08 Oct10 SIFAT ISTERI YANG DISENANGI SUAMI


Salam buat semua…

Semoga tips ini membantu…untuk kita LEBIH BERTANGGUNGJAWAB & MEMILIH YANG TERBAIK untuk mencorak kehidupan berumahtangga yang lebih harmoni & bahagia…InsyaAllah…kenapa takde tips utk suami2…ohhh! pembaca2 yg suami orang fitrahnya ~ ego mereka pantang disentuh…ader gak yg akak kena ambil masa menjawab kat email, YM, forum…tak kuasa denn…energy negatif yg menganggu pancaran aura POSITIF YANG INGIN DIPANCARKAN ke seluruh alam maya…esok-esok mood akak nak share akak share plak utk suami but not today…maybe next week…next month…ikut ILHAM sampai…So sementara itu , inilah strategynyer utk melembutkan hati suami…AS A WIFE WE DEMAND CHANGE…WE MAKE A CHANGE FIRST!!!CHANGE FROM WITHIN..insyaAllah boleh menjadi agen perubahan kpd iklim rumahtangga yang lebih membahagiakan dan dirahmati Allah…AMin..InsyaAllah…INILAH NAMANYA “STRATEGY”

* Sikap Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil
berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa
tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu
bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan.
Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

* Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi
tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi
sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat
lelaki lebih berghairah.

* Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu
yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki
melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2
yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

* Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita
yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus
ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa
bangga.

* Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan
wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat
tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada
dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung
memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan
kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri
yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

* Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.
Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran
wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual
yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu
menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada
perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau
dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan
berfikiran terbuka.

* Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata
lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,
wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di
ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

* Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh
seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu
elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan
dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

* Simpati dan Prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg
susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan
spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg
memancar keluar dgn indah dan mempesona

Sumber : g2606

Popularity: 5% [?]

Processing your request, Please wait....

37 Responses to “10 SIFAT ISTERI YANG DISENANGI SUAMI”

  1. RN says:

    Seorang isteri yg baik akan cuba menyenangi hati suaminye….tp kdgkalanye si suami pula x cuba utk menyenangi hati isterinye, macamne plak tu???

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1

  2. aleen says:

    saya setuju dgn RN…utk merealisasikan sebuah impian membina keluarga bukan suatu perkara mudah….pengorbanan amat penting…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. damask says:

    it takes two to tango beautifully.

    and life is also about give and take.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. mama bosan says:

    bosan la asik asik nk memenangi hati jantan!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. damask says:

    mari kita un-bosan kan diri.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. bluerose says:

    i pung bohsang gak ni!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. hati berlian says:

    i pon buhsannnn la…

    jom nyanyi lagu search…

    aku dah buhsan aku dah buhsan aku dah buhsannnnn

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. dinimia says:

    Artikel ni byk kali tersiar dlm majalah wanita..klu x salah Dr HM Tuah yg tulis.
    Kdg2 boring jgk dok baca artikel yg sama berulang kali..
    Benda yg sama tp di upgrade/downgradekan balik.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. anon says:

    kdg2 ppuan yg baik mcm tu kan diuji dgn somi yg suka ambil kesempatan ke atas kebaikkan & kemualiaannnya…

    kdg2 somi ni rasa hidup kurang cabaran bila is3nya tak pndi buat perkara2 out of the blues…ada somi yg mcm tu. is3nya baik lembut penurut tp pndg is3nya sbgi is3 yg bodoh sbb tak pndi bersosial

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. kekwat says:

    hmm.. topik yg menarik.
    mengikut pemerhatian saya, antara yg biasa2 saya temui bila berhadapan dgn lelaki2 yg dah bersuamilah kan..
    biasanya derg ni suka perempuan2 bukan yang muda2 menggelinjang sangat, biasanya adalah wanita2 yg manja2, gedik2 sikit, tahu membawa diri disamping berketrampilan.

    sbb yg gedik2 ni menyentuh jiwa lelaki yang pasti bernafsu,
    manja2 ni menyentuh jiwanya yang ego sebagai lelaki dan kebapaan yang perlu dihormati serta sifat2nya yg suka membelai dan memanjakan,
    (paling suka kalau wanitanya meleseh2 mengoratnya).

    turut campur memberikan pendapat dan pandangan didalam apa jua topik yang diutarakan, walaupun tak tahu dan tak pernah minat.. namun sedikit sumbangan pendapat dan pandangan yang bernas pasti akan menarik perhatian mereka. (kalau tak tahu pun buat2lah tahu dan jangan terus menolak untuk berbual2.)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. kekwat says:

    wanita2 yg berketrampilan (cantik, kurus, tinggi lampai hanyalah bonus baginya untuk sekadar menunjuk2 kat pesaingnya atau kawan2nya), biasanay relationship yang begini tak lama dan biasanya tak sampai ke arah pernikahan. (kalau ditentang kuat ianya akan mudah putus harapan).

    tetapi… kalau ianya mendasarkan kepada kualiti dan kredibility personality wanita itu seperti yg disenaraikan di atas (spt tuan umah blog ini tuliskan), it mightbe tought to get rid off it.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. kekwat says:

    dan paling yang tidak disukai oleh lelaki ialah wanita2 yang joint mesorat tingkap..

    i’m refering “lelaki” kat sini ialah kebanyakkan lelaki yang saya temui sebagai ahli korporat dan bekerjaya.. (tidak termasuk yang berada di level executive kebawah).

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. mn says:

    wat ever level lelaki kurang suka wanita joint mesorat tingkap…ttp kdg kala wanita perlu mesorat tingkap bukan sekadar gossip ttp kdg kala bercerita pasal kebaikkan…i pun selalu mesorat tingkap sambil tunggu anak blik sekolah….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. kucing api says:

    hmmmm…

    baca2 errrr ada kebenarannya bab2 perangai wanita yg disukai lelaki hehehe.. saya baca je pun dah rasa tenang dah best hehehe..

    tapi kalau pompuan naik syeh, abis semua tu hilang hehehe.. tapi kekadang tu kelakar pun ada tengok makcik2 sini marah2 berseli jenaka hehehe..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. hati berlian says:

    ahli mesorat tingkap ??? define the terms please…

    setahu saya, ahli mesorat tingkap ni terma yg digunakan oleh P Ramlee lam salah satu movie dia…kisah laki orang yg takut bini yg bermesorat ikut tingkap dapo….hehehe….

    bagi saya la, saya pun ramai kawan lelaki yg high level (cheh takmo kalah!), tapi seriously, these kind of men lagi suka kalau spouse (tak kira la bini ke gf ke) ada clique atau kawan2 lain…tak kira la apa terma dia, ahli mesorat tingkap ke, geng socialite ke, VIP ke…

    sebab kalau ada kawan/clique, pompuan tu takde la nak mengendeng ikut bontot laki/bf jher…lelaki rimas jugak kalau pompuan tu asik nak bertepekkkk ngan dia…

    warghhhh…OK lah ahkak dah siap keje high level ahkak…ahkak nak titon lak ngan laki ahkak yg high level jugak tu (bhahahahaha!)

    errr KuPi, aku tak termasuk lam geng mokcik hokkayyyy…ai masih mudos rumajos (mudo lagi dari kak tek, tu yg paling penting!)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. bukan ahli mesorat tingkap says:

    iyooolah tu kekwat. ekau jo lah yg pandai amik ati suami. ekau jo lah yg pandai gedik2, manja2, berpikiran bernas. ekau jo lah yg boleh terima poligami dgn redha. ekau jo lah yg tak de wat mesorat2 tingkap ni. ekau jo lah yg hebat geng2 dgn ahli keparat.. eh typo.. koporat, berpersonaliti, berkredibiliti. ekau jo lah yg takkan membentak2, meraung2, mengugut bunuh diri kalau suami ekau nak kawen len.

    iyer kekwat.. kami paham sangat2 ekau org yg macam mana. ekau memang perempuan hebat. tahniah kekwat.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. che odah gelang says:

    alahhh laki odah pon ahli nujum eh maksud odah ahli korporat merangkap keparat sekali sekala hikhikhik.. tp odah cayang dia tawwww.. hah muntah arr muntah arrr odah taw korang jeles la tu…

    dari pengalaman odah, hanya lelaki keparat jer yg suke halang bini dari join mesorat tingkap nih takut bini lagi terer, lagi up to date yg paling besh tatut bini taw segala mak nenet aktiviti depa..

    apa salahnya join mesorat tingkap dari mesorat la kita taw perkembangan semasa tp kena digest bebetui segala maklumat takleh telan bulat2..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. bukan ahli mesorat tingkap says:

    dan orang yg tak pernah kawen dan dah tak sabo nak kawen je yg ske cakap org len jadi isteri sume tak bagus. suma tak pandai amik ati laki. padan muka la klu laki cari pompuan gedik taktau malu meleseh2 belai somi org macam yg dia wat tu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. Tok Moh DeGaWaN says:

    hai norwati i setuju bebenor ngan u.. wo ai ni!!! wa tak tipu lu maaaaa…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. kekwat says:

    mintak maaflah.. saya tak kata saya pandai amik hati lelaki, infact saya jugak menyampah… but i just comment base on what i’ve observed around me..

    bagi lelaki yang below executive level… lagilah mudah. tetapi depa ni lebih suka ngan wanita2 yang lebih suka berseloroh, cakap direct tak tapis2 punya, tak de protokol…just selamba and santai2 aje.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. kekwat says:

    wanita yg suka mesorat tingkap ni pun ada 2 kategori..
    1. mesorat yg high level – gossip ada tapi kpd yg lebih baik (positif)
    2. mesorat yg low level – gossip panas & hot in town, glamorushhhh, lebih excitedlah kan.. pendek kata menjaga tepi2 kain orang yang berjahit (tapi bukan ingat kain yg bakal dipakai tak berjahit tu.. mati).

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. mn says:

    kekwat:-
    1. mesorat yg high level – gossip ada tapi kpd yg lebih baik (positif)- (depend pd individu- berkawan dgn golongan ini msih ada bercerita gosip hot)
    2. mesorat yg low level – gossip panas & hot in town, glamorushhhh, lebih excitedlah kan.. pendek kata menjaga tepi2 kain orang yang berjahit (tapi bukan ingat kain yg bakal dipakai tak berjahit tu.. mati).
    (selalu berjumpa golongan ini yang positif thinking (also my mum – walaupun org kg always positif)
    actually depend pd individu…tak kira apa golongan – tepuk dada tanya selera……i pun mesorat tingkap ….suka mendengar cerita kak yg bawa anak i pergi sekolah..camna dia bleh menyekolahkan 3 org anak di u (hb dia berkerja site supervise)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. damask says:

    mesyuarat tingkap?

    up to me lah nak join atau tidak.

    dan join or not.. then.. it is also really up to me lah what to say or not to say.. or listen or not to listen.

    bottom line:
    we can control (God willing – of course) what we have got to say.. or about to say..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. mn says:

    is true wat u said…damask…selalu dgr 2 golongan ini bercerita..suka dgr tak suka just get out frm there

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. damask says:

    kalau join.. sudah semesti i m accountable for what i m about to say.. or said.. dlm majlis mesyuarat tingkap itu.

    dan kalau tak join.. pun.. saya masih tetap accountable atas apa2 yg saya perkatakan kpd ahli2 yg sdg bermesyuarat itu..

    bottom line:
    say what i want to say.. either within or without mesyuarat tingkat itu..

    at the end of the day.. saya sendiri mau ingat – lidah saya jd saksi.. di hari pembalasan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. damask says:

    tingkap.. bukan tingkat.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. kekwat says:

    ya.. memang level itu bergantung kepada individu to choose.. which level do u want to be in…

    high level and low level – bukan dimaksudkan kelas atau kasta kedudukan individu dlm masyarakat, tetapi kelas pemikiran org yg terlibat di dlm bermesorat.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. mn says:

    kekwat on October 9th, 2009 at 3:45 pm #
    dan paling yang tidak disukai oleh lelaki ialah wanita2 yang joint mesorat tingkap..

    i’m refering “lelaki” kat sini ialah kebanyakkan lelaki yang saya temui sebagai ahli korporat dan bekerjaya.. (tidak termasuk yang berada di level executive kebawah).

    which level are u?mesorat tingkat dont care abt level…me…mesorat tingkat…watever level bergantung pd individu (ramai wanita full time housewife educated (lepasan u) – tak berkerja b’se hb mampu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. cempiang says:

    hhmm.. semua kat sini pong ahli mesyuarat tingkap. sebab ahli kat di sini dah disediakan `windows’ untuk mesorat.

    jadinya jangan nak meludah kelangit kelak jatuh ke muka sendiri.

    note: tumpang lalu tuan rumah, kalau selama ini aku jadi tumpang baca jer…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. kucing api says:

    mesyuarat tingkap tu tgk la isinya..

    mcm dcck atau blog ini, boleh benefit kalau nak benefit.. mcm kekwat juga kan?

    tak boleh generalise.. ok la penerangan pasal level mesoarat tingkap tu pun mcm ada usaha nak damage control kan hehehe

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. wa tipu lu says:

    Sekadar ingin berkongsi ilmu untuk renungan bersama…dari Hadits riwayat Abdullah bin Umar Radliyallahu ‘anhu:
    Dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beliau bersabda: Wahai kaum wanita, bersedekahlah kalian dan perbanyaklah istigfar (memohon ampun). Karena aku melihat kalian lebih banyak menjadi penghuni neraka. Seorang wanita yang cerdik di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kaum wanita yang lebih banyak menjadi penghuni neraka? Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: Kalian banyak mengutuk dan mengingkari kebaikan suami. Aku tidak melihat kurangnya akal dan agama yang lebih menguasai manusia dari kalian. Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: Yang dimaksud dengan kurang pada akal adalah karena dua orang saksi wanita sama dengan seorang saksi laki-laki. Ini adalah kekurangan akal. Wanita menghabisi waktu malamnya tanpa mengerjakan salat dan tidak puasa di bulan Ramadan (karena haid), ini adalah kekurangan pada agama…..

    Regards…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. kiah vogeh says:

    mesorat tingkap dckk nie jek aku sempat masuk. kat umah x sempat lgsg, anak kecik berderet, mana masanya nk bermesorat. laki aku pulak yg rajin bermesorat tingkap, dia lar tukang update aku latest news kat neighbourhood nie hehehe..aku br tau maid neighbour aku lorong blkg bwk lari anak kecik, nasib baik jumpa…ehh, takut aku.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. nomar says:

    Emm menarik juga.Tapi camne hilangkan rasa serba salah lepas kawin nihh.Mcm rasa salah je pilih.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • Q says:

      aik?? salah pilih?? boleh gitu??

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      • kekwat says:

        Q, tersalah pilih meh? boleh cenggitu meh?
        as a women.. u should be more positive thinking such as:
        ‘once, i step into this marriage, i will never turn back, no matter what reason and excuses.. i will face it, how hard, how difficult it is, i will face it, i will confont it.. this is my way, my life with my husband.. there is no way to turn back. i’m a strong women, what ever happen, if i need to sacrifice, i wil give my soul to protect my marriage, if i need to fight, i will stand out to fight.. becoz i’m a fighter and a warrior in my family”.

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. kekwat says:

    Q, berdoalah pada Allah dn mohonlah keampunan dan perlindungan denagn Nya dari syaitan yg kejam dan zalim lagi menyesatlkan.

    Sesungguhnya, kepayahan itu penuh dengan nikmat yg hanya Allah yang tahu.

    Please don’t ever regrate with what u have today. pasti ada sesuatu yg ingin Allah berikan untukmu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.