Luahan hatinya pula… mgkn x semua ni… mesti ada lagi
SUAMINYA, Khairulhisham Abdul Khalid, 34, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan apabila didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap isteri hingga cedera dan sengaja melakukan hubungan seks serta aktiviti seksual tidak diingini pasangan dengan meliwatnya.
Mangsa dera seksual itu yang hanya mahu dikenali sebagai Su, 32, tidak keberatan berkongsi pengalaman dukanya menjadi mangsa keganasan fizikal dan mental lelaki bergelar suami itu.
Ikuti luahan wanita malang berkenaan kepada wartawan Metro Ahad, ZAITIE SATIBI:
“SAYA cuba sedaya upaya untuk mempertahankan perkahwinan kami kerana selain menyayangi suami, kami ada seorang anak perempuan yang masih kecil dan memerlukan belaian seorang ayah.
Bukan saya tidak tahu yang suami panas baran dan kerap memukul saya ketika naik angin walaupun disebabkan perkara remeh-temeh, tetapi saya pejamkan mata kerana percaya setiap manusia boleh berubah.
Selepas sembilan tahun menanti, suami bukan saja tidak insaf, malah menjadi semakin teruk. Lebih buruk lagi apabila dia melakukan keganasan seks dan perbuatan itu diulang walaupun berkali-kali berjanji untuk berubah.
Saya bertemu suami ketika belajar di universiti. Perkenalan itu berlanjutan hingga membuahkan perasaan cinta. Tahun pertama bercinta, semuanya indah belaka dan masuk tahun berikutnya, dia menunjukkan sifat panas baran apabila kerap naik tangan.
Oleh kerana dia juga bersikap romantik dan mengambil berat, segala perlakuan buruknya saya telan dan dianggap sebagai karektor seorang lelaki untuk melindungi pasangannya.
Saya bertahan dengan perbuatannya kerana sayang, selain memikirkan perasaan lelaki terbabit mungkin tertekan. Ini berikutan keluarga saya tidak merestui hubungan kami, menyebabkan saya menjadi tempat untuk melepaskan geram.
Selepas dua tahun menyulam cinta, kami akhirnya nekad mendirikan rumah tangga dan atas bantuan keluarga dia juga, kami bernikah di negara jiran.
Malah, perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga saya kerana bimbang perkahwinan dibantah.
Bagaimanapun, saya tidak mampu menyembunyikan rahsia perkahwinan selepas didapati mengandung. Mujur keluarga saya tidak marah dan menerima perkahwinan kami dengan baik.
Mereka juga mengadakan kenduri besar-besaran lengkap dengan adat resam Melayu. Suami juga pandai mengambil hati keluarga saya dan bersikap ringan tangan apabila suka membantu dalam segala hal.
Saya mula bergaduh dengan suami apabila terbaca banyak kiriman SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dalam telefon bimbit suami.
Suami bermati-matian mendakwa dia diganggu wanita itu, malah keluarga mentua juga menyokong dakwaannya. Ini membuatkan saya percaya kata-katanya dan tidak mengesyaki apa-apa.
Sepanjang perkahwinan, saya tiada wang simpanan berikutan gaji saya sebagai pensyarah di kolej turut diminta suami yang bekerja sebagai mekanik di bengkel sendiri.
Suami saya juga mempunyai hobi berlumba kereta haram dan suka keluar setiap malam serta pulang lewat. Bila anak kami besar sedikit, perangainya semakin menjadi-jadi apabila selalu tidak balik rumah dan dipercayai ada kekasih lain.
Sebagai isteri, saya menegur perbuatannya tetapi nasihat saya bukan saja tidak diterima, malah saya dipukulnya dan lebih kejam lagi, dia turut memukul walaupun ketika melakukan hubungan kelamin.
Walaupun demikian, saya masih bertahan kerana terkenangkan sikapnya yang mengambil berat menjaga saya ketika sakit, selain janjinya untuk berubah menjadi lebih baik.
Suami mendakwa tidak boleh mengawal sikap ganasnya dan meminta saya selalu mengingatkan janji itu. Namun apabila mengimbas kembali janjinya, saya dipukul dengan lebih teruk lagi.
Saya tidak menceritakan keperitan dilalui kepada keluarga kerana malu disebabkan suami adalah pilihan sendiri dan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.
Pernah saya bertanya suami, kenapa melakukan kekerasan terhadap saya, adakah tidak menyayangi saya lagi. Suami memberi alasan dia pukul sebab terlalu sayang dan cemburu.
Saya pernah mencadangkan suami menemui psikiatri untuk mencari punca sikap ganasnya, sekali gus merawatnya, tetapi dia menolak kerana mendakwa tidak sakit.
Keluarga mentua juga banyak kali membawa saya menemui pengamal perubatan tradisional bagi mengubati suami, namun sikap ganasnya tetap tidak berubah.
Saya pernah berhenti kerja pada 2005 untuk menumpukan perhatian kepada keluarga kerana memikirkan mungkin disebabkan dia bekerja, suami tidak boleh berubah.
Sangkaan saya silap kerana suami masih meneruskan tabiat buruknya melayan saya dengan ganas, termasuk dalam bilik tidur, menyebabkan saya buntu memikirkan masalah yang tidak berkesudahan.”
Popularity: 6% [?]

Processing your request, Please wait....

hmm sebelum kawen dah tunjuk perangai ganas pastu taknak angkat kaki. bodoh2 je sua tengkuk sua badan jadi punching bag. jangan jadi bodoh dek cinta. sib bek idup lagi. klu mati? lelaki kalau dah sekali pukul pompuan forever akan sedap pukul. pandai2 la ambik tindakan nak selamatkan diri sendiri. takde sapa blh tlg klu sendiri taknak tlg diri sendiri. itu janji Allah. so stop being a victim!
miss hairan potter..bukan ke cinta itu buta..itu yang tercipta pantun:
nasik lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan;
buang emak, buang sedara,
kerana kaseh aku turutkan..
moral of the story;
1. kalau nak kawen, mesti dapat restu ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan..
2. kalau masa bercinta dah naik kaki tangan, x payah la tunggu, baik la bye bye aje..
3. tapi kalau dah terkawen, mungkin jodoh kuat tapi dia tetap tak berubah..baik angkat kaki cepat2 sementara masih bergetah..
ya restu itu penting setakat cinta tak ke mana sayangila nyawa anda dan anak anda oleh itu jgnla memandu dengan laju..:)