30 Aprpencari cinta


Di jembatan Charles (Bridge) yang merentangi Sungai Vlatava menghubungi kedua2 kota baru dan lama Prague yg terkenal dengan seribu menaranya, beberapa gadis gibsi  yg kusut-masai menjual cermin muka sebagai cenderahati. Ramai pelancung yg kalau tidak membeli, setidak2nya cuba melihat apa yg ada dalam cermin muka itu! Lalu mereka ‘ternampak’ diri mereka sendiri!   

Siapa yang tidak menyukai sebuah cermin dan apabila melihat kedalam cermin itu mereka ‘jatuh cinta’ kepada bayangan dari sifat dan pencapaian diri sendiri?  

Romeo mengatakan, “Seluruh dunia ini adalah penjara cinta”..maksudnya cinta adalah tawanan keindahan/kecantikan. Keindahan menampak, ia tidak bersembunyi. Tetapi kawan kita ini kehilangan hakikat sejati dirinya. Dia menganggapkan kulit jasad ini adalah sebuah wajah dan cermin itu selubung sebuah cerminan wajahnya.  Kawan kita ini sangat lah berbeza dengan Bette (yg jatuh cinta pada Belle; dalam Beauty and the Beast) yang diselubungi oleh hasrat dan impian mereka.  

Kemudian Juliet berkata “Betapa tololnya lelaki. Perempuan cantik manakah yg tidak diidamkan lelaki?”. Oleh kerana itu… alangkah lebih baik kecantikan itu menyembunyikan diri, agar tidak menggoda lelaki!.. 

Di Paris pula, kota yg tersohor dgn ‘besi buruk’* itu, tak seorang pun jatuh cinta kerana di Paris ada terlalu ramai perempuan cantik.  Sungguh! Tindakan mereka melihat kecantikan** itu lalu memancang hati kepada mereka… tetiba mereka terlihat ada yang lebih cantik lagi…lalu yang pertama di lupakan.  

Jadi tidak ada pencinta bagi keindahan di Paris. Tetapi ada ‘pecinta Paris’ itu sendiri. Pencinta itu melihat ada banyak kecantikan di tanah kota itu. 

Bien que parfois je me demande*** …. ‘Paris kita’ bukanlah kecantikan. Kerana kecantikan kita terselubung dan di sembunyikan. Yg tidak terselubung ialah keburukan. Keburukan menunjukkan wajah dan ternampakan.. Setiap wajah yang kita lihat dan dapat kedamaian, menuntun dan mendorong kita menuju kepada yang lebih cantik lagi, sehingga kita melupakan yg pertama, yg kedua.. ketiga… keempat dan kesemuanya.  Ia berterusan, tanpa berhenti sehingga kita mengenali keindahan yang abadi………..ie Yang Maha Cantik. 

* eifel towel! <<tolong check ejaan ku>>.       ** kita boleh melihat perempuan Paris yg cantik (dgn memperagakan berbagai2 fesyen yg pelik2) lalu lalang apabila duduk santai di sidewalk café sambil minum2 kopi!      *** Kekadang aku berfikiran..

Popularity: 2% [?]

Processing your request, Please wait....

Comments are closed.