05 MayIsnin


Dalam perjalanan balik dari ofis aku singgah di restoran feveret aku. ”Hari ini tak beli lauk?”, tanya Ati sambil menceduk gulai lemak cili padi ikan merah. Dia mengikat leher karung plastik berisi gulai itu dengan kemas.”Gulai sahaja lah, dik. Lauknya dah ada”, kataku dan membayar dengan harga 50 sen. Yea. Siapa sangka dibumi bertuah ini cuma hanya dengan 50 sen sahaja kita boleh membeli santan kelapa, asam keping, kunyit, serai, garam, cili padi, air, api, upah kacau dan aura ikan merah kesukaan aku.

”Dah jenuh makan di kedai hari-hari?” Tanya Ati, macam lah dia tahu perasaan aku.

”Memasak jugak di rumah tu, tapi stail simpel2 je lah. Lagi pun tak tahan makan kedai hari-hari”

”Yer lah. Kata orang kalau tinggal sensorang, makan nasi panas dengan kicap pun sedap juga, kan?” 

Dari restoran itu singgah tempat Aseng, di sebuah selekoh tepi jalan menghala kekawasan perumahan aku. Aseng menjual ikan segar. Ikan yang baru di sampai dari laut yang berdekatan. Aku beli seekor ketam bunga gred A. Masih biru lagi bunganya. Aku pilih yang betina kerana lebih banyak isinya. Tetapi awas membeli betina yang sedang bertelur! Takut telurnya lebih berat dari isi. ”Satu ekor cukup ke untuk sekeluarga tuan?”, tanya Aseng menyebok. Beberapa pelanggan lain memerhatikan aku dan aku tahu yang lain2 itu pun sama menyebok ’pasang telinga’. ”Cukup Seng! Nanti saya kerat 24 lah”, sahut aku. ”Ai? Macam beli ayam buat kenduri  je?”, terdengar suara dari celah2 ramai orang disitu. Seorang suri rumah sudah ketawa mendengarkan celoteh kami. 

Usai solat magerib. Aku panaskan gulai yang dibeli petang tadi. Tetiba kedengaran Si Nokia ku berbunyi. Pasti isteri aku yang membuat panggilan. Time-time macam ini memang dah rutin.. nak pastikan aku ada dirumah,kut?

”Dah diner?”, tanya isteri aku.

”Tengah masak lah ni..”, gulai yang aku tanak dengan api yang kecil sudah mendidih, dan sang ketam yang telah dicuci dengan bersih dan di kerat dua tadi di masukkan kedalam gulai itu. Biasanya kalau aku masak dan perlu merujuk kepada resipi atau petua2, aku akan call isteri aku. Dia adalah chef yang tersohor didunia.

”Lauk apa malam ni”, tanya isteri ku lagi.

”Gulai ketam lemak cili api..”, bunga ketam itu mulai bertukar kemerah2an tanda isinya sudah masak. Well, semua jenis protein akan lengai pada suhu 42oC.

”Pandai! Kacau gulai itu sentiasa, kalau tidak pecah santan dan nanti gulai berminyak”, kata dia lagi. 

Salah satu sebab mengapa aku tak larat makan di kedai ialah masalah kesihatan. Aku sensitif kepada belacan atau apa sahaja makanan yang mengandungi udang. Maklumlah, penjual makanan biasanya membubuh ‘racun’ itu untuk menaikkan selera makanan yang mereka jual. Dalam peti sejuk aku, tersedia sebotol sirap antihistamin, yer lah kalau badan2 rasa miang atau gatal2, aku akan hirup satu camca untuk menghilangkan rasa miang dan gatal itu. Walaupun ahli farmasi kata dosnya satu sudu, tapi sudah memang dasar aku yang degil, aku ikut suka hati dos apa yang aku suka nak pakai. Lagipun boleh jimat. Kalau makan sesudu, cepat lah habis nya..

Popularity: 1% [?]

Processing your request, Please wait....

3 Responses to “Isnin”

  1. anak sedara tokey restoran says:

    org2 camni la yg merugikan pak sedare aku, kedekut nk mampus, ada ke patut beli kuah jer, banyak la alasan alergi sepi. Nasib baik pak sedara aku tak letak aku sebagai cashier kalu tk dah sure aku charge 8 henggit kat org kedekut camni.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. mamagrill says:

    Betui kata hang…memang la kalau nak jimat beli kuah jer..tak beli lagi jimat ker..ker…da la pak tokey tu kena belanja 100% untuk kos kuah and service bawak mangkuk takpe gak…da alergi…. kuah lagi pati alergi…kuar..kuar…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. ayang says:

    heheh idea kita serupa, ketam lg mahal..

    saya selalu jugak buat cam tu masukkan buah tomato dan telur, sedap, dan kulit pun cantik..

    lain kali u beli kuah kari lagi best buat kari telur ke kari ayam ker atau kari ikan ker pas tu makan dgn roti nan.

    selain jimat masa jimat duit dan…..cepat kaya

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.