14 JulBagaimana untuk menerima poligami? Tolong lah..


Aku nak mintak nasihat sikit sebab aku tengah bingung sekarang ni. Sebenarnya aku dapat kumpulkan kekuatan segagah sekarang melalui pembacaan pengalaman orang lain yg pernah alami mende yg sedang aku alami. Nak dapatkan nikmat ‘redha’ dgn ketentuan Allah, memang teramatlah payahnya. Namun aku masih mencuba. Cerita aku begini:

Aku berkahwin telah 6 tahun, ada 3 org anak. Sejak zaman usia perkahwinan 5 tahun lebih, aku dapat rasakan ada sesuatu yg tidak lengkap dlm hidup kami. Omputih kata ada something missing. Tapi aku tak tahu apa mendenya. Hidup kami telah menjadi satu rutin. Sudah start rasa bosan. Dlm pada aku tgh cuba memperbaiki keadaan, aku disahkan pregnant la pulak. So, byk aktiviti kena dihadkan. Lagi lah bertambah bosan.

Dugaan Allah pun tiba. Suamiku dihantar syarikat kerjanya ke Timur Tengah selama 2 bulan. Sebelum ini pun suamiku pernah berjauhan denganku selama hampir 2 tahun, kami cuma berjumpa hujung minggu. Jadi aku rasa perasaan aku biasa saja. Biarlah, insya Allah dapat rezeki lebih, aku pikir. Dalam masa 2 bulan berjauhan, aku sudah mula mengesan suatu kelainan pd diri suami ku. Kalau dulu, setiap hari dia akan telefon menanya khabar aku dan anak2. Namun sewaktu dia berada di negara Timur Tengah ni, dia amat jarang membuat panggilan dengan alasan mahal. Dia ajar aku suruh pakai Skype, program yg free tu, nampak gambo lagik. Ok, aku cuba. Memang best program ni. Pertama kali aku dapat lihat wajahnya setelah hampir sebulan berpisah, air mataku menitis kerana terlalu rindukan dirinya. Tapi dia tak perasan semua itu. Aku juga perasan yg suamiku bertambah smart orangnya. Tapi bila aku try tulis mende2 jiwang mcm I miss you, dia buat tak layan…lepas tu siap boleh attach video pompuan tgh nyanyi lagi jiwang. Nickname dlm Skype pun dah lain macam.

Memang naluri seorang isteri Allah beri satu keistimewaan. Aku sudah mula rasa ada sesuatu yg tak kena. Ditakdirkan dia kena buat projek lain dan kena pulang ke Malaysia lebih awal dari jadual asal. Saat balik je, terus langgan Streamyx broadband. Ada PDA yg boleh online anytime. Main komputer sampai pukul 2 pagi. Mak aii…lepas tu tak jauh dgn handphone. Aku dah start rasa bengang. Bila dah tak tahan, satu hari tu aku tanya “Ada orang istimewa ke dlm handphone tu, kenapa asyik main SMS saja?” Dia kata dia memang suka layan pompuan kalau kat chat. OKlah, masa aku tanya tu pun aku dah nangis, sebab aku dah mula rasa sedih dan tak kena. Masa ni aku mengandung anak no. 3 (7 bulan). Seminggu lepas tu aku masih lagi rasa jiwaku tak tenteram. Aku kata, marilah kita pegi makan dinner kat tempat special, supaya kita boleh discuss sebab fikiran aku bercelaru dan jiwa kacau bilau.

Kami pun pergi ke satu restoren hotel 5 bintang. Dlm pada nak berdiskusi tu, siap sempat lagik dia layan handphone tuh. Aku dah naik darah, tapi aku masih bersabar. Aku kata, biar dia bicara dulu. Dia terus tanya soalan “Kalau I kata I nak kahwin lagi satu, amacam?“. Ya Allah, masa tu rasa mcm nak gugur jantung aku. Dah la aku ni tgh pregnant, memang tiada simpati langsung. Pikir diri dia saja. Aku kata, aku tak setuju.  Sebab memang dia tak mampu. Bukan setakat wang ringgit, tapi dari segi perasaan, aku rasa dia ni tak boleh handle 2 families sebab dia ni sgt sensitif orgnya. Aku kata, aku letak dia dipersimpangan, pilihlah jalan mana yg dia nak pilih. Org baru atau ceraikan aku. Aku mmg tak lalu makan kat restoren tu, penghabisnya aku muntah. Malam tu tak boleh tido langsung. Dia selamba je tidur lena.

Hari-hari berlalu. Dia berjanji nak tinggalkan pompuan tu, tapi aku dpt rasakan yg mereka ni berhubungan setiap hari melalui chat n sms. Aku tahu dia ada hati dgn seorang budak ni. Satu hari aku terbaca SMS nya. Amboi, begitu mesra. Bila aku tanya siapa, dia kata alah, budak ofis masa kat Timur Tengah tu. Lepas tu suamiku makin kerap balik keje lewat. Pukul 9 malam ke atas baru balik. Selalunya anak2 dah tido. Lepas tu handphone tak renggang, walaupun dah tak main chat waktu malam. Bila tanya biasalah, banyak kerja. Kang kalau mati kat ofis, baru padan muka, kekadang aku nak jer cakap mcm tu.

Sampai masa aku lahirkan baby kami Mac lepas. Dalam pantang itu lah satu seksaan yg amat berat aku rasa. Dera ni bukan sekadar fizikal je. Suami ku dera aku lagi teruk, dera dari segi perasaan. Dia buat muka masam dgn aku, bila aku tanya soalan, mcm malas je nak jawab. Tiap masa tunjuk muka munyuk kat aku. Siapa tak tension? Dah lah jiwa aku tak tenteram, nak baca Quran or solat tak boleh lagik. Kami buat juga beberapa slow talk. Kebanyakannya melalui online chatting sebab dia ni jenis tak byk cakap, better tulis. Nak dipendekkan cerita, aku beri dia pilihan. Samada memilih aku, aku ceraikan aku. Dia berkeras nak simpan dua-dua. Aku tanya apa salahku? Berilah peluang untuk kita perbaiki kelemahan, tapi dia menolak. Katanya there’s nothing you can do. Pompuan itu melengkapi hidupnya dan hidup kami. Aku memang teramat sedih dan kecewa yg amat sangat. Masa ini kan, hanya lah ruangan DCCK ni jadi panduan hidupku.

Sampai aku naik keje Mei lepas, hari pertama aku naik keje, aku dapat email . Suamiku kata “Kita perlu berbincang mengenai perpisahan dan perkara2 yg berkaitan dengannya“. Aku terdiam sejenak. Lepas tu baru lah aku telefon ibunya memaklumkan apa yg dah berlaku. Bayangkan, selama ni aku simpan molek rahsia perkahwinan kami ini. Airmata dan doa pada Allah jer jadik teman setia. Ibunya telefon suamiku dan aku rasa dia ada beri nasihat – pikirkan anak2 yg masih kecil. Betul ke dah nekad? Aku tunggu juga malam itu utk suamiku berbicara, tapi dia senyap.

Sebulan selepas tu, aku pegi training ESQ. Sesiapa yg belum pergi, aku rekomen abis-abisan supaya korang pegi training ni. www.esq.com.my. Dalam training ni, kita diajar secara praktikal dan kesedaran tu timbul dari dalam diri kita sendiri. Aku fikir, hidup kita ni singkat je. Biarlah apa org nak kata, yg penting hubungan kita dengan Allah, sebab kita akan berjumpa denganNya satu hari nanti. Bila dah dapat  kesedaran tu, aku tulis email kat suamiku, aku kata aku benarkan kalau dia nak kahwin lagi. Asalkan jgn lupa tanggungjwb pada aku dan anak2. Alhamdulillah aku ni bekerja, jadi boleh lah berdikari kalau aku mahu.

Selepas jer aku bagi kebenaran, mak oii, SMS tu org kata dah jadik kemaruk lah. Sampai satu hari aku sound dia, kalau nak main sms, jgn buat depan aku. So apa lagik, dia pakat balik keje lambat lah. Sebab pompuan tu masih berada di sana, so tibai chat je lah nak jimat kos. Aku cuba jadikan diri aku pasrah dgn apa yg akan terjadi. Kekadang dalam doa pun aku keliru juga. Apa yg patut aku doakan. Utk selamat, aku berdoa begini:

Ya Allah, jika si X ini adalah lelaki terbaik buatku, kau kekalkan lah dia sbg suamiku. Bukakan lah hatinya utk terima hidayah dan petunjukMu. Jauhkanlah dia dari segala perbuatan maksiat. Jadikanlah hati ini redha dgn segala takdirmu, kerana hanya Engkaulah yg tahu apa yg terbaik bg kami”.

Dalam pada tu, kekadang aku berdoa juga supaya pompuan tu tinggalkan dia. Sebab hikmahnya aku belum tahu. Kalau dia kahwin lagi, kalaula dia sakit, at least ada 2 pompuan boleh jaga dia. Ini cara aku nak sedapkan hati aku lah. Tapi bila kekadang aku terbaca SMS tu, berbulu jugak satu badan. Aku cuba sedaya upaya utk tak baca SMS dia, tapi selalunya aku kalah. Sebab dari situ aku belajo sejauh mana dah hubungan mereka. Baca masa dia dlm toilet lah..

Sekarang ini aku dalam dilemma sebenarnya. Aku berdoa supaya perkahwinan kami dikekalkan, dan segala yg kurang dapat  diperbaiki. Tapi suamiku pulak sibuk dok layan pompuan tu. Aku masih cuba tenangkan hati. Kalau diorang nak kahwin, aku akan ceritakan segala-galanya di mahkamah. Memang bercelaru juga. Memang hebat dugaan Allah pada aku kali ini.

Tak lama lagi pompuan tu balik. Dah la keje satu ofis. Risau aku…

Popularity: 72% [?]

Post to Twitter

Processing your request, Please wait....

534 Responses to “Bagaimana untuk menerima poligami? Tolong lah..”

  1. Mr.Zaiman says:

    Salam, trpanggil untuk menulis diruangan ini.
    Maaf anda coretan ini bisa menguris hati sesiapa.
    Saya adalah sorang lelaki yang dah berusia lewat 30an ikhlas saya catatkan bhawa saya adalah sumai yang berpoligami. Saya mempnyai 3 isteri. Alhamdulillah saya mampu untuk mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada mereka bertiga. Saya cuba untuk berbuat seadilnya kepada semua. Sepanjang usia perkawinan saya dah hampir 19tahun saya tak pernah tangankan isteri isteri saya. Skrng saya dikurniakan 9 cahaya mata. Kami hidup bahagia.
    Saudari, sebenarnya kebhagian bukan terletak di wang ringgit atau suami yang tunggal, tetapi kebahagian sebenarnya adalah terletak di hati,
    saya selalu menasihati isteri isteri saya agar sentiada mendekati Allah, tawakal padanya, pasrah padanya dan bahagialah seadanya. Semua isteri isteri saya bekerja GOV dengan pendapatan 4 angka.
    Saudari. Dalam dunia ni kebahagian tidak mungkin wujud bila kita keseorangan, jadi dalam menempuh reliti berpoligami bagi saya mudah saja, redha dengan ketentuaya dan bagilah sepenuh perhatian pada suami kita. Sya sentiasa bagga dengan apa yang saya mampu buat dan saya juga cukup bangga dengan isteri isteri saya yang tak pernah berputus asa mencurahkan kasih sayang mereka pada saya. Malah saya rasa cukup lengkap dengan limpahan kasih sayang yang mereka bagikan pada saya.
    BUat wanita diluar sana……
    Berpoligami tidak semestinya terlalu pahir untuk ditelan…, sebenar berpoligami amat membahagiakan….ianya mengajar erti rindu pada suami, erti belaian seorang suami dan penuh rasa bangga…. Saya sentiasa membawa isteri isteri saya bersama sama kemana sahaja saya pergi ke Mall, KFC, Pizza dan kemana sahaja, saya lihat ramai mata yang memandang, entahlah apa yang dipandang….pelik Ke?… takdelah bagi kami semuanya dah normal.
    Akhir kallam,
    semuanya ketentuan Allah,
    sifat manusia, bila senang sentiasa luapakan Allah,
    pabila susah baru ingatkan Allah…. so sebaiknya biarlah ALlah tentukan segalanya,

    Wassalam, Cikgu KB.

  2. Yakuzi says:

    Salam,

    Teringin pulak nak mendengar cerita dari kacamata isteri2 anda.Bercakap dari hati ke hati tanpa kehadiran mu wahai En. Zaiman.

    Teringin nak mengetahui rahsia rumah tangga anda yg aman damai tu..

  3. kak seri says:

    alhamdulillah anda bahagia dengan mrk dan 9 ank2.
    Kak seri juga iisteri 1st dr 3 isteri suami..dan suami punyai 8 org ank.
    Tumpang hapy dengan anda.

  4. nyonya says:

    3 isteri yg gajinya semua 4 angka..patutlah suami rasa bahagia..kalau kena tanggung sendiri semua 3 isteri mungkin rasa tak berapa bahagia kot? hehehe..

  5. keen says:

    ye la nyonya…. hehe

    lesson learnt: nak tambah isteri, cari yang bekerja tetap dengan gaji yang lumayan. dan anak dara. supaya tak payah nak tanggung anak2 tiri pulak.

    (mula2 baca cerita en zaiman… terbaca GOV sebagai GRO.. uissy.. ingatkan En Zaiman ni penyelamat wanita2 yang terkandas.. :) )

  6. keen says:

    Berpoligami tidak semestinya terlalu pahir untuk ditelan… – manis untuk suami

    sebenar berpoligami amat membahagiakan….ianya mengajar erti rindu pada suami, erti belaian seorang suami – Untung pada si suami juga. hehe..

    dan penuh rasa bangga – suami yang bangga… hehe (isteri ramai, anak ramai..)

    Emak saya.. dimadukan… dalam suasana yang aman damai. Tp bila saya sebut tentang kebaikan poligami baru2 ni…. air muka dia berubah. Saya rasa dalam hati dia.. tentu tidak sanggup poligami itu terjadi pada anak cucunya… Manis ke pahit agaknya ye? Dia je yang tahu.

  7. golden starfroot says:

    memula ingatkn mr Z ni B seri.

    hmmm…tahniah mr Z jika anda sekeluarga dpt mengecapi bahagia dlm cara yg tersendiri. Keredhaan isteri2 anda berkongsi rezeki dan bertolak ansur tentulah salah satu sbb kebahagiaan boleh dinikmati bersama.

  8. kekwat says:

    en. zaiman. saya mengucapkan jutaan terima kasih atas komen u.. dan jutaan terima kasih kerana kesanggupan dan keupayaan u membela dua org lagi wanita dan anak2 mereka.. saya bersyukur kerana dua org insan yg lemah dan anak2 yg memerlukan ini tidak terabai. tak kiralah dia berpendapatan tinggi atau kurang, kerana nafsu atau apa2 alasan sekalipun.. yg penting bagi saya, pernikahan itu menghalalkan yg haram, mengurangkan maksiat, membela yg lemah generasi akan datang tidak terabai.

    pd pendapat saya pengorbanan di dalam pembelaan wanita dan kanak muslim sebegini amat2 di harap2kan oleh Rasulullah, tetapi kesedaran tentang pentingnya membela ramai lagi wanita dan anak2 mereka yg terabai ini sangat kurang, mungkin kurangnya kesedaran tentang pentingnya menyambung syiar rasulullah dan islam, mungkin kurang prihatin tentang membantu wanita2 dan anak2 yg lemah dan memerlukan bimbingan serta kasih suami dan ayah.

    memang saya akui kepayahannya, dan kesukaran untuk membela wanita dan kanak2 ini bukan hanya di dalam poligami tetapi adalah sesuatu yg biasa di dalam rumah tangga yang monogami jugak.

    saya sangat2 berharap akan ramai lagi lelaki yg berhati mulia seperti en. zaiman, dan isteri2 seperti isteri pertama en. zaiman yang sanggup membela wanita2 dan anak2 yang amat memerlukan. kerana terlalu banyak masalah sosial yg merosakkan maruah orang islam amnya dan orang melayu khasnya.

    di luar sini.. hari-hari kita dengar wanita2 islam yg mengandung luar nikah, membuang bayi, lelaki dan wanita islam/melayu yang bermukah, berkhalwat dan berzina kerana sesuap nasi, kerana nafsu, kerana melepaskan marah dan benci kepada masyarakat yg tidak prihatin dan berbagai2 alasan untuk menolak kebaikan pernikahan.

    bagus en zaiman.. semoga anda dan keluarga terus mendapat berkah dan rahmat Allah.

  9. kekwat says:

    pengorbanan isteri pertama en. zaiman adalah tersangat mulia, bukan mudah spt tidak mudahnya wanita lain menerima poligami.. tetapi saya pasti Allah lebih tahu dan adil untuk memberikan balasan yang setimpal dengannya. InsyaAllah.

  10. kaypoh says:

    saya pun nak ucap tahniah pada en zaiman…

  11. kekwat says:

    biarlah org nak kata saya ni gila, atau mental problem dn sebagainya.. saya akan tetap menyokong kalau si lelaki ingin berkahwin lagi atas dasar membela wanita yang disukainya dan tidak bertujuan untuk mengabaikan tanggungjawab yang sedia ada.

  12. golden starfroot says:

    apa tujuan en Z memberitahu ni:

    “Semua isteri isteri saya bekerja GOV dengan pendapatan 4 angka”

  13. leeya says:

    Respect EN Z klau mengahwini janda2 miskin yg mempunyai anak2 yg ramai..bukan anak dara yang bergaji 4 angka…

  14. freewilly says:

    huh!!
    dari sudut laki BAHAGIA SOKMO!!
    klu semua semekin? leh BAHAGIA?

  15. freewilly says:

    ajar erti rindu? – rindu itu penyiksaan
    erti belaian seorg suami? – dok pk suami ulit org lain.. penyiksaan lagi!
    anak sana sini kurang kasih syg?? – sb kena share ngan anak2 lain..

    ada tak tanya hati ke hati perasaan anak2 pulak?

  16. reader says:

    memanglah bahagia lelaki yg berkahwin ngan anak2 dara belaka…dengan kerja di GOV gaji 4 angka…kenape tak kwin ngan ibu2 tunggal, balu2 yg anak ramai, hidup susah…itu baru saya respek…ini memanglah encik bahagia, semua isteri ada pendapatan sendiri….try tengok kwin ngan balu2 yg tiada pendapatan tetap , hidup susah diluar sane…baru ada akai

    • bunian says:

      setuju sangat2… pergilah kutip balu2 yg anak ramai tu yg x dak kerja, baru tau bahagia ke tidak??? cubalah encik Z buat sekali, bini yg ke 4 ni cari balu anak ramai, sara anak2 tiri kamu… seronok kan?

  17. reader says:

    kalau semekin, anak ramai, kerja tadak….nak tak ambik org tu jadik bini no-4?

  18. kekwat says:

    kpd readers.. cadangan awak sungguh baik..
    tetapi adakah isteri2 yg sanggup bermadukan wanita2 yg begitu? pernahkah kita mendengar siisteri mencarikan isteri untuk suaminya dgn wanita2 yg begitu, kerana Allah?, kerana ingin membantu dan membela wanita2 dan anak2 yg malang itu?

    masihkah ada wanita yg berjiwa semurni itu? … seingat2 saya tak pernah saya dengar lagi.. siisteri menikahkan suaminya dgn wanita yg miskin dan beranak ramai kerana kasihankan wanita tersebut membantu sesama wanita islam? membela anak2 yatim?

    yang biasa adalah … kerana kurang keupayaan diri dari segi kesihatan. bukan kerana belas ihsan sesama wanita.

  19. Yakuzi says:

    Pada pandangan saya yg cetek ilmu En. Z ni kahwin misyar kot..dimana isteri redha tak payah bagi nafkah zahir..dgn perkataan lain…semua pasal yg duit, isteri tanggung
    Tu cari isteri yg gaji 4 angaka…En. Z cuma bagi nafkah batin je..

    Sapa yg untung..lelaki jugak yg menyanggupkan dirinya jadi ‘Pak Misyar’
    Sapa yg rugi..pompuan jugak…

    Hukum secara misyar ni memang tgah gila-gila dipromote oleh sesetengah ustaz/penceramah..

    Jadi..mana2 janda/anak dara yg banyak duit boleh petik jari aje..
    Pilih dan offer aje ‘Semua tanggung beres..asalkan u jadi suami I’…

  20. kucing api says:

    kalau dah wanita itu rela, apa salahnya nikah misyar.. freedom to choose.. jgn sempitkan ruang agama yg ada dan jgn abuse kelonggaran itu juga..

    tapi utk saya, tak sanggup la buat mcm ni – bini tanggung diri sendiri.. abih la pride saya hehehe.. tak tau nak letak muka kat mana.. old fashion kot hehehe..

  21. golden starfroot says:

    kat malaysia jaman ni, sy rasa kebykan perkawenan adalah semi atau 1/4 mis-yar di mana para isteri turut mencari nafkah utk keluarga.

    kawen semi mis-yar ni OK kalau kedua-dua pihak dh setuju dan redha.

    dan ramai perempuan yg ada kerjaya mantap, lebih perlukan suami sebagai teman hidup dan/atau utk mendptkan zuriat, drp utk menanggung diri mereka 100%.

    lelaki pula ramai yg boleh menjadi teman hidup dan memberi zuriat drp memberi nafkah zahir 100%.

    maka bila keduanya bertemu jodoh, kira win-win situation buat mereka berdua.

    TAPI utk jadikannya win-win situation buat seluruh ahli keluarga lain bagi yg berpoligami, maka kena ada kesimbangan dan keadilan.

    Setakat mana lelaki patut menambah ahli keluarga (isteri dan anak2) bergantung kpd faktor MASA juga selain faktor fizikal, ekonomi dan spiritual.

    Sbb jika lelaki hanya mampu touch-n-go tanpa dpt memastikan isteri2 dan anak2nya terdidik dunia dan akhirat, maka akan banyaklah masalah2 lain yg akan berbangkit.

    waallahualam.

    • Yakuzi says:

      Hukum memang dah cantik..yag tak ok..implementasinya..
      terutama pendidikan anak2..
      Kekadang yg suami asyik menunaikan tanggungjawab pada ibunya sahaja..
      sampai dapat anak berderet-deret..

      Bab didik hampeh..baik anak sendiri (m1),anak tiri (m2,m3,m4) dan anak sendiri (dgn m2,m3,m4)…

      • kekwat says:

        yelah.. kenapa lelaki slalu mengabaikan tanggungjawab mendidik ini.. kat m’sia ni pun post guru di isikan oleh wanita, sedangkan tanggungjawab mendidik ini adalah tugas dan tanggungjawab lelaki & ayah.

        • kekwat says:

          jadi bila isteri tak nak dengar cakap.. tau pulak kata isteri derhaka, pada hal diri sendiri tak reti nak mendidik bini.

  22. black rose says:

    best lh baca kisah abg z tu,saya pn pernh cakap pda hb saya kalau nak kawen lagi cari yg kaya,asyik2 dapat awek mintak duit laki aku. ini yg aku marah ni.

    • kekwat says:

      kpd readers n black rose;
      dari ayat2 black rose sendiri ternyata memilih anak dara/janda yg kaya… jadi kpd reader, siapakah yg nak menikah dgn yg semekin dan beranak ramai tu… kalau isteri sendiri tak sanggup.. apa lagi si suami kan?

  23. wa tipu lu says:

    Aiyaaa Hali hali celita poligami
    Bagi kepala naik pusing
    Si suami tersenyum happy
    Si isteli mata naik juling kena darah tinggi

    Hali hali celita poligami
    Isteli kepala manyak tension
    Suami kata its ok baby
    Isteli kata lu mau hilang duit pencen

    Hali hali celita poligami
    Isteli jugak makan hati
    Suami hanya goyang kaki
    Anak anak hilang sana sini

    Hali hali celita poligami
    Isteli mati mati mau lali
    Suami kata lu lali wa apa peduli
    Anak anak hilang tak tau mana sudah pergi

    Hali hali celita poligami
    Isteli mau angkat kaki pergi
    Suami kata jangan I still love u baby
    Tapi itu nombor dua senyum biaq pi….

    Hali hali celita poligami
    Suami tau mau happy
    Mau kawin sampai tak sedar dili
    tapi tak buat apa2 utk kasi semua olang happy

    Hali hali celita poligami
    Suami butut butut main kawin lagi
    Anak isteli makan pun ikan bilis hali hali
    Tapi tak sedar dili mau tambah satu lagi

    Hali hali celita poligami
    Suami tau mau kawin satu lagi
    tapi pasal agama tak pernah mau mendalami
    ingat kawin cucuk lepas itu lariiii

    Hali hali celita poligami
    Suami memang manyak suka hati
    Tidur sana sini berselang seli
    Tapi lupa tangung jawab pada Illahi

    Hali hali celita poligami
    Pelempuan mmg manyak benci
    Sampai itu pinggan mangkuk pun boleh berdili
    Tapi percayalah Allah itu maha memahami

    Hali hali celita poligami
    Isteli kata suami sudah lupa dili
    Tapi muhasabahlah mungkin ada salah dili sendili
    Sampai suami mau kawin satu lagi

    Hali hali celita poligami
    Isteli bilang lu hanya pikir dili sendili
    Suami kata itu ketentuan Illahi
    Tapi yg nyata hanya Allah yg mengetahui

    Hali hali celita poligami
    Isteli marah sana sini
    Suami diam dili
    Bukan takut bini tapi mau isteli memahami

    Hali hali celita poligami
    Ada celita sedih ada celita happy
    Siapa yg salah…suami…isteli or pelempuan satu lagi
    Kita boleh cakap itu ini tapi hanya Allah yg mengetahui

    Hali hali celita poligami
    Isteli yg tak kena rasa happy
    tapi dia olang mungkin tak tau lagi
    Suami sendili pergi rumah urut …ambik ayam hali hali

    Hali hali celita poligami
    Macam wa lasa kena jampi
    Tapi kita mungkin tak mengerti
    Poligami elak suami zina sana sini

    Hali hali celita poligami
    Kawin satu ..dua ..tiga itu manyak misteri
    Hali ni kita cinta hanya satu olang di hati
    Tapi esok lusa tak tau siapa siapa pun boleh mali

    Hali hali celita poligami
    Kesabalan adalah yang hakiki
    kalau tidak syurga jangan le lu nak mimpi
    Sebab ujian datang dalam banyak bentuk dan segi

    Hali hali celita poligami
    Tawakkal dan percayalah pada Illahi
    Suami hanya anugerah buat si isteli
    Anytime dia boleh datang dan pergi

    Hali hali celita poligami
    Wa tak mau cakap lagi
    Nanti ada olang makan hati
    Sebab wa tipu lu olang lagiiiii

    Adiosssss

  24. lu tipu wa tipu lu says:

    hali hali celita poligami
    suami suka dengar
    isteli termimpi mimpi

    cinta latang cinta pelegi
    cinta Allah yg hakiki

  25. lu tipu wa? says:

    tak kenal tak cinta

RSS feed for comments on this post.