19 AprCinta Alam Siber


Asalamualaikum wbt.

Saya orang baru kat sini.Selama ni memang mencari-cari tempat nak share cerita.Alih-alih jumpa dcckmona.com ni.Terus join.

Saya nak ceritalah pasal kisah cinta saya.Nak minta pendapat kawan2 sume la mengenai kisah saya ni.Adakah anda semua setuju dengan tindakan saya ni.

Saya ni muda lagi kot.Awal 20-an.Masih belajar lagi tapi di luar negara.Saya ni seorang yang pendiam,pemalu dan agak konservatif sikit.Jadi saya tak ramai kawan lelaki dan tak pernah couple even dulu adalah sikit yang usha2.Tapi saya pun pernah jatuh cinta gak.Dan cinta pertama saya ialah ketika saya berumur 18 tahun.Saya berkenalan dengan Emran(akhir 20-an) melalui YM secara biasa.Maksud ‘biasa’ tu ialah,takde niat terselindung.Kan ada some people chatting sebab nak cari sex partner la bla bla bla kan.Tapi dia tak.Dia pernah kata,dia rasa saya macam wrestler WWF masa mula2 chat dengan saya dulu sebab cara saya menulis macam ganas gilew.Saya admitlah dalam dunia maya saya macam ala2 lelaki sikit sebab saya taknak orang yang chatting dengan saya tu menggatal.Tapi hakikatnya saya bukanlah macam tu.

Nak dijadikan cerita,kami pun berkawanlah.Entahlah,awal2 kenal lagi saya dah rasa macam ada something yang lain dalam hati saya.Tapi saya buat dunno jer.Dan kami pun terus2 berkawan sehingga hampir 5 bulan.Waktu tu saya dah mula rasa saya jatuh cinta kat dia.Entahlah,saya pun tak tahulah nak cakap macam mana.Tapi yang pasti,saya sangat sayangkan dia.Tapi akal saya kata tidak.Saya tahu perasaan ni salah.Saya fikir juga masa depan.

Kalau ditakdirkan suatu hari nanti saya kawen dengan orang laen dalam keadaan hati saya pada Emran camne?Kan dah curang tu,even perasaan tu cuma saya simpan dalam hati.Kalau boleh saya taknak pun ingat pada mana2 lelaki selain daripada suami saya nanti even tanpa perasaan.Kalau teringatkan kenangan2 manis yang lama lagilah berdosa kan.Sebab tu dalam Islam takde istilah couple,kawen je ada.Nak mengelakkan maksiat2 dalam hati.Erm..Jadi,saya tahu saya kena stop.Saya tinggalkan dia.Kelakar kan.Kami bukannya declare jadi kekasih pun but saya rasa macam saya minta break dengan dia pulak masa tu.

Buat pengetahuan sume,Emran ni pelik sikit.Yelah,gaya dia macam seolah-olah dia pun sukakan saya tapi entahlah dia tak pernah pun sebut.Cuma pernahlah sekali dia cakap “aku sayang engkau” itupun bila saya try korek dalam2 lagi,dia tak ngaku.Kadang2 saya fikir,kenapalah aku boleh jatuh cinta kat orang pelik macam ni.Kalau suka,ngaku jelah.Kalau tak suka,jangan cakap bukan2.Saya pernah gak sound dia supaya jangan cakap ayat2 yang seolah-olah memberi harapan pada saya tapi dia buat dunno jer.Itu sume membuatkan saya terfikir yang dia sengaja mempermainkan saya dan menguatkan lagi keinginan saya untuk meninggalkan dia.

3 bulan saya tak berbual dengan dia.Rindu sangat.Oh lupa pulak.Saya dan dia kan jauh,jadi kami tak pernah berjumpa.Kami cuma berchatting di YM jer tapi saya memang tahu rupa dia camne.Okay,cerita balik.Lepas 3 bulan tu,saya emel dia.Ucap hepi besday kat dia.Saja2 sebagai ingatan seorang kawan lama.Masa ni sebenarnya saya menggatal juga.Saja nak amek risiko.Dah tau dosa berhubungan tanpa sebab,nak buat lagi.

Pastu dia reply.Dia minta kami sambung persahabatan semula.Saya terima.Entahlah,mungkin saya terlalu rindukan dia time tu.Jadi kami pun sambunglah balik.Dia masih macam dulu,suka mengayat dan memberi harapan pada saya.Tapi bila tanya,tak ngaku.Bila soh benti,taknak pulak.Siap kata kat saya, “apa salahnya.” buat saya fed-up sungguh.Tapi satu perangai dia yang saya suka,cara dia cakap macam relax giler.Kalau saya tengah marah,mesti dia cool kan saya.Lagi satu,saya ni macam budak2 sikit,dia pulak matang ler jugak.Jadi macam complementary lah kan.Dah beza kami pun dalam 10 tahun.Hahaha.

dan Hampir 8 bulan kami berhubungan,saya tersedar semula.Saya ni bukanlah daripada kalangan keluarga baik2 sangat tapi saya tahu jugak nak bezakan mana salah mana betul.Saya tahu saya tak boleh dah teruskannya.Saya selalu rasa berdosa pada Allah dan bakal suami saya yang saya tak tahu siapa pun(haha!).Lalu,saya buat solat istikharah.Banyak kali gak.Petunjuk yang saya dapat sumenya menidakkan dia.Dan petunjuk terakhir inilah yang paling nyata sekali – saya dapat tahu dia rapat dengan perempuan lain.

Memanglah saya takde hak nak bagi dia berkawan dengan sesiapa pun tapi dah obvious lah kan.Dia boleh cakap macam2 seolah-olah dia sayang saya tapi dalam masa yang sama dia cakap macam tu gak kat perempuan lain.Saya marah gilew tapi saya tetap tanya dia slow2 pasal perempuan tu.Masalah dengan kaum pompuan ni ialah merajuk tapi taknak bagitau reason.Tapi nak dipujuk gak.Jadi itu menyebabkan lelaki2 ni menyampah dan tak rasa diri dia bersalah.Jadi saya pun bagitaulah reason kenapa saya gilew2 bengang dengan dia.Dia ngaku dan of courselah macam2 alasan dia bagi.Dia yakinkan saya bahawa dia langsung tak suka perempuan tu.Saya pelik gilew.Awatlah dia beria sangat nak saya percayakan dia sedangkan saya dengan dia bukan ada pape pun.Erm..entahlah..

Dan satu hari saya dapat tahu dia tinggalkan perempuan tu sebab minah tu confessed yang dia suka kat Emran.Dia pulak tak suka langsung kat minah tu.Saya tanya kat Emran,kenapa dia tak tinggalkan saya bila dia dapat tahu saya pun sukakan dia dulu?Dia jawab entahlah.Memang kasi aku confius betul mamat sorang ni!haish..

Tapi saya percaya gaklah yang Emran dah tinggalkan minah tu sebab minah tu tulis dalam best” title=”More about blog »”>blog dia mengenai frustratednya beliaow.Tapi sume tu tak membuatkan pendirian saya berganjak.Saya tetap tinggalkan Emran.

*******************************************

Sekarang saya masih rindukan dia even saya sendiri yang memilih jalan ni.Namun saya tahu pasti ada yang lebih baik untuk saya di masa hadapan.Allah pasti akan membalas pengorbanan yang hamba-Nya lakukan demi mendapat cinta-Nya.Tapi tulah kan,kadang2 hati saya meronta-ronta juga nak contact Emran.Cuma iman yang senipis kulit bawang ni jelah yang masih mampu menghalang saya daripada terus berhubung dengan dia.

Popularity: 6% [?]

Processing your request, Please wait....

15 Responses to “Cinta Alam Siber”

  1. akak joy says:

    Adik… nampaknya adik ni masih terlalu muda nak masuk dalam alam percintaan. Lebih2 lagi adik ni tengah belajar dan tak ada kawan lelaki yang boleh di anggap special. Dari cerita tu nampaknya perbezaan umo adik n dia jauh tu… dah matang.

    Apa yang akak joy boleh katakan disini … ada kekasih masa belajar ni ada bagus dan tak bagusnya. Bagusnya dapat memberi inspirasi supaya lebih tekun nak belajar lebih2 kalo kekasih tu yang jenis bagi galakan. Tapi yang tak bagusnya leka sume benda.. asyik masyuk melayan perasaan rindu dendam membuatkan nak belajar pon terganggu dek perasaan cam tu.. Lebih2 lagi kekasih setiap masa mengawal pergerakan kita n asyik nak ber ym setiap masa sampaikan tak leh nak wat apa.. maka pelajaran pon sedikit sebanyak terganggu. Itu pandangan kolot ahkak joy maklomlah kita ni orang lama.

    Pulak tu… Emran pon macam hati tak tetap, kejap payah nak lepas adik( takut rugi)kot kemungkinan dia ada banyak pilihan.. Pasal tu lah dia kejap putus dan kejap sambong semula..Pada dia munkin dah jadi perkara biasa tapi pada adik seolah kalo sambong balik tu macam mengharap yang dia ingat kat adik..

    Cuba adik bayangkan masa dia menyepi tu apa yang Emran fikirkan… adakah sama apa yang adik fikirkan…

    Nampaknya adik ni masih lom dapat mengenal sikap llki… selalunya llki yang macam tu banyak pilihan, satu merajuk satu pujuk dan satu simpan wat standby!!!!

    Nasihat akak belajar lah dulu sampai berjaya dan apabila dah abis tentu ramai llki yang nak kat adik… soal jodoh ni di tangan Tuhan Dia yang menentukan walopon kita yang merancangnya. Selamat belajar… semoga berjaya .Amin!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. akak grad zaman batu says:

    alah dik… lotih ah baca kisah chenta bebudak nih… ko blaja lah sampai abih dulu… baca buku agama bebanyak… kasihkan diri pada Tuhan dan rasul… wokeh!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. akak grad zaman batu says:

    nanti ko jumpa yg jodoh ditgn Tuhannnn…. ko chenta gila pun kalau tak jodoh buat aper.. fikir pandaila dik.. ko kan blaja kt ‘luar negeri”…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. akak joy says:

    Ye betullll…. akak setuju. Nanti bila ko balik malaysia berebut llki kat sini. Tapi ingat… cari yang bebaik skit kalo boleh…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. macik bling2 says:

    akak tak paham citer..heheheh

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. akak grad zaman batu says:

    aku pun bukan paham sangat… suka suka belasah je… apenya.. belasah gilew…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. hati berlian says:

    aku tak paham camana ko boleh berchenta melalui cyber nih…ala2 chenta virtual pulak rasanya…cam plastik pun ado…hehehe jangan marah dek nonnnss….

    hermmm so now, forget him la..ko fokes belajo betul2…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. sekolah atap jer.... says:

    alaah….cinta siber. Bukan real tu dik. Perabis belajar dulu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. gila-gila remaja sewaktu dulu.. says:

    aduss.. mcm budak kecik.. kata studi obesea……

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. apiwat piriyilpolpong says:

    susah juga sebenarnya nak lupa ni..

    kalau ikhlas, sungguh2 nak ikut perintah-Nya, insha Allah akan ada jalan keluar..

    dugaan nak lupa memang payah, memang benar, tapi pasti akan sinar baru yg lagi bagus akhirnya..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. Adiza Rahas says:

    Blajalah kasi habis dulu.Sok adik dah keja,lagi macam2 orang kau jumpa.Jadilah wanita yang hebat.Benda2 macam ni buat adik hilang fokus aje.Lupakanlah mamat tu..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. chipsmore_sedap says:

    adeh..awat yg kalut sgt tatau..tak pasal2 ang dh perabih masa emas ang tu kat laki tuh..

    kringggggg!!! aku wat wake up kol sket

    ntah hape2, focus deq non oi..

    nasihat free dr aku,ang dh la kat ‘luar negeri’,duit habis byk tu..tak kira la duit jpa ka,mara ka,pa&ma ka..ang belajaq baguih2 la beb,enjoy ngan kengkawan..yg tu lagi bermakna aku rasa..baru complete STUDENT LIFE ang..sem break p melancong,wat part time job instead dok melayan jiwa2 ngan mamat tu..

    buang karan ja ang dok layan dia tu..ish geleng kepala aku baca crita ang neh..

    tingat plak kat adik aku yg tgh study tu..hrm..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. wan kembang says:

    alah nama pun saiber….. menipu je lebey. akak dulu kan dekk….menyamor jadik jantan…tangkap leleh awek tuh den kijer kan. siap pakat ngan budak opis boy. guna sore jantan dia….pakai ayat jantan akak. tetiba awek tuh antau gambor….alahai….muka cukup makan ajer. akak yang pompuan pun tak selera dek….eheh eheh eheh. peh tuh akak diamkan diri ….. merana jugak lah awek tuh.

    tapi Allah maha kuasa….. tak lama lepas tu akak plak kena ayat saiber…. dah lentok2 dah….tetiba hasben akak ketok kepala akak…perghhhhh…. begegau kepala lutut akak. tobat terus!!!

    moral of de stori : jangan sia-siakan duit gomen. sekain!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. rozsa says:

    adik,tahniahle dpt belajar sampai oversea,besar harapan ibubapa adik nak tengok adik berjaya,tak pyhle fikir2 psl lelaki di alam sibertu…,menipuje semua tu,kalau betul lelakitu ikhlas dia dah ckp awal2 lagi,takde nak selindung2.so,utk sekrgni habiskn belajr dulu,dah kerja nanti ramaila lelaki yg nak pikat adik,tggl pilihje…,itu juga nasiht akak pd anak2 akak.risau ssebenatnya hati seorg ibu bila anak tengah belajr bercinta,takut cinta kemana,belajr kemana…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. ibuhalia says:

    aku agak la si emran ni kan suami orang…mengayat fuhhh giler..lagi satu tak berani nak declare..tua pulak tu..sah-sah suami orang..kuang…kuang….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.