29 JulTombol Pintu dan Poligami


Atas permintaan ramai, kita bukak blog baru. Baru 2 minggu aku mengenali warga2 dalam DCCK ni, tapi rasa macam dah mesra bertahun. Banyak nasihat yang aku ingat dan insya Allah, akan cuba amalkan. Hb masih dgn dunianya yang indah tapi membutakan. Sekarang aku rasa % masa depan aku adalah sama antara 3 pilihan:

1. Hb akan tinggalkan pompuan itu satu hari kelak. Mungkin aku kena tunggu 3 tahun lagi, mungkin, insya Allah. Dan perkahwinan kami menjadi bertambah kukuh.

2. Hb akan ceraikan aku atas permintaan si gedik, atau atas kerelaan dirinya sendiri yg telah buta.

3. Hb akan berkahwin dgn si gedik, secara sah atau tidak, dan aku dapat status Isteri Tua (walaupon aku muda dan masih bergetah lagi tau).

Oleh kerana 3 kemungkinan di atas, aku cuba utk mempersiapkan diri aku dgn menambah ilmu. Contohnya, untuk kemungkinan yang no.1, aku baca buku Cakar Harimau dan cuba amalkan. Untuk kemungkinan no.3 pulak, aku baru beli buku tajuk dia “Hidup Bahagia dengan Poligami”. Untuk kemungkinan no. 2 tu, belum ada buku sesuai yg aku jumpa. Mungkin Wakil Kelab Mak Jan dan Marketing Manager boleh rekomen. Itulah kisah aku setakat ini yg memang tengah bingung.

Untuk tidak membingungkan diri dgn lebih lanjut, aku cuba sedaya upaya untuk menjadi ceria dan tak memikirkan kerenah hb aku ni. Aku ingat nasihat korang – sabar, berdoa, solat, sms gatal, pakai vogue – yg bagus2 aku amik lah. Yang paling aku ingat, layanan “Tombol Pintu” mesti kelasssss beb. Sapa tak paham kena tgk balik blog lama aku lah.

Popularity: 44% [?]

Post to Twitter

Processing your request, Please wait....

278 Responses to “Tombol Pintu dan Poligami”

  1. paradise says:

    Stuju-stuju…heh..heh..heh..

  2. Sheila Johli says:

    Amboi Paradise kalau bab kawin2 ni stuju aje kau yek………..

  3. 8dGood idea.3b I compleatly disagree with last post . lxe
    паркетная доска 0d

  4. paradise says:

    maintain…macho

  5. 0oI’ll thingk about it.4v I compleatly disagree with last post . yla
    паркетная доска 8m

  6. 3kThank’s for greate post.9o I compleatly agree with last post. yol
    ламинат и паркет 9k

  7. 7zThank’s.0c I compleatly agree with last post. lbc
    паркет 9v

  8. serai wangi says:

    dok, fahe..

  9. 1yGood idea.0g I compleatly disagree with last post . ygw
    паркет и ламинат 9b

  10. kucing api says:

    ini mcm spam jer.. tulisan mcm russian.. eh mcm thailand pun ada.. entah?

  11. lilyana says:

    anak akak besar mana? try la cara ni bagi jap si gedik jaga anak-anak akak tu untuk 2,3 hari, jangan lama sangat nanti anak-anak termakan lak pujuk rayu. pakat dengan anak kena kan si gedik cukup-cukup. cakap kat suami akak perlu ketenangan fikiran. cakap la kalau betul si gedik jujur nak jadi isteri solehah cuba la jaga anak-anak akak jap je.

    mak mertua saya try memang menjadi. si gedik ni mencicit lari menghilangkan diri dari hidup pak mertua. sebab mak mertua kata nak laki kena amik pakej anak-anak sekali. sebab dia tak sanggup bela sorang sorang bila laki asyik berkepit bini muda. dia pun nak start a new life. so sama-sama la dapat bahagian.

    kalau pompuan tu tak sanggup pakai la cara kasar lak. time diorg p bercuti tu la akak siasat mana diorg pegi. akak ikut la diam-diam.then tinggal anak-anak dengan surat. akak pantau la dari jauh. jangan kantoi dah la. nak lagi best suruh anak anak menangis kat lobi tu buat buat cari bapa tak jumpa. mesti la orang kat situ semua gelabah cari dia.

    kalau laki akak cepat-cepat balik sebab hal ni, akak siap-siap surat kat rumah minta dia suruh si gedik jaga jap. akak pun perlu bercuti untuk ketenangan fikiran. baru padan.

    kalau laki akak call kampung nak hantar anak-anak. pesan awal-awal kat orang di kampung yang akak nak cuba rapatkan anak-anak dengan bapa. sebab dia sibuk sangat. sementara dia cuti ni akak lak nak sibuk g kursus ke apa ke. suruh org kat kampung ckp diaorg pun x bleh jaga ada hal.

    ni berlakon mau 1st class.

  12. kucing api says:

    uhuk2 uhuk2..

    fuh memang first class punya plan.. utk sedarkan lelaki..

    erkkk.. aku ni lelaki gak.. jd mangsa karang hehehe.. baik lari cepat2 hehehe..

    oh omak aiii, ayam den terlopehhh.. omak oo omak, ayam den terlopeh.. hehehe..

  13. anak mak says:

    Assalamualaikum…

    Mak Ati, orang yang bertanya tu mmg spesis x sensitif… yang bercerita psl M2 kat kite Mak Ati tu pun jenis x syg mulut… x tau ati dan perasaan org lain, atau sajer nak memporak peranda rumah tangga yang aman damai. Saya sebagai anak M1 menghadapi situasi yang lebih kurang sama. Dari sedara sampai ke org kat ofis abah… sibuk tanya… adik sblh m2 pun facing d same situation… kite org bosan pun ada. psl tu saya xnak keje tmpt abah keje. adik saya leh thn… kite org adik-beradik ok. mak2 kite org ada mslh dia orang sendiri. kami adik-beradik phm sendiri.. mende dah jadik, xleh nak pth balik. mak saya dulu pun x melawan balik mcm aunties kat sini. yang sakit hati anak2. saya pernah sampai ckp suruh mintak cerai jek dgn abah. bl mak abah tension… auranya dirasakan oleh seluruh rumah. kami adik-beradik x brp suka dok rmh walaupun periuk belang x terbang bersimpang siur kat rmh. semua masuk boarding school. saya stay sampai form3 jek kat rmh. tu pun psl kesiankan arwah nenek xde org jaga kat rmh. ms nak pi boarding school nenek ckp x sian kat nenek ke tgl sorang kat rmh… laa nie dah kawen, mak expect nak kite layan hubby mcm dia lyn abah… I’m not going to make d same mistake she made. kdg2 rasa mcm mak jeles sbb kite dah xleh bg full attention kat mak. adik lak xnak keje kat jb. nak keje jauh… tension.. nk citer dgn hubby mcm sian lak… dia pun ada problem dgn kuarga dia sendiri..

  14. azizah says:

    Ye lah ank mak, cian mak cik tngok. Actually kekwn, saya juga ada prob yg sama. Mse muda2 slalu kna tinggal dlm sebulan dua. Kerap coz keja dia. saya pn keja so x leh ikut. Tp lama2 feeling tu hilang. Kami x ada problem org ke3 so far tp x than dgn prangai dan attitude dia. tngok luaran ok but yg rasa je tau. Saya sgt sedar berdosa x sygkan suami tp nk wat cemana? Depan suami saya nmpak loving tp dlm hati ….X ada apa. Kosong. I prefer to be alone wit my kids. Ank2 ada dah remaja dan ada masih di sek ren. Tak tau nk wat cemana?

  15. kejap redha kejap tak says:

    Hai kawan kawan semua, dulu masa mula mula khawin aku taksub sangat laki aku sayang kat aku takan cari perempuan lain. Aku pulak rajin bagi kat kawan doa pengasih supaya suami sayang dan kasih kat kite..tuptup bile perkhawianan aku mencecah 10 tahun laki aku ada pompuan lain dan berjanji dan bertekad untuk berkhawin dan bukan perkara main main. Dia dan budak tu tipu aku cukup cukup sampai aku sendiri tak dapat nak hidu..yang lebih trajis dia kawan baik aku…sanggup diorang buat aku macam nie…lepas aku dapat tahu ..konon konon klash depan mata aku..tuptup sambung balik dan lebih advance hubungan tu…aku kene tipu balik…Allah tidak akan sokong sebarang bentuk maksiat..jadi ALLAh telah beri aku banyak petunjuk..last last aku dah tak tahan suami aku ngaku semua setelah AKU BERJANJI DENGAN NAMA ALLAH AKAN MENGIZINKAN DIA BERKHAWIN LAIN JIKA TIDAK BALA AKAN MENIMPA KE ATAS AKU…maka diapun citer semua..remuknya hati aku..siap bermalam di hotel lagi setiap kali pertemuan..aku terlalu sedih tapi herankan ALLAH masih simpankan perasaan cinta dan sayang aku pada suami aku. Maka suami aku pun bertindak jujur dan memaklumkan pada aku apa yang dia plan. aku pun redha jelah. Budak tu pun datang umah aku, tidur ngan aku dan aku masak untuk dia tapi bila aku tengok dia cakap ngan laki aku penuh dengan senyuman dan manja aku lari masuk dalam bilik air dan nangis semahu mahunya!MAk bapak pompuan tu pun dah restu maka lagi lah hati aku tertekan dan kecewa……Ya ALLAh mengapa aku yang diuji begini…depa plan nak khawin as soon as possible ! Aku yang suruh sebab aku serabut tengok diorang …amboi nak sakan bercinte macam remaja ..pikullah tanggungjawab!takan nak makan kat luar je ..masaklah untuk laki ko pulak….aku sebab dah berjanji macam tu jadi aku nak doa diorang berpisah pun aku takut….yang menjadi persoalan sekarang nie aku pulak termengandung! aku tak plan sebab aku sedang dalam proses mencantikkan diri tup tup aku ngadung..aku cakap kat diorang korang kene khawin cepat sebelumm perut aku besar..diorang SANGAT SETUJUUUUUUUUUUUUU….cehhh ingat tak setuju…hampehhh..aku pun kadang kadang datang persaan murung sebab kalau aku ngandung sah sah aku tak cunnn, gemokkk, mengah dan tak leh perform well di ranjang….aku stress kawan kawan..tapi aku yakin ALLAH ada simpan sesuatu kepad aku dengan kedatangn anak yang aku kandung ini…kawan kawan nie anak yang keempat. aku awal 30-an….
    minggu nie parents pompuan tu nak jumpe laki aku nak berbincang dan mungkin nak tetap tarikh kot…aku kadang kadang dah kering air mata…
    kawan kawan mengapa kita rase ALlah tidak mendengar doa kita…tapi kita silap kan…Allah bagi kita macam macam..berapa ramai yang tidak boleh tidur akibat menahan kesakitan, berapa ramai yang tak boleh makan tapi kita makan yang sedap sedap…kawan kawan mungkin aku gagal menjadi isteri yang baik untuk dia tapi aku tidak gagal menjadi ibu yang baik untuk anak anak aku…anak aku pernah cakap yang PENTING MAMA ADA….kawan kawan kalau setakat jaga makan minum dia, sex dia kau dah cube…stokin pun aku sarungkan..makan tersedia even spender dia aku gantungkan siap siap..ke ALLAH nak kurangkan beban aku jaga dia?aku ada kerja, pendidikan, anak anak, keta , umah dan duit tak lah banyak sanagt tapi ada lah…kawan kawan please advise meeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

  16. akupasrah says:

    Astaghfirullah..bykkan bersabar dan solat malam, insya Allah akan lebih tenang. Yg penting kena kawal sikit emosi tu, walaupun terasa amat sedih. Saya doakan Puan diberi rahmat hidayah dan perlindungan dari Allah selalu. Jika seberat ini ujian Allah pada puan, insya Allah ganjarannya akan lebih byk jika puan redha dan terus tabah menghadapi semua ini. Jumpa lah ustaz mintak air sikit ke, utk tenangkan jiwa puan.

  17. lyhanna says:

    Saya doakan semoga doa puan didengari oleh Allah SWT. Jangan putus berdoa, kerana tidak semestinya jika Allah tidak memakbulkan doa kita bermakna Dia tidak mendengar, tetapi percayalah sebenarnya Dia mahu menguji kita sejauh mana usaha dan kesungguhan kita. Pesan saya, berdoalah dalam keadaan tenang dan dalam keadaan sejujur-jujurnya. Pasti Allah memakbulkannya. Insya-Allah.

    Bila saya membaca kisah puan, saya dapat rasakan jika saya berada di tempat puan. Betapa beratnya hendak tanggung, lebih2 lagi apabila suami membongkar rahsia yang kita tak jangka. Ya Allah, sedihnya saya rasa.. Mungkin tindakan puan yang bersabar dan tidak mengikut emosi adalah pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Jika saya sudah tentu saya keluar dari rumah bawa anak2 jauh dari suami. Mungkin cara saya tidak kena dan mengikut emosi, tetapi cara itu sahaja lah yang paling mampu saya lakukan kerana saya tidak sanggup berdepan dengan suami yang telah membuat perkara2 yg tidak baik dibelakang kita, apa lagi melihatkan mukanya, tentu terbayang2 apa yang telah mereka lakukan (tanpa rasa berdosa sedikit pun). Saya mungkin tidak setabah puan.

  18. norwati says:

    kpd aku pasrah, jgn mudah putus asa, saya cadangkan:-

    1. ko memang patut blaja cakar rimau tuh dgn segera (masih blum terlambat). ko kena gedik lebih, vogue lebih, manja meleleh, seksi giler itu sudah mesti menjadik strategik utama. sms slalu itu kena maintain. kalau outing mesti berpegangan tangan (lepas bila perlulahkan).

    2. plan every thing that you want to show – strip tease sesekali (oohhh… mama hot you!).

    3. jangan suka perli2, lelaki tak suka. tanya dia samada dia suka ke tidak dengan manja2, gatal2 you kat dia tu. he he he…

    4. show your respect to him, angkat kebaikan yang dibuatnya (moptivate dia sebagai ketua rumah tangga), ajarlah anak2 menurut perintahnya dan menghormatinya (lelaki suka dipuji dan dihormati oleh ahli keluarganya).

    4. ajak dia belajar berkomunikasi dengan baik, bertolak ansur (dengar masalahnya, jadilah pendengar yang baik, jangan menuduh dia y bukan2, ajar dia bercakap benar – maksudnya, jangan terus marah atau melenting kalau yang benar itu menyakitkan hati kita, tetapi terimalah ianya sebagai suatu yang penting yang perlu diambil kira didalam sebuah rumah tangga – org kata ajar dia jadi berani dan pujilah keberaniannya mengakui sesuatu yang baik mahupun yg salah)
    yang li tak pandai, tapi ngengada manja biasa.

    anyway try your best to ambik hati dia.

  19. norwati says:

    abaikan aje kisah2 negative tu, yang penting fokus kpd rumah tangga bahagia bersama suami tercinta, kemudian punya story, kemudian ceritalah… first, fokus and fokus.

  20. norwati says:

    kpd kejap redha kejap tak..
    kesian aku dengar cite hang, tapi.. sabar je lah..
    ko dah izinkan, itulah yang terbaik (agaknya), mungkin betul tuhan tu mungkin nak suruh ko relaks lah pulak…
    u tahu poligami ni very interesting sebenarnya (bagi mereka yng ingin menggunkan akal yang dikurniakan Allh), pertama kita ada banyak masa yang terluang for our own self (believe me u also tired layan kerenah hb u everyday, kerenah anak2 dan sbgnya), so.. sometimes we need time for our own self, apalgi masa kita dah berumur dan tua sikit nanti.

    macam u so lucky … ada anak, nanti gi holiday with them, shopping with them, belajar bersama, spend you time with your mother & sisters, gi spa), tetapi janagnlah lupa pulak masa dtime dgn dia jgnlah tnjuk masam mencuka (dah tak berkat lah pulak, walaubagaimanapun tanggungjawab isteri kepada suami mesti dijalankan dengan penuh tanggungjawab jugaklah, baru betul.. so dengan rehat yang cukup tentulah u boleh perform very well, cakar rimau ke, strip tease sume leh jalan… he he he).

    itu antara yang positive yg boleh dipelajarilah..

  21. iceage says:

    “KISAH-KISAH yang dipaparkan dalam DCCK banyak membuat saya tertawa, kerana apa yang saya lihat kebanyakan kaum lelaki cuba menegakkan benang basah, sementara wanita pula meratapi diri sendiri konon dah banyak berjasa dan berkorban kepada suami tetapi akhirnya dia menjadi mangsa suami.

    “Wanita yang keciwa mendakwa jadi mangsa apabila suami sudah kaya dia ditinggalkan, ada juga yang mendakwa suami berkahwin lagi sedangkan dia sudah banyak berkorban harta benda, wang ringgit kepada suami, tetapi semuanya dilupakan setelah suami jadi kaya atau terjumpa wanita yang lebih baik daripadanya.

    Demikian cerita Norwati dalam e-mel yang dihantarkan kepada penulis dan ketika saya menghubunginya sambil berbual panjang pada satu petang, sambil tertawa terkekek-kekek beliau menambah kebanyakan masalah yang berlaku adalah berpunca daripada diri wanita itu sendiri begitu juga suami. Kerana masing-masing tidak tahu tugas atau fungsi baik sebagai isteri mahupun suami, bila dah keciwa mereka menyalahkan satu sama lain.

    “Namun saya bersimpati juga dengan nasib yang menimpa mereka, malah ada kawan-kawan wanita yang datang bertanyakan pendapat dan pandangan saya bagaimana mengatasi masalah yang dihadapi atau sedang menimpa diri mereka. Saya juga kesian dengan nasib wanita yang teraniaya dan boleh saya katakan secara singkat di sini, bahawa mereka tidak tahu tugas atau fungsi mereka sebagai isteri, sebab itulah dianiaya.

    “Sebenarnya saya bersimpati dengan kaum wanita, sebab itu bila baca kisah yang dipaparkan dalam DCCK termasuk kisah minggu lalu tentang kisah hidup Nooreen yang berjudul “Lagak orang senang rupanya kaya hutang, di mana Nooreen tidak mengaku dirinya ego sebaliknya menyalahkan suami menyebabkan hidupnya menderita.

    “Pada pandangan saya secara ikhlas kaum wanita yang menganggap diri mereka sebagai ‘mangsa’ lelaki atau suami boleh saya golongkan mereka ini sebagai “orang yang suka diri menjadi mangsa – Playaing the role of victims. Mana tidaknya, mereka yang sanggup berkorban atas dasar cinta atau bertolak-ansur dengan suami demi kebahagian keluarga.

    “Sedangkan, sikap bodoh dan ego mereka itulah sebenarnya menjadi punca masalah dalam hidup mereka. Puan, saya ni sebenarnya tak ada sebarang ruangan khas untuk digunakan bagi memberi nasihat kepada mereka yang bermasalah seperti ini.

    “ Namun, selalu juga kawan-kawan datang, meminta nasihat saya. Biasanya, terdiri daripada mereka yang mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan kecil, berpendidikan rendah dan umur teman lelakinya jauh lebih rendah daripada mereka (tidak sekupulah dari sudut agama). Mereka bertanya kepada saya, “Boleh kah, saya kahwin dengannya lelaki itu?”.

    “Selalunya, kawan-kawan yang meminta nasihat ini terdiri daripada kaum wanita yang sudah berumur. Ada yang dah nak masuk 40 tahun pun. Bergaji 4 atau5 bahkan ada yang lebih 6 ribu ringgit sebulan. Mereka sudah ada rumah dan kereta. Sudah mengerjakan Haji dan pergi Umrah berkali-kali. Jadi mereka tanya bolehkah dia berkahwin dengan lelaki seperti itu (bergaji kecil, berpendidikan rendah dan umurnya lebih muda)?

    “Soalan mereka ini sebenarnya sulit untuk saya jawab, tetapi saya berikan jawapan yang lebih mudah, saya katakan sudah tentu tidak ada masalah kalau hendak kahwin tentu sahaja boleh!

    “Pada pandangan saya kawan-kawan saya ini hidup mereka sudah jauh lebih senang berbanding dengan calon lelaki yang mereka pilih itu. Mereka sudah mempunyai pendapatan tinggi dan kukuh dan mereka sudah masak dalam mengurus hidup sendiri. Malah boleh dikatakan wanita golongan ini hidup mereka sudah lebih daripada bahagia dan amat selesa tanpa suami.

    “Tetapi masalah mereka yang cukup besar adalah kaum keluarga, saudara mara yang kaki penyebuk. Terutamanya ibu bapa sendiri yang kononnya kalau mereka mati nanti tak boleh tutup mata rapat, kalau anaknya yang dah berumur ini ‘tak diselamatkan’ (tidak dikahwinkan).

    “Memang pada mulanya kawan-kawan saya tu tak kisah sangat tentang pasangan hidup mereka, sebab kehidupan mereka sudah jauh daripada selesa. Tapi, kalau setiap masa dan ketika kalau mereka balik ke kampung kaum keluarga mulalah mendongengkan kisah anak dara tak kahwin ini, lama-lama mereka pun sudah tak larat nak dengar lagi.

    “Akibatnya mereka terpaksa menyerah kalah. Mengikut! Jadi, sebagai kawan yang lebih berumur dan dewasa daripada mereka, bila mereka bertanyakan pendapat saya, tentulah saya jawab, kenapa tidak? Kahwinlah sahaja supaya ibu bapa mereka boleh menutup mata betul-betul rapat bila mati nanti, tapi ingatlah kepada beberapa nasihat saya.

    “Saya memberi mereka 7 petua, kalau nak kahwin juga dengan lelaki yang jauh lebih rendah pendapatan dan pendidikan dan berumur jauh lebih muda daripada diri mereka sendiri. Kata saya kalau ikut tujuh petua atau panduan ini kalau terjatuh pun taklah parah sangat, sebab anda sudah bersedia. Berikut adalah beberapa panduan ataupun nasihat saya.

    “Pertama saya katakan kepada mereka dia hendaklah membeli rumah sendiri, yang sudah pasti dibeli atas nama anda sendiri sebelum kahwin. Namun anda mesti ingat petua paling penting jangan sekali-kali cuba merampas tanggungjawab suami. Apa itu tanggungjawab seorang suami? Saya percaya pembaca sendiri pun tahu.

    “Tanggungjawab suami adalah mengurus perbelanjaan rumah tangga seperti membayar semua bil, membeli makan dan pakai, menjaga sakit pening isteri dan anak-anaknya dan lain-lain. Sedikit atau sekecil mana pun gaji suami, adalah menjadi tanggungjawab hakiki suami tadi menyediakan semuanya terhadap isteri dan anak-anaknya.

    “Atas dasar apa sekali pun (contohnya: bertolak ansur, kasihan atau cinta) jangan sekali-kali kaum wanita mahu merampas tanggungjawab lelaki yang asas ini (khususnya bantu membayar segala hutang piutangnya). Kalau anda ambil-alih tanggungjawabnya ini, suami akan cepat naik sedap (naik mua) lantas dia akan mula bersikap lepas tangan, hingga menyerahkan semua tanggung jawab seperti membayar bil atau apa sahaja untuk anda pikul.

    “Kalau anda sudah bersedia lepas 10 tahun, berkelakuan seperti itu anda jangan membebel kemudian hari dengan bercerita ke sana ke sini (termasuk dalam DCCK), kononnya segala pengorbanan anda kepada suami selama itu tidak dihargai lagi. Anda dah terlalu sayang kepada suami sanggup berkorban konon, jadi jangan bising pikul saja, sebab anda yang nak berkorban atas dasar sayang konon, cintalah dan entah apa-apa lagi!

    “Kedua, anda mesti bersedia menerima segala-galanya ikut kemampuan suami. Contohnya, kalau suami cuma mampu beli beras tempatan berlaukkan ikan selar kuning setiap hari, sedangkan anda biasa makan beras Siam harum wangi jenama termahal dan lauk ikan jenahak, maka anda jangan membantah, anda telan semua yang suami anda beli walaupun tercekik sebab tak berselera. Namun kalau sesekali teringin nak makan sedap-sedap, makan di tempat kerja.

    “Begitu juga halnya kalau dia beli baju kain murahan, hargailah, pakailah. Sekurang-kurangnya, anda pakai sewaktu nak melawat ibu bapa mertua anda biar suami puas hati dan mertua anda lihat apa yang anda pakai. Jangan nak tunjuk kemewahan anda.

    “Ketiga, jangan sekali-kali menghalang suami anda menanggung ahli keluarganya. Itu adalah menjadi tanggungjawabnya. Biarkan dia berhabis untuk keluarganya, dan anda tidak perlu menghulurkan wang untuk membantunya. Biar dia uruskan sendiri. Kalau dia tak ada duit untuk anak-anaknya biarkan dia mencari jalan keluar sendiri.

    “Bagaimana pun sebaik-baiknya anda nasihatkan dia supaya dia dapat memastikan dalam rumah tangga telah disempurnakan terlebih dahulu terutama tanggungjawabnya kepada anak-anak.

    “Keempat kalau anda hendak mencari pembantu rumah, anda uruskan sendiri, anda bayarlah gajinya. Kerana pembantu rumah itulah yang banyak mengambil tanggung jawan dan tugas yang sepatutnya anda lakukan di rumah. Kerana anda bekerja demi masa depan anda.

    “Kelimanya jangan sekali-kali anda cuba merampas tanggungjawab suami ketika dia mahu meneruskan pelajarannya. Kerana anda harus ingat anda bukannya bank atau PTPTN. Kalau dia hendak menyambung pelajarannya, dia boleh belajar, tapi ingat, tanggungjawabnya terhadap keluarga mesti didahulukan.

    “Jangan pulak kerana kesian, cinta dan sayang konon anda biarkan dia sambung belajar, dan anda ambil alih tugas mengurus keluarga. Kalau anda masih hendak menunjukkan simpati anda terhadap suami tercinta, lima atau sepuluh tahun kemudian anda jangan sekali-kali pergi ke rumah emak mengadu anda sudah jadi mangsa, suami tinggalkan anda atau bertemu kekasih baru di kampus dan nak minta izin kepada anda untuk kahwin lagi.

    “Kerana pada pandangan saya semuanya adalah salah anda, anda tidak berterus-terang dari awal dan jika ditakdirkan anda dimadukan terima saja jangan menangis jangan meratap atau membebel kepada Puan Maimunah untuk ditulis cerita anda dalam DCCK nanti.

    “Keenam, jangan sekali lagi cuba hendak memperbaiki diri suami anda. Contohnya kerana anda malu pangkat atau gaji suami rendah maka anda berusaha malah menggalakkan dia jadi usahawan. Sebab masalahnya nanti anda juga yang akan keciwa.

    “Sebab pertama kerana anda yang terpaksa bergadai bergolok, malah mengeluarkan wang simpanan anda untuk diberikan kepada suami supaya dijadikan modal dia berniaga. Masalah besar yang bakal anda tempuh nanti jika dia gagal dalam perniagaan kerana tidak cukup pengalaman dan kurang berminat berniaga maka hidup anda akan dibebani hutang bukan puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit dan anda akan menyesal sepanjang hayat.

    “Terimalah kenyataan, bukan semua orang boleh menjadi usahawan berjaya seperti Tan Sri Nazamuddin atau Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Anda sepatutnya terima keadaan suami anda seperti seadanya, seperti mula-mula anda bersedia berkahwin dengannya dahulu.

    “Tetapi kalau suami anda berjaya dalam perniagaan dan menjadi usahawan berjaya walaupun tak setaraf Tan Sri Tajudin Ramli mahupun Datuk Halim Saad, maka dia akan jadi orang yang terkejut beruk, sebab jadi kaya tak semena-mena, maka corak hidupnya akan bertukar, dan anda jangan bersedih, meratap dan menangis apa lagi kalau dia tak balik ke rumah, sebab dah ada orang kedua dan dia akan minta izin anda untuk kahwin seorang lagi.

    “Nasihat saya yang ketujuh dan terakhir, jangan sekali-kali buat joint akaun. Anda hendaklah sentiasa ingat hari tua anda. Sebab banyak terjadi seorang asyik menyimpan sementara seorang lagi asyik berbelanja, ataupun menabung untuk kekayaan dirinya sendiri. Siapa tau! Bila terjadi satu-satu hal duit dalam bank anda tinggal kosong, anda sendiri gigit jari. Dah banyak terjadi ini bukan benda baru, jadi sayangi diri sendiri supaya tidak kesal kemudian hari.

    “Inilah tujuh nasihat saya kepada semua rakan-rakan yang ingin mendapatkan nasihat saya, dan insyaAllah mereka berjaya dalam hidup hingga beranak pinak, ini bukan soal ego, tetapi sensibility. Setiap insan ada tanggungjawab masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Kalau salah seorang daripada kita melanggarnya, samalah macam kita merosakkan alam sekitar. Musibah akan menimpa. Jadi, jangan menyesal di belakang hari dan menganggpa diri sebagai mangsa, sebab yang salah adalah diri anda sendiri. Demikian nasihat Norwati.

    Norwati seorang pesara kerajaan berjawatan tinggi juga, kini bekerja secara kontrak dengan kerajaan. Tidak berumah tangga, mungkin kerana tidak ada jodoh dan lebih selesa bekerja. Ketika ditanya apakah beliau merasa sunyi setelah bersara kerana tidak mempunyai keluarga, katanya hidupnya terlalu sibuk, selain membaca, melayari internet, menulis, mendengar ceramah agama beliau juga suka melancong. Jadi hidupnya tidak pernah sunyi.

    Betul juga, sunyi sebenarnya terletak kepada diri sendiri, kalau tidak tahu menggunakan masa memanglah sunyi. Ada juga mereka yang mempunyai keluarga terasa hidup mereka sunyi apabila anak-anak dah besar, bekerja dan meninggalkan mereka. Ada juga yang terlalu sibuk, sudahlah semasa mudanya sibuk mengurus anak-anak, dah tua pula terpaksa menjaga cucu, itu terpulang kepada diri sendiri menguruskan hidup masing-masing.

    Kata Norwati walaupun tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak dia selesa dengan hidupnya sekarang, yang penting mesti membuat persediaan dari awal, ada simpanan wang, ada rumah dan kereta, jadi kita tidak perlu bergantung kepada orang lain, kita boleh urus diri sendiri.

    Demikian pandangan seorang wanita yang tidak mempunyai keluarga, bagaimana pun terpulang kepada anda memikirkannya mengikut pilihan anda sendiri sama ada mahu berkahwin ataupun tidak. Tapi yang penting katanya jangan menyesal kalau menjadi mangsa suami, kerana ia adalah pilihan anda sendiri. Sebaik-baiknya kaum wanita hendaklah mempunyai perancangan masa depan untuk diri sendiri.

  22. nooraihan says:

    salam… kesimpulan dari apa yg saya dah baca… dpt dikatakan yg jadi musuh wanita ialah wanita juga… kekadang kawan baik sendiri menghancurkan hati dan perasaan kita… bila lelaki mencari peluang untuk menunjukan kejantanan, yg jadi lawannya ialah wanita, dan wanita utnuk diuji kjantnnnya iut x lain org kita kenali… Para suami plak, kalu nak tambah cawangan , suka2 je gi mahkamah dan beritahu nak poligami, isi borang dan bawa bakal isteri. Yng herannya, isteri yg baik dan setia dirumah x tahu plak pasal nak buka cawangan lain… tau2 dah ada keluar budak …. ooo ni halal. Sebagai seorang isteri, memang terasa kena tipu sepanjang hidup. Sama seperti membuat janji, syg hingga keakhir nyawa… nyawa x habis lagi dan nikah lagi… Saya juga nak padankan muka orang yang sanggup jadi isteri pada suami saya, kerana dia juga bakal mempunyai isteri no. 3 tidak lama lagi… DAN saya x kisah… sbab memang isteri x de hak nk bertanya kenapa abang nak kawin lagi?? sedangkan anak dah penuh 1 van. eknomomi x mantap, hutang keliling pinggang… TENTANG layanan di ranjang, saya rasa semakin lanjut usia xlah semakin pudar dan kurang belaian, agaknya suami jenis ini dah terancam sbab isteri dan dominan di bilik… terus tambah cawangan , cari yang pasif di tempat tido untuk mengembalikan nilai kejantanan yang x ummp… pas ni rasanya nk cari mak salleh, atau pun bangsa lain… dah jemu ngan melayu…. jgn mare….

  23. hati berlian dah jadi hati stone says:

    heh heh…blog ni idup balik dari koma…kelako la baca posting dolu2…esp tang kamasutra yg menyebabkan evolusi tercipta buat ahkak kamabatik heh heh heh….ok…layanzzzz jer….

    akupasrah apa citer ?

    thanks akupasrah, for your heads up on azizi ali publishing house…

  24. kiah vogeh says:

    hmphh..bila aku baca nasihat / panduan bagai dr norwati kat sini..aku compare balik ngan nasihat / panduan bagi dr dia kat blog2 tawun 2009, especially bulan july / ogos tu..sungguh kontra. kat sini, baik punya dia nasihat suh laki pikul semua tggjwb, is3 jgn tulung sesen pon..tp kat blog dia sokong poligami, berapi2 dia suh is3 sama2 menjana ekonomi para somi yg berkawen lebey… Ckp bercabang2, x konsisten lgsg.

  25. ahkak batik... says:

    loh… ghajinnyer korang pi baca post orang lain… aku suka syok sendiri baca posting sendiri tulis…

  26. halia says:

    dulu len sekarang len la kiah…manusia sentiasa berubah maaaa

  27. wa kena bebeh says:

    be tolerant of pain, it is teaching us something. don’t look at the illness, see the lesson instead…

    nothing happens by chance ( tiada apa pun yang terjadi secara kebetulan , semua nya sudah tertulis )

    an open mind open doors , when one door closes , another opens.

  28. comei says:

    jadila insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. sentiasalah menjadi insan yang baik walaupum masih digamit ghairah kejahatan dan dosa. jatuh, bangun kembali. jatuh, bangun lagi. ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah – amek kat majalah anis

RSS feed for comments on this post.