14 JulBagaimana untuk menerima poligami? Tolong lah..


Aku nak mintak nasihat sikit sebab aku tengah bingung sekarang ni. Sebenarnya aku dapat kumpulkan kekuatan segagah sekarang melalui pembacaan pengalaman orang lain yg pernah alami mende yg sedang aku alami. Nak dapatkan nikmat ‘redha’ dgn ketentuan Allah, memang teramatlah payahnya. Namun aku masih mencuba. Cerita aku begini:

Aku berkahwin telah 6 tahun, ada 3 org anak. Sejak zaman usia perkahwinan 5 tahun lebih, aku dapat rasakan ada sesuatu yg tidak lengkap dlm hidup kami. Omputih kata ada something missing. Tapi aku tak tahu apa mendenya. Hidup kami telah menjadi satu rutin. Sudah start rasa bosan. Dlm pada aku tgh cuba memperbaiki keadaan, aku disahkan pregnant la pulak. So, byk aktiviti kena dihadkan. Lagi lah bertambah bosan.

Dugaan Allah pun tiba. Suamiku dihantar syarikat kerjanya ke Timur Tengah selama 2 bulan. Sebelum ini pun suamiku pernah berjauhan denganku selama hampir 2 tahun, kami cuma berjumpa hujung minggu. Jadi aku rasa perasaan aku biasa saja. Biarlah, insya Allah dapat rezeki lebih, aku pikir. Dalam masa 2 bulan berjauhan, aku sudah mula mengesan suatu kelainan pd diri suami ku. Kalau dulu, setiap hari dia akan telefon menanya khabar aku dan anak2. Namun sewaktu dia berada di negara Timur Tengah ni, dia amat jarang membuat panggilan dengan alasan mahal. Dia ajar aku suruh pakai Skype, program yg free tu, nampak gambo lagik. Ok, aku cuba. Memang best program ni. Pertama kali aku dapat lihat wajahnya setelah hampir sebulan berpisah, air mataku menitis kerana terlalu rindukan dirinya. Tapi dia tak perasan semua itu. Aku juga perasan yg suamiku bertambah smart orangnya. Tapi bila aku try tulis mende2 jiwang mcm I miss you, dia buat tak layan…lepas tu siap boleh attach video pompuan tgh nyanyi lagi jiwang. Nickname dlm Skype pun dah lain macam.

Memang naluri seorang isteri Allah beri satu keistimewaan. Aku sudah mula rasa ada sesuatu yg tak kena. Ditakdirkan dia kena buat projek lain dan kena pulang ke Malaysia lebih awal dari jadual asal. Saat balik je, terus langgan Streamyx broadband. Ada PDA yg boleh online anytime. Main komputer sampai pukul 2 pagi. Mak aii…lepas tu tak jauh dgn handphone. Aku dah start rasa bengang. Bila dah tak tahan, satu hari tu aku tanya “Ada orang istimewa ke dlm handphone tu, kenapa asyik main SMS saja?” Dia kata dia memang suka layan pompuan kalau kat chat. OKlah, masa aku tanya tu pun aku dah nangis, sebab aku dah mula rasa sedih dan tak kena. Masa ni aku mengandung anak no. 3 (7 bulan). Seminggu lepas tu aku masih lagi rasa jiwaku tak tenteram. Aku kata, marilah kita pegi makan dinner kat tempat special, supaya kita boleh discuss sebab fikiran aku bercelaru dan jiwa kacau bilau.

Kami pun pergi ke satu restoren hotel 5 bintang. Dlm pada nak berdiskusi tu, siap sempat lagik dia layan handphone tuh. Aku dah naik darah, tapi aku masih bersabar. Aku kata, biar dia bicara dulu. Dia terus tanya soalan “Kalau I kata I nak kahwin lagi satu, amacam?“. Ya Allah, masa tu rasa mcm nak gugur jantung aku. Dah la aku ni tgh pregnant, memang tiada simpati langsung. Pikir diri dia saja. Aku kata, aku tak setuju.  Sebab memang dia tak mampu. Bukan setakat wang ringgit, tapi dari segi perasaan, aku rasa dia ni tak boleh handle 2 families sebab dia ni sgt sensitif orgnya. Aku kata, aku letak dia dipersimpangan, pilihlah jalan mana yg dia nak pilih. Org baru atau ceraikan aku. Aku mmg tak lalu makan kat restoren tu, penghabisnya aku muntah. Malam tu tak boleh tido langsung. Dia selamba je tidur lena.

Hari-hari berlalu. Dia berjanji nak tinggalkan pompuan tu, tapi aku dpt rasakan yg mereka ni berhubungan setiap hari melalui chat n sms. Aku tahu dia ada hati dgn seorang budak ni. Satu hari aku terbaca SMS nya. Amboi, begitu mesra. Bila aku tanya siapa, dia kata alah, budak ofis masa kat Timur Tengah tu. Lepas tu suamiku makin kerap balik keje lewat. Pukul 9 malam ke atas baru balik. Selalunya anak2 dah tido. Lepas tu handphone tak renggang, walaupun dah tak main chat waktu malam. Bila tanya biasalah, banyak kerja. Kang kalau mati kat ofis, baru padan muka, kekadang aku nak jer cakap mcm tu.

Sampai masa aku lahirkan baby kami Mac lepas. Dalam pantang itu lah satu seksaan yg amat berat aku rasa. Dera ni bukan sekadar fizikal je. Suami ku dera aku lagi teruk, dera dari segi perasaan. Dia buat muka masam dgn aku, bila aku tanya soalan, mcm malas je nak jawab. Tiap masa tunjuk muka munyuk kat aku. Siapa tak tension? Dah lah jiwa aku tak tenteram, nak baca Quran or solat tak boleh lagik. Kami buat juga beberapa slow talk. Kebanyakannya melalui online chatting sebab dia ni jenis tak byk cakap, better tulis. Nak dipendekkan cerita, aku beri dia pilihan. Samada memilih aku, aku ceraikan aku. Dia berkeras nak simpan dua-dua. Aku tanya apa salahku? Berilah peluang untuk kita perbaiki kelemahan, tapi dia menolak. Katanya there’s nothing you can do. Pompuan itu melengkapi hidupnya dan hidup kami. Aku memang teramat sedih dan kecewa yg amat sangat. Masa ini kan, hanya lah ruangan DCCK ni jadi panduan hidupku.

Sampai aku naik keje Mei lepas, hari pertama aku naik keje, aku dapat email . Suamiku kata “Kita perlu berbincang mengenai perpisahan dan perkara2 yg berkaitan dengannya“. Aku terdiam sejenak. Lepas tu baru lah aku telefon ibunya memaklumkan apa yg dah berlaku. Bayangkan, selama ni aku simpan molek rahsia perkahwinan kami ini. Airmata dan doa pada Allah jer jadik teman setia. Ibunya telefon suamiku dan aku rasa dia ada beri nasihat – pikirkan anak2 yg masih kecil. Betul ke dah nekad? Aku tunggu juga malam itu utk suamiku berbicara, tapi dia senyap.

Sebulan selepas tu, aku pegi training ESQ. Sesiapa yg belum pergi, aku rekomen abis-abisan supaya korang pegi training ni. www.esq.com.my. Dalam training ni, kita diajar secara praktikal dan kesedaran tu timbul dari dalam diri kita sendiri. Aku fikir, hidup kita ni singkat je. Biarlah apa org nak kata, yg penting hubungan kita dengan Allah, sebab kita akan berjumpa denganNya satu hari nanti. Bila dah dapat  kesedaran tu, aku tulis email kat suamiku, aku kata aku benarkan kalau dia nak kahwin lagi. Asalkan jgn lupa tanggungjwb pada aku dan anak2. Alhamdulillah aku ni bekerja, jadi boleh lah berdikari kalau aku mahu.

Selepas jer aku bagi kebenaran, mak oii, SMS tu org kata dah jadik kemaruk lah. Sampai satu hari aku sound dia, kalau nak main sms, jgn buat depan aku. So apa lagik, dia pakat balik keje lambat lah. Sebab pompuan tu masih berada di sana, so tibai chat je lah nak jimat kos. Aku cuba jadikan diri aku pasrah dgn apa yg akan terjadi. Kekadang dalam doa pun aku keliru juga. Apa yg patut aku doakan. Utk selamat, aku berdoa begini:

Ya Allah, jika si X ini adalah lelaki terbaik buatku, kau kekalkan lah dia sbg suamiku. Bukakan lah hatinya utk terima hidayah dan petunjukMu. Jauhkanlah dia dari segala perbuatan maksiat. Jadikanlah hati ini redha dgn segala takdirmu, kerana hanya Engkaulah yg tahu apa yg terbaik bg kami”.

Dalam pada tu, kekadang aku berdoa juga supaya pompuan tu tinggalkan dia. Sebab hikmahnya aku belum tahu. Kalau dia kahwin lagi, kalaula dia sakit, at least ada 2 pompuan boleh jaga dia. Ini cara aku nak sedapkan hati aku lah. Tapi bila kekadang aku terbaca SMS tu, berbulu jugak satu badan. Aku cuba sedaya upaya utk tak baca SMS dia, tapi selalunya aku kalah. Sebab dari situ aku belajo sejauh mana dah hubungan mereka. Baca masa dia dlm toilet lah..

Sekarang ini aku dalam dilemma sebenarnya. Aku berdoa supaya perkahwinan kami dikekalkan, dan segala yg kurang dapat  diperbaiki. Tapi suamiku pulak sibuk dok layan pompuan tu. Aku masih cuba tenangkan hati. Kalau diorang nak kahwin, aku akan ceritakan segala-galanya di mahkamah. Memang bercelaru juga. Memang hebat dugaan Allah pada aku kali ini.

Tak lama lagi pompuan tu balik. Dah la keje satu ofis. Risau aku…

Popularity: 64% [?]

Processing your request, Please wait....

534 Responses to “Bagaimana untuk menerima poligami? Tolong lah..”

  1. Ma'In Abaariiq says:

    jagalah hubungan kita sebagai makhluk terhadap Allah s.w.t.

    kita harus terlebih dahulu melihat kekurangan-kekurangan kita dan terlebih dahulu pula melihat keaiban-keaiban kita.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. Ma'In Abaariiq says:

    lihatlah terlebih dahulu keaiban-keaiban kita untuk segera kita ubati.

    dan apabila kita telah sembuh daripadanya, maka semua tugas yang kita kerjakan betul-betul baik dan sempurna menurut penilaian Allah s.w.t.

    dan apabila Tuhan telah menilai kita sedemikian, maka akan terbukalah pintu rahmatNya.

    dan kemurahanNya pun dicurahkan kepada kita sebagai hambaNya yang dikasihi dan disayangi olehNya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. Ma'In Abaariiq says:

    dan jalan apakah bagi kita untuk kita dapat mengenal segala keaiban-keaiban yang ada dalam diri kita atau pada diri kita?

    dan.. bagaimanakah pula kita dapat mengatasinya itu?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. Ma'In Abaariiq says:

    Imam Ghazali r.a. telah menunjukkan jalannya.. dan antaranya:

    bergaullah kita dengan teman yang mencintai kita dan selalu berhati benar terhadap kita.

    apabila kita bergaul dengan teman yang sedemikian, kita dapat diawasi olehnya tentang keadaan diri kita dan pekerjaan-pekerjaan kita.

    dan seandainya kita menyimpang dari jalan yang benar, maka si teman itu tidak segan-segan untuk menegur dan menasihati kita.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. Ma'In Abaariiq says:

    penyakit-penyakit atau keaiban-keaiban orang lain, hendaklah menjadi pelajaran bagi kita, supaya kita tidak pula mengerjakan segala sesuatu penyakit atau keaiban yang sama.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. Ma'In Abaariiq says:

    kita juga hendaklah mengambil faedah daripada pergaulan sesama manusia.

    mana yang baik pada orang itu untuk diikuti, maka kerjakan lah.

    mana-mana yang tidak baik, maka hindari lah.

    ini kerana tabiat kemanusiaan antara satu manusia dengan satu manusia yang lain, kadang-kadang sangat atau saling berdekatan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. Ma'In Abaariiq says:

    demikian lah Iman Ghazali r.a. dalam memberi nasihat kepada “orang-orang yang sakit”, yang mana segala “penyakit” nya itu ialah penyakit-penyakit yang dapat menjauhkan dia dengan Allah s.w.t.

    bahkan dapat menjatuhkan nya dalam kemarahan Allah s.w.t. apabila si “pesakit” tidak dapat melaksanakan kewajipan-kewajipannya selaku hamba Allah terhadap Tuhannya yang telah menjadikannya dan yang telah memberi kurnia dan nikmat yang tidak terhingga.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. Ma'In Abaariiq says:

    MUTIARA

    setitik air
    jatuh
    dari awan di langit

    alangkah kecil hatinya
    melihat samudera luas

    katanya:
    “siapa aku ini, jika ia ada?”
    “jika ia ada, maka aku mesti tiada”

    saat ia saksikan dirinya rendah
    dari matanya yang tunduk ke bawah
    tiram di dasar menerimanya sepenuh hati
    lalu membentuknya, dalam cangkang

    dan terjadilah
    dengan itu takdirnya tersegel kokoh

    maka jadilah ia mutiara mahkota
    menambah mulia kepala Sang Raja

    dengan menyelam dalam di kerendahan
    tinggi ia terangkat ke kemuliaan

    awalnya ia ketuk gerbang ketiadaan diri
    akhirnya ia jadi dirinya sepenuh diri

    sedikit manusia yang berakal
    mereka pastilah rendah hati

    sebagaimana cabang pohon yang sarat buah
    begitu rendah ia merunduk ke tanah

    (The Pearl, Sheikh Muslihuddin Sa’di Al-Shirazi; penyair sufi Persia abad 12)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. apiwat piriyilpolpong says:

    alhamdulliah.. byk mutiara kata dari ma’in abaariq..

    kesimpulan.. you do what you preach.. bukan selectively, but the whole lot.. that’s the most important..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. norwati says:

    sy setuju sangat wit u ma’in,.
    jadi ambillah yg baik dan yg tak elok jgn dibuang terus (jadikan sempadan).

    Imam Ghazali r.a. telah menunjukkan jalannya.. dan antaranya:

    bergaullah kita dengan teman yang mencintai kita dan selalu berhati benar terhadap kita.

    apabila kita bergaul dengan teman yang sedemikian, kita dapat diawasi olehnya tentang keadaan diri kita dan pekerjaan-pekerjaan kita.

    dan seandainya kita menyimpang dari jalan yang benar, maka si teman itu tidak segan-segan untuk menegur dan menasihati kita.”

    jadi di sini kita nasihat menasihati bukan nak menghinakan sesiapa.

    kalau terasa, sy akui, sy terima..sy terima kritikan yg pedas2 kat sini, thank you to u all, i’ll take it as a challenge.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. norwati says:

    sbb sy memang tidak sempurna, tak complete, bnyk kekurangan, di sini sume org tak suke sy, ok… tetapi spt sy katakan… sy bukan ustazah, sy bukan sesiapa

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. norwati says:

    sy hanyalah seorg yg normal (tp ada yg kata sy ada penyakit).

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. akupasrah says:

    Diam tak diam sudah hampir setahun usia blog ini di DCCK. Mesti lah dah pelbagai perkara yg berlaku, tapi aku cuba yakinkan diri supaya teguh jiwa dan raga menghadapi dugaan Allah ini. Banyak sangat pengajaran yg membuatkan aku lebih dewasa. Aku nak share beberapa contoh:
    1. Kalau kat tempat kerja ada org naikkan suara atau marah kat aku, aku cool jer. Aku tak ambik peduli pun apa yg dia nak marah, aku akan move forward, take note and find solution from there. Aku akan berkata dlm hati – this is nothing, there’s nothing more hurting than to be hurt by the person you love the most in this world. So, seolah-olah aku mendapat satu kekuatan baru, jiwa aku tak senang nak digoyahkan oleh orang lain (bukan nak bangga diri, sebab aku sendiri tak sangka aku akan jadik begini).
    2. Aku baru dapat terima kenyataan yg suami itu adalah perantara saja untuk Allah menguji sejauh mana keimanan aku dan pegangan aku pada qadak dan qadarNya. Bende ni susah, cakap mcm senang je. Siapa yg dah sampai tahap ni, akan tahu apa yg aku rasa sebenarnya. Sorry Norwati, you’re not one of them.
    3. Pandangan aku mengenai perkahwinan memang jauh berbeza. Kalau dulu cita-cita mcm nak kekal hingga ke akhir hayat, sekarang aku berdoa sehingga ke syurga, jika dia adalah yg terbaik buat aku. Kalau tidak, berilah aku kehidupan yg lebih baik, bersama lelaki lain atau bersendirian. Hanya Allah tempat berserah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. akupasrah says:

    Suami ku kini aku nampak seperti sudah jarang menghubungi si gedik. SMS mcm dah takde, email aku rasa still ada. Tapi suami ku jadik dingin dengan aku. Bermula awal tahun 2009, dia menjadi bertambah dingin. Aku faham mungkin sebab frust hasratnya terhalang. Jadi sebagai balasan, aku terkena tempias kekecewaannya.
    Baru-baru ni aku lagi frust sebab aku dapat tahu dia telah melakukan perbuatan terkutuk dgn GRO la pulak. Dah 2 kali. Aku tak pasti secara total atau secara ringan. Yang pasti dia telah melakukan perkara itu walaupun dia tahu perkara itu haram dan akan membinasakan diri dan keluarganya. Sungguh berat aku rasa dugaanMu ini ya Allah. Adakah aku insan terpilih yg Kau harapkan dapat membimbing suamiku ke jalanMu ya Allah?
    Aku jadi bingung kini. Bila aku tanya apa masalahnya, dia enggan meluahkan. Aku kata benda haram ni memang sedap, sebab syaitan bertepuk tangan bersuka ria dan aku yang halal ini akan jadik insan terbuang. Sekarang seolah-olah perkara itu telah pun berlaku (dia menyisihkan aku). Aku tidak lagi mendapat belaian, itu hanya tinggal kenangan. Aku tidak lagi mendapat ucapan2 kasih sayang, apatah lagik hadiah berharga. Aku menjalankan tangungjawab aku seperti biasa, tapi sampai bila aku boleh bertahan?
    Aku perlukan sokongan, dan alhamduillah, sampai kini aku punya makcik saudara dan rakan yg begitu prihatin, begitu juga rakan2 di DCCK, aku ucapkan jutaan terima kasih. Tempat inilah sumber kekuatan membina semangat utk menjadi lebih kuat jiwa dan mental.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. DS says:

    salam sejahtera akupasrah.

    apabila kita sebagai manusia menerima dugaan atau ujian yg memeritkan.. Tuhan berkehendakkan kita bersabar.

    setiap kesusahan yg kita hadapi.. dan kita hadapi serta terima pula kesusahan itu dgn tenang.. sabar.. nikmat kesenangan yg menjelma selepas setiap kesusahan itu.. masya Allah..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. DS says:

    apakah fungsi kita sebagai manusia hidup?

    apakah tujuan kita sebagai manusia hidup?

    apakah maksud manusia dicipta?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. kucing api says:

    Tujuan makhluk dicipta?

    Dr Bilal Phillips ada tulis booklet best pasal tujuan manusia dicipta..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. mn says:

    Semuga u tabah..isyallah doakan kebahagianmu….mungkin esok hari bahagiamu..berdoa..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. mn says:

    DS..miss u..how ur kids..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. dinimia says:

    sebenarnya kdg2 hb dh sekali dh curang ni..dia kebiasaanya akn curang lagi dan lagi(kecuali yg dh insaf+diberi hidayah).Sb dia dh rasa seronok dan suka ada gf selain isteri die.dan kdg2 die tau walau apapn wife die masih dgn die..xder effect pape pd die selain dpt ksih syg yg melimpah ruah dr gf.wife.
    sy doakn akupasrah tabah dan kuat..memang anda dh pn jd insan yg kuat dan redha.Perkahwinan ni kdg2 pengorbanan..bkn stkt duit ringgit malah pengorbanan jiwa dan perasaan utk pertahannya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. yakuzi says:

    akupasrah, kenapa harus menunggu dengan hubby yang sebegini..namun sebelum membuat apa-apa keputusan, mengadu dengan ALLAH..solat hajat, taubat and istikharah..nescaya mawaddah & rahmah milikmu.

    Kepada Norwati, bacalah buku “Aku terima Nikahnya” & “Bercinta Sampai Ke Syurga” oleh Ustad Hasrizal Abdul Jalil.Satu pandangan yg tulus ikhlas dalam bab munakahat.Hidup mesti memberi..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. DS says:

    salam mn. i m fine, tqvm.

    anak2.. sihat dan selamat.. alhamdulillah.

    mn dan anak2?

    tak ke nim little island lg ke?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. mn says:

    baru meet her dkt sunway pyrmid last sunday…their school buat reunion…main futsal dan bowling..my kids sihat cuma quit disspointed abt my eldest son..result teruk (middle exam) also 2nd son

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. DS says:

    oh. sabtu lepas ambil report card girl no. 5.

    overall performance for physic n chemistry of that school.. hu hu..

    so.. berbual2 lah dgn cikgu ttg prestasi mata pelajaran tersebut.

    err tumpang lalu akupasrah.

    anyway mn.. hope for the best of our children. :-)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. Ninit says:

    Bersabarlah akupasrah dengan ujian Allah ini… saya teringatkan kisah sorang jiran saya yang kedua suami-isteri berusia 50an. Dua2 dah pergi haji.

    Isterinya dah lama berhenti kerja untuk tumpukan kepada rumahtangga disamping menimba ilmu agama.

    Setelah sekian lama akhirnya siisteri dapat menghidu kecurangan sominya yang simpan betina bukan takat kat Msia saja bahkan sampai kat Filipinapun ada yang dibelanya.

    Jiran saya mengambil masa 2 tahun dengan bermunajat kepda Allah Taala untuk membuat keputusan yang akhirnya dia berpisah dengan sominya….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. Mien says:

    taniah buat akupasrah kerana telah dapat menerima suami sebagai perantara.. mien masih dalam tahap mdekati diri padaNya dan moga mien juga akan mampu berfikir dgn waras soal hati dan perasaan ni.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. kucing api says:

    hmmm.. puan akupasrah dan hb dan gedik timur tengah?? kihkih pun diuji masing2..

    mudah2an hb tu tidak putus asa dari rahmat Allah.. eh kembali ingat pada-Nya..

    bila dia buat onar mcm tu, maknanya tgh nak balas dendam la tu..

    entah la, saya pun tak tau apa yg terjadi antara puan dan hb puan sampai hb nak balas dendam plak….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. Mien says:

    nanti share dgn mien camner akupasrah boleh hadapi.. k.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. kucing api says:

    org tgh frust, amarah tgh membuak2 walaupun membisu sahaja, belum sampai tahap “redha” biasanya akan pilih salah satu jalan..

    1. muhasabah diri dan dekati pada Allah etc
    2. enjoy sbb nak lupakan frust itu, atau sbb nak bals dendam kat seseorg..

    hmmm.. nampaknya puan akupasrah kena masukkan hb sekali dlm doa.. supaya dia pun boleh sampai tahap redha dgn qadak qadar Allah..

    hmmm just nak check, kalau lepas ni insha Allah hb ok balik, ingat balik dosa pahala, tetiba dia masih nak nikah dgn gedik timur tengah atau org lain, puan akupasrah mcm mana?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. kucing api says:

    hmmm.. baca balik kisah puan.. hb tak mampu… hmmm..

    tambah komplikasi cabaran ni.. hmmm..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. meera says:

    sya brsimpati dgn cter puan..
    laki mmng x berguna…
    laki xpndy jga bini cm 2 la..
    sya yg muda nie pn rsa cm tkut ja nk kawin..
    yla tkut laki cri len…
    nk wat cm na..?
    dugaan drp tuhan..
    terima ja lah..
    bnyakkan solat dan ingat pda tuhan…
    cm na pn msalah 2 akn setle jgak..
    sabar ja la..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. akupasrah says:

    Buat pengetahuan Kucing Api, saya suka komen2 anda. Selalu lain dari yg lain. Intellectually stimulating jugak. Bab kalau dia dah insaf n nak kahwin lain, entahlah. Saya pun susah nak jawab. Mungkin iman saya masih nipis, senipis pendirian saya tentang kemampuan suami memimpin keluarga.

    Bayangkan, dgn satu keluarga pun dah jadi macam ni. His leadership skills tu dah terserlah. Inikan pulak nanti kalau nak bimbing 2 keluarga. Kalau saya izinkan, saya kena bersedia dgn sifat sabar tahap gaban lah. Saya tak pasti samada saya boleh jadik yg terpilih untuk jadik madu yg baik hati, redha, sentiasa bersyukur, etc. Saya tak tahu samada saya boleh menjadik yg terbaik untuknya ketika itu. Susah lah…tak berani nak cakap.

    Kekadang saya terfikir juga, agaknya kalaulah ditakdirkan begitu, patutkah saya undur diri? Biarlah dia mencipta kebahagiaan dia sendiri. Entah apa yg dicarinya saya tak tahu. Puas saya pujuk utk attend ESQ, dia tak nak. Saya hanya mampu berdoa supaya Allah bukakan hatinya untuk lebih mendekati ilmu agama. Dalam pada tu, saya cuba juga pujuk2 dgn cara ajak ke masjid, majlis2 sosial penduduk taman, forward mesej2 agama…itu jer cara saya nak tarbiah kan dia. Kalau pembaca ada cara lain, boleh lah kongsi di sini.

    Kekadang ada rasa mcm putus asa juga. Tapi saya cepat2 ingatkan diri saya, ada org yg nasibnya jauh lebih buruk dari saya. Oleh itu saya kena cepat2 bersyukur kerana dia masih pulang ke rumah, masih mencium dan membelai anak2 saya, masih mahu bercakap dgn saya, masih memberi nafkah zahir, dan perkara2 basic lain utk jalankan tanggungjawab dia. Cuma saya kena belajar terima hakikat yg dia tidak lagi ucapkan Happy Besday, Happy Anniversary, I miss u, what more I luv u. Seperti sudah terpadam. Tiada lagi aksi2 mesra seperti berpegang tangan, memeluk pinggang dgn mesra kalau bergambar, tersenyum manis bila berhadapan dgn saya, ketawa riang, semua itu sudah hilang. I can only wish that someday Allah will bring all those back.

    You see, seorang isteri sgt perlukan belaian seorang suami, tapi ramai suami yg tak ambil peduli, sebab ramai isteri yg sabar akan senyap. Perkara tu akan berlanjutan, dan isteri sebenarnya makan hati. Dgn situasi sekarang yg dia main dgn GRO pulak, apa lah daya saya. Hanya Doa dan kecekalan saya utk menyambung perkahwinan ini, demi mahu membuat lebih byk pahala sebagai seorang isteri, I stay.

    It is hard. Tapi saya tahu saya harus sentiasa bersyukur.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. DS says:

    salam sejahtera akupasrah,

    i would like very much to response.. but not now.. some other time.. perhaps.. insya allah..

    anyway.. saya nak share.. what a friend wrote me.. apabila saya bertanya khabar ttg dia:

    “Ya lah, begitu hendaknya layar bahtera hidup seseorang, apabila hukum mengatasi fitrah.

    Maka apa kan daya kita yang tiada upaya ini, hanya DIA yang Maha Mengetahui segala isi perut di langit mahu pun di bumi”.

    hayati.. apa yg tertulis..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. kucing api says:

    salam puan..

    ilham dan ilmu yg baik datang dari-Nya.. yg salah dan tak baik datang dari diri saya yg masih “hingusan” ini.. hmm..

    yg baik terimalah, yg tak baik, sila tegur..

    itulah saja yg saya boleh simpulkan.. sbb ada seorg pakcik pernah cerita pasal seorg kawan yg frust bertunang, putus asa, pergi siam belajar ilmu pengasih.. huh.. kerjanya merosakkan anak dara org jer sbb nak balas dendam.. nauzubillah.. ini akibat dari “putus asa” dan “tidak redha” dgn ketetapan-Nya..

    kalau org yg tidak berputus asa dari rahmat Allah, masakan akan berbuat begitu bukan?? muhasabah diri yg pertama..

    ujian, mengapa diuji?

    1. kerana Allah nak uji iman kita..

    dlm Quran, kita mengaku kita beriman, tapi Allah kata kita belum benar2 beriman selagi belum diuji dan LULUS.. (may ALlah gave mercy to us not to test more than we can bear)

    2. kerana kesilapan kita

    kalau ada musibah, cepat2 check apa salah kita buat ni.. pasti ada.. sbb memang saya akan jumpa.. utk diri sendiri la.. org lain saya tak tau..

    3. ujian kerana Allah kasih

    Para Nabi, sahabat2 dan wali2 antara makhluk yg disayangi dan PALING BERAT UJIANNYA.. kerana apa? kerana mereka sudah merasa kemanisan iman.. menyerap sebenar2nya iman dan tauhid.. semuanya dari Allah, kembali pun pada ALlah.. kekasih Allah, masakan mereka mau menyumpah2 ujian dari-Nya..

    kita org awam ni, Allah uji dgn yg berpadanan la kan.. kena mcm Nabi kena baling batu sampai berdarah2, datang malaikat nak balas, kita sure punya suruh hancur lumatkan terus bandar Taif tu kan? jauh beza kesabaran kita dgn Rasul2.. aptah lagi ujian mereka yg MEGA itu..

    4. ujian supaya kita ingatkan Dia..

    kekadang bila hidup kita senang, kita lupa.. tu yg kekadang datang musibah, kita kena muhasabah selalu.. bila sentiasa ingat kan itu satu kebaikan dari lalai kan? hmmm..

    zikir DH tu pun bagus.. dulu saya kebiasaan guna la hawla wala quwwatabillahi azim… entah bila try out laaillahailla anta kuntu minazzolimin lagi ada umph.. mungkin sbb doa tu doa Nabi Yunus dlm perut ikan yu, memohon keampunan, sesuai la dgn kita yg ada menzalimi diri sendiri etc.. hmmm

    rasanya dgn keadaan hb puan, yg tgh patah jiwa tu, “cinta terhalang” dari semua pihak ni, sesuai kot dgn zikir yg DH syorkan…

    tapi inilah puan, diri kita kalau mau ubah, insha Allah akan Allah tolong..

    tapi bila “org lain”, kalau dia sendiri tak mau ubah, mcm mana nak selesai padahal hati ni ALlah yg pegang.. kita nak beri hidayah kat diri sendiri pun kita tak mampu, inikan plak beri kat org lain..hmmm tu yg kompleks..

    haaaa apa kata puan jumpa balik ustaz yg dulu puan berjumpa, yg berjaya dgn izin Allah hentikan hb puan dari nak ceraikan puan? mmudah2an dgn izin Allah, Allah yg Maha Pengasih memakbulkan lagi doa ustaz itu lagi..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  35. kucing api says:

    *** syorkan hb yg patah hati tu kalau “membuak2 amarah dia” amalkan zikir tu***

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  36. kucing api says:

    errr lagi satu ada buat solat istikharah.. apakah keputusan-Nya dlm hal ni?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  37. nor says:

    buat aku pasrah..banyakkan bersabar menghadapi ujian Allah..jangan mengaku kalah dengan mengundurkan diri..kasihani diri sendiri dan anak-anak..adakah kehidupan anda akan lebih baik kalau berpisah.. meskipun bermadu amat pedih, sekurang-kurangnya suami masih boleh balik dan bermalam di rumah kita dan bersama anak-anak…
    berilah ruang kepada suami untuk berfikir secara waras…sekarang tengah angau, memang dia kurang waras…mungkin nanti dah terhantuk baru terngadah, bila dah kawin tanggungjawab bertambah baru dia pening kepala…
    Nasihat saya, dekatkan diri dengan Allah…moga dirimu terus tabah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  38. norwati says:

    pn aku pasrah.. semoga puan sihat dan tabah selalu. setiap dugaan dan ujian Allah ada hikmahnya.
    sabarlahhh..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  39. iceage says:

    kebykn is3 mengalami nasib yg sama dgn akupasrah.pendpt pandangan dn pelbg lg byk ditulis kt sini.sy juga alami perkara yg sama bezanya suami takdela sampai tahap nak kawin lagi itupun sb tak mampu yg tahap kronik.dr 1 pompuan ke pompuan lain stp thn ada aje pompuan baru dlm hidup suami saya.sama ada zina atau tdk sy serah pd Allah.jka pk byk2 blh jd kerek.

    apa yg blh sy buat selain dr memohon kpd Allah sy mencari harta utk diri sy dan anak2.bab syg cintakan suami sy letak tepi cm tgjwb sy jlnkan spt biasa.sakit hati krn perbuatan suami smpi skg x blh lupa.sy habiskan masa dgn anak2 dn kerja sy.

    bg diri sy poligami mmg sakit tapi klu somi sy betul2 kaya dan mampu dr wang ringgit sy tak ksh sgt.tp klu yg tak mampu mkn minum pun kita tanggung itu yg buat sy betul2 marah gile.klu somi mampu dr segi kewangan adil kasih syg takdela ralat sgt.kita biar aje.asalkan nafkah zahir tak pernah tinggal.

    tp klu bg yg betul2 tak blh nak terima poligami dan jika akupasrah tak blh terima manakala somi nak jugak2 kawin lain.dr jadi is3 pertama yg akan sentiasa sakit hati kecewa sedih malah yg plg ditakuti ialah kita akan sentiasa berbuat dosa kat somi kita dgn perbuatan kita yg tak blh jlnkan tgjwb sebg is3 adalah lebih baik kita berpisah dr terus2an membuat dosa.tak semestinya hidup sebg ibu tunggal tak blh dpt pahala.

    jika sygkan somi kita cuba rebut semula somi kita dr pmpn lain tp jka mrk berkehendakkan juga berkawin lain pastikan mrk tahu tggjwb jgn lepas tgn g2 aje.tp yg kita dok dgr selalunya begi2 la gol suami yg berpoligami ni punya kelakuan.entahla nak pk byk2 pun kita juga sakit sdgkn somi ni seronok buat kita derita.nak salahkan betina yg rampas pn x blh juga klu somi kita yg tak gatal sama benda takkan jd.akupasrah fikirla yg terbaik untuk diri dan anak2.jika poligami lebih membahagiakan pn teruskan la jika tidak puan tahula nak buat camna…

    kt sini kitaorg blh bg nasihat berkongsi cita dgr mslh dn mcm2 lg tapi kptsn di tgn pn.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  40. umi says:

    aku pasrah,

    umi betul2 simpati dengan cerita puan. Sabarlah dan berdoa banyak2. Sekarang ni, umi rasa puan harus tawan hati suami semula. Jika dia bermasam muka, puan harus sentiasa tersenyum dan ceria. Sentiasa ceriakan suasana bila bersama. Cuba lupakan segala masalah yang ada. Pupuk perasaan sayang teramat sayang kepadanya. Cakap lemah lembut dengannya .Misal kata bila nak ke tempat kerja, pinta anak cium dan peluk dia. Ajarkan anak supaya sentiasa hormatkan papa mereka. Cuba banyakkan berkomunikasi dengan dia. Mungkin cerita pasal anak2.. Sekali sekali hantar sms cinta padanya. Dan jangan lupa berdoa padaNya.

    Mudah-mudahan dia berubah menyayangi puan semula..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  41. intaniman says:

    setiap ujian adalah dari DIA yang Maha Memberi Ujian. dan tiadalah ujian itu sia-sia melainkan untuk kebaikan hambaNYA semata.

    suami anugerah Allah kepada kita adalah jodoh terbaik untuk kita, namun, kekadang melaluinya kita diuji dan pada kebanyakan wanita, ujian melalui suami terutama melibatkan poligami adalah ujian terbesar.
    ramai yang kecundang, namun tidak kurang juga yang boleh menerima.
    pada yang menerima terdapat perbezaan dalam penerimaan,
    1. pasrah- terima kerana terpaksa tetapi hati penuh penderitaan dan sengsara.
    2.terima dengan penuh keredhoan- menganggap ini adalah ujian Allah untuknya dan melaluinya dengan penuh keikhlasan dan kedamaian, pasti dia akan merasa kemanisan ujian itu sendiri, kerana janji Allah;
    “sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar”.
    namun, andai belum berpoligami, pelbagai cara boleh dilaksanakan, usaha amat penting tetapi perlu disertakan dengan hubungan hati dengan Yang Maha Menentukan.
    moga Dia Memudahkan usaha kita untuk menghalang berlakunya satu ujian besar pada diri.
    satunya pelbagai doa yang melembutkan hati, amalkanlah selalu.
    solat hajat memohon doa kepada Allah. yakinlah; hanya doa sahaja yang mampu mengubah taqdir.minda separa sedar juga perlu dijaga, kerana peranannya yang besar dalam menarik taqdir diri.
    perhatikanlah juga kesihatan tubuh dan organ kerana organ kita selain menjalankan fungsi biologi, dia turut mengawal personaliti.
    orang yang memendam dan berdendam sellaunya kerana hempedunya lemah manakala orang yang sukar merasa dicintai dan selalu murung , biasanya lemah antibody.
    dengan mengamalkan 4 sifat sel; iaitu; sabar, ikhlas, hening dan redho kita mampu menguatkan tubuh kita dan seterusnya mengukuhkan karektor . karektor yang teguh dan kesihatan diri yang sihat membuatkan diri kita menjadi hambaNYA yang terbaik.

    moga ujian dapat kita lalui dengan penuh kesabaran, keikhlasan, keredhoan dan dalam kedamaian.
    hidup berilmu, beramal, ceria selalu.

    http://hatiwanita.wordpress.com

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  42. zie says:

    assalamualaikum
    bercakapmemang mudah tetapi tak sama dengan tuan badan yang mengalami segala penderitaan. Saya telah 5 tahun bermadu..bukan soal tak pandai jaga laki tapi laki yg tak pernah bersyukur dgn apa yg ada. dia yakin berlaku adil tp sebenarnya tidak. byk perkara yg dia tidak faham bila kita nak bincang dia pasti tidak mahu. Memang susah utk redha dgn apa yg berlaku. Mungkin kena ambil masa yg lama.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  43. leeya says:

    is true ….zie…lelaki ni klau nak cari penganti sometime not our fault..dia yg kata….like my hb..dia baru belajar mengatal dgn budak student ipta…o/station dan berjumpa dgn girl ni…baru 1 bulan..so i find out..apa lagi..discuss la dgn dia..dia cakap..saja mlm boring..nobody..teman mkn je…tak terfikirpun pd masa itu…end of story he putuskan…pd i mujur i dpt trase awal..klau tidak…pelik nya perempuan tu layan pulak..entahlah…so i tanya dia..tak cukupke layanan i..dia senyap….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  44. kucing api says:

    hmmm lamo dah kak akupasrah sonyop yo.. apa update yer? mudah2an hb kembali ke ingat dunia akhirat..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  45. akupasrah says:

    Salam semua.
    Hamba Allah tersebut telah pun pulang ke Malaysia, dan duduk bersebelahan ofis dgn suamiku sejak September lepas.. Alahai….saya hanya berserah pada ketentuanNya. Yang saya tahu, setelah ibu dan bapa pompuan tu bagi nasihat kot, dia putuskan hubungan. Sebab tu hubby frust menonggeng sambil layan GRO. Ini pun kes dia bergaul dgn rakan kerja yg tak bermoral. Orang lelaki ni dari zaman budak sampai ke zaman dah kahwin beranak pinak, agaknya pengaruh kawan tu over and above other things. Sebab tu isteri kena selalu awas, kena tahu siapa rakan-rakan suami anda…dapat geng yg suka pegi karaoke atau kes alasan nak layan clients, nak buat networking, etc etc – jaga-jagalah…maybe yg betul 10%, selebihnya pegi merambu ramba.

    Saya cuba perbaiki kelemahan diri. Setakat ni nampak hubby mcm dah OK. Syukur alhamdullillah. Saya kena selalu ajak buat kebajikan dan pegi ke masjid kalau hujung minggu. Alhamdullillah jugak kekawan dia yg moral rendah tu dah ada yg resign, lega sikit. Tapi itulah kan…

    Segala yg terjadi, banyak sungguh hikmahnya. Pandangan saya dlm pelbagai segi dah jauh berubah. Paradigm shift yg sgt tinggi. I seriously think that I have become a better person, at least to myself. Bukan senang nak tangani soal perasaan. Teorinya mudah, praktikalnya payah. Soal kasih sayang kalau diduga, amat hebat. Dan pastinya, you’ll emerge as a different person. Move on. Jgn pandang belakang lagi. Rancang masa depan, sediakan plan A, plan B dan sampilah ke plan Z.

    Saya rasa blog no. 2 tu akan atasi blog ni tak lama lagi. Kakak tu sentiasa bersemangat dlm mengisahkan hidupnya yg ceria walau bermadu. Byk iktibar di situ. Blog saya ni lebih kepada camana nak handle kalau dah terkena dan masih sempat dielak. Seeloknya, jgn terlibat langsung. Prevention is much better than cure.

    Saya nak cadangkan supaya pengantin baru, the 1st day itself, have a heart-to-heart talk. Bincang pasal keluarga – nak berapa anak, siapa nak jaga, kewangan – soal duit – siapa cover apa and lastly, camana kalau kita dah rasa bosan with each other, apa patut kita buat? Camana kalau rasa cinta dan sayang dah berkurang, apa kita nak buat? Better still, camana nak sentiasa semarakkan kasih syg antara kita demi Allah? Itulah asalnya tujuan perkahwinan – kerana Allah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  46. mn says:

    Betul..aku pasrah..prevent is better ….my hb atlmost 2 mnths on line nd mkan with the ipta girl…entah mcm mana i dah trace melalui hp dan e-mail dia…now he dah close the story..tis is 2 time..first with the secretary( i guess 4 years ago) dan with ipta student..according to him..he fell nothing…just boring & teman makan…(jumpa tat girl masa o/station)…but until now every time his o/station i feel dont trust him…why..the big problem he tak berani sumpah dia tak kan buat lagi..dia cakap his only human…entah la..kahwin dah 18 thn pun tak bleh percaya…entahlah..perempuan sekarang nampak kereta besar sikit..hilang tua (my hb dah 43 thn)..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  47. Yakuzi says:

    Salam aku pasrah,

    Betul katamu..kawan2 hubby amat besar pengaruhnya..Hubby saya berkawan baik dgn org yg ada m2..end up sekarang dah masuk 8 bulan saya dpt madu..Baru2 sorang lagi kawan2nya mengikut jejak dia, kawen sorang lagi..macm satu perlumbaan pulak..

    Yang merana sapa? anak-anak..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  48. suami says:

    siapa kawan2 yg ideal buat kaum suami?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  49. Yakuzi says:

    Salam suami,

    Bagi saya yang tahu ‘ukur baju di badan sendiri’ dalam semua hal..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  50. mn says:

    kwn my hb ramai yang kahwin 2..ada yg berpoligami tp ramai yg bercerai…now msing2 ada ada kecil…yg besar semua tinggal dgn bkas isteri…tak faham apa yg menyeronokkan kahwin baru tinggalkan yg lama…seronok kah…klau msih dgn bekas isteri…another 10 years dah bleh goyang kaki…dan honey moon again

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.