Sapa-sapa yg ada pengalaman berpoligami tolongla bagi nasihat camana nak bagi saya tidak jeles pada bakal madu saya ni. Dulu saya mmg ada cadangan nak cerai tapi tak jadi sbb sy sygkan suami tersgt sehingga saya sanggup membenarkan dia kawin lagi tapi setiap kali dia call or sms pompuan tu mesti saya tak keruan, sakit hati dan sebagai. Adakah saya tidak ikhlas utk membenarkan dia berkahwin lg. Saya n pompuan tu pun mmg baik.
Mungkin saya rasa tercabar kerana pompuan tu takla cantik tp seksi. Saya pompuan biasa yg bertudung so pakai pun kenela sopan. Saya sangat stress dengan masalah ni sehinggakan makan minum saya tidak terjaga. Sentiasa gemuruh, putus selera. Tolongla bagi pendapat…
Popularity: 11% [?]

Processing your request, Please wait....
salam…
lama x menupdate blog… da bc psl pu3 comei..kekdg kita ni bila da melalui benda ni kita rasa kita ni penuh kekurangan, pdhal kita sebenaryer.. lg lebih dr kekasih somi kita. penangan somi org bercinta ni mmg parah.Dulu somi sy pun gitulah… dlm pd baik n pendiam cam malaikat ada hati gak nk tmbh cawangan… mmg sy xleh trima sgt2… hati kecewa luluh resah sume ada..saya pendamkan.. segl yg berlaku sy biarkn dia terjun ngan labu2 yer… mula dia membiarkn sy tanpa haluan tanpa rasa tgjwb.. sy ubah segala penampilan, dari x pandai bwk keta smpi leh merempit kat jalanraya. sy lgsg x bergtg pd dia.. 2 tahun memendam rasa tanpa segala nafkah.. akhirnya last 3months kami sepakat berpisah secara baik.. msg2 membawa haluan..buat pu3 comel jika tiada persefahaman tiada keserasian maka jalan terbaik wat la haluan sendiri.. ingatlew mengalah bukan kalah..tapi kirayer masih ada lg rasa sayang cinta maka pertahankanla sehg titisan darah yg terakhir.
Like or Dislike:
1
0
kepada putericomel..
kita berada dlm situasi yang sama..suami saya juga bercinta dengan perempuan lain.. mula2 dapat tahu memang saya tak dapat terima.. maklimlah saya tengah pregnant 7 bulan.. dapat tahu suami curang.. tapi saya nekat jumpa perempuan tu.. Dia seorang janda anak sorang… x-classmate husband saya juga… masaalahnya mereka dah terlanjur…saya resa sedih dan terhina.. sama macam putericomel alami… tapi saya sentiasa berdoa allah berikan saya jalan terbaik… sekarang saya redha dia berkahwin dengan suami saya….mungkin hujung tahun ini.. saya cuba positif dalam menangani masaalah ini.. namun saya sendiri tak tahu apa akhirnya… saya pun pernah terfikir meminta cerai… tapi suami taknak ceraikan saya.. kalau mendesak takut tak cium bau syurga…sekarang saya sabar…dari segi kewangan suami saya memang takde masaalah… apa saya minta memang dapat…alhamdulillah..
Like or Dislike:
0
0
saya faham perasaan putericomel… saya alami yang sama… namun sebagai seorang perempuan kita memang takde hak menghalang sekiranya suami mampu… kitacuma boleh bersabar.. dan mohon allah tabahkan kita menghadapinya… tapi sekiranya kita tetap tak rasa bahagia dan berpisah adalah jalan terbaik… kita boleh menuntut cerai… tapi mohonlah pada allah supaya kita redha… sesungguhnya dugaan untuk kita kerana allah menyayangi kita…dan dia tidak menduga sekiranya kita tak mampu melaluinya… sesungguhnya allah itu maha adil… akan ada balasan untuk kita yang sabar dan redha dengan dugaannya…
Like or Dislike:
0
0
weii… hamba allah, siapakah kamu yang begitu berani mencadangkan sesuatu yang tidak genius? seolah mencurah minyak ke api dia ni.
however, wahai tuan puteri yang comel, untuk menutralkan perasaan mu. laksanakan hobi-hobimu yang baik. banyakkan membaca yang berfaedah, yang boleh menyokong kebaikan keputusan puteri, yang lebih kepada ilmiah yang lebih mengukuhkan keimanan. bacalah tentang kebaikan berpoligami. bacalah tentang membaiki keimanan, akidah, solah, doa dan zikir yang dapat mententeramkan hati dan jiwa puan. Inikan lebih banyak pahala dan kebaikannya.
Like or Dislike:
0
0
isteri “norwati” ada meroyan kat sini ke?
Like or Dislike:
0
0
sabar aja la saya pun pernah merasai hidup bbermadu yang penting kita kena kuat dan tabah jangan fikir yang negatif .suami akak kawin dengan orang seberang (indon)iagi akak kena tipu sampai 7 tahun baru terbongkar kisah akak dimadu .orang lelaki nipandai simpan rasia balik rumah macam biasa x pernah miss alih anak 2 tapi akak dah x kisah dah .yang penting hidup anak dapat belajar dengan sempurna .akak ada 2 rumah 1 bj keta cukup untuk akak pmama2 akak nak, tentang suami x payah nak pikir .biar la dng hidup dia
Like or Dislike:
0
0
nape spy limah?
Like or Dislike:
0
0
mulia2 hati wanita kat sini, macam inilah hendaknya wanita2 berhemah kat malaysia ni. bertuahnya..
tertambat hati nak jadik baik mcm korang sume. sejuk hati ku.
Like or Dislike:
0
0
mcmn putericomel sekarang yek?
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum Putericomel.
Semoga sentiasa dalam dalam keberkatan Allah S.W.T
Jgn kesal dgn aper yg terjadi. Teguh kan iman dan dekat kan diri pada Allah.Itu jalan yg terbaik untuk awak.
Kebahagiaan di dunia memang tidak akan kekal. Aper yg Allah jadikan di dunia nie utk sementara sebagai pinjaman, yang kekal hanye amalan kita pada Allah. Kita sebagai isteri jalan kan amanah kita sebagai isteri.
Allah akan selalu memerhati dan merahmati kita sebagai isteri yang soleh. Insyaallah
Like or Dislike:
0
0