09 JulHari ni genap sebulan kami bercerai


Hari ni dah genap sebulan aku bercerai dgn xsuami dan sepanjang tempoh tersebut aku tidak berjumpa dengan dia. Entah kenapa hati ni terasa rindu sangat pada dia. Rasa nak menangis pun ada, rasa nak meraung pun ada. Tapi aku kuatkan juga semangat untuk tidak melayan hati aku ini. Sebagai manusia biasa tentulah aku akan rasa sedih sebab rumahtangga yg aku bina selama 14 tahun hancur begitu saja hanya kerana org ke-3 dan bukan kerana aku bergaduh denga xhubby atau takde sefahaman dgn xhubby. Tapi aku redha dgn ketentuan Ilahi dan aku tau inilah ujian yg aku harus terima.

Cerita sedih aku bermula apabila pejabat xhubby berpindah ke Nilai pada bulan April 2006. Kami tinggal di rawang. Mula2 hubby sanggup ulang-alik setiap hari tapi akhirnya dia minta kebenaran utk menyewa bilik di sana kerana jarak terlalu jauh dan dia penat utk berulang-alik. Mula2 aku agak keberatan tapi dia janji akan cuba balik selang sehari, so aku tak kesah.

Perjalanan hidup masa tu berjalan ok. Xhubby balik selalu. Boleh dikatakan selang sehari. tapi semakin lama semakin kurang. Alasan yg diberi sebok sebab bos kat unit die berhenti so dia kena cover byk. Tapi semakin lama semakin kurang sehingga Sabtu Ahad pun dah mula tak balik.

Akhirnya aku dapat bau sesuatu dan akhirnya dia tertangkap dgn bil telefon hp dia yg melambung. Aku tanya dia ada gf ke? Dan dia mengaku yg dia terjatuh cinta pada office mate dia. Masa dia mengaku tu aku macam nak gile… Aku tanya apa salah aku yg dia buat aku macam ni… Dia kata aku tak salah ape2. It just that dia rasa sunyi kat sana dan pompuan ni amat rapat dgn dia kerana they all buat projek yg diberi oleh Bos bersama2. Oleh kerana selalu stay back bersama2 akhirnya hati terpaut…. Tapi yg aku sedihkan ialah pompuan ni isteri org…

Xhubby berjanji akan cuba tinggalkan pompuan tu, tapi oleh kerana mereka 1 ofis, susah nak berpisah. lagi pun hubungan mereka yg teramat rapat. Bila xhubby minta putus ngn pompuan tu, pompuan tu mula ugut bunuh diri dan bagi tau yg rumahtangga dia dah hacur kerana dia nakkan xhubby. X hubby pun tak sanggup nak tinggalkan pompuan tu dan minta kebenaran dari aku utk bermadu sekiranya pompuan tu bercerai.

Oleh kerana sayang rumahtangga aku, aku sanggup bermadu. Tapi bila xhubby buat cadangan utk madukan dia, macam nak gila pompuan tu mengamuk dan ugut bunuh diri sekali lagi. Dia kata xhubby dah janji dgn dia, kalau dia minta cerai, xhubby juga kena ceraikan aku…

Oleh kerana xhubby takut pompuan tu bunuh diri, akhirnya dia failkan cerai juga pada aku. Tarikh cerai 26 december 2007. tapi sementara nak tunggu tarikh tersebut, mcm2 berlaku. Aku pernah sms kat pompuan tu sendiri ajak bermadu, tapi dia taknak. Even aku minta 2 hari seminggu aje asal aku dpt pertahankan umahtangga demi anak2, itu pun pompaun tu tak nak.

Xhubby masih balik kerumah dan kami masih bersama2 berbincang ttg masalah kami. Xhubby masih sayangkan aku dan berat hati nak ceraikan aku. Aku kata kalau tak nak cerai tarikbalik kes ni.

Entah macam mana pompuan tu tau yg xhubby nak tarik balik, dia buat gile lagi.. Satu malam pada 4 dec2007 pukul 2.31 pagi aku terima sms cerai dari xhubby. Esoknya dia sms bagi tau yg pompuan tu nak bunuh diri dan dia terpaksa hantar sms tersebut. Entahlah…masa tu aku ingat sms tu tak sah. So aku masih bersama xhubby selepas dari tarikh itu. Dan xhubby tak tarik balik fail cerai dia tu sebab dia kata dia kena fulfill kehendak pompuan tu sebab dia takut pompuan tu bunuh diri lagi. So pada 26 dec 2007 kami bercerai di mahkamah… Yg aku geramnya masa nak cerai tu, pompuan tu boleh ikut xhubby dtg court.. dasar muka tak malu. Padahal dia masih dlm edah selepas minta cerai dr laki dia. Geram betul…rasa nak tampar aje muka dia. Tapi nasib baiklah org ramai kat mahkmah tu.. Aku control macho je…

Aku redha dengan keputusan xhubby. Dia mengaku dia masih sayangkan aku dan dia juga sayangkan pompuan tu walaupun kadang2 pompuan tu buat perangai gile dia tu. Agaknya mereka satu pejabat kut..susah nak berpisah. Masa yg dia spend dgn pompuan tu lebih dr dgn aku. Tu sebab susah nak lepas…

Cukup 16 hari bercerai xhubby ajak aku rujuk. Dia kata dia menyesal gila ceraikan aku..Oleh kerana aku memang sayangkan laki aku, so aku terima jelah.. Tapi perkara ini masih dirahsiakan dari pompuan tersebut. Entah macam mana tepat 89 hari rujuk, pompuan tu dpt tau sebab dia org tak boleh nikah selagi takde surat cerai aku. So macama mana surat cerai nak kuar sebab kami dah rujuk. Mula2 xhubby dpt mengelak sebab surat cerai sepatutnya kuar selepas 3 bulan. So cukup 3 bulan surat cerai tak kuar, xhubby terpaksa mengaku le…

Bile pompuan tu dpt tau, dia buat gile lagi.. mengamuk gile… Xhubby nekad nak tinggalkan dia juga dan tak peduli pun kalau dia nak bunuh diri. Tapi tak bunuh diri pun…saja nak buat havoc je.. Mula2 xhubby cuba elak berjumpa dgn dia kat pejabat, tapi lama kelamaan dia merayu. Xhubby pun tak boleh nak lupakan dia especially they all satu pejabat dan tak boleh nak elak berjumpa…

Entahlah…terlalu lama aku menahan perasaan. Setiap kali xhubby balik rumah pasti dia akan bercerita kesah dia ngan pompuan tu. Aku sentiasa menjadi pendengar setia pada dia. kdang2 aku sendiri tak faham macam mana aku boleh jadi sekuat ini mendengar kesah cinta mereka. Agaknya aku terlalu sayang pada xhubby kut…

Lama kelamaan aku tgk xhubby semakin susah nak buat keputusan. Dia seperti stuck di persimpangan. Nak ceraikan aku dia tak sanggup, nak tinggalkan pompuan tu pun dia kata dia tak sanggup juga sebab dia kata pada aku separuh nyawa dia pada aku dan separuh nyawa dia pd pompuan tu.

Akhirnya pada 24 May 2008, sekali lagi aku merayu pada pompuan tu utk bermadu sebab aku tak sanggup tgk suami aku dlm dilema. Aku kata apa salahnya kita bahagiakan org yg sama. Tapi dgn sombongnya dia kata kat aku dia taknak. Kalau xhubby nakkan aku, suruh dia lupakan dia sebab dia tau xhubby aku tak sanggup lupakan dia.

Akhirnya aku beralah demi sayang aku pada dia. Aku dah tak sanggup lagi tgk xhubby dlm dilema. Aku pun tak boleh bahagia sekiranya xhubby tak boleh nak buat keputusan. Akhirnya aku sendiri minta cerai dr xhubby sebab aku rasa I have to put a stop somewhere. Selagi xhubby tak buat keputusan, kami semua menderita dan tersiksa. Aku, xhubby dan juga pompuan tu.

Setelah berbincang akhirnya dia bersetuju untuk ceraikan aku sebab dia pun kata dia takkan dpt jadi suami yg baik dan tak dpt bahagiakan aku selagi dia tak boleh nak fokus pada rumahtangga kami lagi.

Pada 27 may 2008 xhubby failkan cerai dan akhirnya pada 9hb June 2008 kami sah bercerai sekali lagi. Aku redha dan aku harap inilah yg terbaik utk aku dan xhubby. Aku doakan dia bahagia dgn kehidupan baru dia bersama gf dia andainya dia berkahwin nanti.

Tapi…Aku rasa aku takkan menyesal dgn keputusan ini sebab aku rasa aku dah cuba sebaik mungkin pertahankan rumahtangga aku sebelum ini…. Tapi bila hari ni genap sebulan bercerai, entah kenapa hati aku rindu sgt pada xhubby. Dia pun selalu sms kat aku tanya sama ada oku ok ke tak. Tapi aku tak jawab sms dia kalau dia tanya selain dari hal anak2. Tapi kalau ikut rasa hati, nak bagi tau aje yg aku rindu sgt2 pada dia. Tapi aku masih bertahan dan sentiasa berdoa pada Allah agar hilangkan rasa cinta dan rindu aku pada dia agar aku mudah meneruskan kehidupan aku ini…

 

 

 

 

Popularity: 41% [?]

Post to Twitter

Processing your request, Please wait....

94 Responses to “Hari ni genap sebulan kami bercerai”

  1. ina ria says:

    saudari kucing api…senangnya bercakap….how can you be so sure to let strangers to live with you , let alone to expect them to obey you…..

    Kalau semuanya berupah, habis apa fungsi saya dlm rumah ni? Sbnrnya, apa yg mak metua saya anggap saya? Boneka rumahtangga??
    cuba tanya org2 yg keluar bekerja, sedangkan suami sudah mampu menyara seluruh keluarga, jawapannya adalah sama mengapa saya juga perlu keluar utk uruskan sendiri ‘bisnis’ saya, bukannya susah sgt management, (pejam mata jer kalau pekerja buat error, tak kisah la apa yg berlaku, yg penting hasil masuk), cuma saya tetap kena keluar drp rumah

    Gaji besar mcmana pun takkan cukup nak cover loans…suami saya tu species tak suka ribak, nak elakkan ribak, tapi inilah harga yang harus saya bayar…mmg hidup saya kena tak senang mana pun…suami saya biasa2 jer, bukannya tycoon…

    Mungkin la kucing api background ok, tapi suami saya ni, background papa kedana….dia start from negative….masa kita baru nikah pon mcm2 masalah financial…alhamdulillah…Skarang mmg considered ok la income, tapi sbnrnya commitment pon tinggi, besar periuk, besarlah kerak…

    mak metua tak bagi ambil pembantu, adik-beradik suami pun sama , psycho kita kalau kita ambik maid , akhirnya surrender

    dipendekkan cerita, suami saya tk suka bukan muhrim berkeliaran di kawasan rumah saya, sbb dia kerja drp pagi smpai tgh mlm, tapi kalau nk qada’ hajat ke mkn ke dia curi2 masa utk balik sekejap, pastu pergi opis smula, dia tak selesa sbb seolah2 tkde kebebasan dlm rumah sendiri

    Dulu2 pernah ambik maid, tapi, bila suruh dia tutup aurat kat rumah, dia buat acuh tak acuh je…setiap hari 5,6 kali kena tegur, kalau tak tegur, dia buat2 lupa pakai tudung..dah 3 maid camtu, kalau ada maid yg tahu hukum, aman dunia….suami tak nak tolerate soal hukum, lagipun sesia jer saya susah2 jaga aurat, tapi dlm rumah sendiri, dibiarkan suami dpt dosa free

    The most difficult part is, mmg metua saya tak suka dgn saya , dan sememangnya dia cuba cari jalan supaya suami saya bencikan saya, hasut suami suruh letak semua nama harta nama keluarga mereka…(lots of things happen but i’m not good at telling stories)
    Ipar2 look down on saya, i feel depressed that’s why i want to walk away…….

    Do i hate them too?….c’mon….don’t try to be an angel….standard aa org buat kita mcm2 dan bencikan kita , kita lagi benci kat dia
    Dah 12 tahun cuba bersabar dan deny perasaan benci tu….akhirnya tak larat nak deny dah

  2. kucing api says:

    semoga puan ina ria tenang insha Allah hehehe

  3. malinja says:

    assalamualaikum, ada x lagi yang duk baca blog ni? Saya nak kongsi skit pengalaman saya dalam hidup sebagai M1, Dalam masa 3 tahun hb kawin lain sebanyak 2 kali 2005 n 2006. Bagai nak gila saya dibuatnya. Kita berbeza sebab hb tak ceraikan saya n banyak masa bersama saya sebab ada anak2. kisahnya M3 buat kecoh , nak bunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya. Masa tu malam tahun baru kut. kalau X salah. Riuh tengah malam 2 orang call, Tapi dia tak P pun. m3 p hospital dengan ambulans. M2 buat hal gak. Hb buat x kisah langsung. Saya memang tak pernah kenal diorang semua. Cz saya tahu saya x mampu .

  4. serai wangi says:

    ada….

  5. nila setitik says:

    tengah surf internet carik bahan research .. terjumpa la catatan ni .. ingatkan sandiwara tapi bila baca sampai abis .. sedih pun ada.. kesian pun ada.. sabar la kak. semoga ramadhan membawa seribu kesedaran

  6. isteri says:

    Cerita saya pulak, suami curang dan bukat setakat tu saja, main perempuan lagi dan bila saya minta cerai, dia pulak yang ugut nak bunuh diri tak nak cerai. Saya tak kisah pun bila dia ugut sebab saya tahu dia tak akan buat tapi bila dia tak nak cerai, saya malas nak go thru process mahkamah yang lama sgt. Pelikkan suami saya? Saya bagi peluang utk dia bersama dengan gf2 dia, tak nak pulak. Saya kata pergilah kawin tapi I am not in the list.. Macamana nak deal dengan suami macam ni?

  7. p3lilin says:

    aii..
    x hubby neh da terjebak ngan pompuan giler..

    kesiann..
    tu laa
    terlalu memilih dapat pmpuan giler..

    heee…duniaaa..

  8. malinja says:

    Salam semua, peristiwa agak2 baru lah jugak berlaku, M2 call saya, mntak hb buat adil katanya, Dia skt hati kat kite , Hb lebihkan kite, Marah2 jugak dia kat kite,

    Pelik gak Hb ni, bila kite story pmpuan tu call, dia boleh kata ‘ jangan duk layan pmpuan gila tu, nanti awak jadi tak betul’ . Kedua2nya dia panggil pmpuan gila.

    Nak tergelak gak, dia yang gelong tak sedar diri. Dulu la. La ni nampak pelan-pelan berubah jadi kehidupan kami sblm ini. Semoga tiada lagi pengganggu2 dalam hidup kami. Salah ke saya berharap demikian?

    kite tak de nak kacau pun die, kite pun tak tau dia masih wujud ke tidak dalam hidup Hb tetiba nak mintak hb buat adil.

  9. BE says:

    maaf ye, sy terkonpius baca awal cerita dan yg mutakhir ni. Awalnya ingat malinja dah bercerai, tp sekrng mcm bermadu pula.
    Mungkin imbasan sy yg tak menyeluruh.

  10. kucing api says:

    puan malinja, rasanya sbb M2 dan M3 sudah out of control.. balik jer kena seranah ke hapa jer.. jadi tiadalah ketenangan di sana..

    tapi sbb puan malinja berjaya kawal emosi, jadilah rumah puan ibarat hutan yg tenang dan tidak menyesakkan perasaan hb..

    hmm.. ini teori kembali kepada safety net ni.. LV, ambil iktibar ye dari peristiwa ini.. hak adil tu memang hak u, tapi harap2 guna cara yg berhemah la dgn kudi… entah tak kenal kudi, tak pun ko belajar la dgn ex M3 mcm mana dia jinakkan kudi tu..

    back to puan malinja.. oleh kerana puan sudah stabil.. terpulangla puan nak ambil kesempatan utk membetulkan hb yg gelong itu dgn membimbing dia supaya adil atau membiarkan sehingga M2,M3 membinasakan diri mereka sendiri dgn emosi tak terkendali itu.. it’s your call..

    wassalam

  11. kucing api says:

    ***entah2 nak kenal kudi***

  12. kucing api says:

    pemilihan M2-M4 yg senonoh juga penting supaya segala masalah yg timbul dapat diatasi dgn hujah dan rasional yg jelas dan qati’e.. cewah hehehe.. sekiranya M2-M4 yg dipilih tidak senonoh dari segi structure dan system, masalah sgt sukar diatasi, walaupun tidak mustahil.. iktibar utk saya dan harap2 utk hb2 yg lain juga…

  13. BE says:

    semua kena pilih yg senonoh la kucing…M1-M4, and esp hb yg jadi tonggak tu le

  14. kucing api says:

    oh ye hehehe.. semua sekali.. alamak.. cam tu takde problem la BE.. hmmm…

    itu pencegahan… tapi sekrg nak memperbaiki… itu yg susah dari pencegahan..

  15. malinja says:

    Be, malinja x bercerai, tapi malinja x tahu sama ada hb dah cerai depa ke belum, sbb bila tanya tiada respon dan hb kata lu pk la sendiri. Hb pun setiap hari n malam bersama malinja n sgala apa yang dia nak buat, beli kereta, buat rumah, bisnes dia semua bincang dgn malinja.

    Nampak mcm depa dah x ada tapi tetiba timbul plak, malinja sndiri confius dgn derang ni. Pendekatan yang malinja ambik BUAT TATAU kat depa,

  16. malinja says:

    Kucing api, nak kata saya satbil, rasanya x 100%. Rasa down tetap ada, Hati dah dilukai sukar untuk diubati,

    Orang pmpuan ni kena buang ke hati dan perasaan bila dah kahwin?

  17. Dusk Silhoutte says:

    kerana ada hati dan perasaan kita mjadi manusia..

    mengapa pula ada manusia yg tidak bhati perut..
    mengapa juga ada yg bhati mulia..

    ada ketika yg tidak bhati perut mjadi mulia..
    ada masa-masa yg bhati mulia mjadi tidak bhati perut..

    mulia atau tidak bhati perut boleh wujud dan saling mlengkapi..

    kita boleh tidak bhati perut kpd org yg mragut ktenteraman kita dan dalam masa yg sama boleh bhati mulia dgn si peragut dgn meminta agar ketenteraman kita difikirkn juga..

    -peringatan utk diri sendiri juga-

  18. malinja says:

    Kucing api, nak bmbing hb buat adil kerana dah stabil, Hb akan p kat depa lah maknanya. Hu…hu…hu… itu ku sanggup… pedih, pilu, last-last aku yang berlalu pergi membawa diri. Skang ni aku tgk hb everyday dgn ku, dah lama, hmpir setahun, apa pndpt u kucing api, depa tu ada x lagi a?

    Aku konpius ni.

  19. malinja says:

    silap, correction..

    Kucing api, nak bmbing hb buat adil kerana dah stabil, Hb akan p kat depa lah maknanya. Hu…hu…hu… itu ku x sanggup

  20. untitled says:

    hoi kucin api, apsal ko sebut2 xm3 aku tu.. dia buat cerita sedih la wei, terpaksa jual maruah diri utk carik sesuap nasik, kepala hotak dia..banyak lagi keje halal yg keje haram pekehei? masa dekat2 nk divorce dia ckp kat laki aku..lepas ni dia takmo kawen dia nk org bela dia dan dia leh teruskan idup cam biasa sebagi pelayan lelaki.. huh cam tu ker? itu la aku ckp kat laki aku.. yg bini terkangkang kat umah tak reti nk kesian p kesian kat org cenggitu..

    huh ko tau masa aku cek sms dia.. wah wah wah bukan main sedih lagi lakonan ayer mata dia.. nk bunuh diri telan pil khayal la, hati pilu laki takder di sisi la, pastu end of sms bagi acc no. suh transfer 2/3k utk mengubati luka kat hati..

    hampeh tui..yg aku nk beli susu anak mcm mintak sedekah jer..

  21. Diamond_Heart says:

    eh thread ni masih se*ually active…eh silap…masih aktif lagi hehehe…apala, tadi aku jatuh gedebap, agaknya itu pasal la mereng skit ari nih…

  22. untitled says:

    ko nk suh aku mintak nasihat xm3 aku tu ker.. huh takpayahla bior aku tak makan dari aku buat keje haram cam tu..

    dah aku takmo dengor pasai xm3 aku tu dah..jgn ko sebut2 dia dah.. hidup la dia ngan cara dia..cerita la betapa hebatnya dia sebulan gaji dari lebih 10k walaupun sekolah pmr pun tak lepas..pakai la kete harga 200k pun..kerja la kuat2 sementara masih tegang masih muda masih digemari ngan lelaki mata basketball..

  23. aidanie says:

    bila kepercayaan dah hilang.. kasih sayang sekadar tanggungjawab.. bkn kerelaan… nak dapat balik kepercayaan tu… mahal harganya..

  24. suami_malang says:

    sedih sungguh cerita kak naz ni.. menitis air mata lelaki saya.. kenapa bila pasangan yg satu tu jujur, baik etc but yang satu lagi mesti buat perangai.. saya pun nasib lebih kurang camtu..sayang pada isteri yg amat sgt..tapi isteri curang.. mcm2 dugaan allah nak uji kan..

  25. lord says:

    Memang, yang mengalami saja tahu betapa pedih dan peritnya hati yang di hancur lumatkan oleh suami yang tak menghargai cinta dan kasih sayang isteri di sebabkan hati berubah kasih pada ‘perempuan’ lain…. Ingat hati isteri jangan di duga, sabar isteri jangan di persenda sebab hati isteri yang terlalu sabar, silap-silap boleh buat suami merana kalau tak seketika mungkin sepanjang usia. Allah itu adil…

  26. Aaa... says:

    Mengalah takk bererti kalah. Moga mendapat kebahagiaan bersama orang yang lebih baik. Namun saya tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul…

  27. firiena says:

    salam..
    kagum dgn semangat dan ketabahan puan di dlm menghadapi mslh rumagtangga..
    semoga puan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat..

  28. sheri says:

    wahai puan naz yang budiman, saya amat bersimpati dengan apa yang telah terjadi terhadap puan, kita semua ini hanyalah manusia biasa yang tidak pernah lepas dari masaalah walaupun kita pernah lelah menghadapi kesukaran hidup.

    saya berharap puan naz akan tabah mengahadapinya. saya andaikan puan naz ini adalah seorang wanita yang bekerja walaupun tidak bekerjaya.

    saya berharap, puan naz akan menajdikan semua yang telah berlaku ini sebagai iktibar dan panduan.

    saya ingin mengambil kata-kata Pak Hamka seperti:

    “Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.”

    Buktikanlah kepada pasangan kita (actually kepada Allah) bahwa kita ini adalah manusia yang terpilih olehNya untuk mengahdapi masalah ini, dan pastikan Allah mendapati bahawa dugaan ini mampu puan tanggung dan hadapinya dengan tabah hanya dengan petunjuk dan kasih sayangNya juga.

    Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan lebih maha pengasih.

    janganlah kita hendaknya menyimpan dendam kesumat, benci membenci, dan jangan kerana berebut laki kita juga jadi jahat seperti pompuan itu. Buktikan bahwa anda tidak terikut2 kebodohan dan kejahatan mereka.

    Buktikan anda seorang yuang rasional dan matang dalam berfikir.

    Apalagi… puan bentuklah keyakinan diri, binalah kerjaya, tunjukkan puan juga mampu menjadi seorang wanita yang lebih berjaya (biar xhb puan benar2 menyesal meninggalkan puan).

    Biasanya wanita lebih gagah bila berhadapan dengan perkara berkaitan emosional berbanding lelaki. Janagnlah musnahkan diri hanya kerana cinta kepada manusia. Kita hidup ini juga kerana Allah dan bukan kerana dia dan mereka serta keluarga mereka.

  29. RN says:

    rse amat simpati dgn Naz..kdg2 terfikir mgapa seorg pmpuan tu snggup mnghancurkan hati insan yg sama jantina dgnnya..yg peliknya dia dah ade kluarganya sndiri..sya jga kagum dgn ketabahan Naz mnghdapi situasi ni..dan kdg2 terfikir mngapa begitu mudah seorg lelaki beralih kasih pabila jauh dr pandangan mata…mengapa mudahnya mereka terpedaya dgn godaan yg dtg..sukarnya nak meramal ape yg berada d minda mereka..x kasihankah pd anak2 yg msh kecil yg mmerlukan belaian kshsyg dr seorg ayah..ntahlah berat mata mmndang..sdh tntu berat lg bahu yg mmikulnya..d harap agar Naz terus tabah d x berputusasa…InsyaAllah sntiasalah bermohon pdNya agar d beri kekuatan utk menruskan khidupan ini….

  30. awek cun says:

    suami puan tu buta agaknya..kenapalah pompuan mcm tu yg dia jatuh cinta??dahlah masih isteri org buat onar diblkg suami kononnya tak bahagia??dah tu ugut plk nak bunuh diri,klu saya jadi suami puan dah lama saya tgglkan pompuan mcm ni klu kahwin buang masa dan tentu hidup akan lebih m’derita lagi,saya yakin suami puan akan m’yesal kerana memilih pompuan gila mcm tu buat jadi bini,suami puan pun satu hal dia nak bunuh diri lantak dia la bknnya suami puan kena tanggung dosa dia,itu tandanya pompuan tu ada masalah sakit jiwa dan perlu dimasukkan ke hospital gila,yg lelaki ni pun satu hal,dah ada bini yg sempurna,ank2 dah ada dia sanggup tgglkan utk spesis pompuan gila mcm tu,jgn buang masa m’rindui lelaki mcm tu,dia langsung tak layak utk puan,skrg ni dah sepadan la pasangan dia dpt pompuan gila jadi bini,lelaki mcm xhubby puan suruh je tukar jantina apa gunanya jadi lelaki klu masalah mcm ni pun tak blh selesai dah tu puan plk la yg pi korbankan diri asalkan dia bahagia apa hasilnya???klu saya jgn kata nak jawap call dia tgk muka pun saya tak ingin,puan ni di kira baik hati la tapi apa balasan yg puan dpt setelah b’korban semua ini utknya?bahagia?hilangkah masalah puan?jgn bazir masa puan sayik m’rindui lelaki dayus mcm tu carilah teman hidup baru dan tunjukkan pada xhubby puan yg puan telah jumpa lelaki yg jauh lebih bagus dr dia dan tak dayus dan bodoh mcm dia,saya yakin satu hari nanti dia akan kembali m’lutut pd puan utk menerimanya kembali masa tu puan bagi le nasihat pada dia blk supaya jadi lelaki yg sebenar bknnya kayu,buta n sebagainya,saya mohon maaf s’kiranya puan terasa apa yg saya tulis ini tapi kita sebagai kaum wanita perlulah ada harga diri supaya tak digunakan oleh lelaki2 bodoh dan dayus macam suami puan itu,lelaki suka nampak wanita lemah agar senang bagi mereka nak buat apa sahaja.bangkitlah dari k’jatuhan sinarkan hari esk dgn k’indahan tunjukkan padanya yg puan lebih bahagia skrg ni cakapkan pd dia balik umah layan bini baru kau yg gila tu…

  31. RN says:

    Haha, marah tul awek cun dgn ksh Naz ni…tp mmg betullah ape yg d katakan oleh awek cun itu…sepatutnya suami puan kena bertegas dlm menangani masalah ni..bknnya melayan kehendak perempuan yg kurang waras camtu..lbh2 lg dia msh bersuami…sdgkan skrg ni dah mngambarkan dia seorg isteri yg x setia & sanggup lakukan ape saje demi kepentingan dirinya..x mustahil dia akan lakukan perkara yg sama terhdp suami puan…barulah suami puan akan merasai akan azabnya nnt…barulah dia sedar nnt bahwa puan lbh berperibadi mulia…x pelah..puan bangkitlah dr mimpi ngeri ni & mulakan hidup baru, buktikan pd ex hubby yg puan msh blh berfikiran dgn waras & msh dpt meneruskan sisa2 hidup ni…mana tahu nnt Allah akan temukan puan dgn seseorg yg lbh baik & bertanggungjwb dr ex hubby puan itu…selalulah memohon kpdNya sesungguhnya Allah tdk mnghampakan permintaan hambanya yg teraniaya….

  32. mama ibu says:

    mama ibu faham apa yang naz rasa sebab benda yang sama terjadi pada mama ibu… kuatkan semangat dan sembahyang dan berdoa mama ibu selalu kata pada diri Tuhan sentiasa ada bersama kita.

  33. Ibnu ismail says:

    Bersabarlah atas apa yang terjadi. Tersentuh hati saya baca kisah ni.
    Semoga mendapat kekuatan utk meneruskan hidup. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Didiklah anak2 dan besarkan mereka dgn penuh kasih sayang.

  34. KasutBiru says:

    naz.. naz mesti tabah k.. lelaki ni kalau nak cari perempuan tak kira jauh atau dekat dengan isteri. Ada yang isteri jauh, setia sangat.. ada lelaki yang isteri depan mata, satu opis, masih nak berskandal.. sebenarnya semua tu ketentuan dan ujian pada puan.. dekat opis saya ni ha, rata-rata isteri mmg ada dengan suami, tiap hari balik tgk muka ister, tapi isteri org lain jugak yang dikejar…ishh… tak faham la.. yang isteri org pun, sekali dua dapat la tahan iman, kalau dah hari2 dipujuk rayu, baik jadi malaikat ngalahkan suami sendiri, boleh goyah jugak iman… mmmm…. susah nak faham….

  35. rozsa says:

    menitis air mata saya dgn kisah puan,sabar sungguh puan menghadapi dugaan ini.Sabarlah.saya cerita dgn suami cerita ini.Apa dia kata,bodoh betul xsuami diatu,org mcmtu yg digila2kn,sama2lah gila.takpelah puan,ada hikmahnya setiap apa yg berlaku,mohonlah ketenangan jiwa.bykkan solat hajat.gembirakan hati,usah dkenang perkara yg lepas.bykkn buat aktiviti yg berfaedah,jgn biarkan fikiran puan mengingati kisah pahit itu.biarkn siluncai terjun dgn labu2nya.puan perlu kuat,sygkn diri dan anak2 puan.org macamtu tak perlu dkenang2 lagi.byk lagi lelaki baik dan waras kat duniani.

  36. sara says:

    ade hikmat atas apa yang berlaku..
    mungkin kebahagiaan menunggu puan kemudian hari…
    saya pun da melalui semua tuh..9 tahun bertahan..walaupun tanpa anak…tiap2 tahun dia bertukar gf…tapi akhirnya..runtuh juga umahtangga kami..
    mungkin ramai lagi calon yang baik untuk puan dliuar sana..dan ex puan memang rugi lepaskan isteri semulia puan…

  37. yakuzi says:

    Dear Naz,
    Mengalir air mata ini membaca kisah hidup. Senang aje kita memberi pandangan. Saya berada diliga yg sama..namun cerita saya ini sama seperti Kekasih..Masih tetap diuji.Sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah agar sentiasa dikurniakan mawaddah & rahmah walaupun sedang diuji.

  38. maria says:

    Assalamualaikum Naz…..mengalir air mata saya membaca nukilan tersebut…kerana saya pun pernah mengalami situasi yang sama…..suami yang dikasihi menjalin hubungan dengan isteri orang selama 2 tahun tanpa saya sedari…dan berkahwin dgn perempuan tersebut di sempadan Thailand selama hampir 8 bulan….barulah saya mengetahuinya…itupun setelah diberitahu sendiri oleh perempuan tersebut, meminta saya meningkalkan suami yang kononnya lebih menyayangi dirinya….saya juga pernah mengalami situasi di mana suami tidak dapat membuat keputusan memilih yang mana satu dan turut mengundurkan diri seperti puan pada mulanya…kerana kasihankan suami yang pada pandangan sy amat tertekan dek kerana perempuan tersebut tidak dpt berkongsi kasih dgn saya….dalam tempoh pengunduran itu, saya kuatkan semangat dan cekalkan hati meneruskan kehidupan demi anak2…Anak2 juga tidak saya beritahu mengenai hal ini demi menjaga hati yg masih ketandusan kasih sayang abahnya. Sepanjang tempoh itu juga, hati dan jiwa saya tak pernah sunyi dan lekang dari memohon dan memanjatkan doa kepada Allah swt….cacian, makian dan kata2 pedih sering saja sy terima drpada bekas madu tersebut yg adakalanya boleh mencabar kewarasan dan kekuatan iman…saya undurkan diri dan beri peluang untuk suami mencari kebahagiaan yg mungkin tak mampu saya beri kepada dia sebelum ini….saya lapangkan diri saya dengan anak2 dan rakan2 yang tak putus2 memberi sokongan….masa yang terluang juga saya manfaatkan sepenuhnya dengan memanjakan diri ke salun, spa dan lain2 lg yang tak pernah saya lakukan sblm ini akibat kesuntukan waktu. Dan alhamdulillah….terlalu byk hikmah yang saya perolehi…saya menjadi seseorang yg amat menghargai kehidupan dan seorang ibu yang sgt prihatin (kerana byk masa untuk anak2, sblm ini..byk masa sy dihabiskan utk ke pejabat dan melayan suami…slps kejadian sy mengambil pembantu rumah)… alhamdulillah…. tidak sampai 3 bulan….Allah membuka pintu hati suami untuk kembali semula kepangkuan kami sekeluarga….dan buat perempuan itu….saya doakan yg terbaik buat dia…Terima kasih juga sy ucapkan kerana tanpanya tidak mungkin suami sy dapat berfikir dan dpt menilai kembali erti hubungan kami selama ini…Dan kehidupan kami buat kesekian kalinya cukup bermakna selepas banyak perkara yg dilalui..Saya menerima suami kembali seikhlas hati kerana percaya qada dan qadar Allah itu terlalu banyak maksud yg tersirat untuk kita tafsirkan…Buat puan saya doakan yang terbaik…jangan sesekali merungut dan mengeluh dgn dugaan Allah ini…Allah menduga kita kerana yakin kita boleh melaluinya…kuatkan semangat puan….pasti ada hikmahNya…

  39. ejoy says:

    bila dah berlaku mudahnya untuk mempersalahkan………..
    bila dah tak ada semua terasa alangkah ruginya sebab kehilangan……..
    bila dah buruk semuanya semua rasa menyesal sebab tak menjaganya…
    ini yang biasa diungkapkan jika berlaku sesuatu perkara yang menimpa…

    renung2kan…..bahawa kita diberikan akal dan fikiran untuk berfikir dan menilainya

  40. sonia says:

    Puan Maria,
    Saya juga pernah mengalami situasi seperti puan.Suami curang,saya dapt tahu selepas 2 tahun tapi mereka tak sempat nikah.Allah bukakan hati suami untuk putuskan hubungan dgn pompuan itu dan kembali pada saya.Malangnya,saya belum dapat memaafkan perbuatan dia menipu saya sebelum ini.Saya rasa sgt sakit hati kerana dia cukup pandai berlakun sehingga saya tak terhidu langsung kecurangannya.Lagipun dulu sebab saya terlalu positif sehingga tak pernah mencurigainya.Tapi sekarang, saya tidak positif lagi akibat perbuatan curang dia.Puan Maria, saya sayangkan suami tapi saya juga benci penipuan dia sebelum ini.Tolonglah ajar saya bagaimana puan bole menerima suami puan semola.Saya nak undur diri,tapi sekarang dia terlalu baik.dan saya kesiankan anak2 saya jika kami berpisah.Bagaimana puan bole terima dia dgn IKHLAS?????

  41. PucukDicita says:

    Sedih juga nukilan Naz tu. Kreatif Naz ni dan diplomatik tinggi berdepan senario sebegini. Saya setuju kalau lelaki tu dah terpaut, habislah…dalam kajian saya semasa saya ada masalah rumahtangga, suami isteri patut tahu satu hadis menyatakan dimaksudkan “Jangan kamu main-main dengan 3 perkara iaitu nikah, cerai dan rujuk”.. Saya lihat hadis ini relevan bagi yang belum kawen dan sudah kawen dan yang mahu kawen lagi.. saya kagum pendekatan Naz. Untuk semua, jangan putus asa cari idea = hidayah = petunjuk..sebab fikiran kita tidak akan berhenti sampai tidoxlenamandixbshmaknxkenyang..tidak akan berhenti berfikir sampai jumpa idea…pagi ini kita mati kutu, tengahri, petang,malam karang belum tentu kita mati kutu…apa pun akal kita kena center,jangan kasi mabuk,bila center, pertimbangan kita solid dan keputusan fikiran kita steady…bila fikiran dah steady segala2nya seseorang itu boleh harungi tiap hari yang mendatang. Wassalam.

  42. elly says:

    dapat rasa kan mcm mane…sungguh menyayat hati…suami akak mmg x tetap pendirian..percaya la akak..akak akan dapat yg lebih dari ini…pada perempuan sewel tu…terang2 dah nampak bengong,x beriman,tak ada otak…paling bodoh….sabar lah kak…masing2 ada habuan masing2..akak mesti kuat…hidup sorang membesarkan anak2..dari hidup bermadu…sakit tetap ada kak..semua manusia akan di uji…yg tu di panggil NIKMAT kehidupan…kalau x mencabar..x nikmat kak..Tuhan ada…sentiasa bersama kita..pada dia kita bermohon..

  43. arrina says:

    sy kagum ngan akak…tanah dan kuat dlm mengharungi dugaan ne..xpe la akak mungkin ada insan yg lebih baik dr suami akak dapat membahagiakan akak dan anak2..sy doakan akak bjaya apa jua akak lakukan..akak memang mempunyai sifat keibuan yg kuat sanggup bmadu jika dberikan peluang tp ne semua bukan salah akak….ne semua salah laki akak xtau menilai mana kaca dan mana pmata…

  44. think says:

    Subhanallah.Semua yang berlaku ketentuan ilahi. Apa yang perlu difikirkan ialah cara nak mengubat jiwa kita yang terguris dengan cerita2 tu.

RSS feed for comments on this post.