17 OctAntara Isteri dan Kekasih SMS


Assalamualaikum wbt utk semua bloggers dan pelawat aktif DCCK.com. Tujuan saya untuk post topik macam ni bukanlah untuk mencari glamour dan publisiti murahan. Hanya sekadar berkongsi pendapat dan pandangan. Jauh sekali membuka pekung didada..Kerana apa yang ingin diceritakan tentu akan membangkitkan persoalan yang telahpun dijangka. Apapun saya perkenalkan diri saya dulu.

Panggil saja saya R. Berumur dalam awal 30-an mempunyai seorang isteri yang amat baik dan seorang anak lelaki cukup comel berusia 3 tahun. Usia perkahwinan dahpun menjangkau 4 tahun.Masalah bermula dari pertengahan tahun ini.

Sejak melanggan stesen TV berbayar yang menyediakan laman sembang dan saya juga tak terkecuali menyertai lama tersebut.Tujuan saya memasuki laman tersebut bukanlah bertujuan untuk mencari pasangan selain isteri saya.Mungkin sebab agak kebosanan kerana pukul 9 atau 10 malam dia telahpun tidur. Saya juga beritahu kawan2 sms saya yang saya telah berkahwin dan tujuan saya untuk berkawan sahaja.

Dipendekkan cerita, saya mengenali seorang wanita dari laman sembang di TV. Namakan saja dia S. Asalnya kami memang berkawan, namun hati lelaki cepat kasihan bila dia mengadu telah kematian ibunya hampir sebulan yang lalu.Juga beliau mendakwa putus tunang kerana tunangnya cuba mengambil kesempatan ke atasnya. Dari simpati mucul pula rasa cinta dan kasih padanya. Dan ternyata dia juga menyimpan perasaan pada saya. Walaupun tidak pernah bersua muka namun saya yakin dia menyintai saya dan begitu juga sebaliknya. Dia pun pernah beritahu yang dia tak menyimpan apa2 hasrat untuk merampas saya dari isteri dan merosakkan kebahagiaan kami. Saya juga tak pernah menjanjikan apa2 tentang hubungan dan masa depan kami. Baru2 ini dia mengaku telah putus cinta dengan seseorang yang telah lama menghuni hatinya sebelum saya. Saya cuba hubungi bekas kekasihnya yang sudah lama tidak berhubungan dengannya dan pertolongan ini amat berat dilakukan namun saya usahakan juga kerana saya mahu dia bahagia walaupun bukan dengan saya. Atas usaha saya, kekasihnya menghubunginya setelah hampir 4 bulan tiada khabar berita. Namun kekasih hatinya pula telah meninggalkannya dan kini dia sendiri lagi. Saya sayangkan dirinya walaupun tidak pernah menjanjikan kebahagiaan sebagai seorang isteri yang sah, dan dia juga tak berharap apa2.Namun hati mana yang tak ingin memiliki.Dan hubungan ini telahpun berlangsung hampir enam bulan lamanya. Bukan tak mahu melupa, namun bila ingin melupa menjadi lebih merindu.

Saya tahu tidak adil bagi isteri saya diperlakukan begini. Dan dia juga telah mengetahui hubungan kami yang bercinta sms.  Dia juga telah memberi amaran agar tidak meletakkan hubungan perkahwinan kami di ambang kemusnahan. Saya juga berjanji padanya yang dia tak akan ditinggalkan. Namun saya tahu ianya tak adil untuk kekasih sms, kerana walaupun dia tahu tiada kata janji bahagia bersama saya namun dia masih mengharap agar saya menyuntingnya sebagai isteri. Bukan tak ada orang lelaki bujang yang hadir dalam hidupnya, namun baginya tak ada yang sebaik saya dan katanya saya mempunyai semua ciri lelaki idamannya, tidak merokok, soft-spoken, sentiasa jaga solat. Saya bukan memuji diri sendiri, dan bukan bersikap dua alam.  Layanan saya pada isteri sama sahaja dengan layanan saya pada kekasih, cuma bezanya kami tak pernah bersua muka.Itu saja.

Sila beri pendapat anda. Biarpun perit namun harus ditelan.

Popularity: 58% [?]

Post to Twitter

Processing your request, Please wait....

549 Responses to “Antara Isteri dan Kekasih SMS”

  1. lilyana says:

    papa, sy kurang mengerti dengan kata-kata anda. adakah semakin tahun berlalu rasa cinta andaa pada isteri semakin pudar bila isteri mula berubah tidak seperti awal perkahwinan dulu anda pun mula hilang minat padanya. rasanya anda seperti terikat dengan tanggungjawab sahaja sekarang? kenapa dengan isteri anda?

    boleh tak anda ceritakan lebih lanjut tentang pekara yang buat anda mula jemu dengan isteri.

  2. PapaBaikSgt says:

    Salam semuanya..soalan yang baik, dan mengambil masa juga untuk memikirkannya..tak dinafikan isteri seorang yang baik, sebelum pergi kerja sentiasa siapkan sarapan dulu untuk suami dan anak. Balik rumah memasak walaupun penat. kadang-kadang saya tak pernah memaksa dia, selalu belikan makanan bungkus kerana menjadi isteri dan ibu yang bekerja perlukan stamina yang tinggi. Saya juga tak salahkan dia tidur lebih awal untuk persediaan hari esoknya. Kadang-kadang dia suka mendesak dalam apa-apa hal, dan serabut juga dibuatnya. Fizikalnya tetap sama macam dulu, yang pada asalnya saya boleh terima, menjadi satu kekurangan bagi dirinya. Mungkin saya tidak bersikap mensyukuri, anggap sahaja ianya dugaan syaitan yang mahu menanamkan sifat was was kedalam perkahwinan ini. trimas kerana benar ingin menyelesaikan masalah yang melanda hati…rehat solat Jumaat..

  3. MEMEY NORMAN says:

    semekum….slamat pg,2 ari i cti so tk bkak le blog n komen u all….lilyana i bkan jmu ngan perkhwinn i,tp i kcewa…soal dosa ke tak dosa tu i pham,tp utk ape i bersama n srahkan jiwa raga i pd insan yg dh i tak ada rasa berahi cam dulu lagi….lilya dh bekali2 i katakan dia tak salah dalam semua hal ini…i yg salah kerana tak pandai layan keinginan dn kehndaknya…bialah i pendam semua ini sesungguhnya i rasa tenang lagipun dia kalu tak dpat i dia akan dapat yg satu lagi lebih hebat dn memuaskan,lg pun i rasa senang bgini tggung jawab yg lain i masih buat dgn pnuh ikhlas.Lilyana,Papabaiksgt n semua yg layan blog ni…hati i tak skeras batu perasaan i bkanya spt angin lalu tapi i btul2 kecewa kini…sewaktu i mula2 thu tang hal ni,dia berjanji n mahu ubh diri n mnta i buat dia lupakan yg satu lagi so i mla atur strategi tp masalahnya semua tu memang dh i buat dri dulu lg jd i pkir ape yg i tak penah buat?itu cma alasan dia je akhirnya i memang dh give up dia pun tetp sama gk tak de pun nk lupakan yg satu lg cm dulu gk jd i rasa baik i bgini….kengkawan semua…u all tak rasa ape yg i rasa dia penah hina i jd bila i mula nk kemblikan kasih dn mbina smula hbungan ini mulalah kata2 nista itu bergema memenhi kepala otak i…jd i perlukan masa utk smua ini dan kalu dia bleh sbar tggulah tp kalu tak i berserah saja sesungguhnya semua ini akan ada hikmah disebaliknya…memang sayang itu masih ada tp kepercayaan dan cinta itu hanyalah tinggal senipis kulit bawang….papabaiksgt…usahakanlah agar rumah tanggamu sntiasa dkelilingi ngan kebahagiaan,jgan pendam masalah luahkanlah segala ape yg terpendam dihati mu itu…jdikanlah segala ape yg i luahkan ini satu pengajaran yg amat berguna jika anda masih sayangkan umah tgga n anak anda…….ingatlah bercinta atau berkahwin lain bkan mnyelesaikan masalah malahan masalah anda makin banyak n makin rumit…..

  4. lilyana says:

    papa, i rasa u dah nak berubah kan? teruskan usaha perbaiki rumah tangga u tu. biar masa ubati semuanya. lupakan s. andai s jujur ingin bersama u dia takkan sembunyikan apa2 dari u. kalau dia tak sudi jumpa u tu ada dua pekara je sama ada dia memang buruk tak cantik atau apa yang dia ceritakan pada u tu cuma mahukan simpati. ala i pernah gak dulu sebelum kawin macam ni,bf banyak je. nak cover kena la cite2 macam2. amik simpati. hahaha… kadang fikir lucu lak. tapi suami i sekarang ni baik la, dia percaya je semua cite i dulu. tapi dah kawin ni x de la cite2 amik simpati lagi. dia dah tahu wife dia ni macam mana.

  5. MEMEY NORMAN says:

    semekummmmmmmmm slamat pg,Lilyana stiap ari i tgu2 komen dri u,so ari ni tak ada ape2 kmen dari u,cma i ska dgar kebahagian u..i arapkan dan akan doakan kbahagiaan u smoga u n r hubby jadi smakin hangat stiap ari…u pasangan yg adiel krana tak penah smpan ape2 kat dlam ati….so Lilyana i hrap i akan slalu bca tang kebahagiaan u saja,sbnarnya dri dululagi i ska tngok org bahagia n snang dn tak ska tngok org sdih mahupun tak bahagia mulalah dri ni nk tlong ha….skarang i dh pun tlong seseorang yg skarang ni dh rampas laki i…tak pe lah lgi pun tu dianggap sbagi tlong gak…ya lah tolong dia n laki i hdup gmbira tanpa i….ok Lilyana…i tak nak bkak dh blog ni pas ni…kta jmpa di .lain kesah,tang papabaiksgt i rasa u dh ok…ingat tu jangan pendam perasaan luahkah sgala yg terbuku di ati…smoga u all bhagia selalu……da..da

  6. PapaBaikSgt says:

    Salam kawan-kawanku..Alhamdulillah Papa kat sini baik2 aje. S telefon pagi ni, perkara yang jarang dilakukan. baru balik dari kampung katanya, dan masih lagi berduka. Kekasihnya akan bertunang 27hb ni. Dan hubungan kami dakwanya dah diketahui oleh ayahnya. Saya tanya dia, adakah benar ingin melupakan saya. jawabnya tidak, masih sayangkan hubungan kami..terus terang saya bagitahu, dia tak ada apa2 kenangan dengan saya. tak perlu diingati apa-apa pun. Dalam sedu sedan dia menangis, dan membangkitkan dia tak seperti saya…terlalu banyak kenangan dengan saya yang takkan dilupa meskipun tidak pernah bersua..agaknya hanya saya sahaja yang tahan dengan perangainya. entahlah..

  7. lilyana says:

    hai papa, sebenarnya u ni tempat dia lepas perasaan je sebenarnya. sementara dia x jumpa lelaki lain. kalau dia perempuan baik, dia x kn nak buat macam ni. perempuan baik ni fikir tau, apa faedah dia nak mengadu duka d hati pada suami org kalau x de niat lain. dah la. baik u tukar je no telefon tu. lupakan dia. tak de faedahnya pompuan macam ni u nak pertahankan kesucian dia.

  8. fatima says:

    Salam papa,
    stop semua beda mengarut ni la before u hurt banyak, i say banyak hati orang2 yang u sayang, orang2 yang isteri u sayang,orang2 yang s sayang.Bosan? pergilah sujud pada Allah zikir cukupkan account akhirat, isteri u tidur awal? guna masa yang ada untuk beribadahla. pls.saya tidak sejauh mana papa TELUS N JUJUR pada isteri n S tapi saya bercakap dari pengalaman, bukan dari isteri pertama, tapi madu 2 yang “dijerat” dan pembohongan dramasutra yang disusun begitu indah, yang suami saya nikahi saya krana “cinta” kononnya tapi hakikatnya terbongkar selepas nikah hanya kerana “kebosanan seorang lelaki” lepas itu, bila sudah hilang seronok poligami, datang tanggjwab2 lepas tangan nafkah zahir batin kerana “dia tidak menjanjikan pa2,Allah ada untuk menjaga isteri2, cubalah dapatkan redha Allah dengan sifat sabar dan bersyukur wlu dia tidak dapat menunaikan kwajipannya”.madu saya sorg isteri n ibu yg baik dan saya bertuah kerana dia juga seorang madu yang baik,kami berhubung baik kerna Allah beri kekuatan hati masing2 untuk kami saling menerima keadaan dengan baik walaupun kedua2 derita kerana dibohongi oleh suami.iya,fitnah2 mmg selalu berterbangan seperti debu bara di tiup angin di antara kami, Allah masih melindungi hubungan saya n madu.Pastinya tidak ramai yang suka saya kerana status saya, maaflah.Masalahnya saya ingin papa lihat di sini ialah Suami! senang senang kawin 2, x senang pikul tanggjwab..lepas itu cuci tgn harap isteri2 redha? STOP IT, papa. u will only hurt the ones u love, percayala.

  9. PapaBaikSgt says:

    Salam kawan-kawanku..hari ni dah masuk 2 hari S meninggalkan bumi Malaysia…dah sambung belajar ke Mesir katanya. Memang tidak merelakan perpisahan ini, tapi untuk masa depannya juga. 4 tahun disana tentunya bukan jangka masa yang sekejap. Hati memang sedih, sebak luar biasa..apapun moga Allah beri ketenangan pada diri ini untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Simpati pada anda kerana menjadi contoh poligami dan mangsa seorang suami yang gagal berlaku adil..Sayangnya tak semua dapat berlaku adil..

  10. lilyana says:

    hahaha…. seronok sy dengar s dah tinggalkan malaysia. harap la dia bertemu jodoh disana & melupakan anda terus. anda pun amik la peluang ni untuk cuba hidup bahgia bersama keluarga & jangan buat lagi perangai yang melukakan hati-hati yang anda sayang. ingat hari tua anda jika mahu anak-anak menghormati anda.

  11. hanim77 says:

    apa yg berlaku pada papa sedikit sebanyak menyamai masalah saya skrg ni. Cuma bezanya hb masih membisu dan tak berterus-terang.

    pertama kali kaunseling d pej agama hb x bersedia nak jawab soalan2 yg d beri? apa matlamat awak dalam rumahtangga? adakah awak sayangkan isteri awak? apa hala tuju awak sbg suami, ayah dan ketua keluarga.
    saya betul2 pelik kenapa soalan2 tu hb susah nak jawab.

    bila nawaitu x betul, dalam kebaikan keihlasan seorang isteri berkorban selama ni masih d pandang remeh, inilah yang jadi. muhasabah diri sendiri apa yg papa dah lakukan sebagai title “suami” ?

    ** alangkah bagusnya kalau hb ada terbaca artikel ni……..

  12. PapaBaikSgt says:

    Salam kawan-kawanku..sememangnya ini satu rahmat yang terjadi antara kami suami isteri. Malangnya seolah sebahagiaan dari kegembiraan saya telah pun hilang. isteri juga menyedari yang saya tidak seceria dulu. tanggungjawab memberi nafkah masih lagi berjalan seperti biasa. Gurauan mesra dengan anak dan isteri tetap seperti biasa. Namun jiwa, perasaan tidak lagi seperti dulu. Mudah-mudahan perasaan ini akan berlalu dengan berlalunya masa. Trimas kawan-kawanku atas sokongan yang diberi…ada berita dari S tentu akan saya post di sini. Moga kehadiran tahun baru hijrah dan masihi membawa penuh keberkahan dalam melayari hidup kami sekeluarga…salam..

  13. Nisha says:

    pasti ke S dah pergi or itu cuma satu helah mgelak anda? mungkin dah bertemu yg lain?
    I’m just curious.
    Walau apapun.. anda ada peluang utk masih selamatkan rumahtangga anda.. berilah perhatian 100% pd kluarga.
    May S find her own happiness with a man who can devote his 100% time only on her. Sharing ni tak ringan dilakukan dlm pkahwinan.

    To Fatima,
    Takkan ada yg myalahkan anda yg tertipu dlm pkawinan. Madu yg sdisukai rata2 tdiri dr golongan yg tahu laki tu dah kawin tp masih nak teruskan hubungan..dan yg teruk, diorg pecahkan hubungan ngan suami dan is3 pertama.

    Salam Maal Hijrah smuer.

  14. Doktor Bujang says:

    Assalamu alaikum,

    saya antara peminat ruangan DCCK ini,sejak akhir2 ni tidak berkesempatan untuk mengikuti ruangan ini di akhbar,terlintas untuk mengikutinya di laman blog.
    Setelah membaca coretan saudara R,teringat saya sebuah kata2 hikmah
    :

    Orang yang bijaksana,menulis tentang ilmu.Orang cerdik menulis tentang peristiwa.Orang pandai menulis tentang ‘orang lain’ dan hanya Orang Bodoh menulis tentang dirinya sendiri.

    Sungguhpun kata2 ni hanyalah sebutir kata2 mutiara dari orang yang berfikir dan mengamat,namun masih boleh diperdebatkan kerana ia bukanla dari nas Al Quran dan Hadith.

    saudara R,
    kita lelaki dikurniakan 9 akal oleh Allah untuk menjadi khalifah dan memikirkan ilmu Allah disamping menyelesaikan masalah yang dihadapi saban hari.Janganlah disebabkan oleh satu nafsu itulah yang mengawasi 9 akal yang dianugerahkan kepada kita.Janganlah kita samakan diri kita dengan kaum Hawa yang dimana emosi dan nafsu mengawasi akal fikiran.Itulah adalah fitrah manusia yang Allah ciptakan untuk kita membimbing mereka.
    Dalam pengamatan saya setelah membaca coretan saudara ini,saya boleh huraikan 99% kesalahan dan kesilapan saudara,alangkah malunya untuk membuat kesilapan,inikan pula menceritakan keaiban diri sendiri dan lebih memalukan ialah tidak mengetahui yang itu adalah kesilapan dan keaiban,DAN lebih menghinakan jika mempertahankan keaiban itu.Allah menciptakan makhluk disekeliling kita bukanla sekadar hiasan dan memenuhi ruang di muka bumi ini,tetapi lebih untuk kita berfikir,lihatlah ayam di halaman,ayam sungguhpun mempunyai otak sebesar biji kacang kuda,masih lagi mampu untuk menguis tanah untuk mengambus najisnya,lihatla pula kucing yang mengorek tanah sebelum membuang najsnya,jika saudara R tidak berkesempatan untuk melihat fenomena alam ini kerana sibuk dengan urusan SMS,tentu saudara tidak suka mempersembahkan benda yang busuk kepada orang ramai.
    Wahai saudara R,saya menghormati saudara kerana telah berjaya menyempurnakan separuh daripada Iman saudara sedangkan saya masih lagi belum berkesempatan.Tingkatkan la takwa saudara kepada Allah supaya menjadi insan yang mulia.Saudara seoalah2 tidak bersyukur dengan nikmat Allah kurniakan kepada saudara,gunakanla masa yang tinggal ini dengan perkara yang bermanfaat.Allah masih lagi tidak kurniakan kita dugaan2 seperti saudara2 kita di Palestin dan di Iraq,janganla satu hari nanti baru nak bersedia,waktu itu dah terlewat,bersiap sediala sari sekarang dgn ilmu dan amal yang soleh.

  15. RN says:

    Salam..saya amat setuju dgn komen Doktor bujang..snda seharusnya bersyukur di atas kurniaan Allah ini..hargailah segala anugerah ini dgn rasa kesyukuran..seorg isteri d cipta utk mnjd pendamping kpd suaminya..andai ade kesilapannya, tegurlah dgn cara berhemah & penuh kshsyg…saya tertanya-tanya..mengapakah anda mnghabiskan masa terluang anda dgn melayan perasaan d laman sembang stesen tv berbayar tu..bnyk lg aktiviti2 yg lbh berfaedah yg blh d lakukan dr mmbuang mase berchatting..slalunya yg mngunjungi laman tersebut..rata2nya kaum remaja yg masih x matang & hnya utk berseronok saje..adakah anda juga msh x matang utk mengawal minda anda ataupun x puas melalui zaman remaje anda???…fikirkanlah mase dpn anda sekeluarga..dan cubelah utk mnjadi seorg ketua keluarga yg lbh bertanggungjwb & komited dlm mentadbir rumahtsngga anda..berikan tumpuan & kshsyg pd isteri & anak anda dr melayan perasaan yg belum pasti mnjd realiti..lg pula usia perkahwinan anda bru mncecah 4 tahun…msh terlalu mude & ranum…msh bnyk lg onak ranjau yg bakal anda tempuhi…jgn nnt bila sdh hilang dr pandangan mata org yg anda kasihi, barulah anda mnyesali diri…

  16. Annexus says:

    Lelaki boley kawin empat…

  17. mimi says:

    Kpd Mr R, kasih syg mmg terlalu subjektif and seronok bila terasa diri dicintai. Tp, memandangkan dri awk telah bekeluarga, seharusnya ruang itu telah tertutup dgn cinta kpd allah dan keluarga.Kenapa masa yg kosong itu tidak dipenuhi dgn mendeatkan dri kpd allah? tetapi membenarkan dri mengikut hasutan syaitan, Ingatlah manusia…syaitan memcipta 1001 cara utk merosak’n hidup anak adam. keluarga bahagia yg anda kecapi akan musnah disebabkan dri sdri. masih tidak terlewat utk anda brubah dan meminta ampun dari isteri. begitu kasihnya isteri anda sehingga masih melayni dan setia kpd anda sekalipun dia tahu perkara ini…bila teringatkan S, cepat2lah ingatkan isteri.sesungguhnya tuhan beri apa yg terbaik,tetapi hbgn anda dgn S adalah hasutan syaitan.sedarilah….bagun utk keluar dr mslh ini dgn nama ALLAH.jika anda syg dan menjaga amanah masjid yg ALLAH berikan kpd anda,peliharalah 2 insan yg sentiasa menyintai anda dan jgn cri kekurangan mrk…penuhi masa terluang dgn mdkt’n dri dgn ALLAH adalah jln terbaik…

  18. jasmine says:

    I FAHAM PERASAAN MR R.CINTA DATANG BKN DIJEMPUT TP SECARA X SEDAR.

  19. suka juga main SMS says:

    Just nak tanya, agaknya kalau isteri papa main sms dengan jantan yang tentu tentu dia bukan nak pun, tapi suka suka saja, dan selalu tersenyum sorang sorang bila baca sms, sorok hp dan sebagainya, apa papa rasa yer ?

    Agaknya papa dah tak baca dah blog nih….

  20. PapaBaikSgt says:

    Assalamualaikum kawan-kawanku….maaflah sudah lama tak update perihal diriku dan S disini.buat pengetahuan kalian, S pergi ke mesir utk seminggu sahaja, kemudian pulang kerana tak tahan homesick katanya. dan hingga ke tarikh ini, kami masih lag berhubung tapi tidak sekerap dulu..

    dalam seminggu ada la sekali dua we contact each other. mesej juga dahpon berkurangan malah hampir tiada dalam seminggu. hati sebolehnya mahu melupakan apa yang telah terjadi, malah terus terang saya katakan padanya yang dia hanya playgirl yg mainkan hati lelaki bujang, kerana setau saya bukan sekali dua ada kenalannya yg cuba merisik tapi dia menolak mentah2….kadang2 terfikir yang mungkin dia sudahpun berkahwin, tapi dia menafikan sesungguh hati…

    apapun saya benar-benar hargai komen kalian di sini. saya doakan kesejahteraan hidup saya dengan isteri pilihan hati, dan juga kebahagiaan S. walaupun jauh di sudut hati, ingin membina bahagia bersamanya, namun tak mampu untuk saya lukakan hati isteri yang banyak berkorban selama ini untuk saya, dan keluarga kecil kami..

    trimas atas segalanya kawan-kawan..andalah harta berharga yang saya ada dalam menempuhi cabaran fitnah terbesar dalam hidup saya berkelamin selama ini..

  21. Ms World says:

    Abang PapaBaikSgt, Meh lah men SMS ngan kiter pulak, kiter baru clash ngan abang World Yang Tak Berapa World. Tolong top-up limaploh hinggit banggg.

  22. freewilly says:

    stop sending n responding sms..

    klu isteri perlakukan te same way to other guy??

  23. Maryam says:

    Please stop layan sms bagai sume tu. Jgn sesaja cari nahas ok..lelaki kdg2 xpernah bersyukur..ade isteri baik…nak cari perempuan lain plak dgn alasan simpati..tpi xsimpati ke dgn isteri kau yg sgt baik itu? kenapa lelaki mudah rsa simpati pda org lain tpi bukan pda isteri sndiri?

    Stop dgn reason yg nonsense… cocentrated on your wife and ur cute son. May Allah bless both of you.. happy alwayz.

  24. black rose says:

    kalau bosan wife tido awal,masuk je dapor masak2 ke makan2 ke ada faedah perut pon kenyang.malas la cakap……

  25. izz_comet says:

    alhamdulliah kalau Mr R dah dapat berfikir secara waras.. belum pasti bila Mr R berkawin dengan S, sebahagia Mr R dengan isteri sekarang.. jangan yang dikeja tak dapat yang dikendong berciciran.. izz faham ada masa cinta rumahtangga ni suram dan gelap.. ada masa terang dan bersinar..tapi izz rasa kalau Mr R layan wife macam masa bercinta dulu, she will treat u double tripple baik lagi..sebagai wife kadang2 banyak yang kita perlu uruskan dan fikirkan. ada masa maybe sampai mengabaikan suami tapi kami hanya juga insan biasa yang punya kebaikan dan keburukan tersendiri.. teguri kami dengan baik dan pandulah kami as a wife ni ke jalan yang baik dan diberkati..

  26. iceage says:

    hahah..lawak2 baca citer papa ni tu kira dia bosan la tu dok main tenet dlm blog nie mula2 nak kongsi cita lama2 dia syok plk.

    nak tanya u papa kalau la wife u buat perkara yang sama dengan apa yang u buat bercinta dn sms dgn lelaki lain apa yg u akan buat. biarkan la kot ye.kesian kat isteri2 yang betul2 setia pada suami. nasib2…lumrah manusia tak pernah puas dgn apa yg kita ada bila dah hilang semua baru nak meraung ..time syok buat tak fikir bile nak kena tinggal dtg plk merayu2 jgn ditinggalkan isteri punya la baik terima semula suami yg curang lepas tu buat balik benda yang sama…entah la….

    papa seronok yer tulis2 kat sini…tak tenet dgn S kat blog nie plk ahaks.

  27. umihaikal says:

    papa r,

    umi tak faham kenapa masih perlu berhubungan dengan s. umi nak bagi tips sikit.

    wife papa r perlu cuba ambil supplement hpa, paramaria.

    umi pun ada masalah dengan hb. tetapi setelah mangambil kqpsul tersebut, hubungan umi ngan hb bertambah intim lebih dari mula2 kahwin. memang seronok coz rasa macam baru bercinta. ia bukan setakat hubungan batin tapi lebih kepada zahir. sentiasa sayang dan rindu kat hb walaupun hari2 jumpa.

    harap tips umi ni membantu mengekalkan hubungan papa r dan wife hingga ke akhir hayat.

  28. PapaBaikSgt says:

    Salam sume rakan DCCK. sedikit update dari pihak saya.. seperti sebelum ni saya bagitau pada anda, kami dah saling kurang ber sms dan tel. minggu ni saya kuatkan hati utk tidak menelefonnya.. namun dia pula menghubungi saya, dah dua kali dalam mingu ni sahaja.. dan tiap panggilan telefonnya akan mempengaruhi mood saya untuk keseluruhan hari tersebut. hati sebak, tiada ayat yang dapat menggambarkan perasaan hati.. mata sentiasa bergenang tiap kali dihubunginya.. terusan dia seolah-olah menafikan yang kami masing-masing dah tawar hati untuk saling berhubung.. apakah benar ada wanita yang bahagia melihat seorang suami menanggung sengsara sebegini rupa?

    tiap kali bila di telefon, soalan yang akan ditanya adalah “apakah keadaan isteri abang sekarang? tentu dia berbahagia kan?” seolah dia cemburu dengan isteri yang mendampingi saya selama ni. terus terang jawapan saya “isteri saya akan okay bila saya okay”. dan dia tahu perubahan nada saya yang sebak bila berbicara dengannya. dan dia tahu hati saya benar mencintainya, namun tak mampu memiliki.. dan dia juga tahu tiap kali kami berhubungan, mood saya akan terjejas, seolah gembira perlakukan saya sebegini.

    trimas saya ucapkan pada pandangan anda yang memberi banyak input untuk saya melalui kisah hidup ini. bagaimana ianya akan berakhir? entahlah, saya hanya berserah pada Allah moga-moga tiada perbuatan saya yang akan menggugat kebahagiaan kami suami isteri.

    Hanya Allah yang dapat membalas nasihat anda dengan ganjaran pahala kerana membantu seorang suami yang masih mencari identiti diri dalam skop tanggungjawab suami mithali insyaAllah. amin.

  29. lontong says:

    kesimpulan untuk lelaki/perempuan di luar sana…. inilah bahaya SMS…
    lebih baik mengelak dari merawat…dah terjabak jadi lagu ni lah…. perit…
    hak isteri tetap isteri… R u tak pernah jumpa pun ppuan tu…entah2 gemok…sahih berkecai harapan u… tapi kalau lawa giler…mesti lagi berbunga cinta u…naya…
    macam yg aku katakan tadi ler…mengelak..mencegah…

  30. epal says:

    pada saya s ni seorang yang ingin memiliki tetapi tak mahu berkongsi. sebab tu dia cemburu dengan isteri papa. belum lagi ada apa2 ikatan dah ada perasaan cemburu..bayangkanlah bila dah sah jadi suami isteri.. berbagai lagi rintagan dan dugaan perlu ditempuhi..Sanggupkah papa mengetepikan isteri pertama utk membahagiakan s?

    Hmm..belum tahu lagi kehidupan berumahtangga bersama s adalah lebih baik dari isteri pertama papa. kerana masa bercinta tak sama ngan alam rumahtangga..fikir2kanlah..

  31. epal says:

    untuk pedoman papa r,

    saya nak cerita pasal sorang ahli keluarga saya..seorang suami yang mempunyai isteri yang tidak bekerja telah berkahwin dengan seorang wanita yang bekerja yang sangat independent,berkelulusan tinggi dan pandai bergaya & bergaul. Kononnya senang nak dibawa kemana2 dan sangat berdikari.

    Selepas beberapa tahun berkahwin, suami tersebut jatuh sakit dan tidak dapat bekerja lagi. Bila sakit isteri muda tidak dapat menjaga suami malah ditinggalkan suami keseorangan, makan & sakit tanggung sendiri kerana isteri pertama telah diceraikan.

    Di akhir hayat si suami umpama gila talak kat bekas isteri..hampir setiap hari datang bertandang ke rumah bekas isteri.

    Moral of the story…jangan sesekali punahkan harapan seorang isteri terhadap suami hanya kerana si suami nampak ada yang lebih baik di depan mata. Cantik dari luaran sahaja belum tentu membahagiakan hingga ke akhir hayat. Hargai isteri anda seadanya. Berkomunikasilah selalu dengan isteri agar segala masalah atau kekurangan pada isteri dpt diatasi & diperbaiki.

    Perkahwinan bukan utk sehari dua tapi seelok-eloknya biarlah hingga ke akhir hayat.

  32. epal says:

    saya lagi..apa yang s ada tapi takde pada isteri papa? Kalau papa betul2 sayangkan isteri papa.. bimbinglah dia agar dia dapat melengkapi papa sebgmana yang kononnya s lakukan.

    Nak seribu daya..kalau tak nak seribu dalih..sayangilah dia cintailah dia sepenuh hati..

    saya pun mempunyai suami yang dingin ngan saya..selepas saya sedar, saya mula ‘bercinta’ semula..hangatkan suasana dengan suami..sentiasa berkirim sms cinta dan rindu kepada suami sehingga suami saya tersentak dan bertanya kenapa? Dan bermula dari situ, lepas anak2 tidur ,kami akan selalu berbual pasal apa saja dan juga pasal hati dan perasaan. Saya selalu ungkapkan perasaan syg padanya dan responnya positif. Kalau dulu terpaksa melayan keranah suami yg mcm2, skrg dia telah menjadi lebih baik, mula menghargai saya dan pandai mengambil hati.

  33. faezah says:

    papa,,sdg kn papa pn sedar s mencemburui wife papa..tlg la fham,,dia cmburu utk yg bukan hak dia?sdgkn pt nye wife papa yg cmburu..
    cuba sedar,wife papa tau ape yg terjadi antra kamu be2.tp die tetap lyn n syg papa mcm slalunya..betapa hebatnya wife papa..jgn la smpai papa da kehilangan sebutir permata kerana sebutir kaca bru, papa tersedar dri mimpi ni..yg perlu papa buat,,tukar no telefon..papa,,please igt wife yg susah sng dgn anda,igt anak2 yg mkin mmbesar..anda dah melalaikn fokus pd isteri demi sorg kekasih..trus terang,,sy sgt kagum dn kasihankn wife kamu..

  34. Intan P. says:

    Rupanya kisah yang sebegini dimana2 terjadi. Dah masuk setahun atau lebih kan hubungan PapaBaikSgt? pun masih sama jugak?

    rasanya bukan Allah zalim untuk meyiksa batin manusia. Tapi diri sendiri yang tak dapat menolak ajakan nafsu sediri yang berkehendak.

    bercakap pun untuk mengingati diri ku sendiri. Tak tahu bila akan berakhir..

  35. PapaBaikSgt says:

    Salam kawan2 DCCK yang mengikuti kisah saya sejak dari last year… buat pengetahuan semua, dah 2 minggu kami tidak berhubungan.. dan pada minggu terakhir dia menangis 2 kali.. mengatakan saya yang berhenti menelefon/sms padanya.. ada juga dia hantar kad raya ke ofis.. mengatakan dia sentiasa menyintai meski tak dapat memiliki..

    namun dia juga minta saya delete semua gambar-gambarnya yang dihantar pada saya sebelum ini. namun tak saya tunaikan.. akhirnya kami tak berhubungan hingga sekarang..

    insyaAllah hati rasanya dah cukup kuat untuk menjadi sebegini jika dibanding tahun lalu..

    benar, cabarannya sekarang adalah untuk bercinta semula dengan isteri.. tak senang tapi jika dipupuk tentunya membahagiakan diri dan isteri..

    apa-apa update antara kami insyaAllah akan dinukilkan buat yang mengikuti.. trimas atas buah fikiran anda semua..

    trimas atas segalanya..

  36. kak seri says:

    Semoga anda hapy n be happy dengan isteri dan ank2 yer.
    Baru baca thread ni i mean blog ni.

  37. Lady Soraya says:

    Mudahnya jatuh cinta. Tambah lagi tak pernah bersua muka. Saya memang tak setuju dengan lelaki esp yg dah berkahwin masih bermain2 sembang2 di TV…

    Sembang2 mcm itu semua sesuai untuk budak2 baru nak idup @ budak sekolah je.

    Hentikanlah semua tu. Berpijaklah di bumi nyata…Tumpukan dengan yg telah pasti (isteri)…Tak terfikir ke mungkin dia berbohong ke???

  38. RN says:

    Itulah yg terbaik andai anda mahu memulihkan kembali cinta anda terhadap isteri anda…itu yg sepatutnya anda dampingi..semoga anda bahgia dgn kehidupan anda bersama isteri & anak2 dan terimalah mereka sedadanye…

  39. RN says:

    *terimalah mereka seadanye*…

  40. benci hb says:

    pelik dgn lelaki ni knapa suka cari pasal..like my hb mkan2/chatting dgn budak ipta…for a fun only….dia kata..no feeling at all..tak faham..buat apa menghabiskan masa dan duit…akan dtg mungkin timbul perasan mcm papa s

  41. kucing api says:

    msg2 lelaki ada “kesukaan” masing2..

    “kesukaan” ada yg betul ada yg salah..

  42. kucing api says:

    eh pompuan pun sama juga ada “kesukaan” yg betul dan salah..

    point is? ontah.. heh.. mengantuk sgt dah ni..

  43. hezryna says:

    rasa elok becinta dgn isteri, jgn hangat2 tahi ayam sudah . Org lelaki klu dah seronok bercinta tak ingat dunia org lain punya hehehe.. asyik masyuk dengan cinta dia je… memang org laki ni pantang nampak dahi licin terus kebas…. jgn mrh org lelaki kat blok ni

  44. arrina says:

    assalamualaikum papa,mungkin sy tlalu muda utk memberikan nasihat pd papa lagipun sy xpnah kawin..tp papa tau x papa danugerahkan oleh allah s.w.t. suatu anugerah yg paling bharga dan tamat bnilai iaitu seorg isteri dan seorg ibu kpd anak2 papa..knp papa sebagai seorg insan mn mata hati papa dlm menilai isteri papa apa kurangnyer isteri papa…papa tau xbelum tentu papa kawin ngan kkasih gelap papa akan bahagia seperti mn papa bahagia ngan isteri papa..dan sy nk tegaskan dcini isteri papa adalah yg tbaik dan xpanh merugut dlm apa jua dia lakukan sama ada penat atau x…memang dlm rumah tangga byk dugaan dan halangan tp jgn samapi kite kalah dan hingga merosakan rumah tangga kite..buka la mata hati papa 2 kesian anak2 menderita dorg hanya inginkan kebahagian dlm keluarga seorg bapa,papa,abah atau ddy dan seorg ibu,umi,mama atau mummy..tp dasar manusia ne xpandai puaskan dan xtau menghargai apa yg ada..pelbagai alasan dberikan tuk menutup aib sendirikan xbahagia la sedangkan org lain ada yg merana sbb isteri curang..xpe papa hidup ne blandaskan hukum karma setiap perbuatan akan dbals…

  45. semut api says:

    assalamualaikum…tu la orang lelaki senang sangat bagi alasan ..’simpati’…semestinya hati isteri papa remuk dan hancur…sy pelik dengan orang lelaki ni..selalu cakap sayang bini, tapi pada masa yang sama pasang lain..lihatlah kebaikan isteri bukan kelemahannya kerana pasangan yang baik saling lengkap melengkapi…jangan kuman seberang laut nampak gajah depan mata tak nampak…

  46. Ladies says:

    Sy nk tnya mcm mane prasaan anda bl isteri anda curang dgn anda?ape prasaan anda bl isteri sibuk ber’sms’ dgn lelaki ln?sakit hati x?kcewa x?bile mane anda mengharapkan isteri menjaga rumah tangga, dan memelihara diri serta perasaan kasih hnya utk anda namun di belakang sibuk bermain cinta dengan lelaki lain..mcm tu la jgk prasaan isteri anda dan prasaan isteri2 yg dianiaya..ape yg anda hrpkan dr hubungan kekasih sms anda?lelaki mmg mudah jth cinta,hnya dgn bersms trus blh jth cinta..kenangi la isteri anda dan kenangan sewaktu mule2 bercinta dlu..jgn yg dikejar xdpt,yg di kendong keciciran..

  47. wa tipu lu says:

    Wahhhh ini lagi satu olang…lu punya perkahwinan balu 4 tahun sudah buat manyak hallll….nang bu ti nang tui bu ti tuiiii….heheehh wa mau tanya lu punya isteli sbb apa tidor awal…lu kasi tau sama waaa…kalau dia tido awal sbb mau pergi kerja….lu kena explain pada dia….lu masa bercinta boleh cakap dua tiga jam dlm telepon …silap silap satu hali pun boleh cakap dlm telepon…bila sudah kawin apa pasat lu tak boleh cakap itu macam…lima minit pun manyak susah kaaa mau cakap dengan dia…..lu punya isteli mungkin tak tahu yg lu nak dia tido sama dengan lu….lu kasi explain laaa sama dia ….itu pun wa mau celita kaaaaaa…….kalau dia tak boleh belubah jugak selepas lu telus telang dengan dia itu lain celita..tapi at least lu kasi tau sama dia….macam itu olang putih cakap….Lemember…..”Love is a verb is not merely a word “….lu paham tak sama ini meaning……kalau lu tak paham wa lagi tak pahammm muahahahahaa……itu maksud lebih kulang Cinta adalah satu perbuatan bukan hanya satu ungkapannnnn waaahhhhh manyak hebat laaa waaaa…..lu renung dan cuba pahami maksud yg tersilat pada itu ayat…….wa tak tau belapa lama lu punya isteli tido awal…tapi wa belani bet….masa mula2 kawin dia tak akan tido awal sbb lu selalu kacau sama diaaaa….tapi sekalang kalu dia tido awal sbb apa lu tak boleh kacau sama dia…nang bu ti nang tui bu ti tui…..lu ingat sapa yg telah belubahhhh lu kaaa atau lu punya isteli….kalau masa bercinta hali2 mau cakap hali2 mau peluk…hali2 mau lomen…tapi lepas kawin apasat itu sudah hilang….lu ingat kalu lu ckp I love u hali2 sama kaaa….lu ingat itu I love u boleh kasi dia manyak syiokkkk ka sama lu…lu kena tunjuk dgn perbuatan sekali sekala…..bagi bunga ros….buat suprise….bawak family jalan2….candle light dinner….masa hali jadi diaaaa suprise dgn kek…booking hotel bercuti dan blaaa blaa blaaa….lu sendili pikir maaaaa….

    Lagi satu lu ada kata…..”namun baginya tak ada yang sebaik saya dan katanya saya mempunyai semua ciri lelaki idamannya, tidak merokok, soft-spoken, sentiasa jaga solat” …..wahhh ni wa lespek sama lu….tapi wa mau cakap satu benda…lu jgn ingat lu jaga solat saja lu boleh kawin dua atau tiga….Islam tu syumul…sempurna dan lengkap….kalau lu solat lima waktu tapi tangungjawab lu pada diri sendiri, isteri, anak2, ibu ayah, keluarga, jiran, masyarakat dan umat Islam khususnya macam mana…..lu jangan ingat lu jaga solat aja sudah cukup….itu belum menjamin masuk syurga….wa tak kisah kalau lu nak bercinta atau nak berkawin lain tapi lu kena jalankan tangungjawab lu sebagai seolang insan yang beragama Islam dengan sepenuhnya….kalau nak kawin …kawin aje jgn nak bersms…buang duit ..buang waktu dan buang masa depan…kalau betul2 ikhlas pergi masuk meminang tapi kalau tak …tak payah buang masa permainkan hati dan perasaan insan yang bernama wanita…..wa setuju kata setengah olang kat sini….yang penting anak isteli lu….tapi kalau itu mmg jodoh lu..kawinlah dan jadilah seolang lelaki yang adil pada kedua2 isteli….sbb berpoligami tidak ada salahnya dlm islam…

    Wallahualam

  48. lu tipu wa? says:

    baguih baguih lu punya points.

  49. wa kena bebeh says:

    we don’t always get all we want in life ,
    sometimes what we want doesn’t goes as planned..
    in the end we learn to accept things as we carry on with life..

RSS feed for comments on this post.