bagaimana harus ku mula ..( emm macam lagu m. nasir tu ye?)..( bercakap pasal lagu tu, memang masa suamiku bercinta kali kedua lagu tu jadi lagu favoritenya… habis kami anak beranak terjerit-jerit nyanyi ikut dia masa dalam kereta.. anak-anak macam bapanya , suka nyanyi.. masa tu tak tahu itu lagu cinta kedua dia..he..he..he).
emm agaknya , boleh mula dari awal la kot.
aku bertemu suamiku masa sama – sama menuntut di ipt. kami berada di jurusan yang berlainan dan fakulti yang berlainan. tahunpun berlainan, suamiku tahun 4, tahun akhir, aku baru tahun satu. namun, apa yang menyatukan kami adalah kawan-kawan. kami berkahwin masa aku di tahun 2.
perkahwinan sebenarnya ok, tapi aku yang kuat merajuk dan selalupun suami pujuk walau bukan salahnya. mmm.. memang banyak bukan salah dia pun..
kalau nak dikaji mengapa suamiku kahwin lagi, rasanya banyak penyebabnya. taqdirnya memang dah ada tapi semua taqdir tukan hasil dari tangan kita, bak kata suamiku, ( banyak kali jugaklah dia cakap macam nih, last rasanya bulan lepas masa kami dalam perjalanan pulang berdua dari KL).. suami tu kalau isteri tu baik. layan dia baik, hormat dia, tak suka cari pasal, susah dia nak cari orang lain, kalau dia pandang perempuan lainpun, mesti dia ingat isteri dia kat rumah, mesti dia fikir, cantik manapun perempuan tuh, ( suami aku hensem orangnya.. sanngat hensem.. dan roman mukanya manis, orangnya tinggi dan kulit putih.. tak susahlah dia nak pikat mana-mana perempuan kalau dia mahu ) belum tentu baik macam isteri aku kat rumah… (bila dia kata macam tu, aku pun merajuk la cakap dengan dia, ye lah .. macam, abang. aisyah tak cukup baik, sebab tu abang kahwin lagi… nanti cepat – cepat dia jawab.. la ke situ pulak, tu la yang malas cakap pasal poligami nih..)
tapi sebenarnya aku akui, masa mula – mula kawin dulu aku memang kuat merajuk dan mudah shot wire… bila dah merajuk, diam membatu, tak cakap apa.. tegurpun tak dijawab… tapi rasanya yang suami aku memendam rasa ( ha …aku rasa nilah punca utama, suami aku nih simpan dalam HATI rasa kecil hatinya..) banyaklah peristiwa merajuk aku yamg kadang – kadang melampau sampai tertunjuk depan orang sedang suami aku nih orang nya sangat lemah lembut dan bersopan. sebenarnya dah banyak kali dia pesan, jangan merajuk over depan orang, dia rasa malu yang amat.. the exact word yang dia guna .. abang rasa malu kalau hal rumah tangga kita sampai orang luar tahu, rasanya macam sengaja londehkan seluar depan orang sampai nampak kemaluan kita.. macam tulah rasa malunya, rasa macam tak tau nak letak muka kat mana ..
aku pulak dari keluarga yang kalau bergurau , jiran sebelahpun boleh dengar ketawa kami..
emm.. rasanya memang dah taqdir nak dimadukan..
tahun- tahun awal aku bermadu.. ya allah, tak pernah suami tak balik kalau dia tak out station, tapi sekarang tak balik, dah lah tak balik , pergi mengendut perempuan lain, 13 tahun muda dari aku.. memang tak boleh terima, bila dia balik ke rumah masa giliran aku.. ( suamiku sangat mengikut masa).. aku halau-halau dia.. tapi dia diam aje. sibuk mengemas rumah, bila malam dia baring sebelah aku, (sebenarnya aku dah blok tempat dia, letak kaki aku luas-luas, tapi dia lembut tolak kaki aku) peluk aku kemas – kemas dan cakap walau dia dah kawin lagi dia tetap sayang kat aku dan anak-anak.
dia benar – benar tak tahu bagaimana dia boleh sayang pada orang lain walhal kasih dia pada aku tak berkurang sikitpun…kata dialah .. he..he,,.. kalu dia tipu, aku pun tipulah nih..
{kadang-kadang , masa aku merajuk, dia kat depan aku pegi ke dapur, tapi tak lama dia akan datang, buat-buat basuh tangan (aku tahu lah dia buat-buat,.. sinki ada kat depan tuh kalu setakat nak basuh tangan), tangan sebelah bukak paip sebelah lagi dilengkarkan kat pinggang aku,.. buat-buat tanya aku tengah buat apa (buat-buat tanyalah kan , kalu dah nampak kita tengah jerang air).}
aku jadi batu, badan keras je tapi aku cakap kat dia (ehh… kira okeylah tuh, nak juga aku bercakap, biasanya kalu dah badan jadi batu tu, lidah akupun kelu, buat tak dengar je dia cakap apapun..) aku sikitpun tak percaya pada dia. kata sayang kat aku tapi kawin lagi. tipu.. mana sayang kat aku. tapi dia degil , dia kata kalau tak sayang dia tak balik pada aku lagi dan dia tak akan berniat nak adil dan masih mahu jaga aku sampai aku mati atau dia mati.
kini, dalam merajuk tak merajuk, akhirnya dah tujuh tahun aku bermadu, suamikupun dah beranak pinak.. baru-baru nih aku beraya bersama, sebenarnya dah tiga kali berturut-turut , agaknya akan jadi tradisi kami.. balik beraya sama – sama dalam satu kereta, yelah .. habis drebarnya satu.. muat semua anak-anak aku dan anak -anak madu, 2 isteri.. okey je.. kami berbual bergelak tawa,.. aku pulak memang suka ketawa.. sejak akhir-akhir ni lagilah (aura bermadu kot) dulu aku agak serius jugaklah.. (sampai suami aku kata apa yang buat dia terpikat pada madu aku tu sebab dia mudah tersenyum… ha engkau,,… jadi selalu-slalulah tersenyum ye.. yang ikhlas lah… yang tak ikhlas tak payah..)
beraya sakan di kampung suami, semua saudara mara suami dapat menerima kami dengan baik, dan aku yang memang dah berbelas tahun dengan mereka memang mudah di terima sebab aku peramah.. (betul tuh .. bukan perasan). tapi madu aku juga pandai bawa diri.. selalu bual dengan aku dan saudara mara suami yang lain.
tak cemburu? huh cemburu giler… sampai solat hajat mintak dengan allah agar beri aku kebahagiaan sejati dan aku mampu kawal diri aku seikhlasnya. alhamdulillah.. tapi merajuk jugak dengan suami,.. nasib aku lah sebab dapat suami kuat memujuk..hati jadi sejuk balik.
yang aku nampak baik dan istimewanya madu aku tuh.. layanan dia pada suami.. sentiasa tersenyum, bercakap dan bercerita (aku bercerita jugak , lagi kuat bercerita dari dia rasanya) tapi cerita dia kalu tengok.. pada pendapat aku lah.. selalu menarik hati suami aku.. kadang-kadang aku tengok suami aku sampai tergelak besar.. pandailah dia.. emmm.
aku ada jugak kata pada suamiku, wah..kalu dengan orang, ketawa sakan ye.. tapi suamiku kata.. kalau aisyah citer apa-apa kat abang pun, abang ketawa jugak,.. lagilah tersengih macam kerang busuk, dari awal sampai habis citer aisyah tu kan…..
ada ke…. emm.
tapi satu yang aku perasan, tentang madu aku tuh,.. walau dia baik dengan aku, tapi yang penting padanya suami kami.. dia sangat jaga..sangat perihatin terutama hati dan perasaan suami aku.. he .. he,.. suami dia jugaklah.. takdelah aku tengok dia muncung merajuk macam aku.. kalau dia terasa dia akan diam.. ambik masa sendiri,.. pergi buat kerja..mengemas, mandi anak, masak atau berborak dengan ipar duai yang lain.. masa raya semua adik beradik suami balik, penuhlah rumah mak abah tuh..
lepas tu.. dia akan okey balik.. boleh datang balik pada suami dan bercerita serta layan suami kami macam biasa balik. agaknya orang jawa indon macam tu kot, walau dia muda dan tak dapat beraya bersama dengan ibu bapanya di seberang (aku dapat, lepas beraya kat kampung suami, kami balik ke kl dulu, hantar madu dan tukar pakaian, lepas tu suami aku bawa aku balik ke kampung aku 4 malam), tapi dia tetap okey.. agaknya sebab tulah laki aku sayang dia lebih… aku rasalah.. laki aku marah aku kata macam tuh.. dia kata takde lebih takde kurangnya .. dua-dua dia sayang .. emmm.
tapi kini, walau sesekali , marahku datang, cemburuku bergolak, tapi aku bahagia.. yerlah bahagia cara poligamilah,.. dulu pun .. aku asyik merajuk aje.. tak bahagia mana jugak walau suami aku baik .. kini, aku banyak belajar menghormati suami, tahan merajuk dan marah ku.. sedikit sebanyak aku sebenarnya belajar dari madu aku tu. walau usia baru 20an tapi aku dapat rasa dia isteri yang baik untuk suami sebaik suamiku.
kadang-kadang aku rasa mereka terutama suamiku yang tercinta mampu bahagia walau aku tiada di sisi, emm masa tu mulalah datang akal jahatku minta suamiku lepas kan aku aje ..dari dia asyik nak melayan merajuk aku baik dia menghadap muka madu aku yang sentiasa tersenyum tuh.. tapi suami aku tak mahu. dia kata dia akan sabar dengan aku,.. dia mahu aku jadi isteri dia sehingga ke syurga. dan kalau dia mati dulu dia mahu aku setia pada dia,.. tubuh aku hanya untuk dia seorang.. pandailah kan.. dia tak apa tak setia.. tubuh dia untuk perempuan lain tak apae..mmm.
giliran adil, masa banyak lebih pada aku kerana suamiku sangat bertanggung jawab, anak-anak aku dah besar dan bersekolah menengah , jadi dia banyak dengan kami, menghantar dan mengambil anak-anak..
bermadu pahit? ya.. memang pahit, tapi dengan poligami aku banyak membaiki diri,.. mengenal balik tuhanku, menjaga solatku, mendidik anak-anakku. memahami suamiku..walau kini aku masih bergelut namun, kehidupanku jauh berubah dari dulu.
aku kini menikmati hubungan dengan ipar duai dengan lebih berkeyakinan.. siapa kata orang bermadu akan rasa terhina, aku tidak.. aku istimewa, tuhanku menyayangiku.. sekurang-kurangnya diberi aku ujian untuk menyedarkan ku bahawa dunia ini hanya sementara dan kasih manusia itu untuk kita gunakan bagi mencari redho NYA.
wallahu alam. yang penting pegakhiran kita kan ?…
Popularity: 100% [?]

Processing your request, Please wait....

ws comei..
whats the point?
akak bukannya pandai apa-apapun,..
manusia biasa yang penuh dengan kelemahan,..
akak da tolong sakura.per kata tolong saya lak.hidup ngah haru biru ni.
akak……oooooooooooooo akak
naper x reply.akak x sudi tlg sy ker
salam semua,..
moga hidayah allah milik kita semua,..
seharian semalam berkelah di sungai congkak,.. hari nih anak-anak flat,.. hb pun bangun untuk pergi kerja dengan malasnya ,..he..he…
fuhh,.. seronoknya mandi,.. air sungainya sejuk dan menyegarkan,..
habis nasi lemak masak 7 pot,.. ayam goreng rempah se tupperware besarpun licin,..
ramainya manusia tapi sikitpun tak menjejaskan keseronokan kami… berkelah,..mandi manda,.. makan dan solat semuanya di tepi sungai,..
alhamdulillah ,.. airnya pula jerneh,..
bergambar sakan,.. anak dara yang sulung sibuk jadi fotografer,..
kami kalu berkelah,.. ke situlah selain PD ,.. tapi tetap tak boleh lawan sungai dan laut di tempat kelahiranku,..
namun,.. anugerah allah semuanya ada kelebihan…
hi comei,..
moga dalam lindungan allah senantiasa,..
emm tak tahu apa nak tolong,.. takde beritahu apapun,..
syok giler bc cite akak niee….klu la ade sejuta manusia mcm akak ni dlm dunia…aman…..
ape2 pun akak…sy doakan agar akak dan keluaraga akan bahagia smpi akhir hayat…amin…..setiap pengorbanan yang dilakukan pasti ade ganjaran ye…
hi libra girls,..
ramai k nih?
ha.. ha.. nick name jer yer?
terima kasih doakan akak sekeluarga,..
akak juga doakan kamu bahagia di sisi keluarga tercinta,..
bagi akak hidup ini indah,.. allah itu adil,..
kesengsaraan bukan milik kita selamanya,.. kita akan belajar keluar dari kesempitan hati dan mula nampak hijaunya rumput di laman rumah sendiri dan banyaknya pelangi yang menaungi langit kita,..
yang penting kita tak menyakiti hati orang di sekeliling baik dengan cara apapun,.. dan insyaallah ,.. hati kita juga tidak disakiti atau bila kita membalas keburukan dengan kebaikan,.. penyudahnya kebaikan tetap memihak pada kita,. insyaallah.
Salam perkenalan. Siti Aishah jelas seorang wanita berhati mulia…..
salam perkenalan dewimaya saya sambut dengan hati terbuka,..
moga sabar menempuh dugaan,.. sungguh semua itu hanya fatamorgana,.. ilusi minda untuk melihat sejauh mana pendirian kita terhadapNya,..
apakah bila kita telah mengaku yang kita ini hambaNya maka kita juga mengakui yang DIA TUHAN kita,..
bisa berbuat sesuka hati terhadap kita,..kerna hakikat sebenar,..kita hanya HAMBA,..
itulah realitinya,..
apa jua yang diberiNYA,.. terimalah seikhlasnya,.. jangan sesekali berkeluh kesah kerana hakikat yang lain pula,.. walau kita hanyalah hamba tetapi kita sebaik-baik creation,..
dewimaya,.. boleh email saya di yahoo akaun saya? ive something to tell you.
salam perkenalan,sukar mendapat keikhlasan hati spt mu sahabat..ketabahan dan kesabaran mu amat mengkagumkan,memng ujian Allah ada hikmahnya…saya akan belajar menjadi seperti diri mu sahabat
salam sofie,..
selamat berkenalan,.. moga sentiasa dalam lindunganNya,..
sebenarnya,..ikhlas dari hati saya,.. saya tidak berbuat apa-apa,..
.. berkorban,.. atau bagai,.. ujian saya sebahagian besarnya hanya pada poligami tapi suami saya sangat adil dan bertanggung jawab,..
penuh kasih dan mencintai saya sepenuh hati (hatinya ada banyak kot,..he..he..)..
sangat lembut dengan saya,.. contohnya terlalu banyak… kalau kebetulan dia solat bersendirian,..saya akan tunggu bersamanya dan dia akan naikkan saya atas pangkunya dan memeluk saya sepanjang zikir hingga doa,.. hati saya damai dan tenteram…
suka menonton sambil memeluk saya dan bergurau,.. anak-ajak juga seronok dengannya,.. tegas, anak-anak takut tapi masih boleh bermain dan bergurau juga dengan mereka,… jadi buaian,.. buat superman dengan kaki,.. walau anak sama tinggi dengannya,..
sangat rajin dan sangat ringan tangan,.. sentiasa membantu dalam semua hal,.. dan saya maksudkan itu,..semua.
susah nak tengok dia ada di rumah dan duduk sahaja,.. ada aje kerja yang nak dibuatnya,..
hatta sehingga melipat kain dengan anak-anak ,.. apatah lagi kalau kerja itu jelas kerja nya,..
baiki paip bocor, sinki tersumbat (sampai buka tempat simpanan najis di belakang dapur dan selok tangan keluarkan apa yang buat tersumbat,.. bila tak sampai dia akan jolok ,..peralatan lengkap macam dia tukang rumah,.. ha,..ha)
itu hal kecil,.. kalau nak disenaraikan kebaikan dan keistimewaan suami,.. tak tertulis,.. setiap masa dan detik dia berbakti,.. pada saya,..anak-anak dan sangat tak menghampakan orang tuanya,..
sanggup balik hari pulang ke selatan dan ambil orang tuanya datang ke kl bila bapanya minta tolong,..walaupun dalam keadaan dia penat menguruskan dua rumah,..
subhanallah,.. suami saya sangat baik,..
hakikatnya,.. dia yang diuji kerana dapat saya sebagai isteri,..
dengan itu sahabat,.. maksud saya,.. dengan akhlak sebaik suami saya,.. saya tidak diuji sangat,.. masyaallah,.. sungguh allah itu maha besar,..
frankly,… secara jujurnya,.. hanya ketika dia tiada sahaja , saya terasa diuji allah,.. ujian rindu. agar kita merasakan hanya DIA sahaja sebenarnya tempat kita bergantung harapan…
Dewimaya tersentuh dan terharu membaca nukilan sitiaisyah. Maaf sekiranya apa yg akan di kata boleh menjebakkan diri maya menjadi orang yang berdosa. Sebenarnya Sitiaisyah jauh lebih beruntung dari dewi setelah cerita mu di baca. Namun dewi tetap redha dan pasrah kerana itulah yang ditakdirkan untuk dewi.
Selama ini kesabaranlah yang menjadi benteng supaya dewi tidak terjerumus. Dewi adalah seorang isteri yang diabaikan dan dilupakan suami walaupun bibirnya sentiasa mengucapkan cinta ketika bertemu. Hingga kehari ini dewi tercari cari di mana kesilapan. Mungkin untuk menyuci dosa dosa yang lalu.
Masanya bersama dewi sgt terhad, mungkin jam 12 tghmalam hingga 7. pg kerana waktu malam dia menguruskan restoren . Masa yang terluang waktu malam dia mengambil kesempatan untuk bersama teman wanitanya. Waktu siang kami tidak bersama kerana bertugas di pejabat yang berlainan. Cuma kadang2 kami makan malam bersama. Perbualan hanya yang penting kerana tidak banyak cerita yang boleh dikongsi bersama lagi
Pun begitu dewi maseh berusaha jadi isteri yang baik untuk nya. Mulut maseh manis dan tidak pernah ada kata 2 kesat. Kalau belas ihsan yang dewi pohon darinya yang pasti diterima adalah jawapan selamba darinya, bahawa dewi ini terlalu mengongkongnya. yang paling menyedihkan sejak dia bertukar perempuan dia tidak kenal lagi tikar sembahyang…solat jumaat pun jarang sekali.
Anak2 dewi sudah dewasa dan mereka mempunyai kehidupan mereka sendiri walaupun ada masa masa mereka berada disisi dewi. Secara keseluruhan dewi sentiasa keseorangan. Namun tidaklah sunyi sgt kerana ada aktiviti dan rutin yang dewi buat. Hanya ingatan pada Allah yang dapat menjauhkan dewi dari godaan yg sering juga datang.
Sejak tahun 2004 dewi menunggu2 untuk bersama sama hby menunaikan ibadat haji. Sejak dari tahun 2004 , bila dewi mengajaknya jawapannya adalah sama….sabar dulu, tahun depan kita pergi. Tahun 2008 adalah pembohongan nya yang paling nyata dimana ia beria ia berjanji akan pergi pada musim hj yang baru lepas tapi akhirnya janji tetap tinggal janji. Dalam waktu terdekat ini dewi akan register utk pergi tahun depan melalui package haji.
Sitiaisyah tolong nasihatkan dewi adakah berdosa pergi tanpa suami kalau senerionya begini? ….Namun doa sentiasa dihati agar Allah bukakan hatinya untuk berubah. Waktu tua sudah menjenguk dan kematian sebenarnya semakin mendekat…..
Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang di tentukan dan satu lagi doa dewi agar janganlah hari tua yang gersang dan sunyi yg akan dewi tempohi. Sitiaisyah yg bijak… berbaloikah semua ini untuk dewi lalui…..
Salam Siti Aisyah,
Lama juga saya menyepi diri kerana tuntuan kerja.. Cuti tahunan masih berlambak dalam 1/2 bulan dan terpaksa dibawa ke tahun 2010.Itu pun saya dah ambil beberapa hari, tapi masih tak cukup lagi nak cover semua cuti saya..
Saya berhajat untuk Siti to scan me. Few things saya nak clarify. I also do for modern medicine for my sickness, which I will do operation in few weeks from now.
The rules still stand? to e-mail to you. Can i get your email address. Sorry lah if menyusahkan you.
Salam perkenalan buat Aisyah. Bila saya terbaca cerita aisyah hati saya terasa terharu. Alangkah indahnya jika saya dapat mengikuti jejak Aisyah. Hanya ketabahan dan kesabaran harus diutamakan. Kepada DIA kita berserah. Aminn…
Sitiaisyah,
Dewimaya pun nak minta tolong ct scan untuk dewi. mungkin boleh bantu dewi . tadi ada ct minta dewi contact. so what is your e mail address, my dear?
sori akak.x sempat g nak cite kat akak.bley dapt emel akak x?
salam dewimaya,..
hati saya memang tersentuh setiap kali membaca kisah rumah tangga seperti akak kerana secara jujurnya saya amat mengharapkan institusi rumah tangga sebagai titik tolak melahirkan insan-insan yang taat dan patuh kepadaNya atas rasa syukur kerana memiliki syurga dunia yang indah , harmoni dan penuh kasih syg,..
perkahwinan adalah satu ibadah sepanjang hayat yang penuh kenikmatan dunia …
perkahwinanlah yang menghalalkan hubungan lelaki dan wanita sehingga ke batasan yang tidak terbayang dek minda tatkala kita gadis,..
pada saya ,..hubungan suami isteri sepatutnya berjalan sebagaimana hubungan rasulullah dengan para isterinya,.. penuh kelembutan dan sangat romantik,..
rasulullah tercinta mengaji alquranpun sambil menyandarkan diri di bahu aisyah ra… selalu baring di atas ribaan isterinya dan sentiasa memeluk dan mencium mereka kerana cinta kasihnya dan baginda juga sentiasa memudahkan mereka… langsung tidak menyusahkan,..
namun,.. apabila perkahwinan hanya mencetuskan derita dan melahirkan sengsara di hati,.. then something is wrong,..
islam bukan begini,..islam itu agama yang indah … seindah akhlak rasulullah,..
lalu dewi,..
pada saya dewi boleh berusaha mengembalikan kebahagiaan yang memang sepatutnya milik dewi,..
ya,..satu darinya adalah dengan memohon pada Allah di tanah suci terutama during haji time,..
boleh pergi dengan muhrim tumpangan tapi wajib dapat izin suami,..
wallahu alam,..
yakuzi,..
moga sentiasa dalam lindunganNYa,..
yakuzi,…
yer,.. memang ada banyak yang saya ingin beritahu,..
email address nampaknya sekarang tak boleh letak sebab saya dah cuba tapi tak keluar,.. so saya bagi hint yer,.
untuk siapa yang minta yer,.. yakuzi,..dewimaya,..comei..dan yang lain,..
taip nama penuh saya sitiaisyahyadzid dan gabungkan dengan @ yahoo.com.
hi fazilah,..
moga kita juga sentiasa di atas jalanNYa,..
alangkah bagusnya jika benar saya dapat menginspirasikan kaum saya untuk menjadikan suami dan anak,.
membuatkan institusi rumahtangga,..
menghasilkan sebuah perkahwinan,
yang mengikut susurgalur islam, sunnatullah dan rasulullah,…
menjadikan itu semua sebagai jalan ke syurga,..
sebagai alat mendapat hidayah allah,.
sebagai tentuukur kualiti iman kita,..
masyaallah,.. sungguh tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNYa,..
subhanallah,..
sahabat semua,..
terutamanya yang bergelar isteri,..
dan saya maksudkan ini tanpa mengira isteri keberapa,..
(ketahuilah,..di sisi allah tiada ukuran bilangan kita isteri pertama ke atau seterusnya,.. ini semua hanya dunia,..
padaNYa kita hanya hambaNYa yang punya tanggungjawab yang amat besar pada seorang lelaki yang kita gelar suami,..
walaupun dia lelaki yang sama untuk beberapa perempuan pun,.. tanggungjawab kita tetap dihisab individually,..)
perkahwinan itu adalah anugerah allah pada kita,.. anugerah nikmat dunia yang terlalu banyak,.. yang dimasukkanNYa mawaddah dan rahmah ,.. agar kita tenteram berada di dalamnya,..
bila tidak berlaku sebegitu,.. tentu ada puncanya yang perlu kita muhasabah,..
muhasabah dengan meminta dariNya agar akar umbi permasalahan kita itu kita ketahui dan ia datang dariNya bukan dari hawa nafsu kita sendiri,..
agar jawapan muhasabah kita itu mampu kita gunakan untuk mencari jalan penyelesaian dan mudah-mudahan dengan izinNYa perkahwinan kita kembali kepada jalan yang sepatutnya,..
dan ini tanpa mengira bentuk perkahwinan itu,.. baik ia monogami mahupun poligami,..
salam kak aisyah.. maaf dah lama menyepi..
kak siti aisyah..
sy ada 1 soalan.. kenapa hb akak kawin kat sempadan (kalau x silap sy dr cerita2 akak), sedangkan kak aisyah pun dah redha dgn keputusannya tu.. kenapa x nikah kat sini je, ikut prosedur negara kita? lg satu, adakah hb akak kena denda sbb nikah di luar negara..
maafkan sy kak kalau akak x suka sy tanya..
CT yg bijaksana,
bahasa yg ct guna amat indah sekali. … insaf bercampur sirna bila membacanya.
ct, sebenarnya dewi redha dan pasrah dgn ketentuan ilahi dan kadang2 dewi terima segalanya dgn kesyukuran kerana dpd yg terjadi beri dewi peluang yg lebih baik utk melakukan sesuatu utk diri sendiri.
Terkadang dewi kesiankan hby bila dia ada masaalah dgn girlfriend dia. kadang2 dia dimaki hamun oleh wanita itu dalam telefon melalui sms. Sedangkan dgn dewi dia x ada masaalah, sentiasa mulut manis dgnnya , x pernah berkata kesat padanya. Malah dia selalu berkata dia tiada masaalh dgn dewi dan dewi sgt istimewa baginay. Apakah itu hanya kata kata palsu darinya. kalau dewi istimewa kenapa dia maseh inginkan wanita yg menimbulkan masaalah kepadanya. Perempuan itu memang sgt cantik, 10 tahun lebih muda dari dewi. Dia tiada kerja dan dewi tahu mereka selalu berkelahi. Puncanya hby sgt cemburu kerana dia ada beberapa kawan lelaki yg lain.
Dewi pun ada ramai kawan lelaki tambah lagi dewi berkerjaya, tetapi kenapa dia x cemburu. dewi juga ada rupa, x lah teruk sangat. Apakah kerana dewi sudah berumur dan telah jadi isteri dia selama 30 tahun….maka dia x perlu lagi tunjukkan dia perlukan dewi…
salam asar semua,..
moga hidayah dan taufikNya tetap milik kita,..
hi pinky,..
yer benar,.. suami nikah di seberang,.. kerana proses nikah di negara kita terlalu banyak prosedurnya sedang dia telah berjanji dengan madu untuk uruskan hal mereka segera,..
rasanya suami tak mahu lama bercinta dalam keadaan tidak halal…
dan yer benar dia didenda semasa mendaftarkan perkahwinan mereka tapi tak banyak ,…sekadar lima ratus ringgit jer…
dewimaya,..
kasih suami pada akak masih tinggi cuma rasa tanggungjawabnya tiada,.. terlindung/tersekat,..
thats all im going to say unless u email me,..
well.. ada sebab Islam membenarkan poligami..
poknik pernah berbual dengan seorang tok imam..
pasal poligami nih..
dia kata.. poligami ni.. macam nasi tambah… perlukah seorang lelaki meminta izin, sedangkan hukumnya sudah termaktub di dalam Islam ?
dan dalam Islam juga, tiada syarat mengatakan seseorang lelaki itu harus bergaji RM2,000 ke atas dan sebagainya.. syaratnya hanya satu.. berlaku adil….
maaflah, poknik tahu, ramai yg akan marah pada poknik.. tapi.. poknik berkata perkara yg benar.. dan jika untuk berlaku adil.. jika isteri tua hanya makan berlaukkan ikan kering.. maka bakal isteri kedua pun, seharusnya sedia menerima dan sanggup untuk makan berlaukkan ikan kering.. jika tidak sanggup.. dari awal2 lagi, jangan sanggup untuk menjadi isteri kedua !! kalau tidak, bagaimana suami boleh berlaku adil ? jika isteri2 asyik meminta layanan yg lebih baik berbanding madu mereka ?
poknik tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini.. cuma.. fikir2kan lah…
TQ CT yang bijak dan salam maalhijrah buat ct sekeluarga serta teman2 di dcck.
This morning i will e-mail ct. hopefully it will arrive u. Dewimaya tau hby sgt kaseh pada dewi, tetapi tidak dapat dizahirkan melalui kata kata dan perbuatannya. Pagi yang mulia ini dewi berdoa pada Ilahi agar ia kembali kepangkal jalan dan menemui kaseh sejatinya kepada Allah. kerana selepas iti insyaAllah dia akan mengasihi diri sendiri dan yang berhak menerima kaseh dan cinta darinya. Amin…….
salam hijrah semua,..
saya sekeluarga akan menyambut maal hijrah bersama emak dan abah di selatan tanah air,..
semoga yang terbaik milik kita semua,..
ada jodoh dan pertemuan,.. insyaallah kita berjumpa lagi,..
SALAM HIJRAH..
hai kak aisyah..
wah jauhnya sambut maal hijrah..hehe
maal hijrah sy disambut dgn keluarga dan sepupu sepapat
sebab kami ad kenduri pertunangan adik sepupu..
dh smapai seru walaupun masih muda lagi..
takpe becoz he is a man..
dia pun dh stable..
keja askar..hope dia ngan tunang dpt lansung scepat mungkin
dpatlah to rasa pegang cicit..hehe
so kak aisyah..
emm dh makin ramai yg mintak pndngan akak tentang berubat cara diagnosis ni kan??
insyallah moga2 niat akak utk membantu mereka tak disalah erti..
bagi sy smua tu terpulang pd individu..
sy akui sy kurg pcya bnda2 mcm ni..
tapi sy tak menolak kemungkinan itu kebolehan yg Allah bg pd akak..
tapi bila bab sihir sy mmg ssh nk pcya..
tapi sy hormati pndapat org tntang itu
sy tak penah lantang menafikan atau menidakkan..
kita pun hidup dlm negara demokrasi kan??
wallahualam
Salam hijrah siti aisya dan teman yang dah lama pak soo tak coret terutama pinky!
Semuga hijrah ini membawa kepada hijrah mentaliti kepada kita terhadap hukum Tuhan yang mungkin tak menyenangkan segelintir kita seperti poligami khasnya.
Pak soo terlalu sibuk sekarang,jujurnya pak soo masih tak membaca keseluruhan blog chah tapi yang pasti pak soo syukur kerana blog yang hampir drajuk oleh chah(seketika setelah ujud jiran baru dulu)terus berjasa! teruskanlah, ini kehendak Allah! Siapa kita chah?….kita hanya insan kerdil yang pada dasarnya mengikut kaedah yang telah tersusun sejak azali lagi?Tapi sayang berapa kerat diantara kita mahu percaya penuh semua yang brlaku dalam hidup adalah Takdir Tuhan.Kebanyakan kita seperti memilih-milih yang mana hukum Allah drasakan sesuai dgn diri di turuti,yang mana melanggar batang hidug di benci!Semuga tulisan2 chah akan dapat mengubah sedikit persepsi diantara kita semua.
Hidup ini macam-macam,waktu senang mungkin semua akan terima semua ini takdir Tuhan.Tapi bila susah sampai, tak ramai yang boleh kata ini juga ketentuan Ilahi…Allah yang mendatangkan kesusahan sebagai dugaan tapi hakikatnya manusia akan marah baik isteri ataupun suami tetap akn berkata aah.. susah cari sendiri! Chah apakah benar kekata “cinta itu apabila kesusahan sampai di muka pintu cinta akan terjun lari mengikut jendela”.Hidup ini sebuah pengorbanan tapi ramai diantara kita yang sangat taat ibadatnya tapi tak menjadikan diri mereka berhijrah kearah yang lebih baik.Kenapa begini ya…
Sedikit pandangan pak soo tentang kepercayaan keujudan sihir.Harap2 adik-adik pak soo berfikiran rasional sedikit.Allah sendiri telah berkali-kali memaksudkan tentang sihir dalam kitabNya jadi siapa kita macam susah nak percaya Sihir ujud?!
Kalau anda tak percaya anda di sihir itu hak anda tapi anda kena yakin apa-apa saja yang tertulis dalam kalam Allah!kita kena percaya sihir itu ujud tapi di samping itu kita kena yakin sihir tak punya kuasa untuk memusnahkan makhluk Tuhan.Cara menyakinkan sihir tak punya kuasa ialah dengan berikhtiar menolaknya,dan cara menolaknya terpulang kepada punya diri asalkan usaha itu masih berada di atas jalan Hak.Memang benar orang yang di sihir tidak akan tahu dia di sihir kerana salah satu sifat dan tujuan ilmu sihir itu dilakukan adalah menjadikan orang yang di sihir itu tak dapat merasakan dia di sihir jadi dia akan musnah perlahan-lahan atau cepat tanpa cari penawar.Tapi yang penting kita kena percaya manusia tak da kuasa ke atas manusia lain! Dan ingatlah sihir itu salah satu daripada 7 dosa besar. Wallahualam.
kata pak soo..
(19 December, 2009 at 9:51 am)
“… Tapi yang penting kita kena percaya manusia tak da kuasa ke atas manusia lain!…”
sebagaimana juga.. tulisan satu manusia yg lain.. tidak mungkin mendatangkan kefahaman kpd satu manusia yg lain pula?
salam semua,..
masih di kg suami nih,.. tido lak dia ,.. tak tahu lah pukul berapa nak bertolak balik nih,.. he..he,..
suami saya yang tercinta nih,.. kepenatan,. tolong abah kat kebun sawit,.. kelmarin pegi tebang buluh yq mengancam,.. semalam lak meracun sampai lima tong,.. seharian dia pegi,..
sempat gurau ngan saya,.. abang akan pulang sebelum maghrib,.
rupanya betul,.. lagi dua minit sebelum azan baru sampai rumah,.. hanya makan roti kering dan minum teh,..
emm,.. hari nih lak ,.. tadi pagi tolong abah tebang pokok durian yang tak pernah berbuah,..
sekarang nih lepas zohor dah pengsan,.. he,..he,.. malam la tuh agaknya baru jalan,..
emmm,.. jem tak jalan?
moga dimudahkanNYa..
hi sakura,..
may the best be yours,..
pak soo…
cinta sirna bila susah,..
emm,.. rasanya ramai,.. lagi pula zaman sekarang nih yang sumernya duit,…
namun,.. mohon dijauhkan Nya dr berlaku pada kita,..
tak dapat saya bayangkan tidak mencintai suami saya walau apapun keadaan dirinya,..
moga pak soo juga mencintai dan dicintai oleh isteri dengan cinta sejati,..
ds,..
yer benar,… kecuali dengan izin Nya..