Aku ingin berkongsi sedikit kisah hidup aku. Aku merupakan mangsa penderaan kanak-kanak, walau pun semuanya telah berlalu sekarang tetapi kesannya masih menghantui hidup ini. Aku telah mendirikan rumah tangga tetapi kenangan silam mengheret rumahtangga aku ke arah masalah yang lebih rumit. Aku mulakan dengan sejarah penderaan yang aku alami.
Ibu bapa aku di nikahkan atas dasar pilihan keluarga. Sememangnya dari mula lagi ibu aku tidak mencintai bapa aku. Tetapi atas dasar hormat pada pilihan keluarga ibu aku teruskan juga. Apa yang ditakuti oleh ibu aku benar-benar terjadi. Selepas bernikah ibu aku di bawa jauh ke negeri di utara tanah air, jauh dari keluarga. Memandangkan situasi pada waktu itu yang masih kekurangan dari segi perhubungan awam dan telekomunikasi ibu aku ibarat dilempar jauh tanpa sesiapa yang dapat membantu atau mengambil berat. Hanya suami yang baru dikenali semasa akad di lafazkan untuk ibu bergantung harapan dan kasih. Tapi rupanya bapa aku seorang yang pembengis. Ibu aku selalu disepak terajang dan di pukul sampai ke satu tahap ibu aku mengugut untuk meninggalkan dia di sebabkan ibu aku mengandung pun dia masih memukul ibu aku. Bayi yang dalam kandungan ibu itu aku. Sepanjang ibu mengandung ibu sangat tertekan dan selalu menangis. Bila aku lahir sifat kemurungan dan sensitif ibu diwarisi oleh aku. Dia berhenti memukul ibu aku kerana takut ibu akan meninggalkan dia. Tetapi bila lahir aku lah yang menjadi mangsa. Aku selalu dengar ibu bapa aku bertengkar dari aku bayi lagi sampai aku dewasa. Perkara yang masih aku ingat sampai sekarang semasa aku berumur 4 tahun aku pernah di kurung di luar rumah di waktu tengah malam hanya kerana aku menangis. Aku merayu-rayu minta masuk tetapi ibu tidak berani membuka pintu. Akhirnya jiran sebelah yang mendengar tangisan aku membawa aku masuk kerumah mereka. Sepanjang tempoh aku membesar tak terkira banyaknya penghinaan dan kata-kata yang merendahkan kemampuan aku selain maki hamun dan sepak terajang yang menjadi makanan aku setiap hari. Aku tak tahu kenapa bapa membenci aku. Yang peliknya dia sangat sayangkan adik aku yang nombor tiga. Adik aku ni perempuan. Dari kecil lagi dia memang comel dan manja. Ibu selalu cakap aku berdengki dengan adik-adik aku. Tetapi apa boleh buat aku tak pernah merasa disayangi macam adik aku. Walau adik aku bersalah atau menimbulkan kemarahan, bapa akan mencari aku sebagai tempat untuk melepaskan kemarahan. Adik hanya akan tersenyum gembira melihat aku di belasah dengan teruk. Semuanya berterusan begini sampai aku berusaha belajar sebaik mungkin untuk ke universiti. Semasa di universiti aku mengambil keputusan untuk bertunang dengan jejaka pilihan aku sebelum tamat belajar kerana tidak mahu berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga. Kerana ini sudah menjadi tradisi nenek aku akan memilih calonnya hinggakan ada sepupu aku yang cuba kawin lari.
Sekarang aku dah pun berkahwin. Tetapi masalah kemurungan aku masih tidak berakhir. Aku menjadi seorang yang terlalu sensitif dan mudah menangis. Aku sentiasa berjaga-jaga dengan perhubungan aku. Aku menuntut lebih perhatian dari suami. Memang hubungan aku bermasalah sekarang. Aku selalu mengugut suami untuk membunuh diri. Semuanya kerana aku mahukan perhatian. Suami aku pula seorang berjaya dalam kerjaya dan selalu sibuk. Yang suami aku beri pada aku hanya kemewahan sedangkan yang aku sangat perlu adalah kasih sayang yang tak pernah aku perolehi. Berdasarkan truma semasa kanak-kanak, aku cuba menjaga diri aku dari di lukai. Aku tak boleh menerima cemuhan atau kata-kata yang yang merendahkan kemampuan aku pasti aku melenting. Suami pun kadang-kadang bosan dengan sikap aku. Aku buntu untuk aku berubah. Bagaimana untuk aku ubah sifat sensitif yang memang wujud sejak aku lahir.
Bapa aku masih juga begitu. Masih juga suka menghina aku. Tetapi bila suami aku ada bersama dia begitu baik melayan aku kerana suami aku beri duit yang bayak setiap bulan. Tetapi bila suami aku tiada bersama aku mulalah berbagai perkataan yang memperli dan menyakitkan hati aku keluar. Cuma dia tidak berani lagi memukul aku.
Aku berada dalam buntu. Aku bencikan diri aku. Tetapi aku tak dapat berubah kerana trauma ini.
Popularity: 39% [?]

Processing your request, Please wait....
Liyana,
Sedih baca kisah hidup Liyana…memang lumrah, childhood trauma, esp yang melibatkan kes dera (fizikal/mental)akan terbawa2 hingga dewasa…
Tapi syukurlah, Liyana berjaya belajar hingga ke universiti, dan sudah selamat berkahwin dgn pilihan hati sendiri..tahniah, dan ucaplah Alhamdulillah atas kurniaan nikmat dari Allah. Ingatlah, tak ramai yg mampu berjaya seperti Liyana jika melalui apa yg Liyana lalui…
My point is, sayangi diri Liyana sendiri, dan jangan terlalu fikirkan tentang past life Liyana…it is too destructive, dan ianya akan memberi impak kepada orang sekeliling Liyana. Syukuri nikmat Allah, dgn menunaikan solat wajib dan sunat, zikir, baca Quran etc etc…I hope that you will be a good mother/parent when the time comes…Insya Allah…
Like or Dislike:
1
0
setiap sesuatu tu sentiasa ada its 2 side of coin. mesti ada positip and negatip side of how u perceive the situation. if u keep on look from the negative point of view tu yg sentiasa rasa ada suicidal feeling.
u rasa x dihargai oleh ur dad. but ask urself, penghargaan sapakah yg lebih baik.. ur dad yg certainly hanya manusia biasa x dpt lari dari slh silap or drpd Allah yang Maha Esa? if u say Allah, then kenali siapa DIA, apa kemahuanNya, apa nilai2 yang DIA gariskan untuk jadi hambaNya yg terbaik.
dunia ni pinjaman sahaja. apa2 di atasnya adalah dugaan semata untuk dunia yang lebih hakiki. maka jangan terpesona dengan keindahan duniawi.. dan jangan terpedaya dengan kepahitan duniawi. semua tu adalah dugaan untuk menguji sejauh mana kita bersyukur padaNya dan mengingatiNya.
Like or Dislike:
0
0
Liyana. Ateh pun ada perasaan dengki ngan adek beradek sebab ateh ada lah assistant kepada ibu tiri sejak ibu pergi utk selama-lamanya…everything i have to do …tak berani nak jawab…”Tidak” semua okay…semua boleh buat walau hati sentisa menangis…bila membesar diasrama…lain pulak jadinya…pandai bergaul…boleh join group happy go lucky dan boleh join group’mengaji’..Alhamdulillah..Bab belajar disekolah tak berapa cemerlang..tapi dengan izinNya Allah tunjukkan kita jalan yang kita kadang-kadang tak sampai ke pemikiran kita untuk mencapainya. Ateh hanya lulusan sebuah kolej biasa..tapi berkat rajin mengaji dan bertahajjud..Syukur kepada Allah, Ateh berjaya didalam karier…dan memperolehi pendapatan yang sangat lumayan, Berbanding adik beradek yang lain…Itulah Orang kata ..Kerentuan dan Qadha adalah di tangan Allah.Biarlah mereka ingin membenci…yang penting Allah sayang kat kita….Kalau Liyana tak percaya..cuba lah praktikkan….sentiasalah Zikrullah….Tahajud..jangan lupa selalu membuat amalan-amalan sunat disamping yang wajib…jangan lupa..”Last but not least”…Sampaikan ..tiupkan di zikir anda…Yang suami anda sayang kan anda…yang ayahanda anda masih sayang …” Ingatlah ..sebelum berjumpa ayahanda..doakan supaya…”At this meeting…my dad love and care for me…kerana Allah taala..Ya Allah, Ya Allah…”Liyana…my last but not least…”Cuba bayangkan ayahanda sayang kat Lyana…”JAngan bayangkan Ayah membenci anda…”……”Jangan Lyana menjatuhi hukum sebelum Allah menghukum dahulu..(meaning “berdoa dan bertawakal dahulu..jangan imagine the bad thin first…Just write back if you succed…Insyaallah..
Like or Dislike:
0
0
Stuju w ateh on the postive thining part.. sentiasa fikirkan bhw keadaan anda bahagia, smuer org syg anda. Org kata our thots r energy ..slalu igt benda buruk, tu yg jd.cuba kita lawan dgn positif thinkin ya?
Ok dear lilyana,
Selamatkan diri anda. Kenapa masih nak dibelenggu bayangan silam? You have a husband now, cuba lakukan yg tbaik utk dia dan anak2 anda. Are you working? or housewife?
Jika suami jarang kat umah, and if u ada byk masa terluang..cuba amalkan apa2 hobi atau gi kelab cam yoga ke/fitness ke ..leh socialise and jg diri lagi.
Suami tahu ke kisah silam anda? and sis, tlg jgn nak ugut2 ttg bunuh diri..cara tu takkan dptkan simpati sapa2..n its wrong to even think abt it.
Amik masa utk kaji diri anda sendiri. Anda dah bebas. Bebas utk tentukan kehidupan sendiri. Wat’s past is gone. present is urs. Knaper nak applikasikan benda silam dlm masa skrang anda? Be urself. Cuba kikis pemikirang yg anda murung, mudah menangis smuer… bsyukur ada suami, khidupan mewah dan masa lampau anda sekadar mengguris perasan dan tidak tjadi apa pcabulan etc (nauzubillah) . Things chould have been worse, kan? Sy tahu sukar utk kita lupakan..benda tu kekal dlm sjarah hidup ..tapi paksa diri utk lihat apa yg baik dlm hidup kita dan belajar BERSYUKUR.
Nasihat tu utk sy jugak..tlg appreciate wat u hv. You hv came out of that childhood..dont continue to live in it. Only YOU can make the change. Doa, tawakal, tahajud, zikrullah.. itu sudah pasti booster harian..yg patut dikekalkan dan dipertingkatkan mgikut kemampuan.
Ini positive affirmation yg Nisha amalkan.. mayb u can use it too
I am beautiful. I am kind. I am loved and I am Blessed. Thank you, Allah for making me grow into the woman I am today. Alhamdulillah.
Like or Dislike:
1
0
salam..
sekiranya yana tidak berubah, yana bakal kehilangan semuanya dan merosakkan diri sendiri..
pertama, sikap yana yg akhirnya membuat hb bosan – adakah kerana itu last2 dia meninggalkan yana?
kedua, masih belum redha dgn Ketentuan-Nya. anda redha, dan TERIMA KETENTUANNYA insha Allah anda tenang. Baiki hubungan anda dgn Allah insha Allah anda tenang dan bykkan baca tentang sifat-Nya, Qadak Qadar-Nya.
it’s a vicious cycle.. u membinasakan diri u dan last2 menjauhkan diri org yg menyayangi diri anda..
tapi bermulalah dgn sifat BERSYUKUR dgn Allah, ada hb yg baik, ada kemudahan hidup, dan REDHA dgn ujian-Nya. Siapalah anda utk MENYALAHKAN Allah? utk berkata Allah itu tidak adil kerana menguji anda? Who are u to blame HIM?
jd bersyukur dahulu dgn apa yg anda ada, yg wanita lain TIADA, pandang org yg dibawah, jgn org yg diatas.. insha Allah you’ll be fine.. lebih bersyukur dan tidak hanya menyalahkan takdir sahaja…
Like or Dislike:
0
0
Like me b4, cuma cara penderaan itu berbeza. Kita jadi tamak dng perhatian n kasih syg. Bila sesiapa tegur or marah, kita rasa tiada org syg kita..Nasihat saya cuma SATU, BERUBAHLAH… Sayangilah diri sendiri, cari kekuatan dan kelebihan pd diri sendiri.. Tiada siapa yg boleh mengubak kita, selain diri sendiri. Carilah jln keluar ikut keselesaan dan kesesuaian diri. Berkwnlah dng org2 yg positif cthnya dng menyertai forum kat sini…Berubahlah, tiada org akn simpati pd kita selama2nya.. Berubahlah, sebelum kasih menjadi jemu..Semoga berjaya..
Like or Dislike:
0
0
weh naper masih salahkan keadaan? sudahla la wei.. jgn dok pandang belakang banyak sangat kang ko eksident kat depan lagi parah wei..kat belakang sakit da tinggai parut kat depan tu yg tatau sakit camno lagi..
cermin belakang tu penting, begitu jugak ngan side mirror tp kat depan tu lagi penting..
Like or Dislike:
0
0
Liyana,
One more thing, don’t hate yourself. Liyana tak buat salah, it is not your fault…and as painful as it is, walaupun kalau ayah Liyana masih dengan perangai lama pun, jangan balas dendam. Allah Maha Mengetahui, Maha Adil. So let HIM be the Judge. You just carry on with your life, with your loved ones…Best of luck…
Like or Dislike:
0
0
lilyana.. byk nasihat dan pandangan dh diberi.. adapt n adopt..
all in all.. it is in our mind.. semua dlm minda kita.. ada minda sedar dan di bawah sedar.. b careful with what yg tak kita sedari kita stored dlm minda kita.. retrieval proses sgt cepat terutama dlm keadaan kita traumatik n in negative emotion..
try to understand how ur brain work in connection dgn ur emotion.. then lama kelamaan u boleh control to stop or at least minimise ur negativeness..
it is not an easy notion just to take away all bad memories.. as if u can just shut off ur mind of them n teruskn khidupn.. it take a systematic effort to accept n move along ur life.. living with u apa2 memori yg tsedia ada dlm minda..
therefore.. u need to create new beginnings in ur life yg boleh mbuat diri u gembira n boleh mneruskn khidupan.. create apa2 sahaja yg boleh mcipta kgembiraan.. the more u create n hasilkn the less ur memori wil recall all those ugly memories yg u somehow or rather try to forget but yet u remember them all.. i know.. i remember them all.. n i learn to remember them but not to destroy me.. but to make a better person in future..
contoh: if i come across people yg tgh bsedih ttg sesuatu.. saya jd pdengar yg empatik.. at the very least that person boleh kurangkn sengsara yg dia hadapi.. i might not b able to solve the situation at hand in total tp at least ada satu klegaan dan otak mampu bfungsi dgn tenang..
when i got my 1sy baby.. i fokus kpd how to b good mother n so on.. i learn how to cook.. saya buat cross-stitch.. saya mjahit langsir, cadar, sarung bantal.. baju anak2.. saya terima tempahan buat cheese cake and so on..
maksudnya saya create n hasilkn satu ciptaan baru yg i can claimed it is mine.. saya mampu buat something out of nothing.. dr benang dan kain saya hasilkn ciptaan cross-stitch saya.. dan ia mengajar saya erti ksabaran n ktenangan..
not easy lilyana.. to just live with all those memories but it is possible.. it is lilyana.. believe me.. try.. even skadar mngelap abuk dlm umah.. kita akan engross ourselves n with became peace with ourselves..
find peace with urself.. n u wil b peaceful with all.. above all as nasihat n pandangan kawan2.. sentiasa ingat hubungan kita dgn Allah.. then hubungan kita sesama manusia..
Like or Dislike:
0
0
n just sharing.. if i were to b lamenting on my miseries n fall them back on those people around me especially yg mtdgkn “disasters” to me (oh! how i hate those moments!).. i m v sure saya one of the phuni di hospital bahagia.. i was almost slowly n steadily but surely on the road to that place but saya grasped myself n took hold of myself by myself..
1st by sentiasa ingat asal usul kejadian saya as umat di dunia ini.. tu yg paling crucial.. tiada daya dan upaya saya mlainkn dgn ptolongn Allah jua..
i used to “lari” dari diri saya.. cukup takut dgn puji-pujian dan kata2 manis atau apa yg saya termed kan as “niceness”.. sbb those are the things yg bg saya saya anggapkn ended me into so much troubles.. saya mmg tsedia skeptikal dgn “niceness” yg abruptly given.. because of sejarah silam saya..
that is why most of my friends yg very very closed to me selalu kata saya a good judge of characters but not judgmental on the people.. just the characters.. sbb one of the thing yg saya suka sgt buat dlm usaha menangani keadaan tak selesa saya ialah observe my environmen.. environmen ni bukan saya maksudkan as alam sekitar tetapi org, tempat, alam keliling, cuaca, dan pelbagai lg..
mengapa saya jd observer of ny environmen.. sbb org beyond my intimate circle tidak tahu apa masalah kronik yg saya hadapi n i need to b normal in my life goings on..
therefore saya tidak boleh mharapkn org lain utk mnyesuaikn diri mereka dgn saya.. saya lah yg tbaik utk mnyesuaikn “diri” saya dgn environmen saya sbb saya yg lebih faham kemelut dlm diri saya.. i don’t expect others to fullyt understd or fully accepting me.. i make that difference – to accept or to reject..
accept yg baik2 dan bantu saya mjalani kbermaknaan dlm khidupn..
reject yg somehow or rather boleh dan mampu accelerate me towards kmusnahan..
all in all.. it needed systematic effort dr dalam diri kita..
tp tidak shingga tahap mnyisihkn diri dr environmen skadar putting a safe distance or safe fore-warning agar kita sentiasa selamat dgn diri kita sendiri..
n now.. from where i m.. somehow or rather i would want people to b safe within themselves n with their environmen..
the safety measure to protect ourselves must come from within ourselves..
jika kita fobia dgn pderaan.. pasti kita develop diri kita utk sentiasa prihatin dan tenang dgn those yg didera dan juga mdera.. itu penting..
jika kita fobia dgn suara2 yg kuat mnerjah tak memasal.. pasti kita sendiri tidak mjadi org yg suka bsuara kuat dan mnerjah tak tentu hujung pangkal.. pasti kita selagi tdaya kita maintain our composure..
indeed.. saya juga mnerjah dan mninggikan suara.. tp saya belajar utk mnerjah dan meninggikan suara dlm keadaan utk mjadi lebih selamat bukan gamat..
byk lg yg boleh kita kongsi..
bottom line.. it begins within ourselves..
terima..
faham..
ambil tindakan..
move on..
faham..
terima..
amnil tindakan..
move on..
always carilah fadilat disebalik kejadian..
when God gave us lemon.. we can make the juicist n sweetest n coolest lemonade to “quench” our “thirst”..
lemon alone is unbearable..
tp dgn usaha utk mcari alat pmerah.. gula.. ais.. jug dan gelas juga org, waktu dan ketika yg sesuai.. pasti jus lemon mampu mhilangkn dahaga atau sekadar dperah utk djadikn perasa semula jadi..
Like or Dislike:
0
0
assalamualaikum….
tq untuk semua nasihat-nasihat ni. saya dah fikir ada baik allah tentukan perjalanan hidup saya macam ni. kalau saya tak terluka mungkin saya takkan jumpa suami & perlukan sokongan dia.
walau pun saya tak de ibu bapa yang sempurna. tapi allah dah balas dengan mertua yang sangat baik bagi saya. yang sangat menyayangi diri saya.
yang sentiasa akan menyokong setiap perjalanan hidup saya. ada orang lain yang lebih teruk dari saya. sekurang-kurang suami saya jujur & ikhlas mencintai saya walau apa terjadi dalam hidup saya. sentiasa memaafkan setiap silap saya.
saya akan berubah. saya akan keluar dari dendam ini. cuma saya masih tak berani nak pulang ke kampung saya tanpa suami disisi. dah serik rasanya. lebih selesa saya dirumah mertua. rasa lebih bahagia. boleh bergurau dan ketawa dangan bapa mertua yang sangat sayangkan saya(sebenarnya bapa mertua saya seorang yang garang). tetapi allah berikan kelebihan pada saya pandai mengambil hati dia.mak mertua saya pun layan saya sebagai kawan, boleh buat teman berbual & bershopping. alhamdulillah…..
Like or Dislike:
1
0
huish byk juga tu nikmat yana dapat..
ada org dgn mertua bermusuh.. cam mana tu?
ada org mak ayah, mertua pun musuh. cam mana tu?
ada org mertua,ibu bapa dgn hb, dgn anak2 pun ada jd musuh, cam mana tu?
alhamdullillah mari kita belajar bersyukur dgn apa yg kita ada, bukan yg kita tak ada..
untuk ibu bapa tu saya setuju la balik dgn hb… buat apa sengaja nak mencampakkan diri kepada kesengsaraan dgn balik sendirian.. lagipun itu terbaik juga berjalan2 dgn mahram.. lagipun bukan tak balik langsung, tiada cara langsung.. at least ayah respect juga menantu lelaki dia..
ada juga yg tak respect langsung.. sampai bermusuh-musuhan.. mcm mana tu?
semoga jd iktibar utk kita semua.. semoga Allah melapangkan dada yana.. insha Allah..
Like or Dislike:
0
0
Iyo lah kupi, setuju bonar.
Like or Dislike:
1
0