Aku baru terbaca best” title=”More about blog »”>blog ni minggu lepas. Ntah macam mana boleh terjumpa. Tapi ok sesangat rasanya,boleh tambah pengetahuan dan dapat nasihat free dari korang semua. Walaupun aku tengok kat sini ramai pompuan,rasanya lelaki pun tak salah masuk kat sini kot. Tu pun kalau korang alu-alukan kedatangan aku la. Sebenarnya,aku just nak kongsi satu masalah (rasanya masalah yg aku create sendiri) dan sekarang menyebabkan aku jadi confuse,keliru,geram,marah dan lain-lain la. Aku rasa macam orang bodoh bila kena macam ni. Kalau korang nak marah aku pun marah la,memang patut rasanya. Tapi sambil2 tu korang bagi la nasihat sikit.
Citenya macam ni,dalam sebulan lepas aku ada dapat satu sms. Kononnya org yg hantar sms ni tersilap hantar,kata nak hantar pada kawan dia. Aku pun tanyalah nombor phone yg dia nak sms tu,rupanya memang sama dengan nombor aku. Nak dipendekkan cerita,budak pompuan yg hantar sms tu pun menghulurkan salam persahabatan. Aku yg betul bendul ni pun cakap kalau setakat nak kawan biasa tu okla,sebab aku pun dah ada famili. Kalau nak lebih2 tu takdelah sebab aku masih ingat anak bini. Start dari hari tu,budak ni selalu la hantar sms kat aku. Aku just jawab je kalau dia hantar dan aku tak penah mulakan hantar sms pada dia. Then,pada satu hari tu dia mintaknak call aku,alasannya nak dengar suara. Aku bagi gak macam-macam alasan tapi tak jalan. Last 2 aku cakap,bolehla call tapi sekejap je la dalam 5 minit. Tapi tak jadi gak 5 minit,yg jadi 30 minit. Masa dia call macam2 la dia citer. Pasal kerje pasal keluarga dan lain-lain lagila. Aku risau gak kalau bini aku nampak sah2 ada orang nampak piring terbang hari tu.
Start dari hari tu,sms dia makin lama makin pelik.Tiap kali sms mesti ada keluar perkataan rindu. Aku sound la dia balik aku ni dah ada bini dah ana anak,dia kata takpe la. Dia cakap ada masalah sebab keluarga nak jodohkan dengan orang yang dia tak kenal dan dia terpaksa terima. Aku yg baik ni banyak la jugak bagi nasihat itu ini pada dia. Lepas tu banyak lagila yg dia cerita pasal tunang dia sampaila dia kena kawin baru ni. Dan sekarang sampaila pada bab yg paling saspen sekali aku rasa. Bila aku fikir balik,dari mula sms dulu sampai la sekarang,aku rasa macam dia memang dah kenal aku dari sms2 yg dia hantar tu. Aku fikir balik apa yg dia cerita tu,seolah-olah dia tu seorang staf kat tempat keje aku ni. Minggu lepas orang yg aku syak kat tempat keje aku ni dah mula hantar sms pada aku,tapi guna nama betul.Katanya dah lama nak tegur sebab muka aku mcam muka best friend lama dia. Aku dah start konpius. Sebab budak yg hantar sms kat aku dulu tu kata dia memang ada 2 nombor henset.
Sekarang ni aku dah 95 persen yakin yg diorang berdua adalah orang yang sama. Cuma yang aku bengang,kenapa dia sanggup reka cerita yang bukan-bukan. Sanggup menyamar jadi orang lain sebab nak bersms dengan aku? Atau dia memang ada niat nak kenakan aku ? Terus terang aku cakap,sebagai lelaki kalau setiap kali dapat sms rindu sedikit sebanyak tu nak tercair gak(walaupun pada tahap ni aku masih boleh berfikir dengan waras).Ikutkan hati nak je aku jumpa budak pompuan tu dan sembur je,dia tu dah kawin pun bukannya nak dara lagi,kenapa la sanggup buat macam ni pada aku. Aku ingat nak tunggu sampai dia salah langkah baru lah aku nak sembur,tapi kalau korang ada cadangan bernas atau nak respon silakanlah. Memang aku betul-betul tengah angin satu badan ni.
Popularity: 8% [?]

Processing your request, Please wait....
kalo ko tahu pun ko nak buat aper
Like or Dislike:
0
0
baguslah encik aku yang confuse…ko dah amik langkah yg tepat…bravo….next step…IGNORE jer apa2 meset dari dia….biar jer pompuan tu biol sensorang, ko tak yah nak jadik adiwira (superhero daa) nak rescue dia…
hokkay bro ????
Like or Dislike:
0
0
ha,kan dah nampak jalan,lepasni kalau dpt sms lagi,jgn layan sampai bila2.lama2 jemulah perempuan tu.senangjekan sebenarnya masalah ni.tak yah pening2 kepala.ikut mcm suami saya,dpt sms satu rumah baca.takde rahsia.hidup aman dan selamat.
Like or Dislike:
0
0
baguih2x. cam tu cara jantan sejati. x cepat leleh ngan citer/ sms pompuan murahan cam ni. sobonarnya… lagi ko x layan lagi saham ko melonjak naik.
skg ni….. ko gi opis just control mancho. pas tu ko gambarkn yg ko ni famaly man or one womwn man…. confem pmpuan tu lagi gila meroyan.
tapi ngn syarat la… ko mesti kuat iman…takut dia guana plan b plk.
yg pentg… kta kuncinya ko jgn bls lgsg sms walau apa citernya hatta kalau dia ugut nk bunuh diri kalau ko x bls/ bg dia call. igt tu !!!
satu lg.. klu dia sms psl keje ko kenalah profesional.Kalau perlu bls ko bls la. tapi INGAT mesti ringkas dan padat je. itu pn markah u ko. lg dia respect ko.
Like or Dislike:
0
0
Aku pun rasa lega sangat sekarang ni.Tq lah atas nasihat dan kutukan percuma korang tu. Cuma bila aku tengok budak ni,aku rasa dia layak dapat anugerah pelakon terbaik sebab boleh berlagak macam takde apa2 je bila jumpa kat opis. Tapi tak taulah kalau dia ada plan B.
Like or Dislike:
0
0
Senang je saranan saya pd saudara..jgn d lyn sms, call atau ape2 pun..fikirkan family anda..benda2 camni mmg mainan perasaan & mmg seronok tp jd jika d biarkan buruk padahnya nnt…pd saya anda dua2 bersalah…jd penyelesaiannya…tumpukan perhatian & tanggungjwb anda terhdp keluarga anda & lupakan semua yg terjadi ni..
Like or Dislike:
0
0
Senang jer Tepuk Dada tanya hati ko… kalo ko ras natk nk mengatalmesti ko tk layan nyer. apsal lak minah tu nk ada rasa rindu kat ko, kalo ko tk bagi ayat2 yg bole membangkitkan perasaan rindu kat dia. Ha! jgn nk salah kan org pompuan lak yerr. Ko yg pi layan sapa suruh.
Like or Dislike:
0
0
Ermmm…bgi aku..Ko tetap bersalah..sbb ko melayan. Dlm ape jua keadaan..tepuk sblh tgn mmg xkan berbunyi…so fhm2 sndiri la..bg akua ko tukar je no phone…xyah r nak sembur2 budak tu bagai coz ko pn melayan…nti if dia sound ko blk..mesti ko yg malu..cara terbaik jauhkan diri..and tukar no.
Like or Dislike:
0
0
En aku yang confuse
emmmm..masalah aku yang confuse sama mcam saya gak..
Like or Dislike:
0
0