08 JunNak minta pendapat


Salam,

Aku merupakan salah seorang andartu di bandar besar ini.  Hati aku ni, selalu tawar bila ada orang nak dekat. Mula-mula ok, lepas tu aku rasa tawar hati lalu mendiamkan diri. Aku cuba jugak untuk menerima sesiapa yang sudi tapi masih gagal. Sekarang aku berbelah bagi nak ambil anak angkat ke atau terus cuba mencari dan cuba membuka hati ku yang seolah ditutup sesuatu.

Tentang anak angkat pulak, aku takut aku tak dapat memberikan keluarga yang sempurna sebab keluarga memerlukan ibu dan ayah, baru anak itu dapat kebahagiaan. Betul tak?

Jadi tolong lah bagi pendapat, apa aku harus buat untuk melalui hidup yang begitu sunyi ini di bandar besar ini.  Terima kasih.

Popularity: 3% [?]

Processing your request, Please wait....

9 Responses to “Nak minta pendapat”

  1. macik bling2 says:

    umo bape??? anak ke brape dlm kuarga??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. normadiah says:

    assalamualaikum.. adik boleh email norwati.. sy tengok dia benar2 ingin membantu wanita kesepian mcm adik..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. tukang risik says:

    makcik pun menunggu respon norwati

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. sue_06 says:

    Terima kasih. Aku tak tahu aku sanggup tak berpoligami. Sesiapa yang nak berpoligami perlu tabah dan kuat. Tak semua lelaki tahu apa itu poligami dan mereka tidak tahu betapa sukarnya tanggungjawab dan apa yang bakal mereka terima di akhirat kelak sekiranya tidak berlaku adil.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. akupasrah says:

    Saya setuju. Hubungi Norwati

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. akupasrah says:

    Cuba lakukan 3 perkara:
    1. Baca semua tulisan Norwati dalam DCCK blog.
    2. Dapatkan email dia, PM dia, nombor telefon dan kemudian jumpa dia.
    3. Beritahu kami jika Norwati setuju atau tidak untuk berpoligami dgn sue_06. Nyatakan sebab2 dia setuju atau tak.
    Saya yakin Norwati seorang yg berhati mulia dan akan membantu kesunyian sue_o6.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. seketeri norwati says:

    Puan norwati,
    sila hubungi Sue-06 dengan kadar yang segera. Sue jangan bimbang norwati akan memberi bimbingan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. reader 2 says:

    Eh… kesian kat dia. Dia bermasalah, kita macam main mainkan dia. Tapi bagus juga kalau dia ikut cadangan ni. Tentu hidup gumbira. Itu pun kalau norwati memang masih ada suami, tentu bertuah sungguh somi dia.

    “Sekarang aku berbelah bagi nak ambil anak angkat ke atau terus cuba mencari dan cuba membuka hati ku yang seolah ditutup sesuatu.”

    Pendapat saya, cuba cari punca kenapa hati tertutup tu. Saya tak faham sangat kenapa orang nak tutup pintu hati, tapi teringin nak merasa.

    Satu nasihat saya, kalau nak mencari suami, jangan harap yang bagus sangat (spt suami orang yang stabil) tapi kalau boleh, cari yang masih bujang atau tiada isteri. Biarlah dia tak stabil, bina hidup baru dengan dia dan kukuhkan hidup bersama dengan dia. Bukan nak cari orang stabil dan runtuhkan kebahagiaan orang lain. Sebab mungkin isteri dia pun kena bina hidup dengan dia dari awal dulu dengan susah payah. Bila dah senang jer, pompuan lain senang senang nak tumpang gitu jer, awat tak buleh bina sendiri ker ?

    Kalau perempuan hanya nak lelaki yang stabil sahaja dan anggap suami orang paling bagus kerana stabil memang mementingkan diri sendiri.

    Kalau nak kawin dengan lelaki yang bujang atau duda, tak ada sapa pun nak marah.

    Bukan mudah nak kawin, tapi bila kita kawin, kena kena ingat, kita boleh rancang macam macam, tetapi, akhir sekali Tuhan juga berkuasa. Jadi, rancang saja la… kalau tak jadi macam kita rancang (ie somi jahat, somi curang, somi kaki pukul), kita bertindak ikut perkembangan selepas itu. Kita ni bukannya buleh tahu masa depan kita nak jadi apa. Redah dulu…

    Tapiiiiiii… kalau berjumpa dengan lelaki yang memang dah dari awal lagi jahat nak mampus… jangan la pulok cari nahas. Cuma jangan anggap semua lelaki akan jadi jahat lepas kawin. Berdoa agar kita dapat lelaki yang baik dan dia baik dengan kita sehingga akhir hayat kita.

    Huhuhu… harap paham kot ?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. reader 2 says:

    Lagi satu, jangan ikut sangat nasihat Norwati tu. Ada yang betul ada yang tak betul skit dia tu. Kalau kita ni peramal masa depan, mungkin kita akan bersedia semuanya.

    Macam nak berniaga la… ada untung ada rugi. Tak kan sebab takut rugi, tak payah berniaga. Orang yang berjaya tu pun, rasanya mula nak berniaga tah ker rugi/jatuh 100 kali.

    Nak kawin pun macam tu juga… Tak kan sebab kita tak mau bermadu atau kita tak mau dikecewakan, kita terus tak mau kawin ? Atau, tak mungkin takut bila suami banyak duit nanti, kita pun sanggup la bersusah payah tak berusaha sama ?

    Jangan jangan… salah konsep norwati tu.

    Perkahwinan adalah satu ikatan yang murni dijalinkan atas persefahaman dan tolak ansur serta cinta dan yang penting sekali kepercayaan.

    Kalau semua tu tak ada, kita tentu tak suka hidup bekeluarga. Semua itu yang isteri harapkan dari suami dan cuba berbahagia dengan harapan dan anggapan tu. Jika akhirnya tak seperti yang diimpikan, itu bukan salah isteri. Sebab kita manusia, kita ingin bahagia.

    Cuma, bila kita datang meratap di DCCK, bukan bermakna kita menyesal kita buat apa yang kita buat, tapi kita ingin meluahkan perasaan agar kita dapat bangkit semula.

    Saya pernah rasa, dan saya dapat bangkit semula. Jadi, saya tahu apa yang orang meluahkan di DCCK mahukan.

    Cuma, kalau ada yang berdegil tak mau berubah tapi meratap di DCCK, itu amatlah membosankan…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.