12 JunBilakah berakhirnya derita ini….


Salam untuk semua…Hari ini aku punya semangat baru….tahu kenapa? Kerana ruangan dcck ni le..Ingin juga aku kongsikan apa yang aku tanggung selama bersama teman2 dcck ini..kerana kalian punya kuasa sebagai motivator yang baik…Tahniah..

Sebenarnya sudah lama aku menanggung penderitaan ini…Kisahnya berkisar begini…

Usiaku belum mencecah ke angka 30 tahun..tapi pengalaman hidup yang aku lalui selama berumahtangga benar-benar menjadikan aku seorang isteri yang matang…Usia perkahwinan kami sudah menjangkau 10 tahun…kami dikurniakan 3 orang cahaya mata…Aku punya kerjaya sendiri…Sepatutnya aku sudah boleh hidup bahagia tanpa sengsara..Tapi hakikat kehidupan tidak akan ada noktahnya selagi nadi ni tidak terhenti…. 

Aku memegang status isteri sewaktu usiaku masih muda…Di mana tika itu aku masih belum menghabiskan pengajian di peringkat universiti…Namun ketentuan dan takdir Tuhan tak mampu untuk kami tangguhkan…Kami bersatu atas dasar sayang dan kasih….

Betullah kata orang, kahwin di usia muda banyak liku-liku dan ranjau yang harus ditempuhi… Hidup aku derita ….Namun aku masih bersabar hingga ke saat ini kerana aku tahu setiap ujian yang diturunkan buat aku hanya untuk mendekatkan aku denganNya….Aku redha dan seolah rela dengan setiap yang terjadi ke atasku kerana aku juga berpegang bahawa Dia sentiasa bersama umatnya yang lemah. 

Hari-hari yang ku lalui seolah duri yang terpaksa ku pijak untuk menjadikan aku sesabar ini… Suami…insan yang paling aku puja walaupun hakikatnya dia tak  patut ku belai…tapi, atas dasar aku, isteri dan dia, suami…aku akur dengan takdirnya..Walaupun sudah banyak saranan dari orang-orang di sekelilingku untuk aku biarkan dia sendirian……dan aku dengan caraku…kerana aku mampu..

Sewaktu usia perkahwinan kami mencecah ke angka 3 tahun…aku di uji…Ada suara luar yang membisikkan bahawa dia sudah punya kekasih…Namun semua itu tak aku terima bulat-bulat tanpa bukti yang kukuh…Tapi..tidak di suatu hari segalanya terbongkar….Aku bertanyakan tentang hal itu…kami bergaduh…Sejak dari hari itu hidup diriku tak sempurna lagi di mata suami..Ada saja salah..Hari-hari yang ku lalui terasa kosong…Sehinggakan di suatu hari…kami bertengkar sehingga dia sanggup menendang perutku tatkala itu aku mengandung 2 bulan..dan akhirnya aku keguguran..Hanya Tuhan yang tahu perasaanku tika itu…..Dia mengaku dan rasa bersalah terhadapku..dan berjanji untuk meninggalkan perempuan itu…Tapi betapa bencinya aku tatkala itu pada dia…kerana dia sanggup lakukan segalanya hanya kerana mengikut nafsunya…Dia berjanji akan berubah..Aku bersyukur dan berterima kasih pada Yang Maha Esa…

Tapi segalanya pura-pura…Dia hanya ingin memujuk hatiku yang derita…

2 tahun berlalu, dia yang ku sangkakan benar-benar berubah, sebenarnya telah membuatkan aku tambah gila….Rupanya dalam diam aku bermadu…Dia sanggup  hidup berpura-pura….Alangkah hancur dan deritanya aku saat itu….Namun aku nekad dengan sisa-sisa kekuatan yang ada, aku igin keluar dari penderitaan ini…Aku mahu hidup sendiri, hanya bersama 2 puteriku…aku mampu untuk menanggung mereka dari aku terus derita…Namun…Tuhan masih tidak mengizinkan aku untuk memegang status janda…Suamiku rasa bersalah…amat-amat bersalah…dia tak sanggup untuk lepaskan aku dan anak-anak…Lantas perempuan baru itu ditinggalkan….

Tahun beralih angka….Hidup kami bahagia…Kehidupan kami bertambah senang…Apa yang tak mampu untuk aku miliki sudah berada di tangan sekarang….Tapi langit tak selamanya cerah….Mungkin dasar namanya lelaki apalagi suami yang berkedudukan….ada saja perempuan yang ingin menghancurkan..Kenapalah perempuan ni…sanggup membuatkan kaum sejenisnya tanggung derita…Tapi kali ni lebih hebat..Dugaannya lebih kuat..Ujiannya cukup membuatkan aku rasa kerdil dan terpaksa berserah… 

Kali ini aku diuji lagi….Suamiku buat perangai lagi…Kenapa dia tak pernah bersyukur dengan apa yang ada..menerima takdir Tuhan seadanya..Aku…ikhlas aku katakan terkadang aku terasa amat menyesal memilihnya sebagai suami..Namun apakan daya..takdir Tuhan tiada siapa yang mampu untuk ditewas…Aku akur dengan ketentuanNya…Selagi bernama isteri dan ibu kepada 3 orang anak, aku harus tabah dengan dugaanNya.

Kali ni dengan stafnya sendiri…Sebenarnya aku yang setuju untuk mengambilnya bekerja dengan suami..kerana memikirkan dia sudah bersuami dan punya 2 anak…Bersimpati dengan nasib perempuan itu, yang mengalami masalah kewangan untuk menyara keluarga kerana suaminya hanya pekerja kontrak.Aku mudah simpati pada nasib orang susah….

Tapi….kepercayaan yang ku beri pada suami sekali lagi punah…Dalam diam dia punya hubungan dengan isteri orang…Perempuan bodoh tu sanggup untuk menduakan suami..Hati siapa yang mampu bertahan dari menangis sekiranya orang yang aku sangka susah rupanya ada niat jahat…Pada suami ku mohon penjelasan, tapi ternyata perempuan bodoh tu mampu untuk menguasai dia..Ikhlas aku katakan kalau nak dibandingkan dngan aku…tiada seinci tempat pun yang lebih….

Tapi bila cinta menguasai diri..suami aku jadi buta..Kisah duka aku berulang lagi…..Kali ini lebih teruk…Diriku di sepak terajang….untuk memenangi perempuan bodoh tu….Sampai hari ini pun, masih ada kesan parut dimata aku akibat tumbukan sial dari suami pencinta isteri orang…Pernah sekali aku bersua muka untuk mendapatkan penjelasan sendiri dengan perempuan bodoh tu…tapi apa yang aku dapat hanya titisan airmataku sendiri..Dia dengan sombong dan ego menyatakan yang dia memang mahukan suami aku…Bayangkan kalau kalian berada ditempat aku tika itu….

Pulang saja suami di rumah aku ceritakan segalanya..Betapa perempuan bodoh itu jahat..tiada perempuan lain yang pernah aku jumpa sejahat dia….Namun, ternyata penangan orang bercinta tak dapat dikawal…Dia menyebelahi perempuan bodoh tu….Katanya yang salah aku!!!!!Pada Tuhan aku memohon agar aku diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan ini….

Akhirnya….tahu apa yang aku tahu…perempuan bodoh tu sanggup meninggalkan suami dan anak-anak untuk bersama suami aku…Keluarga perempuan tu tidak sanggup menerima keputusannya itu, lalu dia disisihkan…Mengapa ada perempuan sejahat itu… 

Betapa aku derita dan sengsara tiada sorang pun tahu..termasuk keluarga aku sendiri apalagi kawan-kawan..Aku tak mahu orang tahu yang aku sekarang hidup dalam sengsara…Dengan watak peribadiku yang kelakar dan mudah mesra, ini membuatkan mereka di sekelilingku tak tahu apa yang aku tanggung ini..Biarlah ia berterusan begini…..

Tahukah kalian hidup aku sekarang…? Aku bermadu lagi..Suamiku menikahi perempuan bodoh tu di selatan Thailand….Akhirnya mereka bersatu juga..Tapi aku berserah pada takdirNya…Walaupun aku benci dan memang rasa teraniaya…tapi apa yang mampu aku buat…..Benda dah jadi..Siapa aku untuk menolak ketentuan Tuhan….Kehidupanku hanya bertemankan derita dan airmata….

Suamiku terasa bersalah padaku….tapi bagiku segalanya suratan…Dia rasa berdosa padaku..Dia mula bersimpati dengan apa yang aku alami…setelah aku redha dengan takdir hidup ini….Aku menerima perahwinannya…Dia menangis…menyesal dan berterima kasih kerana paham kemahuannya…Sebenarnya aku sakit hati dan rasa ingin mati tapi aku hanya makhluk kerdil di bumi Tuhan ini…Hidup aku takkan ada cerianya lagi…Tapi aku tetap tahu..Tuhan takkan biarkan nasib aku terusan begini…Hidup ini terlalu singkat…. aku cuba gembirakan anak-anak walaupun derita dalam hati tiada siapa yang tahu…..

Untuk pengetahuan kalian….kini setiap malam suami ada bersamaku…..Aku tahu dia ada pergi berjumpa dengan perempuan bodoh tu..tapi biarlah, dah namanya  bini…,mesti ada yang nak dibuat…Dia tak pernah pun meninggalkan aku walaupun sehari…..Tentu kalian boleh pikirkan apa yang perempuan bodoh tu rasa? Padan muka dia kan…Rasaka apa yang aku rasa dulu…Sewaktu suami angau bercinta dengannya….Dah ambik hak orang..tanggunglah sendiri..Tapi aku terkadang terasa bahagia sendiri sebab suamiku tidak pernah membiarkan malamku kesunyian,….

Ya Allah…aku bermohon padaMu agar kau tunjukkan jalan bahagia buatku….Kau bukakan pintu hati suamiku agar dia sedar apa yang dia buat sekarang salah……Kau berilah nikmat kegembiraan dalam hati kami…Amin…

Pada kalian aku berharap dan mohon nasihat dengan tindakan yang aku buat….dan andai ada jalan selesai untuk aku lari dari derita ini…… 

Popularity: 20% [?]

Processing your request, Please wait....

64 Responses to “Bilakah berakhirnya derita ini….”

  1. Teruskan bersabar…ramai lagi specis mcm ni kat luar tu tak dpt nak luahkan perasaan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. rosehitam says:

    Kesabaran ada batasnya… Suami ni ada bermacam-macam peelnya. Kadang-kadang baiknya hanya berpura-pura. Kaseh perlu tahu ni.. ada ke dia betul-betul sudah insaf atau hanya untuk mempermainkan hati kita… kalau lepas ini dia buat peel lagi maka hati kaseh akan lebih hancur lagi

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. mamamanje says:

    syabas kaseh!!! macamana ye kaseh ada kekuatan sebegini hebat.suami saya baru berdetik ade affair, saya dah serang rumah jande tu dengan bata, tarik rambut, malukan dia depan jiran.kalaulah suami i kahwin lain…..x taulah ape saya buat.agak2nya meletup dunia ni.bagilah saya panduan sikit……

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. Anastasia Lee says:

    Saya faham perasaan di lukai, kerna aku sendiri mengalami hal yg sama. bezanya saya tak ada anak.Kawan sekampung, sejak dari umur 7 thn yg juga saudara sendiri makan kawan.Mula-2 kawan, kemudian pakaian saya di pijam dgn dia. Betina sial tu pun sanggup dtg dari pahang ke kl bila aku tak ada di sana dan bermatian menipu aku dia ada di pahang bila aku tanya dia mana dia, Padahal dah tingal sebilik di rumahku. Bukan itu saja aku menangis-nangis minta dia tinggalkan suamiku dan begitu juga dgn suamiku supaya berterus terang tapi semuanya tak di endahkan. Betina tu lagi bangga dia dipilih, dan menghina aku bodoh.Aku tinggalkan jantung tax bertali. Ah… kini mereka dah ada anak betina, Aku doakan Tuhan mendengar semua doaku dan cepat memberi kebenaran agar mereka tahu kuasa Tuhan itu nyata. Saat ini aku hidup dgn hati yg bercecai. Kenapa kebaikan and kejujuran di balas dgn kekejaman????????…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. malinja says:

    kasih, cerita u sama dengan saya, apa yang u buat sama jugak. Tapi tetap berhati2 sebab pisang dah berbuah 2 kali.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. sha says:

    kenapa la ujian ini selalu diberikan kpd pihak perempuan yg kita sedia maklum perempuan ini jiwanya halus & mudah terobek dgn sikap2 lelaki yg x tahu menghargai kehadiran seorg wanita yakni isteri disisi mereka.

    Wahai kaum adam:-
    Hargailah org kita syg sementara mereka ada disisi kita lagi..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. nur baiti abdullah says:

    memang hebat dugaan yg kaseh lalui,kalaulah perempuan tu ibu tunggal dan kematian suami dapat gak kita berbaktipada mereka.ini dah terang2 masa bini ogr lg x jujur.kalau dia boleh buat pd bekas laki dia,x mustahil dia akan berlaku curang pa suaminya sekarang.kaseh tgu dan lihat.suami kaseh dah mula sedar cuma dia tu tgu masa je nk tinggalkan perompuan tu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. sha says:

    Hidup ini kita ibaratkan seperti roda adakalanye kita senang, bahgia & tiba suatu masa kita jadi sebaliknye. Kita tggu ape jadinya kpd perempuan yg dah berlaki lagi curang. Kalau kita lakukan kat org lain tak mustahil akan terkena pada batang hidung kita balik jika keburukan itu yg dilakukannya, melibatkan hati & perasaan org lain. Sha kekadang pelik, perempuan tu tak takut dosa & pembalasan drpd ALLAH S.W.T.

    Lu pikir la sendiri..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. malinja says:

    Tok…tok…tok… Tuan rumah, ada orang tak kat dalam? Tuan Umh pe kabar la ni? ada baik ka ? Harap2 lebih baik ye

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. ateh says:

    Sabar selalu…as Niko quote that in Surah Albaqarah….”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. Hope Allah blessyou..To Anastasia Lee…”Semuga sabar selalu…hummmsedih baca cerita you all…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. cendera kirana says:

    biarlah iman menjadi sandaran dalam kita membuat pertimbangan. angggaplah suami yang ada itu pinjaman daripada Allah. balasan di dunia ini pasti tiba kepada insan yang sering membuat petaka kepada insan lain. beri tumpuan kepada aktiviti yang boleh mengubat hati yang luka kerana awan mendung pasti berarak apabila tiba saatnya. janganlah terlalu mengharapkan kasih sayang daripada insan yang memang selalu mencipta alasan demi kepuasan nafsu sendiri yang juga akan surut apabila tiba saatnya. sesungguhnya, kekebalan hati dan perasaan mampu mengubat hati yang luka. biarlah masa merawatnya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. curve says:

    semoga dipelihara selalu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. norwati says:

    dalam banyak2 komen ni, pada pendapat saya komen nico yang baik begitu juga putera ensem yang memula, kalau tak mahu diuji, jangan duk dibuminya.
    Kita juga diuji mengikut kemampuan kita dan kesanggupan kita. dan ujian juga adalah untuk menentukan tahap keimanan kita serta kekuatan hati kita dan sejauh mana kita mencintai agama islam, Allah dan rasulnya.

    Dalam soal poligami ini, kenapa wanita yang selalu teraniaya semuanya ini kena balik kepada basics jua. Jadikanlah Rasulullah dan Aisyah itu contoh terbaik. Fikirlah dalam2, seandainay anda seorang wanita yang baik, yang solehah, buktikanlah, tunjukanlah anda contoh wanita yang baik hati dan terbaik bukan hanya untuk suami anda, bukan hanya untuk anak2 anda, bukan untuk menjaga airmuka keluarga anda, tetapi untuk menaikkan maruah anda didalam agama anda sendiri.

    Kelemahan dan kekurangan iman suami dan wanita itu telah terlihat oleh anda, tentu anda juga tidak ingin menjadi wanita yangs sejahat itu bukan?

    Biarlah Allah yang menilai seberat mana dosa dan kebaikan mereka, biarlah Allah yang membuat pertimbangan dengan seadilnya, maka kita juga tidak selayaknya untuk menghukum mereka (sesungguhnya hukum Allah itu lebih adil), janganlah kita mendoakan yang tak baik untuk mereka (kerana kalau kita doakan yang tak elok utk org lain juga adalah satu dosa).

    Saya nasihatkan, anda berfikirlah sedalam2nya, jangan kerana mereka berbuat dosa, kita pulak menghukum mereka denagn kejahatan (siapa kita di sisi Allah), tetapi kalau kita buat baik dan berbaik sesama Islam denagn ikhlas (itulah amalan terbaik yang akan Allah persoalkan bila kita mati kelak).

    Fikirlah sedalam2nya. kerana bila kita mati kita tak bawa suami (yang selalu berubah hati) dan anak2 (yang belum tentu mendoakan kita, apakah kita selalu mendoakan ibubapa kita?), harta juga akan ditinggalakan cuma amalan yang baik dan ikhlas dapat balasan yang baik. Ini adalah untuk kebaikan di akhirat bukan untuk didunia ini yang menjadi kepentingan kita sebagai hambanya.

    sekian, wasallam.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. bunian says:

    Puan, bersabarlah… sebenarnya terlalu banyak isteri2 yg teraniaya seperti kita, saya juga menderita spt kamu. Kadang2 terasa seperti hari ini juga nak lari dari realiti kehidupan ni, rasa nak pergi jauh2 tinggalkan semua ni… ramai suami2 yg zalim sekarang… mereka terlalu hipokrit demi nafsu serakah mereka. Mereka sanggup berbohong sampai mati, begitu jugak dengan saudara serta kawan2 baik depa, sanggup tumpang hipokrit demi menjaga persahabatan mereka. Memang sakit tak terkira, insan yg menanggug mcm kita saja yg tau betapa peritnya di kedudukan kita ni…

    Saya dimadukan hampir 12 tahun secara diam2, bayangkan hampir gila saya dibuatnya bila saya tahu suami ada isteri lain… walau sejuta ucapan cinta & sayang yg tak pernah lekang di bibir dia, tapi hakikatnya kasih sayang depa dah beralih arah… Cinta kita dah bertukar menjadi benci… betul kita rasa menyesal teramat apabila diperlakukan begini…

    kadang2 tefikir kalaulah suatu hari aku terjumpa betina sial tu, biar aku terajang sampai ke dinding! biar dia rasa sakit… tapi takut gak kot2 dia terajang balik aku ni mampus lak… bohonglah klu ada org kata buat2 sibukkan diri, kata mereka kita pasti lupa… tipu!!!! saya dah cuba sibukkan diri, tapi kepala otak kita ni x boleh nak tipu kita… tiada lagi ketenangan dalam hidup kita… walau terfikir ingin berpisah tapi kesiankan anak2…

    Tapi kenapa suami2 kita ni masa mula2 menikah dgn betina2 sial kat luar tu x fikir semua ni? pastu sedap2 saja kata menyesal than x bole nak buat apa dah… bila saya kata kat suami “abang yang cipta semua ni, abang yg buat jadi keluarga kita jadi mcm ni, bermakna abang bersedia untuk hilang i & anak2…” dia tak sanggup pula, dia suruh kita terima sebagai Qada & Qadar… org kedah kata takdir tengkorak hang! kenapa tak ceraikan betina sial tu dan jadikan itu sebagai takdir…. sekarang ni, apa yg saya buat, saya redah saja hidup saya ni…. saya masih jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Yg saya pasti, sebulan x tau berapa kali bergaduh! bila saya gaduh dengan dia… pasti dia akan sakit kepala, sampai kdg2 dia menangis punyalah sakit katanya… katanya macam nak tercabut biji mata… “inilah balasan yg tuhan bagi kat i sebab buat u derita! (itu kata2 suami saya setiap kali dia rasa menyesal) tau tak pa… walau saya tahu dia benar2 sayang saya tapi kasih sayang saya pada dia dah tercalar… hidup ni memang gila… kita buat dosa pasal suami cari musuh kat kita… kadang2 rasa macam nak cuba tengok, berpisah sementara… biar padan muka semua!!!! biar dia rasa tanpa saya pulak!!! bila saya tengok mak & ayah saya setia sampai hari ni, arwah bapa mertua yg setia pd ibu mertua sampai akhir hayat dia walau ibu mertua dah meninggal hampir 10 tahun tapi kesetiaan dia dapat dilihat…. kenapa dia x setia? Apa yg saya harapkan, suatu hari nanti betina sial tu akan menerima balasan dari Allah kerana merosakkan sebuah hubungan yg dulu benar2 bahagia…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.