12 JunBilakah berakhirnya derita ini….


Salam untuk semua…Hari ini aku punya semangat baru….tahu kenapa? Kerana ruangan dcck ni le..Ingin juga aku kongsikan apa yang aku tanggung selama bersama teman2 dcck ini..kerana kalian punya kuasa sebagai motivator yang baik…Tahniah..

Sebenarnya sudah lama aku menanggung penderitaan ini…Kisahnya berkisar begini…

Usiaku belum mencecah ke angka 30 tahun..tapi pengalaman hidup yang aku lalui selama berumahtangga benar-benar menjadikan aku seorang isteri yang matang…Usia perkahwinan kami sudah menjangkau 10 tahun…kami dikurniakan 3 orang cahaya mata…Aku punya kerjaya sendiri…Sepatutnya aku sudah boleh hidup bahagia tanpa sengsara..Tapi hakikat kehidupan tidak akan ada noktahnya selagi nadi ni tidak terhenti…. 

Aku memegang status isteri sewaktu usiaku masih muda…Di mana tika itu aku masih belum menghabiskan pengajian di peringkat universiti…Namun ketentuan dan takdir Tuhan tak mampu untuk kami tangguhkan…Kami bersatu atas dasar sayang dan kasih….

Betullah kata orang, kahwin di usia muda banyak liku-liku dan ranjau yang harus ditempuhi… Hidup aku derita ….Namun aku masih bersabar hingga ke saat ini kerana aku tahu setiap ujian yang diturunkan buat aku hanya untuk mendekatkan aku denganNya….Aku redha dan seolah rela dengan setiap yang terjadi ke atasku kerana aku juga berpegang bahawa Dia sentiasa bersama umatnya yang lemah. 

Hari-hari yang ku lalui seolah duri yang terpaksa ku pijak untuk menjadikan aku sesabar ini… Suami…insan yang paling aku puja walaupun hakikatnya dia tak  patut ku belai…tapi, atas dasar aku, isteri dan dia, suami…aku akur dengan takdirnya..Walaupun sudah banyak saranan dari orang-orang di sekelilingku untuk aku biarkan dia sendirian……dan aku dengan caraku…kerana aku mampu..

Sewaktu usia perkahwinan kami mencecah ke angka 3 tahun…aku di uji…Ada suara luar yang membisikkan bahawa dia sudah punya kekasih…Namun semua itu tak aku terima bulat-bulat tanpa bukti yang kukuh…Tapi..tidak di suatu hari segalanya terbongkar….Aku bertanyakan tentang hal itu…kami bergaduh…Sejak dari hari itu hidup diriku tak sempurna lagi di mata suami..Ada saja salah..Hari-hari yang ku lalui terasa kosong…Sehinggakan di suatu hari…kami bertengkar sehingga dia sanggup menendang perutku tatkala itu aku mengandung 2 bulan..dan akhirnya aku keguguran..Hanya Tuhan yang tahu perasaanku tika itu…..Dia mengaku dan rasa bersalah terhadapku..dan berjanji untuk meninggalkan perempuan itu…Tapi betapa bencinya aku tatkala itu pada dia…kerana dia sanggup lakukan segalanya hanya kerana mengikut nafsunya…Dia berjanji akan berubah..Aku bersyukur dan berterima kasih pada Yang Maha Esa…

Tapi segalanya pura-pura…Dia hanya ingin memujuk hatiku yang derita…

2 tahun berlalu, dia yang ku sangkakan benar-benar berubah, sebenarnya telah membuatkan aku tambah gila….Rupanya dalam diam aku bermadu…Dia sanggup  hidup berpura-pura….Alangkah hancur dan deritanya aku saat itu….Namun aku nekad dengan sisa-sisa kekuatan yang ada, aku igin keluar dari penderitaan ini…Aku mahu hidup sendiri, hanya bersama 2 puteriku…aku mampu untuk menanggung mereka dari aku terus derita…Namun…Tuhan masih tidak mengizinkan aku untuk memegang status janda…Suamiku rasa bersalah…amat-amat bersalah…dia tak sanggup untuk lepaskan aku dan anak-anak…Lantas perempuan baru itu ditinggalkan….

Tahun beralih angka….Hidup kami bahagia…Kehidupan kami bertambah senang…Apa yang tak mampu untuk aku miliki sudah berada di tangan sekarang….Tapi langit tak selamanya cerah….Mungkin dasar namanya lelaki apalagi suami yang berkedudukan….ada saja perempuan yang ingin menghancurkan..Kenapalah perempuan ni…sanggup membuatkan kaum sejenisnya tanggung derita…Tapi kali ni lebih hebat..Dugaannya lebih kuat..Ujiannya cukup membuatkan aku rasa kerdil dan terpaksa berserah… 

Kali ini aku diuji lagi….Suamiku buat perangai lagi…Kenapa dia tak pernah bersyukur dengan apa yang ada..menerima takdir Tuhan seadanya..Aku…ikhlas aku katakan terkadang aku terasa amat menyesal memilihnya sebagai suami..Namun apakan daya..takdir Tuhan tiada siapa yang mampu untuk ditewas…Aku akur dengan ketentuanNya…Selagi bernama isteri dan ibu kepada 3 orang anak, aku harus tabah dengan dugaanNya.

Kali ni dengan stafnya sendiri…Sebenarnya aku yang setuju untuk mengambilnya bekerja dengan suami..kerana memikirkan dia sudah bersuami dan punya 2 anak…Bersimpati dengan nasib perempuan itu, yang mengalami masalah kewangan untuk menyara keluarga kerana suaminya hanya pekerja kontrak.Aku mudah simpati pada nasib orang susah….

Tapi….kepercayaan yang ku beri pada suami sekali lagi punah…Dalam diam dia punya hubungan dengan isteri orang…Perempuan bodoh tu sanggup untuk menduakan suami..Hati siapa yang mampu bertahan dari menangis sekiranya orang yang aku sangka susah rupanya ada niat jahat…Pada suami ku mohon penjelasan, tapi ternyata perempuan bodoh tu mampu untuk menguasai dia..Ikhlas aku katakan kalau nak dibandingkan dngan aku…tiada seinci tempat pun yang lebih….

Tapi bila cinta menguasai diri..suami aku jadi buta..Kisah duka aku berulang lagi…..Kali ini lebih teruk…Diriku di sepak terajang….untuk memenangi perempuan bodoh tu….Sampai hari ini pun, masih ada kesan parut dimata aku akibat tumbukan sial dari suami pencinta isteri orang…Pernah sekali aku bersua muka untuk mendapatkan penjelasan sendiri dengan perempuan bodoh tu…tapi apa yang aku dapat hanya titisan airmataku sendiri..Dia dengan sombong dan ego menyatakan yang dia memang mahukan suami aku…Bayangkan kalau kalian berada ditempat aku tika itu….

Pulang saja suami di rumah aku ceritakan segalanya..Betapa perempuan bodoh itu jahat..tiada perempuan lain yang pernah aku jumpa sejahat dia….Namun, ternyata penangan orang bercinta tak dapat dikawal…Dia menyebelahi perempuan bodoh tu….Katanya yang salah aku!!!!!Pada Tuhan aku memohon agar aku diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan ini….

Akhirnya….tahu apa yang aku tahu…perempuan bodoh tu sanggup meninggalkan suami dan anak-anak untuk bersama suami aku…Keluarga perempuan tu tidak sanggup menerima keputusannya itu, lalu dia disisihkan…Mengapa ada perempuan sejahat itu… 

Betapa aku derita dan sengsara tiada sorang pun tahu..termasuk keluarga aku sendiri apalagi kawan-kawan..Aku tak mahu orang tahu yang aku sekarang hidup dalam sengsara…Dengan watak peribadiku yang kelakar dan mudah mesra, ini membuatkan mereka di sekelilingku tak tahu apa yang aku tanggung ini..Biarlah ia berterusan begini…..

Tahukah kalian hidup aku sekarang…? Aku bermadu lagi..Suamiku menikahi perempuan bodoh tu di selatan Thailand….Akhirnya mereka bersatu juga..Tapi aku berserah pada takdirNya…Walaupun aku benci dan memang rasa teraniaya…tapi apa yang mampu aku buat…..Benda dah jadi..Siapa aku untuk menolak ketentuan Tuhan….Kehidupanku hanya bertemankan derita dan airmata….

Suamiku terasa bersalah padaku….tapi bagiku segalanya suratan…Dia rasa berdosa padaku..Dia mula bersimpati dengan apa yang aku alami…setelah aku redha dengan takdir hidup ini….Aku menerima perahwinannya…Dia menangis…menyesal dan berterima kasih kerana paham kemahuannya…Sebenarnya aku sakit hati dan rasa ingin mati tapi aku hanya makhluk kerdil di bumi Tuhan ini…Hidup aku takkan ada cerianya lagi…Tapi aku tetap tahu..Tuhan takkan biarkan nasib aku terusan begini…Hidup ini terlalu singkat…. aku cuba gembirakan anak-anak walaupun derita dalam hati tiada siapa yang tahu…..

Untuk pengetahuan kalian….kini setiap malam suami ada bersamaku…..Aku tahu dia ada pergi berjumpa dengan perempuan bodoh tu..tapi biarlah, dah namanya  bini…,mesti ada yang nak dibuat…Dia tak pernah pun meninggalkan aku walaupun sehari…..Tentu kalian boleh pikirkan apa yang perempuan bodoh tu rasa? Padan muka dia kan…Rasaka apa yang aku rasa dulu…Sewaktu suami angau bercinta dengannya….Dah ambik hak orang..tanggunglah sendiri..Tapi aku terkadang terasa bahagia sendiri sebab suamiku tidak pernah membiarkan malamku kesunyian,….

Ya Allah…aku bermohon padaMu agar kau tunjukkan jalan bahagia buatku….Kau bukakan pintu hati suamiku agar dia sedar apa yang dia buat sekarang salah……Kau berilah nikmat kegembiraan dalam hati kami…Amin…

Pada kalian aku berharap dan mohon nasihat dengan tindakan yang aku buat….dan andai ada jalan selesai untuk aku lari dari derita ini…… 

Popularity: 19% [?]

Processing your request, Please wait....

64 Responses to “Bilakah berakhirnya derita ini….”

  1. lelamanja says:

    bersabar lah.. tentu ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. besar ganjaran bagi org yang bersabar

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. putericomel says:

    slh satu sebab kenapa saya suka masuk blog dcck sebab saya dapat tahu hal rumahtangga org lain. Bila baca kisah kaseh terasa kecil sgt mslh saya ni. Sy pernah juga terpk selagi suami bukan kaki pukul, kaki menagih, minum arak sy mesti bertahan tp tu la selalu sy tewas apabila suami mula mrh-marah. Sy slalu tertanya kenapa org mcm kaseh msh bertahan dgn suami yg pada sy sgt2 tidak layak bergelar suami?. Apa punca yg menyebabkan para-para isteri mcm kaseh masih bersabar. Seandai perceraian itu mudah mmg dah lama sy cerai tapi masalahnya nak bercerai lg susah dr nk kawin buat sy pasrah dgn takdir sy. Biarla kene maki skalipun aslkan suami tak pukul. Apa2pun kasih sy berharap kaseh terus bersabar. Sy percaya kesabaran itulah kemenangan buat kaseh. Jgn dipkkan suami ni. Bila dia ada br kita pk. Bila dia xde anggap je kita single punya anak. Lelaki melayu ni mmg x sedar diri.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. combi says:

    salam kaseh,

    saya tak faham diujung cerita, apa tindakan yang dimaksudkan tu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. mamagrill says:

    satu je kalau hati dan perasaan tidak dapat dikuasai pemikiran agar dapat bertegas dan memegang pendirian ini la akhirnya.Allah telah memberi akal dan peluang namun dek kerana terlalu menjaga segala apa disekeliling kadang2 terleka menjaga kepentingan diri sendiri…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. sunflower says:

    Kaseh, di halaman ini kita bpeluang mcurah apa yg terbuku d hati utk bkongsi rasa. Walau tanpa wajah mahupun suara, kita pasti masih dpt rasakan kepiluan apa yg kaseh & kekasih lalui. Selepas ini pasti akan ada lagi kisah yg diluahkan di halaman ini yg lebihkurang sama deritanya walaupun nama, wajah & suara tuanpunya diri adalah berbeza.

    Adakah lelaki atau suami pd zaman ini sudah semakin kejam terhadap wanita?

    Tetapi hakikatnya mrk jd begitu kerana wanita juga.

    Maka, ujian Allah ini adalah utk menguji sejauhmana keimanan & ketaqwaan kedua2 hambanya baik wanita mahupun lelaki.

    Sesungguhnya, yg paling mulia dsisi Allah swt ialah insan yg paling kuat iman & taqwanya..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. azlina says:

    Apa lagi yg mampu kita lakukan sebagai isteri? Hanya pasrah pd ketentuanNya. Utk saya meminta Kaseh bersabar, adalah spt mencurah garam kelautan luas. Rasanya sabar Kaseh berada ditahap paling tinggi!! Namun kita juga perlu cintai diri kita sendiri. Ini dpt dilakukan dgn mencintaiNya kerana hanya Dia dpt memberi kita bahagia yg berkekalan yg tidak mungkin dpt ditandingi oleh bahagia pemberian dari hambaNya.
    Niatkan tiap tanggungjawab yg dilakukan utk suami sebgi ibadah kpdNya (jd perlulah iklas walau terlalu sukar – cubalah!!!)Moga dianugerahkan bahagia disana kelak. Amin.

    Sekadar memberi pendpt dan mengingatkan diri sendiri.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. ijja says:

    Apabila membaca cerita kaseh, terbayang cerita sendiri. bezanya suami telah menjatuhkan talak pada 10 jun lepas selepas kami bergaduh. bergaduh kerana saya terbaca sms dari perempuan tersebut dan abangnya yang memaksa suami saya untuk bercerai dengan saya kerana adiknya lebih memerlukan suami saya. suami juga telah mengharamkan air mani serta air mazinya untuk saya bagi memenangi hati perempuan tersebut. saya tidak ralat untuk berpisah dengan suami kerana selama 2 tahun 5 bulan saya memendam rasa dengan perbuatan mereka. apa yang diralatkan, saya dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. sedangkan selama 5 tahun sebagai seorang isteri, saya tidak pernah menyusahkan suami saya kerana ada pendapatan sendiri, anak saya asuh sendirian semasa dia ditahan kerja, ditinggalkan kerana bekerja di negeri yang berlainan dan menyara hidup dia, aku dan anak tanpa mengeluh. apa yang menyedihkan lagi saya dikatakan perempuan simpanan oleh suami saya dan perkara ini dijaja oleh keluarga perempuan tersebut dan dijadikan alasan bahawa saya bukanlah perempuan yang baik. entahlah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. puterahensem says:

    kanda teringat pesan paduka ayahanda bila kanda sampaikan permasalahan kanda suatu ketika dulu. paduka ayahanda bertitah “Kalau tak mahu menerima ujianNya, jangan duduk di bumiNya!”

    perasaan kanda teguh merasakan bahawa dinda kaseh harus mencari kebahagiaan sendiri tanpa bergantung kepada suami dinda.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. putera lagi ensem dan mancho says:

    kanda pun rasa cam tu gak.. jantan hampeh cam tu tendang masuk perigi buto jer.. ngabihkan boreh.. baru bole berakhir penderitaan mu dinda kaseh..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. puterahensem says:

    SIAPA GERANGANMU WAHAI PUTERA TAK ENSEM DAN TAK MANCHO? BERANI TUAN HAMBA BUAT KACAU DI TANAH JAJAHAN BETA! BLAH!! BERAMBUS KO!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. putera lagi ensem dan mancho says:

    hoi.. aku adinda sebapa mu la.. sampai hati kau putera kecik.. madu yg kuberi tp ko tetap takmo poligami..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. puterahensem says:

    rupanya kanda pembekal stok gundik tu ya.. maafkan beta, beta kurang perasan tadi. almaklumlah sejak sepurnama kebelakangan ini banyak sudah kes2 moderator menyelak kain perempuan2 di kampung beta. beta hanya nak pastikan kanda putera tak hensem bukan orang yang dimaksudkan.

    berkenaan poligami tu, sekali lagi maafkan beta. tuanku puteri bongsu enggan bermadu tapi tak kisah sekiranya beta bergundik. errr apa tuan putera ada stok barukah?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. puteribongsu says:

    tq kanda! i luv u so much!! :D

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. putera lagi ensem dan mancho says:

    blah la ko puteri.. aku benci ko.. ko anak pompuan bodoh tu.. pasal bonda ko gatai nk jadi gundik la bonda ku merana..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. puterahensem says:

    KANDA! sampai hati kanda mencaci tuan puteri sebegitu rupa. kan tuan puteri dah merajuk membawa hati yang lara. apa kanda ingat kanda ni tuan moderator? boleh mencaci melucah sesuka hati kemudian mendelete posting2 orang untuk menampilkan kebaikan kanda?

    sudah kanda! beta takmau dengar lagi tohmahan tentang tuan puteri atau beta kensel kontrak seumur idup membekalkan stok gundik!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. paduka ayahanda says:

    tuanku permaisuri, balik ke bilik peraduan sekarang! beta takmo dinda campuri urusan mereka.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. putera lagi hensem dan mancho says:

    eleh setakat bekalan stok geli tu aku tak heran.. gundik yg ko bekalkan sumer qualiti hampeh cam wife bf skyangel.. aku maksum la.. aku nk g holiday amik 2 bilik tawww

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. kucing api says:

    kahkahkah.. adeh.. sapa la ni

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. paduka ayahanda says:

    punyer suka ayahanda la…semalam panglima moderator dah panggeikan jin super power.. ayahanda ngan bonda dah power!!!!!!!..bling! bling! bling! bling!..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. bendahara lalang says:

    sudah sudah! toksah berdrama kat sini. dah buat keje masing2. jangan asik nak perabih rete bende kampeni.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. paduka ayahanda says:

    oi ko bendahara lalang? aku suh ko jaga minyak kat belakang istana apsal ko dok bertenet kat sini ha? .. syoohhh syoohh kang aku potong gaji baru tau!..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. bendahara lalang says:

    erkkk baik bosh.. patik yang menurut perintah.. bosh memang besh ar bosh.. hujah2 bosh bernas2 belaka.. sering patik ternganga dengan kebijaksanaan bosh..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. gundik bernama melor says:

    pstttt… bang lalang jgn lupa tunggu patik kat belakang tong minyak tu jer..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. gundik kesayangan says:

    cisss kao potong trip aku ya melur? nanti kao tunggu kao.. kao tidur nanti akan ku letak kerengga di tempat tiduran mu..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. tuanku klon says:

    lalang!!.. bukti mana yg ko hapuskan tu? cap jari ko ke cap jari beta?
    kang ko lap ko punya, csi dapat cap jari aku!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. kekasih says:

    kaseh…tabahlah menghadapi semua digaan ini.Kekasih doakan kaseh terus tabah…..kita melalui dugaan yg sama walau jln cerita berbeza.
    kaseh…cakap mmg senang…tapi kita yg hadapi semua ini.kaseh fokuslah pd diri…kekasih rasa sejak kekasih fokus pd diri sendiri ni,hidup kekasih jauh lebih tenang.Allah menguji kita sebab Allah syg sgt kat kita.Allah paksa kita tunduk padaNya.Mungkin ada silap kita yg kita tak sedar.Sejak ditimpa dugaan yg amat berat ini,kekasih rasa kekasih lebih tunduk…atau lebih tepat terpaksa tunduk pdNya.Itulah kasih sayangNya.
    kaseh…org di luar sana tak dpt bantu kita…malahan…kekasih pernah lalui bila sahabat sendiri siap canag ayat power…”dia nak semua org simpati kt dia ke?”…ketika itu kekasih rasa bagai kena ketuk dgn tukul besi paling berat.Jadi…sejak itu kekasih beralih kpd ruangan ini.lebih selamat…cuma suami asyik dok pantau…lemas

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. combi says:

    ala bang kassssssiiimm…ko korek bijik mata sebab ko dah tobat tak nak menyelak nyelak lagi ko??? alang2 korek, korek dua2 sekali tauuu biar bajet seimbang….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. sunflower says:

    Aduhai…

    Lawaknya.. ada sandiwara purba kt sini.. penglipur lara.. bolehlah senyum2 sumbing kt sini.. kelakar, kelakar gak, tp jgn dilupa isu sebenar di sini.. Kaum lelaki ni byk gak jenis pak lawak ye?

    Kekasih pun dh nampak tenang, malahan boleh berkongsi pengalaman dgn kaseh.. Bagus tu.. sekurang2nya, kaseh tahu yg dirinya tidak keseorangan mhadapi derita ini.

    Memanglah, bila diluahkan apa yg terbuku di hati kpd sesorg, kita akan rasa lega dan boleh berfikir dgn lebih tenang. Fokus pd diri sendiri, rajin beribadat kpd Allah, rajin menimba ilmu dunia & akhirat.. insyaAllah, kita akan mendapat petunjuk dariNya. Maka secara tidak langsung akan keluar dari belenggu permasalahan.

    Salam ukhwah untuk semua.. lelaki & wanita..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. mamagrill says:

    tu la…sikap orang lelaki sume masalah yang berat bagi wanita hanyalah perkara remeh temeh bagi dia malah boleh di buat gurauan…senangnya dalam ati jika beristeri dua…..siap cipta lagu lagi….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. Eiza says:

    apsal bling! bling! pun kena kaut masuk sekali nih….

    hahahaha…..cmne lh ek klu bangsawan purba ni di pentaskn di istana budaya…sape gaknya yg guling2 dlm tu.

    yg paling2 nak tgk sesgt tu wajah pembekal stok geli, geli hati ke geli geleman orgnya….wakakaka…

    biar btul korg rosak blog org weh, tuan tanah tgh sedih pedih parah,…. korg ni…

    tknak smbung lg ke jenaka bangsawan purba tu??????…..

    jgn marah ya kaseh….

    dlm hidup ni akn ada ujian akn dtg pada diri kita sekejap tuah sekejap malang, cara kita di uji dgn org lain tak sama, ada org di uji dgn persaan, ada org di uji penyakit, ada org di uji dgn harta benda. ada org di uji dgn turun naik kesihatan, ada org di uji dgn faktor ekonomi, mcm2 bentuk ujian yg akan di tempuh dlm apa jua jln yg kita pilih utk menuju ke sesuatu destinasi tersebut.

    Namun kita patut bersyukur dlm apa jua bentuk ujian kita ttp di beri akal yg waras & tubuh badan yg sihat serta sumber ekonomi yg kukuh.

    ujian dlm hidup kaseh ni lebih kepada ujian perasaan & kasih sayang yg tiada hala tuju,
    kaseh masih punya akal yg waras, pendirian, sumber kewangan, anak2 yg normal metal & gizikal.
    selagi kaseh ada pendirian, percaya diri sendiri, jiwa yg kental insya’allah akan smpi kedestinasi kebahagiaan itu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. Eiza says:

    oops ada typing error kt atas tu

    kaseh sbnrnya nak2 yg normal mental & fizikal..terbabas lak jd anak metal2 & gizikal, tkmola doakn anak org lain jd metal, tidak ..nau’zubillah

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. melati says:

    Itulah dugaan dari Allah untuk kita hadapi. Di samping renungkan balik diri kita, mungkin ada kesalahan yang telah kita lakukan tanpa disedari. Harap kaseh bersabar dan banyaklah berdoa kepada Allah untuk bertaubat, minta petunjuk serta taufikNya. Semoga kaseh diberi kekuatan serta hidayah dari Allah untuk menghadapi dugaan ini. Mungkin kaseh rasa dugaan ini amat berat, tetapi jika di bandingkan dengan masalah orang lain, kaseh harus bersyukur banyak2. Kaseh layanlah suami macam biasa, insyaAllah berkat kesabaran kaseh akan nampak akhirnya siapa terbaik untuk suami kaseh. Kaseh jangan peduli hal isteri baru suami hanya fokus pada diri sendiri dan anak-anak. InsyaAllah awan hitam akan berlalu dan saya yakin suami akan kembali ke pangkuan kaseh akhirnya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. mamagrill says:

    dalam menghadapi apa ja keadaan nape orang pompuan yg sentiasa beri semangat dan dorongan sesama tapi orang jantan suka2 je merobek hati nurani kita tanpa rasa belas kasihan…cukup ke dengan berjubah panjang kelantai..janggut paras dada..sentiasa di tikar sembahyang adalah ciri-ciri suami mithali tapi kahwin ngan bibik..la…kawan sekerja la…jiran tetangga la…mana pegi nilai keimanan jika hanya bertopeng nafsu dan syaitan…not referring to suami sesape tapi lojiknya kalau da beriman pe hal dok menggatal gak…ikut sunnah ke me..munah

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. paradise says:

    Bkn menggatatal, cuma membantu..
    Semuanya berkenaan sifat mahmudah, kene faham skek. Dan bila di madu, kene redha tak bleh dengki-dengki ngan madu, di manusia jgak. Nasibnya sama jgak tp Islam benarkan.. Everything go to basic.. Anak lelaki jgan derhaka kat ibu spai mati.. bgitu juga isteri jgn derhaka kat suami spai mati. Tak adil? Bukan kita yang diberi hak untuk membuat kesimpulan.. kita kena akur tu.. Tu pun klu nak syurgalah tp klu nak yg lagi satu tu sediakanlah kulit tebal-tebal. Bukan nak tahan sejuk tapi tahan panas terbakar kulit dijilat api…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  35. seri dewi malam says:

    Kak seri baru nampak blog ni…..
    DIA ada bersama kita..10 tahun selepas no2 ambil B dr kak seri..5 tahun kemudian no3 ambil B dr no 2…
    Sabar tabah redho dgn izinNya…
    Fikirlah…….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  36. mama bohsan says:

    ahhh bohsan aku ngan sumer ni.. lelaki hampeh mcm tu pun nk guling2 tensen hengatkan dia..nk tarik2 rambut berebutkan dia… pegi mampus ngan dia.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  37. calon no 4 says:

    tak nak pelawa saya jadik no 4 ke kak seri..biar B kena ambil dr no 3 pulok…hek hek hek malu lah tapi mahuuuuu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  38. paradise says:

    Paradise nak pelawa jd no 3 tp kena arif agama dululah…baru faham…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  39. calon no 4 says:

    arif bab yg mana satu tu paradise? crita la ckit..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  40. mamagrill says:

    patut le kau terrror paradise weh…jadi mangsa karate konon mane polis nak percaya dahkan kau nak kawin lain patut bini belasah sakan…jumpa ustaz nak mahasabah diri ke teknik tambah bini…species cam papAchop gak kau nih..pehh hampeh!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  41. kucing api says:

    hehehehe.. aik.. ada yg sudi dan yg tawar diri… hehehe

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  42. paradise says:

    Mama kene faham…Mengikut datin rusminah…klu cukup-cukup makan sorang isteri memadai..klu lebih rezkinya bantu-bantulah.. dan yang terbaik sekali bantu yang baru kekalkan yang lama.. sayani walau pun yang baru dah tak ada tp masih kekalkan yang lama tau.. dan yang baru masih berkawan shj..(nak balik kot) sbb kita ni berkualiti…Yang mama ckp mangsa karate tu salah tu..Mangsa ugut pisau…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  43. calon no 4 sahaja says:

    jengan jeles laa kucing api tadak sape nak tawar diri untuk sekor kucing

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  44. kembar datin rusminah says:

    mana pegi yang baru paradise? dah cabut ka? apa susah…satu pegi 3 mari tawar diri

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  45. mamagrill says:

    hampeh3 si paradise..teraniaya konon rupenye datang dari dunia yang indah2 je…nasihat orang kan main rupenya pengalaman sendiri…pasang sayap kiri kanan…malas dah aku bosan ngan lelaki hampeh yg tak serik2 menodai gadis2 yg tak nampak agenda dunia orang cam nih..uhukk..uhukk If you are a FOOL be A SUCCESSFOOL!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  46. paradise says:

    “yang terbaik sekali bantu yang baru kekalkan yang lama.. sayani walau pun yang baru dah tak ada tp masih kekalkan yang lama tau.. dan yang baru masih berkawan shj..(nak balik kot) sbb kita ni berkualiti”

    Hehehe.. mama ku syng.. Jgnla sngka buruk selalu..mama ckp saya menodai wanita tp s’bnarnya saya yang dinodai wanita tau.. mama boleh yakin ke sumer orang pompuan baik macam mama.. dah lar. saya disini bukan nak cite blg sya. Lgpun ni blog orang yang memerlukan panduan.. Sya cuma nak bantu org yang dalam kesusahan berpandukan pengalaman yang ada.. Tak dapat apa pun …pahala sahaja..AlhamdulilLah

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  47. BEWARE says:

    Simpati dengan kisah Kaseh. Apapun Kaseh perlu ingat anak-anak. Biarlah huby dengan hidup dia.Berdoala untuknya semoga Allah s.w.t bukak kan pintu hatinya.. Langit tak semestinya mendung berpanjangan untuk Kaseh..Saat mendung beralih cerah akan tiba jugak untuk Kaseh..Percayalah..Sabar yer Kaseh..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  48. nico says:

    Saya ada satu tip, refer to what Allah says in Surah al-Baqarah ayat 286.
    Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.
    Kita kena selalu memikirkan tentang kekuasaan Allah – pandang langit yg tidak bertongkat dan pokok2 bodoh di jalanan yg kita lihat senyap, tetapi sebenarnya sedang berzikir. Semua itu ciptaan Allah, dan kita akan kembali kepadaNya kelak. Apa yang kita bawa? Hanyalah amalan, tiada yg lain. Insya Allah jika Kaseh bersabar dan sentiasa ingat bahawa satu hari kelak kita akan menemui Allah, semuanya akan terasa mudah. Berdoa lah selalu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  49. wankembang says:

    eden macam susah nak imagine la…. bleh ke `besama` lagik ngan laki yang dah buat onar ngan pompuan lain? cam geli je aku gaser. celup sana celup sini peh tuh gi kat kita…..eiiiiiiiiiiiiii….jijik ler!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  50. BEWARE says:

    Saya dengan berbesar hatinya menyokong penuh kata-kata cik Nico tu..

    Sabar ye Kaseh..

    cik wan kembang…itu dugaan buat Kaseh…untuk diri sendri belum tau camner…So marilah kita same-same beringat ye wan kembang..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.