepada keluarga. Beringat contoh sebagai teladan, tunjukkan cntoh yang baik kepada mereka.
Sedarlah wahai semua lelaki zaman sudah berubah, zaman suami duduk menjadi tuan dirumah sudah lama berakhir. Sekiranya anda tidak berubah, pasti lelaki akan menjadi tidak relevan di kemudian hari – inilah yang dimaksudkan golongan yang berkualiti kini telah berkurangan. Bagi lelaki yang ingin berpoligami, cerminlah diri anda tujuan utama anda berkahwin lebih dari satu. Sekiranya anda lelaki yang hebat dihormati isteri dan anak-anak pasti mereka akan faham dan menyokong tindakan anda, sekiarnya banyak tentangan fikirlah sedalam-dalamnya. Nabi amat suka dengan umatnya yang ramai namun sekiranya perkahwinan hanya menghasilkan generasi yang tidak berkuliti apakah ertinya bagi anda sebagai seorang muslim.
Saya pernah berkenalan dengan seorang lelaki berbini dua dan masih mempunyai keninginan beristeri tiga. Dengan anak berjumlah sepuluh orang, adakah anda pasti ia akan bersikap adil ? dan masih mampu ? lelaki hanya mengukur kemampuan seksual melebihi perkara lain sedangkan kemampuan diukur dari pelbagai aspeks. Fikirkan masa berkualiti yang perlu diberikan kepada setiap orang anak dan juga isteri-isteri anda, sekiranya difikirkan manakan mampu. Tetapi begitulah lelaki, sekiaranya lelaki itu sedar akan tanggungjawap mereka tidakan mampu mereka memilih untuk berkahwin lebih dari satu. Jadilah suami yang dihormati, sanggup berubah dengan mengorbankan kepentingan diri demi keharmoniam keluarga dan sayangilah isteri dan anak-anak anda sebagaimana anda berharap mereka akan menyayangi begini bila anda tua kerepot nanti. Lelaki jangan lupa, kebanyakan anak perempuan bertanggungjawap kepada ibu mereka, mengapa anda tidak sedangkan syurga anda sibawah tapak kaki mereka.
Wanita dijadikan dari tulang rusuk sisi lelaki, bukan dibawah dan bukan di atas. Mereka adalah pelengkap bagi kamu. Tulang adalah keras berlembutlah dengan mereka, sekiaranya anda berkasar maka patah ia. Tanganilah mereka dengan bijaksana, kerana hanya yang bijaksana akan mampu merasai kehangatan cinta seorang wanita. Janganlah kamu ego kerana nafsu mu yang satu kerana tuhan telah berikan 99 kepada mereka. Janganlah kamu bebani mereka dengan ketidakmampuan kamu, berubahlah…Hijrahlah untuk mengelakkan kepupusan.
Popularity: 10% [?]

Processing your request, Please wait....
laaa…berjela-jela writing kauu..tadi kat berita da siar besar-besaran seorang suami mendapat restu 3 isteri dan 18 anak-anaknya untuk memohon pejabat syariah untuk kawin ke-4.gaji rm1500 sebulan.ha orang tv tanya bini tua kak tak kisah ok je ngan 2 ekor lagi..yang laki orang tv tanya malu nak jawab..kalau aku kata.. kau tak malu ke dah ada tiga benda besar cawan tu tak puas lagi nak bikin jadi teko ker..angin aku nengok orang melayu bangga bole buat usaha2 yang negatif gitu..tv lak pesal tak interview yang datang nak settle perkahwinan yang macam neraka…tu la yang dikata orang dalam dunia depa ni ingat yang indah2 je hilang malu..rasanya blog ni dah jenuh bagi contoh dan penulisan dari org yg bertauliah malah membuat kajian tentang permasalahan poligami namun ada juga kelompok yang suka memberi berita seolah secara inteleknye its ok for it to happen…gerammm..sape la punya sedara-mare yang sanggup menjatuhkan martabat wanita ke longkang yang begitu dalam.put aside pasal religion semata tapi kalau atas nama hak asasi seorang insan adakah adil diperkotak katikkan begitu mudah dan murah…memang dia rela… dalam tak rela… dia saje menelannya.ye la yang nombor satu nampak cam da menopouse, yang kedua dah bersalah pada yang pertama,yang ketiga kau pun same perampok laki orang apa nak dikato…
Like or Dislike:
0
0
ayuh pasang body guard siap-siap agar suami tak kena rampok…siapa berani mampir tembak dia
apa lagi boleh buat nak elak suami dari kena rampok???
Like or Dislike:
0
0
setuju dgn artikel ini.. saya rasa memang benar situasi zaman sekrg.. so mudah2an sama2 kita didik anak lelaki dari sekrg supaya tidak ketinggalan zaman..
mamagrill, tindakan lelaki dlm berita itu tidaklah saya sokong.. mcm mana bab tanggung bini yg wajib tu?? eish2.. ada bussiness luar ker?? tetapi kita kenalah tanya sendiri isteri2 dia adakah mereka “terseksa” atau benar2 bahagia..
Like or Dislike:
0
0
miowwww gerr fire kena dengan nama pena kau hati aku memang terbakar abis…yang saya praktikkan setiap kali suami ngusik ke gurau ke..pasal tambah cawan ni saya kata saya pun nak rasa tongkat ali lain..ape2 yang lain dari yang dia mampu beri saje sakitkan hatinya sebab sebagai isteri hanya kita yg tahu dan menanggung derita tika makan bubur nasi ari2,cucur bawang tiap petang,anak togok air sirap ganti susu..kalau tak balas segala keperitan yang diharungi bila kewangan dah ok bilamane boleh lepak kat Cozy Corner bila2 lapar jadik tolong la pasang balik filem-filem waktu duka dihina keluarga,bila balik kampung jadi beban tumpang makan minum anak2,call tanya khabar pun da takut2 kita pinjam duit..itu jam kalau ada anak buah yg ilang duit raya terkumpul kita anak beranak mula kena sparring..maklum orang susah mesti mencuri tapi waktu senang duit ringgit kita yang meluncur macam bunggee jumper settlekan lauk pauk khenduri yang ter…short,sponsor pelamin dan duit minyak sedara mara..baru la terbukak kepala hotak orang yang lulus universiti tu dia yang begaji tetap pun tekemut2 nak hulur kat orang tua..hubby lak da jeling semacam.hidup ni bila tersepit yang kita nampak muka kt suami isteri dan mata polos anak2..tapi bila da berduit skit je bukan banyak sangat pun mula la kekawan tak berpaedah mendekat ajak join yang bukan2 lama2 dari mula lepak teh tarik benda lain pun ikut tertarik…bagi saya tak mahu meletakkan apa syarat dan sekatan kalau nak buat tu kalau rasa senang nak padam segala adengan2 yg menyakitkan jiwaraga atau boleh ilangkan parut2 yang terbukti masa keja lebih dari bangla kat bengkel dulu sampai2kan la hati dan nafsu,memang agama tak melarang namun Allah s.w.t tu maha kaya dengan mengurniakan kita akal dan fikiran untuk menilai sebelum bertindak…namun godaan nafsu mulut cawan apa la kita nak tahan..mohon dilindungi keluarga ini hendaknya..
Like or Dislike:
0
0
mamagril… salah satu doa makbul tu adalah dari isteri kepada hbnya… doa la sungguh supaya Allah memberi hidayah dan petunjuk supaya hb tu bertaubat…
apa yg mamagrill alami tu, namanya KEHIDUPAN.. dah kehidupan, automatik ada UJIAN.. buat mama dan hb yg tgh lupa tu… ada kala lupa terus, ada pula yg tersedar dan kembali mcm amy search misalnya..
sama-sama lah kita mengadu kepada-Nya.. mungkin sblm ini kita lalai, dan ini sekadar ingatan dari-Nya, agar kembali..
semoga hb mama Allah kembalikan hatinya dan ingat mati serta berhenti berkawan dgn org2 tak guna lagi merosakkan tu.. nauzubillah…
Like or Dislike:
0
0
Quality dari segi apa, segi rupa,tggnjwb, amanah, perihatin, ekonomi, kerjaya, amal ibadat?
mcm mana nak scale perfectionist ni?
Like or Dislike:
0
0
Sy suka artikel ini. Smuga ia mjadi panduan utk lelaki2 melayu d luar sana. Spesis jenis ini mungkin dh hampir pupus..
Sy ada 3 org anak lelaki yg Alhamdulillah.. tampan mcm suami sy. Umur 13thn, 12thn dan 8thn. Alhamdulillah, setiap waktu solat semasa d rumah mrk solat bjemaah. Baca yasin 1 kali seminggu seboleh2nya pd. setiap mlm Jumaat. Pergi kelas Fardu Ain & mngaji di Al Manaar serta kelas Tahfiz kanak2 di UIA. Kdg2, bila suami ada di rumah, dia turut mengimankan kami smua.
Mmglah setiap hari ada nakalnya anak2. Budak2 lelaki mmg lasak. Gaduh adik beradik, damai juga akhirnya.. Tp bila kita pantau secara kerap, sulami dgn nasihat, bagi diorang seronok jadi anak2. Biar mrk belajar nilai2 kehidupan dgn kita. Realiti sebnr bkn fantasi.
Smuga anak2 ku sentiasa dilindungi & drahmati Allah. Amin, Ya rabbal alamin..
Like or Dislike:
0
0
Memang ya…sekarang ni susah nak jumpa lelaki yang sempurna.
Kebanyakannya hampeh…tanguungjawab kurang, banyak bergantung pd isteri. Lupa agaknya akan amanah yang Allah bagi kat dia orang ni.
Ego tinggi…hhmmm….susah2.
Padahal kalau diikutkan pompuan ni nak sangat si suami yg bimbing dia orang tapi last2 apa pun tarak…akhirnya si pompuan jugak yg menderita… lagi satu lelaki ni tak reti nak berperihatin..tak peka langsung masalah anak dan perasaan bini…
Habih camner?????
Like or Dislike:
0
0
dapat sms sesat dari pucuk muda.ingat ke ikhlas rupanye2 sms ada agenda ade ke cite masalah dalam kelambu tanpa kenal ati budi kita..nak try…pancing..entahla..agaknye ini yg terjadi bila wife starts affair..tapi nape la lelaki ni masalah pokoknye itu je wife tak bagi servis baikk punye pas tu amik lesen goda anak dara orang ke..bini orang ke..takkan dalam otak ingat benda tu je yang bole buat rumahtangga bahagia…
Like or Dislike:
0
0
tak semua mama lelaki mcm tu… tapi memang ada yg species mcm tu hehehe..
tapi kalau terjumpa species mcm ni, sila beritahu nama, alamat, kalau boleh gambar, kepada semua kaum perempuan supaya menjauhi makhluk perosak ini..
juga wanita perampok heeh
Like or Dislike:
0
0
minta pendapat semua;
Saya dah jumpa guy yg ade kualiti tapi dia lak ramai kwan perempuan.. dia nak berkawan je buat masa ni so dia boleh dipercayai ke?
Blog dia http://ed.smibiz.com
Like or Dislike:
0
0
tak salah klu kte ade teman lelaki yg ade rmai kwn perempuan…kte jgak mesti ade ramai kwn lelakikan…klu rse die blh dipercayai,mka blhlah dipercayai,tapi klu rse x blh,xyah percayakan dia…abis cerita..
Like or Dislike:
0
0
saya ada ramai kawan lelaki,tapi semua x boleh percaya..sekarang saya dah x prcaya pda leleki agi…sya x beberapa suka leleki yang ego die tinggi…yang ramai leleki yang sempurna kat dunia ini,yg ada pun cuma beberapa org aje…semua x boleh pakai…
Like or Dislike:
0
0