hari ni aku terpaksa buka pekung didada.. aku x rasa semua orang leh dengar keluhan hati kelu kesah aku dalam menjalani kehidupan seharian..
aku harap dengan best” title=”More about blog »”>blog ini aku dapat rungkai kan masalh yg
dah lama terbuku di lubuk hati..
kusangka kan panas smpai ke tngah mlm rupanya hujan di siang hari..
aku berusia 33thn & suami berusia 38thn … tahun ni genaplah 15 tahun aku berumah tangga dengan 6 orang anak disisi…
suami yg kupuja2… suami yg ku sayang2 sayangi.. suami yg segala2 nya bg diri ku..
tp punah segalanya bila depan mata aku sndiri dia snggup menduakan aku..
kisah perit ini bermula bila aku mengambil seorang pembantu rumah yg berumur dlm linkungan 40an..
tanggapan aku salah dan meleset semata2..
pada mulanya.. kehidupan seharian aku berjalan dengan lancar.. tp aku silap..
aku buta dalam menilai kebaikan orang.. aku terlalu mempercayakan dan meletak tnggapan yg baik2 belaka pada orang yg ku sayangi..
kepercayaan aku di diperkotak katikkan kebaikan aku diperguna kan..
ceritanya cam ni… tanpa diduga suamiku punyai hubungan sulit dgn pembantu rumah (Indon)… sehingga dia mengandung 7 bulan lebih sekarang… setelah disiasat hubungan sulit ni bermula sewaktu aku meringkuk di hospital semalam 2 minggu disebabkan batu karang pada Sept’08.
Suami aku ni memang x senang tenguk perempuan… 4 tahun sebelum ni dia ada hubungan dgn pembantu rumah Indon juga umurnya dalam 20-an, nasib baik dia dah selamat balik ke kampungnya. Jadi, aku mengambil pulak yg umur 40-an untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku…. Tetapi, sangkaan dan kerpercayaan aku punah sama sekali.
Mak Indon ni, punyai suami & anak yd berusia 20 thn dikampung dan sepatutnya dia pulang pada bulan Oct’09. Aku tahu perkara ni melalui agen aku sendiri dan meminta aku menguruskan supaya pembantu rumah pulang ke kampungnya. Apabila aku bertanyakan pada suami aku.. dia mengaku dan berkali kali meminta aku memaafkannya. Sewaktu aku bertanya pada pembantu rumah yg boleh aku katakan sebaya dgn makcik aku ni…. dia pun meminta agar aku maafkan nya dan hubungan ni berlaku atas suka sama suka sahaja dan bukannya serius.
Aku dapat rasanyakan yg suami aku lepas tangan saja tentang kandungan itu… Apa salah nya bayi itu… semua angkara suami aku yg curang…. sekarang aku telah memindahkan pembantu rumah aku ni ke rumah orang tua aku… tetapi lama mana aku nak sembunyikan dari semua… setahu suami aku agen dudah bawa balik ke kampung nya di Indonesia…
Sekarang aku amat buntu untuk mengambil sebarang keputusan… Pembantu rumah aku meminta tolong padaku supaya aku uruskan bayi itu sepenuhnya… dia tidak mahu membawa balik bayi itu kekampungnya nanti… Dan anak perempuan pembantu rumah aku tahu akan keadaan sebenar ibunya disisi… anak nya minta ibunya balik seorang saja…. biar bayi ni dijual pada sapa2 katanya…
Ikutkan hati aku… aku nak bela saja anak yg x berdosa nih… tetapi apa aku nak beritahu pada 6 orang anak aku dan pada keluarga aku sendiri… anak aku yg sulong dah 14thn dan yg bongsu 5thn… kesemua anak aku dah tahu akan keadaan sebenar pembantu rumah aku ni sewaktu agen bertanyakan hal ni durumah aku minggu lepas… cuma dia orang tak tahu angkara bapa dia orang sendiri…
Bagaimana aku nak uruskan pembantu rumah ni bersalin nanti… dimana.. macam mana entah aku tak tahu nak buat apa sekarang….
Aku harap blog ni akan menolong aku untuk mengambil satu keputusan yg baik dan munasabah….
Popularity: 13% [?]

Processing your request, Please wait....
wahai putera-puteri beta!
berapa kali bonda sudah beritahu, janganlah anakanda bersiar-siar di kawasan merah jambu ni!
mari! anakanda sekalian, pulang ke singgahsana.
bermain-main sahaja di taman larangan ya!
Like or Dislike:
0
0
ni dah hilang panik kut. Elok bagi tau suami perihal maid tu, suruh dia setel dgn JKM dan hantar maid balik indon. Dia yg selayaknya buat begitu, jgn tau nak syok saja.
isteri2 mcm mastura ni juga menyumbang secara tk langsung terhdp kebejatan lelaki sbb membiarkan mereka dgn pe’el tk bertanggungjwb.
Like or Dislike:
0
0
camner hb mastura skrg?
apa yg dia buat?
buat bodo?
better dia settlekan..
dia buat..
biar dia tanggung..
Like or Dislike:
0
0
yg hb saya tahu agent yg bawa balik maid… untuk uruskan maid dihantar balik. sebelum ni, agent tu nasihatkan saya lebih baik biarkan maid tu balik ke kampung. Biar maid tu yang tanggung semua…
pertengahan bulan lepas maid tu lari dari rumah selama seminggu ke KL…
rupanya maid tu ke KL untuk menguruskan menjual baby kandungan nya tetapi agent memaksa dia balik kepada majikan…
bila agent menanyakan pasal apa dia lari, then maid ceritalah kat agent perkara sebenar…
apa yg saya dapat tahu dari agent tu… ini bukan kes pertama yg dia tahu mengenai maid mengandung… tetapi kebanyakan dia hantar balik saja untuk mengelakan pelbagai masalah lain yg timbul…
Like or Dislike:
0
0
somi & ayah yg kejam…sanggup wat maksiat dlm rumah sendiri, tmpt memupuk kasih sayang, tmpt ibadah & tmpt mdmbesarkan anak2, tmpt perlindungan is3 & anak2…susah klu benda haram dah masuk dlm badan jd darah daging, sembahyangnya dah tak mamapu mencegahnya dari berbuat keji & mungkar…errk….apsalku aku bg ceramah mcm ustazah lak ek…
mastura wat isthikarah dah…minta petujuk Allah utk klar dari permasalahan ini…semuga mastura terus tabah dgn ujian dari Allah ini…
Like or Dislike:
0
0
Berapa byk lg kes mcm ni n lain-lain kes berkait dgn zina?
kenapa la manusia laki2 dan ppuan zmn skg begitu rakus sekali tak mengenal dosa pahala lg…
Ank2 skg pun makin krg ajr dan biadab. Tanya la cikgu2 kt sek men@ ren. Ank2 ni la pula esok2 akn jd org dewasa yg ntah mcmn bentuk laku dan sikapnya…
Apa yg kurang, apa yg salah? Kat mana yg kurang, kt mana yg salah?
Yang beragama pun boleh tersasar, nmpk alim tp sesat, nmpk arif tp liberal….mcm2 masalah umat Islam skg.
Like or Dislike:
1
0
Makin ramai org pandang ringan pd dosa. Membuat dosa tiada kekesalan dan rasa salah.
Buta hati lebih berbahaya. Buta mata tidak nmpk dunia. Buta hati tidak nampak kebenaran. Buta hati ditipu nafsu dan syaitan.
Like or Dislike:
1
0
kalau saya la tak sanggup nak bela bayi tu.beri pada keluarga angkat atau beri pada mak mertua saya mak suami kalau masih ada.sb ini cucu mereka dari rahim wanita indonesia.
kalau beri pada indon tu alamat naya la bayi tu mrk bukan ada hati perut sanggup bunuh zuriat sendiri.
suami kamu tu buat malu saja.biar saja mak suami kamu yg jaga.jika saya sudah tentu payah nak hidup bersama suami lagi.
Like or Dislike:
0
0
Hati dan perasaan masing-masing.
Like or Dislike:
0
0
masing-masing, kebanyakan masing-masing kita kat sini.. pun ada anak-anak – lelaki dan perempuan.
maka.. mari kita sama-sama tidak banyak sangat berkata-kata tentang apa atau siapa yang tidak baik-baik yang telah berlaku atau melakukan.
elok.. kita ambil ikhtibar dan mencari penyelesaian kepada situasi mastura.
Like or Dislike:
0
0
salam mastura…berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul… org lelaki mastura, kdg2 kita terfikir jgk tk ada rasa bersalah ke si suami ni bila dia bt macam tu kat kita, tk sedar ke dia segala pergorbanan kita untuk dia… yg penting tk takut ke dia dengan hkmn Allah.
Like or Dislike:
0
0
Mastura..please give me ur contact number..can contact me through this e-mail..nanacomey@yahoo.com
Like or Dislike:
0
0
Salam…. Nana saya dah email contact no saya thru email…
Utk pengetahuan semua, petang kelmarin sya telah membawa maid ke klinik utk scan…
terkejut nya saya doktor memberitahu kandungannya dah masuk 9 bln… dia akan deliver sekitar penghujung sept depan. yang sedia nya… besar kemungkinan ada lah baby girl…
sehingga sekarang pun saya tak dapat keluarga angkat lagi…
Saya dah informed pada kak ipar saya, biar dia uruskan bersama hb sya…
saya pun x pasti apa keputusan yg mereka akan ambil petang ni…
Like or Dislike:
0
0
alhamdulillah..
Like or Dislike:
0
0
Salam Mastura….teruja dengan kisah Mastura ni tapi akak harap Mastura terus tabah dalam menghadapinya ok. Dengan nasihat dan pandangan member2 kat blog ni mudah2an dapat meringankan tekanan yang Mastura hadapi sekarang ni. Buat lah yang terbaik ..
Setahu aka la mak indon tu memang x layak nak bersalin kat hospital kerajaan..cz x ada taraf perkahwinan so kalau nak bersalin nanti kene g hospital atau klinik swasta..sediakan dut le banyak2. Yang tu mintak la hb settle kan pandai buat maka pandai lah nak tanggung!!! Lelaki memang x boleh percaya lah Mastura kerana tu lah akak ambil keputusan x nak stay…angkut semua anak2 6 orang ni biar susah skit tapi hati senang dan x tertekan.. Alhamdulillah rezki ada di mana2…
Like or Dislike:
0
0
eh bukan boleh ke salin kat hospital di rawat sebagai pesakit luar tapi kelas ke3 la..kena bayar
Like or Dislike:
0
0
buat apa susah2 badan nak jaga anak dia.jaga la badan sendiri kalo kita sakit ada ke org ambik berat .
Like or Dislike:
0
0
ye la mastura pas je kat derang utk uruskan…mastura uruskan diri & anak2 je..mesti family hb mastura sume tebal muka dgn mastura…
Like or Dislike:
0
0
Salam kak Mastura,
Terkedu seketika saya baca masalah akak ni. Betapa tabahnya akak…masih mampu nk terima and jaga baby dlm kandungan minah indon tu… dlm ati saya berputik rasa benci, marah pd hubby akak tp jauh disudut hati saya mengagumi kesabaran akak yang mampu menempuh situasi ni dgn tenang. Saya pernah alami pengalaman lbh kurang akak tp sume tu berlaku masa saya dan hubby msih bertunang..and tau perbuatannye lepas ktorg da kawin..itupn smpai skrg saya masih xdpt lupakan….
Saya harap Allah stiasa mengiringi kebahagiaan akak…murahkan rzeki akak. Akak buatla istikarah…mintak petunjuk dri Allah..tp jika saya dipihak akak..saya xmampu jadi setabah akak..Tahniah kak mastura
Like or Dislike:
0
0
mastura, pada pandangan akak, stoplah duk kesah kat maid tu, serahkan pada hb and kakak ipar tu, jaga diri mastura plak, bukan apa, nanti mastura plak yg stress,
kekadang kita kata kita kuat, stress ada yg makan dalam akan menyebabkan kesan yang teruk di masa akan datang,
Like or Dislike:
0
0
“isteri2 mcm mastura ni juga menyumbang secara tk langsung terhdp kebejatan lelaki sbb membiarkan mereka dgn pe’el tk bertanggungjwb.”
ye. setujuk. nak tolong hb pun kena juge tengok2 apa yg nak ditolong tu. biar hb n mak dia yang setel.
ni bukan kes nak salah si anu, nak salah si polan lagik. hb n maid indon tu mmg salah. tanggung sendiri.
Like or Dislike:
0
0
mastura nak maapkan hb..maapkan la. nak bg peluang … bagi la peluang lg.
tp salah dia.. dia setel. dia kena belajar dari kesalahan. kot masa depan nanti dia sedar dan tak ulang lagi.
Like or Dislike:
0
0
assalamualaikum,
Dalam menghadapi ujian, kita haruslah berhati hati dengan tindakan kita buat selepas itu. Kita perlu kaji sejarah Rasulullah saw dlm menghadapi suasana-suasana berlainan. Adakah tindakan kita itu sejajr dengan kehendak ALLAH? Allah ciptakn manusia bukan untuk main-main, tetapi mengabdikan diri kepadaNya.
Niat sbb tindakan kita itu apa? Jgn kita lupa ayat ini:
bertolong-tolong dlm membuat kebaikan, jgn bertolong-tolong dlm membuat kejahatan.
Adakah dlm memnyelasaikan beberapa perkara kita perlu menyembunyikan sesuatu? kerana apa? ALLAH maha mengetahui niat kita. Kita ini juga diuji pada tindakan kita. Betul? Salah? Akibat akibat tindakan itu mendatangkan apa?
Oleh sbb itu kita jgn ikut naluri atau logik tetapi beerpandulah ajaran alQuran. Jika tak tau tindakan kita itu betul, rujuk kepada org yg lebih mengetahui…. Ustaz-ustaz yg berkaliber.
Wallahualam bi sawab.
Like or Dislike:
0
0
Mastura, kalu saya dlm situasi awak, mula2 sy akan pastikan dia dianta blik ke negara dia dgn segera selepas bersalin…anknya akan diberi pada klga ankat secara sah.. atau anta kerumah kebajikan… yg paling tpenting psal suami mastura yg hdung belang tu kena di cucikan dulu.. nape sanggup tidur dgn org gaji sndiri yg kejenya pembantu rmh…. rasenya kt luar lagi teruk la…sifat kelelakian dia tu tercabar sbb lembik & untuk menaikan saham nya, dia dah termakan benda2 yag tjual di lorong gelap dan disepanjang tepi jlan… sbb tu asyik stim je… Kalu suami sejati akan setia pada isteri kesyangan w/pun sedang sakit dihospital… tlg blikan brg2 ank2 dan simpati pada isteri yg dlm kesakitn…… kesimpulan kebanykan lelaki melayu di malaysia mmg x de sifat pemimpin dan ciri2 Islam sejati… lelaki cam tu hammpehh… buang je dlm perigi buta… rujuk ngan org yg bleh dipercayai… x lupa pada klga rapat dan teman2 yag sanggup menangis dan ketawa bersama… goodluck to you
Like or Dislike:
0
0
perempuan tu dah de depan mata dia, dia pun dah nampak perut yang memboyot. dia tak dah tak ambik pusing pasal bayi dalam kandungan. jadi dia rasa bukan tanggungjawabnya lagi. depa yang suka sma suka, bukan serius katanya, kita plak yang nak kena pening2 kepala. dah 2 kali hb mastura buat peel yang sama, dulu terlepas, skrg dah ada kesan itu pun orang lain yg setelkan, apa ni, kite nak kena jadi kuli dia ke? awak sakit ada ke ambik perhatian jaga anak? kita penat ada dia bantu, Saya minta awak utamakan diri awak dulu, dalam kes ni, dia yg buat hal jadi tanggungjawab atas dia, berhentilah mambantu buat itu dan ini untuk dia, saya rasa agak marah pada lelaki macam ni, dan saya pun ada rasa terkilan dengan sikap kita yang terlalu beri peluang pada lelaki macam ni. Lepaskn rasa sayang pada orang lain. sayangi diri kita.Bahagiakan diri kita , pasti kita akan membahagiakan orang lain yang menyayangi kita
Like or Dislike:
0
0
ada correction sikit, macam ni nak sebut, dia dah tak nampak perempuan n perut yang memboyot. sebabkan mastura sndiri yg sorokkan. jadi dia rasakan prob dia setel mcm tu je, cubalah bawak pmpuan berdepan dgn dia, pasti ada rasa gigil kepala lutut dia, kut la nak terpikir anak dalam perut tu. kesannya pada dia dan masa dpn famili. kut dia nak pk, tapi ada kee dia nak pk semua tu.
Like or Dislike:
0
0
mastura u kasi je baby tu kat i, i tengah cari baby girl ni.. tapi kesihatan baby tu ok ker?
Like or Dislike:
0
0
salam kekwat… betul kah u nak baby girl…? sewaktu saya membawa dia ke klinik, keadaan baby tu memang baik.
sekarang ni i dah serahkan sepenuhnya pada keluarga hb saya. Kak ipar akan uruskannya… tapi saya masih tak pasti samada baby itu kak ipar saya yg akan menjaganya atau diserahkan kepada sesiapa yg ingin menjaganya.
Malinja…
Bukannya saya sengaja nak sorokkan maid tu pada hb tetapi saya sendiri tak boleh nak tenguk keadaannya begini. Saya memang mempercayainya dan tak sangka jadi begini.
Nak berpisah dgn hb bagi saya sudah tentu boleh… tetapi saya cuma fikirkan keadaan anak2 saya nanti membesar tanpa bapa.
Biarlah saya yg menangung segala keperitan hidup tanpa melukakan hati anak2…
Like or Dislike:
0
0
Puan dah ada keptsn sbnrnya utk hbgn puan dgn suami. Apa pun keputusan, pasti ada risiko dan natijah yg lain pula.
Cuma fikirkan perkara-perkara yg akn puan hdpi, positif dan negatifnya. Kemudian buat persediaan, terutama mental dan emosi.
Alang2 puan ingin terus berada dalam perkahwinan, sy doakan puan mendapat ketenangan di sebalik ribut yg melanda ini. Dan alangkah indahnya hidup dan hebatnya puan jika mampu mencorakkan kehidupan lebih baik dari hari ini bertitik tolak dari peristiwa hitam itu.
Mana tahu dgn kasih syg sejati, Puan mampu membawa suami pulang ke jalan yg benar dan dianugerahkan nikmat berganda daripada kesabaran menempuhi musibah ini.
Org yang mampu menukar batu kerikil kepada emas, adalah luar biasa. Pepatah Arab mengatakan, “jadilah seperti sepohon pokok yg berbuah, dibaling dgn batu, dibalas dgn buah”.
Like or Dislike:
0
0
ok u contact i kat my email: norwati_j@hotmail.com
Like or Dislike:
0
0
Sesungguhnya puan adalah seorg yg tabah,sya kagum dgn kesabaran puan menghapapi ujian yg berat ini.Namun puan perlu bertegas dgn suami kiranya puan masih mahu meneruskan rumahtangga bersama-nya.Sikap puan yg terlalu mempercayai-nya telah di ambil kesempatan,oleh itu harap puan lebih berwaspada di masa hadapan.
Like or Dislike:
0
0
Salam makcik keliwon…
Terima kasih di atas nasihat & sokongan pada mastura utk meneruskan hidup ni…
Begini kak, sebelum ni hubungan antara saya dgn hb pun boleh dikatakan baik. nak kata saya kurang beri prihatin tu tak lah sangat. sebab masing2 sibuk dgn bisnes. Jadi setiap kali dia kerap berada disisi bab kami ada kedai… Jadi semasa saya tak da lah benda ni jadi. Tapi, saya memang tahu perangai hb saya pun dah banyak kali saya dah maafkannya… kali ini saya x terfikir sampai maid ni pun dia boleh kerjakan… nak kata saya takda rupa… tak lah sebegitu tapi entah lah… buat masa ni memang berat nak terima dia balik tetapi saya akan tabah….
Like or Dislike:
0
0
Ya,apapun keadaan yg melanda,kehidupan
mesti di teruskan.Tapi dptkah Mastura
menerima-nya kembali dgn ikhlas.Berserah-lah pada Allah Taala,insya Allah semoga Mastura lebih cekal menghadapi dugaan ini.
Like or Dislike:
0
0
sayangi diri kite, bukan bermakna kite berpisah dgn hb, tapi kite jaga hati kita dan kesihatan kite, biar dia bertanggungjawab dgn apa yg telah dilakukan. hati mastura sgt mulia krn tak mahu orang lain mndpt susah, tapi biarlah berpada2, jgn kite yg akan dapat pnyakit, dah ada org nak handle alhamdulillah, skrg mastura handle diri dan famili mastura plak, o.k.
Like or Dislike:
0
0
mastura, u talipon i tau.. i memang nak sesangat …
Like or Dislike:
0
0
salam buat warga blog DCCK yg amat dihormati… saya kembali utk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yg saya harungi selama 2 bulan berdiam diri… maid telah selamat melahirkan baby girl yg kini berusia 27hari sewaktu raya ke4. Seperti yg sedia maklum saya mengambil keputusan utk mengambil anak angkat setelah fikir semasak2xnya. Syukur kepada Allah, rezeki keluarga saya bertambah baik dan hubungan keluarga kembali pulih… Alhamdulillah.. 6 org anak saya menerima baik kedatangan adik baru mereka. Buat masa sekarang saya masih belum mendaftar di JPN mahupun Jabatan Kebajikan. Saya buntu apabila mendapat tahu anak ni akan menjadi warga indonesia setelah mendaftar di JPN. Saya memerlukan nasihat sedikit sebanyak tentang prosedur & langkah pemgambilan anak angkat warga indonesia di negara kita ni…
Sekian, wassalam.
Like or Dislike:
0
0
salam mastura. alhamdulillah, bayi selamat dilahirkan.
ttg pendaftaran tu.. saya tidak pasti. mastura kena rujuk dgn pihak berkuasa berkenaan lah nampaknya.
Like or Dislike:
0
0
salam puan mastura…
semoga Allah sentiasa merahmati kita semua aminnn.. hubungan ahli keluarga bertambah baik insha Allah..
errr tak tau cam mana nak buat.. fuh!
hb puan mcm mana? mula concern dgn anak dia atau masih buat tak tau lagi?
Like or Dislike:
0
0
terima kasih pada damask & kucing api… dlm byk2 isu baru dlm blog ni sempat juga reply…
Nampak ada banyak perubahan pada hb. Sejak kebelakangan ni, saya banyak berdiam diri padanya dan menguruskan sepenuhnya pada baby. Apa salah baby tu yg tak tahu apa2 lagi… saya mampu menjaganya macam anak kandung saya yg lain…
Like or Dislike:
0
0
alhamdulillah.
kita mmg dituntut utk beriman kpd qadar baik dan qadar buruk yg Tuhan telah tentukan.
tiada yg baik melainkan hanya dgn bersabar dan berlembut dgn waktu dan sesuatu yg berlaku itu pd waktu dan ketika itu.
amatlah beruntung kita mendapat nikmat hidayah dr Tuhan yg Maha Esa.
Like or Dislike:
0
0
alhamdullillah..
mudah2an berkekalan cam tu..
urusan anak angkat puan mcm mana? tau dah nak selesai mcm mana?
Like or Dislike:
0
0