04 Sepapa yang perlu ku lakukan


assalamualaikum,

Ini kali pertama menulis kat ruangan ini. pada mulanya seronok dok  baca saja tetapi terasa juga nak luahkan perit pedih yang ditanggung sekarang. Mungkin yang membaca kat sini lebih muda dr umi, tapi umi rasa anda semua merasai pengalaman pahit suami berkahwin lg ni terlebih dahulu.

umi  hidup dah masuk setengah abad. kawin pn dah masuk 28 tahun! anak dah besar2 (tiga org baru mula bekerja, 1 di ipta dan 1 lg spm tahun ni. sekarang sedang menghadapi percubaan spm) . dah lama2 macam ni, ingatkan panas  sampai ke petang, tapi………

cerita pasal suami nak kawin lagi ni bukan baru- sejak dari 1996 lg. tapi mungkin tiada keizinan dariNya. Seperti biasa, sama macam yang umi dok baca, suami akan mencari2 kesalahan isteri untuk dijadikan alasan bagi menguatkan lagi keinginannya . memanglah umi manusia biasa, pasti ada kesalahan, pasti ada kelemahan dan itulah yang diguna pakai olehnya. tetapi dia juga harus ingat, dia bukan semuanya baik. kalau umi boleh bersabar dengan tingkahlakunya yang jauh lebih buruk dari umi, kenapa dia tidak? itulah lelaki – ego dan ingin mengajar isteri dengan berkahwin lain.

kalau nak cerita habis kisah suka duka umi ni tentu panjang  berjela-jela. nanti  mungkin jika ada kesempatan di waktu lain umi akan ceritakan sedikit demi sedikit, (umi rasa sebak sekarang!) umi tak pernah lagi meminta pendapat dari sesiapa sebab malu. ini kali pertama – itupun sebab umi rasa buntu betul.

anak2 semuanya dah tahu dan semuanya menyokong umi. mereka dah masak dengan perangai abah mereka. cuma yang umi sedih sangat, peristiwa ini berlaku ketika anak bongsu umi sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan spm. umi dah cuba sembunyikan semua ini, umi tunjukkan muka yang ceria di depannya, umi senyum dan ketawa, bergurau macam biasa, tetapi hati di dalam hanya Allah saja yang tahu! tapi dia tahu juga akhirnya – tiada apa yang umi boleh katakan padanya dan anak yang di ipta , cuma-   “adik dan kakak jangan fikir sangat kisah orang tua-tua yang tak lama lagi nak mati ni. fikirlah tentang masa depan kalian yang masih jauh. kalau kecundang dalam mencari ilmu kita akan ketinggalan. berusahalah demi masa depan.”   mudah2an Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada mereka berdua. umi benar2 berharap mereka cemerlang dalam bidang masing2 walaupun dilanda tsunami ini.

topik utama umi masuk kat sini ialah ingin tahu dan minta pendapat: apa langkah pertama yang perlu umi buat jika suami sudah berkawin lain.? malam tadi suami tak balik dan terjadi juga di malam2 sebelum ini, kadang balik dan kadang tidak. umi ada bertanya samada dia dah kawin ke belum, jawapannya belum. umi syak dia dah kawin sebab perempuan tu dah berpindah dari rumah ibunya ke rumah sewa. umi dah semak kat mahkamah syariah di negeri ini tapi tiada. pegawai di situ berkata kalau suami nak kawin lain pasti umi akan tahu sebab isteri  sedia ada akan dipanggil. Samakah undang2 nikah di semua negeri di Malaysia ni? bukankah berbeza di perlis? atau dia dah nikah di negara jiran dan belum mendaftar.

umi sibuk-sibuk nak tahu ni bukannya apa, umi cuma nak buat apa yang perlu umi buat, cthnya memohon di mahkamah agar dibuat potongan gaji untuk nafkah umi dan anak2. Umi tak percaya suami akan berlaku adil sebab sebelum kawinpn dia dah tunjuk belangnya. Lagipn banyak yang umi baca suami menabur janji untuk adil sebelum kawin tetapi lain pula halnya bila dah kawin. bila umi minta berpisah, dia kata dia tak akan ceraikan umi. (dia kata umi jahat tapi tak mau lepaskan, heran ye)

untuk pengetahuan semua, gaji suami umi nak kata cukup makanpun tak boleh, umi tahu memang tak cukup! Tapi dia nak kawin juga. mungkin sebab perempuan tu masih muda baru 29 tahun! takkan nak lepas pulak dapat yang tegang dan bergetah.( 2 tahun lebih tua dari anak sulung umi.) bayangkanlah. . . . . hati umi dah lama remuk hancur berkecai bertimpa2 sejak tahun 96 lagi. Luka2 itu belum pun pulih, kini ditoreh dengan luka baru yang amat dalam. Sabar macamanapun, umi zikir, solat tgh malam dan mengaji tapi. . . . . . umi tak kuat. umi lemah betul. umi akan menangis keseorangan di dalam bilik supaya anak tak nampak. umi tak mau fikirannya terganggu, spm is just around the corner.

walaupun suami umi bukanlah baik- yang sedang2 saja, tapi umi sedih betul sebab dia sanggup menggadai usia  28  perkahwinan kami. tak bolehkah dia berkorban sedikit perasaan dan keinginanya itu untuk keluarga. banyak susah yang umi tanggung daripada yang senang ketika bersamanya. banyak karenahnya yang terpaksa umi hadapi. kini dia mencari kesalahan umi dan menceritakan keburukan umi kepada buah hatinya: alasan2 lapok seperti dia tak bahagia bersama umi, umi bukan orang yang dicintai dan umi ada lelaki lain, nauzubillah. kadang-kadang umi rasa tak berbaloi untuk menangis, tapi kadang-kadang  air mata mengalir juga tanpa disedari.

walaupun umi tahu tempat kerja perempuan tu, namun tak terlintaspun di fikiran untuk umi pergi menyerang atau memaki hamunnya. begitulah juga dengan perempuan2 yang terdahulu.  malu……………nak bergaduh di khalayak ramai kerana berebutkan seorang lelaki!!!!

tolonglah umi ye. sekurang-kurangnya pendapat dari  adik-adik , anak-anak semua dapat membantu umi.

Popularity: 6% [?]

Post to Twitter

Processing your request, Please wait....

23 Responses to “apa yang perlu ku lakukan”

  1. azizahcreative says:

    Umi…sy faham perasaan umi, tabhakan hati itu aje yg boleh sy katakan, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, lelaki klu dah nak kawin lagi kita x boleh nak halang, kite aje yang buruk n busuk, apa yang penting umni stabilkan emosi n ekonomi umni utk anak2, hidup utk anak2 lagi baik drp umi fikirkan hal suami.

  2. damask says:

    umi pasti boleh melaluinya..

    pd pandangan saya.. berdasarkan apa yg saya baca daripada tulisan umi.. it is no longer a big deal..

  3. freewilly says:

    tp klu umi ajak anak2 berjumpa pompuan tu pun apa salahnya..

    for clarification.. apa status diorg..

    sy tau umi bukan jenis nak fire2..

    klu jumpa pun sy sure umi berhemah..

    sy sarankan bawak anak skali sb mana la tau…
    klu diorg lom kawin.. maybe dia segan sket kt anak..
    klu dah… at least terjawab persoalan umi (diorg da kawin atau blom)

    tp b4 that.. kena bersedia mentally

  4. mutiarasubang says:

    umi tentu seorang yang sangat sabar..terus tabahkan hati walau ape pun sebenarnya yang dah berlaku..cadangan freewilly tu saya pn setuju sangat..biar segalanya terang dan umi tak akan tertanya- tanya lagi..
    Kalau betul mereka dah berkawin, umi jangan sesakkan kepala fikirkan hal suami tu sebab dia dah ada orang lain tolong jaga..baik umi jaga diri sendiri dan anak- anak,jangan difikir sangat takut nanti jatuh sakit..sibukkan diri dengan hal- hal yang boleh buat umi happy asalkan tak bertentangan dengan hukum agama kita..suami tu tak kan ke mana…lambat laun dia akan balik kat kita sebab dia ada anak- anak dengan kita..walau dia boleh buat anak lain tapi tak akan sama dengan anak yang sedia ada…banyak2 bersabar ya umi…

  5. batik says:

    kalau dengan ambik tahu depa dah kawin atau idak buat umi lebih sakit hati… baik tak payah tahu…

    anak-anak umi dah besar semua menyebelahi umi… itu lebih penting dari org lelaki yg tua kecut tak lama lagi kena darah ringgi, kencing manis… biar betik muda tu yg jaga…
    anggap depa tak ujud..

  6. DS says:

    1)
    salam sejahtera umi.. sekadar berkongsi pengalaman yg hsbd & saya lalui..

    dlm perspektif anak/anak menantu yg belajar utk menerima bapa/bapa mertua yg berkahwin lain.. dan isteri ke-2 itu sebaya pula dgn anak sulung bapa/bapa mertua..

    anak = suami saya
    menantu = saya

    bapa = bapa suami
    bapa mertua = bapa suami, bapa mertua saya..

    suami & saya.. sudah tentu tidak pulak hendak saya bandingkn dgn anak2 umi..

    sekadar berkongsi pengalaman..

    1st priority kami (suami & saya).. utk diri kami terima dgn hormat keputusan bapa/FIL (father in law) sudah berkahwin lain itu.

    kenapa terima dgn hormat?

    itu didikan arwah bapa saya pula.. yakni.. sudah bertemu jodoh FIL dan MIL2 itu (mother in law ke 2 = mak tiri suami lah)..

    kata arwah bapa saya.. yakni dlm usaha arwah bapa mdidik suami & saya utk hormat dan terima FIL & MIL2 itu:
    sudah dlm ketentuan Tuhan yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang FIL & MIL2 bernikah..

    kita sebagai manusia.. didiklah hati utk bersabar dgn segala sesuatu yg sudah berlaku.. yg dlm ketentuanNya..

  7. DS says:

    2)
    maka.. bertitik tolak drp situ.. suami dan saya.. slow n steady but surely.. adapt dan adopt this new life situation.

    masa tu.. umur hsbd 23tahun dan saya 22tahun..

    hari pertama saya berada dlm umah MIL1 (emak mertua 1 = emak suami) sebagai menantu pun sudah mengundang seribu kesedihan yg ada kena mengena dgn MIL2..

    mmg.. umi.. mmg bukan satu proses yg mudah utk terima sesuatu itu – yg pahit2. yg sedih2 (dlm pandangan kita sebagai manusia) seadaNya..

    itu.. dtg dgn perjuangan.. perjuangannya.. utk kekal dlm sangkaan2 yg baik.. terhadap ketentuan Tuhan..

    apa yg sudah berlaku.. sudah terputus berlaku olehNya.. yg ini – pasti.. kita wajib terima setiap sesuatu yg sudah berlaku itu..

    apa yg belum berlaku.. kita kekal dlm?sangkaan yg baik2..

    dan berusahalah.. utk yg baik2 mendatangi kita.. setelah itu.. kita tawakal kpdNya..

    namun begitu.. dlm kita kata berusaha tu..
    berusaha apa?
    dan berusaha itu pula utk apa?

    pengalaman suami & saya dlm situasi MIL1, MIL2 & FIL..

    usaha utama kami utk mengeratkan silaturrahim antara kami sendiri dgn MIL1, MIL2 & FIL tu..

    kami.. berusaha utk MIL1 terima yg kami terima FIL & MIL2..

    that umi.. satu usaha yg mmg tidak sunyi ‘hujan-panas’nya.. sepanjang masa..

    ibarat ‘ditelan mati emak.. dibuang mati ayah’..

  8. DS says:

    3)
    umi.. saya ni sekadar berkongsi pengalaman.. tidak berniat pula utk menyamakan situasi umi dgn situasi yg pernah suami & saya lalui..

    yg teringin saya nk kongsi ialah bagaimana akhirnya kami semua terima FIL&MIL2.. kami semua ialah terutamanya..
    - suami.. saya.. anak2 kami..
    - MIL1
    - MIL2
    - adik beradik suami (8org semuanya) & pasangan serta anak2 masing2
    - adik-beradik lain emak kpd suami (2org) – anak2 FIL&MIL2..

    termasuk juga:
    - arwah datuk & nenek suami (arwah bapa & emak MIL1 saya)
    - adik-beradik dan saudara mara terdekatMIL1
    - emak saya sendiri

    the list is endless..

    bottom line nya umi.. dgn mengambil kira umi sudah berkahwin selama 28 tahun dgn suami umi.. dan sekarang.. there is a new woman in his life..

    no doubt umi.. it is painful.. very very very very very painful..

    dgn pelbagai ‘kesakitan’.. yg hendak & patut & perlu ditanggung..

    i can understd that umi..

    saya hidup dgn one woman who had faced that challenging time n moment – my MIL1 yg saya anggap mcm emak saya sendiri.. (udah nk nangis saya ni.. terkenang kisah2 sedih yg dia lalui)..

    namun begitu umi.. syukur ke hadrat Ilahi.. kami sentiasa berusaha utk lalui hidup itu dgn segala kemampuan yg kami termampu umi..

    simply put umi.. umi lebih tahu.. diri umi.. suami umi & anak2 umi..

    sama ada suami umi sudah bernikah atau belum.. biarlah suami tu yg bagi tahu umi.

    kot umi terdengar khabar berita drp mana2 pihak.. bertenanglah.. kepastian pasti dtg kpd umi..

    yg penting penerimaan diri umi sendiri.. dan bg mana umi pula membentuk penerimaan anak2 umi..

    mengambil kira.. sudah 28 tahun umi berkahwin dgn suami umi.. saya yakin.. umi a wise person.. very wise..

    at this level umi.. kesejahteraan kita.. taat kpd suami.. selagi tidak melanggar batas agama..

    pahit.. tp manis..

  9. DS says:

    4)
    silaturrahim..
    mengeratkan silaturrahim..

    tidak memutuskan ikatan persaudaraan sesama manusia.. apa tah lg hubungan suami-isteri.. anak2.. dan lg.. dan lg.. dan lg..

    saya.. a firm believer of mengeratkan silaturrahim.. dlm keadaan apa juga..

    maksud saya.. berlaku lah apa sahaja.. jodoh.. pertemuan.. cerai.. perpisahan.. dan lg.. dan lg.. dan lg..

    silaturrahim – kita teruskan.. kita kekalkan.. sebagai insan..

    kita.. manusia biasa2.. mana mungkin kita puas dgn segala yg kita hendak.. mengikut kehendak & kesesuaian diri kita..

    kita.. manusia.. kena ingat.. kita bukan Sang Pencipta..

    mana mungkn.. kita jadi.. sutradara.. yg mengarahkan segala sesuatu mengkiut ‘ciptaan’ kita at the capacity level as manusia biasa2..

    yg tercipta oleh Sang Pencipta – Tuhan yg Maha Esa.. maka.. usahalah kita.. utk tunduk.. syukur serta sabar..

    jgn kita tunduk.. kpd segala hawa & nafsu.. yg sering membatasi & mengikat kita..

    sebagaimana kita ingin segala kesejahteraan utk diri kita.. maka.. sebegitu juga.. kita mendoakan org2 yg kita sayangi.. even org2 yg tidak kita kenali.. sejahtera.. sebagaimana.. kita ingin sejahtera..

  10. mehjood says:

    salam umi,

    memanglah tak patut suami tu off handset dia masa kat luar, manalah tahu kalau2 ada emergency. Lg pun sepatutnya dia semakin tunjukkan keprihatinannya utk meyakinkan yg dia tetap sayang kpd umi dan anak2 sama seperti dulu wlupun dah ada org baru dlm hidupnya.

    Tapi oleh krn dia mungkin tak berpikir atau terpikir akan tindakannya itu yg mengecilkan lg hati umi, eloklah umi berterus terang dgn nya secara baik, minta dia onkan handset tu.
    Mungkin dia offkan krn dia masih berahsia ttg status nya dgn perempuan tu, takut2 terbocor rahsia.

    OK…kalau umi benar2 nak tahu sy rasa mudah saja. Umi beritahu dia umi sedia utk mendengar kebenaran wlupun pahit utk ditelan dan pasti akan bersedih, tp itu lebih baik dari meneka dlm kesamaran. Dan yakinkan dia yg umi takkan melenting bila dia beritahu yg benar.
    Tp yg lebih penting, ialah bagaimana umi nak bertindak selepas mengetahui kebenaran itu nanti.

    Bila diuji, tiada lain yg boleh membuatkan ujian itu mampu dilalui melainkan dgn keredhaan atas takdirNya. Dan percayalah yg Allah hanya beri hamba2Nya ujian yg mereka sebenarnya mampu hadapi wlupun rasa mcm tak mampu.

  11. tiram says:

    Pada pndpt saya, at this moment, eloklah agar Umi tidak menimbulkan apa2 yg berkaitan dgn orang ke3, yg boleh menjejaskan emosi semua …
    Biarpun bnyk persoalan…bertahanlah buat sementara…demi sibongsu…
    Umi & anak msg2 tgh struggle..utamakanlah sianak…next week punya paper semua pecah kepala…
    Umi, anak tk boleh fokus klu dia nmpk umi sedih…Umi kena kuat…Sabar & bertahanlah at least smpi SPM over…only 4 more mnths….
    SPM cuma sekali seumur hidup dia, Umi…its more important to take care of her/him rather than umi keep thinking pasal suami yg tak ada hati perut tu…maaf ye…saya mengata suami umi…
    Umi kena kuat…cubalah…wlupun pedih, cubalah utk senyum ye…
    Kekuatan dalaman kita, insyaallah akan buat suami Umi sujud melutut kat Umi…cubalah…
    Rasanya mmg sakit Umi…tapi kalau Umi pikirkan anak rasanya Umi mampu…

  12. umi says:

    mehjood, sepatutnya itulah yang dibuatnya,on kan hdsetnya walau di mana dia berada dan dengan siapa. bukan umi x bagi tau. . . . dah berbuih mulut dah!

    masa dengan perempuan2 yang dulu tu pun macam ni lah juga. anak2 yang jauh2 tu pun call atau sms dia selalu xdapat. jadi mereka akan call/sms umi.

    kadang2 umi terfikir kalau ada emergency atau kematian, tentu kami dah kebumikan mayat tu! sebab kadang2 dia keluar 2-3 hari tanpa berita dan tak pernah bagitau kemana dan di mana dia berada.

    itu satu hal. satu lagi ialah dah jadi darah dagingnya bercakap bohong! banyak yang umi dapat tahu selepas itu. walau umi dah tahu dia ada perempuan lain dia masih lagi berbohong bukan tentang perkara dia dengan perempuan tapi hal lain juga.

    bila fikirkan ini semua rasanya dah tak sanggup nak hidup dengan dia. umi rasa ada bini baru nanti lagi banyak dia berbohong dan cakap berbelit-belit.

    tapi …. betullah kata tiram, anak bongsu umi itulah yang penting dan utama. dia tgh struggle dan umi tak boleh terima kalau dia gagal disebabkan kami.

    memang kalau dia ada hati perut dia tentu fikirkan dan utamakan anak dari nafsunya.

    InsyaAllah disebabkan dialah umi sedang bertahan dan bertahan. tapi tak tahulah, sampai bila?

  13. kucing api says:

    hmmm..

    berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

  14. kucing parsi says:

    salam umi,
    umi pun dah tau suami maybe kahwin lain atau tak dan pastinya mmg kawin lain la.anak2 dah besau2 panjang yg terakhir nak amik spm.skg nie bab hati dan perasaan pd suami tu tolak jauh2 dekatkan diri dgn Allah S.W.T dan anak2 itu laie penting.

    depan suami kita buat bodo jer mcm takde pe yg berlaku blkg tue nak nangis nangisla kan.sedey mmg sedey sy pun pernah alami situasi gini cuma suami tak kawin len tapi bab menipu dgn pompuan len tak pernah abis la.

    umi bahagiakan diri sendiri dulu dan anak2 klu sunyi carila bahan yg blh bg sibukkan diri.lantakla suami nak tunggang ke nak terbalik dgn sapa2 pun biarla.bila sakit biar si muda tu yg jaga.umi jaga diri umi dan anak2 cukup dah 28thn umi berkhidmat dgn suami tapi dibalas ngan cuka.bkn sy suruh tak hormat suami atau apa cuma this time is for ur self.

    jaga anak2 agar bila umi sakit ke nanti anak2 la yg jaga kita nak harapkan suami?entah bila la jawabnya.

    ok umi ceria selalu utk anak2 umi dan yg penting diri umi kena jaga.hal suami ni biarla umi dah dia pilih jln gitu.klu umi bekerja senangla duit simpan sendiri jgn lsg bg kat suami.klu umi tak kerja igtkan tggjwb dia makan minum kat rumah yg bongsu masih belajar.

    sy pelikla dah tua2 umur dah 50 ke atas masih nak bercinta yg si perempuan baru 29 muda lagi nak juga.tak kata la dato ct pun nak kan datuk k yg dah berusia.entahla.

    umi kuatkan semangat umi kalu boring layan jer anak2 kalu takder gak cari jer hobi yg leh buat bz

  15. meow meow says:

    Umi, just nak share.

    Menempuh situasi sebegini mmg sgt2 mencabar. X de sape yg gembira dgn berita suami nak berpoligami. Sy sendiri penah di’gempabumi’kan oleh hb sy dgn keinginan sebegini. Tp wlupun hajat nan satu ni dibatalkannya, sy mengalami trauma berpanjangan hgga skrg.

    Wlupun memedihkan tp sy menerima bahawa sesuatu perkara tu tetap ada hikmahnya n skrg sy akui semua tu benar. Jika dlu sy seorg yg kurang berdikari, byk bergantung pd hb esp hal2 yg melibatkan dunia luar rumahtgga, tp sejak peristiwa tu sy menjadi lebih berani. Bukan itu je, sy juga berani menjadi diri sy sendiri. Jika dlu, selepas mendirikan rumahtgga sy byk terikut2 dgn cara n kehendak hb yg x suka sy lepas bebas bergelandangan di luar, now sy mula mengiraikan kepak yg dh lama sy lupakan. Sy mencari2 diri sy yg dlu, yg lepas bebas namun masih dlm batasan.

    Sy umpama menemui cahaya hidup sy semula. Wlupun masih trauma, sy x mau jdkan itu sebagai satu sbb utk sy menangis. Masih byk kegembiraan di luar sana utk kita menikmatinya dari bersedih mengenang org yg x penah memikirkan diri kita.

    X dinafikan sesekali kita berasa goyah, lemah n hilang arah. Namun berbaiksangkalah kita kerana selagi kita x belajar menerima selagi tu kita x kan dpt meninggalkan kesedihan yg menimpa.

  16. Mien says:

    step by step…
    bukan senang nk gembira..

  17. meow meow says:

    Mmg bukan senang, ambil mase namun jika hanya menanti je x kan bawa kita ke mana2. Kena diusahakan agar ianya cepat terjadi.

  18. aleen says:

    umi….
    sperti umi saya juga baru menjelajah blgo mona nih…mmg dulu saya mengikutinya melalui suratkhabar…tp lama saya tinggalkan…
    kini saya kunjungi blog…lebih advance…dan kita boleh meluah apa saja yang kita pendam….kerana bukan semua orang sudi mendengar luahan hati kita…jadi bagi saya jalan terbaik adalah dengan menulis…
    tentang masalah umi….sebagai wanita yang sudah berkahwin 20 tahun….tak perlu lah umi menghalang suami umi…kalau dia kata ya dia tidak akan berpatah balik….so lebih baik umi fikir tentang diri umi sendiri…curahkan kasih sayang umi pada anak2….pada suami lupakanlah dia ….masih ada harapan untuk kita lagi…tak semestinya hilang suami kita akan hilang segala-galanya…

  19. aleen says:

    saya bersetuju pendapat meow….fikirkan diri kita dulu baru fikir orang lain…jaga perasaan kita dulu baru perasaan orang lain…

  20. bakal isteri ke 3 says:

    saya juga setuju dgn aleen. Puas sudah saya timbangkan segala aspek.

    Akhirnya saya fikir saya kena fikirkan tentang diri saya dan anak2 juga, kebahagiaan kami juga walaupun bakal-bakal madu sudah tentu tak akan suka dgn kehadiran saya kelak. Sekurang-kurangnya dapat juga kami menumpang kasih seorang suami dan ayah yang baik walau terpaksa berkongsi.

  21. umi says:

    terima kasih di atas nasihat dan pandangan semua.

    sekurang-kurangnya umi boleh share masalah umi dan rasa ringan sikit beban yang ditanggung.

    insyaAllah, umi akan lakukan yang terbaik untuk umi dan anak-anak. Umi mesti tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dari Allah. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNyalah kita akan kembali.

    ramai yang menasihati agar umi jangan fikirkan sangat pasal suami. Betul tu! buang masa dan sakitkan fikiran saja kan? insyaAllah . tapi …… bayangkanlah umi dah bersmanya selama 28 tahun, untuk melakukan itu semua perlukan ketabahan dan kekuatan. ianya bukan sesuatu yang senang!

    Doakan umi agar berjaya tempuhi segalanya dan bersama datangnya syawal – Hari Kemenangan – diharap umi juga berjaya mengatasi semua permasalahan ini.

    umi pasrah menerima apa yang telah ditentukan olehNya dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umi.

  22. aleen says:

    semangat begini yang seharusnya ada pada setiap wanita….perkahwinan itu perjudian…jika kita tahu cara bermain pasti kita akan menang…zaman IT sekarang wanita bukan dicap sebagai lemah dan mudah ditindas….bangun dari dijajah kaum lelaki yang terkadang tergelincir dari landasan…dan telah tersurat wanita juga yang akan menghapuskan wanita…jadi gunakan ini sebagai panduan untuk kita mengharungi kehidupan akan datang….jangan terlalu bergantung pada lelaki…kerana lelaki ada insan yang paling EGO….

  23. umi says:

    assalamualaikum,

    masih belum terlmbt rasanya utk umi mengucapkan selamat hari raya aidil fitri buat semua.

    lama umi tak singgah kat blog ni sb ada masalah dgn pc. lagipun hari raya, sibuk sikit melayan ipar duai yang balik beraya di sini.

    lima hari sebelum raya (hari selasa) suami x balik sehinggalah pada petang sabtu (hari buat ketupat) dia bawa pulang sebatang lemang, satu bekas serunding ikan dan 2kg daging. dia agak terkejut sebab ibu, kakak, adik2nya serta 2 org anak saudaranya yg sudah berumahtangga balik beraya di kg. mereka semua sudah tahu kisah suami umi dan nampaknya mereka semua menyokong umi. Alhamdulillah.

    setelah berbuka puasa dirumah ibunya (bersebelahan rumah umi) dia terus keluar.

    hari raya tahun ini adalah hari yang sangat memilukan kerana inilah kali pertama suami tiada bersama. ketika takbir dialunkan, umi tabahkan hati dan menahan airmata dari mengalir, ke masjid dan solat sunat aidil fitri.

    tetapi ketika bersalaman dgn MIL yg menangis sambil memeluk umi dan menyuruh umi bersabar, airmata umi tak dapat dibendung lagi. semua yang ada di rumah MIL (kakak, adik dan ank saudara) menangis. pagi raya tahun ini kami isi dengan linangan air mata. petang raya barulah suami balik tapi terus pergi setelah melayan beberapa tetamu.

    pada ptg raya kedua, ibu dan adik2 gf suami dtg beraya ke rumah umi. umi sambut dan layan dgn baik macam tetamu2 lain. mereka tertanya2 samada suami umi dan gfnya tu dah kawin atau belum.

    dipendekkan cerita, pada malamnya umi terima call drpd adik gf suami mengajak umi ke rumah sewa kakaknya. mereka mahu selesaikan semua masalah dan menyuruh umi membawa MIL bersama. tujuan mereka utk bersemuka dgn suami umi.

    sesampai di sana, umi diberitahu yg suami umi melarikan diri, tak mau jumpa mereka. umi juga diberitahu bahawa mereka sudah sah menjadi suami isteri, sebelum puasa lagi. mereka kawin di songkhla. sekarang, umi belum dipanggil ke mahkamah.

    jadi sekarang umi dah dimadukan. dia tak balik rumah sebab bersama isteri mudanya. dan duit belanja utk hari rayapn tiada. semuanya umi guna duit sendiri.

    sebelum raya umi minta duit utk beli baju raya umi (walaupn umi boleh beli sendiri) tapi malangnya umi dimarahi. dikatanya umi tak bertimbangrasa dan pikirkan diri sendiri saja. umi katakan padanya yg umi tak pernah minta benda yang mahal2 cuma sepasang baju raya yang cuma setahun sekali dibelinya! sedih betul ……..sikap suami yg beginilah yg membuat isteri tak percaya dia boleh berlaku adil setelah berkawin lg.

    walaupn suami mengaku pd umi yang dia tak akn menganiaya umi dan akn sedaya upaya berlaku adil tapi ketidakadilannya sudah jelas dan nyata. selama dia keluar rumah, sekalipn dia tak pernah bertanya khabar umi dan ank2. anak2 yg dah balik ke tempat bekerjapn dia tak tahu dan tak ambil tahu.

    umi tunggu mahkamah panggil (setelah dia buat pendaftaran perkahwinannya) dan di situ nanti umi akan buat permohonan utk potong gajinya bagi nafkah umi dan anak2.

    skrg bini muda dia dah ditukarkan ke johor sb pakciknya (yg lbh kurang sebaya dgn suami umi) tak setuju dgn hubungan mereka. tak taulah mcmana mereka nanti. umi suruh dia ikut bini mudanya tp dia tak mau.

    sebenarnya umi dah tawar hati dgn suami yg begitu tega melukakan hati umi berulang-ulangkali. kalau umi bersamanyapn cuma sekadar menghabiskan sisa2 hidup yg masih ada. dan satu lagi benda yang membuat umi teragak2 utk meninggalkannya adalah rumah. umi dan anak2 sgt sayangkan rumah yg kami diami skrg. byk wang yg umi keluarkan utk rumah ini, lbh byk drnya. nak tahu knp? ianya dibina diatas tanah milik arwah ayhnya! MIL jg nasihatkan umi jgn keluar dr rmh ini, nnt bini muda yg senang. maka demi bahagiakn ank2 tak kisahlah kalau umi terpaksa berkorban! lgpn kalau ikutkn umur ni, tak lama lg umi akan kembali kepadaNya.

RSS feed for comments on this post.