bagaimana harus ku mula ..( emm macam lagu m. nasir tu ye?)..( bercakap pasal lagu tu, memang masa suamiku bercinta kali kedua lagu tu jadi lagu favoritenya… habis kami anak beranak terjerit-jerit nyanyi ikut dia masa dalam kereta.. anak-anak macam bapanya , suka nyanyi.. masa tu tak tahu itu lagu cinta kedua dia..he..he..he).
emm agaknya , boleh mula dari awal la kot.
aku bertemu suamiku masa sama – sama menuntut di ipt. kami berada di jurusan yang berlainan dan fakulti yang berlainan. tahunpun berlainan, suamiku tahun 4, tahun akhir, aku baru tahun satu. namun, apa yang menyatukan kami adalah kawan-kawan. kami berkahwin masa aku di tahun 2.
perkahwinan sebenarnya ok, tapi aku yang kuat merajuk dan selalupun suami pujuk walau bukan salahnya. mmm.. memang banyak bukan salah dia pun..
kalau nak dikaji mengapa suamiku kahwin lagi, rasanya banyak penyebabnya. taqdirnya memang dah ada tapi semua taqdir tukan hasil dari tangan kita, bak kata suamiku, ( banyak kali jugaklah dia cakap macam nih, last rasanya bulan lepas masa kami dalam perjalanan pulang berdua dari KL).. suami tu kalau isteri tu baik. layan dia baik, hormat dia, tak suka cari pasal, susah dia nak cari orang lain, kalau dia pandang perempuan lainpun, mesti dia ingat isteri dia kat rumah, mesti dia fikir, cantik manapun perempuan tuh, ( suami aku hensem orangnya.. sanngat hensem.. dan roman mukanya manis, orangnya tinggi dan kulit putih.. tak susahlah dia nak pikat mana-mana perempuan kalau dia mahu ) belum tentu baik macam isteri aku kat rumah… (bila dia kata macam tu, aku pun merajuk la cakap dengan dia, ye lah .. macam, abang. aisyah tak cukup baik, sebab tu abang kahwin lagi… nanti cepat – cepat dia jawab.. la ke situ pulak, tu la yang malas cakap pasal poligami nih..)
tapi sebenarnya aku akui, masa mula – mula kawin dulu aku memang kuat merajuk dan mudah shot wire… bila dah merajuk, diam membatu, tak cakap apa.. tegurpun tak dijawab… tapi rasanya yang suami aku memendam rasa ( ha …aku rasa nilah punca utama, suami aku nih simpan dalam HATI rasa kecil hatinya..) banyaklah peristiwa merajuk aku yamg kadang – kadang melampau sampai tertunjuk depan orang sedang suami aku nih orang nya sangat lemah lembut dan bersopan. sebenarnya dah banyak kali dia pesan, jangan merajuk over depan orang, dia rasa malu yang amat.. the exact word yang dia guna .. abang rasa malu kalau hal rumah tangga kita sampai orang luar tahu, rasanya macam sengaja londehkan seluar depan orang sampai nampak kemaluan kita.. macam tulah rasa malunya, rasa macam tak tau nak letak muka kat mana ..
aku pulak dari keluarga yang kalau bergurau , jiran sebelahpun boleh dengar ketawa kami..
emm.. rasanya memang dah taqdir nak dimadukan..
tahun- tahun awal aku bermadu.. ya allah, tak pernah suami tak balik kalau dia tak out station, tapi sekarang tak balik, dah lah tak balik , pergi mengendut perempuan lain, 13 tahun muda dari aku.. memang tak boleh terima, bila dia balik ke rumah masa giliran aku.. ( suamiku sangat mengikut masa).. aku halau-halau dia.. tapi dia diam aje. sibuk mengemas rumah, bila malam dia baring sebelah aku, (sebenarnya aku dah blok tempat dia, letak kaki aku luas-luas, tapi dia lembut tolak kaki aku) peluk aku kemas – kemas dan cakap walau dia dah kawin lagi dia tetap sayang kat aku dan anak-anak.
dia benar – benar tak tahu bagaimana dia boleh sayang pada orang lain walhal kasih dia pada aku tak berkurang sikitpun…kata dialah .. he..he,,.. kalu dia tipu, aku pun tipulah nih..
{kadang-kadang , masa aku merajuk, dia kat depan aku pegi ke dapur, tapi tak lama dia akan datang, buat-buat basuh tangan (aku tahu lah dia buat-buat,.. sinki ada kat depan tuh kalu setakat nak basuh tangan), tangan sebelah bukak paip sebelah lagi dilengkarkan kat pinggang aku,.. buat-buat tanya aku tengah buat apa (buat-buat tanyalah kan , kalu dah nampak kita tengah jerang air).}
aku jadi batu, badan keras je tapi aku cakap kat dia (ehh… kira okeylah tuh, nak juga aku bercakap, biasanya kalu dah badan jadi batu tu, lidah akupun kelu, buat tak dengar je dia cakap apapun..) aku sikitpun tak percaya pada dia. kata sayang kat aku tapi kawin lagi. tipu.. mana sayang kat aku. tapi dia degil , dia kata kalau tak sayang dia tak balik pada aku lagi dan dia tak akan berniat nak adil dan masih mahu jaga aku sampai aku mati atau dia mati.
kini, dalam merajuk tak merajuk, akhirnya dah tujuh tahun aku bermadu, suamikupun dah beranak pinak.. baru-baru nih aku beraya bersama, sebenarnya dah tiga kali berturut-turut , agaknya akan jadi tradisi kami.. balik beraya sama – sama dalam satu kereta, yelah .. habis drebarnya satu.. muat semua anak-anak aku dan anak -anak madu, 2 isteri.. okey je.. kami berbual bergelak tawa,.. aku pulak memang suka ketawa.. sejak akhir-akhir ni lagilah (aura bermadu kot) dulu aku agak serius jugaklah.. (sampai suami aku kata apa yang buat dia terpikat pada madu aku tu sebab dia mudah tersenyum… ha engkau,,… jadi selalu-slalulah tersenyum ye.. yang ikhlas lah… yang tak ikhlas tak payah..)
beraya sakan di kampung suami, semua saudara mara suami dapat menerima kami dengan baik, dan aku yang memang dah berbelas tahun dengan mereka memang mudah di terima sebab aku peramah.. (betul tuh .. bukan perasan). tapi madu aku juga pandai bawa diri.. selalu bual dengan aku dan saudara mara suami yang lain.
tak cemburu? huh cemburu giler… sampai solat hajat mintak dengan allah agar beri aku kebahagiaan sejati dan aku mampu kawal diri aku seikhlasnya. alhamdulillah.. tapi merajuk jugak dengan suami,.. nasib aku lah sebab dapat suami kuat memujuk..hati jadi sejuk balik.
yang aku nampak baik dan istimewanya madu aku tuh.. layanan dia pada suami.. sentiasa tersenyum, bercakap dan bercerita (aku bercerita jugak , lagi kuat bercerita dari dia rasanya) tapi cerita dia kalu tengok.. pada pendapat aku lah.. selalu menarik hati suami aku.. kadang-kadang aku tengok suami aku sampai tergelak besar.. pandailah dia.. emmm.
aku ada jugak kata pada suamiku, wah..kalu dengan orang, ketawa sakan ye.. tapi suamiku kata.. kalau aisyah citer apa-apa kat abang pun, abang ketawa jugak,.. lagilah tersengih macam kerang busuk, dari awal sampai habis citer aisyah tu kan…..
ada ke…. emm.
tapi satu yang aku perasan, tentang madu aku tuh,.. walau dia baik dengan aku, tapi yang penting padanya suami kami.. dia sangat jaga..sangat perihatin terutama hati dan perasaan suami aku.. he .. he,.. suami dia jugaklah.. takdelah aku tengok dia muncung merajuk macam aku.. kalau dia terasa dia akan diam.. ambik masa sendiri,.. pergi buat kerja..mengemas, mandi anak, masak atau berborak dengan ipar duai yang lain.. masa raya semua adik beradik suami balik, penuhlah rumah mak abah tuh..
lepas tu.. dia akan okey balik.. boleh datang balik pada suami dan bercerita serta layan suami kami macam biasa balik. agaknya orang jawa indon macam tu kot, walau dia muda dan tak dapat beraya bersama dengan ibu bapanya di seberang (aku dapat, lepas beraya kat kampung suami, kami balik ke kl dulu, hantar madu dan tukar pakaian, lepas tu suami aku bawa aku balik ke kampung aku 4 malam), tapi dia tetap okey.. agaknya sebab tulah laki aku sayang dia lebih… aku rasalah.. laki aku marah aku kata macam tuh.. dia kata takde lebih takde kurangnya .. dua-dua dia sayang .. emmm.
tapi kini, walau sesekali , marahku datang, cemburuku bergolak, tapi aku bahagia.. yerlah bahagia cara poligamilah,.. dulu pun .. aku asyik merajuk aje.. tak bahagia mana jugak walau suami aku baik .. kini, aku banyak belajar menghormati suami, tahan merajuk dan marah ku.. sedikit sebanyak aku sebenarnya belajar dari madu aku tu. walau usia baru 20an tapi aku dapat rasa dia isteri yang baik untuk suami sebaik suamiku.
kadang-kadang aku rasa mereka terutama suamiku yang tercinta mampu bahagia walau aku tiada di sisi, emm masa tu mulalah datang akal jahatku minta suamiku lepas kan aku aje ..dari dia asyik nak melayan merajuk aku baik dia menghadap muka madu aku yang sentiasa tersenyum tuh.. tapi suami aku tak mahu. dia kata dia akan sabar dengan aku,.. dia mahu aku jadi isteri dia sehingga ke syurga. dan kalau dia mati dulu dia mahu aku setia pada dia,.. tubuh aku hanya untuk dia seorang.. pandailah kan.. dia tak apa tak setia.. tubuh dia untuk perempuan lain tak apae..mmm.
giliran adil, masa banyak lebih pada aku kerana suamiku sangat bertanggung jawab, anak-anak aku dah besar dan bersekolah menengah , jadi dia banyak dengan kami, menghantar dan mengambil anak-anak..
bermadu pahit? ya.. memang pahit, tapi dengan poligami aku banyak membaiki diri,.. mengenal balik tuhanku, menjaga solatku, mendidik anak-anakku. memahami suamiku..walau kini aku masih bergelut namun, kehidupanku jauh berubah dari dulu.
aku kini menikmati hubungan dengan ipar duai dengan lebih berkeyakinan.. siapa kata orang bermadu akan rasa terhina, aku tidak.. aku istimewa, tuhanku menyayangiku.. sekurang-kurangnya diberi aku ujian untuk menyedarkan ku bahawa dunia ini hanya sementara dan kasih manusia itu untuk kita gunakan bagi mencari redho NYA.
wallahu alam. yang penting pegakhiran kita kan ?…
Popularity: 100% [?]

Processing your request, Please wait....
Dear Sakura,
Saya baru 8 bulan bermadu. M2 memang kalau boleh cuba sedaya upaya merampas secara halus..
Berbekalan pengalaman sebagai ex-m2 dgn suami yg terdahulu,,
suami saya tertewas dgn pujuk rayu romantik dan penuh kata berahi (lucah, dgn kata lain)..
Bayangkan waktu giliran saya..dia pujuk rayu pulang ke rumahnya dahulu..
Hubby hanya akan pulang lewat malam dalam 10pm ke atas..
Setiap hari lunch bersama..
Bila saya ajak lunch diluar..kata hubby “offfice u jauh nun di Bangsar”..
Anak2 rindu..
Setiap malam si bongsu menyelak langsir setiap kali dengar bunyi kereta di depan rumah…
Menitik airmata saya..
saya menangis.meraung dalam bilik air seorang sahaja..
Bila ayah pulang
anak2 sudah tidur..dgn perasaan sedih yg tidak terhilang..
Aidil Adha..janjinya beraya dirumah ibunya
Sebulan sebelum raya sudah ibu aturkannya
Ibunya rancang banyak acara
Dari sambut hari raya, majlis korban, khatam dan hadir majlis prkahwinan anak paklongnya..
Namun dek tewas dgn pujukan m2, suami alpa terus terlupa janji pada ibunya..
Jadilah satu kisah yang sedih menyayat jiwa..
Kalau sms yg penuh benci kpd saya & adik-beradik dan ibunya usah dikira
Sampai ke tahap “I hate dgn dgn sikap diorang”..
Kalau dibaca sungguh tidak disangka.boleh begini hubbyku akhirnya..
Saya tidak tahu dimana akan pengakhirannya
Semoga saya dirahmati olehNYA…
Like or Dislike:
0
0
kak..
sy kurg phm
sebelum kahwen ngn hubby skrg
kak adalah m2 kpda ex hubby terdahulu ke??
Like or Dislike:
0
0
Maaf Sakura,
Biar saya jelaskan…
saya M1.
madu saya dulupun m2, bercerai..
Jadi ibu tunggal beranak 3 selama 4-5 tahun..
kemudian berkahwin tanpa pengetahuan saya, dgn hubby saya
Dia masih mengekalkan title m2 bila kahwin dgn hubby saya
Like or Dislike:
0
0
hidup berpoligami byk racun dr madu nya
Like or Dislike:
0
0
racun kerana kita yang menganggapnya racun….
allah itu sebagaimana sangkaan hambaNya,..
Like or Dislike:
0
0
salam semua,..
emm,..
lum tido lagi,.. hb balik untuk ziarah tadi then lepas tuh tak ngantuk la pulak,..
but still im going to bed jap lagi,..
just to make a point or two,..
dalam diagnosis sihir,.. gema/ vibration/ tenaga sihir tu insyaallah memang dapat dikesan kerana ia adalah gangguan makhluk Tuhan juga,..
cuma,.. dont jump to any conclusion to siapa yang hantar sihir dan bagai,.. saya tak diagnosis siapa yang buat cuma siapa yang kena agar dia boleh mengambil tindakan merawat,..
ini kerana sihir perkara yang telah lama dalam sejarah manusia,.. even rasulullah tercintapun disihir,…
tetapi,.. jangan sesekali menganggap begini dan begitu seperti .. bila saya kata hb yakuzi disihir,.. please dont relate it to siapa yang hantar,…
thats not the point here,…
yang menghantar,.. itu antara dia dengan Allah,..
yang penting adalah orang yang kena sihir itu yang mengambil tindakan untuk menghancurkan sihir tersebut,.. tanpa tidak langsung memikirkan siapa yang menghantarnya,…
dan lagi,..
yer,.. saya diagnosis hanya melalui the mere words of the person here becoz they alive!…
tenaga itu ada,..
scan tenaga ,.. so hanya tenaga yang diperlukan,..
dan lagi,.. saya bukan so extraordinarily very confident of myself but very confident in Allah…
dan kuasaNYa,….
namun,… andai niat saya untuk membantu disalahertikan atau lebih banyak buruk dari baiknya,..
then i dont think im going to answer any more question regarding this issue,…
Like or Dislike:
0
0
asl’kum SA…
InsyaAllah, itulah yg lebih baik…biarlah kelebihan SA ni dijadikan satu yg bersifat peribadi yg tak perlu diketahui umum agar tidak menjadi suatu bahan fitnah secara kita tidak disedari…
Semoga dipermudahkan usaha SA didalam melayari ujian2 hidup…
Like or Dislike:
0
0
sifat semulajadi manusia yg sentiasa ingin tahu, tentu akan meneka-neka siapa punya angkara, wlu tak diluahkan, dalam hati terlintas juga. Dan iblis sgt suka akan peluang begitu utk menanamkan benih buruk sangka dlm diri manusia.
sy yg pernah jadi mangsa tuduhan sihir ni tahu mcm mana ia boleh mengharu birukan keadaan. Pernah dicabar bersumpah, lalu sy sahut cabaran tu dan ajak si penuduh saksikan saya bersumpah di mana-mana masjid depan beberapa org saksi. Peliknya yg mencabar tu pula yg meghoyan.
Tapi tuduhan yg tidak benar lambat laun terbukti juga ketidakbenarannya sbb Allah sentiasa bersama kita. Dan tiada yg dpt mengatasi takdirNya wlu mcm mana tak suka pun org akan sesuatu jodoh itu dan berharap jodoh tersebut akan habis dgn apa cara juga yg boleh dicuba.
Like or Dislike:
0
0
kak aisyah..
dia mmg nak memperisterikan sy
krana kasih dn cinta
cuma dia perlukan hidup yg stabil dulu
sb katanya dia tak mau sy akn hidup ssh bersama dia..
ya lah
dia hnya stpm dan tak berpendapatan tinggi mcm
suami kak aisyah..
sbab tu sy bersabr dn menunggu..
mmg ad btul ckp akak
kalu dia btul kasihkan kita dia akan cuba sedaya upaya
utk dptkn kita
berdepan dgn keluarga sy,keluarga dia..
sy sedar semua tu..
tapi dia ckp perlukan masa utk persiapkan
segalanya utk sy dn isteri n anak2 nya..
sebab tu dia ajk sy bantu dia dlm bisnes..
ya sy akui dia mampu dn mewah kalu hnya dgn satu keluarga
kalu dia kawin ngan sy dia perlukan lebih skit
utk nafkah sy..
sy mmg tak kisah kalu psl duit ringit
sebab sy pun bekerja..
kalu berkahwin pun sy hnya akn terima apa yg dia bgi
kalu dia tak bagi pun sy tak kisah
ckup lah stakat yg dia mampu..
tapi tulah
dia tetap nak sy tggu sampai dia capai ap yg dia nak..
ntahlah akak..
mmg sy pun sedar
org yg mengambil masa yg lama
org yg tidak bersungguh..
tapi ada juga yg couple bujang pun kawan lama2..
ntah lah sy buntu..
btul ke smua ni??
bodohnya sy??
Like or Dislike:
0
0
sitiaisyah says:
30 November, 2009 at 6:09 pm
ya,..
suami memang punya kekuatan kasih yang tinggi pada madu…
kerana itu dia memperisterikan madu dengan kesungguhan (berdepan dengan akak,..pergi ke semarang seorang diri dan berkahwin dalam masa kurang lima bulan…)
dan kerana itu dia mampu adil.. (salah satu sebab),…
sy pun kalu boleh taknak lama2..
nk akhiri semua scepat husband n madu akak
tapi..
dlm ms krg lima bulan
kita boleh kenal ke hati budi??
ataupun diorg dh kwn lama cuma akak yg tk tahu..
maaf bertnya..
sy tk bermaksud apa2
cuam sy tgh buntu..
sy dan bf bru berkwn dlm 7 bulan kak..
saat nI ,tahap ni,
keyakinan sy trhdp dia dh tiggi
sy sukar utk tarik diri..
yg sy tahu nk stabilkan hidup sy,
dn sy nk dia pun dpt apa yg dia nak..
then bru nk pk tntg hubungan..
tapi bila akak dpt scan yg dia hnya nk mempermainkan sy
sy rasa mcm terhempas ke lantai..
smua impian dn hrapan dh mcm tak bermakna lg ke??
Like or Dislike:
0
0
kesian sakura…live your own live, make your own mistakes whatever they might be.
Life is about taking risks. Take good calculated risks, and be willing to live with the consequences. Even if they turn out to be the wrong steps, they are yours. You decide.
Like or Dislike:
0
0
yes GS,
sy tak tau nk pk camne lg..
rite now sy diamkan diri dari dia..
even dia tak putus2 cari sy..
ad sj alasan sy..
dia pesan jgn mcm ni,
biar takdir tntukan jdoh kt tgn tuhan..
tapi sy ttap membisu..
sy tkut kalu apa yg kak aisysh kata satu knyataan..
kalu boleh sy mmg nk kawen ngn dia
tak mau kwn lama2 sampai bertahun2 mcm org lain tapi akhirnya sia2
penantian..
ntahlah..
hidup mmg satu perjudian dan risiko..
smua teletak kat diri sndiri..
sy yakin bleh bahagia ngn dia walaupun berkongsi..
sb sy akn ad family baru,ad abg ipar,kak ipar,anak saudara yg ramai (sebelah bf)
sy takkan sunyi walaupun terpaksa bergilir dn berkongsi..
insyallah..
seperti yg sy katakan wife tak rapat ngn family dia..
ntahlah..
sy bingung sgt..
sy cuma nk tgu ap akn berlaku..
takdir hasil tgn kita
kalu dia sruh serah pd takdir
sy nk tgk dia ad tindakan..
skrg mmg sy nmpk,
dia tgh expand bisnes skit demi sdikit..
tpi tntg hubungan sy tak tau sejauh mana
dia inginkan sy (mcm kak aisyah ckp)
sesungguhnya sy takut kalu btoi ap yg k.aisyah ckp tu..
ad ka cara nk tahu kebenaran ini???
sejauh mana dia cinta dn ingin memiliki sy???
adkah dia hnya pura-pura??
ntahlah..
Like or Dislike:
0
0
buat solat taubat, tasbih, hajat n istikharah la sakura. Ulang sebyk mungkin. Tiada penunjuk jalan yg lebih baik drp Allah.
Like or Dislike:
0
0
sakura,..
contact akak di email,.. i have something to say
Like or Dislike:
0
0
kak aisyah..
sy dh email akak..
Like or Dislike:
0
0
semenjak2 datang prasit blog ni semakin sepi..
kak CT..janganla menyepi..
Like or Dislike:
0
0
adakah wajar kita meletakkan “kesepian” blog ini kpd kehadiran “prasit”?
Like or Dislike:
0
0
eloklah kita jgn meletakkan sebarang “label” kpd sesiapa yg hadir di mana2 blog DCCK ini.
Like or Dislike:
0
0
Salam ctjugak,
siapalah insan-insan yag dimaksudkan…Mudahnya buat andaian..rasanya anda baru hinggap disini..melainkan anda menggunakan nama baru..
Like or Dislike:
0
0
eloklah kita jgn meletakkan sebarang “label” kpd sesiapa yg hadir di mana2 blog DCCK ini.
Like or Dislike:
0
0
Kak yakuzi..
mmg saya baru shj hinggap di papan comment nih, tapi xbermakna saya baru ikuti blog nih, selama ni jadik silent reader shj..
Saya xmaksudkan akak..
yang saya maksudkan, org yg memperlekehkan keupayaan Kak Siti aisyah untuk scan melalui alam maya..
Orang tu jugak la yg membuatkan Kak Siti saya diam membisu..
Saya pernah berada dalam keadaan disihir seseorang, so saya aamat yakin akan keupayaan kak Siti..
Like or Dislike:
0
0
ctjugak says:
2 December, 2009 at 6:44 pm
“Saya pernah berada dalam keadaan disihir seseorang, so saya aamat yakin akan keupayaan kak Siti..”
________________________________________________________________________
sitiaisyah says:
1 December, 2009 at 1:15 am
“dan lagi,.. saya bukan so extraordinarily very confident of myself but very confident in Allah…
dan kuasaNYa,….”
Like or Dislike:
0
0
kak ct aisyah,
kenapa diam saja ni?? sy tunggu respon akak dari sebelum hari raya aidil adha…..biarlah apa org nak Q kebolehan akak.sy tetap nak berusaha memulihkan keadaan sy….
Like or Dislike:
0
0
most often than not.. soalan2 yang dikemukan atau pertanyaan drp mana2 pihak.. bertujuan utk mendapatkan penjelasan bukan utk membuat penilaian terhadap orang yang ditanya.
ya lah.. ibarat jika kita mendapatkan rawatan doktor.. jarang2 kita hdk bertanya kelayakan doktor itu tp terus yakin akan rawatan yg akan diberi.
ini demikian kerana.. kita sedia maklum doktor yg memberi khidmat rawatan.. sudah tentunya mereka dipastikan bertauliah (oleh pihak yg bertanggungjawab) sebelum mereka ini boleh dibenarkan atau layak memberi rawatan kpd pesakit.
namun begitu.. kita tetap membuat pilihan hospital/klinik mana yg hendak kita dapatkan rawatan itu.. dan bergantung juga kpd kemampuan kewangan kita.
kita juga memastikan kita mendapat rawatan berdasarkan sakit yg kita sdg alami.. yg kita diberi pemeriksaan (termasuk pemeriksaan fizikal) rapi/teliti terlebih dahulu oleh doktor yg memberi rawatan.
>
>
>
>
>
dlm kes rawatan – scanning via vitual/alam maya ini.. sudah tentu menimbulkan satu situasi “ingin tahu” yg tinggi.. mentelah lagi.. rawatan sedemikian is not what being offered just like that.
bukan semua org ada kefahaman ttg rawatan scanning.. apa tah lg yg dibuat secara virtual/alam maya.
maka.. pendapat saya.. elok lah dibuat secara face-to-face.
salah pemahaman.. salah kefahaman.. ttg apa2 perkara dlm bentuk tulisan.. mentalah di dunia digital tanpa sempadan.. does not reside on the readers alone..
Like or Dislike:
0
0
please notice.. ayat terakhir komen drp sitiaisyah.. iaitu:
“…membantu sesama insan dan dengan izinNya juga menjadi sumber rezeki,..”
sitiaisyah says:
30 November, 2009 at 8:33 am
otai,..
still do not have new explanation beside that apa yang saya maksudkan dengan scan qudrah itu adalah diagnosis tenaga manusia dalam tubuh masing-masing,..
insyaallah dengan izinNya,.. ia tepat dan memudahkan pengamal untuk merawat,..
dengan syarat ia diambil dengan jalan yang betul dan digunakan juga untuk jalan yang lurus,.. membantu sesama insan dan dengan izinNya juga menjadi sumber rezeki,..
Like or Dislike:
0
0
kita sebetulnya membuat keputusan utk diri kita sendiri.
shifting the blame on to others is not the right thing to do.
let us not make wild assumption or accusation.
ctjugak says:
2 December, 2009 at 6:44 pm
Kak yakuzi..
mmg saya baru shj hinggap di papan comment nih, tapi xbermakna saya baru ikuti blog nih, selama ni jadik silent reader shj..
Saya xmaksudkan akak..
yang saya maksudkan, org yg memperlekehkan keupayaan Kak Siti aisyah untuk scan melalui alam maya..
Orang tu jugak la yg membuatkan Kak Siti saya diam membisu..
Saya pernah berada dalam keadaan disihir seseorang, so saya aamat yakin akan keupayaan kak Siti..
Like or Dislike:
0
0
ini alam maya (cyber).
ini bukan alam realiti.
ini bukan juga alam ghaib.
apa yang kita zahirkan melalui perkataan-perkataan.. yg kita baca melaui screen komputer/laptop.. belum tentu diri kita sebenarnya.
(kenyataan itu utk diri saya sendiri terutamanya)
maka.. eloklah.. jika apa2 yg beyond the logic mind (of the majority readers) to process.. kita buat secara face-to-face.. utk mengelakkan sebarang kekeliruan.. kesalahfahaman.. dan sebagainya.
reader response.
the reader responses according/accordingly to their schemata.
what i know.. u might not know.
what i might not know.. u might know very well.
dlm keterbatasan perkataan.. marilah kita berhati-hati dgn apa yg kita cuba atau hendak kongsikan.
there are limits to everything.. here at cyber world.
Like or Dislike:
0
0
Asl’kum semua…
ada baiknya isu rawatan maya ini dibiarkan sebagai cooling off period…sementara itu, berilah SA masa untuk menenangkan hatinya…dan kita semua eloklah periksa semula apakah niat hati kita bila kita berforum diblog SA ini…
Moga2 Allah melindungi kita semua dari sifat2 mazmumah dan nafsu amarah kita sendiri.
Moga blog SA ni menjadi wadah untuk kita perbaiki diri. Yg baik dijadikan contoh, yg lemah dan silap dijadikan sempadan…Kita semua hamba Allah yg banyak cacat celanya…
Terima kasih SA, moga diberkati dan dipermudahkan usaha murni mu itu…
Like or Dislike:
0
0
salam semua,..
alhamdulillah saya sihat dan bahagia di sisi keluarga tercinta,..
walau saya suri rumah ,.. saya busy sebenarnya,..
semalam seharian di luar ada urusan dengan suami,..(sorry yakuzi,.. tgh chat,.. akak terpaksa offline macam tu jer,.. hb balik nak lunch)
saya juga busy melayan masalah yang dikemukakan pada saya lewat email,..
roskuning,,.,
kan akak beritahu email akak,..
saya juga buat keputusan untuk sesiapa yang mahu meminta pertolongan pada saya,.. (yang kalau dengan izinNya sahaja saya boleh berbuat demikian,..dan memang dengan izinNya sahaja,.. tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya semata..),.. maka,..if thats the case,.. please tru my email,..
di situ personal kan,… jawapan dan diagnosis saya juga terus ke tuan punya dan kalau kebetulan saya online bolehlah chat,..
sahabat semua,..
kita hanya insan yang lemah,.. saya pula tiada apa-apa kebolehan pun,..
doa saya (mudah-mudahan,..dengan keyakinan pada kuasaNya) ,..semua diagnosis saya bukan datang dari hawa nafsu sendiri tapi dari ilmu dan khazanahNya semata,..
wallahualam,..
namun,.. saya hambaNya yang jahil dan lemah,.. serba dhaif dan faqir,.. sihir dan saka adalah alam ghaib yang memang hanya di bawah pengetahuan ILAH semata,..
kerana itu hawa nafsu kita sebagaimana manusia,.. kekadang membuatkan kita lupa akan hakikat itu,..
lalu,.. kembalilah kepadaNya,..
kita khalifah allah di muka bumi ini,.. keyakinan kita pada kuasa allah semata pun sudah cukup untuk membuatkan apa saja sihir dan saka tidak mengganggu keibadahan kita padaNya,…
namun,,. dalam certain cases saya banyak berjumpa sahabat-sahabat kita yang apabila dia dalam pengaruh gangguan makhluk begini,..(memang syaitan bersumpah akan menjahanamkan anak adam,… tu janjinya depan allah,.. laknatullah yang penuh dengan sifat dendam yang berkesumat dan nafsu yang penuh kezulmatan,..),..mereka jadi leka dan banyak mengikut kata hati,..
malangnya juga,.. anak-anak dara yang baik menjadi hilang keimanannya dan tersekat jodohnya,..
itu beberapa contoh permasalahan anak adam dengan bencana gangguan makhluk halus,..
atas permasalahan yang begitu,.. saya membantu,… orang yang di bawah pengaruh sihir itu jarang mereka dapat keluar sendiri,.. dengan izinNya,.. allah menganugerahkan hamba-hambaNya,.. (pada saya ,..orang yang sentiasa mencari jalan Allah,.. dengan kehendakNya,..ada yang ditemukan dengan ilmu Nya,.,),.. (semua anugerah adalah atas kehendakNya dan dengan izinNya),..yang hanya DIA mengetahui,..
moga kita semua kembali kepadaNya dalam keadaan yang husnul khatimah,..
mereka yang disihir,.. namun,.. tidak mengetahui dan sentiasa berjihad mujahadtunnafsu,.. sentiasa mengekalkan dirinya di jalan allah,.. maka moga allah sahaja yang membalas ,.. moga dirinya sentiasa berada dalam redha ilahi,..
sayangnya,.. jarang saya jumpa orang yang disihir tetapi punya kekuatan rohani yang tinggi,..
biasanya mereka mudah kecundang,.. pada penyakit tubuh,.. (sihir membawa mudarat pada jasad dengan merosakkan organ terutama organ utama,..) (kerana itu sihir, saka ,..tumpangan perlu dihancurkan dari tubuh anak adam),..pada sifat amarah dan kekadang kecundang pada semua sifat mazmumah,..
lalu,.. merawat itu menjadi kewajipan,.. kerana itu kita perlu tahu kita ini ada gangguan makhluk atau bagai,..
sifat insan sebenarnya indah,.. kerana kezulmatan diri dan nafsu , mereka meletakkan diri lebih hina dari binatang,..
syaitan sentiasa mengganggu ,.. itu kerja dia,.. sampai kiamat,.. tetapi ada orang yang dengan mendengar bisikan syaitan lalu,..merosakkan orang lain dengan menghantar sihir dan bagai,.. (bertepuk tanganlah syaitan-syaitan durjana),..
sihir untuk memutuskan,.. sihir untuk merosakkan dan menyakiti ,.. sihir untuk membuat orang sengsara,.. sihir untuk membuatkan orang berada di bawah telunjuknya,..
berbagai ,..
dengan izinNya ia berjaya merosakkan orang yang dituju,.. namun,.. dengan izinNya juga ,.. mereka ini dapat dibantu,..
wallahu alam,..
saya memohon kemaafan atas keterlanjuran berbicara ,.. niat hanya satu,.. agar kita semua memahami duduk perkara,..
tiada yang mustahil dengan izinNya cuma jangan sesekali taksub dengan saya,.. saya tiada kelebihan,.. malah punya kelemahan yang tidak dapat disenaraikan kerana terlalu banyaknya,..
bagaimanalah pengakhiran saya,..
doa saya kita semua dalam pengakhiran husnul khatimah,.. sabaik-baik pengakhiran,..
Like or Dislike:
0
0
sitiaisyah,
saya yakin.. most of us faham that sitiaisyah is just making an effort in establishing your credibility ttg kebolehan sitiaisyah (dgn izin dan kuasa Nya jua) merawat as claimed by sitiaisyah.
namun begitu.. dlm masa yg sama.. let us try to understand that in the case of rawatan maya/scanning virtual or cyber.. it is not as easy as in that just brief words.. to be easily “swallowed” or accepted just like that.
here at DCCK Members Blog.. it did came out as a shock too.. no doubt about that.
terminologi yg digunakan dlm mana2 rawatan – sama ada rawatan doktor perubatan atau tradisional atau alternatif atau yg lain2 nya.. perlu kita familiarised kan.. before it is really understandable and readily accepted.
above all.. yg memberi kefahaman kpd kita semua.. hanya Dia jua.
wallahualam.
Like or Dislike:
0
0
salam sejahtera,
DCCK Members Blog ini sememangnya satu tempat “perjumpaan” yg baik bagi sesiapapun atau mana2 pihak sekalipun.
kelebihannya sudah semestinya..
at the comfort zone of our very own cosy environment..
dgn hanya ketukan jari jemari kita..
kita dpt bertemu/dipertemukan dgn pelbagai lapisan bloggers..
dgn pelbagai ilmu dan/atau pengalaman etc etc etc yg hendak dikongsikan.
dan sudah tentunya kita ini drp pelbagai golongan/lapisan ilmu pengetahuan atau kemahiran atau pengalaman dan yg seumpamanya.
makanya.. dlm “keghairahan” kita berkongsi apa yg kita fikirkan layak/sesuai/ingin kita kongsi.. sama2 lah kita menjaga kesejahteraan kita sesama kita.
bottom line:
ada perkara yg easily to be accepted by everybody or anybody.
ada perkara yg beyond the logic mind to accept/process by most of us.
dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.
therefore.. be careful with what we share here.. at cyber world.
- ada perkara yg kita boleh kongsi secara mass communication.. and no feedback is expected.
- ada perkara yg kita boleh kongsi secara group seperti dlm DCCK Members Blog ini.. n feedbacks are most welcome.
ada perkara yg kita perlu kongsi secara dyad.. interpersonal.. face-to-face communication.. to really get the desired/intended meaning conveyed to our target audiences.
dan ada juga perkara yg kita hanya perlu kongsi within diri kita sendiri sahaja – intrapersonal communication.
bottom line:
reader response.
readers responding according to their own schemata.
we – the writers.. here at cyber world.. we are accountable of making others understand what should be understood of our writing as accurately as it should be.
Like or Dislike:
0
0
salam.. wah panjang lebar sudah hehehe..
cadangan kak DS tu ok sgt.. face to face meeting.. rasanya lepas tu kuranglah kot kes2 sangsi2 ni..
Like or Dislike:
0
0
miss ur so much….sekali keluar berapi2….sampai keluar asap..tq
Like or Dislike:
0
0
oh.. berasap ke?
isy..
anyway.. how are you mn?
Like or Dislike:
0
0
teringat pulak kat mak ngah.. yg kenal nim at nim little island tu..
Like or Dislike:
0
0
sy sendiri selalu dengar 1st hand ttg visi2 mistk Mil sy yg sesetengahnya sy sendiri telah dapat verify. Jadi sy tak tolak ttg adanya insan2 yg diberi keistimewaan begini.
Sy perhatikan mereka ini selalunya sgt warak, keep a very low profile and live a simple and humble life.
Like or Dislike:
0
0
salam di penghulu hari,..
moga hari yang mulia ini kita mampu isikan dengan perkara yang mulia juga,..
sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya semata,..
mengenali diri untuk mengenali tuhan,.. memuhasabah diri untuk muqarrab denganNya,..
ada beberapa program ilmu yang dirancang sepanjang hujung minggu ini,..
moga semuanya berjalan lancar dan insan yang hadir mendapat kebaikan yang melimpah ruah ,..
dengan ihsan dan izinNya,.. insyaallah.
Like or Dislike:
0
0
is me…mak ngah…nim ok…bertambah sihat…how ur girl..wow next year my son spm….pls pray 4 me nd son…
Like or Dislike:
0
0
oh.. mn.. it is you.. i felt so good to b hearing from u again.
twins – boy n girl.. tgh exam SPM ni. next week baru abih.
mudah2an anak mn sihat dan selamat adaNya.
last ramadhan.. berbuka kt nim.. 1st time – nim dan saya berbual2.. hsbd berbual2 dgn hsbd nim & kawan2 bikers yg ada masa tu.. depa tu mmg bikers tegar le.
lepas raya aidil fitri tu.. nim & keluarga serta mak mertua nim ziarah somebody kt perth.. saya tak ingat siapa.. kakak ipar nim agaknya..
hsbd nim is planning 2 join a bike tour ke cambodia.. kalau tak silap saya.. tour tu sometime this december.
take mn.. hope to meet u one day.. insyaAllah.
Like or Dislike:
0
0
me also…always miss u…hope ur twin do well in exam….pray 4 my son..next year SPM…i pergi rumah nim fasting month..me also want to meet u..insyaAllah
Like or Dislike:
0
0
tq mn..
ya lah mn.. mula2 saya joined DCCK Members Blog ni.. selalu gak kita sembang2 via blog DCCK ni ek.
all the best to ur son, mn.
Like or Dislike:
0
0
assalamualaikum wrt,..
moga semuanya dalam rahmat dan lindungan ilahi,..
tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya,..
alhamdulillah,..
kesihatan dan anugerah kehidupan yang dianugerahkan allah ,..tiada ternilai tingginya,..
ada seorang yang kakak berkongsi cerita / meluahkan isi hati tentang permasalahan besar yang ditanggungnya .
anak perempuannya berkahwin (dah tujuh tahun dan punya dua cahaya mata) dengan seorang lelaki buaya,..
katanya dari awal dia tidak berapa merestui tetapi kerana anak gadisnya berkeras mahu berkahwin dengan lelkai itui,.. maka direlakannya.
namun, katanya rasa hatinya benar,… kini anaknya menderita kerana suaminya kasanova sehingga pernah membawa gf tidur di rumah (semasa ketiadaaan isterinya – tetapi kedua anaknya ada),..
duit isteri dikikis dan tiada nafkah diberi,..
kini,..hasrat kakak itu hanya itu ,.. mahu memisahkan anaknya dari suaminya itu,..
kasihan hati ini pada kakak itu dan belas juga pada anaknya,..
sehingga ke hari ini,.. anaknya masih sanggup tinggal dengan suaminya dan
Like or Dislike:
0
0
menanggung semua ujian,..
ibunya pula sekarang ini bertekad mahu memisahkan mereka,..
katanya,.. dia sanggup pergi hingga ke seberang untuk mencari ubat pemisah,..
sebahagian kisah untuk direnungi…
Like or Dislike:
0
0
salam kak aisyah..
another story yg menyedihkan..
tak poligami pun blum tentu ada maslah..
setiap manusia msti ad ujiannya tersendiri..
wallahualam..
emm kak..
sy blum bkesempatan nk wat solat hajat dan sebagainya..
sebab uzur..
insyallah lpas ni..
akak mcmna skrg??
dgan madu??
saja lama tak dgr cita tntang keluarga besar akak..
dh jadi suram blog ni..hehe
em sy ngan bf dh jrg-jrg brhubung..
dia cbuk dgn kerjanya (skrg keja ngan abang urus bisnes sb abg sakit)
sy pun sbuk dgn keja sy so skali skala je contct tu pun
ckp sekejap je..
tapi sy tak kisah..
sy nk kurgkan pengharapan..
sb sy hnya berserah pd jdoh..
Like or Dislike:
0
0
hi sakura,..
moga dalam rahnmatNya sentiasa,..
akak sibuk sekarang sebab semua anak ada di rumah,… sekarang nih tengah buat tuition bahasa melayu & inggeris dengan mereka selain math dan science,.. cuma math dan science hb yang ajar,..
tapi sekarang sejak dari jumaat hb out station,..
mungkin esok malam baru balik kalau tak ada aral,..
madu sihat ,.. baru nih balik kg suami ada kenduri kahwin,.. pergi zoo sumer,.. akak tak ikut,..dia ajer.
tapi kami akan berkumpul weekend nih sebab mak mertua nak buat kenduri…
mak mertua selalu juga buat kenduri ,.. he,..he.. tukang masak ramai ,..
Like or Dislike:
0
0
emm macam ada magnet lak mind hb,.. sebut jer pasal dia terus dapat msg,..
kerja abis awal,.. dah on the way back,..
allah maha besar,.. rindupun dah sarat,,
Like or Dislike:
0
0
sakura,..
buatlah solat hajat tuh,..
mudah-mudahan allah makbulkan,
tiada daya dan upaya melainkan dariNya semata,..
dan semoga kita sentiasa berada di atas jalanNya yang lurus…
Like or Dislike:
0
0
…membaca kisah 7 tahun bermadu ni buat gua rasa kagum eeaa. terutama yang kena madu tu. . tapi tabik sama u all laa.
setiap kesabaran akan di ganti dengan kemenangan,
setiap krdukaan akan berganti dgn kebahgian,
setiap perpisahan pasti bermula dgn satu pertemuan,
setiap yang berakhir akan bertukar dgn satu permulaan,
setiap kejadian tuhan ada hikmahnya…..
Like or Dislike:
0
0
thanks,..
tiada apa yang nak dikagumi,..
ramai lagi mereka yang berpoligami tapi hidup penuh bahagia dan sentiasa mengharapkan taufik dan hidayah allah,..
sesungguhnya allah itu mengikut sangkaan hambaNYA…
Like or Dislike:
0
0
my life back to normal again,..
he..he.. every time hb keluar rasanya separuh nyawa pergi dengannya,.. walau damai tapi hati sentiasa teringat dan merindui,..
mendoakan keselamatan dan menantikan kepulangannya…
moga rinduku menjadikan kesyukuranku bertambah,..
dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali,..
Like or Dislike:
0
0
hmm..
kdg2 apa yg berlaku buat kita lebih bersyukur kan kak??
kak skrg suri rumah kan??
tapi kak ada gtau still cbuk kt luar..kak ad join perstauan apa2 ke??
kdg2 bila hb takda atau giliran madu msti kn cari bnda lain tuk isi masa kan??
hmm. smga akak bahagia hendaknya..
sy alhamdulialah rasa mcm back to my previous life..
dgn kwn2 dan keluarga..
bf?? dia sibuk dgn hal keja/bisnes..
skali skala je call tuk tnya khabar..
sy redha je apa pun..sy mls nk pk sgt..
ad jodoh ada lah..
Like or Dislike:
0
0
salam sakura,..
moga senantiasa berada dalam lindunganNya selalu,..
yer,.. akak suri rumah kini,..dah 3 tahun ,..
lebih bahagia sekarang,..
busy bukan sebab ada persatuan,, tak payah berpersatuan sakura,.. dengan anak yang ramai,.. dah cukup,
tak menang tangan,.. aktiviti seharian,..mengemas, memasak, mengajar mereka,.. pun dah buat semua masa terisi.
busy di luar sebab hb suka ajak akak kalu ada hal…simple task macam nak pasang accessory kereta,.. hal nak upgrade komputer,.. sumer nak ajak akak,.. lepas tuh selalunya g shoping ,.. kami selalu keluar tengahari sampai malam,.. solat n makan pun kat luar,..
selalu juga begitu,.. kalau anak sekolah,.. dia amik anak dulu,.. akak pula dah siapkan makanan mereka ,.. then hb drop anak,..amik akak pula,.. so kami pg lah uruskan apa-apa hal,..
tapi yer,.. semua ini buat akak nampak betapa adilnya kehidupan ini dan apa yang kita beri semua akan kita dapat kembali,..
kalau kita beri kasih,.. maka kasih lah yang akan kita terima,.. kalau kita hantar benci,.. benci juga yang kita dapat kembali,..
dan hukum ini tidak hanya berhenti pada orang yang kita sayang malah pada semua makhluk di universe ini,..
pada akak ujian akak tak seberapa berbanding ujian orang lain,.. tak akan itu pun akak nak berkeluh kesah,..
setakat suami mencintai wanita lain,.. biarlah cintanya sepenuh hati pun pada wanita itu,… (emm she must deserve it kalau tak takkan allah izinkan dan letakkan kasih suami begitu tinggi pada nya,..so siapa akak nak pertikaikan,..) dan setakat masa yang terbahagi,.. perhatian yang berkongsi,..tak ada apa tuh,..
malu akak padaNya kalu hal sebegitu remeh nak akak bersedih dan merasa sengsara,..
setiap insan ada bahagian masing-masing,..
akak ,.. begini corak hidupnya,..
namun,..alhamdulillah,.. akak benar-benar bahagia,..
hati tetap mencintai suami sepenuh jiwa dan raga,.. tiada lelaki lain dalam hati akak melainkan dia,..
suamipun tahu hal itu,.. dia merasakannya dalam setiap layanan akak,..dan setiap pandangan akak,..
memang pada akak,..suami dan anak segalanya,.. tak kisah walau hidup susah dan berkongsi,.. tapi hati penuh dengan warna warna pelangi menyinari setiap detik kehidupan,..
dia kembali,.. hati akak penuh terisi,.. dan akak pastikan kesyukuran itu disedarinya,.. dalam setiap gerak dan laku,.. setiap senyuman dan bicara lembut,..setiap masakan dan minuman yang dihidangkan,.. setiap ruang rumah yang dikemas dan setiap belaian yang diterima anak-anak,..
dia pergi,..hati akak merindui,.. dan akak simpan untuk diri,.. tak pernah mengganggu ,.. hanya membalas sms cintanya bila diterima,..menjawab panggilannya bila dia col,.. dan teruskan kehidupan menjaga dan mengawasi anak-anak,..
anak-anak memang rapat dengan akak dan suami ,..alhamdulillah , syukur padaNya untuk itu,..moga rezeki berterusan,..
mereka juga tiada masalah menerima ibu tiri dan adik beradik lain ibu dalam hidup mereka,.. alhamdulillah juga untuk itu,..
namun,.. tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNYa,..
kita hanyalah insan yang hina,.. menerima semua yang datang dariNYa adalah kewajiban,..
Like or Dislike:
0
0
Salam Puan Siti. Sy amat berminat tentang cara puan “scan” orang untuk tentukan seseorang itu kena sihir ke tidak. Boleh puan tolong “scan” saya, mana la tau kan? Sebagai langkah berjaga2. Jika ingin membantu, terima kasih saya ucapkan.
Like or Dislike:
0
0
salam tak pernah lupa pada siti aisya dan semua,maaf terlalu lama rasanya tidak kesini.
pak soo masih ujud cuma keadaan tak mengizinkan nak becloteh,pc kena virus,pc dah ok p1 wymax pulak servis x sperti yang d iklankan,bayangkan dah lama bayar bil d mbank tapi dia kata paksoo x bayar!rupanya dia kata akaun no pak soo salah! itulah idup moral citernya p1 asik nak potong jer dalam iklan nya akhirnya dia sendiri silap buat kejer! baru petang ni dapat sambung tu pun setelah pak soo bahasakan habis-habisan melalui fax.
harap semua teman lama masih ujud,pak soo blum sempat nak baca tapi pak soo harap awak sumer masih ingat pak soo lagi…syabas chah! jumpa lagi…
dua tiga kucing berlari,
mana sama si kucing api.
biar pun lama pak soo tak kesini
tapi korang tetap di ingati
Like or Dislike:
0
0
salam pak soo. rindulah kat pak soo.
Like or Dislike:
0
0
Salam perkenalan dari dewimaya. Sungguh mulia hati CT A. yang berat jadi amat ringan, yang sengsara jadi kebahagian buat diri mu dan yang paling kagumi dan akan dewi ikut serta ingat kata2 ct… Allah akan jadi seperti yang kita sangka dan oleh kerana itu dewi akan sentiasa berbaik sangka pada Allah. Allah mengambil untuk memberi yang lebih baik… pada masa kini hubby seolah olah mengabaikan dewi, mungkin kerana leka dengan teman wanita barunya. Dewi menaruh harapan Allah akan jadikan hby insan yang lebih baik setelah suatu hari dia akan tersedar dia mengejar cinta palsu yang penuh kecurangan….
Like or Dislike:
0
0
assalamualaikum wrt,..
salam pagi jumaat semua,..
harap semuanya dalam lindungan allah senantiasa,..
hi pak soo,..
lama ya tak dengar khabar dari pak soo,…
moga masalah pak soo tak berulang,..
kawan-kawan lama pak soo? he..he.. mereka dah lama tak singgah sini. rasanya pak soo kena ziarah blog lain,.. insyaallah ada kot.
thanks pak soo,.. ingat pada saya..
Like or Dislike:
0
0
awie216,..
the rules still stand,.. email me at my yahoo email
Like or Dislike:
0
0
dewimaya,..
kita ini hanya hambaNya,..
tiada daya dan upaya kita melainkan dengan izinNya,..
namun,.. ingatlah,.. allah itu bersama sama dengan orang yang sabar,..
undanglah keadaan yang labih baik dengan sangkaan yang baik pada Nya dan ubahlah qada dan qadar diri dengan usaha , doa dan tawakal,..
mudah-mudahan kita senantiasa dalam lindunganNya,..
Like or Dislike:
0
0
emm..
betul kak..
sy pun prcaya pd karma..
wat u give u get back..
sebab kita semua tahu Allah Maha Adil kan??
mcm akak kata kalu kasih yg diberi kasihlah diterima..
kalu benci diberi benci juga la penerimaannya..
hanya org yg sabar akan mndapat ganjaran..(contohnya: mcm akak lah..hehe)
akak sabar dgn ujian yg Allah bagi..sebab tu akak makin disyayngi suami
dan kasih syg suami pun tak berbelah bagi..(adil dari semua sudut pd yg pertama mahupun yg kedua)..
sy phm bila akak kata sy juga memerlukan kekuatan jodoh kalu nk harungi
hidup berpoligami (sperti yg sy ceritakan tntang masalah sy)..
kalu bf btul2 nak kan sy..dia juga akan adil dn takkan sia-siakan sy..
kalu sekali dia bagi sy hak sbgai isteri..
dia kena jg hak itu..
kedua atau pertama dua2 ada hak sbgai isteri yg sah..
mmg kata org..nakhoda yg paling penting
biarpun kendali dua bahtera sekalipun dia msih mampu mengawal..
wallhualam..
Like or Dislike:
0
0
sakura,..
segalanya datang dariNya
namun,.. masukkanlah dalam doamu agar ditemukan jodoh dengan orang yang baik dan beriman,..
hanya keimanan seorang lelaki yang mampu membawa isterinya atas jalan yang lurus,..
bila dia beriman,..maka dia tak akan mensia-siakan isterinya,..
bila dia beriman,.. maka hatinya penuh dengan cinta kasih yang ikhlas,..
bila dia beriman,.. semua tanggung jawabnya digalas dengan kesabaran,..
namun,. mohonlah denganNya agar kau dikurniakan kasih sejati yang lahir dari hati yang suci., bukan dengan niat yang lain.
Like or Dislike:
0
0
emm..kak
sy mcm dpt baca maksud akak tntg bf sy..
(ye lah sb akak bleh scanning org)
adkh si dia tak ikhlas dn ada niat yg tdk baik pd sy??
buntu lah kak..
sy cuma impikan bahagia..
Like or Dislike:
0
0
sakura,..
apa yang akak beritahu dalam email tuh,..itulah sebenarnya,…
wallahu alam,..
Like or Dislike:
0
0
salam akak. betol ker akak ni boley scan orang?per kate akak scan saya. life saya ni complicated sket. kalau akak boley scan saya, memang saya tabik akak.
Like or Dislike:
0
0