02 AugSuami cecuba blajar nak curang


umur aku 26 suami 31 tahun..sebenarnya dah sepuluh tahun kami berkawan,tahun yang kesebelas baru kami berkahwin,,skarang dah masuk 2 org anak..mulanya semua baik saja..hinggalah pada 1 hari..

Tahun 2008 suami mula pandai bergaya,wangi bila nak g keja,mula masukkan internet dlm hdset,dengar lagu jiwang hari2,takpenah miss ikuti semua event kat tempt keja walaupun tengah pokai,semua aktiviti panjat gunung,candat sotong,main bola,dah pandai merokok.sedangkan sblm nie tak penah pun ambik kisah tentang tue smua…memang aku sedar dgn smua perubahan tu,tapi tak penah terlintas yang di akan buat sesuatu yg tak masuk dek akal

30 july 2008…selepas dia balik dari KL, semuanya terbongkar bila aku terbaca sms dia yang datang nya dari orang sama tempat keja dgn dia,tapi lain branch..menanyakan tentang ‘DAH SAMPAI RUMAH KE BELUM..TRIMA KASIH PADA SEMUA MALAM TADI’ safa hr…zappppp….Aku tak sedap hati..aku tanya direct pd dia malam tue jugak..dia cakap tak der apa2 antara dia berdua..masalahnya hati aku dah terbakar sangat.satu malam langsung tak pat nak tidur..dh la aku tengah tunggu hari jek nak bersalin anak kedua..alahai dugaan-dugaan..

Masuk jek keja pepagi lagi aku antar sms kat budak pempuan tue,tapi aku tak ler direct tanya apa hubungan dia dgn suami aku..aku belakon tuk korek rahsia dia..sebab malam tadi berpuluh kali aku cuba call suami aku tapi hdset dia tak angkat langsung..tup=tup kul 4 pagi dia call aku..dia cakap antar kawan dia masuk wad kat sepital putrajaya..demam chikunya .memang dia ada cakap yang malam tadi pegi main boling bersama,makan bersama,tapi berempat laa..naik keta berempat..maknanya dua pasang-dua pasang lerr,pastu g sepital sesama nengok kawan suami aku yg demam chikunya..suami aku dah betul la,tapi kawan dia yang suami orang pun sama berdua-dua….DASAR SUAMI-SUAMI YANG GATAL..

dua-dua dah ada anak bini..tapi masih kuar dgn budak umur 22-23 tahun..yang bharu blajar nak idup..aku tak salahkan bebudak tue..aku salahkan suami aku..gatal..dah tau ada bini kenapa nak kuar dgn orang lain..bukanke tu namanya …CURANG!!! mula-mula memang ler ckap kuar sebagai kawan jek..siap laki aku cakap tak salah kan kalau kuar makan..TAK SALAH???? abis kalau nanti aku kuar makan atau main boling dengan laki orang atau lelaki bujang ..maknanya tak salah lerr…betul ke cara macam tue??

eeeeeeee..geramnya..apa aku nak buat nie…buntunya kepala…

dah dua hari aku langsung tak kisahkan dia..sms dia aku tak layan..bangun keja pagi pun aku tak kejutkan..cuma makan minum jek la yg aku sediakan tupun dia makan sesorang..ditemani pengacau kecik..anak pempuan aku yg berrusia 2 tahun 5 bulan..

semalam hari jumaat dia sms ajak makan kat luar..emm aku nak taknak kuar  jugak..tapi macam kuar dgn patung ler dia..sepatah dia tanya sepatah aku cakap..malas nak layan sangat..nanti dia ingat aku dah lupa pada apa yg dia buat plak..sorry …takkan sesenang tue aku bleh lupanyerr..

mungkin dalam seminggu ni aku akan bersalin..aku takut gak..kekalau dosa pada suami nanti kerana aku tak layan dia..tapi memang hati nie dah marah sangat..bukanya merajuk..tapi menyirab jekk.bila kenangkan kelakuan dia..

kekadang rasanya aku pun nak buat macamana yg dia buat kat aku..bukan balas dendam tapi aku nak dia rasa apa yg aku rasa bila dia buat aku macam tue..kalau aku buat sama macam dia buat maknanya aku pun sama ler cam dia.2×5-10 laki bini sama..aku taknak..aku sayang kan keluarga aku..aku sayang kan suami aku,anak aku..aku taknak mengalah camtue jek..

Pasni nanti aku lepas pantang..aku dah nekad..aku akan buat facial muka..slim balik ke keadaan asal aku akan ikut jek kemana dia pegi..main badminton ke..panjat gunung ker,,candat sotong ker..memaner jek dia pegi aku akan ikut..lantak ler kekawan dia nak kata aper..smua nie sebab dia.

sebelum nie aku bukanya seorang 1) pe make-up,bergaya,pewangi,..aku g keja pun ala kadar jek..sebab aku tau aku dah kahwin..aku hanya bleh melawa depan suami jek..tapi bila dia mula buat macam nie..ibaratnya cam aku nie jahil sangat dalam melayan suami,tak pandai langsung bergaya..

kalau nak dibanding kan antara aku dengan budak tue..tah aa..mungkin benda baru lain kot..

seingat aku..sepanjang aku bercinta dengan dia 10 tahun..aku ikut segala telunjuk dia..walaupun ada masanya aku melenting..aku pun ada pendirian aku gak..

kalau di cakap jangan guna jeans..aku tak guna..aku pakai kebaya..kebarung  atau baju kurung..tue yg dia nak..tue yg dia cakap cantik..walaupun pada pandangan orang lain aku nie cam kolot jekk.asyik pakai baju tradisional je  kemana-mana..walaupun nengok wayang..tapi aku pakai gak..sayang punyer pasal apa pun aku tolak tepi..

tapi nie..dah melampau..dah macam aku tak wujud jek..

 

 

 

Popularity: 10% [?]

Processing your request, Please wait....

26 Responses to “Suami cecuba blajar nak curang”

  1. Sheila Johli says:

    Biasanya macam tulah masa becinta semua elok semua cantik. Bila dah kawin baru nampak apa yang elok dan apa yang x elok.
    Awak siasat dulu betul ke hb ada hubungan dengan orang lain, kadang2 kalau kita bekeras somi ni makin jadi2 lembut2 pun mejadi-jadi juga nak buat macamana terpaksalah ikut keadaanya….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1

  2. mamagrill says:

    Rasa mama dah macam trend r.tangga skang 98% laki cuba menggatal bukan lagi pasal bini da tua ke..tak cukup seksi atau cun..berpelajaran dan berwang..tapi benda muda nih mmg la sronok tak yah bawak perut nak naik gunung ke,panjat pokok..terjun laut..tak yah nak refer org tua kat kampung last2…panjat laki kita….yg laki mmg bab pompuan lain berabih duit yg suam suam kuku ngan duit kita pong tak berasa berdosa apa lagi ada kawan tumpang kompang makin naik daun ler…beringat la bini2 sume penampilan yg sederhana tu jadikan pakaian kita hatta duduk kat umah pun pakai la lawa2 wangi dan becelak tak la muka yg dah kembang cam apam tu makin buruk jadiknye.orang lelaki ni lumrah la selagi dia tak rasa bimbang kita bole menjadi ancaman pada dia kuasa veto dia tuh mula la tak tunggu perang nak guna…mmg nama kita kat surat nikah tu bole di blankco bila2 masa cuma anak2 je ada pertalian sampai mati..tapi selagi ada peluang guna kan sebaik2nye kalau dah jadi bubur pun sekurangnye kita tak ralat dan org pun tak tuding jari kata patut pun laki cari lain…makin tua mmg ada juga rasa bimbang laki nak pucuk muda tapi tawakkal je la kalau bernuat baik takkan Allah beri balasan yg tak baik…amin..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. Che Andak says:

    Apesal, banyak citer cenggini, bila isteri mangandung jek, laki wat hal… My ex boss pun canggitu… Tiap kali bini dia mengandung, mesti ada je perempuan yg di kepit nyer…Terbaru dgr citer, tengah duk main gila ngan staff sama company tp lain branch… Bini dia tengah tunggu masa nak bersalin. Dulu anak yg ke 2 pun cam tu… si bini nya siap mai ofis dengan labu yg dah nak pecah…Ini anak ke 3 pun cenggitu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. Che Andak says:

    Tp zana, laki ko ni , muda muda lagi dah wat hal..??? sama umur ngan aku tuh….Ingat kan laki yg umur dah nak masuk 40 baru start main giler gini…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. pencuri tulang tengah hirup ais kacang says:

    oi zana, aku dah penah kena cam ko la.. somi bila ngan kita menasihat hamboiii kalah ustaz tp ustaz zul rupanya…wakakakkaak..

    aku sekarang manader dengor ckp laki dah.. aku pakai sempoi2, kasut sumer tumit runcing 4 henci sampai boss aku pun kena melanggut tengok aku..sakit kali pun aku pakai gak nk lawa punyer pasai..

    penampilan jgn ckp la.. kalu dulu aku tak penah kaler rambut sekarang rambut aku kaler biru tawww..digital perm lagi..tp semua tu aku sorok dlm tudung wei.. sebab aku bini maksum..

    aku lawa utk diri aku ngan laki aku.. kat rumah aku pakai tube ngan skirt pendek jer..huh terbeliak bijik mata laki aku.. pedulik haper aku dia nk geleng paler tengok kecunan bini dia ni..

    depa ni sembang jer lebih suruh kita jadi bini mithali..padahal depa tau dah ikat kita ngan tali pastu dok merapu meraban ngan anak dara x sedor diri…bole blah..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0

  6. Mak Ati Cun says:

    Tu ler Zana, dulu pun MA ikut jer. Rasa cam umur dah meningkat, takder ler pakai seksi meksi. Tgk gambar lama toyer jer. Suruh bini pakai tudung pakai tutup aurat tapi cari gf yg pakai mini skirt. M2 MA semedang kalau MA terjumpa pakai baju lurah maut dah pasti ditayang.

    Kita ni ada home censorship board. Baru try kat fitting room kedai anak dah warning, eeee mama, nampak cleavage tuh!

    MA berminat untuk belajar kat sini bukan macamana nak tawan lelaki pasal cuma cemana pun depa meliar gak xcept pak sum ler. MA minat nak belaja mententeramkan diri, menambah keyakinan, petua menvoguekan diri.

    Selain inai dan sireh ada petua ker untuk pejalkan badan? Mak nak exercise ada penyakit mim. Ada short cut untuk hilangkan stretch mark

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. akak leha seksi says:

    Dik,

    Laki ko nih baru nak berjinak-jinak nak menggatal nih, elok la ko mogok kejap, biar dia gelabah skit. Dia dah gelabah laa tuu itu yg dia asik duk sms ajak kuar etc, nak cover rasa bersalah la tuh…let him take that guilt trip, umur muda dah nak tinjau2 rumput muda…

    OK la tu, ko mogok pun tapi ko still jaga makan minum dia, arwah mak aku pun selalu pesan kat akak, walau gado cemana pun ngan somi, tapi bab makan minum dia kita jangan mogok, dosa nanti. Tang dia nak makan ke tak mau jeling tu lain citer. Yg penting ko dah buat keje ko…

    Tapi jgn lama sangat mogok, ko tu nak bersalin, nanti dlm labour room kang tak sempat nak cium tangan somi kang payah nak bersalin kang…apa2 pun, bila mogok ko dah tamat ko kena tarbiah la dia…titik banyak skit, ingatkan tentang dosa pahala, pastu anak2 yg still kecik etc.

    Dah bersalin nanti ko jaga diri ko betul2 dlm pantang, bertungku bertangas tuh semua buat…nanti ko pakai jeans biar terkeluaq bijik mata dia…akak nih ari2 pakai tshirt ngan spenda jer lam bilik, jgn tak tau walaupun anak dah 3 tapi body maintain slim ala model, so bila keluar tu mata dia takde la nak memandang sgt kat pompuan lain, eleh akak lagi kellesss…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. Che Andak says:

    Weeeh laaa, dah lah ko curi tulang, hirup ais kacang lak… tulang mende ko curi…? Nama pun org laki… Tak kira pe peringkat umur… weehhh, dia suh kita pakai tudung, pakai baju yang besar2, tutup aurat, nak mekap pun tak bagi..konon suka natural beauty…. Antuuuu ehhh, bila lalu anak ayam, mata terbeliak luas…Abih , aku yg depan mata ni dah tak sedap mata nak tengok ker ? Dah takde neutral beuty ker…..? Ini lah sokmo2 yg aku dengar….

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

  9. akak leha seksi says:

    Che Andak,
    Itu la namanya jantan…laki aku pun gitu jugak…pedahal, lom kawen jaman anak dara dulu kita bukan main vogue, dah dapat kat dia, nak sorok2 pulak kevogue-an kita…

    Dulu akak ikut gak, kuar umah sans make-up, pakai baju kurung, takpun long skirt, baju yg body fitting semua jadik makanan lipas…kata omputih cam dah jadik wallflower…ala2 invisible takde org pandang gitu…

    Alih2 dia nak main giler ngan pompuan lain, huh apalagi, akak pakai balik baju2 lama, tarok lipstick, tudung pun ala2 belit sari gitu, hah baru ko hengat bini ko pun kellessss…MEN!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. be laptop tiptop says:

    demam cikunya tu mirip demam malaria atau denggi?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. be laptop tiptop says:

    akak leha seksi…buat apa yg Allah suka bukan apa yg hb suka – takat sampaikan pesanan opah lamah, jgn mare ek

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. kurma ayam says:

    dik.. kang ko nak beranak, cakap kat laki ko mungkin ko susah nak teran kang banyak dosa marah kat dia sebab dia yg mulakan..
    pastu mintaklah maap bebanyak dan suruh dia dok melangok sekali dlm labour room tu..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. pencuri tulang dah pedap curi tulang says:

    sakit ati betui aaa ko ckp pasai banak.. ko tau aku siap merayu suh laki aku balik mai tengok aku ni nk banak anak dia.. hampeh sampai aku dah abih banak lobang idung dia tak nampak jugak..

    laki aku balik jugak tp dia bawak balik sundal sekali utk difucking sebab p*k* aku berdarah…kalu aku tau baik aku mintak doa allah amik nyawa aku pastu aku nk jadi antu paling ngeri tapi vogue aku nk mengaco idup dia..eiii eiii eiiii… mcm babis ko tau tak perasaan aku masatu

    oi zana, ko make sure fighting abis abisan sementara laki ko dok suam suam kuku mengatai..ko selidik abis abisan semua kelemahan dia dan gunakan..jgn kasi can dia mengatai dgn lebih hebat lagi…aaa lagi satu ko kol bini member laki ko tu bagitau laki dia pun dah sama naik bulu..

    org laki ni cerdik kalu kita jmpk member depa ngan gf siap nasihat jgn rosakan umahtangga org..pala otak depa..depa ckp mcmtu sebab depa nk cover diri depa gak la..blahhh aaaaa….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. pencuri tulang dah pedap curi tulang says:

    cik be laptop tiptop

    kite buat bukan mau kasi laki suke tp kasi depa bengkek..tp kita suke eee pasen lawe..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. akak leha seksi says:

    be laptop malatop wehhh…
    akak seksi depan laki akak jer…kat luo akak cover la mana2 yg wajib cover…tudung belit2 ala sari pun bukannnya tudung see-thru…labuh apa, at least paras dada tu tutup la…cuma akak kasi mata laki akak tu ‘kenyang’ supaya bila kat luar takde la dia mata dia lapo nak ratah lurah gelinciran yg begitu berleluasa skang nih…ada pahammm???

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. be laptop tiptop says:

    ok la kalu gitu..jgn over sgt syg kat hb tu. secukup rasa udah.

    mata melilau tu memg dh pe’el dia gitu sejak jaman bujangan lagi.. leha seksi bolen memanjg dlm umah pun tak leh nk jamin dia tk melilau do

    letak cctv kat dahi dia baru boleh monitor tang mana dia melilau

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. Che Andak says:

    Oi dik zana, mana dah ko pi ? Ke dah banak….?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. Che Andak says:

    Weeehhhh laaaa, curi tulang… Mung jangang curi tulang banyok sangat.Kang lekat kat anok tekok…payoh lah pulok …..Meh, temang aku hiruk air batu cendol….zzzrruuupppp…..Sedap nyer… cendol dia kecik2, sekali zruup…dok dang nok kunayp, telang teruh…..ha ha ha…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. Che Andak says:

    laptop tot tot… ambe rase kok leha seksi tu bukannya seksi merapu… betul gok hok dia buat tuh…kadang, laki kita ni, kite kena tunjuk jugok yang kita pun lawa aperrrr….kita pung buleh aper pakai baju hok macam dia tengok anak ayam lain pakai tuh.. tp, kite tau lagi lah nak jaga airmuka dia…. kite pakai hok mana sesuai…

    Kok leha seksi, teruskan… pakai jubah yg moden tu, macam dlm WHI 2 ari lepah….walau pun jubah, tp kemas…pilih warna hk ceria ceria sket….!!!

    Ambe pun le ning, bubuh gok mekap sket2… Hok aloh… Le ning, mekap bukannya kena letak warna biru hija atah mata, letak warna hok nipis2 je….Dok payoh paka gincu hok merah menyala tuh, paka lah lip gloss hok ada warna, tp warna dia dok terang….

    Bijok dok tips ambe…???? heh heh…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. be laptop tiptop says:

    teringat kat leha puan punya butik kat sini…tu yg terbayang tudung selampit benazir, keluar jambul belond, kurung kedah batik sutera wrap around..melentik mampat tuh..fuiyoo nasib butik dia jual baju pompuan je

    takat jubah moden tudung elastik tp bukan plastik tu…alahaiii opah lamah pun pakeiii

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. kurma ayam says:

    alah dik..
    awai-awai kawen akak dulupun camtu.. dia pi kuar ngan memebr nak layan kastemer pastu bawak student um 2 org jadi entertainer.. balik cite kat akak.
    sebab dia rasa tak buat salah.. gitu-gitu aje.. apalagi.. aku ungkit sume-sume habis aku ni kuli jaga anak dia…eerr.. anak akak jugak le… dok rumah mak dia jadi tukang masak family dia, itu dibalas kat akak!!..
    nagis sakan2x kuaq ayaqmata… terkedu dia… pastu tak buat dah tapi dia dok buat menda lain pulak..
    drama swasta lagi…

    selagi kawen tu mestilah ada peristiwa2x dia suka nak kita buat kenangan..

    doa je lepas semayang atau sebelum tido.. amalkan ayat2x kakak2x kat sini bagi..
    macam akak ni memory dah kaput, dok baca kursi dan 4 kul aje tiap hari..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. TP says:

    tanda last baca.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. limau vogue curi tulang sebentar.. says:

    weh che andak.. walaupun aku suka curi tulang tp aku pekerja yg cemerlang terbilang dan malang.. sampai sudah bosh aku takmo promote aku jadi bosh dia..

    wei dik zana hang dah ilang mana wei?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. wankembang says:

    dah begananak kot si zana ni?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. ina sedara seislam zana says:

    zana dah meletup ke zana…

    Adodoi zana…cepatnya zana kawen yer zana….zaman mokcik dulu, 26 baru nak kena pinang nya zana oii….tu tah bila laaa nak menikahnya

    Adodoiiii suami zana baru 31 dah cari penyakit zana ooiii…entah2 mmg hobi dia senjak dulu lagi zana tak tahu kot….sian dak zana ni…

    Gini la…drp citer zana, nmpk gaya mmg suami zana ni,typical adulterous malay husband kat malaya ni ….ko jadik ahli seomo idop la kat dcck ni zana, ko byk geng zana…..kalau ter poli suami zana, ada tempat nak ngadu gak…macam mokcik ni, mmg tak de tempat nk ngadu pasal somi mokcik takut balasan hellfire, tapi dia dera mokcik gak, dera yg tk jadik dosa, saper nk kesian kat mokcik ni

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. zana says:

    terima kasih la kepada smua yg menasihati xana dlm ni..tuk pgtahuan u all..zana dah intim smula ngan laki zana,tapi tuk mgandung kali k 3 zana tak nak lagi la..tkut suami buat hal lagi,tapi kiranya tuhan izinkan zana tetap akan lahirkan ..walaupun suami akan buat hal lagi..kekadang manis dan pahit dlm rumahtangga mmg mjadi asam garam selagi kita hidup.skarg zana mmg blajar banyak pkara baik dan buruk.smoga kepada sesiapa yg trjumpa coretan zana ini jadikan lah panduan dan tarbiah diri serta kluarga.salam sayang dari zana

    zana
    melaka

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.