14 JanMenerima Poligami?


Saya telah membaca satu thread yang berkenaan bagaimana untuk dapat menerima poligami. Dora selagi lagi ingin meluahkan pandangan tetapi ianya khusus berkenaan penerimaan terhadap poligami.

Susah malah pada umumnya sangat sukar untuk wanita untuk menerima dirinya di madukan. Isteri yang berada pada posisi ini yang tahu kesukaran yang ditanggung oleh akal fikiran dan perasaan. Lelaki yang kita rasakan milik kita itu kini dikongsi pula dengan wanita lain. Bukan suatu yang mudah untuk menepis bayangan kemesraan suami bersama madu.

Tidak ada yang mampu menangani sakitnya jiwa dan kekeliruan akal ini sendirian. Kerana itulah wanita yang dimadukan ini mencari jalan untuk mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh jiwanya. Kehadiran teman-teman senasib atau berada dalam lingkungan teman yang memahami walaupun tidak senasib setidak-tidak dapat dijadikan tempat mengadu untuk mengurangi penderitaan jiwa itu. Berbagai cara dilakukan antaranya memberikan perhatian penuh kepada anak-anak, kepada karier atau apa sahaja yang dapat membantu mengalihkan rasa sakit dijiwa itu.

It will remain as it is sehinggalah Allah jua yang memperkenankan untuk membebaskan penderitaan jiwa itu. Seperkara lagi saya melihat menolak poligami itu sendiri di kalangan wanita adalah kerana ketidaksanggupan perasaan dan fikiran untuk melaluinya dan itu sememangnya lumrah.Dari segi hukum hakam saya percaya mereka yang telah dididik dengan agama tentu sahaja tahu hukumnya dan mereka itu tidak mempertikaikan hukum Allah. insyallah.

Popularity: 1% [?]

Processing your request, Please wait....

Comments are closed.