29 Aprayat syahdu


ketika berehat di R & R , kami duduk2 minum sebelum menyambung perjalanan pulang. Belakangku sakit dari malam sebelumnya hingga sukar nak menoleh ke kiri. Lalu ku minta suamiku urut sikit kut mahu kurang sakitnya. Seperti biasa dia memang tak pernah menolak  :-)

Lama2 kami perasan ada seorang kakak cleaner tersenyum simpul sambil menyapu dan memandang ke arah kami. Lalu suamiku menyapanya ramah ” kenapa kak senyum?” 

“untuuuuung dapat suami macam ni”, balasnya sambil memandang kami. Aku pun tersengeh-sengeh sebab memang rasa beruntung pun.

tak ku sangka, suamiku menjawab sambil tersenyum juga ” saya pun beruntung dapat isteri macam dia….”  Aku dapat rasakan keikhlasan dalam suaranya.

ku toleh pada suamiku, terkejut tapi seronok dan bersyukur mendengar jawapannya.  Sampai hari ni aku masih tersenyum bila mengenang peristiwa itu. Mudah-mudahan kebahagiaan kami berkekalan dengan rahmatNya. Amiiin…..

Popularity: 3% [?]

Processing your request, Please wait....

One Response to “ayat syahdu”

  1. serifajar says:

    alhamdulillah,rajin2lah ke forum memeriahkan suasana yang kelam.. agar setiap sudut di liputi cahaya gembira bukan cahaya yang gelap..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.