14 Janisu rumahtangga pemerhatian; sekadar melontarkan pandangan !


Saya perkenalkan nama saya dengan nama singkatan Dora dari nama penuh Fedora. Usia saya pada tahun ini menginjak 38 tahun. Saya mendirikan rumahtangga pada tahun 2004 dan kini mempunyai cahaya mata 2 orang perempuan dan bakal menimang cahayamata ketiga menurut kiraan doktor pada April 2012 insyallah.

Secara telus saya mengakui tiada rumahtangga yang tidak berdepan dengan badai dan cubaan. Dari pemerhatian saya perasaan sangat memainkan peranan mencorakkan suasana rumahtangga. Keupayaan mengawal perasaan dan kemampuan memikirkan akibat membantu ahli rumahtangga daripada melakukan perkara salah dan bodoh. Sekiranya kesalahan dan tindakan bodoh ada dibuat tetapi keupayaan mengawal perasaan dan kemampuan memikirkan akibat mampu menjadi sebab untuk tidak meneruskan kesalahan dan tindakan bodoh tersebut.

Saya dapati keharmonian rumahtangga itu tergugat oleh satu isu perdana dan isu perdana itu menimbulkan isu-isu lain yang menjadikan satu masalah itu semakin rumit. Contohnya masalah kehadiran orang ketiga; kehadiran orang ketiga menimbulkan isu-isu lain seperti mengkesampingkan perhatian dan tanggungjawab pada ahli keluarga. Malah ianya mengkesampingkan tanggungjawab kepada diri sendiri dan tentunya memberikan juga kesan buruk pada kerjaya dan hubungan masyarakat.

Isu-isu ini dilalui dengan memberikan bebanan buat akal fikiran dan mencorakkan perubahan perasaan.  Kepada mereka yang menempuhnya tentu maklum dan bersetuju dengan kenyataan ini. Untuk keluar dari kemelut atau permasalahan rumahtangga tidak hanya dapat dilaksanakan oleh satu pihak kerana yang terlibat itu ialah dua jiwa. Suami dan isteri itu kedua-duanya hendaklah bersepakat untuk mengedurkan kekeruhan dan memperbaiki keadaan.

Sekiranya hanya satu pihak yang ada initiatif, besar kemungkinan akhirnya ia akan berkesudahan dengan penceraian atau mungkin tidak berlaku perceraian  tetapi gagal menikmati kebahagiaan rumahtangga sehinggalah mati.

Saya tidak ingin mengketengahakan solusi kerana solusinya sememangnya diketahui oleh sesiapapun yang berumahtangga. Tidak ada gunanya memperkatakan sesuatu yang telah sedia diketahui. Ingin menekankan disini perasaan dan pemikiran mencorakan sebahagian besar arah dan kebahagiaan rumahtangga.

Oleh itu kemampuan OLAHRASA sangat utama bagi mereka yang telah dan akan memasuki alam rumahtangga sebagaimana mustahaknya OLAHRAGA menjadi sebab menjaga kesihatan tubuh badan maka OLAHRASA pula dalam membentuk kebahagiaan hidup yang usul utamanya ialah jiwa.

Saya memohon maaf kerana tulisan ini tidak ada memaparkan sebarang kisah untuk dijadikan santapan pembacaan seperti kebiasaannya dan hanyalah sekadar melontarkan pandangan untuk dikongsi dan mudah-mudahan ada kebaikkan untuk saya dan semua.

Semoga segala kesalahan kita diampunkan oleh Allah dan kita semua dibukakan jalan untuk beroleh kebahagiaan dunia akhirat. insyallah. allahu’alam.

 

 

 

 

 

 

 

 

Popularity: 1% [?]

Processing your request, Please wait....

One Response to “isu rumahtangga pemerhatian; sekadar melontarkan pandangan !”

  1. syifa says:

    setiap masalah ada jalan penyelesaian..x kira ler camane caranye..bila dh cuba sedaya upaya tapi buntu juga,ingat la ini adalah ujian ALLAH,.bykkan mengingatiNYE,bersabar dan muasabah diri,jgn cepat melatah,ini adalah pahala yg ALLH nk beri pd hamba yg beriman.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.