Assalamualaikum wbt utk semua best” title=”More about blogger »”>bloggers dan pelawat aktif DCCK.com. Tujuan saya untuk post topik macam ni bukanlah untuk mencari glamour dan publisiti murahan. Hanya sekadar berkongsi pendapat dan pandangan. Jauh sekali membuka pekung didada..Kerana apa yang ingin diceritakan tentu akan membangkitkan persoalan yang telahpun dijangka. Apapun saya perkenalkan diri saya dulu.
Panggil saja saya R. Berumur dalam awal 30-an mempunyai seorang isteri yang amat baik dan seorang anak lelaki cukup comel berusia 3 tahun. Usia perkahwinan dahpun menjangkau 4 tahun.Masalah bermula dari pertengahan tahun ini.
Sejak melanggan stesen TV berbayar yang menyediakan laman sembang dan saya juga tak terkecuali menyertai lama tersebut.Tujuan saya memasuki laman tersebut bukanlah bertujuan untuk mencari pasangan selain isteri saya.Mungkin sebab agak kebosanan kerana pukul 9 atau 10 malam dia telahpun tidur. Saya juga beritahu kawan2 sms saya yang saya telah berkahwin dan tujuan saya untuk berkawan sahaja.
Dipendekkan cerita, saya mengenali seorang wanita dari laman sembang di TV. Namakan saja dia S. Asalnya kami memang berkawan, namun hati lelaki cepat kasihan bila dia mengadu telah kematian ibunya hampir sebulan yang lalu.Juga beliau mendakwa putus tunang kerana tunangnya cuba mengambil kesempatan ke atasnya. Dari simpati mucul pula rasa cinta dan kasih padanya. Dan ternyata dia juga menyimpan perasaan pada saya. Walaupun tidak pernah bersua muka namun saya yakin dia menyintai saya dan begitu juga sebaliknya. Dia pun pernah beritahu yang dia tak menyimpan apa2 hasrat untuk merampas saya dari isteri dan merosakkan kebahagiaan kami. Saya juga tak pernah menjanjikan apa2 tentang hubungan dan masa depan kami. Baru2 ini dia mengaku telah putus cinta dengan seseorang yang telah lama menghuni hatinya sebelum saya. Saya cuba hubungi bekas kekasihnya yang sudah lama tidak berhubungan dengannya dan pertolongan ini amat berat dilakukan namun saya usahakan juga kerana saya mahu dia bahagia walaupun bukan dengan saya. Atas usaha saya, kekasihnya menghubunginya setelah hampir 4 bulan tiada khabar berita. Namun kekasih hatinya pula telah meninggalkannya dan kini dia sendiri lagi. Saya sayangkan dirinya walaupun tidak pernah menjanjikan kebahagiaan sebagai seorang isteri yang sah, dan dia juga tak berharap apa2.Namun hati mana yang tak ingin memiliki.Dan hubungan ini telahpun berlangsung hampir enam bulan lamanya. Bukan tak mahu melupa, namun bila ingin melupa menjadi lebih merindu.
Saya tahu tidak adil bagi isteri saya diperlakukan begini. Dan dia juga telah mengetahui hubungan kami yang bercinta sms. Dia juga telah memberi amaran agar tidak meletakkan hubungan perkahwinan kami di ambang kemusnahan. Saya juga berjanji padanya yang dia tak akan ditinggalkan. Namun saya tahu ianya tak adil untuk kekasih sms, kerana walaupun dia tahu tiada kata janji bahagia bersama saya namun dia masih mengharap agar saya menyuntingnya sebagai isteri. Bukan tak ada orang lelaki bujang yang hadir dalam hidupnya, namun baginya tak ada yang sebaik saya dan katanya saya mempunyai semua ciri lelaki idamannya, tidak merokok, soft-spoken, sentiasa jaga solat. Saya bukan memuji diri sendiri, dan bukan bersikap dua alam. Layanan saya pada isteri sama sahaja dengan layanan saya pada kekasih, cuma bezanya kami tak pernah bersua muka.Itu saja.
Sila beri pendapat anda. Biarpun perit namun harus ditelan.
Popularity: 54% [?]

Processing your request, Please wait....
my friend used to say:
engkau punya hati..
namun ku pumya perasaan..
Like or Dislike:
0
0
Memang benar, siksanya menjadi seorang isteri yang setia dalam percintaan seumur hidup dengan suami. Biasanya bila suami tidak mahu melepaskan kerana kasih nya masih ada, dan cuma bezanya cinta dah terbahagi dua. Bila ada peluang untuk merealisasikan cintanya tentu dia akan buat sedaya mungkin, bertambah buruk keadaan jika cinta barunya juga jenis yang tidak mahu berkongsi..Setakat ini saya mahukan perhatian kedua-duanya, dan tak sanggup melepaskan wife untuk bersama kekasih. Suka-suka dan sia-sia? Tak dinafikan memang rasa bahagia dicintai dua wanita dalam satu masa, namun saya sedar realiti kehidupan tak semestinya berpihak pada kebahagiaan diri sendiri. Harus juga berkorban untuk yang terdekat, biarpun hakikatnya hati juga dimiliki yang lain. yang penting tidak memberi harapan untuk hidup bersama dengan kekasih hati..kerana dia juga bukan jenis yang mahu meiliki hak orang. Kadang-kadang berpura-pura lebih baik…biarpun diri sendiri tersiksa…pesanan untuk diri sendiri…trimas kawan-kawanku…
Like or Dislike:
0
0
jika rindu tak bisa didamaikan.. jgn bonda dipersalahkan.. antara lirik lagu kopatrasa..
Like or Dislike:
0
0
Papabaiksangat, bila baca S bercerita anak saudaranya sakit, saya teringat bini hb saya bercerita( dalam fon la ) dia masuk spital kanser katanya, then tak lama kenudian hntr plak pesanan mengatakan mati accident. sebabnya hb bersama saya, sedangkan berita tu tak benar, tujuan untuk dapatkan perhatian hb. N saya tak tahu lak plak masa tu derang masih somi isteri ke dah divorce, hb setiap hari bersama saya. Moralnya di sini, apa2 aje orang boleh cerita melalui jarak jauh ni.
Like or Dislike:
0
0
Hi Mak Ngah..I’m back..cerita saya bersepah-sepah kat sini, dlm blog ada, dlm forum pun ada.
To Wan Kempis lak – apa khabar?? Windu nyer…byk nasihat u yg I dah gunapakai…Arzu, jgn tak Arzu you..dinner tu belum confirm lagik, tapi persediaan sampai ke make up pon aku dah standby.
Korang perasan tak, Si Papa ni takde cerita kenapa isteri dia masuk tido awal sangat. Apa sebab sebenar? Itu lah dia punye root cause (sebab musabab asal). Kita kena siasat. Baru tahu sebab sebenar. Dia hanya jadikan itu sbg alasan. Alasan karut.
Kahwin jer lah Papa…baru tahu hati dan perasaan adalah segala-galanya atau tanggungjawab perlu mendahului. Kalau wife u mintak cerai, susah dia sebab takde alasan. Nanti bila u dah kahwin dgn S, baru lah ada alasan kalau2 u tak berlaku adil..habiss..end of story..
Oh la Papa, u memang cuba nak mengatasi kepopularan blog saya ye? Bagus lah, tercapai hajat sorang forumer yg wish kalau2 ada husband atau GF yg sudi nak berkongsi cerita..inilah hasilnya..
Like or Dislike:
0
0
Aku tak paham apa masalah encik Asri..buka lah blog sendiri bang…blogspot tu kan ada…jgn guna blog DCCK..mcm tak sesuai gitu..aku pun dah tak larat nak baca cite u…
Like or Dislike:
0
0
Hai aku pasrah…berharap sangat u berbahagia dgn suami tercinta..now i feel bored since En Asri ‘menjelma’..sudah2la En Asri..
Like or Dislike:
0
0
Papa.agaknya u handsome mcm Norman Hakim..now Norman Hakim dah kantoi….jgn2 u kantoi sudah…
Like or Dislike:
0
0
Salam dan slamat malam semua rakan-rakanku. Alhamdulillah, saya, wife,anak dan S sihat belaka. Pagi tadi saje usik wife, tanya dia bolehkah dia terima kalau saya ingin berkahwin seorang lagi..dan seperti biasa saya mendapat jawapan yang sudah diduga…CERAI..hmm, seharian hari ini memujuk nya dengan kata cinta, dan linangan air mata mengiringi pemergiannya ke tempat kerja..dia tidur awal kerana penat bekerja..dan saya faham tentang itu. Dah dua malam tidak bermesej dengan S, dengan alasan dia sibuk menjaga anak saudaranya yang demam dan tak mahu mengganggunya…saya juga tak mengharap isteri tidur lambat bersama-sama..biarlah dia perlukan rehat..dua malam menemani anak tengok cerita kartun..terhibur lihat anak, tak fikir banyak masalah..S pun dah keluar hospital, dan syukur anak saudaranya pun dah ok..tadi dia beritahu rindukan saya..tambahan pula tiada mesej saya dah dua malam..kasihan juga, tapi rasanya cuba nak biasakan diri…harap malam ni tak tertewas.dia ramai kawan lelaki dan saya cuma sebahagian darinya yang mungkin rasa sedikit istimewa…tiada niat menyaingi blog mana-mana blogger, cukup berkongsi kisah dan rasa hati..di samping membaca komen, tak kurang juga jenaka kawan-kawan yang lain…apapun, trimas semuanya…hal norman hakim tu, hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu perkara sebenar..semoga kita dijauhkan dari rasa prasangka…kerana sebahagian prasangka itu dosa…
Like or Dislike:
0
0
tiada niat menyaingi blog mana-mana blogger, tapi duk terimakasih kenkawan sebab mencecah 60% popularity tu apa kebendanya? akai ada ke!!!!
Like or Dislike:
0
0
Salam semua..hmm, emonya kawan kita ni..tak perlu raih populariti murahan, cuma sekadar tempat mengadu rasa hati..Alhamdulillah hubungan dengan wife dah kembali ok..cuma dia tertekan di tempat kerja, balik rumah tambah tertekan dengan perangai hubby yang usik-usik nak beristeri dua..apapun semoga tiada niat tidak elok menceraikan wife, kerana perasaan sayang masih lagi ada untuknya…dan layanannya pada saya tak pernah kurang…
Like or Dislike:
0
0
papa…for ur info..isteri suka benci klau hb asyik ulg nak beristeri dua..klau rasa diri mampu…tak apa..ini nafkah zahir pun tak mampu…batin mungkin mampu…mungkin zahir u ikan kembung cukup…but pada isteri lain ikan kembung utk mkan kucing…benci betul…asyik nak beristeri lebih….satu isteri tak boleh jaga nak beristeri lebih..maaf
Like or Dislike:
0
0
I faham hati u papa….u tak sanggup lepaskan kedua-duanya bukan. Macam hb I kata….isteri rasa sayang n tanggungjawab but kekasih rasa cinta n perasaan. Jadi bila dpt memiliki keduanya….ALANGKAH BAHAGIANYA HIDUP INI KAN!!!!
Bagi I walaumacamna pun hb I pujuk n berjanji x akan sia2kan I bila dia berkahwin 2 nanti…I tetap dgn pendirian I. Takkan berubah… Boleh percaya ke janji2 dia…sebab dia dah pun mungkir janji ngan I sebelum kehadiran kekasihnya dlm hidup kami. Inikan pula kalau dah jadi bini dia nanti. Silap2 I diceraikan jg n disia2kan nanti sebab dia lebihkan bini muda dari I yg dah lama ni.
Like or Dislike:
0
0
Cuma situasi I ngan u papa, sedikit berbeza. Semenjak I dah mengetahui hbgn hb I ngan kekasih smsnya, dia yg selalu tido awal. Tinggal la I dhn kerja rumah yg x pernah habis. I pun berkerja jgk. Tp mengenangkan ank2 perlu dijaga pakai minum….letih pun x ambil peduli dah. Bila kita dah masuk tido….hb I mungkin tgh dibuai mimpi indah…mungkin dgn kekasih sms nya kot. Jumpa x bole jd mereka jumpa dlm mimpi je la kot. Sampai I nak peluk n pegang tgn dia masa tido pun I rasa was2. Takut mengganggu dia mimpi2 yg indah. Sampai bila la I perlu bersabar…..
Like or Dislike:
0
0
PAPA
If your wife penat sbb bkerje, knaper tak suruh ada dia henti keje jd suri umah?? Then you tgklah dia layan u lebih ke or masih tidur awal …
question is, mampu ke anda?
Nisha > can almost predict what your response would be.. anyway, I will wait.
Like or Dislike:
0
0
Salam Jumaat kawan-kawanku..Pagi tadi tak sempat cakap lama dengan S, cukup bertanya khabar dirinya..katanya demam pula..hmm..antibodi rendah kot..asyik-asyik demam dan tak sihat…memang bahagia memiliki kedua-duanya..persoalan mampu atau tidak?biasalah, kerak dicipta berdua..manakan sama menjadi satu…dua-dua berpendapatan..dan dua-dua juga berbelanja…simpati dengan nasib teman saya..at least saya ada juga menolong buat kerja rumah biarpun wife tidur lebih awal…Berkongsi perasaan dan hati bukannya mudah..tak semudah mengagihkan kekayaan material pada kedua-duanya..Anda tak perlu risau, kedua-duanya enggan berkongsi orang yang sama..dan kami tidak akan pergi lebih dari itu..trimas atas perhatian yang diberi..
Like or Dislike:
0
0
salam, saya org baru kat sini. kes saya xjauh beza ngn penguin. hb ada kekasih sms. sakit nya hati hanya tuhan saja yang tahu. pastu hb lak mengaku mmg tiap2 hari dok bersms ngn kekasih hatinya.. ya allah .. rasa mcm nk luruh jantung. suami yg kita percaya selama ni, rupa2nya ada simpan pmpuan. saya seorang isteri yg bekerja . klu suami mampu, rasanya saya pun xnk buang masa keje kat opis ni. untuk meringnkan beban saya bekerja bg membantu hb. balik rumah masih kena buat keje rumah. xder org gaji. semua buat sendiri. dari memasak, membasuh, mengemas dan tidurkan anak2. saya xtidur selagi hb xtidur. segala2nya saya lakukan utk suami. tp apa yang saya dapat? bukan nk mengungkit segala pengorbanan saya. cukup sekadar suami menyangi dan menghargai. tp rupa2nya suami masih ada kekasih luar. seorang janda.. sedih nya hati. cinta sms ni mmg berhantu. pagi petang siang malam, asyik sms.. mula2 suka2 je.. tp lama2 angau!
Like or Dislike:
0
0
Mmg gitu la kalau org bercinta sizuka. Yg hairannya dari janji2 melelui sms n suara sahaja cukup buat hb kita jd angau. Dan hb kita very confident yg kekasihnya akan menjaga, mencintai n sanggup berkorban apa saja utk dia. Tp pengorbanan yg kita lakukan selama ini….di depan mata dia lg tu boleh lenyap dlm hatinya. Siapakah zalim dlm hal ini???? Buruk sgtkah kita ini berbanding dgn kekasihnya. Apa yg kita lakukan waktu ini pun dah x seindah seperti kekasihnya. Entahla…dah tak tau nk buat apa lg.
Like or Dislike:
0
0
Salam kawan-kawanku…simpati mendengar cerita anda..seperti wife saya, memang tiada cacat celanya..segala pengorbanan memang dihargai cuma perasaan suami ni cepat terusik barangkali..perasaan menyintai dan dicintai seolah memberi nafas baru dalam kehidupan kami para suami..tolong JANGAN SALAHKAN DIRI SENDIRI atas perasaan suami anda..tiada kurangnya anda di mata hb anda, cuma malangnya dia tidak tahu menghargai anda melainkan sesudah kehilangan anda…perasaan suami tetap kasihkan isteri dan anak-anak, namun peluang bercinta sekali lagi seolah tidak mahu dilepaskan..ini adalah ujian dalam kehidupan rumahtangga anda (termasuk saya juga) dan mudah-mudahan suami masih punya kasih tak berbelah bahagi pada perkahwinan yang terbina sekian lama…
Like or Dislike:
0
0
salam.. bukan salahkan diri sendiri papa, cuma mencari kekurangan diri. di mana silap nya diri ini sampai suami berubah hati. rasanya xkurang layanan yang diberi..di mana lebihnya kekasih hati suami.
Like or Dislike:
0
0
rentikanlah papa… percayalah… x susah mana pun nak lupakan kekasih papa tu nak lupakan papa… pokok pangkalnya hati… kalau ikut seronok yang sekejap mmglah xnak lupa… tp pikir natijahnya… itu lbh baik.
bukannya dah jadi suami ke tunang ke…. byk susah dari senang. yang jadi bini no dua pun kalau di tanya… nasihatnya, jgnlah kawen dgn suami org…
Like or Dislike:
0
0
knapa para suami rasa cinta yang membuak tu dicurahkan kepada isteri. Rasa cinta perlu dibaja tambahan pulak kalau perkahwinan dah lama ..mcm i.
Like or Dislike:
0
0
saya sokong 100%, papa baru ada 1 anak, saya dah 3 orang. cuba la papa bayangkan apa nasib anak2 saya jika diabaikan. ye la, sebelum kawin 2, mmg la janji nk adil. tp lepas kawin, blh ker berlaku adil seadanya. xmungkin la. saya dah lihat sendiri betapa sengsara anak2 dan isteri pertama yg diabaikan suami yg berkawin lain. kalau dah xder perasaan pada isteri, sekurang2 nya ingtlah pada anak2..
Like or Dislike:
0
0
saya totally disagree dgn papa…kalau isteri tiada kekurangan kenapa nak kena cari perempuan lain..kalau rasa sayang pada isteri, papa takkan sanggup letak perempuan lain dalam hati papa..nonsense…”wife saya, memang tiada cacat celanya” <—appreciate it before it’s too late…
Like or Dislike:
0
0
kalau saya jadi gf papa, saya sepak papa the moment papa bgtau papa ada bini… nape… sbb saya anak dari isteri pertama yang dimadukan… so I know the pain very well….
Like or Dislike:
0
0
salam teman-teman virtualku..alhamdulillah hari ini saya baik-baik saja..hmm, rasanya ada teman-teman baru di blog ini belum baca habis lagi semua komen saya..hati lelaki mampu membahagi kasih..itu realitinya…dan contoh-contoh kegagalan poligami lebih banyak menguasai drama kehidupan harian kita dari contoh-contoh suksesnya.anda menghalang poligami, sedang anda sendiri tidak pernah mengalaminya..saya tak bertujuan mahu menduakan isteri saya, namun hakikatnya hati ini telahpun dimiliki insan lain yang saya sendiri tak minta..di awal perkenalan dengan S, dia sudahpun tahu saya telahpun beristeri.dan kami sebenarnya hanya sahabat yang tak pernah bersua muka sampai sekarang….hmm..bilangan anak yang ramai seharusnya menguatkan ikatan cinta suami isteri..itu hujah kita, namun tahukah anda..diri anak-anak adalah pinjamanNya..begitu juga rasa cinta seorang suami…rasa cinta juga pinjaman dariNya….yang mampu hanya berdoa agar cinta sang suami mampu kekal untuk yang berhak tak kira apa jua rintangan melanda…
Like or Dislike:
0
0
Papa seems like dah kemaruk sgt dgn gf tu….papa takde pun try to avoid the feeling…kesian wife u…i really like to know apa contoh2 sukses dari poligami ni?…i cant see even satu pun cth2 sukses.or maybe sukses for the hubby but derita for the wife…’sahabat yang tidak pernah bersua muka’<—can u trust this kind of feeling?….u re totally nonsense..
Like or Dislike:
0
0
apa2 je la papa. Orang kalau dahangau mmg mcm tu. Semua tindakan dia je yang betul. Orang lain semua xbetul. Papa xpernah rasa apa yang isteri rasa.. Papa hanya fikir tentang perasaan papa.
Like or Dislike:
0
0
papa xpernah rasa betapa terluka dan hancurnya perassan seorang isteri bila mengetahui suami bahagikan kasih yang selama ini hanya miliknya seorang. Dan sekarang akan dikongsi dengan wanita lain. Saya bukan menidakkan hukum tuhan bahawa lelaki berhak beristeri lebih dari seorang, tapi persoalannya, mampukah lelaki itu berlaku adil pada setiap isterinya..
Like or Dislike:
0
0
u’re right sizuka..typical kind of man yg nak menduakan isteri..dia je yg betul sumer…
Like or Dislike:
0
0
Salam semua..inilah bentuk perbincangan yang menarik..macam saya katakan tadi..anda tak pernah terdedah dengan success story yang lain, dan anda senang-senang mengatakan yang teraniaya dan terluka cuma sebelah pihak..adakah kisah poligami yang bahagia diwar-warkan pada umum? Belum cuba belum tahu kan..berkata tidak sebelum mencuba tentunya tindakan yang kurang bijak…tahukah anda hati seorang lelaki familyman macam saya tentunya terluka dengan apa saja perbuatan yang memberi kesan pada hubungan ini..Adil? adakah suami anda berlaku adil dengan anda bilamana anda sahaja yang memiliki hatinya? bolehkah diuji keadilannya jika hanya anda yang memonopoli hatinya? Kehidupan berlaku adil tak dituntut dalam poligami sahaja, dalam monogami pun begitu juga. Adil bila balik kampung, adil dalam kasih sayang antara isteri dan ibu bapa kandung…adil dimana-mana…lumrah wanita tidak mahu ada persaingan dalam hati si suami, bimbang jika perbandingan dibuat dan ternyata ada yang lebih baik menjaga si suami berbanding isteri yang berkahwin bertahun-tahun lamanya…Bila si suami kaki pukul, nak pula bercerai..bila suami yang jenis baik dan tidak banyak karenah, sayang pula pada rumahtangga…kerana kasihankan wife saya diamkan sahaja perasaan ini..kerana saya faham kesannya pada rumahtangga jika saya benar menurut perasaan…
Like or Dislike:
0
0
That’s the point papa…adil dlm monogami..u rasa u cukup adil ke dgn wife u selama ni?..are u really sure that your wife rasa keadilan u tu?…that ur wife redha dgn ‘keadilan’ u….is it fair enough kalau u asyik sibuk dgn ur ‘kekasih sms’ tu sedangkan wife u mkn hati memikirkan rumahtangga yg perlu dikongsi…
Like or Dislike:
0
0
kelebihan lelaki , tak boleh kite pertikaikan, kemahuannya jangan sesekali kita halang, teruskanlah niatmu untuk curah segala cinta yang ada dalam dirimu, pada siapa saja yang kau rasa perlu,
kite para isteri , pmpuan tak perlu bercerita ttg keadilan yang belum tentu, beri lah smgt padanya untuk berlaku adil sesuai dengan yang diperintahkan, janganlah kita pertikaikan ia belum menjadi kenyataan. Pokok pangkalnya tuan empunya diri yang perlu membuat keputusan. Papabaiksangat, rasanya tak perlu anda berhujah panjang lebar, apa yang perlu skrang realitikanlah cinta papa pada S, semoga papa berbahagia, Persetankan perasaan perasaan orang sekeliling papa, apa saja yang berlaku adalah takdir, apa pun mereka semua perlu menerima takdir walau pahit atau manis, ( nada geram ) Selepas itu bolehlah papa bercerita tntg keadilam, cinta dan kasih sayang soran somi untuk famili-familinya.
Like or Dislike:
0
0
oklah… since papa kt boleh adil.. think of this situation… 1st wife bekerja siang mlm tlg pa a support family.. u met d 2nd girl.. kawen suruh dia berenti keje utk lyn u and take care of d family full time… 1st wife pun kena layan u and take care of d family + tolong u support family u yang dah bertambah… fair ke? unless u boleh kumpulkan wives u dlm satu rumah, d 2ng jadi house keeper jg rumah and anak2, u and 1st wife keje utk cari income utk family u yang dah makin besar…. think again..
Like or Dislike:
0
0
onother situation…
currently your wife x keje… u dah gatal nak kawen… u mampu ke? adil ke kalau u kurangkan perbelanjaan anak2 dan 1st wife utk cater u’r need nak beristeri baru? katalah wife baru keje. dia mesti argue hak dia sebagai isteri utk dapat mcm 1st wife dapat? boleh ke u bersikap adil dan memuaskan semua pihak?
Like or Dislike:
0
0
atau u nak both wives keje banting tulang utk penuhi hasrat u nak kawen lagi… apa fungsi u sebagai suami dan bapa dalam rumah tangga?
Like or Dislike:
0
0
budget family yang sdia ada tak boleh dikurangkan kerana ada wife/familiy baru. kalau isteri sedia ada bagi cadangan baru boleh, kalau x de cadangan, u x boleh sesuka je potong budget yang sedia ada. Itulah dinamakan mampu dari segi zahir. Sbgi peringatan jika sapa2 yang cadang nak tambah cawangan. Dari segi perasaan , itu adalah subjektif. Sang suami adalah diharamkan untuk mencerita pada isterinya apa yang dibuat.
Like or Dislike:
0
0
ups sory, menceritakan apa yang dibuat bersama sorang isteri kepada isteri2nya yang lain.
Like or Dislike:
0
0
salam kawan-kawanku…hm, ada saya sebut nak berpoligami ke? itu cuma satu kemungkinan, dan kita tak tahu masa depan kita bagaimana…mampu adalah subjektif dan ramai wanita sengaja mengungkit perihal adil dan mampu, semata-mata mahu mendiamkan hasrat seorang lelaki untuk memiliki dua cinta dalam satu masa…lelaki sering ditakutkan dengan kegagalan berlaku adil, dengan harapan agar silelaki melupakan hasratnya untuk melukakan hati isteri yang telah bersama sekian lama..poligami bukan kelebihan untuk lelaki, malah lebih kepada menjaga maruah wanita tu sendiri..betapa kita kekurangan lelaki berkualiti dalam hidup dan kesukaran wanita berkongsi hati dan perasaan menyebabkan mereka sanggup diceraikan semata-mata tidak mahu makan hati…saya tak pernah berfikir sampai nak tanggung yang kedua, memaksa isteri pertama bekerja…itu semua takkan berlaku..jika benar cinta ini ingin direalisasikan, saya tak mengadu di sini, cukuplah menaiki tangga mahkamah syariah dan bulatkan tekad…tapi saya masih ada rasa belas kasihan…sekarang bahagia, mungkinkeh lebih bahagia jika perasaan diikutkan atau cuma mengundang derita..trimas sahabatku atas komen yang dilontar..salam.
Like or Dislike:
0
0
kenkawn semua,udahle tuh..takyah le di layan org yg perasan baik sgatni.takkan ia nak dgarnya nasihat yg kekawan semua beri.jadi biorle dia ngan kekasih sms nya.moh kita pergi keblog lain. cukuple sampai disini…..
Like or Dislike:
0
0
papa dah kahwin ke? tak ajak..senyap je
Like or Dislike:
0
0
Salam kawan-kawanku..ada juga yang merindui papa kat sini ye..hehe, Alhamdulillah papa baik-baik aje..sebenarnya tiap-tiap hari (kalau internet tak down le) cek blog ni, tengok kalau-kalau ada yang bagi komen…hmm, papa belum kawin lagi setakat ni..cuma dalam proses melupakan cinta terlarang ni…namun masih berhubungan..hari tu buat pertama kali S cuba nak putuskan..sebelum tu dah bergaduh, sebab benda remeh temeh aje..hati dah tawakal, namun dipujuknya kita balik…mungkin dia kesunyian tanpa ada teman yang mahu mendengar keluhan hati..ada juga dia komplen, saya tak take care dia macam dulu..selalu juga telefon tapi sekarang dah berkurangan..terus terang saya katakan, sejak dia enggan berjumpa saya, rasanya dia mahu mainkan perasaan saya…dalam tangisan dia menafikan…saya tahu dia terseksa mencintai saya…namun dalam hati saya hanya Allah yang tahu terseksa hati ini memendam rasa..air mata lelaki selalu bergenang atas hubungan ini…entahlah hati…trimas pada yang ambil kisah…salam..
Like or Dislike:
0
0
salam suma kawan2…papabaiksgt,cemana sekarang..?..masih berhubung lagi atau sudah ada penghujungnya…
~jgn sekali2 berputus asa dgn rahmat Allah~
Like or Dislike:
0
0
salam papabaiksgt….
sudah lama sy bc dan memahami cerita papabaiksgt.papabaiksgt,sy fhm dan mgerti perasaan papabaiksgt terhadap s.memang terseksa berada dalam situasi seperti ini kan?nak diikutkan hati, takut ada y akan merana, nak dilepaskan,hati sendiri y akan merana.begitulah apa y sy rasa.bila dah jadi mcm ni,mentaliti masyarakat akan ckp suami y salah, gatal xckup dgn satu.lebih teruk lagi org akan menghina dan mencerca pada si perempuan kedua sb dikatakan bodoh merampas suami org.merampas hak org.wlaupn sbnrya hanya Allah y py hak ke atas kita.hanya DIA y boleh mguasai kita sepenuhnya.kenapa kita sbg manusia biasa harus tamak ingin memiliki dan menguasai sepenuhnya hak Allah itu?sy adalah perempuan kedua y secara tidak sengaja terjebak dalam cinta dengan suami org.tidak sengaja sebab sy baru je tau bbrapa bulan y lepas y bfren sy tu rupanya suami org. hy Allah y tau betapa kecewanya hati ini tp tetap diteruskan perhububngan ini sbb dah terlalu syg.wassalam…..
Like or Dislike:
0
0
Salam kawan-kawanku..selamat hari raya Qurban bagi yang menyambutnya..moga ibadah diterima Allah..hari ni baru masuk kerja, cuti yang lama dimanfaatkan di rumah mentua..masih lagi berhubungan dengan S namun tidak serancak dulu. Perasaan masih ada namun brcampur dengan rasa curiga dia mempunyai teman yang lain. biasalah bila hubungan jarak jauh macam ni, dan tak bersua muka, banyak perkara yang meragukan sekaligus membuat saya merasa hilang kepercayaan pada dirinya. Terlupa birthday dah satu hal, dan mengesyaki dia ada yang lain. saya pun awal-awal lagi dah bagitahu dia, inform saya jika dia dah berpunya, tapi dengan kerasnya dia menafikan. telefon dia berkali2 cuba memujuk saya, tapi saya buat tak endah..mms cinta menyusul mengatakan hanya saya yang dicinta..entahlah, mungkin dia sedang bermain perasaan hati ini…simpati dengan nasib kawan saya ni. Itulah menjadi orang kedua dalam rumahtangga seseorang akan menerima celaan masyarakat. itu yang pasti. Namun kesedaran masyarakat melayu kita terhadap Islam dan realiti hidup kita di tangan Allah seolah tidak mahu diterima. Inilah puncanya jika tiada sikap semuanya terjadi kerana qadha dan qadar Allah. Apapun di awal perkenalan saya tidak pernah menipu S, dan terus terang saya katakan telah berkahwin. Harap bf anda benar2 serius dengan anda dan tidak permainkan hati anda…InsyaAllah..salam semua, break lunch.
Like or Dislike:
0
0
Semekummmmmmmmm….ari ni bru berpeluang bkak blog ni…keh,keh,keh,keh…papabaiksgt…trskan jelah niat u tu…i tau u memng bniat nk kawen.dgr je lah nasihat kak malinja dia lbih memahami n mngetahui i pn dh rsai smua tu…i ni ibaratkan wife u…papabaiksgt….u memang baik hinggakan sanggup menjadi pendengar,pnasihat n macam2 pe lagilah utk kekasih sms u tu….sbijik cam laki i,jdi i tak mahu u kmpunan nak kawen 2 tak bleh…truskan niat u n u akan thu cam ne penangan isteri yg dilukai…walau ape pun kta org nasihat u tetap gak kata ati n prasaan skar nk diramal…papabaiksgt…kekasih sms u tu jnis yg terbaik kalu tak takaknle ramai kwan lelakinya yg menaruh smpati pdnya temasukle u sekali…prempuan yg baik ni mudah dpat smpati lelaki cam u…jd skali lg i bg tau u..truskanlah niat ati u…tpuk dada tnya slera..tang isteri u tu…i rasa pas ni u terima jelah kalu dia dh tak cam dlu lg kat u kalu dia thu u kawen…kmi bkan tamak tp kami tak mahu dk idup pura2 senyum dlam tngisan,u baru 4 thun kwen tp i rasa yg respon hal u ni dah lbih 5 thun kwen cam i ni dh 11 thun kwen bleh gak lki i kata dia dia tak bhagia ngan i tu pun after dpt anak ke 3….biasalah,bla i tnya bhagia cmne yg dia nk?ktanya i slalu tdur awal tk tmankan dia diwaktu malam dan layanan pun dh krang….ok lah i terima tp i tak nak bangkitkan nape i tdur awal….sbb i rasa dia ada alasanya kalu i bagi tahu….papabaiksgt….hdup i hanya utk suami n anak2 pas i jd isteri,i tk penh pkir tang dri i,makn pakai tanggung jwab hanya utk mereka i nk mereka rasa sempurna ngan hdup ini n i nk yg terbaik utk mereka,i korbankan semuanya hak i utk mereka baik dari soal makan,pakai,masa dn semuanya…i tak penah minta somi i tlong i buat keja umah…sbb itu semua tanggungjwb i…duit i hanya utk keperluan keluarga i tak penah berkira tang keperluan i asalkan ape yg mereka nak ada di dpn mata…hatta shelai sluar dlm n baju dlm pun i bekira utk diri i…apetah lagi barang mekaup…nasib baik le i ni dh dikurniakan wajah yg tak ubanh cam sape ye…..tak perlulah i upamakan…sbb semua artis kat malaysia ni pun tak secantik i….kwa,kwa,kwa,kwa perasannnnnnn..tp,ape yg i dpt?hnya madu yg mnis baginya dan phit bgi i…i tk penah bersosial ps kawen walupun dlu i dikira seorang yg ska gak bersosial tp msih jga maruah i ni….bgi i kluarga adalah keutamaan i.Papabaiksgt….layanan i pada mertua bagaikan i anak prempuan harapan mereka,shinggakan mereka skar nk cari ape yg sebbkan lki i kwen lain tp last2 depa sokong anak depa….hati i dh hancur dh…skar dah nk cantumkan blik…kni i cuma nk dia lpaskan i sbb dh tba masanya i pikirkan diri i,i langsung tk ada simpanan coz dulu i laburkan utuk memajukan perniagaanye,yg i ada kini hanya kerja,anak2 dan keluarga i tu je…i dh tak perlukan dia lgi,memang dia dh berusaha nk kembalikan kbhagiaan itu…tp dh i kata i memang tak bolh…dia mnyesal krana tk dpt belaku adil..ktanya dia memang tak bleh berikan ape yg dia berikan pd i utk yg stu lagi…dn berjanji akan lpaskan yg stu lagi walaupun merekan bkal timang anak…i tak mahu sebb i thu hati perempuan camne…dn i selalu ingatkan dia…bknkh dia tk bahagia ngan i…tp katanya kini dia mula sedar hanya i n ank2 saja yg bleh membhagiakan dia….brulah dia thu yg dia memang tak mampu nk berpoligami…tp….hti i dh tk BOLEH!skarang i dh tnang sbb i dh tau cinta pada mnusia inilah akibatnya hanya cinta pd yg esa shja akan berbalas…..papabaiksgt….jngan jd cam laki i,memang masa i blum thu dia sukar nk lupakan yg satu lagi…katanya soal perasaan ni susah tp bila i dh tahu dia seolah2 mnyesal dan cba nk lari dri tanggungjwab pd yg stu lagi…skarang dia tnggung dosa itu plak….i memng dh tak BOLEH…tp masih jlankan tanggung jawab lagi kerana i masih lagi seorang ISTERI,PEREMPUAN,IBU DAN ANAK………
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum PAPA. Saya dah baca keseluruhan blog ni dan komen anda.
Saya sangat memahami situasi anda. Saya tak menyalahkan anda sepenuhnya. Isteri anda juga bersalah kerana tidak pernah berfikir tentang keperluan & kemahuan anda. Tujuan perkahwinan adalah supaya kita berkongsi saat bersama. Tugas isteri adalah menenangkan hati suami,berada d sisi suami bila suami memerlukan. Bila suami memberi keizinan untuk isteri bekerja isteri perlu memikirkan kemampuannya untuk menjadi superwomen. Kesesuai kerja & masa untuk keluarga. Saya selalu berchatting dengan suami-suami yang menghadapi masalah yang sama seperti anda. Terlalu ramai suami seperti anda di luar sana. Saya sangat kesiankan nasib-nasib suami seperti anda, tapi apa pun perubahan terletak pada komunikasi dua hala antara anda berdua. Perbincangan & berterus terang adalah perlu untuk menyatakan keperluan anda yang tak dapat di penuhi isteri. Suami saya juga seorang yang pemalu, susah untuk menyatakan pendapat atau berkongsi masalah dengan saya. Tapi melalui perbincangan kami cuba mengatasi kekurangan pada dirinya ini. Malah saya juga dapat perbaiki kekurangan saya. Kalau dia tak cakap saya akan tanya apa yang mahu dia ubah pada saya dan apa perlu saya buat untuk selesakan dia. Biar lama dia berfikir, saya akan sabar menunggu balasan yang keluar dari mulut dia. Suami saya juga seperti anda yang suka berada di rumah. Suami saya juga suka berjaga lewat malam melayari internet dan menonton tv dalam masa yang sama. Kadang saya juga kepenatan bila pulang dari kerja,kena menguruskan rumah lagi dan masak makan malam tapi sebagaimana saya kesunyian bila menonton tv sendiri bila suami saya outstation, saya berusaha menemani suami supaya dia tidak akan rasa kesunyian. Walau hanya berbaring d pahanya tanpa berbual sudah cukup untuk menghilangkan rasa keseorangan. Kadang saya tertido di pahanya kerana keletihan. Seperti semalam,suami saya keluar mengadakan perbincangan bersama kawan. Dia pastikan balik sebelum jam 12.Saya menunggu kepulangan dia sambil menonton tv walau sebenarnya saya sangat mengantuk,ingat bila dia pulang dapat la ajak masuk tido. Tapi dia nak tengok cerita Sundel Bolong la plak yang bermula jam 12.30 tghmlm sehingga 2 pagi. Jadi saya mengambil keputusan menemani dia tapi dengan cara saya menghamparkan toto di hadapan tv,mengambil sebiji bantal dan selimut. Saya padamkan lampu dan pasangkan lampu kaki yang malap. Saya baring sambil memeluk dia dan saya tido. Sekurang-kurangnya saya menemani dia.
Seawal perkahwinan, saya pernah curang dengan suami seperti yang anda lakukan, bersms dengan lelaki lain. Semuanya di sebabkan kesunyian yang saya rasa akibat suami saya yang sibuk. Saya rasa sangat di hargai dan di sayangi si dia. Pekara ini berlanjutan beberapa bulan. Lelaki ini saya kenali dari sebelum berkahwin. Sampai satu hari semasa sedang tido seawal pagi sms masuk ke hp sy. Suami membaca. Perang besar kami. Saya meminta maaf pada suami, dan sejak itu semuanya berubah dalam hidup rumahtangga kami. Kami berbincang (lebih kepada bertengkar biasanya) tetapi dengan cara ini semua hal yang kusut dapat di leraikan. Saya masih menghubungi si dia sebagai kawan. Itu pun hanya 3,4 bulan sekali bertanyakan khabar. Dia masih pendengar yang baik. Cuma saya sedar yang terbaik adalah apa yang saya miliki. Kenapa nak pertaruhkan kebahagiaan rumahtangga untuk sesuatu yang belum pasti bahagia untuk saya. Zaman bercinta memang indah sentiasa, belum tentu dah sah jadi milik semuanya akan sama. Baik anda lupakan saja ‘S’ anda tu. Jangan sampai yang di kejar tak dapat, yang d kendong berciciran. Bincang dengan isteri anda kenapa anda jadi begini.
Like or Dislike:
0
0
slamat tgh ari…..btullll tu lilyana,jgn pndam masalah dan luahkan ape yg terbuku…somi i jga jnis yg pemalu kcing,pendiam cam cacing kat dlm tnh hinggakan i tak percaya yg lakukan semua ni adalh laki i……i plk jnis yg tak ska pendam prasaan ska terus terang hinggakan satu ape pun tak dk dlm ati bla dh nk marah….bla lilyana kata tiap2 mlm dia sring tmamkan lki dia cam tu lah jagak i satu ktika dulu tapi paham2 jelah klu dh semua keja kta yg langsaikan hingga utk diri sndiri pn tak sempat…mknanya time malam je lah waktu tu hnya utk kita rileks…ada jga kekadang tu i nk tmamkan dia tp dia mnolak katanya tdurlah saya tau awak pnat…ape lagi kta dh,memang ngantuk…jam 2 ke 3 pg i tngok dia masih tak tdur…katanya risau pkirkan tang keja adalah jgak i terserempak dia tngah pgang pon bila i syak katanya buat dia rimas dia tak suka i kongkong dan terlalu cemburu…jd i pun tnamkan dlam diri i laki i jga nk privasi dan i tak perlu ganggu dia,i jg tnamkan sifat percaya dia seratus peratus kerana i sedar dia terlalu sbuk manakan sempat nk bermain cinta2 sdangkan nk bermesra ngan kami anak beranak pun tak sempt…tp rupanya masanya dah terisi dgan kehadiran yg satu lagi jad dia tak perlukan belaian i, ckuplah mkn mnum dan semua keperluanya i sediakan…dn i tersenyum lebar coz laki i dh puas ati ngan smua lyanan i.bodohnya i,sbnarnya dia dh dapat yg lbih istimewa dari i le…sbb tulah i skarang dh kurangkan skit komunikasi ngan dia sbb bgi i dia dh dapat semua tu dri sana jd i dsni cma perlu sediakan ape yg patut…dia blik i msih tk ganggu klu dia penat i urtkan,kalu dia lapar i masak dan kalu dia nk bersama i tolak sbb i dh tak ada lagi perasaan nk bersama spt dulu…krana i memang tak BOLEH,tp ape yg i buat hak lain memang i ikhlas cma yg tu je i tak blh…i sedar dia sekarang dh jadi mamai ngan sikap i,tp i kata sbrlah bknkh slama ini pun u cakp layanan i tk bgus jd i memang tak bleh nk buat bgus baik u ke sana sb dia memang bagus hingga blh buat u n i jd gn.well…lilyana adakah i ni normal atau tak….bialah asal anak2 i happy dan dia dh tmui kbahagiaan yg dia cri….papabaiksgt….ska tak klu wife u jd cam i?i nk tanya sbb bgi i hanya lelaki yg paham lelaki….i masih lagi pikir tang kekurangan i lo ni….tp sampai lo ni i msih tak jumpa lalu i ltkan dri i kat corok dapur….sbb bla i dpat jalankan tanggung jawab i itu dh satu kepuasan buat i…dan kini i selalu bagi tahu kat laki i….kesian awak kawen ngan saya n tak bahagia…saya perampas kebahagiaan awak dan sayalah yg menjadikan awak begini…..tp i pelik knapa dia msih lgi tak jumpa kebahagiaan yg dia cri…i selalu berdoa ngan than berikanlah i kekuatan dan tetapkanlah imam dan pendirian i…skli lgi i nk mtak ngan papabaiksgt….tepuk dada tnya selera….kak malinja knapa lama tak email i?nisha….u kuat tp i tak sekuat u,arap2 semua kengkwan kat sni kuat2 semua…ptang ni nk pikir menu ape ya nk masak kat laki i ni?dging korban baru ni masih ada lgi ni….igt nak buat masak merah jelah….kerutub pon sodap…..
Like or Dislike:
0
0
Kesiannya dengan memey. Tapi tak sayang ke rumahtangga tu di biarkan macam tu je? Kenapa tak usaha kembalikan kasih sayang suami? Mana kenangan manis bercinta bertahun2. Saya pernah rasa kecewa & pudar kasih syg pada suami jg bila dia curang pada perempuan lain. Tapi saya tak nak korbankan masa yang dah saya habiskan umur saya bersama dia. Dan saya rasa berbaloi untuk merebut kembali kasih sayang suami sebab dia baik. Cuma dia tersasar & leka seketika. Biasa la alam bercinta memang indah. Lelaki tak pernah fikir bila dah kawin perempuan akan berubah sama je macam isteri dia nanti. So kawin la 4 pun, sama je nanti. Masalah yang bertambah bukan selesai.
Memey tak rasa berdosa besar ke tolak keinginan suami? Memey yang jauhkan lagi suami dari diri memey. Bila memey nak kuat kalau asyik layan je rasa marah.
Saya rasa suami yang main kayu 3 ni ada banyak jenis. Macam suami-suami kita ni org pemalu, bila kena penangan cinta memang angau teruk la. Susah nak cari ubat. Cuma jangan la berhenti berusaha. Berdoa dan baiki diri.
Kalau suami suruh tido awal dia nak privasi la konon, sebenarnya dia nak bercinta,so jangan bagi peluang la. Memey lepak juga dengan dia. Lagi dia tolak memey lagi memey dekatkan diri. Rebut dia, rampas dia dari perempuan tu.
Tolong la memey jangan give up dengan hubungan u.
Like or Dislike:
0
0
Salam kawan-kawanku..kebetulan beberapa hari ni Internet down kat tempat kerja, hari ni baru ok, dan tersenyum juga melihat ada post yang menanti untuk dikongsi bersama-sama. apapun terima kasih pada kawan-kawan saya…sudi berkongsi kisah hidup bersuamikan lelaki seperti saya. Rasanya saya bernasib baik berkenalan dengan S kerana dia bukannya jenis yang benar-benar ingin merampas kebahagiaan orang lain. Mungkin benar, dia cuma mahu menumpang kasih, dan dengan rela hati saya menjadi pendengarnya meskipun ajakan untuk bertemu ditolaknya. SMS juga berkurangan sekarang, kerana saya dapat tahu dia memang punya yang lain dan di masa yang sama, dia menggubah sms yang menyatakan kawan dia tu dah nak ke singapore kerana frust dengan cintanya yang ditolak. Saya mengiyakan sahaja, kadang-kadang berpura-pura percaya dengan cerita yang dijajanya..entahlah hati..Terus terang saya katakan pada isteri, jika ada niat saya untuk berkahwin lain bukanlah untuk mengahwini S. Cuma rasanya saya lebih suka hidup sendiri. bukan lari dari tanggungjawab. bukan nak hidup tanpa batasan. Saya sedar perkahwinan menundukkan nafsu, namun kebahagiaan saya kini hanya untuk memenuhi tanggungjawab sebagai suami dalam sebuah keluarga kecil. Bilangan tahun bersama TIDAK boleh dijadikan ukuran untuk terus bertahan. Semuanya pada Allah, hati manusia ditanganNya. Jika Kun kataNya, berlakulah ia…Dan apa yang berlaku tak semestinya membawa kebahagiaan, malah ada yang menderita kesakitan…Semuanya ujian dariNya…Isteri diuji, dan suami juga diuji..adakah mampu bertahan dengan badai hebat yang melanda…trimas atas pandangan semua…salam
Like or Dislike:
0
0