Di paya Kushiro, seluas hampir 270 km persegi dan di musim luruh ini, burung undan berjambul merah (red crowned crane) datang bertandan (bercuti musim sejuk dari Siberia). Ada cerita menyayat hati.
Kononnya pada zaman dahulu, seorang pemuda miskin telah terjumpa seekor burung undan yang patah sayapnya di ladangnya. Burung malang itu dibawa kerumahnya lalu jaga dan dirawat dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang itu akhirnya membuatkan burung itu menjelma menjadi seorang perempuan yang cantik. Sebagai membalas budi baik pemuda itu, lalu dia menawarkan menjadi isteri pemuda itu dgn satu syarat: kehadirannya tidak boleh di ketahui dan dilihat oleh lelaki lain.
Maka hiduplah mereka sebagai suami isteri yang sah. Aman dan damai, penuh kasih sayang. Sepeninggalan pemuda itu bekerja di ladang, dia menenun kain sutera di rumah. Hasil tenunannya di jual dan sentiasa mendapat banyak tempahan, kerana pembuatannya yang cantik dan berkualiti. Lama kelamaan hasil tenunan itu menjadi terkenal di seluruh negeri dan kehidupan mereka menjadi bertambah baik.
Akan hal ini menarik minat raja dan tepingin hendak melihat tukang tenunnya. “kalau cantik tenunannya, tentulah cantik juga orangnya”, fikir raja. Namun keinginan raja itu tidak dibenarkan oleh pemuda itu. Raja memujuk peladang itu dgn mengatakan yang dia cuma hendak melihat bagaimana kain itu di tenun, “cuma sesaat sahaja; apasalahnya?”.. Untuk tujuan itu raja akan memberikan wang yang banyak sebagai habuan.
Terpedaya dgn wang yang banyak, peladang itu akhirnya membenarkan raja mengintai dari celah dinding rumah ketika isterinya menenun kain…. akibat melangar janji tersebut, tentulah kita tahu apa yang terjadi seterusnyaaaa!….
… isterinya kecewa sgt diatasa perbuatan suaminya lalu bertukar menjadi burung undan semula dan terus terbang meninggalkan ’suaminya’ yg terkulat2 menyesal!!!!!!….
Sekian….
?
Like or Dislike:
0
0
kenapa verdana?
Like or Dislike:
0
0
Saya suka cerita En. asri…
Like or Dislike:
0
0