Ini kisah yang berlaku pada kakak kawan aku. Sejak aku mengenali kawan aku ni 8 tahun lalu dah banyak derita yang hanya mampu aku pandang pada kakak kawan aku ni, aku panggil je kak A.
Mereka berkawin atas dasar cinta. Berkenalan, bercinta, bertunang & berkahwin macam pasangan biasa. Semasa bercinta kawan aku masih di sekolah rendah. Kawan aku ni la peneman setia kak A pergi dating. Kawan aku ni la saksi percintaan yang agung ni. Tapi rupanya panas tak sampai ke petang. Selepas ada anak 2 suami kak A ni dah mula malas bekerja. Asyik tukar-tukar je. Sudah la tu kadang-kadang berhari-hari tak pulang ke rumah, duit belanja tak di beri. Pernah 1 hari parent kak A ni datang rumah tengok kak A rebus nasi buat bubur untuk anak-anak sebab itu je ada. Menangis la perent kak A ni. Anak yang ditatang di beri makan pakai yang cukup selama ni walau tak mewah tapi tak pernah berlapar macam ni. Parent kak A amik anak lelaki yang sulung untukdi jaga sementara. Anak yang kedua masih menyusu badan. Bertahun berlalu… keadaan masih sama. Akhirnya parent kak A membuat keputusan untuk membina rumah bagi setiap anak mereka dia atas tanah yang mereka tinggal. 8 biji rumah di buat serentak. 5 untuk anak-anak dan 3 lagi untuk di sewa. Menggunakan duit hasil pesaraan ayah kak A ni. Kak A pun berpindah. Sejak tinggal disini suami kak A berlagak baik sebab dekat dengan adik beradik kak A.
Tahun berlalu, anak dah masuk 3, kesemuanya lelaki. Lasak. Kak A dapat lagi satu berita, suaminya ada perempuan lain. Anak dara tua yang bekerjaya baik. Masa ni suami kak A dah kerja bawa lori. Macam-macam jenis lori sebab selang beberapa bulan dia mesti tukar kerja. Dia dah mula pandai x balik rumah. Satu hari suami kak A bawa balik kereta baru, katanya perempuan tu bayar duit muka kereta. Kak A hanya mampu tersenyum je, dalam hati sakit. Kak A nak keje pejabat suami dia tak bagi. Sedangkan kak A ni pernah bekerja sebelum kawin, malahan jadi orang kanan bos. Satu hari kak A tanya suami dia nak kawin lain ke dia nak pergi meminang sebab dah tak larat tengok suami dia buat dosa. Suami dia kata tak nak sebab perempuan tu tak nak kawin. Dia nak bercinta-cinta je. Kak A dah give up dengan suami dia.
Tahun berlalu dengan hubungan suami dia yang masih begitu. Kak A mengandung lagi anak yang ke 4. Suami dia tak balik-balik. Makan pakai anak-anak ayah kak A la yang usaha carikan. Memang susah sebab ayah kak A dah 60 tahun buat keje kampung lagi tanam sayur. Kak A bersalin anak perempuan, yang amat di tunggu sebab sebelum ni 3 anak lelaki. Suami dia dapat tahu merayu-rayu jumpa ayah kak A ni minta bagi dia balik rumah. Janji macam-macam. Baik la kejap.
Yang terkini suami dia dah tak balik rumah lagi berbulan-bulan. Kak A terpaksa keluar cari keje. Sampai bila nak bergantung pada ayah. Walau penat naik bas turun bas naik teksi. Kak A tak nak menagih lagi kasih suami. Kak A minta di lepaskan. Tapi suami dia tetap tak nak ceraikan dia. Baru-baru ni mak mertua kak A cakap suami dia nak kawin dengan anak dara tua tu kat thailand sebab tak berani nak minta kebenaran kak A. Raya dia datang amik anak-anak balik rumah mertua kak A. Macam-macam pekara yang dia burukkan kak A pada anak-anak. Tapi anak-anak mana nak percaya sebab diaorang besar dengan mak mereka tahu la sapa yang jahat. Anak-anak balik mengadu. Kak A nak dah cari-cari cara nak minta faskh je.
Popularity: 12% [?]

Processing your request, Please wait....

lambat noo buat decision nak fasakh… tapi better late than never… lagi satu, suruh kak A kira jumlah tanggungan yang jantan x guna tu x bagi.. kumpul semua detail, belanja rumah, bil api n air, mkn, pakai, segala yang patut. cari lawyer untuk tuntut hak penjagaan. jgn harapkan lagi jantan camtu… tu jek ubat dia. bio padan dia kena bogel kat dpn mahkamah n kuarga dia sekali… biar dia org tau anak jantan dia org tu x guna sesen pun.
lotihnyer baca citer camni…. dah tau somi centu hat pi tunggu sampai anak 4 apakeheinya??
takpe la…nak buat camne, setengah manusia tu daya tahannya tinggi…selagi mampu, sabo sabo…bila dah tak tahan sangat baru la nak angkat kaki…bior le…biar lambat asal selamat…tapi kena betul2 la, no turning back, ibaratnya kasi kunci itu hati, and buang dia punya keys…campak ke laut pun takpe, janji jangan kasi bukak sama itu jj aka jantan jongos…
sigh kecil2 dah pandai bercinta tu la lain kali pergi sekolah belajar dulu la, walaupun dah kahwin jangan senang2 nak resign walaupun ramai lelaki mithali kat sini will disagree. whatever you do stand on ur own two feet
macam penah ku baca ini crita…tapi dimaaaaaana ya??
kot dh teringat nnti wan.. bg tau lah..
Kesian saya baca citer ni.
Hampeh punya jantan…sokong kata2 aidanie.
ari ni i bru je dapt bkak ruangan dcck…eee…skit ati nape le si kak tu bleh betahan sampai dpt anak 4,gni jelah pada pendpt i le kang u ikt je cdangan si Aidanie abih crita tu pun kalu si akak tu memang dah confirm taknk anak yg ke 5 le……i ni klu nsihat org bleh than gak tp yg masalah sndiri sampai ke lo ni dk tgatung….plik gak kan hal org pandai le i,hal sndiri kantoi….tu la kta orang kata tak kan tahu kalu kita tak rasai hanya than je yg tahu ape yg tersirat dan tersurat kat lubuk ati ni…..
bohsan dah cite ni semua
MMG KALAU KITA SBG OUTSIDER , SENANG AJE CAKAP, SAMA JUGA STUPID THING YG KITA BUAT, HANYA ALLAH SAHAJA MENGETAHUI HIKMAH DI SEBALIK SETIAP KEJADIAN
bosan tak bosan la baca cerita mcm ni, from time to time mmg ada byk wanita yg membiarkan dirinya ditindas, ditipu, dikelentong….
Mmg sifat wanita itu lembut, memaafkan, mudah dipujuk, redha tak bertempat…..
Jauh lagi perjalanan kita, pastikan kita tidak membiarkan diri kita diperbodohkan, begitu juga anak cucu kita
read and noted..
Ada perbezaan yang amat besar antara diperbodohkan( berlagak bodoh) dan benar-benar bodoh…..
Bagi saya, diperbodohkan adalah acceptable jika ianya the only way out, asalkan kita jangan jadi bodoh…
aku cian dgn cite ni,tapi apa yg aku alami leagi perit/tsiksa.tuhan aje yg tahu…..ada tak hamba allah yg sudi tolong aku…
hai yuri….psal tak luahkan je cite u,i luahkan kat sni skrang dh ok,walau kekadang tu komen u all kekadang tak seperti yg i harapkan,pling kurang tak le rasa tertekan sngat….yuri kes u cm ne…bg tau le mana tahu i bleh wat rujukan ,i ingat kes i je yg truk…sakittttt ati ni pun tak ilang2,kalu u rasa nk kongsi lebih lanjut u email je kat i…emy_zera@yahoo.com klu tak bleh tlong bleh kongsi crita pn dh kira ok…bgi i hanya kita dan tuhan je yg tahu bagaimana rasa bila semua ni kena kat kita.walau pun kekadang kes kita semua hmpir sama cma penerimaan kita je yg berbeza…..
Yuri,takde siapa sakit lebih dr yg lain. Stiap yg lalui sesuatu dugaan, pasti akan rasa sakitnya. jgnlah kita andaikan yg masalah org lagi mudah berbanding kita.. bak kata org..bahu yg memikul je tahu perit jerihnya .. sbb tanggung sendiri. Biar org yg tanggung tu sendiri rasa masalah mrk kurang berat bbanding org agar diorg tahu syukuri pemberian Allah..kan kita kene lihat org yg jauh teruk dr kita dan bukan yg diatas.
So now..apa masalah Yuri? Silakan share..but keep in mind..tak smuer kat sini pandai empati .. jd tak smuer kata dpt beri sokongan. As I said..yg tanggung je tahu btapa peritnya dugaan kita. Yg melihat..leh komen aje..kdg baik, kdg buruk. Cant please everyone.
Smoga kita sentiasa dlm golongan hamba Allah yg brada dlm landasan iman. Insya Allah.
kadang2 citer nyer sama… oang yang alami beza2…tu sebab kadar kesakitan beza2 gak. pompuan kan macam2 jenis…ada yang tough, lemah lembap, garang cam singa…etc2 la… so lain oang lain le rasa sakitnyer…
kalau aku lah kan….ermmm…. lemah lembut cam badak sumbu kot…. he he he