28 JunSeksanya rasa..


Salam..

Ini hanyalah luahan rasa.. Saya tak marah kalau dikutuk dicela disini..hakikat perlu diterima.. Tapi saya lebih perlukan nasihat dan semangat.. tentang apa yang patut saya lakukan sekarang.. Tolonglah bantu saya supaya dapat bangun semula..

Saya seorang wanita bujang, terpelajar dan mempunyai cukup segala-galanya..rupa dan harta benda. Semuanya bermula dengan perkenalan saya dengan seorang lelaki.. biarlah saya namakan X saja.. Kami berkenalan tahun lepas secara kebetulan dalam masa singkat dan selebihnya berhubung melalui call,email,YM dan webcam skype..  X bekerja di luar negara.. dan cuma balik sesekali.. Pada mulanya saya menganggap X sebagai kawan..sering berkongsi masalah memandangkan bidang kerja X sama seperti saya.. Awal perkenalan saya sudah sedia maklum X sudah berkeluarga dan hanya ada perasaan hormat terhadapnya. Lama kelamaan, X jatuh hati tanpa saya sedari.. Dan pada satu hari X meluahkan hati kalau saya sudi menjadi isteri keduanya.. Agak mengejutkan saya kerana saya tidak menyangka akan menghadapi situasi begini..

Sebelum itu, X ada menyatakan bahawa salasilah keluarga X dan isterinya yang mempunyai ahli keluarga berkahwin lebih dari satu, dan X memang mencari calon yang sesuai utk tujuan itu.. Pada mulanya dan sebelum ini, saya tidak pernah terfikir yang saya akan terjebak dalam hubungan begini, tapi X dan saya bersolat meminta petunjuk berkali-kali..dan hati berat ke arah itu.. Maka bermulalah episod yang tak berpenghujung dalam hidup saya.. hai..entahlah..

Syarat saya pada X, hubungan dan perkahwinan kami tidak boleh dirahsiakan.. dan mesti direstui kedua-dua pihak. X memberitahu saya bahawa isterinya memberi kebenaran untuk bernikah, saya rasa agak sangsi tapi saya teruskan kerana pada masa yang sama saya mula menyayangi X.. Dipendekkan cerita, X telah pulang dari luar negara semata-mata untuk bertemu dengan orang tua saya memohon kebenaran hubungan saya dan X.. Pada mulanya ibubapa saya menentang hubungan ini.. tetapi melihat kepada kesungguhan dan keikhlasannya. hati ibu saya menjadi lembut tetapi tidak ayah yang mana tanpa pengetahuan saya, ayah menyelidik kebenaran kata-kata X seperti alamat rumahnya di sini, tempat kerja isterinya dan lain-lain lagi.. dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. Saya mula menyatakan hasrat hati di pihak saya dengan memberitahu adik beradik, mak angkat dan kawan-kawan..dan feed back yang diterima, ada yang menyokong dan ada yang kurang menyokong..dan minta saya berfikir habis-habisan.. Di pihak X pula, saya meminta dia untuk berterus terang pada isterinya.. dan X telah berbuat demikian.. Tapi apa yang terjadi, isterinya tidak dapat menerima hal X ingin berkahwin lagi.. Saya faham perasaan isterinya. Hati saya juga turut terluka dan merasa sedih apabila membaca email2 isterinya pada X yang X forwardkan pada saya. Memang pada mulanya dia memberi tapi mungkin selepas ramai yang menasihati, isterinya bertukar fikiran tidak merestui.. Saya juga buntu.. makayah sudah ketahui hal ini. X tetap juga mahu teruskan rancangan ini..di samping memujuk lagi isterinya berkali-kali.. 

Buat pengetahuan semua.. saya gagal cinta pertama pada umur 19 tahun, dan ramai lelaki yang pernah saya kenali tetapi terlalu payah untuk berjumpa yang sesuai, mungkin jodoh saya belum tiba. Saya sering kecewa dalam percintaan, ntah kenapa.. Tapi ada juga yang menyukai saya, tapi mereka telah berpunya..ntah kenapa hati terbuka untuk X. Kini saya berumur hampir 33 tahun. Saya terima X memikirkan keikhlasan dan niatnya pada saya. Saya memikirkan mungkin X jodoh saya. Saya menerima X setelah meminta petunjuk dari solat yang saya lakukan dan nasihat daripada kawan2 terdekat saya. Dan saya juga dapat merasakan X sangat serasi dengan saya.. Saya sedia berkongsi kasih walaupun saya tau saya akan hidup menderita dan menjeruk rasa.. Pelbagai aspek dari segi tekanan orang keliling, kehidupan selepas mempunyai anak dan masa telah saya fikirkan dan saya rasa bersedia ke arah itu. Saya ikhlas, jujur terhadap X. Tidak ada niat langsung untuk memusnahkan kebahagiaan keluarganya.. Saya akan undur diri jika perlu. Saya tidak akan merampas kasih sayangnya terhadap keluarganya.. Manakala X pula mampu zahir dan batin untuk tujuan itu. Saya tidak pernah mendengar X menceritakan keburukan isteri dan keluarganya..dan saya tahu X sangat sayangkan isterinya.. Dan kadang kala saya hiba bila X memuji2 isterinya pada saya.. tapi saya redha.

Setiap kali berhubung X akan membuat perancangan untuk berkahwin. Kadang kala saya give up..rasa nak undur diri. Tapi seumur hidup saya saya tak pernah sayangkan lelaki sebegini. X juga telah merancang untuk menikahi saya. Saya ikut saja flow ini..nak juga tahu apa kesudahan hidup saya ini. Bila X pulang ke Malaysia, saya amat terasa sunyi kerana amat payah untuk X hubungi saya berbanding di luar negara.. Dalam hati, kalau lepas bernikah nanti, lagi parah tekanan yang saya hadapi nanti..

Sekarang saya dalam dilema.. masih belum terlambat untuk saya undur diri.. Tindakan saya sekarang akan mengubah seluruh masa depan saya..hanya setapak melangkah ke hadapan, saya akan mempunyai kehidupan yang berbeza.. X pula mendiamkan diri sejak kebelakangan ini.. Rasa amat tertekan kerana saya tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang.. melayan cerita Korea dapat melegakan kerana saya dapat menangis semahu-mahunya..seperti saya heroin cerita itu.. Oh Tuhan..tolonglah hambamu ini.. Jika kali ini hubungan ini tidak menjadi, saya ingin membawa diri jauh dari sini..sambung belajar ke luar negara. Minta pandangan apakah yang patut saya buat sekarang..sangat menyeksakan rasanya sekarang.. Bukan kupinta semua ini..

Popularity: 24% [?]

Processing your request, Please wait....

240 Responses to “Seksanya rasa..”

  1. norwati says:

    terima kasih ninit..
    “’kadang2 tak percaya orang melayu islam sanggup buat zalim begitu pada islam melayu yang lain, boleh kalah kejahatan yahudi, MasyaAllah… ”

    iya ninit.. sebab itulah Allah datangkan berbagai ujian kpd kita, dan dari situ dia menilai tingkat keyakinan kita kpeadanya.

    Pada pendapat sy org yg pergi (berbomoh/bersihir & seangkatan dgnnya) dan minta serta mendapat pertolongan dari bomoh ini, maknanya…tidak yakin dgn Allah yang selalu kita sebut Allahuakhbar dlm solat tu & masih nak minta tolong bomoh.

    yg paling sedih kena gomol, kena raba ngan bomoh … eeiii masih nk pergi jugak tuuuu… x fahamlah diorg tu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. norwati says:

    iya puan serindit.. u jangannnnlah ikutkan perasaan marah u sangat… kalau u marah sangat u mari sini, lepaskan kat block ni, cakaplah bagaimana susahnya hati awak tu (hanya yg boleh disiarkan untuk tontonan umum aje tau), biar kita sume kat sini baca dan faham apa yg tersirat di hati u. kalau boleh kami tolong, kami tolong, kalau tak dapat tolong janganlah susah hati… sesungguhnya pertolongan dari Allah adalah pertolongan yang terbaik.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. norwati says:

    puan serindit..
    i tau, u pasti tengah murung, kecewa dan frust sesangat…. bawaklah bersabar dan beristighfar.

    wah.. ini ada petua lagi..hmmm, rasulullah kata kalau kita tengah marah waktu itu kita tengah berdiri, elok lah kita duduk, kalau tak leh jugak.. ambiklah wuduk. selalunya at this time org biasa, dah cool down dh.

    (kalau kita tengah duduk eloklah ajak hb tu baring2, kalau tak leh jalan gak eloklah ajak main… he he he.. ini i yg tambah,..relax arr).

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. norwati says:

    dalam bab anak2 ni.. sy sensitif sangat…

    puan.. kalau kita tak senang, tak puas hati ngan somi kita… kaaalllaaauuuu boleh jangan libatkan anak2, jangan marahkan somi kita depan diaorang. kalau boleh jangan sampai dia orang tahu.

    kalau dia orang dah tahu, kalau boleh jangan burukkan ayah dia orang, jgn bukak perangai buruk somi kita depan anak2. sbb dengan cara itu akan membuatkan anak2 tidak menghormati orang tuanya.

    puannnn… maaf ye, kita tahu bila anak2 sudah tidak lagi menghormati orang tuanya, dia berdosa, dan bila anak2 berdosa atas cara kita tidak menghormati somi kita (maknanya anak2 blaja dr kita), secara tak langsung kita jugak berdosa.

    kita harus ingat tu.. bukan apa kekadang kita terlupa. sbb itu kalau bergaduh ke nak tempelak ker.. jgn depan anak2, tapi kat dalam bilik tidur.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. serindit says:

    kemarin turn hb sy d umah m2, pagi2 lps solat subuh dia cal. Bila dia d sana, i suruh dia cal i pagi2 coz nak dngr suara dia, sy ckp biasa2 sja dgn dia.. tapi kul 8 lebih sy cal dia pulak… mcm biasa bila hb sy ke rumah m2 saya x boleh tidur semalamam, klu tertidur pun akn terjaga juga…sempt sy buat istikharah smlm. Tadi dlm kul 8 pagi sy cal dia, tiba2 kami gaduh… sy dah minta berpisah… sy dah tak tahan menanggung sedih mcm ni bila dia ke rumah m2. Sy kata sy rela lepaskan dia demi kebahagiaan dia dgn m2. Tadi masa dia chatting dgn sy hampir 1 jam, dia tetap merayu utk teruskan perkahwinan kami. Dia kata tak sanggup dia bangun pagi x dpt cium anak2 ke sekolah dan cium sy ke tmpt kerja, biar dia mati dari nak hadapi saat2 mcm tu, tolonglah saya… malam ni akan tentukan sama ada sy teruskan hbgn dgn hb atau berpisah sec baik… sy dlm dilema..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. norwati says:

    puan.. bab murung dan sedih ni..cara releasenya kalau dulu saya go out shopping is the best, tapi bila balik umah.. sebelum tidur tu…kuyup bantal dek airmata. kepala jadi sakit2 sbb tak cukup tido.

    akhirnya.. kepada Allah juga sy kembali. hati lebih tenang, aman dan damai.

    begitulah bila setiap kali masalah timbul… susah, kemabli kpd Allah, susah lagi, kembali lagi… akhirnya kerap susah.. kerap kembali.

    begitulah sy, lelama.. macam org bercinta, tak tersebut sehari terasa missing pulak. begitulah Allah mengajarkan sy supaya mendekatiNya. kekadang bila terasa senang sy terleka, terlupa kat Dia, tak di uji, kekadang sy bertanya pd diri… kenapa tiada ujian ni? tak best lah pulak.. terasa diri makin jauh dari Dia. Rindu pun hadir mengetuk jiwa utnuk kembali kpd Nya.

    puannnn .. banyakkanlah bersabar, selalulah mendekatkan diri kpd Dia yg Maha penyayang. Tak guna bersedih dan berdendam yang akan menambah sakit hati dan dosa. Cukuplah dosa peribadi kita (mcm sy serba kekurangan ini), janganlah di tambah dgn dosa yg lain.

    Puaannn… sabarlaaahhhhh wahai hati

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. norwati says:

    puan… serindit, sedikit untuk renungan kita bersama…

    namun apapun pilihanmu… Allah yg maha tahu

    ketiga: Rasulullah tidak memadukan Khadijah.
    Ya, amat benar wahai saudaraku. Tetapi kita harus ingat, bahwa, semasa rasulullah menikah dengan Khadijah, beliau belum lagi di angkat menjadi rasul, semasa beliau bersama khadijah juga (semenjak di angkat menjadi rasul) tentulah beliau lebih mengutamakan syiar islam (menguatkan akidah dan menyebarkan islam, malah ketika itu juga rukun islam belum tertegak selain dari kalimah syahadah, solat 5 waktu juga setelah berhijrah ke madinah ), kerana saya percaya sebagai rasulullah beliau sedar tugas dan tanggungjawab beliau untuk menyampaikan Islam keseluruh dunia ini bukan perkara yang boleh dibuat main-main dan sambil lewa seperti kebanyakkan kita hari ini. Tentu-tentulah beliau menjurus segenap panca inderanya kearah menegakkan syiar islam sehingga sampai kepada kita hari ini. Tahukah kita begitu besarnya pengorbanan Khadijah sehingga beliau wafat? Dialah wanita yang sentiasa menyokong Rasulullah diwaktu semua orang menentangnya, habis semua harta benda beliau (daripada seorang yang kaya raya dan terhormat, sehingga habis semua harta bendanya) digunakan kejalan memperjuangkan Islam, malah beliau sendiri turut tidur diatas tikar sahaja seperti suaminya? Tidakkah kita boleh berfikir, betapa besarnya jasa beliau, betapa hebatnya beliau dan indahnya Allah dan Islam? Bagaimana kita masih tidak dapat berfikir dan masih mempersoalkan isu-isu ini? Siapakah kamu hendak dibandingkan dengan Khadijah?

    Tetapi, siapakah kita kepada suami kita? siapakah kita kepada rasulullah? siapakah kita dibandingkan dengan khadijah?sanggupkah kita bersusah payah, seperti khadijah? baru miskin sikit kita dah mengeluh, suami balik lambat kerna mencari rezeki untuk kita sekeluarga kita dah muncung, suami orang lain belikan isteri dia gelang sampai ke siku kita pun dah mula merengek mintak dibelikan juga. bayangkan suami kita berusha gigih untuk maju, menambah harta keluarga, tetapi khadiijah…. hartanya, kekayaannya habis (bukan bertambah banyak, malah meninggal pun miskin), sanggupkah kita, wahai saudaraku… berfikirlah…. siapakah kita untuk tidak dimadukan seperti khadijah?

    Wahai wanita yang masih mencari fakta-fakta untuk setuju tidak menerima poligami ini, fikirlah… fikirlah dalam-dalam. Siapakah kita ini yang hidup di akhir zaman, jauh dari rasulullah 1400 tahun lamanya, masih lagi mencari kebenaran AlQuran? Yakinlah dengan Allah dan rasulnya, yakinlah dengan Al Quran dan sunnahnya, kerana, Allah amat menyayangi hambanya, dan dia menciptakan kita, hanyalah untuk menyembahnya dengan penuh ikhlas dan bukan kerna yang selain darinya (bukan kerana suami kita menyayangi kita, bukan kerana harta kita yang melimpah ruah, bukan kerana suami kita nak kahwin lagi, bukan kerana susah nak dapat projek juta2, bukan kerana kemiskinan yang dibujikan). Bukan itu yang Allah cari, bukan itu yang Allah minta dari kita, tetapi hanyalah secebis keikhlasan, yang segalanya kita lakukan hanya kerana Dia, Allah azzawajalla. Begitulah Allah menyayangi hambanya, dihidupkannya kita, diujinya, supaya kita sentia beringat (sebab dia tahu kita selalu terlalai), di kirimkannya rasulullah supaya kita dapat mencontohi perbuatannya yang sentiasa tawaduk dan sederhana dalam segala segi, di turunkannya Al Quran supaya menjadi panduan untuk kita patuhi peraturannya supaya kita tidak melampaui batas. Allah tidak mengharapkan kita megingatinya kerana kesukaran kita, tetapi di susahkannya kita, kerana dia mahu mendengar rintihan kita, kekesalan kita dan pengharapan kita kepadaNya, kerana ke alpaan kita, dan dia mahu kita kembali kedalam dakapan keredhaannya.

    Tidakkah kita pernah terfikir, begitu cintanya Allah kepada kita, begitu cintanya Rasulullah kepada umatnya? Mengapa tidak dipersoalkan kenapa Allah tidak hidupkan Rasullah itu sehingga ke hari kiamat (kata baginda sayangkan umat?). Kenapa? Kenapa Rasulullah tak dijadikan nabi yang kaya raya, umur panjang sehingga ke hari ini? Tetapi… itulah nikmatnya menjadi umat rasulullah, kita boleh mendapat syafaatnya kerana kita menjadi umatnya yang terjauh dari zamannya, kerana Allah ingin menguji keikhlasan kita kepadaNya. Begitu indahnya Islam. Bersyukurlah kita dengan nikmat hidup sebagai Muslim, kita dapat melihat dan menikmati keindahannya yang sedemikian rupa. Bagaimana agaknya kalau kita tercampak ke dalam golongan yang kafir seperti kristian, nasrani atau yahudi? (nauzubillah..) tertutup segala pintu hati, hidup di dalm kejahilan yang nyata dan bodoh, walaupun berakal, sedih kan?

    masihkah kita tidak mahu berfikir? masihkah lagi kita mencari dan mengkaji tentang poligami. haruskah kita terus menghujahkan tentang isu poligami ini? berperang sesama kita hanya untuk mengejar cinta seorang lelaki? kasih sayang seorang lelaki? sedangkan segalanya telah nyata, telah termaktub di dalam al Quran? Apakah saudaraku ini masih ragu denganNya? masih ragu dengan rukun Iman?

    Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang artinya :
    ” barangsiapa tidak redha terhadap takdir yang telah berlaku dan tidak sabar terhadap cobaan dariKu, maka carilah Tuhan selain Aku “

    Cukuplah ayat ini menjadi ingatan bagi kita,
    Janganlah kita tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah.
    Kepada siapakah lagi hendak kita gantungkan harapan kalau bukan kepada Allah?
    Walaupun kita sendiri amat mencintai suami kita, belum tentu dia sanggup menuruti kita sehingga ke liang lahat?
    Jauh sekali membantu menjawab soalan mungkar dan nangkirmu, begitu juga sebaliknya,
    Ya Allah di situlah kita akan menyedari hidup ini bersendirian,
    Hidup dan matiku hanya untukmu dan keranamu Ya Allah.
    Kerana hanya engkau yang dapat membantuku bukan hanya diketika susah dan senangku di dunia yang fana ini sahaja,
    Tetapi juga sehingga ke liang lahat, di alam barzakh dan sehingga ke akhirat.

    Ya Allah, ampunilah aku yang selalu lalai dan leka.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. mak eton says:

    serindit.. dari apa yg saya perhatikan pengalaman forumer2 bermadu yg dtg dan pergi di forum dcckmona, antara tips2 yg mereka berikan ialah:

    1- bila suami dah keluar saja dari rumah, usah terlalu difikirkan kemana dia pergi, apa dia lakukan. espeseli bila dia di rumah madu. bila terlalu pk tu yg kepala akan jadi sakit, emosi tak tentu hala, syaitan senang nk mencucuk.

    2- sibukkan diri, sibukkan diri, sibukkan diri. masuk kelas mengaji ke, join persatuan wanita ke, apa2 sahaja to keep ur mind bz.

    3- selalu2 lah selami hati janda2. saya pernah merasa jadi janda, its not an easy life either. namun dalam kes saya, its a choice that i cannot avoid sbb masa tu saya fikir kalau saya stay saya berpotensi untuk memudaratkan org2 yg sy syg di sekeliling sy terutamanya ank2 saya.

    so fikirlah masak2 serindit. jgn biar syaitan buai2 emosimu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. norwati says:

    kepada puan serindit… jangaaanlah buat keputusan yang terburu2, beristighfarlaaahhh banyak2. sayangilah dirimu, cintailah dirimu kerana didalam dirimu itu ada zat Allah yang kamu sembah dan cintai, janganlah menurutkan hati yang merasa.. gunakanlah akal dan fikiran yg terbuka.

    bersabarlah, mohonlah pd Allah agar diberinya u ketenangan hati dan fikiran yg damai.

    sy tak pandai nak menyusun kata bila berdoa, sy selalu berdoa ikut sedap hati je..

    sy mohon pada Allah agar puan di kuatkan hati, dengan segala kekuatan yg Allah ada, mohon agar puan tabah dengan segala ketabahan yang Allah miliki, sy mohon pada Allah yg menjadi kekasih Muhammad rasulullah.. agar puan tidak memohon berpisah atau bercerai ngan hb puan. Ya Allah berilah ketenangan dan kedamaian hati kpd hambamu ini, agar terselamat rumahtangga mereka yg kau cintai.

    insyaAllah.. aminnnn

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. serindit says:

    mak eton, sy dah emel kat mat eton

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. serindit says:

    norwati dan mak eton, bila saya baca komen pn2 terasa lega teramat… saya rasa mcm dpt satu kekuatan utk lalui mlm ni. InsyaAllah sy akan cuba tenangkan diri dan x buat keputsn terburu2 sbb keputusan ni di tgn saya… semoga saya diberi kekuatan dan kesabaran utk berhadapan dgn hb sy mlm ni. Semoga dgn melihat mata anak2 sy dpt membantu sy buat keputusan yg lebih tepat… Ya Allah bantulah hambaMu yg teramat buntu ini… doakan utk kebahagiaan saya…
    terima kasih sekali lagi… semoga Allah membalas jasa2 kalian di atas kebaikan yg kalian…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. norwati says:

    puan serindit… fikirlah masak2.

    contohnya: ada seorg lelaki yg hanya seorg lelaki yg berpoligami tanpa izin isteri pertamanya, sim1 minta cerai, maka “TERPAKSA” bercerai (tak sefahaman), anak2 6 org tinggal ngan tok nenek dh tua kat kg. si m1 kurang pelajaran (setakat srp) kerja GRO (kat bandar bukan KL) atas alasan nk bela anak2 (x-hb x nk bg nafkah anak2 sbb sakit hati/kurang mampu). do u see how hard are they? bayangkan tuk nenek yg jg anak2, nak dimarah/nak dipukul anak org/anak cucu, tanpa penjagaan dan pemantauan yg sewajarnya.. apa nak jadi pd anak2 yg begitu? hanyuttttt… hanyut saudara. anak2 yg 6 , ada yg jd pencuri, penagih dadah, pelajaran x tinggi kerja kilang (taulah pergaulan di kilang dgn ilmu ugama yg sedikit?).

    saudara yg terdekat? nak buat macamana? di tegur salah, x ditegur jg salah.

    puan serindit… (itulah sedikit scenario) – percerian dr ibubapa yg kurang ilmu agama, tidak prihatin tentang anak bangsa seislam. ini sume tanggungjawab lelaki seperti suami puan, berikanlah peluang kpd suami puan utk membela dan menjalankan tanggugjawabnya sbgai ayah dan puan jugak dapat memastikan mereka terbela.

    jadi… fikir2kanlah sebelum bertindak.

    ingatlah, selagi dia islam (lelaki/wanita) dia tetap saudara kita biar apapun pendiriannya, perangainya, pendapatnya dan tingkah lakunya…

    sabarlah puan. sabarlahhh

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. Meet Untie Temah says:

    Serindit ahkak harap serindit tabah la yer.. ahkak tau bukan senang berada kat tempat serindit tp kuatkan lah atimu..

    takder sapa yg menzalimi manusia melainkan kita menzalimi diri sendiri..janganlah rosakan diri serindit..serindit cedey anak2 pon cedey..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. norwati says:

    jadi puan… janganlah kerana hati nurani kita yg satu ini, ramai yang rusak binasa. anak2 kita adalah harapan bangsa kita. sayangilah mereka.. bantulah mereka..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. Meet Untie Temah says:

    norwati ..
    sungguh mulia atimu..
    sejuk peyut ahkak dengor kata2 mu itew..
    walopon begitu jgn mimpi ko nk jd maduku..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. norwati says:

    meet untie temah, are u ok? do i kacau u?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. norwati says:

    i kacau somi u ke? bila pulak i nak jadi madu u?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. norwati says:

    hmmm?????? confius?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. Andarmuda says:

    Kak Wati, Meet Untie Temah wat lawak sesaje tu…jgn la mare. Dia pun tau akak tak nk bmadu ngn dia.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. norwati says:

    oh.. ye ke… sorilah meet untie temah (MUT).

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. maria says:

    Cuba letak diri sendiri ditempat isteri pertama tu…bagaimana rasanya…seronok atau tidak….suami yg baik adalah suami yg sentiasa menjaga maruah dan kehormatan isterinya…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. norwati says:

    hai cookie? dah hilang?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. norwati says:

    puan maria… hidup di dunia ini sebagai penganut agama islam, dunia yang fana ini bukanlah tempat untuk bersuka ria atau berseronok2, melainkan org kafir.. dunia ini bagi mereka adalah syurga (dan memang Allah sengaja memberikan keseronokan itu untuk mereka kerana mereka telah ditentukan balasannya adalah azab neraka yg berkekalan )

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. norwati says:

    jadii.. samada m1, m2, m3 and m4, atau si somi pun… tiadalah yg menyeronokkan bagi org islam, kecuali dijanjikan syurga bagi mereka yg sabar dan bertawakal kpdnya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. nor says:

    pada pendapat akak, idup bermadu ni klu ada manis pun sikit bebeno..yang banyaknya menjeruk rasa…xkiralah ko isteri ke berapa…
    jadi xpyah pikir panjang2…dalam dunia ni ramai lagi orang bujang/duda yang baik2..
    idup bermadu ni,walau bersedia camanepun, mesti akan makan hati punya lah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. norwati says:

    nor.. it’s true… i agree with you. itulah kehidupan namanya,

    kalau org tak nak susah janganlah jadi org. jadilah burung ker, lembu ker, monyet ker… tak ada hati yg susah..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. norwati says:

    kpd nor, maria… janganlah kita mengharapkan kesenangan di dunia yg fana ini, menjeruk hati dan perasaan kerana cemburu itulah fitrah yg di beri oleh Allah utk kita sebagai wanita supaya menjadi ingatan kpd lelaki yg selalu keras dan lalai.

    kelebihan kita sebagai wanita adalah airmata yang boleh meruntuhkan hati keras lelaki.

    tetapi jangan kita menyekat mereka dari menunaikan tuntutan agama untuk menjaga masyarakat (tugas menjaga masyarakat islam dan menyampaikan syiar islam dan melanjutkan syiar islam adalah tugas org lelaki/tugas para suami sebagai khalifah)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. norwati says:

    hmm. cookie.. ko masih ada rupanya. ko sihat walafiat ka? baguslah.. Alhamdulillah.. so akak mintak maaf zahir bathin sesangat kat ko kalau kata2 akak dan akak2 kat sini menyakitkan hati ko.

    aka doakan semoga kau akan bertemu jodoh ngan org yg baik dan bertanggungjawab di masa yg terdekat ini, dan besarlah harapan akak agar ko berbahagia hingga ke akhir hayat, di dunia dan akhirat. InsyaAllah.. amin.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. serindit says:

    kat sini jelas x nak lepas tangan camtu saja. Nasib baiklah sblm berkahwin dia bertindak camtu, klu dah kahwin lagilah kamu tersiksa… klu dia bnr2 bersungguh2 nak teruskan hajat dia dgn cookie tentu x jadi camtu. Maafkan saya nak katakan, mungkin dia dah jumpa bakal m2 di sana… lupakanlah manusia mcm tu, ianya akan merosakan kehidupan cookie saja klu teruskan hajat tu… insyaAllah suatu hari nnti cookie akn dpertemukn dgn lelaki pilihan yg masih solo… marilah kita berdoa utk cookie…. amin…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. Agarabesque says:

    Salam, Cookie.

    Saya amat bersimpati dan memahami apa yg sedang Cookie rasakan. Sabarlah saudari saudara seagamaku. Tidak Ditimpakan ujian kepadamu melainkan menurut apa yang dirimu mampu memikulnya. Moga ganjaran pahala yang besar menantimu atas kesabaran menghadapi ujian. Dan moga kesakitan yang dialami menjadi penyebab untuk dihapuskan segala dosa-dosa yang tidak kita sedari.

    Kalau mampu saya ingin berada di sisi Cookie sbg bahu utk disandar. Kalau sudi, hubungilah saya melaui agarabesque@gmail.com.

    Jgn risau, sy perempuan, bukan lelaki yg akan mengambil kesempatan. Bertenanglah. Pertolongan Allah itu hampir. Sabar dan solat.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. bunga purple says:

    mmg bcinta ngan laki orang ni yang ruginya ppuan…lelaki kalau die rase susah sket sb famili halang, die blah n cuci tangan kaki cam tu je…..mungkin diorang sedih jg tp takkan lame sb diorang dah ade anak bini…yang rugi ppuan…sb rugi masa n menangung ksedihan yang bpanjanagn….
    bak kate orang, kalau lelaki yang tak penah tpk nk kawen dua tu bukan lelaki sejati…bagi kebanyakn mereka, kalau isteri kasik kawen, jalanla..kalau isteri tak ksik kawen satu lg pon diorang tak kesah mane…sb hidup diorang dah lengkap ngn isteri n anak…
    so harap cookie tabahkan hati…slagi cookie anggap yang die masih cintakan cookie n tpaksa bpisah ngn cookie, sampai bile pon cookie tak dapat nk lupakan die….
    tanamkan dalam hati yang X bukan lelaki yang btanggungjawab thadap cookie wpun telah mnabur janji n bjumpe ngn mak ayah cookie….
    ceriakan diri cookie sb slalunye cinta br hanya akan hadir jika kite ceria n bukan pada saat kite bduka (sb mase tu aura kite tserlah utk mnarik phatian kaum lain jenis)…moga ceria…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. cinta penggali kubur says:

    serindit,

    sy pernah alami story gini gak bezanya tak sempat dimadukan sb gf hb i angkat kaki bila tahu hb i ni rupanya somi org.seb bek la.tapi bg i la klu laki tu betul2 adil baik nafkah tak pernah mis dan dia betul2 mampu dr segala segi. bermadu bagi saya relakan la.dn klu m1 ni kerja ada anak2 nafkah zahir batin cukup rumah elok keta elok semua somi byr duit saving kita somi bg pun cukup.

    bg sy nak kawin 2 3 pun biarla.mmg dah tulis laki blh kawin lebih.bezanya kena betul2 layak baru blh.sakit hati merana krn ditipu nak marah a bit dendam mmg tak dpt elak. dulu sy bertahun jugak amik masa utk pulih.sy pernah jd pendendam dulu sb somi sy dahla tak mampu dr segala segi tanggungan semua atas sy masih bercinta. bila bercinta bkn takat duit dia malah duit saya pun dimtk(time tu x tau somi bercinta).

    la ni benda tu dah 2thn.sy pk dlm otak tanam dlm diri nak dendam2 tak guna buat sakit jiwa utk apa.lebih baik pk masa dpn anak2 duit kita ada kerja ada.

    mcm kes serindit semua cukup segala macam kira mewah (ya ka)kalau ya redha la asal suami kita tu adil.hati tu lama2 akan terubat juga.cuma makan masa.

    janganla cerai kesian kat anak2.suami bkn kaki pukul mabuk suka zina suka cari pelacur. cakap2 mrk di sini betul bila mula nak tension pk hal suami ke rumah m2 baik cepat2 buat benda lain agar blh lupa.p la korek tanak pokok ke. soping ke. main lompat2 dgn anak2 ke. g mkn angin jln2 ke.tp jgn dok diam2 sorg2 dlm bilik nanti for sure teringat punye dah tu nangis.

    anggapla laki p umah m2 tu dia p o/s ke mana2 sibuk keja. sy nak kata lebih2 pun tak leh sb blm rasa ada madu ni. lebih baik kita pk diri kita dan anak2.set in ur mind is3 anytime klu laki x suke leh buang kite.be prepare dr skg dlm whtever segi.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. cinta says:

    sya pun nak luah rasa hati…benda ni dah terjadi 3 tahun tp baru sebulan sya tahu…hanya allah yg tahu betapa hancur hati dikhianati…suami totaly berubah…mula2 ada jugak pujuk minta maaf n what ever…but now lps tgn…terpulang kat sya utk mintak cerai or not….dia lgsung tak cuba pulihkan keadaan ini…dia tak peduli apa yg terjadi…sya dah jd mayat hidup…tak tahu nak buat apa…..tolong la apa yg sya harus lakukan….truskan atau minta dilepaskan…saya tak blh terima hidup berkongsi…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. kekwat says:

    cinta..
    kalau ko x leh terima, susahlah i nak cakap, tapi mcm serindit ckp tu pun betul jugak, wat apa nak cerai2, dosa is3 mintak cerai (jgn tambah dosa). cuma jalankan tanggungjawab sebagai is3 dan didik anak2 dgn cara yg terbaik.

    at the same time make yourself bz, prepared for the worst scenario.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  35. kekwat says:

    atau pun u all have to sit down and talk about hala tuju rumahtangga u dengan baik dan berhemah. sbb kita ni selalu ikutkan perasaan kita (biasanya soal hati dan perasaan kita yg kita pentingkan dgn menggunakan anak2 sebagai alasan) bila berbincang pasal isu spt ini. itu yg kekadang suami2 malas nak layan. kita kena lebih realiti tentang kehidupan dan rumah tangga, fikir dgn lebih positif tentang masa hadapan keluarga dan kebahagiaan keluarga. take your time to thinking POSITIVE. contohnya, bagaimana untuk menambahkan keceriaan keluarga, mintalah kalau bila laki bailk mintalah bersama2 tunjukkan muka yang manis didepan anak, sama2 gi beli belah brang keperluan rumah tangga, mintalah kerjasama dia membaikpulih keceriaan rumah tangga.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  36. zul rahman says:

    saya ada adik bujang….
    kalau berkenan saya akan rekomenkan
    tak de pening2 kepala

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  37. cintun says:

    beli barang umah bersama2.. mana boley kang ahkkkkaaaakkkkk jugak nk kena membayarnya…sampai konter jer laki ahkak dah ilang abih tu camno???

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  38. kekwat says:

    cintun, itu biasaklah.. so what can u do,
    sblum gi shopping tu, bagi tau dia budget gini2 nak beli gini2 je, pastu balik. tanya dia, pakat2 brapa duit dlm tangan ada, kalu dia bleh tolong tambah atau kurangkan bersama.. share2 kata orang.. takde sama2 tak merasa, kalau ada cukup duit sama2 makan, lebih kurang cengitulah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  39. kekwat says:

    mana bleh.. tiap kali ahkaaakkkk jugak yg kena bayo, tak de duit, sama2 tak makan, baru betui.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.