Hari ini 4 Julai 2008,aku mengambil satu keputusan yg aku anggap paling drastik.Setelah puas berfikirdan bertanya pada beberapapandangan serta bertanya hatiku sendiri….lalu aku mengambil tindakan yg aku sendiri tak tau akibatnya.Ini adalah jalan terakhir yg dapat aku fikir untukmenyelamatkan rumahtanggaku.
Hari ini, aku menyerahkan kad atm gajiku kepada suamiku.aku tau…tindakan ini mungkin akan menjerat leherku….lebih-lebih lagi setelah apa yg dia lakukan terhadapku.Namun, setelah menganalisa keadaan rumahtanggaku….aku fikir ini satu percubaa dariku.
Abang cakap aku takyakin dan pervaya pada dia.Abang cakap dia terasa terpinggir dengan keadaanku…aku akui…dalam banyak segi,aku memang kurang percaya pada dia….sejak dulu lagi.Mungkin kerana aku tidak yakin yg dgn kebolehannya.Lebih-lbih lagi dengan gaji dan kedudukanku yg semakin meningkat…dia semakin terasa kerana aku membereskan semua urusan…dari urusan kereta,rumah..anak-anak dan sebagainya.Aku melakukannya kerana aku tak yakin dia dapat menyelesaikannya…aku takut dia tak terbayar ansuran kereta,segala bil…dan anak-anak…lebih-lebih lagi dia tidak bekerja.
Akhir-akhir ini aku terfikir,adakah dgn menyelesaikan semua urusan itu menyebabkan dia rasa tiada fungsi dalam rumahtangga ini.
Kelebihan risiko
1.semua urusan bayaran akan diruruskan oleh suami 1. dia tidak menjelaskan segala urusan
2. dia boleh mengatur kewangan dan belanja rumah 2. dia guna duit itu utk perempuan lain
3. aku tak dpt simpan duit utk kecemasan
setelah aku fikirkan masak-masak,maka aku sanggup memberikan peluang ini kepada dia.Dia kata dia nak buat perniagaan internet…memang dia ada kemahran untuk itu.Biar dia oleh sumber kewangan dari gajiku itu untuk merealisasikan impiannya.Aku hanya dapat berdoa agar keputusan ini akan membantu dia memulihkan harga dirinya…walaupun amat berat untuk aku melakukannya…lebih-lebih lagi mengenangkan sakitnya nanti sekiranya diamenggunakan duit itu untuk melakukan perbuatan yang menyakitkan hatiku…tetapi buat ketika ini aku bertawakkal….Ya Allah! semoga apa yang aku lakukan ini adalah yang terbaik buat kami dan buatku.Andai berlaku sesuatu,kau tabahkan hatiku dan tunjukkan kebenaran buatku….
Popularity: 10% [?]

Processing your request, Please wait....
Apsal la pegi bagi kad ATM tu sayang woiii…itu bukan cara terbaik. What is your plan B? Kalau duit abis n bisnes lingkup, satu family nak makan apa? I hope u r better than that. Kalau u boleh buat action and risk list, I hope u hv your plan B ready. Pompuan mesti bijak. Lepas tu doa lah selalu pada Allah ya.
Like or Dislike:
0
0
i know the risk.If anything goes wrong, i akan block the card.I just nak bagi dia peluang…my last chance…klu pas ni family ni tak survive jugak…at least i dah try bg dia kepercayaan
Like or Dislike:
0
0
memang it’s not easy for me to do this.But i wanna give him a chance
Like or Dislike:
0
0
ini la kelebihan orang pompuan suka bagi can kat orang lelaki…kau minta lak ATM dia masa depan nanti bila bisnis tu da ok…tengokk kut telan air liur je..silap-silap kena jerkah Jepunn..
Like or Dislike:
0
0
tapi…duuullu…masa dia tgh kat atas…bisnes tgh naik…dia tak penah lokek.dulu la…masa tu lum jadi apa2 lagi…mudah2an dia kembali jadi macam tu bila dia berjaya nanti…..
Like or Dislike:
0
0
bak kata pepatah kan pantai lagi berubah…harap berubah ke arah yg baikkk la..memang yg susah dan senang tu kita suami isteri yg lebih memahami,memberi,sama2 menderita…doakan semoga yg bahagia kita masih bersama.bulatkan tekad memang Allah maha menduga keluhuran umatnye.duit ringgit ni jangan ingat sampai bawa mati tapi jgn sampai begaduh bawa mati…
Like or Dislike:
0
0
aku tak nampak la cam mana kad atm boleh tolong baikpulih keadaan. kalau aku ni pak andeh aku rasa semakin jatuh ego aku pegang kad bini.
Like or Dislike:
0
0
kelebihan ke tak dpt simpan duit utk kecemasan? awak ni gila ke bengong?
Like or Dislike:
0
0
amboi…..garangnya slurppp…to error la sayang.masa taip kat post dia kat risiko…bila publish lari pulak.madam,my hubby tu bila nak guna duit utk projek dia tak penah cakap…jaga ego la agaknya.so..dia diam jek…i pulak tak kan nak offer,jadi bila dia pegang,hopefully dia boleh olah untuk keperluan kami n bisnes dia…sampailah bisnes dia ok sok.kalau tak de rezki,bisnes dia tak jadi….maka…biarlah dia uruskan keperluan family ni…jadi tak la dia bosan ngat.Yang i tau,klu nak guna duit,mintak.harap-haraplah menjadi….
Like or Dislike:
0
0
tq mamagrill 4 ur support….mana tau pengalaman kekasih ni boleh jadi panduan pada yg lain…yg baik buat teladan…kalau buruk jadinya bole buat sempadan
Like or Dislike:
0
0
Kekasih, saya baru dalam blog ini.Tapi saya rasa u tak perlu bagi kad atm pada suami.Ada banyak cara nak bagi sokongan moral dan material pada suami.Boleh bagi duit sebagai modal,bukan bagi kad atm GAJI!!(Kalau u bagi joran kat suami ,suami bole usaha cari umpan untuk pancing ikan setiap hari untuk makan.Tapi kalau u dah bagi ikan..nanti ikan habis…camana nak makan?)
Like or Dislike:
0
0
takpelah dik.. you lebih kenal somi u.. dah bagi.. takkan esok tetiba nak mintak balik…
apa jadi nanti, ambik pengajaran je..
kalak akak.. takde akak bagi ye.. sebab takdak duit pong!…
Like or Dislike:
0
0
takper kad ATM jer, bagi la trial utk 6 bulan.. anggap keje takder gaji jer la kalu hb buat pangai lagi…
kalu kita tak tulung somi yg susah sapa nk tulung? gf selalunya wujud masa hb senang jer masa dia tengah jadi org kaya yg hebat… dan jgn lupes jasa gf tulung gaks tulung perabih duit somi..kui..kui..kui..
err kekasih u jgn lupa buat potongan saving ASB tetiap bulan direct dari gaji..200 pun takper janji ada back up..
selamat berexperiment yer kekasih.. semoga experiment kekasih mendapat hasil yg lumayan..
Like or Dislike:
0
0
thanx 4 ur support.doakan kekasih berjaya k.kekasih cuma nak bagi peluang kat hubby .apa-apa hasilnya nanti kekasih citer.Buat masa ni, kekasih tak nak sentuh hal tu pd hubby….dia pun belum kata setuju nak handle pun…mungkin dia pun tgh berfikir tentang hubungan kami….
Like or Dislike:
0
0
adehhh.. lebih baik bagi fix allowance dari bagi kad ATM terus!
nasihat saya jgn bagi ATM card.. bagi elaun bulanan kalau nak bagi sgt lah.. tapi terpulanglah sendiri punya keputusan..
Like or Dislike:
0
0
tak palah dia dah bagi takkan nak ambik balik nanti buruk siku dan nampak ssangat loklaknya macam tak tentu arah pulak kejap bagi kejap nak balik. wait n see ajela lagi pong kalau tak semenggah pe’el laki tu senang je nak kensel kad tu.
aku salut la kekasih ni sedaya upaya akal dia nak baikpulih keadaan. tapi jangan pula si laki ingat isteri nak perli perli pulak. kekdg otak lelaki ni lain konar baring dia.
Like or Dislike:
0
0
Bagi honey, tindakan bagi kad ATM kt suami tu x perlu. Setuju dgn nico, bagi kad ATM bukan cara terbaik. Klu kekasih kata nak bg peluang kat suami mungkin itu percubaan. Ape jua tindakan kena berani ambil risiko. Hope, kekasih tabah menghadapi segala dugaan. InsyaAllah.
Like or Dislike:
0
0
mari la kita doakan experiment kekasih ni berjaya..
isteri memang selalu mcm tu sanggup redah lautan api utk suami.. tak caya cuba tengok diri korang..y y’all stick to your marriage u till now?.. dah tahu kena tipu berulang kali?..
sudahla korang toksah dok ckp for sake of the children la..tepuk dada tanya hati.. albert einstein pun slalu gagal dlm percubaan dia kan..so aku just doakan percubaan yg kekasih buat ni berjaya..walaupun nampak kudus dan budus.. so kekasih selamat mencuba.
Like or Dislike:
0
0
iye ker…?
Like or Dislike:
0
0
What if i put my self into your situation would i do the same action? Kemungkinan besarnya tidak..coz dia boleh cari modal utk bisnes cara lain. My income would solely for the running of the family not for him to manipulate for his need. This way i think will teach the men a lesson to be more responsible to his family.
Like or Dislike:
0
0
kita tatau pun dia manipulate ker tak.. tunggu apa kata kekasih for next 3 bulan pertama..
mungkin cara ini menguatkan azam sominya utk carik income len selain mengharap atm bini setiap bulan..
ingat yer kekasih, 6 bulan jer tau..
Like or Dislike:
0
0
lebih 6 bulan baik ko bagi aku je kad tu kekasih. pandaila aku laburkan duit muit ko tu nanti..sampai beranak pinak bercucu piyut duit ko.
Like or Dislike:
0
0
belum ada apa2 yg berlaku setakat ni…tunggu dan lihat je dalam next one month….
Like or Dislike:
0
0
takat ni dia gagal….baru 10hb dah gelabah duit gaji aku dah abis…..sabar …aku akan tunggu 6 bulan….
Like or Dislike:
0
0
hish kak esah memang tak berapa boleh nk sabar bab-bab duit ni, 6 bulan tu, kalu gaji sebulan seribu dah nam ribu hish banyak tu, bole tuko sport rim suzuki swiff akak tu. tp ahkak nk bersangka baik jer la, ahkak tetap doakan kejayaan hb ko dik kekasih oi harap-harap nam bulan ni tak jadi nam jahanam.
Like or Dislike:
0
0
hari ni hampir sebulan aku membvuat keputusan yg sukar itu.Tapi takat ni Alhamdulillah,wpun ada ketikanya hati aku pedih,tapi aku dpt melihat sedikit perbezaan.hubby nmpk bersemangat utk melakukan sesuatu buat kami.wpun kekdg sedih gak bila ak guna duit kena mntk sedangkan itu duit kita,tapi tak pe la.So far, rezeki pun murah, ada je datang Allah bagi.Hari2 kekasih dengar citer dia nak buat itu ini kat rumah ni.Skang dia tgh pasang tile kat porch depan.Pasang sendiri….jimat gak duit.Mudah2an semua kebahagiaan ini akan berkekala.Amin….
Like or Dislike:
0
0
oho.. alhamdullillah..
mungkin akhirnya akak memberi harga dirinya kembali, dia kembali berfungsi sebagai lelaki..
mudah2an selepas ini dia semakin semangat nak menambahkan pendapatan insha Allah amin..
Like or Dislike:
0
0
ari ni dh dua bulan.aku mula eksperimen awal julai..dia dh hampir dua bulan..aku mcm nak patah semangat je bila tk de duit kat tangan…….muka pun tk bape manis…aku kesti kuat!jgn lemah dgn perasaan.
Like or Dislike:
0
0
sabar kekasih, masih ada 4bulan lagi.harap2 kekasih dapat tempuhi segala rintangan selama itu. lama lagi tu….nak wat camne…itu kan kehendak kekasih jugak.
Like or Dislike:
0
0
mana perginya semua org ni? menatang2 pun xde.. hantu2 pun xde….. boringnye…
Like or Dislike:
0
0