09 JulHari ni genap sebulan kami bercerai


Hari ni dah genap sebulan aku bercerai dgn xsuami dan sepanjang tempoh tersebut aku tidak berjumpa dengan dia. Entah kenapa hati ni terasa rindu sangat pada dia. Rasa nak menangis pun ada, rasa nak meraung pun ada. Tapi aku kuatkan juga semangat untuk tidak melayan hati aku ini. Sebagai manusia biasa tentulah aku akan rasa sedih sebab rumahtangga yg aku bina selama 14 tahun hancur begitu saja hanya kerana org ke-3 dan bukan kerana aku bergaduh denga xhubby atau takde sefahaman dgn xhubby. Tapi aku redha dgn ketentuan Ilahi dan aku tau inilah ujian yg aku harus terima.

Cerita sedih aku bermula apabila pejabat xhubby berpindah ke Nilai pada bulan April 2006. Kami tinggal di rawang. Mula2 hubby sanggup ulang-alik setiap hari tapi akhirnya dia minta kebenaran utk menyewa bilik di sana kerana jarak terlalu jauh dan dia penat utk berulang-alik. Mula2 aku agak keberatan tapi dia janji akan cuba balik selang sehari, so aku tak kesah.

Perjalanan hidup masa tu berjalan ok. Xhubby balik selalu. Boleh dikatakan selang sehari. tapi semakin lama semakin kurang. Alasan yg diberi sebok sebab bos kat unit die berhenti so dia kena cover byk. Tapi semakin lama semakin kurang sehingga Sabtu Ahad pun dah mula tak balik.

Akhirnya aku dapat bau sesuatu dan akhirnya dia tertangkap dgn bil telefon hp dia yg melambung. Aku tanya dia ada gf ke? Dan dia mengaku yg dia terjatuh cinta pada office mate dia. Masa dia mengaku tu aku macam nak gile… Aku tanya apa salah aku yg dia buat aku macam ni… Dia kata aku tak salah ape2. It just that dia rasa sunyi kat sana dan pompuan ni amat rapat dgn dia kerana they all buat projek yg diberi oleh Bos bersama2. Oleh kerana selalu stay back bersama2 akhirnya hati terpaut…. Tapi yg aku sedihkan ialah pompuan ni isteri org…

Xhubby berjanji akan cuba tinggalkan pompuan tu, tapi oleh kerana mereka 1 ofis, susah nak berpisah. lagi pun hubungan mereka yg teramat rapat. Bila xhubby minta putus ngn pompuan tu, pompuan tu mula ugut bunuh diri dan bagi tau yg rumahtangga dia dah hacur kerana dia nakkan xhubby. X hubby pun tak sanggup nak tinggalkan pompuan tu dan minta kebenaran dari aku utk bermadu sekiranya pompuan tu bercerai.

Oleh kerana sayang rumahtangga aku, aku sanggup bermadu. Tapi bila xhubby buat cadangan utk madukan dia, macam nak gila pompuan tu mengamuk dan ugut bunuh diri sekali lagi. Dia kata xhubby dah janji dgn dia, kalau dia minta cerai, xhubby juga kena ceraikan aku…

Oleh kerana xhubby takut pompuan tu bunuh diri, akhirnya dia failkan cerai juga pada aku. Tarikh cerai 26 december 2007. tapi sementara nak tunggu tarikh tersebut, mcm2 berlaku. Aku pernah sms kat pompuan tu sendiri ajak bermadu, tapi dia taknak. Even aku minta 2 hari seminggu aje asal aku dpt pertahankan umahtangga demi anak2, itu pun pompaun tu tak nak.

Xhubby masih balik kerumah dan kami masih bersama2 berbincang ttg masalah kami. Xhubby masih sayangkan aku dan berat hati nak ceraikan aku. Aku kata kalau tak nak cerai tarikbalik kes ni.

Entah macam mana pompuan tu tau yg xhubby nak tarik balik, dia buat gile lagi.. Satu malam pada 4 dec2007 pukul 2.31 pagi aku terima sms cerai dari xhubby. Esoknya dia sms bagi tau yg pompuan tu nak bunuh diri dan dia terpaksa hantar sms tersebut. Entahlah…masa tu aku ingat sms tu tak sah. So aku masih bersama xhubby selepas dari tarikh itu. Dan xhubby tak tarik balik fail cerai dia tu sebab dia kata dia kena fulfill kehendak pompuan tu sebab dia takut pompuan tu bunuh diri lagi. So pada 26 dec 2007 kami bercerai di mahkamah… Yg aku geramnya masa nak cerai tu, pompuan tu boleh ikut xhubby dtg court.. dasar muka tak malu. Padahal dia masih dlm edah selepas minta cerai dr laki dia. Geram betul…rasa nak tampar aje muka dia. Tapi nasib baiklah org ramai kat mahkmah tu.. Aku control macho je…

Aku redha dengan keputusan xhubby. Dia mengaku dia masih sayangkan aku dan dia juga sayangkan pompuan tu walaupun kadang2 pompuan tu buat perangai gile dia tu. Agaknya mereka satu pejabat kut..susah nak berpisah. Masa yg dia spend dgn pompuan tu lebih dr dgn aku. Tu sebab susah nak lepas…

Cukup 16 hari bercerai xhubby ajak aku rujuk. Dia kata dia menyesal gila ceraikan aku..Oleh kerana aku memang sayangkan laki aku, so aku terima jelah.. Tapi perkara ini masih dirahsiakan dari pompuan tersebut. Entah macam mana tepat 89 hari rujuk, pompuan tu dpt tau sebab dia org tak boleh nikah selagi takde surat cerai aku. So macama mana surat cerai nak kuar sebab kami dah rujuk. Mula2 xhubby dpt mengelak sebab surat cerai sepatutnya kuar selepas 3 bulan. So cukup 3 bulan surat cerai tak kuar, xhubby terpaksa mengaku le…

Bile pompuan tu dpt tau, dia buat gile lagi.. mengamuk gile… Xhubby nekad nak tinggalkan dia juga dan tak peduli pun kalau dia nak bunuh diri. Tapi tak bunuh diri pun…saja nak buat havoc je.. Mula2 xhubby cuba elak berjumpa dgn dia kat pejabat, tapi lama kelamaan dia merayu. Xhubby pun tak boleh nak lupakan dia especially they all satu pejabat dan tak boleh nak elak berjumpa…

Entahlah…terlalu lama aku menahan perasaan. Setiap kali xhubby balik rumah pasti dia akan bercerita kesah dia ngan pompuan tu. Aku sentiasa menjadi pendengar setia pada dia. kdang2 aku sendiri tak faham macam mana aku boleh jadi sekuat ini mendengar kesah cinta mereka. Agaknya aku terlalu sayang pada xhubby kut…

Lama kelamaan aku tgk xhubby semakin susah nak buat keputusan. Dia seperti stuck di persimpangan. Nak ceraikan aku dia tak sanggup, nak tinggalkan pompuan tu pun dia kata dia tak sanggup juga sebab dia kata pada aku separuh nyawa dia pada aku dan separuh nyawa dia pd pompuan tu.

Akhirnya pada 24 May 2008, sekali lagi aku merayu pada pompuan tu utk bermadu sebab aku tak sanggup tgk suami aku dlm dilema. Aku kata apa salahnya kita bahagiakan org yg sama. Tapi dgn sombongnya dia kata kat aku dia taknak. Kalau xhubby nakkan aku, suruh dia lupakan dia sebab dia tau xhubby aku tak sanggup lupakan dia.

Akhirnya aku beralah demi sayang aku pada dia. Aku dah tak sanggup lagi tgk xhubby dlm dilema. Aku pun tak boleh bahagia sekiranya xhubby tak boleh nak buat keputusan. Akhirnya aku sendiri minta cerai dr xhubby sebab aku rasa I have to put a stop somewhere. Selagi xhubby tak buat keputusan, kami semua menderita dan tersiksa. Aku, xhubby dan juga pompuan tu.

Setelah berbincang akhirnya dia bersetuju untuk ceraikan aku sebab dia pun kata dia takkan dpt jadi suami yg baik dan tak dpt bahagiakan aku selagi dia tak boleh nak fokus pada rumahtangga kami lagi.

Pada 27 may 2008 xhubby failkan cerai dan akhirnya pada 9hb June 2008 kami sah bercerai sekali lagi. Aku redha dan aku harap inilah yg terbaik utk aku dan xhubby. Aku doakan dia bahagia dgn kehidupan baru dia bersama gf dia andainya dia berkahwin nanti.

Tapi…Aku rasa aku takkan menyesal dgn keputusan ini sebab aku rasa aku dah cuba sebaik mungkin pertahankan rumahtangga aku sebelum ini…. Tapi bila hari ni genap sebulan bercerai, entah kenapa hati aku rindu sgt pada xhubby. Dia pun selalu sms kat aku tanya sama ada oku ok ke tak. Tapi aku tak jawab sms dia kalau dia tanya selain dari hal anak2. Tapi kalau ikut rasa hati, nak bagi tau aje yg aku rindu sgt2 pada dia. Tapi aku masih bertahan dan sentiasa berdoa pada Allah agar hilangkan rasa cinta dan rindu aku pada dia agar aku mudah meneruskan kehidupan aku ini…

 

 

 

 

Popularity: 45% [?]

Processing your request, Please wait....

94 Responses to “Hari ni genap sebulan kami bercerai”

  1. slimtough says:

    emmmmm

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. hi5 says:

    Perkara yang hampir sama berlaku pada adik saya sendiri.Bila duduk berjauhan,ada yang memberi perhatian,lama kelamaan itulah kesannya..Adik saya perempuan tidak diceraikan,,,tetapi suaminya kawin lagi satu..(Adik tinggal di bukit beruntung suami di kuala lumpur ).
    Itulah dikatakan penentuan kekuasaan ALLAH…mudah-mudahan puan akan apat jodoh yang lebih baik dari itu..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. jelita says:

    Duduk berjauhan ni perlukan kekuatan n kejujuran. sesungguhnya, ALLAH menyayangi puan sebab itu puan diduga dengan ujian ini.. insyaALLAH, ada hikmah n rahmah yg menanti..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. mak sue says:

    teorinye gitula…perlu jujur dan kuat. tp praktiknya kita kena faham kaum lelaki ni rata2nya lemah tanpa peneman jiwa di sisi.

    kita marah lelaki mcm mana pun, dah sifat fitrah kebanyakan mereka begitu.

    Jadi sebagai isteri, kita kena faham suami kita tu jenis yg mcm mana. jenis yg perlukan teman selalu atau yg boleh sendirian tanpa teman utk beberapa ketika.

    Buat naz, bersabarlah dgn takdir ini. Selalunya org yg teraniaya pasti terbela dgn cara yg Allah tentukan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. kucing api says:

    adehhh.. ini kot penangan chentak2..

    haiii.. perempuan yg nak bunuh diri suruh suami org ceraikan bini dia memangla ZALIM..

    patut biar jer nak bunuh diri bunuh la.. betul pun gimik jer..

    nak kawin 2,3,4 pun biarlah pilih perempuan yhg BETUL.. bini org selamba boleh bercinta dgn suami org.. erkk.. bukan jenis ini.. nauzubillah.. jauhilah daku dari species ini nauzubillah.. aminn..

    semoga Allah memberi ketenangan dan kekuatan kepada puan utk mengharungi kezaliman perempuan itu..

    cuba hantar suami tu berubat.. manalah tahu.. isteri curang, zalim ini tak mustahil juga suka berkawan dgn ahli sihir dan suka menyihir org..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. adeq says:

    pelik banyak la kisah ni. slalunya yang main drama ugut nak bunuh diri, nak terjun lombong, nak langgar divider ni ialah isteri nomor 1 sebab dia tahu bargaining power dia tinggi. anak2, rumah dan harta benda yang ada, sedara mara dia, nak2 kalau dia kamceng dgn mertua.

    Dia boleh senang2 ugut laki suh cerai bini baru tu, dan laki slalunya kecut perut dan ramai yang tewas dgn ugutan tu kecuali yg benar2 beriman, teguh pendirian, takut pada Allah lebih dari ugutan bini yg sebenarnya acah2 aje kut2la sabut dia timbul. tak payah dia bermadu.

    inilah yang lumrah. tapi nasib awak lain pula naz. mungkin juga macam kucing api tulis, ada unsur mandrem kat sini. pernah scan tak?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. manja67 says:

    Hi Naz…apa lagi yang saya katakan… Saya bangga dgn sikap awak.. yang sentiasa mengalah dan mengorbankan perasaan sendiri.
    Sedih saya baca cerita awak… Keluar air mata…
    Walau apa pun ..saya doakan awak sentiasa tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.
    Mana tahu suatu hari nanti awak dpt balik x hubby awak tu..
    Kepada pompuan yang tak tahu malu tu..memang jenis tak sedar diri betul lah… patutnya xhubby awak biarkan je dia…nampak sangat jenis tak baik..menduakan suami..tak takut ngan Tuhan ke..
    Kalau saya jadi xhubby awak, berenti dan carik je keje lain…
    Macam yg Adeq & kucing ai tulis… unsur mandrem.. hhmmm… mungkin gak.. sapa tau..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. seri dewi malam says:

    Apa pun dgn izinNya..ada hikmah di sebalik yang berlaku,sabar yer dik???

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. sha says:

    Syabas kpd naz.. Kerana kuat hadapi situasi mcm ni. Klu sha ntahla. Sha pelik la ngan pompuan tu, dia sanggup nk meruntuhkan rumah tangga org & rumah tangga sendri. Sha, mmg x sanggup buat mcm tu, wlupun kte syg kt hb org ni. Perkara2 mcm ni akan berbalik kt dri kte suatu hari nti. Tuhan tu maha adil. Wlupun sha pernah syg kt hb org tp sha x sanggup utk buat ape yg pompuan yg dh berkahwin tu lakukan. Nmpak sgt pompuan ni dh berkahwin lg curang kat suami. Si suami tu pulak takkan x dpt berfikir secara waras.
    ‘Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..’

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. honey says:

    Perempuan selalu ‘kalah’ sebab terlalu sayangggg..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. qaisara says:

    sabar je yg boleh sy ckp…x dpt bygkan kalau sy ada kat tmpt awk…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. nana tanjung says:

    awatnya yang hang dok teringat kat jantan haprak camtu naz oii.. biaq p la kat dia, dia tengah syok menikmati syurga dunia, call hang pun saja ja buang masa,saja nk buang rasa salah pedajai hang, bukan pasai sayang atau rindu, hang toksah dok buang karan pikiaq pasai dia dah. pikiaq hang ngan anak2 dah… kalau dah susah sangat anggap la dia dah berhijrah 6ft underground.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. sayang laki 10% je says:

    alahai yang.. lotihlah baca cite hang ni…
    org tu dok tarik tali buat hang tempat berteduh je, tak mampu langsung pertahankan marah ekau..

    ekau dok merayu meratap kat pompuan tu ape kehal.. mana pi maruah hang..
    lantak pi depa , manis hidup sekejap je, dunia ni balasan dan ganjaran..

    ekau pi lepak-lepak kat forum ke, spa ke, salon ke, pasang badan yang oii.. jgn sodih sodih yoo…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. jasmin says:

    saya rasa naz terpaksa nak bermadu sebab nak pertahankan perkahwinan dia pasal fikirkan anak-anak.tahniah naz kerana mencuba.tapi dah hubby awak yang tak menghargai awak.biarkanlah dia dengan dunianya.kalau saya pun takkan mengharap pada suami macam tu.kalau awak dah cuba, tapi masih derita berpanjangan dan kesakitan tak dapat ditanggung lagi…eloklah berpisah.Kadangkala kesabaran mengundang dosa kepada diri kita sendiri.terima hakikat, jodoh kita dgn suami setakat itu kerana suami kita bukan lagi lelaki terbaik untuk sama2 menjadi teman hidup. Segala yang berlaku itu ada hikmahnya,InsyaALLAH.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. nana tanjung says:

    yer la.. hampa semua geng pompuan kat sini semua ckp lagu tu.. terima la hakikat perkahwinan takat tu saja, lepaih kawan tu bercerai hampa plak takut nk kawan ngan dia, takut satgi laki hampa kena kebas, yg kaum aku plak pakat2 ngurat amik kesempatan kot2 dpt selak kain free,donia donia, hang naz aku nk habaq mai ni, kot jumpak laki mana2 yg hang berkenan kawen la. kalu x jumpak hang jaga la anak2 hang baik2 kurang2 hang dpt gak merasa syurga kat sana sebagai ibu yg baik, doa la banyak2 doa tu senjata org mukminin.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. kakida72 says:

    pompuan tu nak bunuh diri biar je la.
    tak ada kan bunuh dirinya.
    laki awak tu yg penek akal sebenarnya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. combi says:

    haah mana ada pompuan bengong yg betui2 nak bunuh diri demi sorang lelaki. cucuk mata pun tak endak.

    yg biol gitu hanya kasim tak selamat jek

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. wankembang says:

    memang patut le hang ceraikan laki spesis kecut cam tuh….menyampah aku dengor. jgn layan sms….pi tukaq nomo tipon. kang dia rindu hang leh peluk pompuan tuh…hang gindu dia nak pelok sapa? jadik lak skandal lain cam depa dua lak kang.hishhhhhhhhhhh…..menjirap darah aku lerrrr….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. slurppp says:

    laki saya dok berjauhan dgn isteri dia 13 tahun tapi tetap setia pada yang satu. bila dia balik kerja satu daerah dengan isteri, isteri lak rimas dia ada dirumah. dia rasa terpinggir dan akhirnya kawini saya. tapi isteri tua dah marah.

    bila ada tak dihargai. bila terpaksa berkongsi, amuk bagai nak gila. adakah kerana tercabar? atau kerana takut berbahagi harta atau kerana takut kurang kasih suami. padahal suami tidak pernah membuanga atau kurang kasih pdnya. oleh itu, tak semua kes adalah kerana salah lelaki atau isteri kedua.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. kekasih says:

    salam naz….sedihsangat baca citer naz.kekasih faham sangat perasaan naz sebab kekasih dah lalui keadaan tu.cuma akhirannya sahaja berbeza sebab dia ceraikan pompuan u.Pompuan tu isteri orang masa mrk kawan dulu…konon kesian sebab kena dera dgn suaminya maka hubby selamatkan…lat2 jadi mcm yg terjadi.
    naz,kekasih rasa naz lebih lebih tabah dr kekasih.Lagipun Allah dah tunjukkan jalan pd naz,mngkn hubby dah tak layak buat naz sebab tu Allah pisahkan naz dr dia.sakit memang sakit naz.kekasih yg hubby balik kat kekasih pun masih melalui berbagai dugaan…yang hebat2.Maka,kesimpulannya bersama atau berpisah,kita tetap akan diuji…cuma naz kena lebih tabah demi anak2.Kekasih pun sanggup lalui semua ni krn kenang masih sayang dan anak-anak masih kecil utk terpaksa memilih sebumbung dgn ibu atau ayah…
    Naz,ada hikmah di atas keputusan Allah ini,tabah dan sabar..itu doa kekasih..tulus buat naz…semoga Naz akan dapt lalui semua dugaan ini…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. spy says:

    boleh caya ke cerita naz ni? entah2 saja nak burukkan orang lain dan meraih simpati. macam angelic sangat la dia tu. salah sendiri haram ada sebut sepatah pun.
    orang yang baru sebulan bercerai selalunya tengah depress abis tapi dia ni elok jerk tulis tersusun ayat2nya siap berperenggan cantik lagi tuh.
    heh suspicious betul akulah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. spy says:

    ye la korang nak sedapkan hati katalah mungkin hubby dah tak layak untuk koranglah apalah, entah2 korang yang tak layak untuk hubby. jangan nak perasan diri tu baik dan orang lain kurang baik. sifat ujub tuh.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. kekasih says:

    naz,jgn kecewa kalau orang tak faham.mereka belum lalui,biarkan apapun anggapan mereka kerana ramai lagi isteri di luar sana yang senasib memahami perasaan naz…yg pntg kuatkan semangat ye….nanti bila mereka laluidugaan demi dugaan…mudah2an mereka akan ada teman2 utkmenguatkan mereka

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. naz says:

    Spy, saya tidak meminta sesiapa percaya cerita saya. DemiAllah sesungguhnya Allah tau apa yg berlaku dlm hidup saya. Saya tidak menagih simpati. Tu sebab saya tulis dlm blog. Hanya utk luahkan apa yg terbuku dlm hati saya saje. TK

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. rohana09 says:

    naz, saya amat bersimpati dgan apa yg dilalui oleh awak.mengalir air mata saya membacanya.semoga awak tabah menghadapi nya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. wankembang says:

    senang citer ..len kali jgn dok bejauhan ngan laki…kan kedudukan isteri disamping suami. bila dah jadi cam nih baru le nak pi salahkan keadaan keliling. padahal kesalahan dalam diri seniri.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. kucing api says:

    jauh ke dekat ke takde effect sgt.. kalau dah terpikat nak satu lagi, dekat jauh tetap jalan…

    cuma yg terbaik adalah dgn cara yg baik dan terpuji..

    kalau tak mau dan tak mapu tambah, jgn pula sengaja main2, mesra2 dgn pompuan etc.. jgn cari penyakit itu sahaja.. nauzubillah

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. spy balasundram says:

    dei! manader org nampak salah sendiri? kalu org nampak salah sendiri ramai la yg bunuh diri mengaku bersalah.. potong tangan sindri kalu mencuri, ini donia la beybeh..kalu ada yg nk mengaku bersalah pun sebab dpt advantage jer bukan ikhlas dari hati.. tak caya tanya client aku en. bala..kan dah dpt bala..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. jasmin says:

    Spy..
    Lelaki, kalau nak curang tak perlu tunggu isteri buat salah…ada yang dapat isteri yang setia pun…masih berpaling arah…Ada isteri yang curang juga kan walaupun suami cukup setia dan menyayangi???????
    BLOG ini pentas untuk semua watak manusia di muka bumi ini. Teuk dada, tanya selera!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. jasmin says:

    Sorry, typo error…

    Tepuk dada, tanya selera!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. biesya says:

    sian u eks….i doakan..u tabah,,,i faham perasaan u kita sama pompuan… naluri lembut.. tapi kdg2 kita harus tegas juga…. sebab jalan terbaik buat kita dan anak2…. semoga allah melindungi mu…kwan….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. wankembang says:

    jgn jadikan anak2 sbg alasan tanak becerai, sebab kalau tak becerai pun dok pk pasal diri masing2. kalau betul mak bapak yng amanah, dah becerai pun tetap jaga kebajikan anak2, duduk sebumbung pun kalau asik begaduh, syak wasangka pun bukan datangkan kebaikan pada anak2 punggg.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. Kak Esah Maksum says:

    ntah.. skit2 bagi alasan anak2 pdhal bukan sibuk kat anak tu tp sibuk ngan laki yg hampeh tu.. dari buang karan dok pikir jantan hampeh tu baik spend masa ngan anak2, hepikan diri..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. mamagrill says:

    God is great and wise berkahwin bukanlah mudah..proses perpisahan juga tidaklah di atas kertas saje..undang2,keluarga,zuriat,jiran2 etc..so jika naz diberi jalan yang sebegini apakah hikmahnye selain kehilangan orang yang paling disayangi.memang tak adil rasanya tapi lagi tak adil jika x hubby melakukan yg sebaliknye terhadap naz.sabar dan redha adalah nikmat hidup yg tak dapat diganggu gugat

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  35. kekasih says:

    salam…ustazah pejabat agama ajar kekasih…surah Al-Kahfi,baca sampai ayat 73,ulang 9x dan minta apa yg kita harap suami kita buat…kekasih amalkam tapi kekadg miss jugak…surahnya panjang

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  36. redcherry says:

    ehmm…mcm mana nak cite yer?? sebenarnyer cherry pernah jumpa, berkenalan dan seterusnya boleh lah dikata feeling ngan suami2 yg begini.. kdg2 bukan segaja cuma niat tu nak berkawan tapi kalau dah selalu sgt on line or phone ke lama kelamaan semakin mesra dan lelaki ni mula lah mencerita mencurahkan perasaan.. kalau tak kuat iman memang bergoncang.. bukan apa kita pun keep on telling them yg kita ni dak kawin anak pun dah 3 org tapi masih juga menagih cinta.. tak tau apa yg mereka nak sebenarnye.. kita tak layan mereka marah dan mengata bermacam2.. tapi m sure isteri masing2 pun tak kyrang hebatnye… tak tau laa.. Pada pendapat cherry pada satu tahap lelaki ni esp bila mereka dah capai matlamat dlm hidup mereka…mereka akan mula scanning around and look for compatibility… i dont know samada betul ke tak?? tapi dlm pemehatian cherry gitu laa… they just want someone who they can talk to abt their job, career even current affairs sometimes. Ada kawan cherry tuu gituu laa walaupun berpangkat GM masih cal n ask for help or adv abt his job sambil itu jiwang2 juga.. nasib baik laa cherry ni waras lagi ingatkan hubby yg baik n anak2 yg comel kat umah tuu… Ada jugak sipolan ni asyik mengatakan dia sunyi sebab isteri dia tak sihat dan tak melayan dia bila balik kerumah..isteri terus berkurung dibilik bila balik dari kije…tapi dia tak memburukan isteri nyer cuma bercerita keadaan nyer saja… cherry pun senyap laaa.. tak tau apa nak dikatakan… kesian tu adalahhh… katanye sejak berkawan dgn cherry hidup nyer begitu ceria… kdg2 cherry berasa serba salah utk mendengar cite masing2.. tu laa kalau tak kuat iman mungkin boleh terpengaruh kut.. nak jauhkan diri mereka ni kita kenal dan memang kawan sejak sekolah lagi… jadi kdg2 tak tau nak salahkan siapa.. keadaan, diri sendiri ataupun org ke3??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  37. Pujangga says:

    kehidupanku – respek la kat akak.

    redcherry – what would you do if you suddenly realized that the woman you married, doesn’t really love you? Get out of that marriage? Not that easy…
    http://www.fatwapujangga.com

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  38. suriaterang says:

    Antara Kekuatan dan Kelemahan Lelaki & Wanita

    Betulkah
    Lelaki lemah pada pujuk rayu wanita?
    Betulkah
    Wanita lemah pada tangisan lelaki?

    Dimanakah kekuatan lelaki?
    Dimanakah kekuatan wanita?

    Benarkah
    kesabaran wanita paling tinggi dalam perkahwinan poligami

    Benarkah
    kesabaran lelaki paling tinggi teruji berlaku adil dalam perkahwinan poligami

    ……

    http://wanitajim.proboards58.com/

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  39. Ecah08 says:

    Sakitnya hati baca blog nih. Naper ada perempuan sewel cam tuh erk…Sabar ye puan…Kebahagiaan akan menjadi milik kita juga akhirnya…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  40. ajinomoto says:

    Sabarlah Naz….ingat pada Allah dan tanamkan di fikiran tiada yang lebih bermakna dari redha Allah dalam kehidupan ini…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  41. azizah says:

    Mcm pompan gatai je si red cheerry ni. Suka dok layan jantan. Ingat sikit eko tu bini org. pompan cam nilah mula-mula kekawan je dgn laki org tapi lama2 sangkut trus. bahaya si cheery ni.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  42. serifajar says:

    red tak kisah layan suami orang merangkap kawan sekolah..nanti hubby tu layan isteri orang u tak kisah ke?

    sy tak wat gitu layan jantan tu sbb sy suka hubby ada jarak berbeza dgn pompuan lain walaupun kawan sekolah..

    kalau somi ada teman mesra sy pun buat gitu juga depan2 dia,tapi bukan sbb sy gataiii nak berjantan cuma lebih dari nak suh dia tau perasaan dia sama cam perasaan kita..sib baik dia paham dgn pompuan dia tak mesra sgt, kalau tak byk masalah kut..

    jadi bila dia takde u all lah kena layan sy wakakakakakaka teman borak wakakakaka…takmoh cari jantan buat borak hikk3x

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  43. ina ria says:

    sedih nyer baca cerita naz ni…..

    Saya ni bercita2 nak clash dgn hb ni, bukan masalah marka, bukan masalah nafkah wet , bukan juga masalah 18SX…

    Masalah saya takla sebesar mana…cuma taknak wasting my time la layan hidup camni…..

    Tu la masalahnya, takut rindu-rinduan pulak ngan xhb, err…hb la, belum pernah clash dgn dia pun….

    Naz, ni dah lebih sebulan ni, ada apa2 perkembangan terkini?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  44. kucing api says:

    nak clash dgn hb? tapi tak bagi tau sebab apa? hairan?

    awat, pasai apa? perkara besaq sangat ka? cewah wakakaka..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  45. ina riak says:

    cek ni takdak kawan langsung laa ni, pasai cek kena duduk rumah jaga rumahtangga, lepaih tu mak metuo cek tak bagi cek keluaq rumah, bohsan laaa….dia habaq mai, pompuan keluaq rumah bawak fitenah, habaih dah cek kerja sendiri, cek kena keluaq jugok, cek sayang betuih kat bisnis cek, 1 haghi 1 kilo dek oiii, sapa tak sayanggggg…..
    Dia meluat sbb cek boleh bawak kereta sana sini, padahal cek keluaq nak kasik bisnis jalann
    Dia hengat mulia sangat la org kerja kat opis nuu, cek baca kat sini , seopis laki naz, main mata semedang dgn laki org

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  46. kucing api says:

    hok alahhhhhh..

    duit dah byk, laki pun kaya.. beriman lagi.. biz pun baguih.. apa la susah sgt nak duduk rumah..

    apa kata cari org utk run the biz for u.. pi sana pi sini ganti u.. u monitor dari rumah keluar masuk duit.. amcm?

    hang kejar dunia sgt.. cuba kasi balance skit..

    tak pun kasi tokey run biz ganti u.. atau sesiapa yg layak dan amanah.. kasi gaji kaw2 punya.. dengar cerita sendiri dia terrer bab2 ni.. haa.. apalagi? bila boleh start interview?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  47. kucing api says:

    lagipun, sampai satu tahap, hang kena pikiaq bab management perkerja hang juga.. takkan hang nak personally run the biz.. bila nak kembangnya dekkkk oiiii..

    eh, kakkk oiii hehehe

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  48. ina riak says:

    itu laaa..hang mentah lagi, hang taktaww masalah jaga anak, anak cek 3 org setahun satu taww…macam2 heii…hantaq sekolah,hantaq teikwndo, hantaq kumon, hantaq mengji quran, hantaq ajak jogging ambik angin petang2, beli brg2 pendidikan seni, gaduh, nak makan, nak sepahkan baju2, cek takdak agnes monica, semuo cek urus sendiri, tapi gimana caranya nk ngurusin tanpa keluaq rumah dek oiii…

    Cek ni takdak masa nak ngurusin diri sendiri, cek kuruih kering , mkn supplement hari2…tak selera nak mkn nasi berlauk

    Pastu mak metuo cek ungkit pulok hasil bisnis tu duit anak dia, keluarga dia pun berhak sama, cek ni tak kerja opis curik tulang makan gaji tak berhak atas hasil bisnis tu, cek tak berhak atas rumah yang kami beli, aset2 dan liabilitinya sekali

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  49. kucing api says:

    apa susah dek non oiii..

    duit byk, cari la sesiapa yg keluarga hidup kais pagi makan pagi, laki bini terus jadi maid dan tukang kebun.. bagi gaji 2-3k (niat sedekah sekali) mesti diorg kerja betul2…

    anak diorg sekali korang support pelajaran semua.. kan mudah lepas tu ada pembantu.. duit2 byk2 tapi tak gunakan utk meringan beban sendiri apekeheiiii ye???

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  50. sayang says:

    Mmg sedih cerita naz ni. Yang mengalami aje tau mcmana pedihnya. Sabarlah naz, tentu ada hikmah disebaliknya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.