29 JulHatiku kau guris luka


kawan-kawan semua, actually this is my first time untuk meluah raasa secara online.. saya kira lagi mudah saya luah rasa tanpa mengenali sesiapa… niat di hati nak bercerita dan minta pendapat dengan teman sekerja tapi saya takut cerita ini akan jadi panjang dan akhirnya hanya menyukarkan lagi kehidupan saya..

saya bertemu dengan suami saya sekarang selepas putus tunang. suami saya ketika itu baru saja bercerai dengan bekas isterinya kerana bekas isterinya main kayu tiga dengan foreigners semasa dia bekerja. dalam masa hampir 7 bulan berkawan kami mengikat pertunangan dan berkahwin.

suami saya ni suka duduk depan laptop dan rajin surfing.. alasan dia sebab dia suka nak tahu banyak benda.. kegilaan dia pada komputer dan internet saya tak pernah halang.. cuma bila saya meminjam komputer nya baru-baru ni.. saya terlihat webpage yang dikomen oleh suami .. dia memerlukan sex service siap dengan ciri-ciri yang dikehendaki semasa di luar negeri nanti.. astafirullah.. hanya itu yang mampu saya ucapkan.. betapa hati saya terluka melihat komen itu siap dengan gambar lagi.. sebelum terjadi perkara ini, ada juga 2-3 kali saya terbaca dalam hp blackberry nyer tentang mencari sex service dalam satu web tu.. saya rasa biarlah saya rahsiakan nama web tersebut.. bila saya bertanyakan pada suami saya, he denied it dan mengatakan hanya saja suka-suka join dan bertanya.. saya maafkan dia dan cuba berfikir secara positif demi 2 orang anak kami..

tapi bila kali ini saya ternampak komen berserta email untuk respond for the request, hati saya terguris lagi dalam kawan-kawan.. bila saya menanyakan hal tersebut sekali lagi suami menafikan.. dan berkata hanya suka2..disebabkan ini bukan kali pertama saya marah mengenai hal yang sama..saya taklah marah macam dulu, saya hanya menahan rasa dan berkata kepadanya yang saya juga akan berbuat demikian.. tapi kawan2 cuba lah fikir.. tarikh dan tempat request adalah sama dengan tarikh dan tempat husband bekerja… saya cuba menahan rasa kecewa tapi tak mampu.. masalah rumahtangga saya memang jarang bercerita dengan parents kerana saya tidak mahu parents memandang semacam kepada suami..

apa yang perlu saya buat kawan-kawan.. suami saya memang pekerjaannya memerlukan dia terbang ke sana ke mari setiap bulan..

suami sayang pada anak2.. tapi nak menjaga dan melayan karenah anak2… jarang sekali dia berbuat demikian.. ada satu masa pembantu rumah bercuti.. saya membuat kerja rumah seorang diri sambil melayan karenah anak2.. tapi suami hanya menonton tv atau tengok komputer bila saya minta tolong buatkan susu anak2..

seringkali saya bertanya pada diri saya sendiri.. adakah saya ini tidak bernilai di kaca mata suami saya.. tidak pernah dia mengucapkan dia sayang pada saya … nak tengok daripada perbuatan pun susah.. selalu minta dilayan sebagai raja.. makan minum rumah pakaian .. ada masa saya yang membasuh kereta, suami hanya duduk di depan komputer.. saya yang potong rumput..  sampai ada masa saya terfikir dia hanya ingin berkawin dengan saya untuk zuriat dan supaya ada orang menguruskan hal-hal bersangkutan dia..

kerana anak2 saya memendam rasa dan luka.. bila melihat request sex service hati saya semakin luka dalam..saya terfikir untuk berpisah dengannya dan bawa anak2 pergi jauh darinya.. tapi saya kesiankan anak-anak saya..  bantulah saya kawan-kawan.. saya minta nasihat dan pandangan

Popularity: 7% [?]

Processing your request, Please wait....

94 Responses to “Hatiku kau guris luka”

  1. Agnes Monica says:

    waduhhhh!!! super duper bener ibuk, aku ngak penah potong rumput rumah majikan lagik…kalau semua ibuk ibuk di dcck sebeginik mamposss aku nk carik kerja nantik!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. amira says:

    Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul….selalunya dalam konflik rumahtangga, anak2 lah yg menjadi kunci utama menyebabkan org perempuan berfikir 1000x sblm mmbuat sesuatu. Terbalik dgn org lelaki, nak buat ape2 tak kisah sbb ada tukang jg anak dan rumahtangga…nak balik or tak balik pn tak kisah…nasihat sy ialah cuba hantar email kt suami..nyatakan tawaran2 yg menarik seperti yg dia perlukan dan setkan tempat kt mana nak jumpa dan upah sorang perempuan spt yg dia inginkan dan bila dah janji sekian n sekian…pergi kantoikan dia…bawak sekali sedara mara atau mak bapak dia…supaya dia sedar sikit yg langit ni tinggi atau rendah…tapi kena kuat semangatla n kena pkkan apa yg akn jadi slps itu. Tekad kena ada sbbnya kalau tak buat mcm tu….sampai bila pun hati tak senang….antara nak percaya ckp dia atau tidak….sbb kalau betul dia hanya ckp2 kosong ajer….lega la sikit sbb dah terbukti dia tak akan pergi jumpa perempuan tu…tp kalau betul2 dia pergi jumpa, dah sah2la dia mmg jenis jantan kaberet….tapi sekurang2nya kita puas hati….maybe dia kan malu dan berubah atau tgkla nk jadi mcm mana….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. Qistina Alya says:

    Zaman skarang ramai sungguh lelaki yg mcmni, x ckup dengan wife sorang nak jugak perempuan lain..apa yng mreka cari pun ntah lah… karang kena penyakit kelamin bukan si lelaki tapi kita kaum perempuan jugak…
    btul kta amira org laki kalau nk p mana2 x kisah ank2 x kisah nk blik ke x blik yg mreka tau enjoy2..
    yg bini susah payah kat umah sorang2 jaga ank dan sbagainya x fikir langsung nak tolong.
    tau nak kelentong bini jer…
    minta simpang la somi saya jadi mcm tu. bukan nak banga diri cuma peringt jer.
    kwn2 somi saya smuanye ada betina simpanan siap dengan banga lagi cter apa yg mreka lakukan dgn betina2 tu.
    ada yg siap bawa blik umah lagi bila wife x de kt umah.
    memang x guna punya lakilah…
    nasib somi sya x ikut mcm kwn2 dia tu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. Qistina Alya says:

    Sbar lah byk2…. jgn lupa berdoa pada yg maha ESA…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. izz_comet says:

    sekarang saya masih di ofis.. nak balik dan memandang muka husband rasanya saya tak mampu nak buat muka gembira atau seperti biasa.. kalau balik lambat saya kesian pula dengan anak-anak yang menunggu di rumah.. setiap kali saya pulang kerja merekalah yang menyambut saya dengan gembira…saya nih dahlah jenis mudah keluar air mata..dari sekolah hingga universiti saya melalui bermacam-macam rintangan dan kesukaran.. dan sekarang bila berkeluarga pun masih diuji

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. ainanur says:

    izz_comet..
    hidup manusia ni memang akan sentiasa diuji..cuba bentuk ujian tu ada macam- macam..ada yang berat dan kurang berat..pd pendapat saya, cadangan amira kat atas tu ok jgk..tapi izz kena bersedia apa saja kemungkinan yang berlaku selepas itu..sama ada makin baik atau makin teruk..dipendam- pendam pun tak guna, makan diri nanti…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. ainanur says:

    sorry silap eja… bukan cuba tapi cuma..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. kak nita says:

    Muhasabah diri, buat solat isytiharah dan banyak2 doa. Atau sibukkan diri masuk aktiviti yang berfaedah. Pergi gym atau tambah ilmu. Kita xdpt ubah org lain, jadi ubah diri kita untuk lebih berjaya. Daripada asyik bergaduh dan dia pun tak mahu mengaku, so buatlah sesuatu yang boleh mengembirakan kita dan kita akan muda dan ceria.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. bunga kekwa says:

    hmm zaman tchnology dah canggih.. org pun canggih dan macam2,

    dh biasa sagat dengar cerita spt kata Qistina..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. bunga kekwa says:

    nak buek camno? soba yo lah..

    haa… apo kato ko tutup yo ine komputer dio, suruh dia tengok kau jadi komputer.. punat saya, punat sini…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. mocik says:

    meh sape nk bz body kan diri sendiri tu, meh join persatuan…ada majlis ilmu,ada gathering sekali sekala(entertaiment)ada mcm2 lah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. tiram says:

    setuju ngan kak nita…kita jgn harap somi kita yg berubah..sbb biasanya klu dia berubah kerana kita (he forced to), ianya tak kekal lama. Lambat laun dia balik kat perangai lama dia tu…lagi sakit hati kita..

    Buat pendekatan, ubah diri sendiri dulu..Jangan terus pikir nk pisah…Klu somi tak pikir anak, kita kena take overlah, kesian kat budak2 yg tak tau apa2 tu kan…

    Pd pndpt akak,klu somi tgh angau kt org lain…kita jgn bengis2 ngan dia…lagi jauh larinya nanti…tarik dia balik dgn segala kelembutan kita…cubalah…

    Seperkara lagi klu boleh amalkanlah baca doa2 pelembut hati disetiap perbuatan kita utk somi …

    At the same time, pantau dia. Klu perlu mintak tlg dr kwn yg kamu trust 100% (lebih baik kwn somi sndri klu dpt-of course lelaki & yg somi kamu respect) utk nasihat kat dia.

    Berusaha… berdoa… jgn buat stupid things, klu tak, antara kamu dgn dia tak ada bezanya pun…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. bunga purple says:

    kalau betulla suaminye mmg ade niat nk langgan tuh, awak mungkin tdedah kpd penyakit kelamin, hepatitis n HIV.jd kalau mmg dh takde kasih syg lagi n risau dengan kmungkinan sgl penyakit, tak salah untuk amek jalan kluar..papepon, moga tabah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. jula juli bintang lapan says:

    haloo.. sex service tu apa? ZINA. dgn sapa? PROSTITUTE. aku assume omputih la since dia nk p tu obersea kn? so cemana risiko HIV tu sume? tak rasa geli ke dgn jntn tu? klu tau suami ada gf lain ramai yg sentap nk lari dr umh la hapa la. ni suami langgan PROSTITUTE pn takat HATI TERGURIS LUKA??? apa nk jd dgn msyrkt kita ni???

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. jula juli bintang lapan says:

    yg kau dok lembik2 nk balik lmbt la nk sedih2 la tu kenapa? bahagia kau, kau yg tentukan. bkn letak pada org lain. bahagia anak2 plak terletak pada bahagia kau sbb kau mak diorg. diorg lebih perlukan kau drpd bapak diorg.

    amik bukti2 emel dia tu semua. yg penting evidence. mana2 pergi pn org akan mintak evidence. takat cakap tanpa evidence lepas tu suami tak ngaku senang2 je suami buat sumpah bohong mahkamah kena ikut sumpah suami gak.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. jula juli bintang lapan says:

    aku rasa ada 4 benda wajib org ppn patut fikir dgn serius samada masihnak bersama suami atau tidak.

    1) kaki pukul – ketahuilah kalau sekali lelaki dah start pukul kita diam, lepas tu pasti akan ada pukul lagi dan lagi dan lagi selagi kita terus lemah tak ambil tindakan. so STOP BEING A VICTIM!!
    2) zina (klu insaf xpe gak tp klu dah jadi habit, jadi darah daging amik hooker apa kes?)
    3) arak – bila dah start mabuk tu yg akan muncul benda2 lain pulak. kaki pukul, zina.
    4) dadah – ni mmg hopeless case

    tp rata2 aku tgk masih ada ppn yg sanggup lagi tahan dgn suami mcm tu. pk la apa tujuan perkahwinan tu. utk mencari mardathillah – keredhaan allah. klu dah buat dosa2 besar macam tu malaikat pn lari. apa kesan pada jiwa anak2 pulak? memberontak! jgn kotorkan jiwa suci anak2 dgn contoh2 buruk. anak2 copycat mak bapak. so anak2 yg mcm mana yg kita nak besarkan? fikir2kan lah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. jula juli bintang lapan says:

    lps tu satu lagi aku pasan, org ppn ni suka sgt nak jadi superwoman. semua kerja pun nak buat. bila suami tak tlg, kecik hati kata suami anggap macam bibik. walhal korg sndiri yg melayan diri mcm bibik, suami tak suruh pun.

    halo, dah laki kau mampu, mintakla duit dia hantar cuci kat kedai. mintak duit dia lagi panggil bangla potong rumput. kalau tak larat kemas rumah, mintak duit dia lagi panggil agnes monica dtg kemas rumah bayar ikut jam. apa susah? kau yg suka nak menyusahkan diri sendiri. yg penting kau jaga layanan pada suami, pada anak2.

    mungkin kau rasa aku ni tak ada empati. tapi aku cakap macam ni sebab kau yg cerita masalah kat sini. bkn laki kau. takkan aku nak suruh laki kau pulak yg berubah. kau la yg kena berubah. alangkan Allah pn kata takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan diorg ubah diri sendiri, inikan pulak kau sbg manusia nak pandai2 ubah laki kau? kamon la. wekap.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. bangla potong rumput says:

    allooo adik maniss.. mau potong rumput ka? saya ambil manyak murah.. satu kali potong saploh ringgit saja. u jangan ambil sama itu worang kurus2 pakai spectacle pnya. dia manyak tipu punya worang. adik manis jangan syusyah2 hati saya potong cantik2 bikin kemas punya u punya ini rumah. apa macam?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. malinja says:

    kebahagian kite, kite sendiri yang tentukan, bukan pada orang lain. saya setuju 100% dengan jula juli. Dah macam ni, tak perlu lagi nak pk pasal dia nak berubah ke, kecik hati kite, terguris luka, ambik jalan macam kak nita kata, bahagiakan diri kite, maka kite juga akan bahagiakan orang lain yang perlukan kite, tentulah anak-anak kan, hubby? dia nak tumpang leh gak, tapi pastikan tak bawa penyakit.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. black rose says:

    betul tu malinja..jgn terlalu pikirkan sgt.org ckp kalau kita bnyk pikirkn masalah nanti cepat tua.jaga saham dik……

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. stoberimerah says:

    emm..laki ko keje apa?pilot or paramugara terlampau?bahaya ni..baik cegah sblm parah,kalau kena hiv camner?ko ni mesti muda lagi aku rasa sbb anak baru 2org kecik lagi..
    pikirkan diri sendiri dulu.jantan tu lantaklak,dia buat x pikir anak bini pun

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. freewilly says:

    betulla..
    klu this kind of hb..
    better walk off la..

    takut berpenyakit.. menular ke izz dan anak2 nnti…

    memudaratkan…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. hati berlian dah jadi hati stone says:

    adehhhhhhhhh..aku tak masuk 2-3 ari, udah ado case baru..aku rasa dah naik muak, tepu tahap gaban la ngan jantan yg ketagihan seks ngan jalang yg kangkang *tut* utk tah berapa ribu jantan lain….

    seriously, ini kebodohan melampau la….kalau seks ngan gf tu len la jugak…ini ngan kelapa yg udah lunyai kena tebuk ngan pat puluh ribu penyamunsss….

    really, aku rasa jantan gini ada masaklah mental la…

    nasihat brutal -walk off jer, beb…tak guna ko nak tunggu…buatnya dia bawak balik subenir aids ke herpes ke gonorrhea ke menangih meraung la ko…

    sori naik lori la dek, ahkak pun mud tarak mari ini hari…mau pergi jasko namun otomenku mahu ikut bontot…nak bawak kang ilang lak…masalah negara betul la…(ceh macam la wit banyak sangat nak pi supping wakakaka)

    anyway, OK la, to be fair ko rajin2 la buat solat hajat mintak petunjuk OK…seek the guidance from Allah…nak buat apa2 pun mesti lah dengan redha Allah kan…

    ko rajin2 baca Quran, amalkan doa Nabi Yunus tu, mudah-mudahan semuanya berrehhhh….amin….

    take care la beb…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. Agnes Monica says:

    iya bukkk..aku kan ada..ngapaan ngak mauk ambirin aku kerja? ibuk jangan guser guser pasti berkilat rumah ibu aku kerjakan…aku suka kerja cuci rumahtangga lagi lagi ada abang bangla potong rumput…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. kak mon says:

    ni kak mom.. bukan kak monaa…. laki kak mon dulu pun selalu nengok cd belus.. jenuh kak mon bersyarah dia nyorok-nyorok tapi nengok le jugak…
    lama-lama pada suatu hari,….macam nak baca cerita kanak-kanak pulak… anak sulung akak terambik cd belus kat kedai (cover cerita katun) mamat paki tu salah letak leee… lepastu anak akak cakap…
    ‘ni cd yang bapak selalu tengok!!”

    ntah bila dia tertengok cd tu pun kak mon tak tau… lepastu bapak dia insapppp…. alhamdulillah…

    moral cerita dia.. bukan saja kering air liur ko bersyarah… terkeluar anak tekak pun tak bagi kesan kat laki….
    keputusan kat tangan ko nak bersabar, berdoa, bertawakal atau blah….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. enon anon says:

    laki kita tu pun suka simpan gmbo lucah dlm hp, penah anak kita tertgk, apa lg mcm kak mom la gak, bg syarahan smpi nak terkluar anak tekak, smpi la ni rasanya masih blum insap…sbb la ni dah lock hp..klu makin insp sure tak lock hp…

    hp dah byk kali tukar sbb rosak salu..sbb tak berkat la kot, simpan gmbr lucah dlm hp..pastu guna gak hp tu utk cari rezeki bg anak is3 makan..mcm mana tu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. enon anon says:

    sedih bila kenangkan sifat somi mcm tu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. mocik says:

    kenape bila somi buat perangai tak elok is3 yg kena muhasabah diri, is3 yg kena pujuk somi, belai somi, buat baik kat somi, is3 yg salu kena mengalah, is3 yg kena melutut, meyembah kat somi….hai Ya Allah kasihanila wanita yg lemah spt kami ini ya Allah

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. RN says:

    Agaknye mmg camtu kut tabiat org laki ni..dah ade yg betul2 sah, suci & halal…msh lg nak survey bende2 yg mengarut tu…kdg2 bile d fikir2kan balik..dgn adenye bende haram jadah tula..mcm2 masalah sosial skrg ni…kes rogol la, terlanjurla..yg paling takut tu sampai ke tahap kes sumbang mahram…nauzubillahiminzolikk…takut bile d pk2 kan..x taulah..ape yg seronoknye menengok bende2 cam tu..pd izz_comet..selalulah bermohon pd Allah agar d bukekan pintu hati suami utk berubah & sedar akan ttanggungjwbnye pd keluarge…moge d beri petunjuk oleh Allah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. mocik says:

    ramainya somi yg begitu..tggjwb amanah sume dia cukupkan, mkn pakai is3, gelang omeh kalah gelang mocik bling2 tu, rumah gedabak bosar eh…tp tang napsu kecuq meleleh ayaq liuq nak mkn daging bangkai tu peliknya tu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. enon anon says:

    yo lah mocik, lelaki yg mcm tu dgn is3 mmg baik, mulut manis tip top dgn is3, bab2 lyn zmbik ati is3 mmg 1st class…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. kak mon says:

    mocik.. tu dugaan untuk owang pompuan… Tuhan bagi dugaan pangai laki kita sorang… dugaan untuk laki lagi banyak… sedekah cukup ka tak cukup… zakat buat ka tak buat… nafkah cukup ka tak cukupp….. syukurlah Tuhan jadikan kita pompuan.. takat hati terguris je…

    owang laki nih dugaan tang bangkai tu memang sejak azali depa takleh nak toleh tang lain… kita jadik bini tanggungjawab kita bawak depa pi arah yg betui udah syurga kita taat pada depa… kang depa baguih sangat kita takde buat apa-apa untuk tambah pahala…

    tolak campur… sumer yang berlaku ada hikmahnya…. nak salahkan laki semedang pun payah sebab depa tak baca blog nih!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. mocik says:

    kak mon…kesian kat ppuan yg dpt nasib bersomikan lelaki yg suka mkn bangkai nih…mesti is3 tu rasa jatuh maruahnya, bila somi tu berperangai mcm tu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. RN says:

    Mmg cabaran bg perempuan skrg…nak cr calon suami yg benar2 prihatin tntg hal ehwal agama bknnye sng…lebih2 lg d zaman IT ni…godaan d sekeliling kite sentiase ade…bg org lelaki..kalau iman x kuat mnghadapi godaan syaitan yg x jemu2 menduge mereka…mmg hancur jdnye..jd kite sebagai isteri sentiaselah mengingatkan mereka akan tanggungjwb mereka & menegur dgn cara lembut andai mereka mula leka dgn keserookan duniawi..mmg x d nafikan..kelemahan org lelaki ialah dgn pujuk rayu dr seorg prempuan..jd kite sebagai seorg isteri, cubelah gunakan kelebihan yg Allah anugerahkan ni utk kebahgiaan bersama…InsyaAllah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  35. kak mon says:

    eemm… terletak pada pompuan tulah nak rasa maruah jatuh ke… rasa maruah tinggi dari somi ke…. kalau kak mon, kak mon tak rasa maruah jatuh malah kak mon lihat laki tu yg sangat keji…

    paper hari ni bini mati kena belasah ngan laki…. dah selalu kena belasah tapi dok tahan lagi ngan laki macam tu akhirnya meinggal…. bagi kak mon pompuan tu ada hak untuk buat sesuatu tapi nak tunggu lagi kena belasah..

    ntah…. pompuan yg tersangat lemah atau dia yg pilih untuk jadi lemah..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  36. kak kiah jande ranggi says:

    bukan depa pilih untuk jd lemah kak mon, tp sebab depa masih mengharap laki untuk berubah, nk jadi janda bukan senang, org pompuan jugak pandang rendah kat janda, hina2 kiah jeles kat kiah la pdhal kiah tak hengen pon laki depa tu..

    kiah pakai gincu merah sket da kelam kabut depa juih juih mulut dengkikan kiah, mcm la kiah pinjam gincu depa, depa apa barang pakai abon jer.. kiah pakai chanel tawwww…

    men cerai cerai kot masuk molot dato ke tan sri ker, vincent tan ker okey la jugak ni kuor molot boya masuk molot bewak tak ker naya

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  37. mocik says:

    weh kak kiah kekdg yg dato2 tan sri2 ni pun boya & bewak jadi2an gak…kejap ada kejap tk de…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  38. izz_comet says:

    thanks for semua nasihat yang diberikan.. izz hargai..

    izz ni memang independent.. thats y izz jarang minta tolong orang unless betul2 memerlukan…

    utk husband izz, izz ada tanya pasal nih, and he bersumpah he juz do saja2.. tak pernah buat pun.. camna izz nak percaya.. macam mana izz nak tahu benda nih betul ke tak.. if possible izz taknakla bercerai berai pasal sebab yang izz salah.. izz kesian budak..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  39. to moh degawan says:

    ish ish ish.. atok nih pantang betoi tengok org syusah tambah tambah bini atok dlm pantang anak ke limoblas nih!

    kiah ranggi, mlm nih meh la umah atok yer, bior atok mandi sekali ngan ko..eh maksud atok mandikan ko ngan ayer bunga agar dipercepatkan ko bertemu jodoh

    mlm nih ko meh umah atok bwk bunga 7 jenis, kain pelikat cap gajah gred bagusss punya 2 lai, kain satin yg dibeli kat gulatis kale merah, biru, hijo pucuk pisang 5 meter setiap lai..sila sertakan resit pembelian yer..atok nk attach dlm borang B incometax nanti
    ..

    ….

    …..

    ……..

    yahooo baju raya aku dah ado!!! pokcik kayooo pokcikk kayooooo…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  40. kak mon says:

    kiah jande.. haaa… ko jangan pk pompuan jek takut jadik jande… laki pun takut taitel dude….

    kalo anak pompuan aku nak kawen dude pun aku tak bagi.. apekehai kawen yg dulu cerai-berai…. lainle dude tu kayo…. samelah ngan jande ranggi cam artis-artis tu haaa… manjang jande dapat datuk dude….

    takat orang besa-besa ni carik masaklah je jadik dude.. manjang dapat sorat kuar masuk mahkamah… kalau masa kawen tak kasik napkah bini tak heret masuk mahkamah…. dah cerai heboh satu donya macam ac mizal tu ha utang napkah anak limaploh rebu… kita nampak je dia hepi, blakang-blakang tensen…

    moral cerita dia… sumer orang nak yg besh-besh… kalau tak besh tu.. tukolah channel tengok cerita lain… cian maceyy…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  41. enon anon says:

    betoi gak kata kak mon tu….ada kwn kita…dah jd J tp ex-hbnya…dah lps cerai lak tunjuk caring…every 2 week dtg melawat, belikan itu ini, bg itu ini…gfnya lak yg meroyan skrg ni…gi call my fren yg dah J ni…tanya leh ke kawen dgn hbnya…rupanya ex-hb kwn sy tak citer pun dgn gfnya tu yg dia dah cerai dgn my fren ni….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  42. kiah jande ranggi says:

    hamboih tok moh degawan nih gatai bebenor! tak padan ngan bini dlm pantang.. ahkak mon tengok la, baru jer kiah reply jd jande ada jer nk masuk line nk amik kesempatan…

    bagi kiah kalu nk jadi jande pon biorla mencukupi 4 syarat jantan hampesh seperti yg disenaraikan oleh ahkak jula juli bintang rtm tu..maksalahnya jantan hampesh nih sekerat2 takder hampesh sepenuhnya tu yg pompuan banyak teragak2 nk jd jande nih..

    ntah la kak mon, nk jd jande pon syusah jd bini kat laki hampesh pon syusahn kalu la laki boleh di tuko2 mcm tuko channel kan bagus…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  43. kak mon says:

    takpo kiah ngan enon.. lain orang lain masaklah nyer… laki kak mon pun ado bikin masaklah jugak… manjang suruh buatkan air teh… satu hari 7-8 kali mintak air teh.. takmo satu jug.. nak sikit-sikit satu mug bila minum mesti suam-suam kuku kaki… nak setelkan masaklah, kak mon beli mug besau dan termos satu tempayan… celup teh ngan masuk gula jek…

    err… kurang lebey moral cerita sumer masaklah ada jalan nak kasik senanglah… err.. kurang lebeylah… lu pklah sendirik..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  44. bangla potong rumput says:

    wah kiah jande banyak ranggii.. adik maniss.. mau kluar sama abg mancho x? abg byk mancho tau.. u cakap saja mana mau pi. holiwud kah.. boliwud kah.. malaywud kah.. kahkahkah kah.. abg mancho musti bulih bawak punya..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  45. bunga kekwa says:

    woit… kiat jande ko jgn tukar laki cam tukar chanel astro tu… patutlah aku slalu nampak ko beli remote astro kat kedai apk kong kong tu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  46. bunga kekwa says:

    apo nak buek… jantan2 ni dh tak boto dah… kenapolah jantan2 zaman sekarang jadik macam ni? mak bapak depa ker yg ngajar depa jadi cam tu? atau depa ni terpengaruh ngan budaya yg entah apo2 sekarang ni?

    payahlah kalau aku nak jadi ustazah cam ni..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  47. bunga kekwa says:

    elok2 jadi org dah jadi jantan cam lombu atok den, ado yg dah jadi bewak .. ado yg jadik boyo… payah, payah …

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  48. akak jande menawan says:

    Hei to moh degawan….ni akak janda menawan nak datang. Bagi pengeras mahai2 konfom ka dapat tangkap ikang besaq. kalau konfom x rugi bwak pengeras mahai kalu to moh kaki temberang…cissss…akak jande x jadi nak mengawan…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  49. akak jande menawan says:

    betul la ckap kiah jande ranggi….jadi jande ni banyak dugaannya kalu orang x rasa x tau tapi dah rasa baru tau. pantang kuar skit banyak orang nak ckap.pantang pakai lebih skit ramai pulak yang terjuih2 bibir nak mengumpat…pendek kata macam2 lah kalu kita jadi janda ni. Tapi kalu hidup ada somi pon cam hidup sorang diri …apa kes, lebih baik jadi janda walopon hina di mata orang tapi bahgia. Asalkan kita janda ni pandai letakkan diri dalam masyarakat… InsyAllah sume orang x pandang serong kot…
    Moral of the story…x sume jande tu jahat asyik nak merampas somi orang jer…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  50. buat bodo jer... says:

    ya Allah pening aku baca kisah kau ..anon enon

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.