20 OctDalam dilema-berbaloikah pengorbanan kali ini?


Tahun ni masuk 8 tahun perkahwinan saya dan Alhamdulillah dianugerahi 3 orang anak2 yang sangat comel. Yang kecik sekali baru berumur 7 bulan. Saya sekrang berada di dalam keadaan yang dilema..patut ke tidak patut.
Bukan nak mengungkit, tetapi sebelum berkahwin dengan suami saya, saya mempunyai pekerjaan yang stabil dan memegang jawatan yang tinggi. Lepas tu, bila suami masuk polis, saya berhenti dengan harapan bila di tempat baru saya akan mendapat keja yang lebih baik dan pada masa yang sama, suami saya akan menghargai pengorbanan saya ini. Tetapi, semasa berkhidmat dengan polis ini dia mengambil kesempatan mengorat perempuan lain. Saya tanpa curiganya, menyangka kesibukan sebagai pegawai polis menyebabkan dia tidak ada masa langsung untuk bersama saya dan anak2.
Kedua-dua anak saya, saya besarkan sendiri. Walaupun tinggal bersama, suami hanya berada kat rumah lebih kurang 2 jam sahaja. Kalau dia balik rumah pun untuk tidur, mandi dan tukar baju sahaja. Waktu tu anak-anak memang tak rapat dengan ayahnya. Yang bestnya, suami saya kata saya yang ajar anak-anak supaya tidak rapat dengannya.
Hanya bila saya terbaca sms dia baru dia mengaku sudah punyai kekasih gelap kat luar. Saya izinkan dia berkahwin lain dengan syarat mesti ikut undang-undang dalam kata lain pergi Mahkamah Syariah. Sepanjang waktu tersebut, saya syaratkan mereka tidak boleh berjumpa demi mengelak sebarang fitnah dan melakukan sebarang perkara yang tidak ‘senonoh’.
Dari itu, saya bangkit semula dan mencari kerja. Berdasarkan pengalaman dulu, saya berjaya mendapat pekerjaan yang memberi pendapatan yang cukup lumayan.
Kemudian suami dapat tawaran keja dari satu syarikat besar ni dan dia berhenti polis dan pindah ke suatu daerah yang kecil. Saya pun berhenti keja dan ikut dia pindah juga dengan harapan, dia akan dapat meluangkan banyak masa dengan anak2 seperti yang dia janjikan. Tetapi malangnya, walaupun sudah berpindah dia akan cari cara untuk keluar rumah dan spend masa kat luar untuk bergayut. Saya mula-mulanya tak faham. Tetapi bila asyik top up jer..saya pun curiga dengan kelakuan suami saya. Dia mengaku tidak boleh lupakan kekasih gelapnya itu dan hatinya hanya itu untuk perempuan itu sahaja. Kecewanya hati saya. Seolah-olah apa yang saya lakukan selama ini tidak ada nilainya walaupun saya sedar saya pun ada banyak kelemahan..
Akhirnya ketika saya mengandung 3 bulan dan ketika itu Hari Raya, suami saya dengan kekasih gelapnya berkahwin dekat Siam. Aduh! Waktu itu hanya Allah tahu betapa hebatnya ujian dariNya. Mungkin sebagai balasan atas dosa yang saya telah lakukan. Setiap hari saya menangis hinggakan memberi kesan kepada kandungan saya.
Saya ingat bila dia sudah berkahwin dengan perempuan itu mungkin dia boleh memberi sedikit masa kepada saya dan anak2. Tetapi dengan tiket perkahwinan itu, dia lebih suka sms dan bertelefon dengan “madu” saya itu. Handphone memang tak lekang dari tangannya. Tetapi saya tetap bertahan demi anak2 dan anak di dalam kandungan ketika itu.
Akhirnya, setelah melahirkan anak saya meluahkan perasaan pada suami, saya mahu kestabilan dalam hidup ini. Saya mahu bekerja dan mempunyai kareer. Akhirnya, suami saya benarkan saya berpindah balik ke Bandar besar. Mungkin rezeki anak, saya dengan mudahnya dapat keja yang memberi gaji yang cukup besar. Dan yang bestnya, madu saya pun ada kat Bandar ni gak.
Saya boleh menerima kehadiran Madu saya ni dengan baik. Saya terima semua ini adalah ujian dari Allah semata-mata. Hidup ini hanya sementara…jadi mengapa saya harus bersedih..yang penting, anak-anak mesti bahagia. Sekarang, saya sudah mempunyai rumah, kereta dan kerja yang tetap. Suami pun datang sekali-sekala melawat saya dan madu.
Madu saya ni memang cantik orangnya cuma dia ni kedekut gak orangnya.Selalu berkira bila nak keluarkan duit. Saya jenis tak kisah. Tiap kali keluar makan atau beli barang, saya akan keluarkan duit. Entahlah, mungkin suami saya hanya tertarik dengan kecantikannya sahaja. Kerana bagi saya, madu saya ni kasar gak orang nya. Cakap pun tak pernah tapis.Hari-hari gaduh dengan suami dan tiap kali gaduh mesti minta cerai. Saya selalu menjadi orang tengah mereka tiap kali mereka bergaduh. Entahlah, saya bila saya boleh bertahan…Ya Allah, berikan aku kekuatan.
Sekrang ni suami lak beritahu dia akan pindah KL dan minta saya dan anak2 ikut sekali..Pada pendapat kalian patut kah saya berkorban sekali lagi? Walaupun saya sayang pada suami saya, tetapi sampai sekarang saya masih tak boleh maafkan dia serta madu saya. Saya boleh bertolak ansur untuk apa-apa pun tetapi, susah untuk saya maafkan mereka. Terlalu lama saya pendam semua ini..bahkan keluarga saya dan suami saya masih tidak tahu kewujudan madu saya ni.
Saya betul-betul takut untuk berkorban sekali lagi. Apa akan jadi sekiranya saya pindah nanti? Saya takut tak dapat kerja yang baik. Saya takut suami saya akan ceraikan saya memandangkan madu saya ni kuat mendesak orangnya..berbaloikah nanti pergorbanan saya ni..Tolong lah kawan saya…saya betul-betul dalam dilemma…

Popularity: 6% [?]

Processing your request, Please wait....

35 Responses to “Dalam dilema-berbaloikah pengorbanan kali ini?”

  1. otkale says:

    salam sejahtera switapple. saya baca dulu lah ya.

    apa2 pun tahniah! u r managing quite well.

    patut or tak patut.. at time zero ni – i have no answer or pandangan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. imk says:

    Cik Puan,
    Salam.

    Apa kata Cik puan buat solat taubat dan solat istikharah.. Buka Quran dan baca ayat ke 7.. itu lah jawapan direct Yang Maha Pengasih dan Penyayang kepada Cik Puan.

    Hidup ini sesungguhnya sangatlah singkat untuk dihabiskan dengan amarah atau kesedihan. Sayangilah diri sendiri, dan anak anak sebagai amanah Allah. Jangan terlalu lama duduk dalam persimpangan kerana percuma sahaja masa berlalu sedangkan Cik Puan berhak untuk bahagia di dunia dan di akhirat dengan izinNya, InsyaAllah.

    Lebih baik di gunakan untuk mencari redho Illahi.

    Mungkin juge Cik Puan di uji dengan keikhlasan..wallahualam..

    However, i wish u the best in life , here and hereafter.May Allah bless you with petunjuk, taufiq dan hidayah sentiasa.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. switapple says:

    Dear Imk,

    Terima kasih banyak atas pendapat dan doa anda.

    Memang hidup ini terlalu singkat untuk dimenungi..hidup tanpa panduan pasti akan serabut..Insya Allah, sya akan solat Istikharah dan taubat..

    Semoga semua kita dapat Hidayah dariNya..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. minah sempoi says:

    Salam Puan….
    Pd pandangan saya le….. dari apa yang dibaca- kesimpulannya gini:-
    Sebelum ni pun Puan dh puas dan pernah dideritai oleh suamikan. So jgn difikirin lagi. Biarkan suami puan terjun ngan labu22nya dan puan teruskan idup puan di tempat sekarang dan kekalkan kerjaya yg ada sekarang. Kan madu puan ada. Bior le je yg follow mana suami puan nk g. Kita org pompuan ni jgn terlampau keciankan suami gupa itu. Menderita nanti. fikir22kan lah….. Amin….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. SK says:

    I agree with minah, if possible can dont move, not easy to keep on uprooting the kids, looking for a new job, home, maid etc if you can get a transfer well and good then you can consider

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. apel pai says:

    lerrr kan ker somi apel ada 2 bini? bawak jer la yg sorang lagi tu, dah dia kaki desak takan dia tak desak somi dia bawak dia kan?? tak boleh kalu tambah jer jd 3.. ala takyah ajor syusah syusah laki apel lagi bijak bab bab nih…sajer jer nk nyusahkan apel..

    madu apel garang mcm singa ker mcm raksasa ker somi apel jugak yg nk kawen denganya..somi apel gak yg terghegeh2 jabat tangan tok kadi..tak yah la apel syusah syusahkan diri pk manusia sebegini! takyah la kesian kat laki yg dok cite bini garang la haper la pdhal yg tu yg dia pilih dulu.. baik apel jaga anak2 lagi bagus…hokeh!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. minah sempoi says:

    Tul tu apel pai. Pd cik adek yg punye citer ni….. usah difikirin lg. Nyerabutkan otak je….jgn ditangisi laki gupa itu. x yah sayang22 de… sayangi dirimu ngan anak22 udah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. mek says:

    korang cakap memanglah benar,walau semua ada pakai makan cuku andai tak ikut laki tu habis terang cakap aje napsu kita jam datangnya nak anu tu tiba2 sapa nak bagi..mek pernah tak mau ikut laki dulu pasal mek ni boleh kata kan cukup semua tapi bila sejuk malam mek 3 suku gila!fikir la rasional.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. minah sempoi says:

    Satu lagi teman nk ngaborkan. Dengar22kanlah:- Jgn sesekali kamu ngaborkan problem kamu ni pada jantan lain(sms ke chating ke). Kata lain laki org ke jantan belum ada bini ke… x yah. Nnti masalah lain lak yg datang. Khaborkan je le pada tuhan nan satu tu. Ngan kite22 org kat sini pun ta pe. Kami sudi mendengarnye….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. minah sempoi says:

    Ape le mek ni. Cik Puan tuuu…. laki nye serupa x de le. Jd bior le x de terus.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. SK says:

    I think you also need to be smart about ur cash, why should you feed his 2nd wife??? whay be stupid? pandai kahwin, pandai tanggung la, i think she is smart because she is using you. BE GENEROUS TO YOUR KIDS ONLY tak payah nak sedekah kat the 2nd wiife

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. biwi no1 says:

    suruh aja la somi bawak no 2 tu.. puan dah ada kerjaya, ada anak, biarlah no 2 tu jadii orang suruhan suami.. puan bile bile senang boleh lah melawat suami..selama nih pon bukan nya suami ada kat rumah selalu.. jadi sama ada somi ada ke idak..bukan satu masalah pon pd puan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. kucing api says:

    benar2 cam kata IMK dan SK tu..

    rasanya kalau istikharah tu pun, rasanya suruh tetap jer.. firasat saya la ewah hehehe…

    semoga lepas ni puan makin bertambah tenang..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. mn says:

    dont quit, take care the kids…tat is ur big property(kids)…suami…dia akan cari u ….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. bunian says:

    Pn switapple, dah lama kamu menderita dgn perbuatan suami puan. Lagipun dia pun dah buat pengakuan “tidak boleh lupakan kekasih gelapnya itu dan hatinya hanya itu untuk perempuan itu sahaja” lagilah skrg dah jadi m2 dia… lagipun pn dah kata tak kan maafkan mereka berdua. So, kenapa harus nak berkorban utk org yg merosakkan kebahagiaan dan ketenangan hidup puan. Saya yakin puan lebih bahagia dengan anak2, mungkin suatu hari nanti akan ada sinar bahagia menanti puan. Biarlah suami puan dengan m2 dia… mcm biwi no1 kata biarlah m2 jadi org suruhan suami… jangan layan jantan mcm tu… klu nak kata kita derhaka kat suami pun, katalah… tapi depa yang bagi kita jadi camni. Bukan kita yg pilih nak jadi hidup camni…. semua kerana jantan dan perempuan yg x tau malau (m2) yang bagi kita jadi merana… Tepuk dada tanya kehendak hati… yg mana yg lebih baik…. fikirlah ttg ketenangan, kebahagiaan jgn kesian kat jantan yg x pernah kesian kat kita…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. RN says:

    Salam Puan,
    Saya dpt rsekan bahwa puan seorg yg amat tabah dgn segala ujian ni..walaupaun telah di lukai dgn perbuatan suami puan…tp puan ttp dpt menerimanye…dgn keadaan kewangan puan yg semakin stabil skrg..puan d uji lg dgn permintaan suami agar mengikutye..puan agak bimbang andai d kecewakan sekali lg..cubalah memohon pdNya utk d beri petunjuk utk selesaikan masalah ni..jgn d lpskan peluang (pekerjaan yg baik)yg puan perolehi skrg ni..andai satu mse nnt puan d tinggalkan..xdela puan hlg punca pendapatan…jika suami puan nak bawa madu puan yg suke mndesak tu..biarlah…biarlah dia melayan kerenah isteri barunye tu..mne tahu lambat laun, suami puan akan sedar juge kesilapannye & menilai sendiri isteri yg mne sanggup berkorban & berperibadi mulia….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. malinja says:

    bagi saya, kalau selesa dgn keadaan sekarang teruskan saje, Kalau ikut dia anda kena la bermula sekali lagi kan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. bunian says:

    puan, saya setuju sangat dgn pndpt RN tu. Klu bini muda tu asyik mendesak ja, gaduh tiap2 hari, lama2 suami puan akan bosan dgn perangai dia tu… biar akhirnya suami pn menilai yg mana kaca yg mana berlian…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. malinja says:

    Si somi pun boleh mintak tukar ke tempat puan berada sekarang kalau dia betul-betul nak dgn puan, sekarang kukuhkan diri, kewangan dan keadaan puan serta anak-anak. kesian gak anak-anak kalau persekolahan mereka terganggu kan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. apelhijau says:

    Salam puan switapple…pada pendapat saya, puan jaga je kerjaya dan anak2…memang la syurga di bawah telapak kaki suami dan kita kena taat permintaan dia tapi dari cerita puan saya rasa sebelum ni pun puan cukup cukup taat dengan suami, ikutkan kehendak suami apa sahaja…tapi apa yang puan dapat dari suami puan? MADU…kalau madu tu baik beno ok la jugak…ini macam singa..dan suami pun nampaknya tak berubah pun ke arah yang lebih baik kepada puan…
    Puan stay aje kat tempat sekarang…selama ni pun dah biasa uruskan rumahtangga dan anak2 sendirian kan..so takde masalah…bior madu puan aje yang ikut…jaga diri sendiri,kerjaya dan juga anak- anak puan baik- baik…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. freewilly says:

    stay where u r now..
    biar m2 ikut dia..
    enuf sacrifice yg switapple da wat..
    now its time to membesarkan anak2…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. epal ostolia says:

    mana tuan umah ni dah pegi tanam epal ke?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. singa says:

    aaauuummmm… helloooo i pon tak garang ngan somi i tawwwwww…sesuka pankreas jer u olss kutuk2 i.. i depan somi sembunyikan kuku i taww walopon i dah wat mani i tetap tak tunjuk kuku depan somi..auuummmm

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. epal says:

    pasal byk spesis epal kat sini..aduihh..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. pineapple says:

    hik hik hik

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. manipal says:

    aiyoyo…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. jus apple says:

    saya rasa cik kak ni dh pandai berdikari pedulikan je hb kak tu.kenapa suami tk boleh setia pd isteri.tapi isteri boleh brkorban plk untuk suami.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. apel pai says:

    apsal senyapppp jer tuan umah? dah ikut somi pindah agaknya…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. municipal says:

    i takder kena mengena ngan apel hik hik hik

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. dahlia says:

    JGN BERPINDAH IKUT SUAMI , PUAN DAH ADER KEJE, APA YANG PENTING CARI DUIT UTK BESARKAN ANAK2 PUAN. IGT PUAN SUAMI LEH DICARI ANAK2 XDE GANTINYA. SUAMI PUAN SYGKAN PUAN KE, ATAU GUNA PUAN AWAKTU TERDESAK AJE…FIKIRLAH PUAN…IDUP UTK DIRI KITE BYK BERKORBAN PUN XDE MAKNANYA KLU X DIHARGAI. APA YG PENTING DIRI SENDIRI DAN ANAK2..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. melor says:

    Puan,
    Saya juga pernah dikecewakan suami yang sgt2 saya sanjungi tetapi alhamdulliah sempat diselamatkan.walaupun dia kembali, hati saya tetap calar.bukan tidak bersyukur, tapi saya manusia biasa..ada kekurangan dan kelemahan.Untuk puan, sayangi lah suami puan seadanya tapi tambahlan CINTA dan KASIH kita pada ALLAH.

    Biarlah M2 ikut suami puan, agar dari kejauhan suami dapat menilai pengorbanan dan kesetian puan. kalau nak tau nikmat penglihatan, tanyalah orang BUTA mata, nak tau nikmat ada kaki, tanyalah orang KUDUNG…Puan bina hidup Puan sekarang, sekurang2nya kita buat persediaan..nothing to loose because we have already lost once!!!! So why bother???

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. kakza says:

    OOO adik…jgn berkorban lagi..belajar2 la serik…teruskan hidup..suami nak pindah p mana pun ikut suka dia..nampak sgt suami adik tak dak matlamat hidup…jgn berkorban..jadikanlah segala pengorbanan sebelum ni sbg kayu ukur…kalau dia sayang dia tak buat macam tu…sayang pada dia berpada2pada lah…nanti dia buang kamu..anak2 sapa nak bela..org lelaki yg species ni jgn bagi muka sgt…tak pasal2 kamu jdi hamba saja…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. malinja says:

    jgn jdi macam saya, selalu sgt berkorban akhirnya diri yg merana. kesannya amat dalam.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. switapple says:

    Salam semua,

    Terima kasih atas semua pandangan anda semua. Saya sangat menghargainya..

    Sekarang baru saya sedar, mungkin saya sudah terlalu lama berkorban. Mungkin sudah sampainya masa untuk saya berhenti berkorban dan terus melangkah ke hadapan demi diri dan anak2.

    Saya akan bangkit untuk diri dan anak2..Kalau suami saya masih sayangkan saya, mungkin ini waktunya dia harus buktikan pada saya bahawa dia masih ikhlas pada saya. Dan bukan meminta saya berkorban untuk dirinya setiap kali..

    Selain dari itu, saya akan kekalkan sembahyang Istikharah..Mudah-mudahan Allah akan memberi petunjuk kepada hambaNya yang hina ini.

    Pada anda semua, saya turut doakan ketenangan dan kebahagian anda. Semoga Rahmat serta Kasih Sayang Allah sentiasa bersama anda semua.

    Terima kasih bebanyak…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  35. kucing api says:

    sama2.. kami sedia membantu.. eh itu slogan klinik kesihatan wife kehkehkeh..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.