Bapak harijadi. pagi-pagi bapak tanya kakak aku apa yang istimewa pada hari tu. kakak aku buat-buat lupa. bapak pun cakaplah hari tu harijadi dia. sebenarnya kakak aku ingat, sengaja je gurau-gurau dengan bapak. malam tu nak celebrate harijadi bapak. semua dah siap dirancang. aku sediakan kek dan laksa. mak pulak buat pulut kuning. kakak aku nak yang senang je, so dia belilah buah-buahan. adik-beradik yang lain, ada yang datang tolong, yang tolong makan je pun ada. tapi tak kisahlah.
Bila sampai kampung, aku cium bapak. aku duduk sebelah dia sambil tengok mukanya. bapak lahir tahun 1926. dalam umur 83 tahun, penglihatan bapak masih jelas. giginya masih penuh, rambut pun tak banyak uban sangat. badan bapak masih sihat, selera makan masih ada walaupun tak macam dulu. cuma pendengaran je, dah kurang sikit. kami adik beradik, kalau cakap dengan bapak, guna volume 30. memang macam menjerit tapi itu jelah caranya cakap dengan bapak, bapak tak suka guna alat bantu pendengaran.
Bapak masa mudanya kuat bekerja, bertukang, pergi laut, untuk besarkan anak-anak yang ramai. taklah mewah tapi setiap hari masih ada makanan atas meja, ada duit untuk belanja sekolah, mungkin juga sebab duduk kampung ni, sayur-sayur petik keliling rumah, lauk pulak cari kat laut, reban ayam ada dua tiga kat belakang rumah, santan dari pokok kelapa sendiri. jadi taklah nampak susahnya. laut pulak kat belakang rumah je, aku pernah ikut bapak pergi laut, pancing ikan, jala udang, dapat banyak udang hari tu, aku pancing dapat ikan malung (ikan panjang macam belut, warna kuning) bapak cakap, jarang dapat ikan tu, aku rasa banggalah jugak. balik tu hujan turun, menggigil-gigil aku bila sampai rumah. aku ingat semuanya. ingat tali pancing yang terbelit-belit, ingat bau air laut, ingat makan dalam sampan dengan bapak. masa tu bapak kuat lagi.
Bapak seorang yang cermat, barang-barang bapak, bapak simpan dalam satu tempat, senang nak cari, sesiapa dah guna, mesti pulang balik. dulu aku selalu kena marah sebab main lampu suluh bapak, bila dia nak guna, tak ada. tapi entahlah, bapak bising pun, aku masih suka main dengan lampu suluh dia tu. bapak kalau bertukang, kemas je buatannya. tapi bakat bapak tak turun pada anak-anak lelakinya, abang aku tu, ketuk paku pun senget. memasak pun bapak cekap, masak nasi minyak kat rumah orang kahwin, bapaklah ketuanya. sampai sekarang, aku masih tak minta lagi resipi nasi minyak bapak. tengoklah minggu ni. aku bawak notebook jumpa bapak.
Waktu malam, bapak ajar orang mengaji, ramailah budak-budak datang mengaji dengan bapak, tak bayar pun, semuanya sukarela je. bapak juga suka bercerita, masa kecik-kecik, aku selalu mintak bapak cerita, walaupun ceritanya kadang-kadang repeat tapi aku kata tak pernah dengar lagi. bapak suka membaca, minat membaca ni, turun pada semua anak-anaknya, cuma apa yang kami suka baca tu je yang lain-lain. sekarang ni, aku tengah demam twilight series, kakak aku suka dengan novel khadijah hashim, adik aku tengah demam pak habib, mak pulak tak pandai baca tapi semua hal dalam suratkhabar, mak pasti tahu. sebab bapak bacakan untuk mak. oh ya, bapak suka tengok gerak khas, tak tau apa yang menarik kat cerita tu, pernah bapak cerita dengan aku pasal inspektor tu dengan inspektor ni bercinta, aku tak ingat apa nama watak tu, tapi yang aku tahu itu abby dengan norman. aku angguk je, sekarang ni, aku tak dengar bapak cerita apa-apa lagi pasal gerak khas, mungkin dah tak minat kot. kalau ada gerak khas, siapa-siapa pun tak boleh kacau, mesti beri laluan untuk bapak. anak-anak buah pun tahu, atuk tengok gerak khas. aku pulak angkat kaki le, bagi kucing ke, kura-kura makan lagi bagus.
Aku jarang kena marah dengan bapak, sebab abang dengan kakak aku dah cukup menakutkan aku. tapi jarang-jarang pun, aku ingat aku pernah kena belasah dengan dia sebab balik pukul 10 malam. depan family aku, bapak pukul aku kiri kanan. aku menangis walaupun tak sakit, aku cuma terfikir kalau aku tak nangis mungkin aku kena lebih teruk lagi. malam tu, aku tidur kat sofa. belum pun tengah malam, bapak datang kejutkan suruh pindah dalam bilik, dia pujuk sebenarnya. jadi marah aku pada bapak tak sampai pagi pun. masa dulu, aku nak cepat-cepat besar, nak keluar dari rumah, nak pergi jauh-jauh, terutama bila ada benda yang menyakitkan hati, tapi bila dah dewasa ni, hati aku selalu meronta-ronta nak balik kampung, nak jumpa bapak, nak jumpa emak. rindu kat mereka.
Dulu aku pernah cakap dengan bapak supaya janganlah mati sebelum aku, biar aku mati dulu. tapi bapak kata semua orang akan mati, aku faham benda tu, cuma dalam fikiran kanak-kanak, aku tak boleh terbayang hidup aku tanpa bapak. sekarang aku rasa sangat dirahmati sebab bapak dapat melihat baby aku. baby aku pun masih ada peluang untuk kenal pada atuknya.
Masa raya tahun lepas, bapak menangis masa baca doa, bila bapak menangis, kami adik beradik apalagi, menitik-nitik airmata. mungkin bapak terfikir tentang usianya yang kian lanjut, mungkin juga bapak bersyukur masih diberikan peluang untuk bersama-sama keluarganya. tak siapa tahu, kerana masing-masing tak tanya. tapi anak-anak buah terutama yang kecik-kecik tu cakap atuk nangis ke? kenapa atuk nangis?. aku jawab jangan sibuklah. nah duit raya, main jauh-jauh.
malam harijadi bapak, bapak potong kek lepas kami membaca doa bersama-sama. semoga Allah lanjutkan umur bapak, itu yang kami sebut dalam doa kami. bapak nampak gembira, ambik gambar dengan emak. emak macam biasalah, termalu-malu bila gambarnya nak diambik. meriah rumah bapak malam tu. semua lampu dibuka, hampir semua anak-anaknya berkumpul. bila kek dah dipotong, laksa dihidang dah habis dimakan, anak-anak buah sibuk berkerumun kat notebook tengok YouTube, aku berdiri sebelah bapak. muka bapak aku cium. aku peluk insan yang sangat berjasa dalam hidup aku dengan penuh kasih. aku cakap kat telinganya, selamat hari jadi bapak.
Popularity: 4% [?]

Processing your request, Please wait....
bestnya ada bapak agi….huhuhu…aku dah takde bapak…nak masuk 4 tahun dah…tapi rindu tak tau nak describe la…sentiasa di ingatan….arwah mak pon sama….rindu sangat….
message in a bottle aku ialah….hargailah parents anda ketika mereka masih ada….
AL-Fatihah utk semua ibu bapa yg telah pergi….
Like or Dislike:
0
0
so sweet.. aku pun paling cayang bapak aku…
Like or Dislike:
0
0
humak aiii…nko nih buat aku yang tough serba vogeh jadik sayu pilu dan sebak dada lah beb!
bulan depan genap setahun bapak aku takde. memang gindu…masa dia sakit pun aku dah sediakala gindu. teringat masa aku tingkatan 6 tak duduk asrama, dia tanya nak bekfes apa aku jawab nasik lemak….. di hentam nyer tetiap ari beli nasik lemak sampai mak aku bising dia kata lama2 aku banyak lemak. errr….macam makbul je doa mak aku…lemak tepu manyak celah2 kulit aku nih.
besnyer sebab aku jadik anak paling dipercaya…jaga akaun bank dia…ehehe…. alaaa korang jangan pikir aku materialistik….. best per jadik akauntan bapak aku. mak aku salu bising tak pernah rasa duit bapak aku…peh tuh bapak aku cakap ….esok2 aku dah mati kau jugak yang dapat duit tuh. tup2 lepas bapak aku meninggal pencen minima 720 hengget. daripada 3 gatus lebey….iskkkk…. rasa macam bapak aku pi jumpa pak lah jer….kiranyer mak aku dapat ganda2 lagik….hmmmm….
bapak….. i lap yuh! ( kitorang cium bapak masa ari raya jer…..segan….sebab bapak punya lah garang. dia pun temalu malu kalau kene cium)
sekain.
Like or Dislike:
0
0
apa? daddy u minat kat i? wahhhh hepi betui i dengor..nanti i sign otograph kat daddy u ok…
setakat sign otograph jer la..hikhikhik… i tak suke arrr tuo-tuo.. i suke mudo-mudo jer hik hik hik…
Like or Dislike:
0
0
i paling cayang boiprend i….
Like or Dislike:
0
0
i pon palingggg cayang boifriend i tawww.. mudoss bergetah lagi…
Like or Dislike:
0
0
emm touchingnyer..
aku baru lepas kecik ati ngan bapak aku.tp bila pikir balik,apa sgtlah yg nak dikecik ati..dah byk jasa dia slm hidup aku.sabar jelah kalau kena sekali sekala ngan bapak
Like or Dislike:
0
0
bapak aku pun dh 16thn x de. memang rindu sgt kat dia.
Like or Dislike:
0
0
weh….kat sinih pun korang nak melawak aaa… bagi can ler dekkk. agak2 tak suka sedey2 pass away je ler….isk3.
Like or Dislike:
0
0
bpk aku thn ni umo dia 52thn. encem lagik wlu pn gg dia agk jongang sket. dia very karismatik. pkai pn ske smart2. dlu kecik2 x pnh dia libas kami. plg kuat pn dia dnda ala2 militari wat jln itik ke ktuk ktampi ke diri depang tgn ala2 scarecrow ke. cucu2 dia ank aku je dia brpluang jaga. si kecik tu nama man jugak mcm dia. ske ar dia dok panggei ‘man, man’.
Like or Dislike:
0
0
smlm pak aku bising aku x mndikn bdk2, x suapkn bdk2. sume hrpkn derg wat sndri. dia kata dlu aku smpi drjh 1 pn pak aku mndikn, suapkn. altho aku rasa bengkak hati gak sbb aku x sebertuah mak aku masih pny suami yg baik tlg bsrkn ank2. ni sume pn aku kna wat sndri. tp aku try amik +ve n tunaikn gak prmintaan pak aku. lgpn footstep dia proven kan? living proof nye aku sndiri.
pak aku mmg baik. klu xde hasutan dr mana2 pihak mmg dia xkn campur idup ank2. tp bila dia dpt bersuara a.k.a. mtk nasihat or pertolongan dia mmg masa tula dia basuh cukup2. dia byk guna diplomasi. dan dia x penah tinggal solat. kdg2 aku simpati dgn dia sbb dugaan dia kena hadap tp dia sabo je diam je. aku la ni berazam nak hepikan diri aku je. sbb dia penah ckp as long as u ar hepi, im hepi. aku da byk lukakan ati dia so now just nk elakkn membebankn dia dgn apa2 lg.
tang ank2 aku mmg dia yg nk jaga. at least keep him company and keep his mind bz.
Like or Dislike:
0
0
pak mak eton mmg mudo & ensyem lg taww!!…nyaris la mocik nak terpangei abang…ahaks..mak eton ckp jgn nnt mummy dia marah…heheheh…so kena la pangei uncle…hohoho….
Like or Dislike:
0
0
hahaha mocik ni ado2 jo… ni bila nak wat makan2 ni? ke xyh saya mai serbu umah je? tunggu bolian dgn batik depa tu tah bila nk jejak s.alam.. ngiahahaha..
Like or Dislike:
0
0
hari2 pun ado mkn2, selagi masih ado selero mkn, no poblem klu nk suh masak wat mkn2..kita leh tapau kan utk bape org, tp mai amik kita kt shah alam, kita masak mknan yg ada pakej lps mkn terus ngantuk sekali…ngiaahahaaa….
Like or Dislike:
0
0
Rse sebak mmbaca cerita ni & teringat kembali kisah2 mase dulu2 bersama ayah yg dah pergi dulu..mmg kdg-kalanya sikap ayah yg mudah naik angin menguji kesabaran aku..aku seringkali berbalah pendapat dgnnya..maklumlah kami sama2 angin tp bila d fikirkan kembali..aku sedar ayah mmg mahukan yg terbaik agar semua kehidupan ank2nya terjamin d kemudian hari..terimakasih ayah d atas segala jasamu memerah tenaga mencari rezeki utk mmbesarkan kami ank2mu..sesungguhnya kenangan indah bersamamu x kan pudar dr ingatan..walaupun ayah dah tiada d dunia ni..doaku semoga kau d tempatkan d sisi org2 yg beriman & beramal soleh..Al fatihah buatmu..
Like or Dislike:
0
0