Assalamualaikum,
Saya ingin memberi pendapat mengenai DCCK. Saya rasa sangat berguna DCCK sebagai media untuk meluahkan masalah dan memberi nasihat dan pendapat serta yang penting berkongsi pengalaman.
Saya pernah join yahoo group untuk satu masalah yang saya hadapi. Waktu itu, saya bermasalah untuk dapatkan anak (lambat dapat) dan juga masalah dengan suami. Waktu itu (lamaaaaa dulu), saya tidak jumpa tempat untuk share masalah tu.
Tapi, dalam group tu (orang putih), saya dapat semangat dan cuba bangkit semula. Biarpun mereka bukan orang Islam yang menasihat berdegar degar mengenai Islam, tapi pendekatan yang mereka guna sangat menyejukkan. Semua ada seperti dalam DCCK. Gurau, senda, gelak, ketawa, nasihat dan tips yang sangat berguna.
Bukan bermakna, dengan group tu saya dapat apa yang saya mahu sekarang, tapi dengan join group tu, saya dapat kekuatan. Apa yang saya ada sekarang, semuaaaaaaaaa dari Allah juga. Selain daripada di alam maya, saya juga dapat kekuatan daripada teman sekeliling saya (yang terpilih).
Saya rasa ramai yang begitu. Saya bukan ingin ceritakan mengenai kisah hidup saya,tapi saya ingin berkongsi pengalaman saya di hospital dengan DCCK.
Saya telah punya anak 4 orang. 2 lelaki 2 perempuan. Anak saya yang 3 saya bersalin di hospital gomen Perlis. Anak perempuan (2tahun lebih sekarang). Saya bermasalah sebab uri di bawah menyebabkan saya ditahan di wad dari minggu 31 hingga 38. Anak saya yang sebelum itu, saya bersalin dengan mudah sangat (bagi saya mudah sebab sakit cuma 6 jam, orang lain berhari hari mungkin.)
Semasa dalam wad tersebut, saya sangat tertekan pada permulaannya. Saya sangat rindu pada keluarga saya. Waktu itu, anak saya yang pertama dan kedua pun masih kecil. Walaupun tiap hari mereka datang, tetaplah saya menangis malam malam kerana rindu.
Dan pada permulaan saya di situ, saya dapat kekuatan daripada kakak dan adik senior (berada lebih lama di situ atas pelbagai masalah).
Saya mendapat kekuatan bila tahu masalah mereka lebih besar dari masalah saya. Saya mendapat kekuatan kerana rasa persaudaraan yang mereka tunjukkan. Begitu juga dengan misi misi dan doktor yang sangat baik.
Dan waktu itu juga, saya melihat mereka yang keluar masuk hospital. Ada yang keluar dengan gembira, anak yang lahir sihat walafiat. Ada yang keluar dengan wajah sedih, anak terpaksa masuk NICU atas pelbagai masalah, ada juga anak meninggal. Ada juga yang lepas bersalin, ditahan diwad sebab tak sihat lagi.
Dan, waktu itu saya mula sedar, saya perlu berperanan membantu mereka. Biarpun perut saya sendiri terboyot boyot, saya membantu meringankan beban mereka.
Tidak perlu saya beri tips yang sangat panjang pada mereka yang sedang sakit bersalin. Saya hanya mengurut belakang mereka dan juga memegang tangan mereka di saat mereka sedang menahan sakit. Saya mengajak mereka menyebut nama Allah bila mereka sakit.
Ada juga saya bertanya pengalaman dan persediaan mereka (orang yang berada disebelah saya asik bertukar ganti, sedang saya tak juga bersalin salin). Pastinya waktu itu mereka sedang tenang, menanti waktu sakit datang.
Mereka cakap, mereka buat semua yang orang cakap, baca yasin, baca quran, makan telur dengan teh panas, minum air selusuh dan macam macam lagi.
Ada yang buat begitu, bersalin dengan mudah. Ada juga yang buat begitu, saya lihat mereka berakhir di dewan bedah sebab tidak dapat push/bersalin dengan mudah.
Tapi, saya selalu nasihat mereka, minta maaf dengan suami dan minta suami doakan (bila tiba waktu lawatan). Itu beri kekuatan pada kita juga.
Bila berada di wad tanpa suami dan saudara terdekat, hanya teman se’wad’ sahaja dapat membantu.
Dan bila mereka sakit, hanya teman se’wad’ juga yang mendengar mereka merintih. Dan biarpun waktu mereka merintih, kita sendiri pun kekadang sedang menahan sakit.
Bagi yang ada pengalaman, tentu saja mudah menghadapi saat-saat sakit tu, tapi bagi yang pertama kali, tentu saja panik. Biarpun persediaan dibuat macam macam, bila terasa sakit yang sebenar, baru mereka tahu dan mungkin tidak menjangkakan sakitnya begitu. Tapi, apa yang saya cakap, ‘Jangan risau dik, sakit tu memang macam tu”, sambil saya urut belakang dan pegang tangan dia dan nasihat dia sebut nama Allah dan tarik nafas.
Saya tak patut tanya dia waktu dia sakit tu, adakah dia tak minum air selusuh ? Atau, adakah dia tak makan telur mentah dengan air teh ? Saya juga tidak tanya dia, adakah dia bergaduh dengan suami dia ? Lagi lah saya tidak patut marahkan dia waktu dia sakit tu kalau dia tidak buat apa apa petua yang orang tua cakap.
Maksud saya, saya tak anggap sakit dia tu kerana dia ada buat silap apa apa.
Semua orang ada bahagian masing masing. Semuanya Allah telah tentukan. Kita boleh bersedia, tapi bila Allah uji, jangan pula ada manusia lain pandai pandai cakap, ‘Itulah… aku dah cakap dulu….’, atau ‘itulah… korang tak buat senaman push…’ dan bla bla bla…..
Waktu itu, saya tidak tahu lagi bahagian saya. Adakah saya akan mati didewan bedah ? Adakah saya akan dibuang rahim atau adakah saya akan koma ? Adakah saya mampu jaga anak saya lepas dibedah?
Jadi, apa yang saya buat, saya bantu mereka. Harapan saya, bila saya perlukan nanti, ada orang lain bantu saya.
Saya lihat berbagai cara dan sikap orang yang saya dapat kaitkan dengan kehidupan kita. Ada yang bercakap besar belum merasa, tetiba bila terkena, baru menjerit. Ada yang dah merasa, bercakap besar, mereka bersedia, tapi bila diuji berbeza dari pengalaman yang ada, baru mereka faham apa yang orang lain rasa.
Tapi, bagaimana kita nak hadapi apa yang Allah telah tentukan ? Betullah dengan kembali pada Allah dan sebagainya, tapi orang masuk DCCK ini untuk dapat kekuatan lain lagi.
Kepada yang tiada pengalaman, kutiplah pengalaman orang lain. Kepada yang ada pengalaman, berkongsilah. Kepada yang tidak tahu apa yang perlu dikatakan, jadi lah teman yang baik, memberi semangat.
Saya lihat, ada orang marah bila orang berkongsi cerita di sini. Saya tidak faham sangat kenapa mereka begitu. Kita tak buka pekung di dada kerana orang tidak mengenali kita. Orang hanya tahu cerita kita sahaja dan cerita itu banyak berlaku pada orang lain juga.
Harapan saya, DCCK ini dapat menjadi medan pada kita untuk mendapat semangat baru dan bangkit semula dari kemelut rumahtangga atau kehidupan kita. Saya pernah dapat semangat dengan medan yang begini, tentu orang lain juga dapat.
Kepada Norwati dan yang sama spicis dengannya, harap cuba mengubah cara pendekatan nasihat. Sebab, orang tak masuk DCCK untuk mendengar ceramah agama. Orang nak berkongsi pengalaman dan mendapatkan tips bagaimana nak selesaikan masalah. Orang tak masuk untuk membaca buku.
Saya tidak pandai nasihat orang. Saya lebih kepada cuba beri semangat. Waktu saya bermasalah, orang sebut ‘Dear JEEN’, “BIG HUG” pun, saya dah menangis sedih dan terharu, sebab waktu tu, itu yang saya perlukan.
Nota kaki :
Oya… cerita sedikit pasal saya… saya dah rasa kena bedah akhirnya. Sakit giler, pedih perut macam dihiris (memang kena hiris pun). Anak saya lahir sihat walafiat. Dan 4 bulan lepas tu, saya mengandung lagi. Dan anak kecik saya sangatlah mudah, tak sampai setengah jam, keluar terus. Umurnya setahun lebih sekarang. Tanpa sebarang petua yang saya amalkan, tapi saya hanya yakin, saya mampu hadapi sakit bersalin daripada sakit tidak bersalin (tidak punya anak !). Dan saya juga yakin, orang yang sakit nak terjun tingkap (memang ada nih… bukan gurauan) masa bersalin anak pertama, selepas 2 tiga bulan, atau setahun, tentu terasa nak bersalin semula…. hahahaha…
Saya tetap join DCCK untuk dapatkan petua menjaga suami dari pengalaman orang. Hehehe…
Popularity: 7% [?]

Processing your request, Please wait....
Salam Jeen….
Bagusla kalau x pandang serong pada DCCK ni.Memang ada sesetengah orang yang x puas hati ngan blog ni cz sajer nak buka pekung di dada, nak citer masaalah sampai dalam kain..
Tapi di sini lah medan kita menyutarakan masaalah yang terbuku didada selain dari berkongsi dengan rakan dan taulan.Lagi pon di sini x nampak hanya di alam maya kan, namun segala masaalah kita dapat sama2 rasakan…
Saya pon berterimakasih pada DCCKian yang dah banyak bagi perangsang dan nasihat dalam melayari kehidupan. Walaupon sentiasa sebuk dengan urusan keja dan rumahtangga saya tetap akan meluangkan masa membaca kesah2 kat DCCK ni walaupon x mengomen apa2..Dcck tetap di hati!!!
Pada Jeen semoga bahgia melayari alam umahtangga bersama suami dan anak2 tercinta. Bersyukurlah Jeen cz ada semuanya tapi masih ada ramai orang2 yang x lengkap hidupnya di sebabkan perceraian di mana anak2 lah yang selalu jadi mangsa tiada tempat untuk bermanja.
Sempena sambutan hari bapa yang jatuhnya pada hari ahad minggu ketiga jun setiap tahun ni saya mengucapkan Selamat Hari Bapa pada semua bapa2 yang melayari blog ini. Semoga jadi bapa yang baik pada anak2 dan anak yang baik pada bapa!! Pada anak2 yang tiada bapa tu doakan lah kesejahteraan bapa samada hidup atau yang telah tiada….. Amin!!!!
Salam sayang semua.
Like or Dislike:
0
0
Akak joy,
Walaupun saya bahagia sekarang dan saya bersyukur sangat, tapi saya juga pernah rasa kesukaran yang orang lain rasa dulu.
Biarpun saya tidak perlukan lagi tempat luahan keluh kesah sekarang, tapi, saya doakan mereka yang pernah berada di sini dan di luar sana bertemu dengan bahagia yang dicari.
Amin…
Saya juga, anak saya sedang tercari cari hadiah untuk abahnya. Saya tahu, biarpun sekotak coco crunch, hati seorang ibu/bapa tetap berbunga… kan ???
Selamat hari bapa… untuk semua lelaki yang layak bergelar bapa…
Like or Dislike:
0
0
JEEN, sy rasa terharu dengan teguran anda yg berhemah tapi menanah jugak rasanya, walaubagaimanapun sy respect dgn u yg sudi menegur dan mengingatkan sy.
hmmm … mungkin benar kata2 awak tu, saya ni tak berpengalaman & tak tahu nak mengajar org sehingga sy ni bersikap kurang ajar walaupun sy banyak belajar.
kpd sume pembaca DCCK yg di hormati (dgn berbagai nickname & tagname) di sini, saya minta maaf atas ketidak wajaran sy. bagi sy beginilah cara yg terbaik utk belajar dari “public opinion”.
however…sy tetap menyokong poligami.
Like or Dislike:
0
0
dan sempena hi bapa ini sy juga ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada sume bapa2 yg melayari blog ini.
semoga jadi bapa yang baik, tunjukkan contoh bapa yg terbaik.
Like or Dislike:
0
0
loorrr… jeen ni pompuan kerr…. den hengat komen kat sebelah tuh jeen ni jantan gak…
citer masuk sepital… errr… yang beshnyer ado orang serve makanan, minum… ubat pun siap.. idakle terhegeh-hegeh kuarkan sendiri dari pack…
la ni ulang alik sepital serdang treatment asma anak… pelamak dokter-dokter baru grad… encem-encemmmm… abg long dah berangan nak jadik dokter bila besau… elokle tuh.. leh ibu dapat ubat pree…
Like or Dislike:
0
0
Norwati,
Banyak belajar bukan bermakna kita pandai sangat. Belajar dari pengalaman adalah yang terbaik. Saya mohon sangat sangat agar Norwati tidak mendabik dada mengaku tahu semuanya, sedangkan apa yang Norwati tahu dari pembelajaran hanya sekelumit dari pengalaman orang lain yang tentunya tidak sama.
Saya juga mohon sangat sangat agar Norwati memahami pembaca lain dan juga yang mengeluh di sini, sebab saya lihat Norwati banyak bercakap tetapi tidak memahami isu yang diutarakan.
Contoh poligami.
Kebanyakkan kita tidak menentang poligami jika dilaksanakan dengan baik dan mungkin sanggup terima dengan redha jika suami layak berpoligami.
Tapi, yang mengeluh di sini adalah kerana suami tidak layak. Sukar nak memahamkan anda topik tidak layak ini kerana anda tidak pernah rasa, dan biar seterang mana mereka bercerita, anda tetap tidak nampak.
Saya tidak faham kenapa anda buta dalam memahami masalah rumah tangga orang lain.
Anda menyokong poligami, itu hak anda. Saya juga menyokong poligami, tetapi poligami yang betul. Saya tidak menyokong poligami secara membabi buta.
Dan jangan harap orang yang tertekan dengan perangai suami dapat menerima poligami dengan mudah dan memaksa mereka menerima pandangan anda.
Jadi, ingin saya tekankan, saya juga menyokong poligami jika suami saya MAMPU.
Tapi, jika diberikan pilihan, orang seperti Norwati janganlah dijadikan madu oleh suami saya. Saya rasa saya tidak sanggup menghadapi orang seperti anda. Seksi dan menggoda. Saya tentu kalah sebab saya tidak seksi dan saya tidak menggoda. Kalau dia nak yang baru, biarlah lebih baik dari saya dan lebih beriman dari saya.
Saya hanya orang biasa yang sayangkan suami saya dan harap dia bahagia dunia dan akhirat.
Jika ada orang yang baik dan benar benar beriman di jalan Allah, ingin berkongsi suami dengan saya, Insya-Allah, saya terima dengan redha biarpun suami saya tidak mampu.
Insya-Allah… (bukan cakap besar tapi minta Tuhan bukakan pintu hati supaya perempuan itu dapat membimbing kami juga)
Cuma, masalahnya kalau suami saya atau orang lain, bila nak cari yang baru, tentu bukan seperti kriteria yang saya sebutkan. Mungkin orang seperti Norwati yang mereka cari. Yang seksi, yang muda, yang bersemangat dan satu lagi, yang tidak memahami perasaan orang lain.
Saya harap, suami saya dan suami orang lain mencari orang yang baik untuk dijadikan isteri.
Tapi, saya juga harap, orang seperti Norwati bertemu dengan lelaki yang benar benar mampu membahagiakan Norwati dan membimbing Norwati.
Saya berharap selepas bertemu jodoh, Norwati tidak lagi meracau seperti sekarang bagai orang kemaruk nak bersuami (Norwati, ketara sangat la !!)
Saya berdoa, jika ada disini yang LAYAK memperisterikan Norwati, silalah meminang beliau.
Penat melayan selagi dia tak bersuami.
Like or Dislike:
0
0
Batik,
Hahaha… baguih dok ado. Sempat lagi menjeleng dokter mudo tuh…
BTW, semoga anak cepat sembuh. Satu petua yang anak adik saya yang asma juga, dia minum sesudu madu setiap pagi. Insya-Allah, kurang skit dari dulu. Tapi, belum hilang sepenuhnya.
Ok.. semoga anak leh jadik dokter… dan leh dapat ubat pree…
(Kalau keje gomen pun leh dapat ubat pree jugak tau !!)
Like or Dislike:
0
0
ni haa… aku nak citer… sowi jeen sepah rumah ko… rumah geng-geng aku dah jauh kebelakang… maleh nak bertandang kat sana….
weih geng!!! kita ado tempak lepak baru la weih… yok yok..!!
minggu lepeh akhirnya aku dapat wat appointment gigi kat rumah aku ni haa… kalu wiken fullybook manjang.. nak pi hari lain takdok orang jaga cikenit aku… tengah fasa ganas giler tuh….
ngan kata len.. dokter gigi kat rumah ni memang tak cukup… so aku nak suruh anak aku jadik dokter gigi … lebeh-lebeh umur aku makin matang…(hik hik) kang banyak le gigi nak berdikari.. takmo menumpang kat mulut aku lagi….. (klinik gigi gomen tak banyak) so morak storinya…. tanamkan sikap suka belek gigi orang pada anak-anak anda…
Like or Dislike:
0
0
mano pi orang len nih…. belian kat ganu lagi.. bakal jadik mak anak ompatblas…. limo turun kay ell senyap-senyap takut kena serbu paparazi… eton masih mood hanimunnn…
Like or Dislike:
0
0
Lepak la batik oiii… tak kesah… nak makan ker apa ker, cari la sendiri kat dapur.
Lepas lepak karang, tolong la cuci pinggan mangkuk tu sekali…
Sakit gigi ker ? Saya pun nak cabut jugak, bukan sakit gigi, tapi gigi bongsu yang nyibuk menyempit kat molut. Tapi kena tunggu tahun depan, tahun ni duit gomen bagi dah abis dah buat cuci gigi semuaaaaa anak beranak… hehehehe…
Weh, belek pun ada gak yang rosak la. 2 orang anak ok jer gigi, 2 lagi dah makin teruk. Agaknya nak kena pakai gigi pelsu 2 orang tuh…
Batik… biasanya saya hanya membaca jer korang bergelak ketawa. Now, leh saya join sekali ?
Like or Dislike:
0
0
takat ni blum ada idea nak tambah2kan nasi.kat blog ni..baca je dulu…
Like or Dislike:
0
0
join je sekali… pree aje… sape-sape leh join… dorang ni memang cenggini… taim aku senyap dok tanya batik membuta ke sepanjang ari… taim aku merapu… dok le aku merapu sengsorang….
anak-anak pun cuci gigi? scaling ke? tak takut ke bebudak tu? bebudak ni umur 3-4 taun memang gigi itam depan.. udah dokter kata aku maleh jaga… anak orang yg tak gosok langsung leh pulak gigi putih melepak…
ada org kata tu genetik kalsium tak kuat… alasang baek untuk aku gunalah tapi dokter gigi tetap salahkan aku.. tu yg aku maleh bawak bebudak pi cuci… nak suh bapak depa je biar dia yg kena marah..
Like or Dislike:
0
0
bling-bling… ko lom amik adiah kat eton ek? ek elehhh…. xpired le adiah aku dahh…. kondom tu tinggal seminggu je xpired date masa aku anta kat eton tu ari…. hikhikhik…
Like or Dislike:
0
0
Hi Jeen Salamm
Bila baca blog awk ni dan apa yg awk tulis..betul gkk.Memang betul sgt sb ramai yg selalu bila baca cerita kita..ada yg akn condemn abis dan kutuk.Ada yg bg nasihat agama yg kita kita pn tau..cuma x mampu nk laksanakan.Org masuk blog ni sb nk semangat..nk sokongan dr org yg diorg x penah kenal.Org yg langsung x kenal kita bola berikn pangan yg lebih bernas+adil sebab mereka tidak mengenali peribadi kita.Berbanding org yg kita kenal..mereka berikan pndangan lebih kpd emosi mereka sendiri.
Like or Dislike:
0
0
aku pun nak wat gigi pelesu nih… entah bilalah tu.. kepohnya dari bulan-bulan lepeh… base seratuih, sebatang tigaploh hengget…. eemm… bodisop ke.. gigi pelesu… bodisop ke.. gigi pelesu…..
Like or Dislike:
0
0
Dari pengalaman sy watu ank sy masuk ICU sb asma..sy dapati ramai para ibu yg sedih..menangis kenangkn ank yg sakit(wad pediatrik).Ada yg xnk bergaul dgn org..temenung dan ada yg menangis sorg2.Sy dekati salah seorang dan die nangis kerana anknya demam x kebah(meningitis).Sy pn kongsi pengalaman sy..ank sy yg sulung tu meningitis..kena tahan ICU selama dua bulan,masa tu die br 3bln.Dan doktor amik air tulang belakang utk pastikn virus.Tp alhamdulillah..ank sy skrg sihat..normal walau org kata ia bole jd lumpuh..sebenarnya lumpuh sb dh lambt.lepas dgr cetira sy..die pn turut tgk ank sy..alhamdulillah die dh ok ckit..dh bole senyum dan bergaul dgn ibu2 yg lain.kdg2 kt wad2 ni kita kena caring,tnya prob mereka secara berhemah.kita dpt menolong secara emosi dan waktu ank sy discaj..die sedih sb x dpt jumpa sy lg.tp syukur sb sy tgk die dh ok..dh ceria.
Like or Dislike:
0
0
Dari pengalaman sy waktu ank sy masuk ICU sb asma..sy dapati ramai para ibu yg sedih..menangis kenangkn ank yg sakit(wad pediatrik).Ada yg xnk bergaul dgn org..temenung dan ada yg menangis sorg2.Sy dekati salah seorang dan die nangis kerana anknya demam x kebah(meningitis).Sy pn kongsi pengalaman sy..ank sy yg sulung tu meningitis..kena tahan ICU selama dua bulan,masa tu die br 3bln.Dan doktor amik air tulang belakang utk pastikn virus.Tp alhamdulillah..ank sy skrg sihat..normal walau org kata ia bole jd lumpuh..sebenarnya lumpuh sb dh lambt.lepas dgr cetira sy..die pn turut tgk ank sy..alhamdulillah die dh ok ckit..dh bole senyum dan bergaul dgn ibu2 yg lain.kdg2 kt wad2 ni kita kena caring,tnya prob mereka secara berhemah.kita dpt menolong secara emosi dan waktu ank sy discaj..die sedih sb x dpt jumpa sy lg.tp syukur sb sy tgk die dh ok..dh ceria.
Like or Dislike:
0
0
Batik..
Anak banak tu maknanya somi, anak anak dan maid…. hahahaha…
Maid cabut gigi, somi cabut, anak pun cabut… sendiri jer cuci.
Rasanya ada guna betulnya pasal gen gigi ok atau tidak ni (tapi mak dan arwah ayah JEEN semua tak ada gigi dah, tapi semua anak anak ok jer gigi)
Anak JEEN jer. Hat pompuan, gigi lawo tak reput. Hat jantan jer yang reput gigi macam abah diorang. Sib baik abah diorang reput gigi yang tak nampak, kalau reput gigi kat depan, tak tau la nak pandang kat mana…
Hehehehe…
Camno pun, kalau kita tua, mungkin semua gigi kita pun akan tanggal…
Like or Dislike:
0
0
Dinimia,
Baguslah kalau kita prihatin. Ada yang jenis tak prihatin, masa saya kehilangan anak pertama (setelah menanti bertahun tahun), komen komen ada yang sangatlah mengguris hati.
Mengenai kisah hidup dinimia, semoga, semoga ada jalan lain yang dapat dinimia ikut nanti.
Dan semoga bertemu lelaki lain atau bukakan pintu hati untuk orang lain biarpun dia tidak sebaik ex. Ex tu tidak baik sebenarnya… hanya perasaan cinta saja. Heran perasaan cinta tu… susah orang lain nak faham.
Like or Dislike:
0
0
weiii aku ado la.. ari2 aku nengok blog melainkan waktu2 abe jo menggunakan kose veto mengonker intenet. huhu.
gg aku da truk cikit ar. gusi mcm terhakis espeseli tang gg taring. tp aku takut arr p jmpa dentist.. ngeri2. err last aku p masa skola asrama dlu err err 3thn yg lalu. ai kan baru suwitsebenteen. hikhik..
Like or Dislike:
0
0
aku nk mkn cekelat pn kene agak2 tau. kna gosok gg cpt2 klu x ngilu je rasa. huhu cian aku yg muda remaja ni xkn nk pakai gg pelesu kot! batik tu len ar.. tarap hq dah.. mmg ptt sgt tempah skrg.. hekhekhek
Like or Dislike:
0
0
Mak eton,
Kat sini, ada satu klinik gigi yang best jer kalau cabut/cuci gigi. Tak sakit pung… mai la sini. Tapi mahal skit je la…
Klau pi spital gomen, sah sah sakit la….
Batik… gigi pelsu lama mak jeen ada lagi, nak free, meh la email, boleh JEEN postkan… hahaha…
Like or Dislike:
0
0
mak eton, ada treatment utk gigi terhakis tu, dun woli. Dia tepek jer atas gigi tu kasi tutup hakisan. Tp sesetgh dentist tak tahu pasal treatment ni. Sy tgk sendiri dentist buat, kejap jer sambil temankan anak pasang braces aritu.
Satu btg gigi yg ditepek kosnya RM 80. Anak spy punya braces treatment mak aiiiiii 6K, boleh dapek golang omeh sepasang 2. Anak nak ensem punya pasai, golang omeh ku lupakan..
Like or Dislike:
0
0
tima kasih jeen, doa you termakbul, dah ada dah, somi org gak.. (somi sapa yek?)
Like or Dislike:
0
0
eh eh…terusik lagi org di sini. saje jer… kasi u all terkezut, jgn maree
Like or Dislike:
0
0
lor mak jeen pak lah… ko pun pakek gigi pelesu ke? tak mo arr gigi ko takut kena swine flu… hikhikhik…
anak sulung aku yang encem yg menjadi rebutan mak-mak dara kat sini pung bakal pakek braces… gigi bertindih.. tapi dokter klinik swasta tu suh pi gomen je….
‘kak.. dia baru seplo taun.. kang umuq dobeleh, pi gomen daftar dapat pree….’
cakap pree memang sonang… sekali appointment ompat jam bertanduk aku menunggu… aleh-aleh jumpa dokter seploh menit je…huh..
pehtu kena jumpa 2-3 bulan sekali sampai 3-4 taun… sempat aku branak 2 kali lagik….
Like or Dislike:
0
0
Hai kawan2……. nampaknya blog jeen ni dah jadi tempat landing baru ye. Apa hal dok ckap2 pasal gg ni.
Ha tau x akak joy ni pon ada gg pelsu tau x. Kat depan lagi masa tu kak joy trainning kat kelang pas tu gg dah rongak…sampai ni la yang satu tu jadi pelsu, nak wat camner walaopon jonggang tapi kak joy gumbira pasal x menyakitkan lagi…. hehehehe.
Anak2 akak joy nampaknya semua inherit kak joy gg terkeluar. kakak kat indon tu braces dia dah btaun x bukak cz bila nak bukak je ada la pasal sampai g sana pon x dicide lagi bila nak bukak.
Anak yang lain semua dah wat appt nak pasang brases cuma abang bujang jer gg lawa… tu sah ikut paknyer.
Anyway kak joy bahgia dengan gg yang ada ni walaopon satu dah pelsu tapi yg lain ok. Nasihat kak joy leh wat kat luar tapi mahal berdenggung kalo ada wit banyak x jadi hal kot. Tapi mcam kak joy mesikin ni terpaksa rela la wat kat gomen…. lama pon x perrrr
Pada Jeen……. tahniah lah ada keluarga bahgia dan semoga Jeen dapat jadi ibu dan is3 yang terbaik dalam keluarga. Amin!!
Like or Dislike:
0
0
Pas kakak ni, nampak gayanya terpaksa la kak joy train seorang lagi anak akak jadi doktor gg pulak… kat sini ada banyak orang dengan masaalah gg kan so bz baik punya…
Amacam batik… leh la kita joint bukak clinic gg kan…cz anak batik pon nak jd dr gg…
Like or Dislike:
0
0
sini tu mano jeen? klu kat landen bek aku kumpoi wit tambang tu wat kat speselist swasta.. huhu
Like or Dislike:
0
0
my doter tu gg depannya jarang..klu pakai braces boleh rapatke???
lg 1 apa beza gg palsu dgn wat crowning…
Like or Dislike:
0
0
spy seniyer.. erk rm80/sbtg.. huhu pehni kene la kumpul wit ikat perut simpan wat tampal gg.. nk kumpul wit utk adiah batik lg.. dia nk tmbh askar 2 org lg tu. huhu.. kumpul wit utk adiah belian.. kumpul wit utk akk joy kawen lg. erkk tersedak akk joy. ngiahaha..
Like or Dislike:
0
0
Wah… mahalnya spy seniyer… kalau 6 ribu, 6 ketul la gelang omas JEEN ni (golang meh murah jer… kalau emas zulian, mau dapat sebeban nih)
Sib baik tak perlu pakai braces… tapi tak dapat jugak golang omeh… huhuhuhu…
Like or Dislike:
0
0
Batik,
Mak je pakai la yang pakai. JEEN lom pakai lagi gigi pelesu… Semua gg ori lagi nih. Nak ker ? Mak JEEN tak ada flu… hahaha…
Pakai mende tu tak sakit, so, bley la pi kat gomen. Tak apa la menanti berjam, sambil menanti, blogging la apa lagi, ilang la buhsan tuh…
Akak Joy,
JEEN dah tak kesah pasal anak gigi cantik atau tidak. Insya-Allah, kalau ada duit, semua buleh jadi cantik, kan ? Cabut semuaaaaaa gigi, mesti jadi cantik tersusun… hahahaha…
Gigi JEEN tak cantik, tapi penuh semuanya.
Baguih la, semua jadi doktor gg. Tak ramai doktor gg now, mahal plak bayaran tu. Kalau doktor ramai, harap bley la turun harga, kan ?
Terima kasih kak joy, semoga kak joy pung heppi gak.
Like or Dislike:
0
0
Mak Eton,
Sini tu, Jitra. Dekat dak ? Hahahaha…
Makcik bling bling,
Crowning lebih mahal dari gigi pelsu. Tapi dua dua pun pelsu gak…
Tapi, kalau ada duit, wat la crowning, lebih kelihatan asli biarpun pelsu…
Like or Dislike:
0
0
Norwati,
Bagus la kalau ada calon/suami yang memang layak. Cuma seperti saya, mungkin isteri dia pun susah menerima norwati kerana sikap norwati sendiri.
Cubalah minta isteri pertama suami/bakal suami norwati terima diri norwati dulu.
Kalau dia dah terima, ceritakan di sini betapa Norwati sedang bahagia, dan bagaimana poligami yang suami norwati amalkan.
Janganlah melompat sana sini, tapi kenyataan, norwati belum pun sah jadi isteri dia lagi.
Ceritalah pengalaman sendiri. Jangan cerita hal dari buku dan majalah. Penat orang nak baca.
Kalau norwati belum diterima isteri bakal suami atau madu norwati, silalah minta tips disini bagaimana untuk mengubah diri agar madu (isteri-isteri suami jika lebih dari satu) menerima norwati.
Saya rasa, topik nak mengubah diri norwati agar madu menerima dengan senang hati adalah lebih baik. Usah meminta orang lain berubah, sebab, yang paling senang diubah adalah diri sendiri.
Betul tak kawan kawan ?
Like or Dislike:
0
0
Mak cik2…. kalo gg doter mcik tu jarang kalo boleh dinasihatkan buat bridge lagi bagus kot pasal pa kawan akak dulu wat cam tu dah cantik. Selalunya braces untuk gg yang jonggang cam akak joy ni tapi zaman dulu manerla mak akak joy perasan benda2 cam tu maka jadi lah gg kak joy cam ni…. huhuhuhu..
Biasanya makcik bling crowning lebih cantik cz dia gg asli yang dikecikkan pas tu sarong ngan yang pelsu pas tu di semin supaya x tanggal. Tapi silap2 hari bulan bila gigit tulang ke atau benda keras leh tercabut gak. Cuma bagusnya crowning ni x ada tapak cam gg pelsu… Pada dasarnya adalah pelsu x ori…heheheheh.
Yela Jeen x kesah gg anak cantik ker x yang penting bila dah ada keje bagus cam doktor gg ( like batik son ) semua orang berebut nak amik jadi menantu kan.
Like or Dislike:
0
0
Amboi2 betuah kamu ye mak eton mengusik akak joy…. jangan jadi lavender yang tengah confues tu, tapi akak joy x kesah nak kata akak joy nak kawin pon …ehem2 tersedak lah akak. Kan usik mengusik tu tanda bahgia…
Pada Jeen tq very much pasal pa doakan kesejahteraan kak joy…
Like or Dislike:
0
0
eleh…. cik ton saje je ngungkit nak kasik adiah kat bakal anak aku… bukan dia tatau aku dah jadik hq… saja le tuh nak ngingatkan aku sebenonya dia yang branak lagik 2 tuh!!… maaaacam aku tatau….
hek kak joy… kalo share klinik ngan anak saya alamatnya untung bahgi 2… bila saya nak kayo nih!!… hikhik…
Like or Dislike:
0
0
ha’ah ler…crowning lg baik sbb gusi tak sakit mcm pakai gigi pelesu. Dh tu pulak leh jimat wit tak yah beli polident mcm minarwan pemain hoki tu.
walau reganya mahei la sikit, tp once in a lifetime installation jek.
sebatang seghibu, tp mana boleh buat sebatang sbb kena ada gigi pemegang kiri kanan. So paling kurang 3 btg, jadi ongkosnya 3 ghibu…uhukkk
queenie spent manyak gak buat kosmetik gg…tp aleh2 sang somi terpikat kat sebtg gg bwh yg terkuar cikit. Dia kata nampak cute jek…mujur gg tu tak dicrownkan wlu dh buat root canal…terus kensel mengenangkan somiku jatuh cintan kat gg tu..
moral of the stori la kan…kekdg yg tampak kurang sempurna tu la yg lebih memikat…hikhik
Like or Dislike:
0
0
Nak citer pasal crowning gigi ker hapa ker, tak pernah ada masalah gigi plak.
Cuma teringin gak nak suruh somi buat, biar cantik gigi dia. Tapi, sat lagi, dah cantik gigi, hensem sangat, dia mengorat orang lain, susah plak. Tidak pun, orang lain mengorat dia pun susah jugak.
Bior jer la gigi dia tu, yer dok ?
Like or Dislike:
0
0
Aaaar,,,,,, setuju lah ngan Jeen. Biar kan jer la gg cam akak joy ni.. heheheh.
Like or Dislike:
0
0
Hahahaha…
Biar jer dia camtu yer… biar kita jer rasa dia hensem… orang lain kata dia tak hensem pun tak apa…
Hehehe…
Like or Dislike:
0
0
Norwati…
Nak gelak buleh dak ????
Ada ker ketam nak ngajar anak dia berjalan betul ?
Rasanya kalau setakat norwati nak change bakal somi jadi alim… baik tak payah la…
Baik norwati cari jer orang alim lain buat suami. Tak payah la dok mengajar orang …. sesambil dating dan menyakitkan hati bini dia…
Kan ???
Sedangkan ustaz akhil tu pun isteri dia minta cerai… apatah lagi takat takat bakal somi norwati yang belum alim tu kan ?
HAHAHAHA….
Tapi, kalau nak teruskan… boleh saja… suka hati la dek non….
Sebab kalau saya jadi bini dia pun saya tak hingin sampai mati bermadu dengan norwati… saya rela tinggalkan somi saya untuk orang macam norwati kalau dia nak sangat, dari saya berebut. Tak berbaloi nak berebut untuk lelaki yang tak kenal kaca dengan permata…
Pendapat ikhlas saya, Norwati orang yang suka menyakitkan hati orang lain… tentu lagi sakit hati kalau jadi madu…
Jadi isteri baru kena pandai mengalah… tauuuuu…. dan norwati tiada criteria tu…
Jangan menyakitkan hati akupasrah sudah… kesian kat dia…
Baiklah jangan bagi pendapat kat page yang luahkan masalah dia tu…
Like or Dislike:
0
0
crowning? rasanya gigi dah nak out, belum cabut, cepat2 grind dan jdkan tunggul/akar utk pasang gigi palsu atas tunggul tu..
bridging, kikis gigi elok kiri kanan, pasang satu palsu tgh2 diikat ke gigi kiri kanan yg kena kikis tu (rugi sbb gigi elok kena kikis).. bakal rosak kalau karies melekat last2 rosak 2 biji plak kalau tak jaga baik..
implant.. korek gusi, screw dan pasang terus gigi palsu..
government ni lambat bukan sbb apa kaktek.. kurang dentist mcm kat hosp kerajaan juga..
gaji kecik, human resources sikit, pastilah kerja teruk, sapa boleh tahan dan ramailah yg quit.. selagi working condition kat hosp kerajaan tak meningkat kualitinya, selagi itulah org akan terus berhenti dan masuk private..
tak salahkan hospital kerajaan, sokong universal health policy, tapi sbb policy makers yg tak jaga kebajikan diorg yg sbbkan kualiti perkhidmatan turun.. sila lihat “Sicko” oleh Micheal Moore..
ke policy makers ni dah kowtim dgn private hospital? lagi teruk hospital gov means more bisness for them? and more “bonus” for policy makers?
Like or Dislike:
0
0
Dengar cerita AP ni, huhuhu… sib baik gigi saya masih sihat walafiat….
Nyilunyerrrrrrrrrrr kena kikis….
Like or Dislike:
0
0
Salam and hello everyone, please cite sikit pada saya pengalaman saudara / saudari yang pernah buat bridge gigi(bridge sahaja ok)..saya nie tgh dilema nak buat ke taknak bridge sebab takut hasilnye tak cantik atau ade ape2 side effect..jadi mengikut pengalaman korang, cite la macamana korang mase buat brige tu..sakit ke tak..lepas buat tu sakit ke tak..bape lame sakit tu..and if after dah ilang sakit tu korang ade hadapi ape2 masalah tak and nak cure nyer macam mana, please bagitau saya..ni add. email saya :wdt_arte@yahoo.com…pengalaman all of u sangat bermakna buat saya..please guide me
Like or Dislike:
0
0