Aku baru terbaca best” title=”More about blog »”>blog ni minggu lepas. Ntah macam mana boleh terjumpa. Tapi ok sesangat rasanya,boleh tambah pengetahuan dan dapat nasihat free dari korang semua. Walaupun aku tengok kat sini ramai pompuan,rasanya lelaki pun tak salah masuk kat sini kot. Tu pun kalau korang alu-alukan kedatangan aku la. Sebenarnya,aku just nak kongsi satu masalah (rasanya masalah yg aku create sendiri) dan sekarang menyebabkan aku jadi confuse,keliru,geram,marah dan lain-lain la. Aku rasa macam orang bodoh bila kena macam ni. Kalau korang nak marah aku pun marah la,memang patut rasanya. Tapi sambil2 tu korang bagi la nasihat sikit.
Citenya macam ni,dalam sebulan lepas aku ada dapat satu sms. Kononnya org yg hantar sms ni tersilap hantar,kata nak hantar pada kawan dia. Aku pun tanyalah nombor phone yg dia nak sms tu,rupanya memang sama dengan nombor aku. Nak dipendekkan cerita,budak pompuan yg hantar sms tu pun menghulurkan salam persahabatan. Aku yg betul bendul ni pun cakap kalau setakat nak kawan biasa tu okla,sebab aku pun dah ada famili. Kalau nak lebih2 tu takdelah sebab aku masih ingat anak bini. Start dari hari tu,budak ni selalu la hantar sms kat aku. Aku just jawab je kalau dia hantar dan aku tak penah mulakan hantar sms pada dia. Then,pada satu hari tu dia mintaknak call aku,alasannya nak dengar suara. Aku bagi gak macam-macam alasan tapi tak jalan. Last 2 aku cakap,bolehla call tapi sekejap je la dalam 5 minit. Tapi tak jadi gak 5 minit,yg jadi 30 minit. Masa dia call macam2 la dia citer. Pasal kerje pasal keluarga dan lain-lain lagila. Aku risau gak kalau bini aku nampak sah2 ada orang nampak piring terbang hari tu.
Start dari hari tu,sms dia makin lama makin pelik.Tiap kali sms mesti ada keluar perkataan rindu. Aku sound la dia balik aku ni dah ada bini dah ana anak,dia kata takpe la. Dia cakap ada masalah sebab keluarga nak jodohkan dengan orang yang dia tak kenal dan dia terpaksa terima. Aku yg baik ni banyak la jugak bagi nasihat itu ini pada dia. Lepas tu banyak lagila yg dia cerita pasal tunang dia sampaila dia kena kawin baru ni. Dan sekarang sampaila pada bab yg paling saspen sekali aku rasa. Bila aku fikir balik,dari mula sms dulu sampai la sekarang,aku rasa macam dia memang dah kenal aku dari sms2 yg dia hantar tu. Aku fikir balik apa yg dia cerita tu,seolah-olah dia tu seorang staf kat tempat keje aku ni. Minggu lepas orang yg aku syak kat tempat keje aku ni dah mula hantar sms pada aku,tapi guna nama betul.Katanya dah lama nak tegur sebab muka aku mcam muka best friend lama dia. Aku dah start konpius. Sebab budak yg hantar sms kat aku dulu tu kata dia memang ada 2 nombor henset.
Sekarang ni aku dah 95 persen yakin yg diorang berdua adalah orang yang sama. Cuma yang aku bengang,kenapa dia sanggup reka cerita yang bukan-bukan. Sanggup menyamar jadi orang lain sebab nak bersms dengan aku? Atau dia memang ada niat nak kenakan aku ? Terus terang aku cakap,sebagai lelaki kalau setiap kali dapat sms rindu sedikit sebanyak tu nak tercair gak(walaupun pada tahap ni aku masih boleh berfikir dengan waras).Ikutkan hati nak je aku jumpa budak pompuan tu dan sembur je,dia tu dah kawin pun bukannya nak dara lagi,kenapa la sanggup buat macam ni pada aku. Aku ingat nak tunggu sampai dia salah langkah baru lah aku nak sembur,tapi kalau korang ada cadangan bernas atau nak respon silakanlah. Memang aku betul-betul tengah angin satu badan ni.
Popularity: 8% [?]

Processing your request, Please wait....
eleh namapon kamben… ehhh jantan.. da besau panjang takan tak pahang pahang lagi sms maupon hubungan ngan ngan pompuan len selain bini sendiri tak elok pahang!!!
nk motif apa? motif ngurat mengurat la tu..memula bebuat silap no… pehtu tanya itu ini.. pehtu mula la cerita masalah kalu cite besh sapa nk dengor kan kan kan cite wit banyak org nk pinjam laks, cite masalah arr baru la si lelaki nk jadi hero tamil.. pehtu nk jumpa.. pehtu windu.. pehtu bini dpt madu…caiittt maid aku pon leh buat drama ni tawww…
Like or Dislike:
0
0
takpo cik wan.. bagi dia tau inilah kata-kata belakang yg dia bakal terima bila citer dia layan sms pompuan lain tersebar kat opis dia…
Like or Dislike:
0
0
ala cayang adek tokehhh…. abang kamben mintak maapppp.. sangat-sangat… abg kamben janji tak buat lagi…
abg kamben janji cayang adek sengsorang.. abg janji tutup mata kalau nampak awek cun.. abg janji tak layan mana-mana semeyes yg salah anto… oh adek tokeh.. belahlah dada abg buat pi masak gulai untuk abg buktikan chenta abg khas buat adek seorang…..
terimalah lagu search abg abdikan buat adek cayang abang… muuuuahh..
Gadisku
Seri mewangi bagai disiram selautan kasturi
Gadisku
Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta
Dialah gadisku (selalu) selama-lamanya
Tak peduli kata orang terhadap dirinya
Aku tahu dia gadisku
Tak peduli nista yang terlempar padaku
Dia tahu dia gadisku…!!!!!
Like or Dislike:
0
0
adek tokeh…. marah kat abang lagi kee… takmolah marah-marah nanti cepat tua…. mesti muka adek comei bila marah…
kecian kat abang ni ha takdak org layan.. bini abang belum balik keje… dia ok… cuma abg masih rasa kesepian.. masih ada ruang kosong dalam hati abang untuk 3 orang lagi…
tapi rasanya adek cayang ni dah penuhkan 3 tempat kosong tu.. abg janji adek yg terakhir buat abng… percayalaaaa…..
percayalaaaa…. lagu ct pulak ek.. tapi kuar sore kamben lah..
Like or Dislike:
0
0
ooo takmo layan abang ek.. takmo kesian kat abang ek…
nanti dah rindu, abang pulak nak juai mahai…
psstt…. buat adek tokeh… setiap malam abang terbayang senyum kencin maneh mu ituh sebelum abang setat berdengkur…
pssttt… i lap u…
Like or Dislike:
0
0
Hoiii… ngko takder keje len ker nk tekel bini haku??? apa ko hengat aku BuTo It??? dah puas idup ker??? nk mampooss??? pesal ko sibuk sibuk tanya bini aku ada lesung pipit ker tak haaaa??? apa ko nk kena lesung ngan haku ker????
Like or Dislike:
0
0
kt ofis hb macik tu ada sorg jntn nih dok lyn sms dak clerk yg salu assist si jntn ni wat keja2 clerical, pehtu ter jd la kes teman tp mesra, siap umpat si is3 dpn clerk & org opis..siap ckp si is3 tu mental lah, sbb kaber line, si jntn tu dh buat salah, cari salah is3 utk tutup salah sndri..klu sy boleh masuk campur mmg sy nk cucuh2 je mulut jntn tu dgn api rokok…hehehehe
Like or Dislike:
0
0
1 hari klu masuk je kt opis tetiba kt dinding tu ada tmpl tulisan sejibik perkataan dlm menan berbalas sms tu, di baca lak oleh org 1 opis yg lalu lalang ket situ..
apa perasaan anda, apa perlu anda buat..
Like or Dislike:
0
0
mana gi nya si dak yg confuse nih…
Like or Dislike:
0
0
mcmnilah…ada satu cerita psl hb saya,dulu dia tak pandai nak buat sms,buka sms,yg dia tau terima panggilan saje…lucukn…anaknya yg kecik yg mengajar buat sms…kalau dia terima sms,kecoh satu rumah suruh buka dan bls.so…..saya cadangkn kalau yg confuse dpt sms dari perempuantu suruh bini baca dan bls….itupun kalau anda betul2 tak suka kat perempuantu…tak taulah kalau anda pun suka keadaan mcmtu….kat mulut kata angin dlm hati suka….suka…..
Like or Dislike:
0
0
sy pun setuju ngan rosza….jgn mulut jer kata nehi tp hati kata mai lagi mai lagi. yang penting kalau tak layan tak jadi. Sebab orang opis saya pun mcm ni lama2 sekrg susah nak berenti
Like or Dislike:
0
0
perangai kau ni mcm perangai husben akak..tapi la ni kami dah tak duk sekali..problem dia sebijik macam hang la..mula-mula layan..lepas terlebih layan fed up..pastu dia pulak pi cari pompuan tu..sampai tipu anak bini..la ni dah ada nun kat KL hari-hari boleh jumpa..fed up and then wa tak layan la suami jenis macam ni..nak sangat pi la ..aku pun tak heran…sendiri lagi bagus..
Like or Dislike:
0
0
Kejap je aku tak masuk bukan main lagi korang mengutuk aku ye. Untuk pengetahuan korang,takde yang aku rahsiakan kat sini,semua aku dah tulis kat atas tu. Cuma korang tau tak perasaan bila kena tipu ? Aku tak boleh terima bila budak tu tipu aku,reka cerita yang bukan-bukan. Kalau betul aku nak kan budak tu mesti aku yang start sms,mesti aku yang memula call dia,ni tak dia yang start semua tu.Lagi satu,budak tu dah kawin. Kalau ada relationship dengan dia pun takkan kemana. Korang mengata aku sedap la,kalau korang yg kena ayat tetiap hari,korang tau la. Benda-benda camni takleh nak cakap,kalau dah kena kat batang hidung sendiri baru tau sendiri. Aku sekarang ni dalam proses nak mengenakan balik,nak bagi pengajaran sikit supaya benda-benda macam ni tak berlaku lagi.
Like or Dislike:
0
0
akak cukup main pening ngan ko punya hal ni dek… mcm nak cari penyakit pun ada, mcm nak test market pon ada ntah2 ko pun sama tak nak menggatal. ha ha ha ,jangan marah dong..nama pon llki..
Akak rasa kan..tak yah lah lama sangat nak tunggu nanti lelama tunggu dari hasrat nak mengena timbul ayat I love u , u Love me… nanti yang teruk anak bini yang dah banyak berkorban. Pompuan tu apanya.. ada berkorban ke untuk yang confuse…fikir2kan lah ye dek.
Benda2 mcam ni sebenarnya atas diri kita sendiri, kalau kita tak melayan tak menjadi tapi kalau kita hindarkan InsyAllah tak jadi apa pun…
Mulai dari sekarang,akak nasihatkan yang confuse berhentilah dari melayan ayat2 pompuan tu..tak rugi besar kalau tak melayan tapi kalau terus melayan ha tu yang nak datang rugi.. percayalah.
Akak cakap ni dari pengalaman kawan sekerja akak tau. Ceritanya sama gak ngan kanu akhirnya llki tadi lemah kene panahan asmara maka terjadilah perpecahan pada keluarga nya dan bermulalah episod baru pada awalnya nampak bagus je tapi tak lama dek…keluarlah semua pekung2 yang diselindung sebalik kata2 asmara tadi.
Menderita tau tak si llki tadi,nak balik ngan anak bini…no way men! orang pompuan kalau dah terluka sori naik lori.. nak sangat kan..ha amik lah kebahgiaan sekejap yang ko nak tu…
Memang tak kene kat batang idung akak tapi dari cerita tadi dah kene kat kawan sekerja akak bermakna orang tu hari2 kita jumpa dan kenal, bukan rekaan semata2, bukan baca kat majallah suraykabar ke, bukan jadi benda2 cam tu boleh buat teladan…
Akak nasihatkan yang confuse pandai2lah mengemudi alam umahtangga banyak2kan doa agar hidup di berkati dan jauhkan dari segala ganguan dan godaan.Amin!
Like or Dislike:
0
0
kau yg cunfuse, sori la ek…mcm nila namanya open forum, ambik yg baik yg tk elok tu buang, kau filter sndri..
tak baik bls dendam tau, nnti mangsa pertama dendam tu adalah diri awk sndri..
awk ignore je la sms org tu, awk tk rugi pe pun klu awk ignore dia, klu awk bls awk yg rugi, rugi wit bayo bil..
klu awk dh ignore & dia still ganggu lg & menyusah awk, awk jumpa je hb dia dgn bukti2 sms dari dia tu, jgn takut klu awk benar
Like or Dislike:
0
0
alah abg kompius ni… baru kena libas ngan sari dah melenting… tu baru virtual.. kang bebtul kena libas ngan parang dek laki pompuan tu baru tau….
abg ingat laki dia nak kata bini dia gatal ke? sah dia abg yg goda bini dia…
abg ingat orng opis abg yg tau cerita ni nak kata pompuan tu yg gedik ke?
sah derang kata abg yg gatai melayan…
tak kisahlah apa abg kata abg teraniaya ka…
eellloooo….!!! wake up lah bro…
Like or Dislike:
0
0
….LOBO…nih..
Like or Dislike:
0
0
..takat dapat sms tiap hari pun, boleh buat hidup kau tonggang langgang kar…
tak payah lar nak kenakan dia pulak. takut kau masuk lubuk lebih dalam nanti.
Like or Dislike:
0
0
sonang je nak solesai mslh ni. yg ko dok sibuk nk siasat @ marah2 budak opis yg antar sms tu pasal. kalau aku jadi ko lah… aku lg dok diam, x layan dah smsnya sbb aku sendiri rasa malu ngan perangai aku yg dok balas sms budak tu. tentu bdk tu dok kata aku ni jenih tah apa2.tak pun dia dok kongsi baca sms tu ngan kengkawan sepejabat. sapa yg malu ?
atau pun kalau ko nk sgt kenakan budak tu… ko bayangkanlah dlm sms yg seolah ko dah kenal dia tu. tgk reaksi dia cma na.
tapi… aku x jamin… cara ni selamat. kot2 bila dah sama2 kenal… ko lak lingkup. baca sms pun dah angau… dah berdepan , dengar sore kut lagilah….byk citer liuk lentoknya. kang ko yg tak tahan.
Nasihat yg paling baik ko full stop je. nk kenakn org… kang ko yg trkena lg terukkkk…. taubat je la
Like or Dislike:
0
0
yg confuse,rasa2nya byk peratus beri pandgn yg sama,berhenti dan tak usah layan sms dari perempuan tu,so, cuba beri perhatian pd pandgn kami.takyah nak siast sapa2.saya baru balik kg jumpa keluarga.dpt cerita terkini abg saya sendiri dok bercinta dgn org sekampung saya,abg yg saya percaya takkan buat perkara2 tu,bukan tak cantik isterinya,bukn tak baik isterinya,kami sgt sayang pd kakak ipar.saya menangis bila tahu cerita tu,kakak ipar saya menangis bagai nak gila.ceritanya,mula2 main2 lama2 betul2.so,jgnlah teruskn.berhentilah….jgn buang masa lagi.sayngilah anak isteri.jagalah perasaan isteri.hati perempuan sekali terluka susah nak sembuh.ingatlah….sebelum nasi jadi bubur.tentg perempuan tu takyah fikir2 lagi,siapa dia,apa tujuan dia.anggaplah semuatu tak berlaku dlm hidup anda.
Like or Dislike:
0
0
si konpius ni tk rasa lg hebatnya karma perbuatan dia..tp nnt klu dh jatuh karmanya tu..tgkla nnt dia akan blame is3 lak sbb dia jd begitu…
Like or Dislike:
0
0
Terima kasih atas pandangan korang semua. Aku tau niat korang memang baik sebab nak tolong aku. Apa yang korang kata tu memang betul. Start esok aku akan cuba untuk tak layan sms budak tu,sebab budak tu memang tak penah kacau aku time cuti dn selepas ofis hour. Apa-apa perkembangan akn aku laporkan kat sini dari masa ke semasa. Live telecast. Tq very much kengkawan.
Like or Dislike:
0
0
haa….cam gitu la pikir positip. Selamat mencuba dek tapi jangan tergoda. Moga berjaya!!
Like or Dislike:
0
0
ALASAN..
aku rasa lagi bagus kalau minah tu send balik semua sms yg ko hantar kat dia tu pd bini ko balik.baru padan muka kau..har har har
Like or Dislike:
0
0
abg kompius cakap.. “Start esok aku akan cuba..”
aiseymeng abe.. baru nak cuba?…
hengatkan dah kena libas tu terus jadi firm… lembeklah ko ni.. tak kuat… lembek…
udah.. takyahlah ko nak bagi perkembangan ke.. penguncupan ke… lotihlah mak baca cerita ko nih!!
Like or Dislike:
0
0
yezza yezaaaaaa hati berlian in da house!!!!!!
fresh baru balik dari hanimunan nunnnnn di puncakgunugjerai…wah sehhhhhh…
see my face????? so glowing mowing ma…
Like or Dislike:
0
0
aku baru baca balik semua jampi serapah yg korang dah hamburkan pada inchek aku yang confuse nih…secara dasarnya….dialog aku ialah….SAYA SETUJU dengan semua kata2 pedas yg korang dah semburkan pada beliau…bagussss ahkak2 sekalian…
mudah mudahan encik aku yang confuse tidak akan konpius lagi, dan sebaliknya beliau akan membuat satu anjakan paradigma yang melangkaui schemata sosial lalu pulang ke pangkal jalan ke pangkuan anak isterinya demi bangsa, negara dan agama yang tercinta dan seterusnya mampu menjana sosio ekonomi keluarga mereka ke peringkat global kerana sesungguhnya keluarga penyayang itu bermula denganmu, dan sesugguhnya permainan sms sama adalah langsung tidak memberi apa2 kebaikan kepada kita semua sebaliknya kita hanya menyumbang kepada kekayaan tokeh korporat konglomerat malaya… ada lagi baik bagi kita utk mempergunakan uwang permainan sms itu utk membeli saham asw/asm slot bumiputra yg masih belum habis terjual itu supaya kita akan lebih kuat dari segi ekonomi supaya kita akan menjadi satu malaysia one nation…. one for all all for one!!!!!!!
wahsehhhhhh sekian makasseyyyyy…
p/s : aku lepas geram ni, seminggu takleh ber blog..
Like or Dislike:
0
0
agak2 masa kt atas gunung tu kena sumpahan tak ko belian?????? buwarrhahahaha
Like or Dislike:
0
0
hehehe…itu enggak ketahuan lagik ya ibukkkk
Like or Dislike:
0
0
belian.. tokeh konglomerat tu kasik sikit kosong point kosong-kosong-kosong-kosong infiniti percen kat laki haku daaa….
ee.. encik konpius.. jangan lupa melanggan celcom liputan terbaik diwilayah anda… ikuti pakej-pakej family terbaik kami untuk mendapatkan potongan harga yang menakjubkan..
Untuk keterangan lanjut silalah layari laman web kami..
www.celcom.com.my
atau talian bebas tol 1300 300 300
Like or Dislike:
0
0
pantang ada lubang promo, pantang ada lubang promo…
tak pa promo yang bagus elok tu…package celcom better than maxis, aku nak tuko gak ni…
Like or Dislike:
0
0
psst kucing belong….kan ????
aku pun nak mengumpat dari tadi tapi aku tahannnnnnnn…nah amik friskies…
appaaaaa ? ko nak makanan kucen halal ??? nah amik nasik gaul ikang….
Like or Dislike:
0
0
kualiti celcom memang terbaik daa… tu ko leh baca kat majalah telco statistik tanpa bias..
cuma kengkadang ada sikit kureng tu standard ahh…. mana nampak frekuensi daa ko nak tip top sampai dalam jamban…
oleh itu… majulah celcom untuk payslip laki aku… ngeh ngeh ngeh…
Like or Dislike:
0
0
Aku nak berubah pun korang kutuk,abis camno ? Aku ikut cakap korang pun kena gak,kalau aku tak ikut lagi teruk korang kutuk aku. Satu lagi aku tak suruh pun baca cerita aku,aku cuma mintak pendapat je,dan aku hargai pandangan korang walaupun pedih gak aku membacanya.Sekurangnya aku berusaha gak untuk berubah.
Like or Dislike:
0
0
Mak aiii…tak baca cerita macamana nak tau cerita, tak tau cerita mana nak tau ujung pangkal,tak tau ujung pangkal boleh ke bagi pendapat???
Mak aiii…konpius…konpius…tiada logika…agnes monica…
Like or Dislike:
0
0
tak pe dek tak per….sabau…
meh sinih meh…akak sediakan syolder tu krai on.
anggap ni semua cabaran. esok2 kalau bini kau tahu ….gini gak gasenyer. besoal jawab…. itu ini begitu begini. tarik napassss….lepassssss. istigaparrrrr.
Like or Dislike:
0
0
ala inchek aku yang confuse…
itu baru diorang kutuk…baru sikit tuuu…kalau aku dah stat kutuk kang, kang habih tisu kat kedai ko borong wat kesat airmata…..
relax la bro…baru kena kutuk skit dah nak emo….hek elehhhhhh….ko nak tangkap leleh pi masuk akademi pantasia la…boleh buat TRANSFORMASI beb….heh heh…jangan marah bro
Like or Dislike:
0
0
baru kutukan dari DCCKian ni, belum lg kutukan 1 donia….
Like or Dislike:
0
0
hep hep,…!! aku lagi mau buang orang tiap minggu .. korang lagi suruh mamat sms ni masuk akademi aku…
tunggu season akan datang le… pengetuanya pak japar on.. sepupu japar off..
Like or Dislike:
0
0
hehehe..
betul bro.. telinga kena tahan skit.. tak boleh emo sgt nanti mudah kena high BP..
Like or Dislike:
0
0
BP petrol station pun suda tukar BHP
Like or Dislike:
0
0
kelakar lah korang nih. Nyesal pulak abang tak masuk sini. Tapi color scheme page nih tak menarik lah untuk abang masuk selalu. BHAH HA HA HA. Camana Engkau Yang Konfius, confius lagi ke? Buang masa lah layan SMS meraban.
Like or Dislike:
0
0
sekonyong konyong aku rasa macam kenal jer abang yang tak konfius pun neh…hehehe
tabik tuan singh!
Like or Dislike:
0
0
hah!!.. kakak haku dah bagi masuk porem ngan blog ni pree.. lagi mau komplen kaler page.. maaaanyak chantek tuan singh!!
apesai haku macam kenai je gelak puaka tu hah?!!….
Like or Dislike:
0
0
yg confuse,jgnlah ambil hati dgn kata2 depani.yg baik jadikn teladan,yg tak baik anggap je gurauan.biasalah,manusia nikan mcm2,ada org suka bergurau,ada org serius je…buatlah mana yg difikir baik.semoga berjaya.macamne,dah buatke apa yg dicadangkn…..
Like or Dislike:
0
0
psssttt kamben..oooo kamben.. pesal ko senyappp arr?? ko da kena semelih ngan hb aku ker ha????
Like or Dislike:
0
0
kamben dah siap kena kekah n bbq…sodapppppppppp
Like or Dislike:
0
0
seeloknya ceritakan pd isteri jgn sorokkan bagi isteri awak baca sms yg pompuan tu antar, berterus terang itu lebih baik dan berbincang apa yg patut awak lakukan…yg baik itu dtg daripada ALLAH yg buruk itu dari DIRI SENDIRI,pada pendapat saya seelok2nya usah dilayan org yg perangai sebegini padah akibatnya!!!
Like or Dislike:
0
0
Dua hari lepas bila budak tu hantar sms,aku terus terang cakap apa yg terbuku kat hati.Dia kata dia tak marah dengan apa yg aku cakap cuma kecik ati jer. Aku mintak dia paham dengan situasi sebenar. Dia mintak nak call aku,tapi aku tak nak layan. Aku mintak dia pikir dalam2 apa yg dia dah buat. Then semalam,dia hantar mesej kata dia takkan call atau hantar sms lagi kat aku dan mintak aku anggap yg dia tak pernah wujud dalam hidup aku. Aku tak balas pun mesej tu. Aku tak tau la benda ni dah selesai atau tak walaupun nampak macam dah setel.Hari ni dia (kalau betul la dia) hantar mesej gunakan nama betul kat opis seolah macam takde apa yg berlaku semalam.
Like or Dislike:
0
0
Kalau betul la dia,aku tak tau lah manusia jenis apa budak ni.
Like or Dislike:
0
0