POLIGAMI MERENDAHKAN MARTABAT
Begitulah tajuk didalam DCCK baru-baru ini yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis dan memberikan pendapat dan pandangan saya.
Poligami amat sesuai dengan ayat2 yang menyarankan kita bekerjasama, tolong menolong dan ingat mengingatkan antara satu sama lain seperti ayat:
“Tidak beriman seseorang itu kalau dia tidak menyintai saudaranya seperti dia menyintai dirinya sendiri”
Saya sering juga mengikuti ruangan DCCK ini dari dahulu hingga sekarang, saya sering bertanya sampai bilakah wanita seperti puan Rostina ini akan menilai dan menerima konsep pernikahan dan poligami ini dengan adil?
Pada pendapat saya, tujuan berpoligami bukanlah untuk merendahkan martabat lelaki atau wanita yg ingin dinikahi, malah ianya adalah suatu langkah yang berani menyahut seruan Allah untuk membela wanita islam yang lain selain dari isteri pertama dimana tujuan utama bukanlah untuk memuaskan nafsu semata, walaupun diantaranya adalah untuk menyalurkan nafsu dengan jalan yang dihalalkan oleh agama islam dan tujuan2nya yang lain adalah sama seperti pernikahan yang pertama malah tiada bezanya.
Saya pasti seorang lelaki yang ingin bernikah, tentulah beliau telah memikirkan tanggungjawabnya sebagai suami (tidak kira samada buat kali yang pertama, apatah lagi untuk kali yang seterusnya) iaitu membina keluarga bersama wanita yang berkenan di hati. Rata-rata lelaki Islam yang saya tanyakan tentang perkahwinan, mereka mengakui bukan mudah untuk mengambil tanggungjawab untuk bernikah, apatah lagi untuk yang kedua dan seterusnya. Jadi… saya amat pasti bahwa lelaki yang telah memberitahu isterinya untuk berpoligami adalah seorang yang berani dan ingin menyalurkan kemampuannya untuk bertanggungjawab terhadap wanita yang ingin dinikahinya. Tindakan itu bukan calang2 lelaki yang mampu melakukannya dan sepatutnya diberikan pujian.
Poligami atau pernikahan adalah datang dengan tugas dan tanggungjawab yang lebih besar bagi seorang lelaki yang bergelar suami yang mana ianya mencabar kemampuannya sebagai seorang pemimpin sesebuah keluarga sebelum dia memimpin sebuah masyarakat Islam. Sebab itu ayat yang menghalalkan poligami atau pernikahan itu mendahulukan dua, tiga atau empat dan yang paling lemah adalah seorang isteri. Pada pendapat saya hanya lelaki yang tidak berkemampuan untuk memimpin apatah lagi untuk berlaku adil layak bernikah dengan hanya seorang wanita. Ayat2 itu cukup membuktikan bagaimana Allah menilai kekuatan seorang lelaki untuk memimpin. Dengan itu juga, tidak keterlaluan jika saya mengakui masyarakat Islam di Malaysia hari ini kebanyakkannya memang lemah dari segi ekonomi dan sifat kepemimpinan sebab itu rata-rata mereka hanya memiliki seorang isteri dan kita juga selalu disuarakan dengan kata-kata:
“seorang isteri tak terjaga inikan pulak dua, tiga atau empat”,
“dengan seorang isteri pun sudah susah bagaimana nak tambah lagi seorang?”
Dari dua ayat pengakuan di atas ianya seumpama masyarakat sendiri sudah mengakuinya dan tidak sanggup menyahut cabaran ini, jadi tidak perlulah Puan Rostina tanyakan mengapa ekonomi dan kekuatan ukhwah masyarakat orang islam kita hari ini lemah?
Banyak orang yang hebat2 membaca dari buku Dr. Steven Covey, ayat2 diatas juga sudah menggambarkan kelemahan diri sendiri, sudah mengalah sebelum berjuang.
Saya sentiasa berpendapat yang lebih optimis tentang poligami iaitu ia boleh meningkatkan dan mengukuhkan ekonomi orang islam kerana melaluinya, ia boleh merangsang sisuami untuk lebih gigih berusaha menambahkan pendapatan dengan pertambahan tanggungjawab dan bilangan ahli keluarga. Manakala adalah menjadi tanggungjawab isteri-isteri wajib memberi dorongan dan sokongan dengan bertolak ansur, memahami dan saling bantu membantu antara satu sama lain seperti yang disarankan ayat di atas sekali, bukannya melepaskan tanggungjawab mencari rezeki hanya dibahu sisuami seorang.
Sesuai dengan kata-kata:
“rezeki takkan datang dengan sendiri, tetapi dengan usaha dan tawakkal”
Tetapi saya sering terdengar para wanita mengucapkan:
“pandai tambah isteri, pandai2lah cari duit”,
Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan si wanita yang tidak bertanggungjawab dan tidak mahu membantu suaminya, apatahlagi untuk membantu madunya (yang juga islam). Malah ada isteri-isteri yang langsung mengabaikan tanggungjawab mendidik anak2 mereka dengan kata lain melepaskan semua tanggungjawab rumahtangga kebahu sisuami semata-mata sedangkan sikap yang demikian bukan membantu, malah menyukarkan si suami untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Ini juga diantara punca2 anak2 terabai dan tidak dididik sebaiknya dan menyebabkan poligami tersebut gagal.
Apakah tanggungjawab membela wanita itu hanya terhad kepada wanita2 tua, wanita2 yang sakit sahaja? Apakah kebaikan itu hanya boleh disalurkan dengan wang ringgit, material sahaja? Seandainya tanggungjawab membantu wanita dan masyarakat islam itu menjadi tanggungjawab lelaki islam, mengapa pulak bila suami ingin membantu wanita lain perlu dihalang?
Malah ada pulak wanita-wanita yang tak pernah puas hati selalu berkata:
1. kalau suami nak kahwin perempuan yang lebih muda, dia akan kata.. “mentang2lah aku dah tua keriput”, sisuami pulak di tuduh gila pucuk muda mcm digelar miang dan gatal dan wanita muda tadi dituduh sundal dan sebagainya.
2. kalau suami nak kahwin janda, dia kata.. “apa kelas, tak de yang lebih hebat dari aku, anak dara ke, baru ada taste?”
3. kalau suami nak kahwin ngan wanita yang lebih tua, dia kata “laki dia tu mata kero, tak de taste, apa lebihnya orang tua tu dari aku yg vogue?”
4. kalau suami dia nak kahwin dengan perempuan beranak pinak seperti yang di dalam bersamamu, dia kata suami dia “cari penyakit nak sara anak orang yang seramai itu, gila ke hapa?”, keluarga sendiri tak mampu dan sebagainya.
5. kalau sisuami nak kahwin dengan perempuan yang lebih lemah lembut dari kampung jugak tak sesuai, tak standard dan sebagainya.
6. kalau sisuami nak menikah dengan wanita yang bertudung dan berugama pun terkena juga.. “nampak je macam ustazah, tapi hati perut tak de, laki orang pun nak dikebas”
7. kalau sisuami nak menikah dengan wanita GRO, dia kata pulak, “GRO? Tak ade ke yang lebih alim, atau yang lebih baik dari dia, lebih baik janda yang ada di dalam bersamamu, geli, jijik aku”
dan berbagai2 tohmahan dilemparkan.
Jadi, dimanakah kesesuaian untuk memilih seorang madu? Tiada kesudahannya kalau nak menghina orang.
Sedangkan kita sering diwar-warkan tentang tanggungjawab isteri2 WAJIB untuk membantu suami, tetapi mengapa dalam hal yang sebegini ramai wanita tidak lagi menggunakan kalimah seruan Rasulullah untuk kebaikan semua? Jadi.. bila sisuami sudah tidak dapat lagi menjalankan tanggungjawabnya, mudahlah siwanita ini menuding kesalahan poligami itu begitu dan begini, padahal ianya adalah datang dari kekerasan hati mereka sendiri yang tidak ingin menerima jauh sekali membantu untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Pada pandangan saya masalah sosial yang disebabkan poligami, biasanya adalah disebabkan oleh segelintiran pengamal poligami itu sendiri, contohnya suami /isteri yang kurang bijak dan tidak mahu berkompromi menangani sesuatu masalah antara mereka dan mengambil jalan dengan mengabaikan tanggungjawab sebagai jalan penyelesaian untuk menyakitkan hati/memuaskan perasaan cemburu antara satu sama lain, itulah antara sebab mengapa ada anak2 yang terabai.
Keengganan kaum wanita untuk memberikan kerjasama dalam isu ini juga menunjukkan perpecahan didalam keluarga islam itu sendiri dan secara tidak langsung menunjukkan kelemahkan masyarakat islam secara amnya.
Sebenarnya pada pandangan saya Poligami adalah punca kekuatan didalam kekeluargaan islam dan kelebihan ini telah dilihat oleh barat dan bukan islam sebagai ancaman maka tidak hairanlah mereka sanggup menyebarkan budaya kuning serta memburuk2kan poligami kerana mereka bimbang akan hadhir kekuatan penyatuan didalam kekeluargaan islam yang akan membawa kebangkitan masyarakat islam yang akan datang.
Seandainya kita menemukan kelemahan didalam perlaksanaan poligami, kita seharusnya membantu dan mengingatkan mereka supaya terus bersatu bukannya menuding dan menuduh yang bukan2 terhadap mereka yang lalai didalam melaksanakan poligami dan mempropagandakan poligami untuk kepentingan perasaan diri sendiri.
Kebijaksanaan Allah yang telah menjadikan manusia dengan fitrahnya bernafsu dan ingin hidup berpasang-pasangan tentu Allah telah faham kehendak dan kemahuan hambanya (miskin, kaya, cacat, sempurna) dan rasulullah juga tidak pernah meletakkan harga yang tertentu untuk mahar sebuah pernikahan jauh sekali menetapkan pendapatan tertentu kerana nafsu tidak bermata duitan dan pernikahan itu mudah.
Seandainya kemahuan nafsu hambanya ini tertentu dan disekat2, maka tidak hairanlah kita menghadapi banyak masalah sosial hari ini seperti bersedudukan, khalwat, zina, rogol, onani, liwat, pelacuran dan berbagai2 masalah dosa seksual masyarakat islam hari ini.
Seandainya kita membandingkan zaman rasulullah yang jauh lebih sukar dari zaman teknologi tinggi sekarang, seolah-olah puan Rostina berpendapat poligami tidak sesuai dizaman kini, agak keterlaluan kalau saya katakan bahwa kita harus berhati-hati dengan hujah2 kita, kerana ianya boleh menggelincirkan aqidah kita, sedangkan alquran itu tetaplah sesuai disepanjang zaman sehingga hari kiamat. Malah dengan teknologi yang canggih inilah para suami dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih baik, kalau isteri pertama di Kedah dan kedua di Johor, beliau boleh menggunakan kemudahan kapal terbang atau highway yang serba moden untuk memudahkan sisuami menggilirkan isteri2nya.
Saya amat-amat berharap kita akan dapat meluangkan masa melihat kedalam dasar poligami itu sendiri sebagai penguatkan dan mengukuhkan ukhwah kekeluargaan islam serta meningkatkan ekonomi keluarga islam.
Popularity: 13% [?]

Processing your request, Please wait....

is it you all “true colors”?
akak madu lebah.. i bukan apa, i ada ramai kawan2 pompuan macam akak, bila terkena isu2 macam gini saya siannnn sesangat dengan deorang, nangis sampai pagi, bengkak bengkik mata depa.. tapi ganaz mcm akak jugak. tapi sensitif jugak..
jahatlah laki diaorang..
aku penah bercinta ngan laki orang tapi separuh jalan bini dia dapat tahu.terus bf aku putuskan hubungan kami walaupun aku merayu2 kat dia sebab aku dah sayang sgt kat dia.aku tak kesah bermadu tapi bini dia taknak bermadu.bini dia sanggup minta cerai dari bermadu.la ni aku pikir2 balik..nasib baik aku tak kahwin sebab bf aku tu tak ada pendirian….
kenapa kekwat kata isteri2 meraung meroyan bila suami nak tolong pompuan yg disukainya dgn mengambilnya sebagai isteri yg halal?
Bukan semua isteri mcm tu..cuma kekwat tak bernasib baik utk mengenali isteri2 yg mahukan kebaikan utk sedara2 pompuan Islamnya seperti mana dirinya juga. Yg tahu agenda yg lebih utama dlm hidup ini selain dari meroyankan suami yg bernikah lagi.
Yg cakap serupa bikin. Yg teori dan praktikalnya seiring. Yg ingin mendapat ganjaran tertinggi dunia akhirat, iaitu keredhaan Allah swt. Yg ingin menjadikan dunia ini sebagai landasan utk menggapai kebahagiaan abadi.
Hai….ntahlah,cik kekwat@norwati munkin anda adalah m2.yg sedikit pun tiada rasa bersalah merampas hak kaum sejenis.atau penah kah anda cuba bygkan diri anda di tmpt m1,yg bertungkus lumus membahagiakan rumahtngga tetiba kasih suami beralih arah,bygkan perasaan anda?Ya,berckp mmg mudah,redha…cuba lah anda laluinya dulu.
kasih suami bukan beralih arah, cuma bercambah.
Kalau beralih pun tentu boleh alihkan semula. Yeah…anda boleh!!
1. kenape lelaki melayu bersungguh2 untuk menegakkan poly kt Malaysia… ini kerana terlalu ramai wanita yg cantik2 dan menawan dimata mereka… sehingga akal tidak dapat menimbangkan dgn waras… mata keranjang.
2. fikir x ttng lelaki/bapa – bakal kehilngan segala2nya bilamana kahwin lgi … siisteri/ anak2 tidak akan berjumpa lagi ngan bekas suami/ank2
… smpi satu ketika media buat rancangan jejak kasih/ fitrah kasih untuk menemukan mereka2 yg telah terpisah/ terputus hubungan bertahun-tahun lamanye.. menyesal dgn perbuatan lalu tapi trpaksa tebalkan muka ….malu x??
3. Ada lelaki bila nak kawin… mengamuk ngan isteri… klu x izinkan mereka akan diceraikan bkn isteri yg meminta tapi suami yg jatuhkan talaq… kerana talaq itu di tgn suami… sebenarnya isteri pun dah bosan … suami x layak pun nk poly… kt rumh, isteri yg brtungkus lumus membantu… ukur baju di badan sendiri… ada gak yg tiba2 je dah pasang lagi secara senyap2… x gentleman langsung….
4. suami2… buat perkara2 sunnah lain yg mudah dpt pahala bukan setakat memadukan isteri2 anda..setia ngan janji & sumpah sehidup semati…
5. ikutan org2 barat yg mengangap wanita pemuas nafsu semata, tgklah sekeliling kita hari ni ….wahai lelaki sanggupkah merosakan bangsa sndiri, haruan mkan anak, jenayah seks dan kejadian x bermoral.. syiar Islam belum smpai sepenuhnya.. Islam cuma ikutan …banyakkan ibadah, sedekah , solat dan berpuasa.. menggelakan dari terjerumus ke lembah dosa/ maksiat.. rajin2 ke masjid, hadiri majlis ilmu, buat majlis tahlil/yassin dsb.
6. Penjualan ubat seks secara terbuka… kumpulan sasar nya lelaki jauhi tempat2 tersebut, ia punca gejala sosial dan bahaya pada kesihatan. Istifar selalu, hidup bukan utk seks semata2… ia dakyah barat untuk melekakan umat Islam.. berada dlm hadas besar. … kena kifarat… berhati2lah…
7. Sempena Ramadhan al-mubarak ini… bnyak muhasabah diri … bina keluarga bahagia , keimanan diri, isteri & anak2 .. buat teladan yg mmberi contoh yg baik kpd semua…
8. Suami/bapa – ketua keluarga, wujudkan persekitran positif… jauhi perpecahan, kejahilan & memalukan bangsa sndiri… Suami memasak makanan / melakukan kerja rmh bkn tugas isteri semata2..
9. Ambil iktibar dari byk kes… bila jadi warga emas, tinggal dirumah org2 tua… kaji blk kesalahan kenape anak2 sendiri x suka pada kite…..Brbuat baiklah pada ank2 smntara mereka masih lgi kecil agar dpt mereka menilai kasih syg semasa kita tua nnti
10. Rasullullah bkata berbuat 7 kali kebajikan kepada ibu so that’s meant para bapa2 kena buat baik lebih lagi baru sama taraf ngan ibu2.. ..
11. laslty Dgn keadaan yg cacamarba skrg ni… para lelaki jgn dok asyik nk poly je… fikirkan agar bangsa kita tidak di jengkelkan oleh kaum lain… kerana Melayunya boleh kawin empat!!!!
Hmmmm … apa lgi ye…
kek gula hangus,
“kenapa kekwat kata isteri2 meraung meroyan…?”
Bila masa i cakap spt itu.
tunggu waheeda dan maizawati jawablah..
kak kek gula hangus.. u kena cakap properly, nanti marah pulak kak kekwat.. i ngeri tengok u all ni …
akak kekwat, jangan hangin, akak gula hangus.. bawak2 lah bersabar…
KGH, bila pulak i cakap “isteri2 meraung dan meroyan”..?
i cuma bertanya kenapa?
“kenapa isteri selalu nak melenting-lenting, tak nak izinkan, suruh sisuami memilih antara dua, mengata perempuan tu sebagai perampas, perampok, dengan berbagai gelaran yang tak elok?”
kenapa tak jawab soalan?
saya bertanya lagi…
inikah yang puan2 pelajari? inikah yang ustaz2 dan ustazah tu ajar?
Allo Kekwat, pls maintain ur name lah..sat2 tukaq jam, sat2 norwati..kalo nk tegakkan pendapat u, berani ler guna sendrik ur nick..konpius aku ler..cam kameleon
betul tu kekwat..
kekwat kena tukarkan menteliti 1/3 para2 isteri semua….
sedangkan para2 suami yang telah cukup berkempampuan nak membantu kaum wanita juga…masih juga ditentang..
kan ini perkara yang baik serta mulia
takkan lah sesama kaum pun tak boleh berkerjasama dan saling menerima…
ada kalanya sesuatu benda kita kena berkongsi untuk sama – sama merasainya….
udah.. udah, kita tutup forum ni buat sementara waktu, bagi menghormati bulan ramadhan al-mubarak. kita sambung balik selepas raya..
however, i would like to appologizesss to sesiapa yang terasa dan merasa, makan chili memang terasa pedas, terkena batang hidung memang terasa sakit, sesiapa nak blaja dan suka diajar ambillah iktibar,
pandai2lah nak pikir dan ambil yang baik dan buang yang keroh.
setiap cobaan pasti ada hikmahnya. anggaplah issue yang dibangkitkan hanya untuk menguji minda.
akhirkata,
biar siapa pun saya,
biar siapapun anda,
hati dan diri direndahkan,
sepuluh jari dihulurkan,
ampun dan maaf dipohonkan,
semoga kita bersua lagi di dalam issue2 yang lain.
dan selamat menjalani ibadah puasa semoga ia akan memberikan lebih keberkatan dan mendapat tingkat kemuliaan yang terbaik dari sisi Allah subhanahuwa taala.
assalamualaikum.
hhmm.. hebat. Tapi tak sampai ke tahap MAHA lagi.
Kita ni jangan pertikai dengan orang yang nak buat pahala. Yang kekwat buat blog nie pun bukan nak berhujah siapa betul siapa salah. Kalau korang tak berminat nak berkonsi idea kat sini, korang pun boleh blah dari sini. Pergi masuk kat blog yang seangkatan dengan korang. Bagi aku lah kan, aku masuk sini sebab aku baca tajuk, aku nak cari ilmu. Kalau korangtak diundang, jangan nak menyebok pasal cerita yang `TUAN RUMAH” nak bagitau. BLAH … Korang semua… BLAH..
tak pe dik kekwat… biar akan sambung. Korang kena ingat, kita masuk syurga bukanhanya kerana semata-mata amalan kita. Kita inginkan syurga. Tapi satu perkara kita kena ingat, kita akan dapat masuk syurga kerana RAHMAT ALLAH TA’ALA. Ketika Rasullulllah memberitahu sahabatnya mengenai orang-orang yang dijamin syurga… Ada di dalam senarai itu penamanya masih lagi KUFUR.. Bagaimana yek? Fikir-fikirkan lah…
Hmmph…Seriosa, Seriosa..nk berforum kat public tp kalo org len bg pendpt skit, nk suh blah. Kalo x nak org baca or bg pendapat, tempatnya bukan sini. Bukak private blog sendirik, invite kengkawan sekepala jek masuk…senang jek ko gam org yg bg different view tu kufur yek. Hello, ader ker ko nampak org kat sini kater poligami tu haram? Saper ko nk suh org blah kat sini? Nie private blog korang ker?
cool.. everyone.. maintain ur composure.
debate.. and at the end of the day.. try read back what we have written.
much we will learnt.. terutamanya diri kita sendiri.
adakah suara kita itu.. diri kita sebenar-benarnya.
there is no way of telling.. but we do know who we are.
above all.. Allah Almighty knows.
bak kata ejoy aka zul rahman.. b urself.
we know who we are.
the final judgement is yet to come.
wah.. ada org mengamuk… nampak noo baru first taim berforum…
kak kekwat…sy rse pe yg akak tulis kt blog akak ni mmg panduan yg berguna utk semua kaum wanita dlm malaysia ni…sy x kisah la akak ni lelaki ke atau perempuan,tp the way akak pikir tu mmg sy tabik spring la…
it’s not easy to give such a good opinion especially bila nk face dgn berbagai2 pndapat…sy sndri mengalami nya…so sy fhm pe yg akak nk cuba smpai kn…
sy pn pelik la kadang2 knpa people susah sgt nk think positif psl hal ni…bkn semua poligami ni ending dia negatif kn…de je yg bahagia dari awal smpai akhir,tp knapa asyik nk pndang yg negatif side je? sy pn x fhm la…
igt lah wahai kaum sejenis sy ni,walau mcm mana pn hb anda semua pny perangai,nk kawin lg ke especially,try to accept dgn positif, igt,dia nk bina masjid baru and x bermakna dia nk robohkn masjid lama…
selalu nye bnda yg lama ni lg kte jga elok2 kn,jgn igt yg 2nd tu akan replace tmpt yg 1st…because 1st tetap akan jd yg 1st…cz kalo x de yg 1st,xde la yg 2nd nye kn??
ayoyo amma appa..
poligami….
byk persoalan yg kena jawab dan fikir dgn teliti. norwati aka kekwat, bila anda menyuruh semua org berfikir dan btindak bijak dan jgan mengikut perasaan….. adakah anda juga melakukan perkara yg sama? melihat kepada post anda sepatutnya jawapan yg diberikan juga tidak perlu emosi. beri laa jawapan anda dengan tenang. anda tidak menentang poligami.. it’s good. bukan semua yg menentang poligami. garis panduan utk poligami juga adalah jelas cuma org yg mempraktikkan poligami saja adakalanya tersasar dari landasan.
ok, anda pernah bertanya itu ini dlm post anda… antaranya M1 tidak menerima M2 dengan pelbagai alasan. mungkin anda ada buat selidik melalui bacaan tp realitinya mgkin berbeza. kebanyakan kes suami berpoligami bukan kerana nak membantu wanita tapi lebih kerana nafsu. masa zaman rasullah kebanyakan yg poli adalah mereka yg dari golongan yg kematian suami. itu baru dikatakan membantu wanita. tpi klau bakal madu seorang yg bekerjaya, muda belia atau anak dara sunti yg baru nak kenal dunia … kenal di tempat2 yg sosial spt kelab malam, dangdut mcamana yg dikatakan nak membantu. katakan bakal madu tu adalah janda , tapi bukan balu bila disiasat janda tu mintak cerai sbb bekas suami nak kawin lain. mcmana pulak ya? dia tk terima suami kwin lain tup tup dia setuju poli tp nak jadi yg kedua…
berbalik kepada poligami itu sendiri mmg tujuannya utk saling membantu tp kalau si suami tak bekerja mcamana pula?
kebanyakan kes yg anda jumpa dalam forum mmg luahan perasaan kerana kegagalan suami mjlnkan tanggungjawab tpi teringin nak poli. tp kalau anda jumpa post suami yg baik tp nak poli mmg selalu ditentang oleh M1 pada AWALNYA sahaja kerana M1 adalah manusia biasa yg ada perasaan. perasaan sayang dan takut kehilangan. mmg pd awalnya mmg M1 takut kehilangan tetapi bila si suami memainkan peranan memujuk M1 selalunya akan mengalah. itu yg anda terlupa. anda cuma highlight M1 yg menentang tp M1 yg terima tak kurang juga sebenarnya.
sy sndiri pernah mengalami situasi sperti ini dan sy bercakap melalui pengalaman. membaca bagus untuk tambah ilmu tetapi tak semstinya kita faham. sy dulu pun byk membaca tpi bila mengalaminya sy faham bagaimana perasaan org yg pernah melaluinya. pd awalnya sy menentang kerana beranggapan suami tidak mampu tp sy berbalik kpd Allah. Not to say it easy to accept tp please don’t prejudge.
persoalan yg belum terjawab disini…siapa norwati aka kekwat? adakah anda pengamal poligami ? dan sy mohon walau siapa pun anda cuba laa berlaku adil dan jaga laa hati sesama insan bila menulis.
wasalam
Yang wajib masih lintang pukang, tapi tang sunnah berapi2 diperjuangkan, siap hafal segala firman n hadis, Tu yang aku marah sgt, tapi bila lelaki tu pandai menjaga wajibnya, tanggungjawabnya, aku tak marah sgt
sory, maksudku, tang nak kwen lebih.
kak kekwat…
bg sy artikel yg akak tulis tu mmg menarik.. x ksahlah dr mana sumber akak dpt, sama ada pengalaman sndri/ observation/ pembacaan.. sbb pada sy ilmu tetap ilmu dan wajar dikongsi bsama..
pengalaman sy, mmg sukar nak ubah mentaliti wanita utk terima bab ni. tp sy x salahkan diorg, sbb laki jugak yg jadi penyebab poli gagal dan wanita enggan bermadu. walau setinggi mana sekalipun ilmu agama wanita tersebut, tentu tersentuh juga di hatinya bila suami kt nak kawin lg satu..
Wahai puan mawar berdebu,
“tp realitinya mgkin berbeza. kebanyakan kes suami berpoligami bukan kerana nak membantu wanita tapi lebih kerana nafsu.”
Puan.. pada pandangan saya, setiap pernikahan memang mendasarkan kepada nafsu (saya pasti nafsu yang puan maksudkan adalah nafsu shahwat –melakukan hubungan intim antara wanita dan lelaki), kerana tanpa nafsu, pernikahan itu secara automatik menjadi haram.
Saya ingin mengajak puan untuk melihat disekeliling kita, ada ramai anak2 remaja lelaki dan perempuan yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain dan biasanya mereka digalakkan berkawan (samada dengan atau tanpa pengetahuan ibubapa) dan dari pergaulan itu mereka bertemu jodoh diluar. Sebagai ibubapa, kita pasti bimbang (terutama yang menjadi ibubapa kepada sigadis) kerana kita takut perkara2 yang tidak diingini berlaku terutama pergaulan yang diluar batasan (seperti zina, khalwat, rogol dan sebagainya – iaitu perlakuan yang membabitkan nafsu shahwat anak gadis dan teruna, betul tak?). Jadi sebagai ibubapa, kita akan menyarankan mereka segera bernikah/berkahwin untuk mengelakkan perkara2 sebegitu berlaku.
Olehkerana itu pernikahan yang pertama juga menjuruskan kepada harus sebelum wajib bagi membendung perlakuan yang salah akibat nafsu, apatahlagi poligami (terutama janda2 dan suami2 – kerna mereka sudah ada pengalaman merasai nikmat berumahtangga). Sudah tentu2lah ianya jugak bertujuan membendung gejala yang sama. Sebab itu syarat utama membenarkan lelaki berpoligami adalah untuk membendung dari keterlanjuran nafsu terutamanya para suami2 dan janda2. Secara tidak langsung ia membantu pasangan tersebut melampiaskan nafsunya dengan cara yang halal (yg dibenarkan oleh islam) serta membela kebajikan wanita-wanita yang disukainya (tidak kiralah gadis atau janda) dengan bertanggungjawab sebagai suami.
Didalam bab nikah dan munakahat.. kita jugak diajarkan, nikah itu jatuh kepada 5 kategori iaitu:
1. Sunat
2. Harus
3. Wajib
4. Haram
5. Makruh
Selalunya lelaki yang ingin berpoligami.. terjatuh didalam kategori harus , sunat dan wajib. Kerana saya pasti kita semua di sini faham, bila dah selalu bersms, berdating (seperti u all mula2 bercinta sebelum berkahwin – trend semasa), sebelum terjadi zina, sebelum ditangkap khalwat, sebelum wanita itu dirogol, adalah menjadi sesuatu yang harus bagi pasangan tersebut menikah. Sebab itu mereka memberitahu kamu (isteri2) niat murni mereka untuk menikah. Apatahlagi.. yang telah pergi jauh dari itu, tentulah telah menjadi wajib bagi pasangan tersebut. Sedangkan setan sentiasa berusaha untuk menolak mereka ke neraka.
Disinilah letaknya dan perlunya sokongan isteri menjadi rasional.. bukan ikut perasaan. Bantulah mereka menjauhi perzinaan. Inilah pentingnya poligami dalam islam, murni nya saranan rasulullah.
puan mawar berdebu…
“masa zaman rasullah kebanyakan yg poli adalah mereka yg dari golongan yg kematian suami. itu baru dikatakan membantu wanita. tpi klau bakal madu seorang yg bekerjaya, muda belia atau anak dara sunti yg baru nak kenal dunia … kenal di tempat2 yg sosial spt kelab malam, dangdut mcamana yg dikatakan nak membantu. katakan bakal madu tu adalah janda , tapi bukan balu bila disiasat janda tu mintak cerai sbb bekas suami nak kawin lain. mcmana pulak ya? dia tk terima suami kwin lain tup tup dia setuju poli tp nak jadi yg kedua…”
Puan, ustaz2 dan ustazah2 ada mengatakan bahwa rasulullah ada beritahu :
“ada lagi peperangan yang lebih utama iaitu peperangan melawan nafsu”
Dan peperangan ini tidak pernah akan berakhir sehingga hari kiamat, kerana setan akan menggunakan nafsu sebagai senjatanya, kita jugak lihat dan dengar berapa ramai lelaki dan wanita yang tewas dan kecundang didalam pertarungan ini? Saya berani mengatakan bahwa nafsu itu tidak bermata, dia tidak mengenal anak dara, bekerjaya atau penganggur, bujang teruna, suami orang, isteri orang, tua, muda, cantik, buruk, cacat, sempurna, sepupu, anak buah, janda kematian suami, janda yang bercerai, maid, GRO, penagih dadah, perompak, lanun, ustazah atau ustaz sekalipun, menteri sehingga ke kuli batak tidak dapat mengelak dari gejolak nafsu. Sebab itu didalam ayat an-nisa yang disebut2kan itu menyatakan:
‘wanita-wanita yang engkau sukai’.
Maknanya sesiapa sahaja wanita yang disukai oleh silelaki/sisuami, iaitu bila dah jatuh suka sementelah lagi bernafsu dah menguasai, automatik macam2 perkara yang mengarah kepada zina boleh berlaku.
Kalau ada suka2 dan bernafsu tetapi tak ingin bertanggungjawab – jadilah bersekedudukan.
Kalau ada suka dan nafsu, tetapi takut2 – mudahlah terjadi khalwat dan zina.
Sebab kalau tak ada suka dan nafsu buat apa nak kahwin? dan pasti gejala yang kita takuti itu tidak akan berlaku.
“berbalik kepada poligami itu sendiri mmg tujuannya utk saling membantu tp kalau si suami tak bekerja mcamana pula?”
Didalam isu ini, kita kena kembalilah kepada saranan rasulullah dengan ayat2 yang menyarankan kita bekerjasama, tolong menolong, bantu membantu dan ingat mengingatkan antara satu sama lain seperti ayat:
“Tidak beriman seseorang itu kalau dia tidak menyintai saudaranya seperti dia menyintai dirinya sendiri”
Seperti yang diucapkan oleh sesorang kepada saya,
“cuba bayangkan kulit kita yang cantik ini, yang melekat ditubuh badan kita, yang kita jaga, kita belai setiap hari, suatu ketika diambil oleh Allah, bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sedangkan ianya bukan hak milik kita, apalagi suami yang disebelah kita, yang dipinjamkan hanyalah dengan izinNYA supaya kita dapat beramal soleh serta mendapat kebaikan dari fitrah yang Allah beri?”
Bekerjasamalah untuk membantu sisuami menambahkan pendapatannya, kalau tidak sudi untuk membantu pun tetapi berilah galakkan dan sokongan yang sepatutnya untuk menambahkan pendapatan bukan dengan omelan2 yang menyakitkan hatinya atau merendah2kan kemampuannya.
Saya faham, memang disini kebanyakkan isteri2 meluahkan perasaan tidak puas hati mereka,saya tidak menolak dan mengongkong untuk bersetuju dengan pendapat dan pandangan saya, tetapi kita harus melihat poligami itu dari suatu sudut yang lebih optimist dan positive.
Kalau kebanyakkan orang kenal, tahu dan boleh menerima idealogi atau faham Dr. Stenven Covey (orang kafir) dengan sikap optimist dan positive, tetapi… mengapa di dalam isu ini kita tidak boleh terima, malah ada yang mempertikaikan Al-Quran yang murni yang datangnya dari Allah dan sunnah rasulnya? Ada yang kata poligami ini tidak sesuai lagi dizaman ini, hanya untuk waktu peperangan dahulu sahaja dan macam2 lagi ikut sedap hati dan perasaan marah serta tidak puas hati sahaja. Sedangkan diri sendiri tidak pernah berusaha membantu jauh sekali untuk memperbaiki sistem poligami yang dibuat oleh suami2 sendiri.
moga semuanya dalam rahmat Allah.
isu poligami ni sememangnya sangat sensitif pada kaum hawa. terasa sangat dekat di hati semua wanita.
poligamilah satu isu besar yang senantiasa akan menjadi perdebatan kerana ia melibatkan bukan sahaja fizikal seseorang tetapi turut melibatkan mental, emosi, jiwa dan raga.
atas sebab itu jugalah, isu ini bukan sahaja boleh menyebabkan perbalahan malahan perpecahan melainkan ia di tangani oleh jiwa yang sabar, ikhlas, hening dan redho.
walau poligami halal di sisi Islam, namun boleh dikatakan 99.9 % para isteri tidak rela dimadukan hatta si isteri kedua sendiripun akan mempunyai perasaan yang sama andai si suami mahu menambah cawangan menjadi tiga.
lalu, alangkah elok andai permasalahan diperkatakan in such a way ; untuk mencari persepakatan yang menjadikan kita muslimah sejati dan isteri yang solehah.
tanpa mengira isteri ke berapa kita ini… hakikatnya seorang isteri itu sungguh mulia dan kebahagiaannya sebagai wanita hampir lengkap, dia diangkat sebagai isteri dari hanya seorang anak gadis dan lebih lengkap lagi apabila dia dianugerahi Ilahi seorang anak… hal ini, proses ini, boleh berlaku asalkan dia seorang isteri. baik dia yang pertama, kedua mahupun ketiga atau keempat.
pokok persoalan di sini, bukan siapa yang benar mahupun siapa yang salah, tapi kesudahan kita dan cara kita menjalani kehidupan kita sekarang untuk mendapat kesudahan yang terbaik.
kita bukannya tidak mampu berbuat apa-apa hatta membincangkan isu poligamipun walau sedar andai suami mahu, dia bisa melakukannya tanpa pengetahuan kita sekalipun. kita tetap boleh bertindak dan bersuara sesuai peranan dan diri kita.
andai bersetuju dimadukan , maka kita perlu mencari jalan untuk redho, bukan setakat pasrah , kerana untuk bahagia kita kena redho, tidak akan menjengah bahagia itu dalam diri kalau diri kita hanya sekadar pasrah.
sedang bahagia itu perlu unyuk menjadikan kita hambaNYA yang terbaik, kerana hanya dalam bahagia kita akan temui ketenangan dan orang yang tenang itu mudah syukurnya dan kurang keluh kesahnya.
jika kita tidak bersetuju pula, kita perlu nyatakan pada suami, andai perasaan tidak bersetuju itu begitu kuat hingga dibimbangi kita akan menjadi nusyuz pula, maka bolehlah memikirkan perpisahan; perkara halal yang paling dibenci Allah. insyaallah akan dicukupkan kedua pasangan dan berdoalah untuk dipertemukan pula dengan jodoh lain yang jauh lebih baik.
kepada yang belum dipoligamikan , lagilah banyak dan besar peluang untuk berbuat sesuatu agar tidak dimadukan.
pokoknya, kita kekal dalam rahmat Allah walau apa pilihan kita. kerana tiada yang penting lebih dari redho NYA.
itu bagi memperkatakan sebahagian isu poligami, kini bab emosi, perasaan dan
reaksi kita apabila bercakap tentang poligami.
rasanya rata- rata dari kita akan akui hanya tahap keimanan sahaja yang membezakan penerimaan kita terhadap poligami itu, namun, tetap tidak dinafikan, walau tinggipun keimanannya akan tetap boleh kecundang jika dibiarkan tewas terhadap hasutan dan bisikan syaitan.
siti aisyah sendiri mengakuinya.
Pada setiap orang terdapat syaitan akan tetapi pada setiap orang tidak ada iblis. Hal ini disebutkan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim: “bahawa aisyah, isteri nabi s.a.w mengatakan: “rasulullah keluar pada suatu malam dari sisinya. Aisyah berkata: “aku lalu berlari mengejar beliau hingga mendapatkannya.” melihat apa yang aku lakukan, beliau berkata: “ada apa denganmu wahai aisyah apakah engkau cemburu?” Aisyah berkata: “bagaimana orang sepertiku tidak cemburu tehadap orang sepertimu”. Beliau kemudian berkata: “atau syaitan telah datang kepadamu?” Aisyah berkata: “ya… rasulullah, apakah padaku ada syaitan? beliau berkata: “ya”. Aisyah berkata lagi: “apakah ia juga ada pada setiap orang?”. Nabi berkata: “ya”. Aisyah berkat: “apakah padamu juga ya rasulullah? rasul berkata: “ya, hanya saja tuhanku azza wa jalla menolongku untuk menakluknya hingga ia memeluk islam”.
lalu jelas, maka selagi kita biarkan diri kita dikuasai oleh syaitan, selagi itulah pemikiran kita yang akan dibuahkan melalui tindak tanduk kita termasuk ucapan serta percakapan kita akan dilandasi oleh hawa nafsu dan hasutannnya.
maka lahirlah perdebatan-perdebatan tidak sihat yang hanya merenggangkan jurang ummah.
hakikat sebenar kehidupan, kita tetap akan diuji, cuma ujian itu berbeza. namun diakui oleh ramai , bahawa ujian terbesar untuk wanita akhir zaman ini , dan mungkin terutama untuk wanita rantau sebelah sini, ujian itu adalah melalui suami; suami yang berpoligami atau berhajat untuk berpoligami.
ramai sekali yang melatah, baik yang tidak dimadukan mahupun yang melaluinya secara langsung.
lalu, kembalilah ke pangkal. berdirilah di atas landasan yang betul. untuk apa berdebat berebutkan kasih manusia? sedang kasih Allah belum tentu milik kita.
Dari Nabi S.A.W., “Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah
S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak
menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak
ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu
berserta qiamullail.
moga kita termasuk dalam golongan hambaNYA yang senantiasa dirahmati dan diberi hidayah.
hatiwanita.wordpress.com
salima.. u better read the abovementioned commented (dated 8th. september)…
“fitrah” dan keinginan untuk berpasang-pasangan (suka dan menyayangi lawan jenis manusia) serta nafsu adalah nikmat yang diberikan allah kepada semua insan, ianya bukan sunnah rasullullah sahaja. Sunnah adalah segala perbuatan yang ditunjukkan oleh rasulullah yang perlu kita ikuti..
jadi.. soal kemahuan untuk berpoligami (menikah lagi satu) adalah datangnya dari fitrah kemahuan yang diberikan allah, manakala poligami (system berkahwin lebih dari satu atau bagaimana nak melepaskan nafsu dan menyalurkannya dengan baik.. maka ikutlah sunnah rasulullah). ianya adalah dua perkara yang berbeza.
andalusia..
u jangan silap.. saya tidak mengagungkan poligami, saya berada di sini, kerana kamu semua berada di sini dan kebanyakan kaum wanita islam yang sejenis dan seagama dengan saya ini selalu meremeh-temehkan poligami, berasa terluka dan sakit hati (beremosi) bila menghadapi situasi ini, so.. saya berada disini utk menyedarkan dan mengingatkan apa yang sepatutnya menjadi object perbincangan, kerana saya sedar kita wanita terlalu mengikutkan emosi manakala kaum lelaki lebih kuat egonya.
terima kasih puan intan, kerana memberikan ingatan dan pengajaran yang berguna, semoga ianya akan menjadi panduan yang berguna di masa akan datang bagi kita semua di sini. insyaAllah.
selamat hari raya, selamat kembali bertugas, alhamdulillah bertemu lagi di ruangan ini.
ala kekwat ni lelaki la…dia dok nyibuk2 kat sitiaisyah punya blog
serindit, serindit.. saya ni perempuanlah.. bukan lelaki. ok.