Salam..
Ini hanyalah luahan rasa.. Saya tak marah kalau dikutuk dicela disini..hakikat perlu diterima.. Tapi saya lebih perlukan nasihat dan semangat.. tentang apa yang patut saya lakukan sekarang.. Tolonglah bantu saya supaya dapat bangun semula..
Saya seorang wanita bujang, terpelajar dan mempunyai cukup segala-galanya..rupa dan harta benda. Semuanya bermula dengan perkenalan saya dengan seorang lelaki.. biarlah saya namakan X saja.. Kami berkenalan tahun lepas secara kebetulan dalam masa singkat dan selebihnya berhubung melalui call,email,YM dan webcam skype.. X bekerja di luar negara.. dan cuma balik sesekali.. Pada mulanya saya menganggap X sebagai kawan..sering berkongsi masalah memandangkan bidang kerja X sama seperti saya.. Awal perkenalan saya sudah sedia maklum X sudah berkeluarga dan hanya ada perasaan hormat terhadapnya. Lama kelamaan, X jatuh hati tanpa saya sedari.. Dan pada satu hari X meluahkan hati kalau saya sudi menjadi isteri keduanya.. Agak mengejutkan saya kerana saya tidak menyangka akan menghadapi situasi begini..
Sebelum itu, X ada menyatakan bahawa salasilah keluarga X dan isterinya yang mempunyai ahli keluarga berkahwin lebih dari satu, dan X memang mencari calon yang sesuai utk tujuan itu.. Pada mulanya dan sebelum ini, saya tidak pernah terfikir yang saya akan terjebak dalam hubungan begini, tapi X dan saya bersolat meminta petunjuk berkali-kali..dan hati berat ke arah itu.. Maka bermulalah episod yang tak berpenghujung dalam hidup saya.. hai..entahlah..
Syarat saya pada X, hubungan dan perkahwinan kami tidak boleh dirahsiakan.. dan mesti direstui kedua-dua pihak. X memberitahu saya bahawa isterinya memberi kebenaran untuk bernikah, saya rasa agak sangsi tapi saya teruskan kerana pada masa yang sama saya mula menyayangi X.. Dipendekkan cerita, X telah pulang dari luar negara semata-mata untuk bertemu dengan orang tua saya memohon kebenaran hubungan saya dan X.. Pada mulanya ibubapa saya menentang hubungan ini.. tetapi melihat kepada kesungguhan dan keikhlasannya. hati ibu saya menjadi lembut tetapi tidak ayah yang mana tanpa pengetahuan saya, ayah menyelidik kebenaran kata-kata X seperti alamat rumahnya di sini, tempat kerja isterinya dan lain-lain lagi.. dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. Saya mula menyatakan hasrat hati di pihak saya dengan memberitahu adik beradik, mak angkat dan kawan-kawan..dan feed back yang diterima, ada yang menyokong dan ada yang kurang menyokong..dan minta saya berfikir habis-habisan.. Di pihak X pula, saya meminta dia untuk berterus terang pada isterinya.. dan X telah berbuat demikian.. Tapi apa yang terjadi, isterinya tidak dapat menerima hal X ingin berkahwin lagi.. Saya faham perasaan isterinya. Hati saya juga turut terluka dan merasa sedih apabila membaca email2 isterinya pada X yang X forwardkan pada saya. Memang pada mulanya dia memberi tapi mungkin selepas ramai yang menasihati, isterinya bertukar fikiran tidak merestui.. Saya juga buntu.. makayah sudah ketahui hal ini. X tetap juga mahu teruskan rancangan ini..di samping memujuk lagi isterinya berkali-kali..
Buat pengetahuan semua.. saya gagal cinta pertama pada umur 19 tahun, dan ramai lelaki yang pernah saya kenali tetapi terlalu payah untuk berjumpa yang sesuai, mungkin jodoh saya belum tiba. Saya sering kecewa dalam percintaan, ntah kenapa.. Tapi ada juga yang menyukai saya, tapi mereka telah berpunya..ntah kenapa hati terbuka untuk X. Kini saya berumur hampir 33 tahun. Saya terima X memikirkan keikhlasan dan niatnya pada saya. Saya memikirkan mungkin X jodoh saya. Saya menerima X setelah meminta petunjuk dari solat yang saya lakukan dan nasihat daripada kawan2 terdekat saya. Dan saya juga dapat merasakan X sangat serasi dengan saya.. Saya sedia berkongsi kasih walaupun saya tau saya akan hidup menderita dan menjeruk rasa.. Pelbagai aspek dari segi tekanan orang keliling, kehidupan selepas mempunyai anak dan masa telah saya fikirkan dan saya rasa bersedia ke arah itu. Saya ikhlas, jujur terhadap X. Tidak ada niat langsung untuk memusnahkan kebahagiaan keluarganya.. Saya akan undur diri jika perlu. Saya tidak akan merampas kasih sayangnya terhadap keluarganya.. Manakala X pula mampu zahir dan batin untuk tujuan itu. Saya tidak pernah mendengar X menceritakan keburukan isteri dan keluarganya..dan saya tahu X sangat sayangkan isterinya.. Dan kadang kala saya hiba bila X memuji2 isterinya pada saya.. tapi saya redha.
Setiap kali berhubung X akan membuat perancangan untuk berkahwin. Kadang kala saya give up..rasa nak undur diri. Tapi seumur hidup saya saya tak pernah sayangkan lelaki sebegini. X juga telah merancang untuk menikahi saya. Saya ikut saja flow ini..nak juga tahu apa kesudahan hidup saya ini. Bila X pulang ke Malaysia, saya amat terasa sunyi kerana amat payah untuk X hubungi saya berbanding di luar negara.. Dalam hati, kalau lepas bernikah nanti, lagi parah tekanan yang saya hadapi nanti..
Sekarang saya dalam dilema.. masih belum terlambat untuk saya undur diri.. Tindakan saya sekarang akan mengubah seluruh masa depan saya..hanya setapak melangkah ke hadapan, saya akan mempunyai kehidupan yang berbeza.. X pula mendiamkan diri sejak kebelakangan ini.. Rasa amat tertekan kerana saya tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang.. melayan cerita Korea dapat melegakan kerana saya dapat menangis semahu-mahunya..seperti saya heroin cerita itu.. Oh Tuhan..tolonglah hambamu ini.. Jika kali ini hubungan ini tidak menjadi, saya ingin membawa diri jauh dari sini..sambung belajar ke luar negara. Minta pandangan apakah yang patut saya buat sekarang..sangat menyeksakan rasanya sekarang.. Bukan kupinta semua ini..
Popularity: 24% [?]

Processing your request, Please wait....
Betapa dalam pun kasih sayang pd suami, betapa besar dan agung pun cinta pd suami, suatu hari nanti kita akan berpisah jua, sama ada kita atau dia, masing-masing akan ditinggalkan atau meninggalkan. Perkahwinan adalah salah satu wasilah (penghubung) utk bahagia di akhirat. Usah sibuk memikirkan siapa yg lebih bahagia atau siapa yg lebih menderita kerana adatnya hidup, sesiapa sahaja kadangkala gembira, kadangkala berduka.
Sementara ada kesempatan pandanglah suami dgn mata kasih syg. Tuai padi antara masak, esok jgn layu layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan. Bila suami betul2 dah tak ada lagi, jgn menyesal kemudian hari.
Like or Dislike:
0
0
Bunian….sabar….fikirkanlah anak2…memang menyakiti ditipu oleh org yang disygi…Agarabesque…bukan berdendam tp rasa tertipu selama 11 thn amat menyakiti…memang kita akan berpisah pd satu masa nanti…sengsara ditipu lebih teruk dr berpisah mati
Like or Dislike:
0
0
Kalau puan pernah mengalami kehilangan suami selama-lamamnya dan rasanya lebih teruk dari dikhianati,itu hak puan utk berkata begitu.
Apa yg sy rasa, dikhianati mmg sakit,tahu makna kalau org kata jantung berhenti berdegup. Rasa kecewa.
Tapi apa yg kita boleh buat dgn takdir apabila ia berlaku? Hidup dgn dendam shj sampai merosakkan diri atau cuba terima dan sesuaikan diri utk terus bahagia. Hikmah yg pertama, dpt melalui sendiri apa itu menyesuaikan diri dgn hukum. Suami berkahwin, bukan membuat dosa, tp kita menyusah2kan suami sehingga tak mampu berbuat adil, kita yg berdosa.
Like or Dislike:
0
0
tahniah cookie.. sy doakan cookie bertemu jodoh yg lebih baik dari X.. hidup seorang memang sunyi.. tapi itu bukan alasan untuk memperjudikan nasib kita di tangan suami orang.
klu agak2 rasa kaki berat nak melangkah, baca ayat ni.. hasbiyallahu laailaha illa huwa’alaihi tawakkaltu wahuwarabbul ‘arsyil ‘azim.. lebih kurang maksud dia.. cukuplah Allah bagiku dan kepada Allah aku bertawakkal.. (sila gugel utk keterangan lanjut. makacih..)
Like or Dislike:
0
0
suami tipu atau suami tak beritahu?
ada beza tu.
tipu ialah bila kalau dia dah kawen lg tapi kata tidak.
tak beritahu ialah bila dia kawen senyap2 dan tak maklumkan pada isteri atas sbb2 yg hanya dia yg tahu.
Like or Dislike:
0
0
pn. bunian.. as much as i understand ur situation becoz i have tasted that bitterness, still sy mintak simpati puan dan belas ihsan puan untuk memikir sejenak bagaimana sekiranya puan berada di tempat m2 dan terpaksa merahsiakan keujudan puan dan mengorbankan hak2 giliran puan semata2 untuk menjaga hati m1?
klu kenang kan sakit hati, tambah2 plak bisikan2 syaitan, memang puan akan rasa padan muka dia sapa suruh dia setuju menjadi isteri kedua bukan? apa pun puan kena balik pada hukum Allah.. tak ada satu pun di situ yg puan berhak untuk mempertikaikan tindakan suami puan. as much as it hurts so much, suami puan tidak pernah mengabaikan nafkah zahir dan batin puan dan anak2. kalau pergi fight kat court pun puan tak ada alasan yg kukuh melainkan tebus talak atau suami puan rela melepaskan puan. tapi sampai hatikah puan melihat anak2 terkapai2 tanpa keluarga yg lengkap?
madu puan telah hidup 11 tahun dalam “gelap”. bersuami tp macam x bersuami. anak macam berayah tp x selalu balik. selama 11 tahun tu juga puan telah mengecapi kebahagiaan.
atas dasar ihsan, terimalah suami puan. anggaplah puan masih bermonogami. bila suami pergi rumah m2 ibarat pergi outstation. janganlah puan membayangkan bukan2, apa yg mereka lakukan bila bersama, apa yg suami hadiahkan untuk madu, semua bayangan2 tu adalah useless dan hasil dari bisikan hawa nafsu dan syaitan semata.
life is to short to spend it with hatred and revenge.
Like or Dislike:
0
0
Kak Temah, memang saya nak sesangat jadi aadu akhak, tapi bang wolrd tu haa..dah kecut pulak. Timakcey ye kak masih bukak pintu untuk menerima madu, harap nanti tak jadi mangsa dendam. Akhak jangan dendam saya ngan abang wolrd cam puan bunian tu ye kak. Ni semua sebab abang wolrd yang tak wolrd tu, hampess tol. Abg wolrd pon dah hilag cakap pun tak guna.
Like or Dislike:
0
0
ketaqqqqqqqq….
Like or Dislike:
0
0
baik benor budimu ms world, ahkak pon tatau mana la abg world da menghilang, wit dlm tupperware ahkak da tinggai siling jer huu huu huuu..
aritu abg ko kata wit ahkak yg abg pinjam dulu dulu dpt gaji nanti abg ko ganti balik tp dari ari gaji sampai sekarang dia tak balik2..
wit gaji ahkak da abeh dijoli utk menghiburkan hati yg lara.. malangnya walopon wit abeh hati ahkak tak jugak hepi..kekadang rasa mcm nk bunuh jer ko ms world yg meruntuhkan kebahagiaan ahkak selama ini.. tp bila pk pk kang ahkak masuk jel abg ko lagi untung leh kawen len..kompom punyer la abg ko carik penganti berani ahkak kerat kuku tau!!!ahkak dok segar bugar telan bidadari ni pon dia pasang len inikan ahkak dlm jel…
so ahkak rasa tak payah la berdendam ngan ko.. kalu ahkak tergolong dlm golongan manusia teraniaya insyaalah allah tulung..ko pon berdoalah ms world eik agar dikurniakan jodoh yg baik kalu jodoh ko baik leh ahkak jd madu ko plak hik hik hik….
Like or Dislike:
0
0
norwati ahkak bohsan la baca cite teori ko tu.. ko bukak blog len arr boleh ahkak skip masuk blog ko..
Like or Dislike:
0
0
kak temah oooi, kail abg world tu panjang sejengkal je kot, ada gerun gak tu nak memancing di lautan api…sedangkan nak menyeberangi laut china selatan tu pun dia kena nek kapatebang..
tp kan klu dah gatai kailnya panjang atau pendek, ttp cari peluang nak gatai, nak cari gak org len gak mintak tlg garu, maklum lah jari kak temah tu shape mcm batang mop, abg tu nak cari org yg jari tombak serai baru sedap rasa di garu2, lg dan garu lg..8, 8 lg…ahaks
tak pe kak timah, kak cari ilmu cengkaman rimau, cengkaman tapir sume tu, alah nak kata abg world dah kena cakar rimau pun tetap gak gatai, sure kak timah penahbiasa garu & cakar2 kan tmpt yg gatai tu kan??…ngiahahha…
Like or Dislike:
0
0
cookie, at last x jadi.. wah tentu isterinya gumbiraaa sgt,
actually.. baguslah, aka understand how do u feel, so what should u do? through my experiences, i would like to suggest u ask yourself “what do u love and wanted to do if (let say, ditakdirkan u takkan kahwin until u die – dono until what age lah – that’s the worst scenario), i suggest u do something good for our community, for our next generation and so on). something that u love and enjoy doing it, u could contribute so much fo the communiti.like me myself i enjoying meeting with a lots of people, exchange ideas, experiences, expertise and etc. tetapi i tak minat politics (membuatkan bangsa seagama kita berpecah/berpuak2, very difficult to convincing people)lagipun dlm malaysia ada banyak association spt cancer, org buta, anak2 yatim & orang tua, bulan sabit merah, perkasa dan macam2 lagi. beside u could contibute untuk bangsa u, u also boleh beramal, menambah kenalan, learn s a team work and etc.
so u taklah sunyi infacts it make u very busy, especially u take part as a chairman or exco member. it’s is very interisting. tak percaya cubalah..
Like or Dislike:
0
0
kak temah.. buhsan n bosan w my teori.. pleaseee,
Like or Dislike:
0
0
Norwati.. ur name was so popular.. Everybody is talking about you.. And i m glad to see u here.. Anyway, thanks for the comments and suggestion..
Well.. sebelum jumpa X.. saya dah planned macam2.. Yang terutamanya nak sambung pHD tu la..abroad.. Sebabnya saya nak pergi jauh2 dari bumi Malaysia..kerana ingin menukar persekitaran hidup.. Tapi bila dah jumpa X, saya menukar cita2.. saya beli rumah dan tukar kereta sebab dah merancang ke arah perkahwinan.. Kawan saya dah ambilkan borang sambung study tapi i just ignored n buang jer dalam tong sampah..hehe..
But now.. rasa nak sambung semula..dan sekarang sedang prepare proposal untuk apply scholarship..
Well.. ur suggestion is very good.. Memang saya suka buat kerja2 macam tu.. memang saya nak sibukkan diri..supaya tak rasa sangat kesunyian di hati.. Buat masa ni saya duduk bersama ibubapa.. jadi saya rasa masa agak terisi.. Tapi mungkin sangat sunyi bila tinggal bersendirian nanti.. Menyesal juga membeli rumah yang besar tapi duduk seorang nanti.. X juga yang sukakan rumah tu dulu..huhu.. But i’ll take sometimes to survey on that matter.. Bagus juga kan..
Satu lagi.. ibu saya agak berumur.. Dan dia selalu berkata teringin melihat saya berumahtangga sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.. Pilu saya mendengarnya.. Saya selalu cakap jodoh saya belum ada..dan saya tak sebarangan memilih lelaki. Mungkin persekitaran saya yang mana kawan2 yang dah berkahwin mempunyai banyak masalah rumahtangga yang kritikal membuatkan saya agak takut.. Tapi forumer jangan fikir saya menerima X disebabkan ibu saya.. Saya sangat menyanjungi ibu kerana walaupun sudah berumur dia dapat memahami situasi saya dan X. Mungkin sebab dia seorang yang berpelajaran dan ada pengetahuan agama yaang baik. Saya pernah bertanya padanya dulu lagi..’Kalau ayah nak kawen lagi, mak bagi tak?’.. Dan jawapannya ‘Kawenlah.. Mak tak kisah..anak-anak kan ada. Asalkan dia bahagia’.. Cuma yang ruginya, ayah pula yang tak mahu menambah cawangan..hehe. Jodoh yang sudah menjangkau 40 tahun dan dari apa yang saya nampak.. sikap sabar,berkorban dan telus ibu saya serta sikap jujur ayah yang mempertahankannya..
Setiap kali rasa tertekan, saya akan meluahkan rasa saya seperti dia kawan baik saya sendiri.. Dan apabila X mendiamkan diri begini, dia melihat keadaan saya yang agak tertekan dan selalu memberi semangat pada saya.. Dan pada satu pagi sebelum ke tempat kerja di mana saya sangat terkenang2kan X.. Ibu mungkin dapat membaca perasaan saya dan berpesan.. ‘Janganlah sedih-sedih.. Mak kesian dengan kau..Sudahlah tu..Lupakanlah dia…’ Semasa memandu ke tempat kerja pagi itu..saya menangis semahu-mahunya..hmmm..
Like or Dislike:
0
0
warghhhh.. oh kak temah wakakaka..
adeh pocah perut den adoiii… nasib bilik kosong takdo dah pak2 arab tengok napo golak bosar.. hehehe
Like or Dislike:
0
0
kak temah alias limau?? hehehe.. gotcha..
Like or Dislike:
0
0
ha ha ha….cakar & garu…
ko apiwat kemain ko gelak ek…
standard yg masuk DCCK ni, ada yg bingung, ada yg ngang, ngok, wel2..yg well tu tp ada wel-wel ni len skit arr pingat kurnianya.wakakaka.ini la gelanggang utk melauhkan segala2nya
Like or Dislike:
0
0
sabo ler cookie. Dlm 3-4 tahun lagi ok la tu. Sikarang ni tgh mcm yo-yo lagi tu. Kejap ok kejap ko. Sekali dia kontek balik mesti adrenalinmu mengalir mcm paip bomba bocor.Lepas tu cookie akan pening balik…ding dong ding dong…akan berputar – putar mcm boliwud dancers. Tapi sabor …sampai 3- 4 tahun baru ok sikit tu.
Like or Dislike:
0
0
janganla amek mase sampai 3 4 tahun.i rase setahun or dua thn dah boleh lupa..insyaAllah..
Like or Dislike:
0
0
ada 7 tahun lagi sebelum tahap mengandung berisiko tinggi.
Like or Dislike:
0
0
kesian ku membacanya….
sesiapa yang berhati mulia…nak dapatkan payung emas tak…..apa kata calling2 ngan cookie ni…besar pahala tu….
Agarabesque??? golden starfroot??? norwati???
Like or Dislike:
0
0
for those yg not married yet tu, just introduce yr bf kat cookie, nikah serentak……senang…..
cakap je tak guna…prove it…
Like or Dislike:
0
0
kpd apiwat piriyilpolpong dan mak eton, sebenarnya yg membuatkan saya berdendam tu sebab saya mmg dititu hidup2 oleh hb saya. Disangka outstation selalu, boleh dikatakan dlm sbln palin tinggi 8 hari dia di rumah. Yg lain2 tu entah di mana, walau dia tak abaikan tanggunjawab dia dari segi nafkah zahir tapi adilkah dia menzalimi saya sebgitu walau m2 tu disembunyikan selama 11 thn. Itu yg membuatkan saya berdendam, itulah yg saya rasa saya amat teraniaya kerana selama 11 tahun hb menghabiskan masanya dengan betina tu… dlm persoalan ini siapa yg diabaikan sama ada m2 atau saya? Utk pengethuan mak eton dan apiwat, suami saya bekerja di siam (hatyai) bukan jauh pun klu nak berulang alik, paling kurang 2 hari sekali, ini kdg2 melebihi 2 minggu. Alasan yg sentiasa diberi, sibuk!!! Memang pedih bila ingat saya terpaksa harungi susah senang menguruskan anak2 sendirian…. bagi saya wang bukan menjadi ukuran, yg penting kasih sayang dan masa bersama. Kini, suami nampak banyak menghabiskan masa bersama saya dan boleh pula menyerahkan tugas2 kpd staf dia… Sebenarnya bukan mudah utk memaafkan walau dia suami sendiri kerana terlalu banyak pembohongan… memanglah, kdg2 timbul keinsafan utk memafkan m2 tapi hati teramat perit mengenangkan dia memonopoli suami saya selama 11 tahun. Kini dia sedang menjalani saat2 saya merasakan 11 tahun yg lalu…. seminggu cuma semalan suami di sana, baru padan dengan muka dia dengan keadaan dia sedang mengandung anak ke 2 kerana saya telah lalui semua tu dah lama dah….itulah sebabnya saya menjadi seorang pendendam, kerana hb dan m2 yg membuat saya menjadi manusia pendendam… entah sampai bila saya boleh memaafkan mrk. Perkahwinan saya bertahan sehingga ke hari ni adalah semata2 disbbkan 4 org anak saya dan juga mak+ayah. Klu bkn kerana mrk sudah lama saya bawa hati yg lara… kini saya menjeruk rasa utk membahagiakan org2 sekeling tmasuk m2 yg mmg x guna…
Like or Dislike:
0
0
hb saya kini dlm dilema, nak dilepaskan m2 sbb mualaf takut balik ke agama asal… nak lepas saya sampai mati pun dia kata x dilepas… walau sentiasa diungkap kata2 kalau boleh masa berpatah balik, dia ingin kembali semula sebelum 11 thn yg lalu…semalam pun dia masih meminta maaf pd saya… kesian mmg kesian tapi hati ini masih sakit… ini petikan kata2 mak angkat saya “mak masih ingat macam mana ayah keluar dgn perempuan tu di dpn mata mak, walau ayah dah x dak dah lebih 40 hari dah tapi mak sentiasa ingat masa2 dia menzalimi mak… tapi mak tetap berdoa supaya Allah mengampuni dosa2 ayah dan tempatkan ayah bersama org2 beriman, perit kerana pemergian ayah tidak sama peritnya semasa hayat ayah curang kepada mak, mak dapat rasakan apa yang +++h sedang rasakan kini, mak amat bersedih dan bersimpati dgn +++h, tapi bersabarlah demi anak2 yg sdg mmbesar…”.
Like or Dislike:
0
0
owh gtu ke serindit.. err aritu bunian tgk2 serindit yg jwb. ok klu centu kelakuan hb tu mmg la skt ati. hmm ssh gak nk ckp ni. apa pn serindit cuba lah ketepikan segala emosi seketika dan analisa situasi serindit secara waras apakah jln2 yg blh diambil utk mengembalikn keceriaan dlm hidup. dlm apa jua situasi, sbnrnya kita x byk pilihan tntg apa yg tlh terjadi, tntg kelakuan org lain dan tntg apa yg akan berlaku. namun kita hanya punya pilihan tntg bagaimana mengendalikan emosi kita.
sy x minta serindit maafkn hb. sy cuma minta serindit live a positif life. its easier said than done. believe me, i know. but at least give it a try. take a break or anything but never forget Him. klu dia x izinkan, semua ini xkn berlaku pada serindit. tp Dia dah izinkan maka pasti ada hikmah yg tersembunyi. carilah hikmah tersebut.
Like or Dislike:
0
0
kepada serindit..saya x pernah melalui apa yg puan rasa, tapi kalau saya di tempat puan, mungkin apa yg saya buat lebih dari puan buat. PEdih hati dikhianati dan ditipu selama 11 tahun x dpt sya gambarkan…saya pernah kata pada hubby, kalau one day dia buat kerja gila curang dgn saya…ada harga besar yg perlu dia bayar…saya kata kalau perkara ittu terjadi saya akan kemas kain baju, bawak anak2 dan bawak diri ke tempat yg dia x dpt cari sampai bila2.Terputus la hubungan dia ngan anak2 kesayangan dia sampai bila2.Kalau terasa nak buat, buatlah, tapi jgn menyesal kemudian hari…
Like or Dislike:
0
0
one one my relatif, bercinta ngan suami org, anak 2, nak kawin..mcm desperate sgt padahal umur baru 20-an, cikgu, lelaki tu pun cikgu, kenal masa buat praktikal.lelaki tu naks gt kawin walau is3 x izinkan.Yelah, perempuan mana sanggup bermadu.Akhirnya, si si3 diceraikan.Perempuan tu bukan main gumbira sebab dia x perlu berkongsi kasih, x digelar perampas suami org, dpt hak milik penih atas lelaki tu.Mak perempuan tu bukan main canang yg anak dia kawin ngan duda, lelaki tu dah ceraikan siteri dia, dan bercerai bukan sebab anak dia, tapi bercerai sebab memang lelaki tu dah x sayangkan is3 dia…Diorang kana nikah bulan 8 ni. Jauh disudut hati saya, saya sgt bersimpati pada bekas is3 tu.Hanya kerana kehendak nafsu utk kawin lagi x direstui,dia diceraikan.Anak2 yg x berdosa kehilangan sebuah keluarga bahagia.Ingatlah, membina bahagia atas penderitaan org lain, tak akan kekal lama..one day dia akan rasa apa g is3 tu rasa.
Like or Dislike:
0
0
oho baru kak bunian cerita details baru tau mcm mana.. maknanya kisah org teraniaya doa Allah makbulkan dan org yg aniaya tgh kena bala la ni.. hmmm..
rugi juga hehehe.. doa org teraniaya makbul, kalau doa Ya Allah masukkan aku ke syurga-Mu kan lagi best.. kalau makbul selamattttt ehhehe..
ye la kak bunian memang tak nafi memang syok bila pembalasan tu nampak depan mata.. tapi kalau pembalasan tu dah ada, tapi diri masih tak puas2 hati lagi, tak bertambah happy pun dgn org aniaya kena bala tu, itu dah mcm diri sendiri pun kena bala juga semuanya kan? tak tenteram2 hati? awat lagu tu?
rasanya byk kak DS cerita mcm mana nak neutralkan toksik emotion ni.. insha Allah lepas ni mudah2an kita semua dapat hidup dgn aman, hati tenang walaupun apa yg datang .. setenang perasaan sahabat nabi yg kena mcm2 tapi senyum jer terima segala ujian-Nya..
iktibar utk diri sendiri juga.. boleh apply kat sorang hamba Allah anak ketua kampung saya yg tgh jd samseng ni.. insha Allah..
Like or Dislike:
0
0
hmmmmm….itulah hikmah kenapa kita disuruh jadi pemaaf, bukan pendendam. memanglah doa org teraniaya termakbul tapi tengoklah hasilnya. Dendam sedang berbalas pun hati sendiri tak juga senang dan tenang. Masih sakit, masih pedih.
Semoga sesiapa yg sedang dan pernah disakiti mengambil iktibar. Tiada siapa yg untung dengan berdendam. Malah sikap berdendam itu membuatkan penderitaan yg dilalui tidak berbaloi kerana tidak membawa manafaat dunia akhirat kpd diri sendiri.
Like or Dislike:
0
0
bunian & serindit.. kesian, sedih pun ada dengar cerita ko rang.
tetapi.. “DENDAM” adalah sesuatu yg “makan dalam” kata org, ianya seumpama barah, daripada menyimpan dendam yg tidak ada apa2 kebaikan kpd dirimu mahupun musuhmu, lebih baik maafkan sahaja. Sebab apa yg saya belajar (kpd mak eton, mn jgn marah yea… teori ni memang selalu sy praktikkan).. antara orang yg hebat adalah org yang redha memaafkan musuhnya.
dlm konteks ini, ialah madu2 kamu. malah depa ni pun bukan org lain, orang islam kita jugak… maafkanlah.
Like or Dislike:
0
0
sebenarnya.. kita dlm dcck ini mmg tempat utk meluahkan rasa, dan tempat kita belajar megawal emosi serta menangani masalah rumahtangga.
sepengetahuan sy, masalah org perempuan (sy dapat yg ada kat sini) adalah masalah personal, hati dan perasaan.. benarlah teori kata, perempuan selalu berfikir menggunakan perasaan.
bila bercerita sekit, mesti nak cerita pasal hatinya yg sakit, yg parah, yg berduka lara & sebagainya. seolah2 wanita2 yg kat sini ada masalah hati yg teruk? benarkah?
Like or Dislike:
0
0
seolah2 masalah hati wanita islam ini sangat kronik, terutamanya yg berpoligami.
seandainya sy ni org yg bukan islam, pasti sy katakan Ya Allah.. tengoklah hambamu yg muslim ini sangat buruk perangai dan sangkaan mereka terhadap antara satu sama lain (walaupun sesama wanita), penuh dendam kesumat, sakit dan myakiti hati mereka.. tetapi kenapa kau menghalalkan sesuatu yg boleh merosakkan hambamu yg lemah itu? sedangkan engkau maha tahu?
Like or Dislike:
0
0
contohnya spt serindit,
u sepatutnya bersyukur yg hb u menikah ngan wanita yg telah diislamkanya (walau apapun alasannya), dan bukannya dia bersekedudukan atau berzina dengan wanita itu.
sepatutnya u melihat kebaikan hb u (yang sanggup memelihara agamanya, Agama Allah, menjauhi kemungkaran yg besar, dan menambah bilangan orang yg menyembah Allah) itu sesuatu yg lebih utama dan penting sebagai hamba Allah.
seandainya Allah boleh membalas kebaikan org yg mengislamkan seseorg itu dengan memasuki mana2 syurga yg diingininya di kemudian hari, mengapa u tak boleh menerima dan mengajarkan wanita itu dengan menunjukkan kebaikan dan keindahan dalam islam ini. bukan dengan membalas dan berdendam spt yg dikatakan.
atau u sudah yakin dgn pengorbanan u selama (11tahun) ini terhadap suami mu itu telah menjanjikan syurga utk mu?
Like or Dislike:
0
0
Mak Aiii..tak habeh lagi muntahzah bersyarah…jgn kecik ati gurau je. Hati tu lah yg tunjukkan kekuatan dan kelemahan manusia… Dalam lemah sebenarnya itulah kekuatan…
Pasal soal hati kesumat dan sewaktu dengannya, baru je sorang ustaz yang ubatkan orang kena sihir berkata,’kadang2 tak percaya orang melayu islam sanggup buat zalim begitu pada islam melayu yang lain, boleh kalah kejahatan yahudi, MasyaAllah…
Like or Dislike:
0
0
Kepada si manis ayu jelita cookie, jangan la jebakkan diri anda.. selagi boleh elak, elakkan diri anda k.. ada la jodoh anda ngan org lain.. sabar jer la skit.. kakak kt umo 40 baru kawin.. ilek ah.. anda baru 33 thn dah menggelepar ke…
kt ada kes kawan jadi bini no. 2.. sekarang ni bini no 1 dan buat ‘sesuatu’ kat somi dia, sampai tak balik2 kat umah bini no.2… kesian kat anak dia…. pompuan kalau marah boleh bertindak di luar kawalan.. kalau bini X marah sampai bertindak di luar kawalan sapa yang rugi… cookie, diri cookie dan keluarga cookie…
so… lu fikirla sendiri…
Like or Dislike:
0
0
jgn takut dgn sihir, tp takutlah kpd Allah. Kuasa Allah mengatasi kuasa sihir. Saya pernah cuba disihir dgn pelbagai cara, tp dgn perlindungan Allah, tak jadi apa pun. Alhamdulillah.
Bila kita lebih takutkan sihir drp meyakini kuasa Allah yg mengatsai segala sesuatu, secara tak sedar aqidah kita boleh tergelincir.
Berhati-hatilah dgn muslihat syaitan utk menyesatkan umat Islam.
Like or Dislike:
0
0
norwati, sebenarnya dulu saya pun pernah beranggapan spt kamu jugak (sblm hb saya kawen dgn m2 lah), pernah saya berkata kat kengkawan+family, klu hb saya dah kawen nak wat cam mana? saya terima sja coz dah jodoh sy mcm tu tertulis dimadukan, tapi klu hb sy blm kawen saya akan cuba halang…” itu kata2 saya sblm sy tau hb kawen.. tahu kenapa sy kata cam tu? coz saya terlalu yakin hb sy x buat mcm tu kat sy… tapi bila terlalu yakinlah yg mmbuatkan saya luluh sehingga ke hari ni… hilang semua kata2 tu sebab bila terjadi dkt kita, hanya kita saja yang tau betapa pedih, luluh, kecewa, pilu, sedih, sengsara, cemburu, sakit hati, benci, dendam…. segala2nya ada dlm hati kita… hanya org2 senasib spt saya sja yg tau…. seorang kwn sya, janda anak 3, dia berkata kpd saya “a..h, jagalah hb kamu baik2, dia org baik, kesianlah dkt anak2, jgn jadi mcm saya, bercerai pun x tenang, hidup berstatus janda pun susah… jadi a..h bersabarlah, banyak2 berdoa utk mencari keredhaan”, ayat2 m1 yg senasib dgn saya saja yg boleh menguatkan semangat saya utk teruskan perkahwinan ini…
Like or Dislike:
0
0
last week sy bertanya pd hb saya “klu ank perempuan abang ditakdirkan nasib dia mcm i, apa abang rasa? abang seronok ke? merah padam muka dia! “nak buat mcm mana bila dah jodoh, harap2 dia bertemu jodoh dgn org baik2″. Lepas tu sy berkata “tapi klu anak2 abang x mau kawen abg jgn salahkan depa ya!” terus dia diam!!! Lepas tu dari pukul 10:30 mlm sampai 1:30 pagi tak henti2 dia minta maaf pd saya, menangis2 merayu mohon maaf sbb menyusahkan semua org…. sedih kan bila anak2 terheret dlm dilema ini… saya sentiasa berdoa satu hari nanti akan tiba sinar kebahagiaan dlm hidup saya+anak2… saya x pernah rumah yg besar, kereta mewah. Apa yg saya sedang cari adalah ketenangan dan kebahagiaan yg telah hilang selama 4 bulan ni… saya mmg rindukan ketenangan dan kebahagiaan… hilai ketawa saya telah terkubur, entah bila akan kembali….
Like or Dislike:
0
0
best ke jadi bini no.2? best ke kongsi2 benda yg tercac*k tu… eiii….
Like or Dislike:
0
0
kalau diri masih anak dara cantik dan jelita kerjaya gaji ribu riban kalau boleh jangan bongok sangat pilih untuk jadi bini no.2, kalau dah janda anak banyak hidup susah lain la.. bongok betul anak dara zaman sekarang ni…. ish ish ish.. tapi anak dara sekarang ni susah nak cari yang masih dara.. sebab tu sukati jer bedal laki orang… huhuhuhu… cookie? ko masih dara ke? atau kau dah bagi kat X? huahuahuahua.. ko pergi cari orang bujangla…
Like or Dislike:
0
0
angol,
kita dipesan jgn terlalu membenci sesuatu perkara yg kita tak suka dan jgn terlalu menyintai sesuatu yg kita suka krn kita sendiri tak tahu apa yg tersurat utk kita semua di masa akan dtg.
bolehkah angol jamin 100% yg angol sendiri tak akan jadi isteri no 2, 3, atau 4 suatu hari nanti? Dan kalau bukan angol, mungkin anak2 dan keturunan angol pula?
Like or Dislike:
0
0
norwati kata “tetapi.. “DENDAM” adalah sesuatu yg “makan dalam” kata org, ianya seumpama barah, daripada menyimpan dendam yg tidak ada apa2 kebaikan kpd dirimu mahupun musuhmu, lebih baik maafkan sahaja. Sebab apa yg saya belajar (kpd mak eton, mn jgn marah yea… teori ni memang selalu sy praktikkan).. antara orang yg hebat adalah org yang redha memaafkan musuhnya. ”
saya kata.. betul saya setuju. tak apa saya tak marah. saya tidak meminta serindit untuk tidak berdendam kerana adalah perkara mustahil untuk menyuruhnya berbuat demikian dalam sekelip mata. its not an overnight process.
becoz i have been in serindit’s shoes la i did not ask her untuk tidak berdendam but i do ask her to live a positive life. that is actually the first step to overcome dendam. so i did actually ask her to not berdendam, in a more subtle way.
that is why i said to you, as and when you have tasted what we have tasted, you have worn the shoes that we wore, you will understand that practicing what you preach is not as easily done as preaching it. may Allah bless your life and not have to go thru what we have been chosen to go thru.
Like or Dislike:
0
0
angol… cookie dah terang2 kata she is not pursuing X anymore. makanya, kenapa mesti di attack peribadi cookie? putus kasih tu is already a heavy burden for one to carry and cookie is already courageous enuff to go thru it. usahlah di tambah dengan kata2 yang hanya menambah kekusutan.
Like or Dislike:
0
0
mak eton, saya rasa saya perlu communicate dgn mak eton klu mak eton pun mcm saya juga. Saya sedang mencari kekuatan demi anak2 saya… tapi mcm mana ya kita communicate coz x nak gang2 lain tau…
Like or Dislike:
0
0
serindit, saya mintak maaf.. saya hanya pernah merasai fasa dikhianati. saya belum sempat merasai fasa bermadu kerana saya tak sebertuah serindit. bekas suami saya tidak sebaik suami serindit. serindit tak perlu merasa dihina depan gf suami, dipukul depan anak2, dimaki macam2 even sampai sekarang walaupun dah 2 thn bercerai dan sy dah pun kawin lain.
tapi kalau serindit nak hepi2, nk mula fikir secara positif insyaAllah sy boleh bantu. saya sendiri pun suatu ketika dulu pernah sampai tahap meroyan kerana dugaan datang dari sejak preggy sampai melahirkan anak. pantang pun tak jaga sebab nak kejar hati suami punya pasal.
namun lepas je bercerai, sy dah xmo dendam apa2 dgn ex. sy xtau sy dah maafkan dia atau tidak. tp sy dah mampu untuk kenang semula apa yg dia dah lukakan hati sy dan sy tak merasa apa2. and it is a blessing to be able to live without hatred.
kdg2 the more we think about it the harder for us to keep walking. so ubatnya ialah, think less of it.
Like or Dislike:
0
0
serindit blh hubungi sy kat sini tokehzoo@yahoo.com. tapi lepas email tlg inform kat sini sbb sy jarang cek email tu.
Like or Dislike:
0
0
wahai serindit… kasihannyaaa… melihat wanita yg lemas dlm masalah mcm gini, sedih, memang sy tumpang sedih. tetapi pd pendapat sy u jgn terlalu memikirkan tentang masalah u… u kena relax, rehat, banyak bersabar….
Like or Dislike:
0
0
mak eton, frankly speaking, bila i baca ayat2 kat atas mcm bkn norwati jerr… boring, tak hot.
Like or Dislike:
0
0
haha i pun macam tak caya itu u. wonder jugak tah2 ada org len menyamar jadi norwati kot.. hoho..
Like or Dislike:
0
0
hurmm x balik lagi ni.. keje byk kat opis tp masih dok melangut kat dcck.. huhu cian hb arini x smpt ler nk masak.. ni penangan norwati ler ni.. haha..
Like or Dislike:
0
0