04 Augmelayu, bangsa ku yg tercinta


Melayu Hari Ini?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

Popularity: 5% [?]

Processing your request, Please wait....

99 Responses to “melayu, bangsa ku yg tercinta”

  1. cinta penggali kubur says:

    yeaaa…dr dulu hingga skg mmg lagu tu

    kena tambah hasad dengki fitnah tak pernah layu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. cinta penggali kubur says:

    bila di tegur melenting melulu

    kononnya dia la nombor satu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. aku org melayu says:

    aku orang melayu
    bangga dilahirkan melayu
    dgn agama Islam agama anutanku
    bukan org kapir yg tunggang ‘air itu’

    kalau kita melayu keji diri sendiri
    korang hengat org len ke nak puji?
    sedorlah diri dan baikilah diri
    bukan dok mengata bangsa sendiri

    apalah salahnya hamburkan kata-kata nasihat
    supaya semua mendapat berkat
    ini tidak.. dok kata melayu jahat
    kalau macam ni sampai kesudah melayu merempat

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. biskut merry says:

    Semua kelemahan di atas memang diakui dan tiada marah di hati. Cuma saya musykil, kenapa org melayu suka mengutuk, perli dan hina bangsa sendiri? sy x jumpa lg puisi2 atau sajak atau pantun org cina mengutuk dan membuka kelemahan bangsa sendiri. kita terlalu fokus kepada kelemahan shj dan memperbesarkan kelemahan itu. septtnya kita fokus kepada kejayaan bangsa sendiri dan men war war kan itu kepada anak bangsa supaya naik semangat untuk mencontohi kejayaan tersebut seperti yg dilakukan oleh bangsa cina, inggeris, jepun etc. tetapi, malangnya, hatta lagu kita seperti lagu yg tajuknya saya x ingat tp berkisar ttg org melayu hanya tinggal kuasa etc, juga begitu pesimistik, melemahkan semangat, yg mana ia dinyanyikan kononnya utk menaikkan semangat. Saya lebih suka jika kita berfikiran positif, sebarang kelemahan kita jgnlah terlalu diperbesarkan hingga menjejaskan semangat anak bangsa, sebaliknya gantikannya dgn sajak / puisi / lagu yg menaikkan semangat jati anak2 bangsa kita. Terlalu merintih, memperli, bersedih dgn keadaan bangsa tidak membantu anak2 bangsa bangkit bersemangat. Semua bangsa mempunyai sikap yg digambar dlm sajak di atas, cuma mereka tidaklah memperbesarkannya seperti kita. Ini lah pendapat saya. Sukacita juga saya perhatikan org melayu begitu ramai membantu di pusat2 kebajikan seperti pusat Mercy di ampang puteri, bersemangat membantu umat lain yg di dlm kesusahan. Juga begitu ramai anak Melayu mencipta alat2 yg berguna kepada manusia sejagat, tetapi tidak mem”paten” kan ciptaan itu, kerana niat tulus kerana Allah SAW – tiada keuntungan dikaut. Saya sayang dan kagum dgn bangsa saya dan plg penting agama kita, Islam. Ada kelemahan tp overall, sgt bijak, berdaya maju dan berhemah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. Agnes Monica says:

    waduhhh!!! pening banget buk… aku bukan melayu..aku kacukan belanda..mungkin kerana dasar penjajah yg dibawak darik belanda maka aku terusan ingin datang kemeleysia utk menjajah bapak bapak ibu sekalian…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. Me Myself says:

    sekadar berkongsi..

    “tamu”

    diri ini
    yang sedang menjadi manusia
    adalah sebuah wisma tamu

    setiap pagi
    datang tamu yang baru

    kegembiraan, kesedihan atau sifat buruk
    sedikit pengetahuan diri hadir sebentar
    sebagai tamu yang singgah tanpa perjanjian

    sambutlah dan jamulah mereka semuanya!
    biarpun tamumu hanya sekerumunan nestapa
    yang melanda rumahmu dengan kasar
    dan mengangkut seluruh isinya
    tetaplah hadapi setiap tamu dengan mulia

    bisa jadi ia sedang mengosongkanmu
    demi kedatangan banyak kebahagiaan baru

    niat buruk, rendah diri, dengki,
    sambutlah mereka di pintu dengan tertawa
    dan ajak mereka masuk

    berterima kasihlah
    atas apa pun yang didatangkan padamu
    karena setiap tamu adalah utusan
    dari alam ruh, sebagai penunjuk jalanmu

    (The Guest House, dalam The Essential Rumi; Jalaluddin Rumi.)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. Risa says:

    kenapa nk kutuk bangsa sendiri ??

    patutnya buat puisi yg boelh menaikan semangt ank melayu..

    patutlah Tun cakap melayu dah lupa.. melayu dah lupa..

    korang dah lupa kt bangsa korang sendiri…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. bunga raya says:

    hmmm….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. Nunit says:

    Tak ke sajak Tun tu sendiri mengutuk orang Melayu yang bersikap pelupa seperti kacang lupakan kulit, harap2nya salah tafsiran saya ni.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. tak pernah lupa diri says:

    tulisan yang mengutuk bangsa & agama sendiri….

    inilah akibatnya bila seorang Melayu??? (Melayukah dia ??) sudah lupa diri…sanggup menghina bangsa sendiri untuk tatapan umum….

    Tulisan apakah ini ????

    Hidup biskut merry !!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. kekwat says:

    Official Symbols – Negaraku

    Negaraku
    Tanah tumpahnya darahku
    Rakyat hidup bersatu dan maju
    Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
    Raja kita selamat bertakhta
    Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
    Raja kita selamat bertakhta

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. kekwat says:

    Bersatu Kita Bersatu
    Dengan Setia Berganding Bahu
    Jiwa Teguh Berpadu
    Kita Rumpun Melayu

    Bersama Kita Bersama
    Mendukung Hasrat Semua
    Berjasa Pada Bangsa
    Agama Dan Negara

    Lambang Kita Yang Gagah
    DiPandang Mulia Dan Indah
    ” BERSATU , BERSETIA , BERKHIDMAT ”

    Cogan Katanya
    UMNO Terus Mara
    Untuk Rakyat Malaysia

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. kekwat says:

    Original songs

    Inilah barisan kita,
    Yang ikhlas berjuang.
    Siap sedia berkorban,
    Untuk ibu pertiwi!

    Sebelum kita berjaya,
    Jangan harap kami pulang!
    Inilah sumpah pendekar kita,
    Menuju medan bakti!

    Andai kata kami gugur semua,
    Taburlah bunga di atas pusara.
    Kami mohon doa,
    Malaysia berjaya!

    Semboyan telah berbunyi,
    Menuju medan bakti!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. kekwat says:

    English translations

    These are our lines and ranks
    Who fight sincerely
    We are prepared to sacrifice our lives
    For our motherland!

    Lest we succeed
    Don’t even hope for our return!
    This be the oath of our warriors,
    As we march onwards to the battlefield!

    Should we all perish,
    Scatter then flowers on our graves.
    We pray
    For Malaysia to succeed!

    The bugle has sounded,
    As we march onwards, to the battlefield!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. kekwat says:

    norwati…
    hanya satu puisi yg kau siarkan, dah sepuloh komen dr mereka,
    jangan kata tak ada yg penuh semangat.. ada 4 lagu patriotik yg i siarkan di atas.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. biskut merry says:

    Ada sedikit ralat di tulisan saya -ALLAH SWT, tersilap taip SAW. Maafkan saya, yg baik dr Allah SWT jua dan yg lemah dr saya. Semoga kita semua dirahmati dan memperolehi kejayaan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. kekwat says:

    umno dengan lagu patriotik nya lebih dari enam puluh tahun ia di tubuhkan.. dah berpuluh tahun lagi kebanggaan mereka dinyanyikan…

    hasilnya????

    lagu negaraku, sejak aku kahir dah ada lagu tu.. hari ini, tiap2 minggu dan acara dinyanyikan lagu ini….

    hasilnya…???
    begitu jugak lagu “inilah barisan kita”.. aku dengar dinyanyikan di sekolah2 suatu waktu dulu, dah berpuluh tahun….

    hasilnya…???

    jadiii… kpd biskut merry, risa & “yg tak pernah lupa diri, bagaimana yea?

    kalau sekali tersingkap langsir diri bangsamu,
    terlihat sedikit kekotoran dari sejuta keindahan bangsamu,
    ianya adalah untuk kita menilai diri, melihat kebawah di kidung kakibangsamu,
    adakah tersepak lopak sehingga tercalit sedikit lumpur kerananya,
    yg hanya perlu dicuci dgn klorox,
    atau
    kurap panau yg meraja di badan,
    yang perlu diberi perhatian yang dalam?

    norwati… terima kasih,
    kpd yg lain jangan cepat melatah
    selidik dulu kekurangan diri
    apa perlu diperbaiki

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. kekwat says:

    memang bangsa lain bukan kita tidak pernah nampak kekurangannya
    contohnya…budaya kuning yg meraja hari ini adalah gejala mereka
    dan banyak lagii…

    tetapi kita adalah bangsa melayu
    kita juga tidak mahu dikatakan
    “gajah depan mata tak nampak,
    kuman diseberang lautan kita nampak”

    jadi… saya pasti ini dadalah sekelumit kekurangan bangsa kita yg cuba di ketengahkan oleh norwati,
    saya pasti ianya bukan bertujuan untuk direnung atau menungkan..

    tetapi apakah yang perlu kita lakukan atau apakah tindakan yg pada fikiran tuan2 dan puan2 kat sini yang bakal di lakukan??
    betul tak norwati?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. Risa says:

    tidak lah saya melatah.. ‘tapi bengang…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. majikan agnes monika says:

    agnessssssssss!!!!!!!

    ke mari kamu!!!! mari picitan kaki aku…kaki ku capek sekali…tadi aku berpeleseran di toko-toko di jasko…cepattttt agnessssssss….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. biskut merry says:

    Saudaraku K (sy kurang gemar menggunakan perkataan Kekwat, jd izinkan saya pendekkan kpd K shj), utk diri saya, sy lebih suka memperbaiki dan memperbetulkan diri sy bermula dgn melihat / mendengar sesuatu positif dan optimis. Lagu2 anda paparkan itu mmg sgt bagus dihayati, dan itulah lagu yg dimainkan di sekolah2. Sy rasa tiada yg melatah di sini, hanya memberi secebis pendapat masing2 dan sedang berusaha memperbaiki kekurangan diri sambil mengutip ilmu yg bermanfaat melalui pendapat saudara2 lain sekalian.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. aku org melayu says:

    huk aloh kekwat…
    ko ni memang kekwat..
    melatah tak bertempat
    cakap tak reti selo manjang nak kuat-kuat..

    sini kan nak berbincang
    kalau tak suke pi le Bachang
    dok rumah ke.. makan kacang
    takpun pi le tido sampai ke petang

    bagusle ada melayu tak suka di kata
    itu melayu yg punya semangat meronta-ronta
    mahukan perasaan cintakan bangsa
    baiki diri supaya tak sesenang dicerca-cerca

    err.. aku saja-saja test akunya bahser
    udah nama kekwat syok le pulak aku mengata
    yg penting semangat kita sebangsa
    majukan bangsa, agama dan negara
    anak-anak jangan lupa
    itulah tiang pendokong generasi kita

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. RN says:

    Biasela tu..selalunye kenyataan yg benar tu mmg pahit utk d terima…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. bunga raya says:

    sedikit sebanyak apa yg diperkatakan oleh norwati itu betul bila melayu dikata gitu kita ubahla diri kita spy bangsa lain tak pandang kita teruk.

    ada di antaranya mmg dah berubah tp masih kebykan yg kita tgk mcm tu juga.saya sendiri pernah ‘terkena’ dgn kaum melayu kaw kaw punya teruk. kesiankan kita sebg melayu sendiri takkan tlg melayu seagama sebangsa (bkn semua la)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. bunga raya says:

    aku sayang agama aku. aku sayang bangsa aku. tapi dukacita aku tgk bangsa aku ada yg mnelingkupkan diri depa sndri.malah terlalu byk.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. tak pernah lupa diri says:

    Norwati sebenarnya sedang mencari pengaruhnya disini…menggunakan kekwat sbg budak suruhan…cuba nak melaga2kan kita semua…

    Ibarat rumahtangga, pekung didada tak usahlah dibuka, lebih2 lagi untuk tatapan semua bangsa …

    Nak menegur perlu ada cara…bukan main ikut sedap cakap aje…

    Waspada selalu pada pengkhianat bangsa.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. Me Myself says:

    Bahasa Budaya Bangsa

    semua bahasa daripada Allah
    jibrail qalammullah
    Muhammad Rasulullah
    manusia semuanya hamba Allah

    semua jadi satu
    satu jadi semua
    berbakti kepada Allah
    beriman kepada Rasulullah

    manusia
    asalmu logam
    bahasamu seragam
    jauhilah takbur dan ragam

    asuhi bahasamu supaya subir
    didiklah bahasamu supaya jangan takbur
    ingatlah kau kan masuk kubur

    bahasa itulah qalam
    bahasa itulah budi
    bahasa itulah amalan
    bahasa itulah kelakuan
    bahasa itulah yang akan menyelamatkan kamu
    bahasa itulah jua yang mencelakakan kamu
    bahasa, bahasa yang ada pada dirimu

    kau memohon dengan bahasa
    kau memberi perintah dengan bahasa
    kau bercumbu dengan bahasa
    bahasa itulah ibadatmu

    bahasa itulah budi
    jangan bahasa mu jadi keji
    jangan bahasamu rugi
    faedahnya neraka tempat mu tinggal
    pada hal syurga tujuan bahasa mu yang asal

    pilihlah mana satu
    budi baik atau budi keji
    bahasa untung atau bahasa rugi
    manusia tanggung nasib sendiri
    di akhirat jangan menyesal lagi

    budi itu adalah hati
    bahasa itulah hati
    rupanya boleh dilihati
    apabila berlaku budi dan bahasa itulah kenyataan seseorang
    baik atau buruk hatinya
    setelah berbahasa dan berbudi

    kata-kata manis yang berlawan dengan bahasa sopan
    kata-kata kotor yang berlawan dengan budi
    itulah nilainya manusia
    kerana itulah dia hatinya
    yang dipandang Tuhan kepadanya

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. bunga raya says:

    aiseh begitu rupa nya…alkisah hikayat 1001 malam

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. kekwat says:

    dari seorg ustaz baru2 ni ada bercerita…

    org melayu lemah kerana kita tak bersatu, bercerai berai perkara biasa.

    persatuan?
    mungkin bagi org melayu (terutama perempuan/wanita2, kebanyakkannya menganggap persatuan adalah membuang masa. bagi org lelaki melayu adalah untuk melobi (Lebih kepada perniagaan dan wang keuntungan).

    namun statistik juga menunjukkan NGO di malaysia yang ada ramai org melayu lebih kurang 20% (dan kebanyakkannya adalah untuk kepentingan perniagaan), yang selebihnya di monopoli oleh bukan melayu khasnya bangsa China.

    kenapa?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. kekwat says:

    bangsa bukan melayu, menggunakan NGO untuk meminta itu dan ini untuk kepentingan bangsa mereka, tetapi.. bangsa melayu kita?

    lihatlah hari ini, isu sikit untuk memperbaiki diri pun dah nak menyerang personal..apa ni?

    wei.. wake up women!!

    sepatutnya kita kata.. apa kata kita kat sini buat satu persatuan DCCK,
    wanita2 bersatu, membantu yang perlu.
    tak kira apa masalah, apa isu. discuss bukan menebak atau menuding sapa betul atau sapa salah, ko sapa, aku sapa.

    biar bagaimana cara ditegur dan menegur.. ambil isu di kaji bukan kaji personaliti.. kita tgk.. chua soi lek yg dh betul2 red handed pun, masih di ambil sbagai pemimpin, y?

    becoz they support each other, the quality of supporting each other itu yg penting. ong tee keat.. teror cakap melayu, ada pemimpin melayu yg teror cakap China, India? Jarang…
    i’m really afraid they will minta nak memerintah negara ini pulak, kalau melayu asyik nak menuding jari..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. ketwalk says:

    aku sampai sekarang tak respek chua soi lek kalau ko kagum sangat bagus la. nak sibuk sibuk belajar bahasa tamil & cina? hello! ini malaysia tau bukan china bukan India, Ko tengok singapore ada tak sibuk2 pemimpin mereka nk berbahasa melayu? agak2 kau kenapa? hahahahah.. ini lah melayu sibuk nk bertolenransi nak amik hati kaum lain, kagum dengan kaum lain sedangkan menghina kaum sendiri. Ko nak cakap apa direct jer bukan pusing sana pusing sini agaknya ko ada darah kacukan keling ituyang cakap berbelit2

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. ketchup says:

    hello ketwalk. Lee Kuan Yew & Lim Goh Tong fasih berbahasa melayu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. ketwalk says:

    personaliti tu penting cik kak!!! penting!!!… kalau penceramah motivasi sendiri tak boleh settle masalah apa kes? agak2 ko akhil hay tu boleh dihormati tak?? agak2 ko personality & kredibility beliau terjejas tak?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. ketwalk says:

    bagus lah kalau fasih, Ir. Nizar juga fasih berbahasa cina, itu bukan satu keperluan paham! itu kelebihan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  35. SK says:

    ok actually I tak nak komen sebab not my jurisdiction ;-) BUT correction ya Lee Hsien Leong (PM of Singapore to those who are ignorant) makes it a point to give the National Day speach in BM yearly on national tv, the malays in spore are actually given more scholarships, quotas to university, and govt jobs, as u shuold check out the mosques here, seriously canggih. thank you and God bless :-)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  36. SK says:

    opps when i mention all the above mentioned benefits its NOT for muslims BUT malays ya

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  37. ketchup says:

    Eh!!! Lim Goh Tong pulak, anak lee Kuan Yu, Lee Hsien Leong. Sesedap jari manisku jer manaip. Lim Goh Tong pun fasih gak, aku pernah dongor dia speaking.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  38. kekwat says:

    sk.. thank you for the info…
    if i were the Pm of singapore, ofcoz.. i will learn to speak in malaysia (my neighbour is malaysia.. who knows one day DAP OR MCA rule them, we will unite as one), to impress all the malays or muslims that we are very caring, very friendly, afterall we already got singapore for how many years.

    or else they will fight back, then will make kacau bilau, whose country yg rugi..

    tanah melayu but we punya..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  39. kekwat says:

    so.. to those malays women in DCCK, you all masih nak jatuh kan antara satu sama lain?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  40. kekwat says:

    please submit your good comment on the issue..please focus and concentrate on the matter

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  41. kekwat says:

    ehhh.. norwati ko kemana?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  42. kekwat says:

    ko sibuk ngan personaliti, nak canggih manggih , hebat, duit bertimbun.. tapi negar ko tergadai ..

    lim goh tong got the genting pun stat pakai sluar pendek jer.. tak vogue pun ok jer.

    apek contractor tu rumah dia besar berjuta harganya, pakai sluar selekeh je, boleh dapat kontrak berjuta hinggit.

    apa ni personaliti ni… ko ingat ini hollywood???

    weih.. ini bangsa yg nak maju dari segi ekonomi dan moral women.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  43. kekwat says:

    open your hearts, open your eyes big, open your mind, look around you..
    jangan dok nyembang tepi tingkap je.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  44. cakewhat says:

    aiyo amma cakewhat… yu sepik meley same-same like apek sell vegetable lah!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  45. aku anak jawa says:

    kekwat cakap
    “weih.. ini bangsa yg nak maju dari segi ekonomi dan moral women”

    apa kena lim goh tong ngan pembangunan moral? nak negara kita kaya dgn hasil judi?
    nak pilih pemerintah yg belasah apa moral kuar masuk dvd lucah asalkan penyokong kuat dan pandai bercakap?

    ko cakap banyak sangat sampai nampak sangat tahap sekolah rendah lah… udahlah tu malatah-latah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  46. aku anak jawa says:

    ko kata…
    “please submit your good comment on the issue..please focus and concentrate on the matter”

    tapi ko kata gak..
    “apa ni personaliti ni… ko ingat ini hollywood???”

    cakaplah cara berhemah walaupun orag belasah baru nampak karisma..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  47. SK says:

    No worries Kekwat, as stated earlier i got no comment about this issue as not my jurisdiction. I just wanted to corrrect somebody who saidd the PM of spore dont know how to speak malay donot know who too lazy to check :-)

    about his motives i really dont know and i dont wish to speculate :-)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  48. kekwat says:

    u all ni.. kan (haa ni yg akak geram ni..)

    ambiklah yg elok2 nya.. yg tak elok tu.. gunalah otak,tak kan bangang benar pulak aihhh…
    malas akak nak ngajaor

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  49. kekwat says:

    sampai nak memilih yg elok dan yg burok pun akak nak ngajar?

    masalah aku ckp ngan org cam ni…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  50. kekwat says:

    patutlah cikgu tak cukup2 kat malaysia ni…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.